You are on page 1of 31

3.1 3.2 3.3 3.4 3.

Pengertian Ibadah Skop Ibadah Pembahagian Ibadah Syarat Ibadah Kesan Ibadah Dalam Kehidupan

Allah s.w.t. menjadikan dan menempatkan manusia di bumi adalah untuk menyempurnakan tiga tugas iaitu ibadah, khalifah dan pemakmur bumi. Ibadah merupakan tugas utama sekali diantara dua tugas yang lain manusia dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai mana diterangk oleh Allah dalam surah al_Dzariat ayat 56 ;-

"Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan semata-mata untuk beribadat kepada ku.

Konsep ibadat dalam Islam pula merangkumi segala kegiatan manusia sama ada dari segi rohaniah, jasmaniah, dunia, akhirat, zahir dan batin yang mencakupi semua perkara dan perbutan yang sesuai dengan suruhan dan larangan Allah s.w.t iaitu mentaati segala yang disuruh dan menjauhi segala yang dilarang.

Kewajipan rasul yang diutuskan kepada manusia adalah untuk menyeru melakukan ibadah kepada Allah seperti dalam firman allah yang bermaksud :1. "Dan (Isa) al-Masih berkata : " Wahai Bani Israel, beribadatlah kamu kepada Allah, Tuhanku dan Tuhanmu" - Surah al-Maidah : 72. 2. " Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya, maka ia menyeru : Wahai kaumku, beribadatlah kemu kepada Allah, tidak ada Tuhan bagimu selain daripadaNYa."

3. " Dan kepada kaum'Ad (kami mengutuskan) saudara mereka Hud. Ia menyeru : Wahai kaumku, beribadatlah keamu kepada Allah, tidak ada tuhan bagimu selain daripadaNya. Kamu hanyalah mengadangada sahaja" -surah Hud:61
4. " Sesungguhnya Kami telah mengutuskan kepada setiap umat itu rasul (untuk menyeru) supaya kamu beribadat kepada Allah dan menghindari Taghut" surah al-Nahl : 36.

Dari segi bahasa bererti; merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Dari segi syara diertikan sebagai taat, tunduk patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah. Sheikh Ibn. Taimiyah menyatakan; Ibadah asal maknanya kehinaan, tetapi ibadah yang diperintah Allah atau yang disyariatkan ke atas manusia merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama iaitu kemuncak kehinaan diri seseorang bila berhadapan dengan Allah dan kemuncak kecintaannya kepadanya. Al-Tabari pula, menjelaskan maksud ibadah iaitu khusyu kepadanya, merendah diri dan tetap hati kepadanya. Sebagai kesimpulan ibadah bermaksud :merangkumi segala perkara yang disukai Allah dan diredhaiNya, sama ada keyakinan, sikap, perkataan, amal perbuatan, zahir atau batin. Dalam kata lain ibadah ialah segala aktiviti manusia yang zahir dan batin dalam mengerjakan sesuatu perkara atau meninggalkannya sematamata dengan niat mencari keredhaan Allah.

Abu Al-Ala Al-Maududi; Mentarifkan ibadah daripada segi bahasa dan istilah di dalam bukunya Asas-asas Islam seperti berikut: Bahasa: Merendah diri, tunduk, patuh dan taat Istilah : Taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah. Jelasnya, ibadah ialah pengabdian diri

sepenuhnya kepada Allah subhaanahu wa taaala.


