You are on page 1of 12

Peranan Intelektual Malaysia di Zaman Globalisasi

● Ahmad Sahidah

Abstrak

Intelektual adalah orang yang mempunyai peranan sangat penting dalam memberikan
hala tuju kepada pembangunan sesebuah negara. Tidak dapat dielakkan bahawa
kewujudan mereka telah mempercepat kemajuan dan kejayaan dan sekali gus menjadi
benteng bagi penguatkuasaan nilai-nilai moral dan kemanusiaan. Di sisi lain, mereka juga
boleh berleluasa mengkritik dasar-dasar kerajaan atau pandangan orang ramai yang
dianggap tidak selari dengan kepentingan masyarakat luas. Mereka juga cuba membantu
masyarakat untuk memahami fenomena dan persoalan yang sedang berlaku, termasuk
bagaimana orang ramai memberi tanggapan terhadap persoalan globalisasi.

Kata kunci: Intelektual, kritisisme dan globalisasi

PENGENALAN

Memasuki kemerdekaan yang ke-50, sebagai bangsa, negara dan masyarakat, Malaysia
boleh dikatakan telah mantap, gagah dan makmur. Mencecah usia emas ini semestinya ia
tidak lagi dirunsingkan masalah ekonomi. Namun, meskipun kemajuan ekonomi boleh
dirasakan oleh sebagian besar rakyat, tetapi tugasnya untuk mensejahterakan warga lebih
tegar tetap menjadi tanggungjawapnya.

Dibandingkan dengan negara-negara lain yang mempunyai usia yang sama, Malaysia
melangkah lebih cepat dan telah mengisytiharkan sebagai negara Maju pada tahun 2020.
Tidak saja pendapatan per-kapita yang di atas rata-rata negara-negara secara umum,
namun iklim pelaboran juga merangsang pelabor asing untuk memajukan industri. Selain
dunia pelancongan yang menambah pendapatan dan kesejahteraan masyarakat, Malaysia
juga menjadi tujuan belajar dari seluruh negara. Imej yang baik ini tentu saja makin
menempatkan negara ini pada kedudukan yang menentukan dalam percaturan dunia.

Walau bagaimanapun, kemajuan negara tidak boleh dilepaskan dari globalisasi itu
sendiri, yang memungkinkan masuknya arus modal dan manusia ke sesebuah negara.
Namun, sisi negatif daripada globalisasi yang meminggirkan tradisi tempatan menjadi
pemangkin hilangnya identiti. Secara tidak sedar, kepercayaan kepada diri sendiri mulai
rapuh dengan lebih menyukai barangan asing untuk menaikkan imej. Dengan demikian,
adalah susah bagi pengusaha dalam negeri jika barangan yang dihasilkan tidak diminati
oleh warganya sendiri.

CABARAN GLOBALISASI

Globalisasi ekonomi yang melanda seluruh dunia turut serta mempercepat hubungan
dalam berbagai-bagai bidang yang lain. Meskipun pada mulanya, globalisasi dikatakan

1
sebagai satu keniscayaan bagi kehidupan manusia sejak dulu lagi. Biasanya pembahasan
sebuah konsep ini dimulakan dari definisi dan lagi-lagi ini menambah kebingungan
kerana satu sama lain menyatakan sisi berbeza dari kata yang sama. Bahkan secara
tersurat, MacGillivray, sengaja memetik satu pernyataan dalam majalah Spectator (5
Oktober 1962) globalization is indeed a staggering concept (sesungguhnya globalisasi
adalah sebuah konsep yang membingungkan).1

Selanjutnya, saya akan cuba mengikhtisarkan beberapa pokok fikiran dalam karya
MacGillivray tentang tanggapan ramai orang terhadap globalisasi. Bill Clinton, bekas ke
atas presiden Amerika Syarikat, mendefinisikan globalisasi dengan dunia tanpa tembok.
Tony Blair, bekas Perdana Menteri Inggeris, mengatakan bahawa ia adalah fenomena
yang tak boleh dielakkan dan sangat menarik. Sedangkan George Bush, Presiden
Amerika Syarikat, menyatakan sebagai ikatan perdagangan dan kepercayaan. Dalam
bahasa yang jauh berbeza, George Monbiot mengungkapkan bahawa ia memungkinkan
sebuah syarikat untuk mengacungkan senjata pada sesebuah kerajaan.

Sebahagian pemerhati yang lain justeru membuat imajinasi visual dan anekdot untuk
memudahkan memahami istilah ini. Ia seperti seorang laki-laki berdiri di tembok ratapan
(tempat berdoa orang Yahudi yang terletak di Palestin) sambil memegang telepon bimbit
sehingga kawannya boleh menunjukkan rasa simpati, atau sebuah tayangan video
memperlihatkan Osama bin Laden memegang senjata Kalashnikov dan pergelangan
tangannya dililit jam Timex. Bukankah sebenarnya peristiwa semacam ini mudah
ditemukan di dalam kehidupan seharian kita sendiri? Bahkan para pendemo pemboikotan
barangan asing menggunakan seluar dan kasut barangan luar, dan tidak jarang adalah
barangan yang dibuat oleh negara yang dikritiknya?

