You are on page 1of 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran Tahun Tarikh Masa Bilangan Murid Tunjang Tajuk Tajuk Kecil : Pendidikan

Jasmani :5 : 6 September 2011 : 8:10 8:40 pagi (30 minit) : 30 orang murid : Kesukanan : Isu-isu dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan : Penyalahgunaan Dadah dalam Sukan

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mempunyai pengetahuan tentang bahaya dadah melalui media cetak dan elektronik. Murid telah mempelajari peranan dan tanggungjawab diri membanteras penyalahgunaan dadah. Hasil Pembelajaran Kognitif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; : a.) Menamakan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 jenis dadah yang diketahui dalam menyiapkan carta. b.) Mengenalpasti sekurang-kurangnya 3 kesan negatif pengambilan dadah dalam menyiapkan carta. Afektif : Menunjukkan rasa takut terhadap kesan penyalahgunaan dadah semasa tayangan video. Penggabung jalinan Kesepaduan Unsur KBKK : Tunjang Kecergasan : Sains dan muzik : 1. Membuat keputusan 2. Membuat inferen

3. Menyelesaikan masalah 4. Membuat klasifikasi/kategori. Penerapan Nilai : 1. Keberanian 2. Kerjasama 3. Berani 4. Toleransi 5. Tekun 6. Berdikari. Kajian Masa Depan : Murid mengetahui bahaya pengambilan dadah dan menjauhi dadah serta menyokong segala usaha membasmi dadah. Bahan Bantu Mengajar : Slaid PowerPoint 1 Carta dan set jawapan 5 Lembaran kerja 30

Bahagian / Masa Set Induksi (3 minit)

Fokus Pembelajaran (Isi pelajaran) - Menayangkan video yang menunjukkan kesan penyalahgunaan dadah.

Organisasi

Catatan / Alatan

- Guru menayangkan video yang menunjukkan kesan penyalahgunaan dadah menggunakan persembahan PowerPoint: - Guru menanyakan soalan: S : Apakah yang dapat anda lihat daripada tayangan video tadi? J : Penyalahgunaan dadah. S : Apakah kesan negatif pengambilan dadah? J : Individu yang mengambil dadah menghadapi pelbagai masalah kesihatan. S : Apakah kesan atlet yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah? J : Disingkirkan daripada arena sukan, dipenjara dan ada juga atlet yang mati disebabkan pengambilan dadah yang berlebihan.

BBM: Video

KBKK: Kemahiran menyelesaikan masalah

- Guru menyatakan topik pembelajaran hari ini adalah Penyalahgunaan Dadah dalam PJ dan Sukan Langkah 1 (8 minit) - Memperkenalkan jenisjenis dadah yang sering disalahgunakan serta faktor dan kesan penyalahgunaan dadah. - Guru menjelaskan pelbagai faktor yang mendorong atlet sukan mengambil dadah berpandukan slaid persembahan PowerPoint. - Guru memanggil nama murid secara rawak untuk membaca jenis dadah dan kesan-kesan penyalahgunaan dadah tersebut berpandukan persembahan PowerPoint. Contoh:
-

- Guru menayangkan persembahan PowerPoint yang memaparkan gambar-gambar dadah berserta dengan nama.

BBM: Persembahan PowerPoint

Nilai: Keberanian

steroids anabolic (meningkatkan kekuatan dan keupayaan otot.)

Langkah 2 (8 minit)

- Membincangkan peranan pelbagai pihak dalam mencegah penyalahgunaan dadah.

- Guru menyebut nombor 1 hingga 30 secara rawak. - Murid yang nombor gilirannya disebut akan mendapat peluang untuk menjawab soalan. - Nombor 1 hingga 16 akan terpapar pada skrin. Di sebalik setiap nombor terdapat satu peranan dalam membanteras penyalahgunaan dadah. - Murid tersebut dikehendaki memilih satu nombor dari nombor 1 hingga 16 dan menyatakan sama ada peranan di sebalik nombor pilihannya merupakan peranan: Murid / atlet Ibu bapa Pihak sekolah Masyarakat Kerajaan

BBM: Persembahan PowerPoint

KBKK: Kemahiran membuat inferen Kemahiran membuat klasifikasi/ kategori

- Guru dan murid membincangkan jawapan bersama-sama.

Langkah 3 (5 minit)

- Pengukuhan pemahaman terhadap kesan penyalahgunaan dadah melalui aktiviti kumpulan.

- Guru membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan. - Setiap kumpulan dibekalkan dengan carta yang disediakan oleh guru dan juga set jawapan untuk melengkapkan carta. Soalan merangkumi: Nama dan kesan sampingan dadah yang sering disalahgunakan. - Setiap kumpulan diberikan masa 5 minit untuk menampalkan jawapan yang betul pada ruangan kosong atas carta. - Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.

BBM: Carta dan set jawapan

KBKK: Kemahiran menyelesaikan masalah Kemahiran

- Guru membetulkan dan menjelaskan kesilapan murid.

membuat klasifikasi/ kategori

Nilai: Kerjasama Berani Toleransi Penilaian (3 minit) - Penilaian kendiri melalui lembaran kerja. - Guru memberikan lembaran kerja kepada murid untuk disiapkan dalam kelas. Kemahiran (Lembaran kerja dilampirkan.) menyelesaikan masalah Menjana idea BBM: Lembaran kerja Nilai: Tekun Berdikari KBKK:

Penutup (3 minit)

- Membuat rumusan terhadap isi pembelajaran hari ini.

- Guru memanggil nama murid dan membimbing murid untuk merumuskan isi pembelajaran hari ini. Faktor yang mendorong atlet sukan mengambil dadah. Jenis-jenis dan kesan dadah yang sering disalahgunakan dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan. Peranan murid / atlet, ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan kerajaan dalam membanteras penyalahgunaan dadah. - Guru membimbing murid-murid menyanyikan lagu tema PPDa bersama-sama berpandukan tayangan video.

BBM: Video

- Menyanyikan lagu tema Program Pendidikan Pencegahan Dadah


(PPDa) bersama-sama.

Nilai: Keberanian

You might also like