Al-Quran menjelaskan bahawa ibadah sebagai ubudiyyah dan ketaatan. Firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (AlBaqarah:1-2)

Ibadah berasal daripada perkataan Arab abada Allah, ya'budu, ibadatan wa ubudiatan yang dari segi bahasa bererti : Menurut perintah Allah, tunduk dan menghinakan diri kepadaNya. Ibadah dari segi istilah boleh dilihat dari dua sudut ;-

1. Dari segi zat ibadah iaitu : Segala perkara yang disukai dan diredai Allah s.w.t. sama ada perkataan atau perbuatan, zahir atau pun batin 2. Manakala sudut kedua dilihat dari segi peranan manusia iaitu : Taat kepada Allah s.w.t. dengan melaksanakan segala yang disuruh menurut cara Rasullullah s.a.w.
Berlandaskan pengertian ibadah dari segi istilah yang pertama dapatlah difahami bahawa ibadah meliputi segala perbuatan, perkataan dan niat manusia. Sekiranya dilakukan mengikut cara yang sepatutnya dan tidak mencanggahi syara' akan dikira sebagai ibadah. Melaksanakan segala yang disuruh terbahagi kepada dua; 1. Suruhan iaitu Allah s.w.t. menyuruh manusia melakukan sesuatu perkara ; 2. Larangan iaitu Allah s.w.t. menyuruh manusia meninggalkan sesuatu perkara.

Pertama : Ibadah hanyalah hak Allah s.w.t.


Kedua : Ibadah yang dilakukan mestilah secara langsung atau terus kepada Allah s.w.t. tanpa sebarang perantaraan. Ketiga : Memelihara keseimbangan antara rohani dan jasmani. Keempat : Ibadah dalam Islam bersifat mudah, ringan dan dalam kemampuan manusia melaksanakannya.

Kelima : Ikhlas Amal ibadah dikira sah dan diterima (maqbul) dengan dua syarat iaitu: Ikhlas kerana Allah s.w.t. dan al-mutabaah mengikut cara yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. Amal ibadah merupakan ketetapan syara', segala suruhan dan larangan bukan ciptaan manusia dan manusia tidak berhak mencampuri urusan ini. Mereka ditugaskan melaksanakannya. Di sini timbul syarat yang kedua iaitu al-mutabaah, agar segala amalan tidak terkeluar dari batasan syara' atau mencanggahinya.

Seseorang yang sudah diterima amalannya dengan penerimaan maqbul tidak semestinya ia automatik mendapat penerimaan mabrur, tetapi setiap penerimaan mabrur mesti bermula dengan penerimaan maqbul.
Penerimaan ini dapat diketahui secara umumnya melalui tingkahlaku seseorang itu selepas ibadah. Sebagai contoh; jika seseorang itu menunaikan solat dalam erti kata yang sebenarnya solat itu dapat mencegahnya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Islam mempunyai keistimewaan dengan menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai ibadah apabila ia diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allah demi untuk mencapai keredaan-Nya serta dikerjakan menurut cara-cara yang disyariatkan oleh-Nya. Islam tidak menganggap ibadah-ibadah tertentu sahaja sebagai amal salih malah ia meliputi segala kegiatan lain.
Kegiatan-kegiatan taqwa yang dikerjakan oleh seseorang seperti solat, puasa dan zikir belum memadai untuk menjadikan ia sebagai seorang Muslim yang solih. Seorang muslim yang solih itu adalah seorang yang menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Allah Ini bermakna ia menjadikan seluruh masa dalam hidupnya dan setiap tindakannya sebagai sesuatu yang ditujukan untuk mendapat keredaan Allah Oleh itu tidak terdapat ruangruang di dalam hidupnya dan tidak terdapat sesuatu pun daripada perbuatannya yang terlepas dari patuh mengikuti ketentuan-ketentuan yang ditetapkan oleh Allah

Demi tujuan ini ia menyerahkan sepenuh hidupnya kepada Allah ia rela untuk mengorbankan apa sahaja yang ada padanya walaupun ini bererti harta benda yang paling dikasihi dan jiwanya sendiri. Itulah sebabnya perbezaan di antara seorang yang berjihad pada jalan Allah bagi membentuk masyarakat yang Salih dengan seseorang yang membataskan kegiatan ibadahnya kepada bidang-bidang yang tertentu sahaja amatlah jauh Orang yang pertama lebih tinggi martabatnya dan lebih hampir kepada Allah. Dari sini jelaslah bahawa islam tidak membataskan ruang lingkup ibadah kepada sudut-sudut tertentu sahaja. Tetapi Islam menetapkan seluruh kehidupan manusia adalah medan amal dan persediaan bekalan bagi para mumin sebelum mereka kembali berhadapan dengan Allah di Hari Pembalasan nanti.