Pendek kata, ada dua tipa dasar definisi, yaitu tipa ekonomi ketat dan sosial longgar.
Menurut Paul Krugman, globalisasi adalah frasa tempat segala macam barangan untuk
perkembangan dunia perdagangan, hubungan antara pasar wang di negara yang berbeza
dan pelbagai cara lain di mana dunia menjadi tempat yang lebih kecil. Secara lebih
khusus, Joseph Stiglitz, pakar ekonomi dan pemenang hadiah Nobel, lebih memfokuskan
pada penghilangan penghalang perdagangan bebas dan penyatuan lebih rapat kepentingan
ekonomi antaranegara. Telah banyak organisasi ditubuhkan untuk memungkinkan
perdagangan bebas sama ada dua hala mahupun tidak. Lagi-lagi, pakatan semacam ini
banyak dikritik oleh masyarakat dunia ketiga kerana dianggap melemahkan persaingan
dalaman negara berkembang kerana tidak boleh bersaing.

Namun demikian, kata Maxgillivray, adalah penting untuk mengetahui definisi yang lebih
ketat tidak hanya berhubungkait dengan ruang lingkup tetapi juga motif. Dengan kata
lain, kita tidak hanya ingin mengenali bila dan di mana, tetapi juga siapa dan mengapa.
Sebab sememangnya ragam definisi mempunyai implikasi pada konsep dan amalan dari
globalisasi itu sendiri. Seperti ditegaskan sebelumnya, untuk tidak terjebak pada definisi
diperlukan sarana lain seperti imaginasi visual atau anekdot seperti di atas.

Banyak penentang dan juga penyokong globalisasi mengutamakan sebuah definisi yang
ketat. Misalnya, Forum Internasional untuk Globalisasi, salah sebuah kumpulan utama

2
yang mengajukan alternatif dari globalisasi, mendefinisikannya sebagai dorongan dunia
luas saat ini menuju sebuah sistem ekonomi yang terglobalkan yang didominasi oleh
syarikat dan institusi perbankan antarabangsa yang tidak bertanggung jawab bagi proses
demokratik atau pemerintahan kebangsaan. Sangat jelas, globalisasi dibatasi hanya pada
persoalan ekonomi. Boleh dikatakan sekarang syarikat antarabangsa (multinational
corporation) telah menggantikan kuasa negara.

Manakala sarjana yang lain menolak fokus ekonomi kerana dipandang terlalu sempit.
Manfred Steger, pensyarah Universitas Illinois, mengulas setengah dozen definisi yang
lebih luas yang diberikan oleh para akademisi. Akhirnya, beliau menyimpulkan bahawa
globalisasi adalah sebuah proses sosial multidimensi yang menciptakan,
melipatgandakan, membentangkan, dan menguatkan ketergantungan sosial dan
pertukaran di serata dunia manakala pada waktu yang sama turut mengembangkan di
dalam masyarakat sebuah kesedaran akan hubungan yang rapat antara tempatan dan yang
jauh di seberang.2

Kata global itu sendiri sebenarnya telah digunakan oleh kalangan akademisi Amerika
pada tahun 1960-an. Meskipun pada kenyataannya, kata ini sebagai kata sifat boleh
ditemukan di dalam Harper’s Magazine tahun 1892. Majalah ini menggambarkan
Monsieur de Vogüe, seorang Perancis yang gemar berkelana. Beliau pergi ke dunia Timur
dan Barat untuk mendapat ragam warna dan idea, minatnya adalah seluas semesta dan
ambisinya, sebagaimana diucapkan sendiri, adalah menjadi ‘global’. Tentu saja, Marshall
McLuhan, pakar komunikasi, yang sering dipetik ideanya kerana memperkenalkan istilah
global Village, menyatakan bahawa ‘dunia mengalami kontraksi menjadi sebuah
kampung yang besar’.

Sebenarnya kehendak-global adalah proses mental ingin melintasi dunia yang telah
dimulakan oleh Pythagoras pada abad ke-5 sebelum Masihi dan mencapai titik
puncaknya dalam perjalanan Columbus dan Vasco da Gama pada abad ke-5 dan ke-16.
Namun, sumbangan pada arus global ini turut diramaikan oleh bangsa lain iaitu, Yunani,
Mongol, Islam, Cina, Belanda dan Irland.3

BEBERAPA SESAT FIKIR TENTANG GLOBALISASI

Menurut Maxgillivray, dalam buku A Brief History of Globalization seringkali orang


ramai salah faham tentang globalisasi. Menyatakan globalisasi sebagai kepanjangan
daripada kapitalisme Amerika adalah menyesatkan.4 Sebab ia juga merupakan fenomena
negara lain. Misalnya, bagaimana sebuah kerajaan militer Nigeria yang kejam di bawah
allahyarham Sani Abacha menggantung sembilan penggiat Ogoni, termasuk dramawan
Ken Saro-Wiwa kerana mencetuskan tunjuk perasaan secara luas terhadap Syarikat
Minyak Inggeris-Belanda Shell.

