You are on page 1of 34

Kabinet Malaysia terkini Rencana utama: Kabinet Malaysia 2009 Portfolio Perdana Menteri Malaysia Timbalan Perdana Menteri

Malaysia Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Menteri Dalam Negeri Menteri Kewangan Menteri Kewangan II Menteri Pertahanan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Menteri Kerja Raya Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Menteri Luar Negara Menteri Mohd Najib Tun Razak Muhyiddin Mohd Yassin

Dr. Koh Tsu Koon

Mohamed Nazri bin Abd. Aziz

Nor Mohamed Yakcop Jamil Khir Baharom Hishamuddin Tun Hussein Najib Tun Razak Ahmad Husni Hanadzlah Dr. Ahmad Zahid Hamidi Chor Chee Heung Shaziman Abu Mansor Peter Chin Fah Kui Noh Omar Mustapa Mohamed Anifah Aman Muhyiddin Yassin

Menteri Pelajaran Menteri Pengajian Tinggi Menteri Pengangkutan Menteri Sumber Manusia Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Menteri Belia dan Sukan Menteri Kesihatan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Menteri Pelancongan Mohamed Khaled Nordin Ong Tee Keat S. Subramaniam Shahrizat Abdul Jalil Dr Maximus Ongkili Douglas Unggah Embas Mohd Shafie Apdal Ismail Sabri Yaakob Bernard Dompok Ahmad Shabery Cheek Liow Tiong Lai Rais Yatim Ng Yen Yen Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Menteri Wilayah Persekutuan [sunting] Kabinet lalu

Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China. Isi kandungan [sorokkan]

1 Ciri-ciri 2 Pendidikan prasekolah 3 Pendidikan rendah 4 Pendidikan menengah 5 Pendidikan pra-universiti 6 Pengajian tinggi 7 Jenis sekolah
o o o o o o o

7.1 Sekolah Kebangsaan 7.2 Sekolah Jenis Kebangsaan 7.3 Sekolah Wawasan 7.4 Sekolah agama Islam 7.5 Sekolah mubaligh 7.6 Sekolah bestari 7.7 Sekolah berasrama penuh

8 Ujian awam kebangsaan 9 Lihat juga 10 Rujukan

[sunting] Ciri-ciri Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat:


Prasekolah Pendidikan rendah Pendidikan menengah Pengajian tinggi

Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi dasar yang berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan Sains. dan matematik.

[sunting] Pendidikan prasekolah Sekolah tadika (prasekolah) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah. [sunting] Pendidikan rendah Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan. Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi muridmurid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. [sunting] Pendidikan menengah Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan (darjah) mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga (digelar peringkat menengah rendah), para pelajar akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik. Pada akhir Tingkatan Lima (digelar peringkat menengah atas), para pelajar perlu menduduk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School Certificate United Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O' General Certificate of Education (Kelulusan Umum Pelajaran) yang menjadi GCSE (General Certificate of Secondary School / Kelulusan Umum Sekolah Menengah). Sejak tahun 2006, para pelajar turut menduduki kertas GCE Tahap 'O' bagi bahasa Inggeris selain kertas SPM Bahasa Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah berdasarkan markah penulisan karangan dalam kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan kertas Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah

pengawasan pegawai dari peperiksaan Tahap 'O' British. Walaupun keputusan ini bukan sebahagian daripada SPM, keputusan ini akan dinyatakan pada kertas keputusan. Selepas keputusan SPM 2005 dikeluarkan pada Mac 2006, Kementerian Pelajaran mengumumkan bahawa mereka sedang menimbang untuk memperbaharui sistem SPM kerana orang ramai terlalu mementingkan bilangan A yang didapati. Pendidik-pendidik tempatan bersetuju dengan cadangan ini. Salah seorang profesor di Universiti Malaya mengesali keadaan sesetengah pelajar universiti yang tidak mampu menulis surat dan berbahas. Beliau berkata, "Mereka tidak memahami apa yang saya katakan ... Saya tidak dapat berkomunikasi dengan mereka." Tambah beliau, "Sebelum 1957, wira sekolah bukan mereka yang mendapat 8A atau 9A tetapi merupakan pembahas yang baik, pelakon yang baik, ahli sukan yang baik dan mereka yang memimpin Persatuan Pengakap." Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sesetengah pelajar dapat belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Di sekolah jenis ini, para pelajar menduduki peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate/UEC). Sesetengah pelajar di sekolah-sekolah ini turut menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. UEC diadakan oleh Dong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975. Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan Senior (UECSML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan. Kesusahan UECSML adalah hampir sama dengan A-level kecuali Bahasa Inggeris. Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior) sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML lebih susah daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM. Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM. Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML. UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia. Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dr Shafie Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan tersebut. [sunting] Pendidikan pra-universiti

Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6 matrikulasi, pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan seperti Politeknik. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripada A-level kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa. Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Program ini dikritik oleh ramai kerana jauh lebih mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan kemasukan universiti). Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka mungkin memilih diploma, A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain. Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi terdapat terlalu banyak program pra-universiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan. [sunting] Pengajian tinggi Maklumat selanjutnya: senarai universiti di Malaysia Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universiti-universiti awam. Pemohon memerlukan kelayakan STPM atau matrikulasi. Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Kriteria pemilihan tidak jelas kerana tiada peraturan yang dikuatkuasakan dengan tegas diwujudkan. Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed. Walaupun kerajaan mengumumkan pengurangan pergantungan kuota kaum pada tahun 2002 untuk lebih memihak kepada meritokrasi, kadang-kadang terdengar kes pelajar bukan bumiputera yang berkeputusan baik tidak diterima untuk memasuki kursus tertentu. Sebelum tahun 2004, semua pensyarah di universiti umum perlu memiliki ijazah sarjana atau doktor. Pada Oktober 2004, keperluan ini dibatalkan. Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan bahawa pakar industri yang dapat menambah nilai kursus dapat memohon menjadi pensyarah walaupun tidak mempunyai ijazah sarjana atau doktor. Untuk mengelakkan tuduhan perubahan ini disebabkan kekurangan pensyarah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, "Kita tidak kekurangan pensyarah. Tindakan

ini akan menambah nilai kepada kursus dan meningkatkan nama universiti-universiti kita. Katakan Bill Gates dan Steven Spielberg yang terkenal dan cemerlang dalam bidang mereka mahu menjadi profesor. Kita sudah tentu berasa gembira untuk mengupah mereka." Beliau seterusnya memberi contoh arkitek-arkitek yang diakui berbakat tidak memiliki ijazah sarjana. Kebebasan akademik fakulti universiti umum telah diragui. Pengkritik seperti Bakri Musa menggunakan contoh seperti ahli sains ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak kerana menerbitkan "kajian mengenai pencemaran udara". Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar negeri. Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka cawangan di Malaysia. Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana Menteri pada masa itu (1995), Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan program menarik mereka pulang ke kampung halaman. Matlamat rancangan ini adalah untuk menarik 5000 orang yang cemerlang setiap tahun. Pada tahun 2004, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata dalam jawapan parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94 ahli sains (24 orang Malaysia) dalam bidang farmakologi, perubatan, teknologi semikonduktor dan kejuruteraan dari tahun 1995 hingga 2000. Semasa jawapan ini diberikan, hanya seorang masih berada di Malaysia. Selain itu, terdapat juga Institut Pendidikan Guru Malaysia yang menawarkan program ijazah sarjana muda perguruan dan politeknik yang menawarkan kursus diploma dan sijil bagi yang berminat.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai Sistem penilaian prestasi pelajar[1] [sunting] Jenis sekolah [sunting] Sekolah Kebangsaan ABahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.

Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya. [sunting] Sekolah Jenis Kebangsaan Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000, pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada pengagihan.

[sunting] Sekolah Wawasan Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah. [sunting] Sekolah agama Islam Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di Malaysia. Sekolah-sekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan sebahagian daripada pelajaran kanak-kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan luar bandar masih belajar di sekolahsekolah ini. Oleh sebab keputusan pelajaran di sekolah-sekolah ini tidak diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia, kebanyakan pelajar ini perlu melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir. [sunting] Sekolah mubaligh Terdapat juga sekolah mubaligh Kristian.[2] [sunting] Sekolah bestari Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran. [sunting] Sekolah berasrama penuh Sekolah berasrama penuh (SBP) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR. [sunting] Ujian awam kebangsaan Terdapat empat ujian awam kebangsaan:

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan semasa tahun 6 sekolah rendah. Penilaian Menengah Rendah (PMR) diadakan semasa tahun 3 sekolah menengah. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan semasa tahun 5 sekolah menengah. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diadakan semasa tahun 6 sekolah menengah.