Apa sahaja kegiatan dan perbuatan yang dilakukan oleh seorang muslim dengan penuh ikhlas untuk mendapatkan keredaan Allah serta dikerjakan menurut ketetapan-ketetapan syara maka ianya dianggap sebagai ibadah yang dikumpulkan sebagai amal salih. Oleh itu ruang lingkup ibadah di dalam islam sangatlah luas Ia adalah seluas tempoh hayat seseorang muslim dan kesanggupan serta kekuatannya untuk melakukan apa sahaja amal yang diredai oleh Allah di dalam tempoh tersebut.

Setiap apa yang dilakukan baik yang bersangkut dengan individu mahupun dengan masyarakat adalah ibadah menurut islam selagi mana ia memenuhi syarat-syarat tertentu:Syaratsyarat tersebut adalah seperti berikut i. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui islam bersesuaian dengan hukum-hukum syara dan tidak bercanggah dengan hukumhukum tersebut. Adapun amalan-amalan yang diingkari oleh Islam dan ada hubungan dengan yang haram dan masiat, maka tidaklah sekalikali ia dijadikan amalan ibadah.

ii. Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang balk bagi tujuan untuk memelihara kehormatan diri, menyenangkan keluarganya, memberi manfaat kepada umat seluruhnya dan bagi memamurkan bumi sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.
iii Amalan tersebut mestilah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati apa yang ditetapkan oleh Rasulullah (s.a.w.): Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerana dengan memperelokkan kerjanya.

(Muslim)

iv. Ketika membuat amalan tersebut hendaklah Sentiasa menurut hukum-hukum syara dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menincds atau merampas hak orang. v. Tidak mencuaikan ibadah-ibadah khusus seperti salat zakat dan sebagainya dalam melaksanakan ibadah-ibadah umum Firman Allah

Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta-harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah batangsiapa berbuat demikian maka mereka sebenarnya orang-orang yang rugi. (Al-Munafiqun 9)
Firman Allah

Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh pemiagaan ataujual beli dari mengingati Allah mendirikan salat dan menunaikan zakat (An-Nur: 37)
Jadi, bila sahaja seorang mumin dapat menyempurnakan kelima-lima syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan hidupnya setiap hari, maka dia akan dikira sentiasa beribadah kepada Allah meskipun dia tidak duduk di dalam masjid ketika membuat kerja-kerja tersebut.

Sesuatu pekerjaan atau sebarang amalan itu boleh dijadikan sebagai ibadah kepada Allah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut : 1. Orang yang melakukan hendaklah beragama Islam. 2. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam. Sesuai dengan hukum syariah dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Adapun amalanamalan yang diingkari Islam seperti pekerjaan yang ada hubungannya dengan riba, tari menari, perkara-perkara maksiat dan sebagainya, tidaklah sekali-kali menjadi ibadah. Allah bersifat bersih dan baik, tidak menerima amalan yang kotor kecuali yang baik dan bersih sahaja. 3. Amalan-amalan itu dikerjakan hendaklah dengan niat yang baik. Sama ada untuk memelihara kehormatan diri atau menyenangkan keluarganya atau memberi manfaat kepada umatnya atau untuk memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah. 4. Semasa membuat pekerjaan tersebut hendaklah sentiasa menurut hukumhukum syariat dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak menipu dan tidak menindas atau mencampur hak orang. 5. Segala pekerjaan duniawi itu tidak melalaikan dan mencuaikan dari melaksanakan kewajipan ibadah. Khususnya seperti sembahyang, puasa dan sebagainya sesuai dengan firman Allah :

Ibadat dalam Islam dibahagikan kepada 2 bahagian;-

1. Ibadah Khusus

Iaitu kepatuhan dan tunduk kepada hukum-hukum yang telah ditentukan. Berbentuk fardhu ain yang merangkumkan ilmu dan amal. Contoh;- shahadat, solat lima waktu sehari semalam, berpuasa dalam bulan ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji bagi yang berkuasa.