Selain itu, pembatasan globalisasi pada persoalan ekonomi juga tidak tepat. Ia sebenarnya
juga merangkumi kebudayaan global sebagai ketegangan dinamik antara identiti
tempatan dan ambisi global, sama ada di dalam agama, seni, filem, muzik atau sukan.

3
Tentu sahaja, fenomena piala dunia bola sepak adalah contoh yang paling termasyhur
tentang betapa batas-batas dunia telah luruh menjadi penumpahan ‘hasrat’ bersama.

Demikian juga, penyebaran agama-agama besar dunia, Kristian, Hindu, Islam, Buddha
dan Yahudi, seperti ditulis oleh penulis buku di atas, tidak boleh dilepaskan dari peranan
penyebaran arus orang dan modal. Masing-masing telah menggunakan polanya sendiri
dalam menyebarkan agamanya. Bahkan, boleh dikatakan penyebaran agama Kristian
telah membonceng kolonialisme di banyak negara.

Akhirnya, fenomena yang paling dahsyat adalah kekuatan filem, muzik dan sukan (di sini
penulis menyebut bola sepak) sebagai pemangkin yang mendekatkan seluruh emosi orang
di dunia terhadap kebudayaan. Batas-batas antaranegara menjadi luruh dengan fanatisme
terhadap penyanyi, personaliti filem atau atlit olahraga tanpa mengambil kira perbezaan
latar-belakang.

Namun demikian, pertukaran kebudayaan global mempunyai dua kecenderungan yang


berlawanan. Di satu sisi, ia boleh menciptakan keseragaman dan di sisi lain ia
meningkatkan kreativiti kanibalistik dan menyelamatkan peninggalan kebudayaan yang
rentan musnah. Misalnya, bagaimana kolaborasi Mickey Hart, mantan pemukul drum
Gratefull Dead dan Alain Jabbour, Direktur Amerikan Folklife Center mengeluarkan
album dari peramuan musik pelbagai pulau di Nusantara.

Mengatakan globalisasi sebagai fenomena baru adalah bentuk sesat pikir lain. Migrasi
global pertama dimulai jutaan tahun yang lalu ketika sekelompok kecil manusia moden
mulai menyebar dari padang rumput yang padat di Afrika Timur. Pada mulanya mereka
bergerak sangat lambat – hanya beberapa kilometer dalam setahun. Salah satu
motivasinya adalah pencarian buruan baru dan perkahwinan dengan suku lain. Mereka
menggunakan kaki dan perahu.

Yang menarik, bahawa globalisasi awal tidak didorong oleh hal besar tetapi oleh
barangan sederhana. Halia adalah komoditi migrasi pertama yang diperkenalkan oleh
Sepanyol pada Meksiko dan Jamaica pada abad keenambelas.5 Selanjutnya, pala, getah,
cengkih menjadi rebutan para imperialis untuk diperdagangkan. Bahkan, tak jarang di
antara mereka sendiri terlibat perang untuk menguasai daerah penghasil rempah-rempah.

PEMUJA DAN PENENTANG GLOBALISASI

Perlawanan tempatan terhadap globalisme pastinya muncul kerana beragamnya amalan


politik, budaya dan agama. Salah satu contoh, bagaimana kewangan global tidak akan
menjadi tunggal sebab Islam dan Katolik menolak faedah.6 Ini memungkinkan untuk
lahirnya pelbagai hubungan perdagangan yang tidak didominasi oleh mata wang dollar
Amerika Syarikat. Bahkan bersatunya negara-negara Eropah telah memungkinkan
penyatuan alat tukar yang makin menghakis kuasa dollar di benua Eropah. Tidak itu
sahaja, Iran dan Malaysia mencadangkan dinar sebagai alat pertukaran perdagangan

4
antarabangsa, sehingga membolehkan makin mengurangkan kejayaan dollar di negara-
negara Islam.

Dalam kurun waktu dekad ini, para pemprotes globalisasi berkumpul bersama untuk
menolak sidang tahunan organisasi global seperti Organisasi Perdagangan Dunia (WTO),
Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia, Forum Ekonomi Dunia dan G 7.
Seringkali protes mereka berakhir dengan kerusuhan, seperti yang terjadi di Seattle,
Washington, Davos dan tempat lain. Yang mengenaskan, di Genoa, tempat kelahiran
Columbus, penemu benua Amerika, Syarikat, seorang demonstran muda mati ditembak
polis.7

Sebagai tandingan terhadap Forum Ekonomi Dunia yang menyokong globalisasi, para
penggiat yang menentang globalisasi juga membuat pertemuan yang dikenali dengan
Forum Sosial Dunia. Kelompok yang terakhir ini mempunyai pandangan bahawa negara-
negara maju telah berlaku tidak adil terhadap negara berkembang. Alih-alih mereka
menolong negara miskin, justeru mereka menjeratnya untuk menjana keuntungan
ekonomi yang berlimpah melalui kerjasama yang sepihak.

