You are on page 1of 13

BIODATA MURID

Nama: No. Surat Beranak:.. Jantina:.. Keturunan:. Agama: ..Tarikh Lahir:.. Alamat Sekolah:. Alamat Rumah: No. Telefon ibu / bapa / penjaga:.. Rekod Kesihatan / Alahan:. Rekod Pencapaian Murid Tahun Kelas Pasukan
(kelas / rumah sukan / pemain sekolah)

tampal gambar anda di sini.

Jawatan / sumbangan

Panduan Penilaian Kegiatan Pasukan Beruniform Aspek Penilaian Kehadiran Jawatan Disandang Penglibatan Pencapaian Jumlah Tandatangan Murid Peratus Markah 50 04 14 12 80 Tandatangan ibu/bapa/ penjaga

..

REKOD KEHADIRAN AKTIVITI PERMAINAN BOLA BALING Nama:. Tahun:. No. surat beranak:. Kelas: .. Aktiviti Permainan Bola Baling Aktiviti Pembelajaran

Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24

Tarikh

T.T. Guru Penasihat/ Jurulatih

Ulasan Guru Penasihat / Jurulatih

A. SEJARAH BADMINTON

Permainan badminton yang juga dikenali sebagai Poona, telah dimainkan buat pertama kalinya, seawal 1809 di Pulau Pinang oleh pegawai dari Syarikat East India, iaitu di kediaman Kaptain Francis Light. Permainan ini pada awalnya tidak mempunyai sebarang peraturan atau undang-undang yang khusus yang boleh dijadikan sebagai panduan cara permainannya. Namun begitu, permainan ini telah berjaya menarik minat sebahagian daripada penduduk setempat. Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) pula telah ditubuhkan pada tahun 1934 yang bertujuan menguruskan segala hal ehwal berkaitan permainan badminton seluruh dunia. Sejurus selepas itu pula, iaitu pada 11 November 1934, Persatuan Badminton Malaya pula telah ditubuhkan yang mana telah menonjolkan J.L Woods dari Perak sebagai presiden pertamanya. Sukan badminton terus berkembang terutamanya pada tahun 1992 di Barcelona, yang menampilkan sukan badminton sebagai acara rasmi dalam sukan Olimpik. Pada tahun berikutnya, iaitu pada tahun 1996, Rashid Sidek telah berjaya memenangi Pingat Gangsa dan dua pasangan beregu berjaya memungut pingat perak dan gangsa di kejohanan tersebut. Atas tujuan memperkembangkan lagi arena sukan ini, Akademi Badminton Malaysia (ABM) telah ditubuhkan pada tahun 1992. Antara salah seorang pemain handalan yang berjaya dilahirkan ialah Dato' Lee Chong Wei.

Gambar pasukan Badminton Malaysia yang pertama mengharumkan nama negara

B. ORGANISASI SUKAN PERMAINAN BADMINTON SEKOLAH

C. ASAS PERMAINAN BADMINTON Permainan badminton sesuai dimainkan oleh semua lapisan peringkat umur dan tidak mengira jantina. Badminton boleh dimainkan oleh 2 orang, iaitu setiap seorang berada di bahagian gelanggang masingmasing, ataupun 4 orang iaitu 2 orang di setiap bahagian gelanggang. Permainan ini terbahagi kepada dua kategori berasingan, iaitu acara individu dan berpasukan. Acara individu merujuk kepada perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran dalam acara persendirian masing-masing, iaitu tidak terikat antara satu sama lain. Manakala Piala Thomas atau Uber dan Piala Sudirman adalah contoh acara berpasukan, di mana semua kategori tadi bermain sebagai satu pasukan.

D. UNDANG-UNDANG PERMAINAN BADMINTON 1. Sistem Pengiraan Mata Bagi permainan biasa, sistem 21 mata rali digunakan. Sekiranya, pemain seri di mata 20, 2 mata diperlukan untuk memenangi set permainan. Jika tidak, permainan diteruskan hingga 29-29 dan pemain yang mencapai mata 30 dahulu akan dikira pemenang.

2. Memulakan Permainan Undian bagi menentukan siapa yang bakal melakukan servis pertama boleh ditentukan dengan pelbagai cara. Kebiasaannya, bulu tangkis atau syiling digunakan dalam undian.

3. Servis Pemain tidak dibenarkan memijak sebarang garisan gelanggang ketika membuat servis dan kedua-dua belah kaki mesti sentiasa menyentuh lantai dalam keadaan tetap sehingga servis dilakukan, atau servis akan dikira batal. Kedudukan bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang semasa melakukan servis. Pemain dilarang sama sekali melengahkan servis selepas membuat hayunan mula raket ke belakang.