Islam telah menyebut tentang kepentingan solat dalam pelbagai sudut. Tujuannya:adalah untuk mendidik sifat bertakwa, sabar dan sebagainya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Marij: 19-20 yang bermaksud:

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil) kedekut, apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil, kecuali orang-orang yang mengerjakan solat.
Perbuatan solat ialah perbuatan komunikasi dan perhubungan individu antara hamba dengan Pencipta iaitu Allah s.w.t. Ianya merupakan satu ibadah khusus yang diwajibkan ke atas semua hamba tanpa terkecuali sekali pun ber ada dalam keuzuran.

Puasa membentuk peribadi muslim. Puasa yang difardhukan selama sebulan dalam setahun mampu melatih diri manusia supaya bersabar dan berjuang menentang naluri hawa nafsu liar yang merangsang kepada maksiat sekaligus meningkatkan tahap keimanan dan keperibadian muslim. Walaubagaimanapun terdapat amalan-amalan puasa sunat yang dilaksanakan oleh individu bagi memantapkan lagi keimanan yang dimiliki serta ber harap ganjar an pahala yang lebih banyak berpanjangan. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Puasa itu adalah pengawal daripada neraka jahanam. Sebagaimana perisai seorang dar ipada kamu daripada pembunuhan.

Justeru itu puasa menjadi fardhu yang diwajibkan ke atas mukmin sebagai mendidik mereka dari melakukan perkaraperkara yang keji seperti minum arak, zina dan seumpamanya. Tarbiah yang paling tepat ialah dapat mengawal manusia dari menghindari perkara larangan. Kesabaranlah yang dapat mendidik manusia dari melakukan perkara- perkara yang mendatangkan dosa. Sebagaimana Imam Ibnu Majah meriwayatkan hadis dengan sanadnya daripada Abu Hurairah (r.a), sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Puasa itu adalah separuh daripada iman.

Zakat merupakan satu lagi tanda dan bukti keimanan seseorang terhadap PenciptaNya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 264 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman janganlah r osakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkitkan dan (kelakuan) yang menyakiti. Orang yang mengeluarkan zakat Allah tumbuhkan dalam hatinya manis
dan lazatnya iman. Allah s.w.t tidak menerima sedekah daripada harta ghulul (harta curi) kerana orang yang bersedekah perlu amanah dan sebagainya. Banyak fadhilat zakat antaranya :1. dapat berkongsi kekayaan dan kesenangan bersama mereka yang kurang mampu. 2. Dibersihkan hatinya oleh Allah s.w.t daripada sifat-sifat maz mumah yang ber sarang dalam hati jika zakat ditunaikan dengan penuh rasa keinsafan dan keikhlasan.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 179 yang bermaksud:
Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Maka sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadah haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat.
Pembentukan peribadi muslim melalui ibadah haji ialah: Haji melatih seseorang bersabar. Haji merapatkan jurang perbezaan dan taar uf yang syumul antara umat Islam. Haji mengingatkan manusia kepada taraf semua hamba di sisi Allah s.w.t adalah sama sahaja. Haji melatih kesabaran, kekuatan dan komitmen yang tinggi daripada umat Islam terhadap segala ujian dan mehnah yang ditemui sepanjang bermusafir ke rumah Allah yang agung (Baitillahilharam).