Greenpeace, salah satu penentang globalisasi, adalah organisasi bukan kerajaan yang
memberi tumpuan kepada persoalan kerosakan alam sekitar yang disebabkan kilang-
kilang yang dimiliki syarikat global dan tempatan. Mereka tidak teragak-agak melakukan
sabotaj. Oleh kerana itu, Graeme Snooks, ahli sains politik, mencadangkan agar
dikembangkan satu paradigma teknologi baru untuk menggantikan industrialisme, yang
banyak tergantung pada minyak penghasil polusi, yaitu dengan penggunaan tenaga
matahari (Solar Revolution).8

INTELEKTUAL DAN KRITISISME

Without an intellectual community there is no demand for change in the fundamental


forms of society (Syed Hussein al-Attas, 1977: 52)

Satu karya penting yang berusaha untuk mengkaji tugas intelektual di negara sedang
berkembang adalah Intellectuals in Developing Societies yang ditulis oleh Syed Hussin
al-Attas. Huraian dalam karya ini menjadi munasabah kerana berhubutkait dengan kajian
peranan intelektual di Malaysia dan negara jirannya. Sebenarnya, banyak karya yang
mengupas persoalan peranan intelektual, seperti sebuah karya yang menjadi klasik
Edward Shils, The Intellectual and the Powers and Other Essays (1972) dan yang paling
terkenal adalah karya Julien Benda bertajuk The Treason of Intellectuals.

Meskipun intelektual kerap dikatakan sebagai sekelompok manusia yang berumah di atas
angin atau berkecuali, namun demikian didapati beberapa faktor yang mempengaruhi
keputusan mereka untuk mengikuti satu tradisi pemikiran atau mazhab yang lain. 9 Neil
Gross, pensyarah Universiti Wisconsin America, membuat senarai faktor tersebut,
antaranya pencarian kedudukan intelektual di mana pemikir berada di bidang
pengetahuan moden mencari pengiktirafan, kehormatan dan kepercayaan dari rakannya
dan sekali gus kedudukannya di dalam lingkungannya bermastautin.

5
Namun, sebelum lebih jauh membincangkan intelektual, adalah perlu untuk
mengetengahkan definisi intelektual agar kita boleh menemukan titik terang kedudukan
mereka di dalam masyarakat ramai. Camic dan Gross mendefinisikannya sebagai
seseorang yang “relatif mampu menghasilkan idea ilmiah, pentafsiran, moral, politik dan
estetik.10 Manakala Syed Hussein Alatas mengatakan secara lebih umum bahawa
intelektual adalah seseorang yang terlibat dalam pemikiran tentang idea dan masalah
bukan bendawi dengan menggunakan kemampuan taakulan.11 Mungkin, dua definisi
intelektual yang diutarakan oleh Julien Benda dan H. W. Fowler akan melengkapi definisi
kata ini, di mana yang pertama mengatakan:12

“The Clerks are all those whose activity essentially is not the pursuit of
practical aims, all those who seek their joy in the practice of an art or a
science or metaphysical speculation, in short in the possession of
nonmaterial advantages, and hence in certain manner say: “My Kingdom
in not of this world.”

Manakala yang kedua menegaskan bahawa:

An intellectual person who was not intelligent would be, though not
impossible, a rarity; but an intelligent person who is not intellectual we
most of us flatter ourselves that we can find in the looking-glass.

Tentu saja, penjelasan Edward Shils tentang siapakah sebenarnya intelektual itu
membantu kita untuk memahami lebih dalam. Bagi Shils, pakar sosiologi termasyhur, di
dalam kehidupan seharian ada perbezaan di dalam setiap masyarakat dalam memahami
nilai-nilai tertinggi (ultimate values), sama ada yang bersifat kognitif (pengetahuan),
moral mahupun estetik dan perbezaan keperluan terhadap kesepaduan. Kehidupan biasa
menghindari definisi ketat dan penganutan yang konsisten terhadap aturan tradisional dan
rasional, ia tidak memerlukan hubungan berterusan dengan yang suci (the sacred).
Kehidupan seharian secara ceroboh penuh dengan kompromi dan improvisasi; ia berlaku
“di sini dan sekarang.”13

Di tengah kehidupan seharian ini, didapati beberapa orang yang mempunyai kepekaan
luar biasa terhadap ‘yang suci’, sebuah refleksi yang tidak umum tentang hakikat
kesejagadan dan aturan masyarakat yang mengatur kehidupannya. Mereka adalah orang
yang mencari dan seringkali berhubungan dengan simbol-simbol yang bukan situasi
konkrit langsung daripada kehidupan seharian dan referensinya jauh melampaui ruang
dan waktu. Berkat kedalaman pemikirannya, mereka mampu melihat satu masalah secara
syumul.