4. Servis Semula (Let) Diberikan apabila pengadil permainan atau penerima servis belum bersedia. Kedua-dua pihak pemain melakukan kesalahan serentak. Gabus bulu tangkis tercabut atau bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring. 5. Larangan kepada Pemain Tidak boleh sama sekali berkelakuan kasar. Tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil perlawanan. Tidak boleh sengaja melambat-lambatkan permainan. Tidak boleh sengaja merosakkan atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukarkan kelajuan bulu tangkis. 6. Masa Rehat Masa rehat selama 60 saat akan diberikan setelah mana-mana pemain atau pasangan beregu mencapai mata 11. Manakala 2 minit diberikan selepas tamatnya sesuatu 'game'. 7. Perlawanan Perseorangan Servis akan dilakukan di petak kanan bagi mata genap dan kiri bagi mata ganjil. Penerima servis akan berada di petak kanan sekiranya pembuat servis di petak kanan dan sebaliknya. Oleh itu, servis mula akan dilakukan di petak kanan. Pemain yang memenangi 'set' pertama akan memulakan servis pada 'set' berikutnya.

8. Perlawanan Beregu Sama seperti permainan perseorangan. Perbezaannya ialah, hanya pasangan beregu yang memenangi rali akan bertukar petak servis dengan pasangannya manakala lawan kekal bagi petak servis masing-masing. Sekiranya pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada lawan, dan pada ketika ini kedua-dua pihak kekal dalam petak servis asal masing-masing. Semasa servis dilakukan, pasangan pembuat servis dan penerima servis boleh berdiri di manamana tempat dengan syarat tidak menghalang pandangan pembuat dan penerima servis.

E. UKURAN GELANGGANG

Gelanggang badminton berbentuk segi empat tepat dengan ukuran 13.40m x 6.10m dan dibahagikan dengan jaring antara dua bahagian gelanggang. Ketinggian jaringnya ialah 1.55m di bahagian tiang dan 1.524m di bahagian tengah gelanggang. Bagi permainan beregu, seluruh gelanggang digunapakai. Manakala bagi permainan perseorangan, ukuran bahagian gelanggang yang digunakan adalah 5.18m x 13.40m. Bulu tangkis yang tidak melepasi garisan pendek semasa melakukan servis akan dikira keluar (out).

F. KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BADMINTON 1. Cara Pegangan Raket

Dua kaedah asas pegangan raket : a. Pegangan Hadapan

b. Pegangan Kilas

2. Pukulan Servis Pemain perlu menguasai kemahiran penting ini. Terdapat 3 pukulan servis asas : a. Pukulan Servis Rendah Pemain perlu berdiri ke sisi, kaki kiri di hadapan bagi pemain biasa manakala sebaliknya bagi pemain kidal. Lakukan ayunan raket ke belakang dengan siku dibengkokkan ke sisi badan. Tangan kiri memegang bulu tangkis. Lepaskan buku tangkis dan dituruti ayunan raket pantas ke hadapan memukul bulu tangkis.

b.

Pukulan Servis Tinggi Pemain berdiri ke sisi dengan sebelah kaki di hadapan. Lakuan ayunan raket tinggi ke belakang sambil memegang bulu tangkis tinggi di paras atas dada. Lepaskan bulu tangkis dan dituruti dengan ayunan pantas raket ke hadapan dengan lengan diluruskan.

c.

Pukulan Servis Flik Kedudukan pemain ke sisi, flik bulu tangkis dengan menggunakan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri (sebaliknya bagi pemain kidal). Hantaran bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan. Kebiasaannya digunakan bagi mengelirukan pihak lawan.

3. Pukulan Hadapan Pukulan hadapan merupakan antara pukulan asas yang biasa digunakan oleh pemain badminton. Cara lakuannya ialah, pemain mengenalpasti kedudukan bulu tangkis sambil menghayunkan raket ke belakang dengan sebelah tangan lagi diluruskan 45darjah kehadapan. Hayunkan raket dengan tangan yang lurus pada jangkauan yang paling tinggi tanpa membengkokkan tangan.

4. Pukulan Lob Pukulan lob merupakan pukulan hantaran bulu tangkis yang tinggi melalui pukulan hadapan atau kilas. Memastikan bulu tangkis di bahagian atas kepala, sambil tangan dibengkokkan ke belakang. Semasa pukulan dilakukan, keadaan tangan mestilah ke atas dan lurus dalam titik sentuhan pada tahap maksima. Pukulan ini biasanya diaplikasikan bertujuan memaksa pihak lawan untuk bergerak jauh ke belakang gelanggang.