Kesimpulan daripada kelima-lima ibadah khusus yang dihuraikan di atas dapat mempengaruhi pembentukan dan sakhsiah individu muslim yang cemerlang sama ada di dunia dan juga akhirat. Perlaksanaan rukun Islam yang lima di atas merupakan fardhu ain yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim tanpa terkecuali. Ianya juga merupakan lambang pengakuan manusia dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dalam pelbagai sudut. Di sinilah juga terletaknya keupayaan seseorang, ketinggian iman, kecantikan peribadi sebenar dan kegigihan yang mantap dalam merealisasikan konsep sebenar kefardhuan yang menjadi fardhu ain ke atas seseorang. Amalan fardhu ain adalah komponen yang penting perlu diterapkan, diberi penghayatan dan penambahbaikan amalan . Seseorang itu menjadi muslim yang soleh berjaya dan cemerlang adalah berlandaskan kepada ketaatan dan kewajipan mentaati segala perintah dan suruhan Allah s.w.t yang telah diamanahkan sejak azali lagi

Bermaksud kegiatan muslim dalam bidang yang lain daripada bidang yang telah disebutkan di atas. Ibadah umum juga disebut sebagai fardhu kifayah. Bidang ini tentunya berkaitan dengan urusan masyarakat, keluarga dan negara. Ringkasnya segala urusan manusia dalam bidang tersebut tetap dihitung gerak gerinya di sisi Allah s.w.t. Penilaian dalam bentuk hukum berkaitan seperti hukum wajib, sunat, haram, makruh dan harus akan ditanggung oleh setiap manusia tanpa terkecuali. Berdasarkan kepada huraian ini jelas Islam tidak ada garis pemisah antara dua ibadat yang telah disebutkan di atas sama ada ibadah fardhu ain dan juga fardhu kifayah. Kedua-duanya adalah menuju kepada satu tujuan yang sama iaitu hanya untuk mendapat keberkatan dan ker edhaan Allah s.w.t semata-mata.

Pekerjaan atau ibadah yang dilakukan adalah diniatkan sematamata kerana Allah s.w.t. Perlu ada kaitan dan hubungan antara hamba dan PenciptaNya. Tidak lupa kepada Allah dan sentiasa tunduk pada Pencipta yang Satu dalam melaksanakan lain-lain tuntutan atau pekerjaan. Sentiasa membuat hubungkait amalan di dunia ada kaitannya dengan hubungan di akhirat serta mengambil kira sepenuhnya halal haram yang menjadi suruhan dan tegahan. Jika manusia benarbenar menyedari hakikat ini, InsyaAllah sepanjang kehidupannya akan diredhai dan diberkati Allah s.w.t.

Hubungkait pekerjaan hari ini dengan perhitungan hari akhirat sangat penting dalam membuktikan realisasi sebenar kehidupan yang terarah dan berpedoman tanpa lari daripada landasan sebenar. Ini adalah berdasarkan dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah s.w.t dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

Di dalam Islam ibadah boleh dilakukan di mana-mana sahaja, asalkan fokus dan niat sebenar adalah kerana Allah s.w.t. Yusuf al-Qardhawi telah memberikan syarat-syarat sesuatu itu mendapat status ibadah ialah melalui beberapa perkara iaitu;

Amalan mestilah bersesuaian dengan hukum Islam. Amalan dilakukan dengan niat yang baik. Amalan perlu dilakukan dengan ikhlas dan seelok-eloknya. Amalan tersebut perlu menurut lunas-lunas syarak. Tidak mengabaikan ibadah fardhu ain yang utama iaitu solat, zakat dan seumpamanya.

Kesimpulannya ibadah merupakan satu kepatuhan dan kerendahan hati melaksanakan segala perintah Allah s.w.t. Semua individu tidak terkecuali memikul tanggung jawab dalam melaksanakan ibadah khusus seperti solat, zakat, puasa dan sebagainya. Begitu juga dengan fardhu kifayah atau ibadah umum yang tidak terkecuali dalam kehidupan manusia. Segala pengabdian dan urusan manusia hendaklah tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan perlu disertakan dengan niat yang sebaik-baiknya. Islam tidak memisahkan antara ibadah khusus dan ibadah umum asalkan dilaksanakan mengikut hukum syarak yang sah.