Meskipun peranan intelektual itu sangat penting, namun satu hal yang perlu diperhatikan
adalah bahawa fungsi kritis dan sokongan (affirmation) itu bergantung kepada hakikat
sistem politik di mana mereka hidup.14 Jadi, sikap mandiri intelektual itu adalah pilihan
utama, yang didasarkan bukan kepada sokongan membuta tuli kepada kerajaan atau
bukan kerajaan. Mereka bekerja untuk menghasilkan idea dan mewujudkan gagasan itu

6
menjadi kenyataan di tengah-tengah masyarakat. Mungkin, dua tokoh intelektual
terkemuka Sahnon Ahmad, penyair dan bekas pensyarah, dan Chandra Muzaffar,
presiden International Movement for a Just World JUST), boleh dijadikan contoh bahawa
keberpihakan mereka pada institusi politik ‘pembangkang’ justeru telah ‘mematikan’
reformasi itu sendiri. Sebuah perubahan dari ‘luar’ kerajaan belum memungkinkan kerana
ketiadaan sokongan dari orang ramai sebagai objek perubahan. Adalah tepat apa yang
diketengahkan oleh Edward Shils:

The intellectual activities and their situation in society are the products of
a compromise and an articulation on the intellectual disposition and the
needs of society for those actions which can be performed only by persons
who of necessity, by virtue of the actions they perform, are intellectuals.
The larger the society and the more complex the tasks its rulers undertake,
the greater the need therefore for a body of religious and secular
intellectuals.15

Mungkin definisi yang paling ‘konkrit’ adalah apa yang diungkapkan oleh José Ferrater
Mora bahawa intelektual adalah orang yang boleh menulis esei, buku, ulasan, sajak,
novel dan simponi. Tambahan lagi, semua yang mengajar di institusi pendidikan,
menemukan teorema baru, teori baru, dan mereka yang menandatangani manifesto atau
menolaknya. Pendek kata, mereka yang terlibat dalam perbincangan tentang
‘intelektual’.16 Dengan demikian profesion yang boleh dikategorikan sebagai intelektual
adalah wartawan, pensyarah, penulis lagu, dan penyair.

Manakala definisi Mora ini hanya bertumpu pada aktiviti menghasilkan idea ataupun
konsep. Lebih jauh, intelektual juga mempunyai peranan untuk mewujudkan idea mereka
melaui tindakan atau amalan. Jadi, selain berperanan sebagai penghasil karya, sebagai
tugas utama, intelektual juga bergiat dalam bidang pentabdiran, ulama atau paderi dan
pegawai yang berkhidmat untuk kepentingan masyarakat.17

RESPONS INTELEKTUAL

Memandangkan globalisasi makin membuat tempatan terpuruk, para intelektual di sini


telah menunjukkan tanggapannya dengan mengajukan petisi berhubung kait dengan
perubahan dasar pengajaran bahasa Inggeris di pengajian awam yang dianggap sebagai
sebuah tantangan baru bagi kaum nasionalis Malaysia yang menganggapnya sebagai satu
kemunculan kolonialisme baru.18 Identiti kebangsaan dikhuatiri akan terhakis oleh
‘bahasa asing’. Walau bagaimanapun, keengganan untuk menggunakan bahasa
kebangsaan dalam sesetengah masyarakat secara tidak langsung menunjukkan rasa
rendah diri. Mereka beranggapan bahawa bahasa Inggeris boleh menaikkan prestij
pemakainya.

Misalnya, bagaimana Kongres Intelektual Melayu Ketiga pada tahun 1994 mengajukan
sepuluh memorandum kepada kerajaan yang memprotes penggunaan bahasa Inggeris di
pengajian tinggi, meskipun pada masa itu hanya dibatasi pada pengajaran sains dan

7
teknologi. Berdasarkan catatan Halim Salleh, Utusan Malaysia pada masa itu
memberikan kesempatan bagi intelektual untuk membincangkan masalah ini. Bahkan,
persoalan yang sama juga muncul pada tahun ini ketika pelajaran sains di sekoleh
menengah juga ditentang oleh ramai kalangan kerana akan makin menjauhkan pelajar
daripada bahasa kebangsaan.

Dari peristiwa di atas boleh dikatakan bahawa intelektual itu tidak hanya menyatakan
manifesto, tetapi juga bagaimana menyebarkan ideanya melalui media sehingga boleh
dibaca oleh orang ramai. Dengan demikian, pesanan yang dicetuskan daripada wacana
yang dibincangkan boleh sampai kepada masyarakat. Bagaimanapun intelektual
mempunyai keupayaan untuk meyakinkan orang ramai dan mengarahkan pendapat publik
sesuai dengan pandangan-pandangannya yang ideal.

Apa yang dilakukan oleh Farish A Noor dalam mengutarakan pendapatnya mungkin
boleh dipandang sebagai sikap intelektual sejati. Tulisannya tidak hanya mengkritik
kerajaan dan pembangkang, bahkan kepercayaan umum masyarakat juga tidak luput
daripada perhatiannya. Dalam buku The Other Malaysia, beliau dengan tegas mengajak
kita untuk kembali mengambil kira pemikiran yang dipinggirkan, atau yang beliau
panggil sejarah subaltern, sebagai bandingan terhadap sejarah dan pandangan arus
perdana.19 Secara tersirat, idea dalam buku ini ingin mengajak kita untuk menghargai
kebudayaan tempatan, sebagai antitesis terhadap kebudayaan global.