5. Pukulan Kilas Pemain berada dalam kedudukan membelakangi pihak lawan dengan kaki kanan menyilang ke kiri. Kilaskan raket separas bahu untuk memukul bulu tangkis dituruti dengan pusingan badan kepada kedudukan asal semula.

6. Pukulan Junam (Smash) Merupakan antara pukulan serangan yang mana bulu tangkis menjunam dengan kelajuan yang tinggi ke gelanggang lawan. Pukulan ini dilakukan ketika bulu tangkis dalam kedudukan tinggi di udara. Cara lakuannya adalah memandang bulu tangkis sambil dalam kedudukan sedia berdiri ke sisi dengan sebelah kaki di hadapan. Ayunan raket ke bahagian belakang badan dengan keadaan siku dibengkokkan manakala sebelah tangan lagi lurus ke atas. Kemudian pukul bulu tangkis dengan pantas melalui ayunan raket ke hadapan dengan keadaan lengan yang lurus bagi mendapatkan arah pukulan yang dikehendaki dan kelajuan yang tinggi.

7. Pukulan Drop Merupakan satu pukulan yang menyerupai pukulan junam (smash). Pukulan junam perlahan yang dilakukan supaya mendarat seberapa dekat dengan jaring di sebelah gelanggang pihak lawan. Perbezaannya dengan pukulan junam (smash) ialah semasa melakukan hayunan kehadapan semasa memukul bulu tangkis, pukulan diperlahankan secara mengejut dan berhenti ayunan semasa sentuhan berlaku. Pukulan yang boleh mengelirukan pihak lawan.

G. PERALATAN DAN PAKAIAN 1. Raket

2. Bulu Tangkis

3. Tiang dan Jaring Gelanggang

4. Pakaian Sukan Badminton

Kasut & sarung kaki Baju & seluar

LATIH TUBI PERMAINAN BADMINTON 1. Melambung dan Menyambut Bulu Tangkis a. Latihan melambung dan menyambut bulu tangkis ini bertujuan meningkatkan kecekapan pemain. Latihan ini dijalankan secara individu. Boleh dilakukan sama ada dalam bentuk statik (kedudukan kekal tanpa pergerakan) atau dinamik (bergerak aktif). b. Ketinggian lambungan bermula dengan paras 2 meter, apabila kemahiran telah dikuasai, ketinggian lambungan ditambah semakin tinggi. Aktiviti ini boleh dilakukan berulang kali dengan pelbagai kemahiran hantaran bulu tangkis dengan teknik yang berbeza.

2. Hantaran dan Menerima Bulu Tangkis a. Latihan hantaran dan menerima bola ini bertujuan meningkatkan kecekapan pemain. Latihan ini dijalankan secara berpasangan. Awal pergerakan dilakukan hantaran secara perlahan dan meningkat kepantasannya. b. Jarak hantaran bermula dengan 2 meter, apabila kemahiran telah dikuasai jarak hantaran ditambah semakin jauh. Aktiviti ini boleh dilakukan berulang kali dengan pelbagai kemahiran hantaran bulu tangkis dengan teknik pukulan yang berbeza.

3. Menimang Bulu Tangkis dengan atau tanpa Raket a. Aktiviti boleh dijalankan dengan menggunakan tapak tangan atau menggunakan raket. b. Murid menggunakan tapak tangan atau raket sebagai medium untuk memukul bulu tangkis. c. Apabila aktiviti menggunakan raket, kedudukan ibu jari semasa pegangan raket dihalakan ke atas (Fore Hand). d. Apabila aktiviti menggunakan raket, kedudukan ibu jari semasa pegangan raket dihalakan ke bawah(Back Hand). e. Tujuan aktiviti adalah bagi meningkatkan koordinasi mata dan tangan terhadap reaksi bulu tangkis.

PERMAINAN KECIL PERMAINAN BADMINTON

1. Pukul Dinding a. Permainan kecil ini bolah dijalankan secara individu. b. Dengan menggunakan raket, murid memukul bulu tangkis ke bahagian dinding (bulu tangkis akan melantun semula ke arah murid). Aktiviti pukulan diteruskan. c. Boleh dilakukan secara berulang-ulang. d. Aktiviti ini dapat meningkatkan tahap kecekapan, kepekaan, serta kepantasan pemain dalam membalas setiap pukulan.

2. Main Tangkap Burung a. Murid dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli. b. Murid X akan membaling bulu tangkis kepada X1 melalui ruang udara murid X2 (murid yang berada di tengah). Murid yang berada di tengah pula akan cuba menangkap bulu tangkis tersebut. c. Apabila bulu tangkis dapat ditangkap, murid yang membaling bulu tangkis akan bertukar tempat pula dan cuba menangkap bulu tangkis yang dibaling.

You might also like