Beribadah dengan cara yang betul dapat mencapai motif amal ibadah yang mantap. Ibadah yang menepati syariat Islam adalah bertitik tolak daripada akidah yang sempurna. Perlaksanaan ibadah yang baik mampu memberi kesan yang baik kepada individu dan masyarakat. Setiap individu muslim akan merasa sentiasa terikat dengan hukumhukum Allah s.w.t. Seterusnya mendorong sesorang itu senantiasa memperbanyakkan amal solehnya. Ibadah boleh menyuburkan keimanan seseorang muslim. Pembentukan akhlak yang mulia adalah terhasil daripada amalan ibadah yang menepati syariat dan diterima oleh Allah s.w.t. Ini adalah bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam surah az-Zariat ayat 56 yang ber maksud:

Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka tunduk mengabdikan diri kepadaKu.

Menurut al-Qur an akhlak seseorang mencerminkan kebersihan hati seseorang juga.

Akhlak yang baik menunjukkan hati yang luhur dan bersih. Manakala akhlak yang kotor menunjukkan jiwa yang kotor.
Melalui ibadahlah mampu membentuk akhlak mulia seseorang.

Sebagai contoh:Solat mampu membentuk peribadi muslim yang syumul. Sebaik sahaja azan berkemundang, maka fardhu solat setiap lima waktu wajib ditunaikan. Ibadah ini berupaya memelihara diri manusia dari melakukan sebarang kemungkaran. Ibadah puasa pula mempunyai hikmah yang tersendiri. Selain menandakan kesyukur an atas nikmat Allah s.w.t puasa mampu melatih kita supaya bersih daripada sifat-sifat yang mazmumah seperti hasad dengki, tamak haloba, sombong dan takabur. Ianya bukan sahaja melatih diri manusia dari menahan lapar dan dahaga tetapi mampu melatih seseorang melakukan sifat-sifat terpuji seperti tolong menolong, bersedekah dan seumpamanya. Manakala ibadah haji pula mampu mendisiplinkan diri seseorang muslim daripada perkara-perkara yang fasik. Sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam surah alBaqarah ayat 197 yang bermaksud: (Musim) Haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka ia tidak boleh bercakap kotor (atau bersetubuh) berbuat fasik dan bantah-bantahan dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Bekalkanlah dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah takwa dan bertakwalah kepadaku wahai orang-orang yang berakal.

Ringkasnya apa jua ibadah yang diniatkan dilakukan kerana Allah s.w.t wajar menerima ganjaran pahala yang besar di sisi Allah s.w.t. Setiap individu muslim percaya bahawa segala tingkah lakunya dikawal oleh Allah s.w.t. Keimananlah yang mampu membentuk kesedaran seseorang melaksanakan segala tanggung jawabnya terhadap Allah s.w.t melalui far dhu ain dan juga fardhu kifayah yang telah ditetapkan syariatnya dalam Islam.

Islam amat istimewa hingga menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai ibadah apabila diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allah demi mencapai keredhaanNya serta dikerjakan menurut cara-cara yang disyariatkan olehNya. Islam tidak membataskan ruang lingkup ibadah kepada sudut-sudut tertentu sahaja. Seluruh kehidupan manusia adalah medan amal dan persediaan bekalan bagi para mukmin sebelum mereka kembali bertemu Allah di hari pembalasan nanti. Hakikat ini ditegaskan oleh Allah di dalam Al-Quran:

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). (Al-Mulk:2)
Oleh itu ruang lingkup ibadah dalam Islam sangat luas. Ia adalah seluas tempoh hayat seseorang Muslim dan kesanggupan serta kekuatannya untuk melakukan apa saja amal yang diredhai oleh Allah dalam tempoh tersebut.

You might also like