Namun, adalah jamak terjadi seluruh wacana dan berita di media selalu dibawah
pengawalan arus perdana. Di sini, intelektual seharusnya tidak mendokong mana-mana
pihak. Justeru mereka harus mengajarkan orang ramai apa yang harus mereka fikirkan
terhadap dasar penguasa sekalipun. Jadi, jika penguasa lebih banyak menuruti kehendak
globalisasi, tanpa memperhitungkan kepentingan tempatan, maka adalah tugas intelektual
untuk menolak keinginan pemerintah. Sebagaimana ditegaskan oleh Francis G Wilson
bahawa pendapat orang ramai (public opinion) selalu berada di luar kerajaan.20 Dengan
kata lain, intelektual harus mengambil sikap mandiri.21

Namun demikian, tidak berarti intelektual selalu menentang kerajaan jika memang
pendirian mereka menunjukkan perlawanan terhadap hegemoni negara kaya, seperti
dilakukan oleh Mahathir Mohammad ketika menjadi Perdana Menteri22 tetapi, boleh
dikatakan tanggapan di sini lebih merupakan cetusan pendapat umum dalam menghadapi
kerakusan negara-negara kaya, yang kata Mahathir kekayaan dunia dikuasai oleh tujuh
negara. Boleh dikatakan mantan Perdana Menteri ini berhasil melawan kuasa global yang
ingin membantu Malaysia ketika diterjang krisis, namun beliau tidak mempercayai resipi
yang diberikan oleh IMF, dan bahkan secara gemilang berhasil keluar dari krisis yang
katanya disebabkan oleh spekulasi yang dilakukan oleh George Soros.

Lebih jauh, persoalan yang sebenarnya patut mendapat perhatian adalah hegemoni
kebudayaan dalam bidang muzik, filem, dan fesyen yang telah mempengaruhi ekspresen
sehari-hari daripada masyarakat tempatan. Kalau kita perhatikan, ramai penulis yang
terdiri dari tokoh keagamaan, pensyarah, dan cendekiawan cuba menggesa pembuat dasar

8
dalam semua bidang untuk menapis serangan kebudayaan dari luar sebagai bentuk
kecemasan atas hilangnya akar budaya sendiri.

Malangnya, sikap kritis ini tidak disertai dengan apa yang disebut dengan budaya
tandingan (counter-culture). Para seniman tempatan, sebagai bahagian daripada
intelektual, belum upaya untuk menciptakan pelbagai karya berkualiti yang boleh
dinikmati oleh orang ramai. Tidak dapat dielakkan, kebudayaan tinggi (high culture)
selama ini diidentikkan dengan karya muzikal Barat. Misalnya, bagaimana begitu
antusias orang ramai, dari menteri, penyanyi dan banyak ahli masyarakat lain berpusu-
pusu menonton persembahan Il Divo, sementara pertunjukan muzik tempatan tidak
mendapat penghargaan yang sama. Demikian pula berhubungkait dengan dunia fesyen, di
mana pakaian tradisional Melayu hanya dipakai ketika dilangsungkan aktiviti
kebudayaan dan tidak dipakai dalam kegiatan menyambut tamu dari pelbagai negara dan
acara rasmi yang lain untuk menunjukkan bahawa kita bangga dengan pakaian sendiri.
Mereka lebih menyukai menggunakan tali leher dan kot, padahal kedua-duanya adalah
pakaian Barat yang sesuai dengan iklim sejuk di sana, sementara di sini yang bercuaca
panas tidak cocok dengan pakaian yang tertutup dan tebal.

Secara psikologikal, ketidakmahuan untuk membanggakan pakaian sendiri adalah bentuk


perasaan rendah diri dan merasa telah berdiri setaraf dengan bangsa lain hanya dengan
menggunakan pakaian yang sama, benar-benar satu pendirian yang dangkal dan palsu.
Mengapa di dalam acara rasmi kenegaraan para pemimpin negara Timur selalu
menggunakan kot dan bukan pakaian tradisional atau kebangsaan sendiri?

Dampak lain yang tak kalah hebatnya daripada globalisasi budaya dan boleh
mencetuskan konflik adalah persoalan ekonomi yang tidak merata. Oleh itu, Fred
Halliday mencadangkan agar diusahakan sebuah demokratisasi ekonomi.23 Atas dasar
pendapat ini, para intelektual wajib mencurahkan perhatian bagaimana masyarakat boleh
mendapatkan kesempatan yang luas untuk bekerja dan menjana pendapatan yang layak
untuk hidup sihat, tempat tinggal, dan pendidikan.

KESIMPULAN

Daripada huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa tugas intelektual adalah tidak hanya
menghasilkan idea, tetapi juga melakukan tindakan, seperti menolak dasar-dasar kerajaan
dan kecenderungan masyarakat untuk tidak menghargai barangan buatan tempatan,
misalnya. Dengan kemajuan teknologi maklumat, para intelektual harus juga upaya untuk
menyampaikan pemikirannya melalui sarana multimedia, selain juga menyampaikan
idenya di aktiviti seminar dan akhbar.

