You are on page 1of 6

MODUL GEOMORFOLOGI 2012

SMK. DATO SRI AMAR DIRAJA, MUAR TEMA : GEOMORFOLOGI TAJUK: LEMBANGAN SALIRAN SUB TAJUK ; SUNGAI DAN KERJANYA Sungai boleh dianggap sebagai satu jentera atau alat yang melakukan dua kerja utama iaitu membuang air yang berlebihan di permukaan bumi dan melakukan kerja-kerja gondolan ke atas permukaan bumi dengan kuatnya. Pada tugasan menggondolkan permukaan bumi sungai melakukan tiga kerja yang utama iaitu menghakis permukaan bumi yang dilaluinya; mengangkut bahan-bahan yang dilarut dan dihakisnya serta memendapkan bahan-bahan yang diangkutnya . I. MEKANISME / PROSES-PROSES HAKISAN Sungai menghakis tebing dan dasar alurnya melalui empat cara: 1. Tindakan hidraul/ hidrulik Tindakan hidraul dilakukan oleh hempasan air sungai terhadap tebing dan dasar alurnya . Hempasan air akan menggali keluar dan mencungkil bahan-bahan batuan keluar pada struktyur batuan yang longgar. Tindakan ini kadang-kadang dapat memecahkan batuan yang lebih padat. Proses ini sangat berkesan di kawasan air terjun. 2. Geseran Geseran dilakukan oleh bahan-bahan yang dibawa dan diangkut oleh air sungai seperti batu tongkol, batu kelikir, pasir, kelodak dan sebagainya. Bahan-bahan ini terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuknya akan menggeser dinding dan dasar alur sungai semasa air mengalir. Geseran sangat berkesan sewaktu banjir kerana pertambahan bahan dan isipadu air. 3. Lagaan Lagaan dilakukan oleh bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai apabila bahan-bahan itu berlaga sesame sendiri. Akibatnya bahan-bahan itu akan pecah dan menjadi lebih kecil. 4. Larutan Larutan berlaku apabila air sungai mengalir merentasi kawasan batuan yang mengandungi mineral yang mudah larut. Air sungai yang mengandungi asid lemah akan melarutkan bahan pada dinding dan dasar alur sungai yang mengandungi mineral mudah larut seperti batu kapur dan batu garam. II. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN 1. Halaju air Semakin deras /laju aliran air tenaga kinetik yang terhasil juga tinggi. Keupayaan melakukan kerja sungai juga tinggi maka kadar hakisan meningkat. 2. Kecerunan Semakin curam sesuatu cerun tindakan daya graviti juga tinggi maka halaju sungai juga akan tinggi . Ini meningkatkan tenaga kinetik maka kadar hakisan meningkat. 3. Bentuk alur /Geometri sungai Bentuk alur sungai yang semakin lurus akan melancarkan aliran sungai ini akan meningkatkan kadar hakisan kerana tiada halangan yang boleh menyekat kederasan aliran sungai. Bahagian cekung sungai , kadar hakisan meningkat. 4. Jenis batuan Sahrom2012 1

MODUL GEOMORFOLOGI 2012


SMK. DATO SRI AMAR DIRAJA, MUAR Kawasan yang diliputi batuan yang keras seperti batuan igneus yang tahan terhadap hakisan akan mengurangkan kadar hakisan. Kawasan batu kapur yang lebih lembut lebih mudah dihakis maka kadar hakisan meningkat. 5. Bahan Muatan Semakin banyak muatan dalam sungai kadar hakisan secara lelasan akan meningkat. III. BENTUK MUKA BUMI HASIL HAKISAN SUNGAI 1. Air terjun Air terjun terbentuk apabila aliran air yang berubah gradien secara tiba-tiba akibat daripada kadar hakisan yang berbeza dalam alur tersebut. 2.Jeram Bentuk muka bumi yang terhasil kerana hakisan di dasar terhadap batuan yang berbeza kekerasan secara menegak . Batuan keras yang tertonjol membentuk jeram di dasar sungai. 3. Lubuk sungai Hakisan di dasar sungai melalui pusaran air terhadap batuan yang merekah atau lembut di dasar sungai. MEKANISME PENGANGKUTAN SUNGAI Pengangkutan sungai ialah proses pemindahan bahan-bahan yang terhakis dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Proses pengangkutan sungai berlaku melalui empat cara iaitu: seretan, lompatan (saltasi), apungan dan larutan. 1. Seretan pengangkutan secara seretan berlaku pada bahan-bahan yang sangat besar dan berat seperti batu tongkol. Proses ini berlau di bahagian dasar sungai. 2. Lompatan (saltasi) proses ini melibatkan pemindahan bahan-bahan dalam bentuk satu siri lompatan. Bahan-bahan seperti kelikir dan serpihan batuan yang tajam dan bersegi-segi bergerak secara lompatan mengikut arus aliran sungai. 3. Apungan proses ini berlaku terhadap bahan-bahan yang halus dan ringan seperti pasir, kelodak dan lumpur terapung. Bahan-bahan ini akan bergerak ke hilir sungai secara apungan di permukaan air. 4. Larutan - pemindahan secara larutan berlaku pada bahan-bahan atau mineral yang mudah larut dalam air seperti batu kapur. Bahan-bahan yang dilarutkan iniakan akan dihanyutkan bersama-sama air sungai dalam bentuk larutan dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. V. 1. FAKTOR YANG MENENTUKAN PENGANGKUTAN SUNGAI Halaju air IV.

2. 3.

Isipadu air Halangan

Sahrom2012

MODUL GEOMORFOLOGI 2012


SMK. DATO SRI AMAR DIRAJA, MUAR 4. Saiz bahan

VI.

PEMENDAPAN SUNGAI Pemendapan berlaku apabila air sungai tidak mampu lagi untuk menggerakan bahan-bahan yang

dibawanya kerana tenaga untuk mengangkut beban sungai menjadi kurang disebabkan oleh aliran air yang sangat perlahan. Pemendapan biasanya berlaku di bahagian hilir sungai atau muara sungai dan ditebing cembung sungai. Dalam proses pemendapan, bahan-bahan yang lebih berat dan besar seperti batu tongkol akan dimendapkan terlebih dahulu manakala bahan yang lebih kecil dan ringan seperti pasir dan lempung akan dimendapkan kemudian terutamanya di bahagian muara sungai. VI. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN 1. Halaju air 2. Isipadu air 3. Kecerunan 4. Bahan muatan 5. Halangan

VII.

BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN SUNGAI 1. TASIK LADAM -

Sahrom2012

MODUL GEOMORFOLOGI 2012


SMK. DATO SRI AMAR DIRAJA, MUAR 2. DATARAN BANJIR

3. TETAMBAK

4. DELTA

Sahrom2012

MODUL GEOMORFOLOGI 2012


SMK. DATO SRI AMAR DIRAJA, MUAR

Sahrom2012

MODUL GEOMORFOLOGI 2012


SMK. DATO SRI AMAR DIRAJA, MUAR VIII. KEPENTINGAN DAN POTENSI BENTUK MUKA BUMI Bentuk muka bumi Air terjun Kepentingan dan potensinya

Jeram

Delta

Dataran Banjir

Tetambak

Sahrom2012

You might also like