Seringkali nasionalisme hanya dilaungkan di hari kemerdekaan, sementara keberpihakan


pada karya anak negeri tidak dipedulikan. Produk kereta nasional tidak disokong
sepenuhnya oleh penduduk tempatan, malahan lebih memilih kereta berjenama sebagai
cara untuk menunjuk-nunjuk. Jika demikian sikap kebanyakan warga negara, maka
kemajuan yang ingin diraih tidak akan dicapai secara sempurna. Sudah waktunya para

9
intelektual bergandeng tangan dengan seluruh kekuatan masyarakat, sama ada kerajaan
dan swasta, untuk mencintai barangan yang dihasilkan negeri sendiri.

Dengan mengenal watak globalisasi sebagai cara manusia untuk memperoleh kekayaan
dan keselamatan, maka kita tidak boleh menolak dan bahkan anti-globalisasi. Namun, di
sinilah persoalan yang seringkali muncul ketika yang kuat menindas yang lemah. Sebagai
negara yang baru berkembang, seluruh unsur masyarakat harus berani menyatakan tidak
pada keinginan-keinginan negara maju yang ingin bekerjasama, namun hakikatnya
mereka ingin lebih banyak mengambil keuntungan dari kita.

RUJUKAN

Alatas, Syed Hussein. (1977) Intellectuals in Developing Societies, London: Frank Cass.

Boggs, Carl. (1993) Intellectuals and the Crisis of Modernity, New York: State University
of New York Press.

Camic, Camic dan Neil Gross, (2001) “The New Sociology of Ideas”, Blackwell
Companion to Sociology, ed. J. Blau Malden, MA: Blackweel.

Coser, Lewis A. (1970) Men of Ideas: A Sociologist’s View, New York: The Free Press.

Gilberg, Trond. (2000) “Yugoslav Nationalism at the End of the Twentieth Century”,
dalam Leo Suryadinata, Nationalism and Globalization: East and West,
Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Gross, Neil. (2002) “Becoming a Pragmatic Philosopher: Status, Self-Concept, and


Intellectual Choice, dalam American Sociological Review, Vol. 67 (February).

Held, Virginia. (1983) The Indepencence of Intellectuals”, dalam The Journal of


Philosophy, Vol. 80, No. 10 (October).

Hitti, Philip K. (1970) History of Arabs: From the Earliest Times to the Present (New
York: MacMillan.

Hollander, Paul. (1983) “Intellectuals, the Pursuit of Power, and the Good Society,”
Contemporary Sociology, Vol. 12, No. 5. September.

MacGillivray, Alex. (2006) A Brief History of Globalization: The Untold Story of Our
incredible Shrinking Planet, New York: Carroll & Graf Publishers.

Mohamad, Mahathir. (2002) Globalization and the New Realities, Kuala Lumpur:
Pelanduk Publications, [M] Sdn. Bhd.

10
Mora, José Ferrater. (1959) “The Intellectual in Contemporary Society,” dalam Ethics,
Vol. 69. No. 2 (January).

Noor, Farish A. (2002) The Other Malaysia: Writings on Malaysia’s Subaltern History,
Kuala Lumpur: Silverfishbooks.

Robertson, Robbie. (2003) The Three Waves of Globalization A History of a Developing


Global Consciousness, London dan New York: Zed Books.

Salleh, Halim. (2000) “Globalization and the Challenge to Malay Nationalism as the
Essence of Malay Nationa1ism,” dalam Leo Suryadinata, Nationalism and
Globalization: East and West, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Shils, Edward. (1972) The Intellectual and the Powers and Other Essays, Chicago dan
London: The University of Chicago Press.

Wilson, Francis G. (1954) “Public Opinion and the Intellectuals,” The American Political
Science Review, Vol. 48, No. 2. (June).

BIODATA

AHMAD SAHIDAH adalah mahasiswa PhD Bidang Tamadun Islam Pusat Pengajian
Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia. Sekarang beliau bekerja sebagai Pembantu
Penyelidik Siswazah di Universiti Sains Malaysia dalam mengkaji kitab al-Bahr al-Lahut
yang dijangka sebagai manuskrip Arab Melayu pertama di Nusantara.

NOTA HUJUNG

11
1
Dipetik daripada Alex MacGillivray, A Brief History of Globalization: The Untold Story of Our incredible Shrinking
Planet (New York: Carroll & Graf Publishers, 2006), hlm. 4.
2
Ibid., hlm. 5.
3
Ibid., hlm. 11.
4
Ibid., hlm. 13. Leo Suryadinata menegaskan bahawa hal ini disebabkan oleh pengaruh yang luar biasa kekuasaan
‘lunak’ Amerika Syarikat, khasnya melalui media. Kebudayaan Amerika telah memasuki kebudayaan negara lain, sama ada
memperkaya mahupun menghakis kebudayaah sesebuah bangsa. Meskipun, ramai negara yang cuba membatasi
pengambilan kebudayaan Paman Sam ini. Lihat Leo Suryadinata, “Nation, Nationalism and Globalization”, dalam buku yang
disuntingnya Nationalism and Globalization: East and West (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2000), hlm.
334.
5
Ibid., hlm. 103. Sebenarnya fenomena perdagangan antaranegara telah dimulakan sejak peradaban Islam yang
telah berhasil menguasi hampir lebih dari separuh dunia, jauh sebelum Eropah menjajah negara-negara di Asia dan Afrika.
Empayar Islam pada masa itu telah berjaya memajukan perdagangan antaranegara. Untuk penjelasan lebih jauh boleh
dibaca dalam Philip K Hitti, History of Arabs: From the Earliest Times to the Present (New York: MacMillan, 1970).
Bandingkan dengan pendapat Trond Gilbelg bahawa “The concepts of globalism and globalization are not new in scholarly
discourse. Some economic historians will inform us that there have been other times in human history when trade proceed
virtually unimpeded between various parts of the world. Lihat lebih jauh dalam karyanya “Yugoslav Nationalism at the End
of the Twentieth Century”, dalam Leo Suryadinata, Nationalism and Globalization: East and West (Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies, 2000), hlm. 9.
6
Alex MacGillivray, op.cit., hlm. 191
7
Ibid., hlm. 131.
8
Sila rujuk Robbie Robertson, The Three Waves of Globalization A History of a Developing Global Consciousness
(London dan New York: Zed Books. 2003), hlm. 249.
9
Sila rujuk Neil Gross, “Becoming a Pragmatist Philosopher: Status, Self-Concept, and Intelectual Choice”,
American Sociological Review, vol. 67 (February 2002).
10
Camic, Camic dan Neil Gross, “The New Sociology of Ideas”, Blackwell Companion to Sociology, ed. J. Blau
Malden (MA: Blackweel, 2001), hlm. 237.
11
Syed Hussein Alatas, Intellectuals in Developing Societies (London: Frank Cass, 1977), hlm. 8. Namun definisi ini
dikritik oleh Ziauddin Sardar sebagai naiv.
12
Dipetik daripada Lewis A. Coser, Men of Ideas: A Sociologist’s View (New York: The Free Press. 1970), hlm. vii.
13
Shils, Edward. The Intellectual and the Powers and Other Essays (Chicago dan London: The University of Chicago
Press, 1972), hlm. 3.
14
Sila rujuk Paul Hollander, Intellectuals, “The Pursuit of Power, and the Good Society,” Contemporary Sociology,
Vol. 12, No. 5. (Sep., 1983), hlm. 505.
15
Edwards Shils, op.cit., hlm. 4.
16
Lihat José Ferrater Mora, “The Intellectual in Contemporary Society,” dalam Ethics, Vol. 69. No. 2 (January,
1959), hlm. 96.
17
Edwards Shils, op.cit., hlm. 154. Bandingkan dengan apa yang diketengahkan oleh Carl Boggs bahawa
intellectuals are involved in the production and dissemination of ideas, which, from ancient Greece to present, has always
been a manifestly social and political activity. Sementara istilah intellegentsia menegaskan sebuah konsep peranan yang
lebih luas, seperti para profesional, penulis, seniman, ilmuwan, wartawan dan bahkan ahli politik. Lihat lebih jauh dalam
Carl Boggs, Intellectuals and the Crisis of Modernity (New York: State University of New York Press, 1993), hlm. x. Kemudian
untuk mengetahui bagaimana para pemikir atau intelektual ini memilih pilihan ‘kajiannya, boleh ditelusuri dalam Sosiologi
Idea sebagai cawangan daripada Sosiologi Pengetahuan. Lihat selanjutnya dalam Neil Gross, “Becoming a Pragmatic
Philosopher: Status, Self-Concept, and Intellectual Choice”, dalam American Sociological Review, Vol. 67 (February, 2002),
hlm. 52-76.
18
Halim Salleh, “Globalization and the Challenge to Malay Nationalism as the Essence of Malay Nationalism,”
dalam Leo Suryadinata, Nationalism and Globalization: East and West (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies,
2000), hlm. 158
19
Pada pendapat saya, inilah karya yang paling cemerlang tentang pembacaan terhadap sejarah Malaysia oleh
sarjana tempatan dari sebelum merdeka hingga masa kini. Lebih dalam Farish A. Noor The Other Malaysia: Writings on
Malaysia’s Subaltern History (Kuala Lumpur: Silverfishbooks, 2002).
20
Sila rujuk Francis G Wilson, “Public Opinion and the Intellectuals”, dalam The American Political Science Review,
Vol. XLVII, No. 2 (June, 1954), hlm. 324.
21
Tentang bagaimana seorang intelektual harus mandiri, Virginia cuba mengetengahkan prasyarat yang harus
dipenuhi oleh seorang intelektual, di antaranya income atau pendapatan. Selain itu, ia juga harus mendapatkan sokongan
sosial sehingga pemikirannya boleh difahami dan seboleh mungkin juga diwujudkan. Lebih jauh boleh dibaca Virginia Held,
“The Indepencence of Intellectuals”, dalam The Journal of Philosophy, Vol. 80, No. 10 (October, 1983), hlm. 572-582.
22
Sebuah ulasan yang sangat baik tentang bagaimana mendepani cabaran globalisasi, lihat Mahathir Mohamad,
Globalization and the New Realities (Kuala Lumpur: Pelanduk Publications, [M] Sdn. Bhd., 2002).
23
Dipetik daripada Robbie Robertson, op.cit., hlm. 253.

You might also like