[sunting] Lihat juga


Kementerian Pelajaran Malaysia Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Pendidikan seks di Malaysia

[sunting] Rujukan

1. "Hasan Basari, Abd. Samad (2002) Sistem penilaian prestasi pelajar." Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository, Univesiti Teknologi Malaysia 2. Kenyataan Mukhriz Wujud Sekolah Satu Aliran Tiada Unsur Perkauman, Kata Hishammuddin, Bernama Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_di_Malaysia" Kategori: Pendidikan di Malaysia Alatan peribadi

Log masuk / buka akaun

Ruang nama

Rencana Perbincangan

Kelainan Pandangan

Baca Sunting Lihat sejarah

Tindakan

Sunting puncak

Cari
Khas:Gelintar

Pandu arah

Laman Utama Tinjau Hal semasa Rencana rawak

Perhubungan

Tentang Wikipedia

Portal masyarakat Perubahan terkini Hubungi kami Menderma Bantuan Kedai Kopi

Cetak/eksport

Cipta buku Muat turun sebagai PDF Versi boleh cetak

Alatan

Pautan ke laman ini Perubahan berkaitan Laman khas Pautan kekal Petik laman ini

Bahasa lain

English Laman ini diubah buat kali terakhir pada 09:23, 3 April 2011. Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; termaterma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

Negara Barat, Arab mahu Gaddafi berundur

DOHA: Kumpulan negara Barat dan Arab untuk pertama kali menggesa Muammar Gaddafi berundur tetapi negara anggota NATO bercanggah pendapat berhubung gesaan ditingkatkan serangan udara

bagi menggulingkan beliau. Pendirian itu satu kemenangan moral bagi Britain dan Perancis yang mengetuai serangan udara dan menggesa perubahan rejim di Libya.

"Gaddafi dan rejimnya sudah kehilangan semua hak dan perlu berundur bagi membolehkan rakyat Libya menentukan masa depan mereka," menurut pernyataan terakhir mesyuarat bersama kumpulan negara Eropah, Liga Arab, Kesatuan Afrika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Doha yang diperoleh Reuters. Kumpulan itu juga bersetuju memberikan "bantuan kebendaan" kepada pemberontak Libya. Walaupun pernyataan itu tidak menyatakan butirannya, diplomat berkata sebilangan negara mungkin menafsirkannya sebagai pembekalan senjata. - Reuters

Najib lancar Klinik Bot 1Malaysia bagi warga Sungai Baram

MARUDI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan perkhidmatan klinik bot 1Malaysia di jeti pekan Marudi bagi memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di pedalaman berhampiran Sungai Baram.

Perkhidmatan klinik bot bergerak, yang pertama seumpamanya, akan memanfaatkan kira-kira 2,000 penduduk di 13 rumah panjang di 10 kampung dari Marudi ke Kuala Baram dan 3,000 penduduk lagi di perkampungan antara Marudi dan Long Lama.

Dua pasukan - setiap satu dianggotai seorang doktor, doktor gigi, ahli farmasi, pembantu perubatan dan beberapa jururawat - ditugaskan untuk mengendalikan klinik bot 1Malaysia untuk berkhidmat kepada penduduk yang tinggal di pinggir sungai Baram.

Bot klinik bergerak itu hasil usahasama antara Kementerian Kesihatan dan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Ketika ini, perkhidmatan doktor udara juga digunakan untuk memberi perkhidmatan kesihatan di pedalaman Sarawak dengan menggunakan pengangkutan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ketika berucap kepada kira-kira 4,000 hadirin pada majlis Rakyat Bersama Pemimpin di Dataran Pekan Marudi, Najib mengumumkan peruntukan RM60 juta untuk pembinaan Jalan Marudi-Miri bagi memudahkan perhubungan antara kedua-dua destinasi itu yang ketika ini mengambil masa tiga jam perjalanan bot ekspres dari Kuala Baram.

Selain itu, Perdana Menteri juga meluluskan peruntukan RM1 juta untuk tabung pembinaan Sekolah Jenis Kebangsa (Cina) Kee Tee di Long Lama yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Telang Usan.

Hadir sama Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan calon Barisan Nasional (BN) Sylvester Entri Muran dan Dennis Ngau, masing-masing bagi kerusi Marudi dan Telang Usan.

Najib, yang dalam rangka lawatan ke pedalaman di timur laut Sarawak hari ini, kemudian menaiki helikopter untuk melawat kawasan tanah tinggi Bario yang juga penempatan masyarakat Kelabit. -

Sumber: BERNAMA, 14 April 2011Tak Pernah Tuduh PM Dan Isteri Terbabit Kes Altantuya-Raja Petra Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu. Itu pengakuan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang muncul buat pertama kali setelah sekian lama menghilangkan diri.

Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri. Dalam satu temubual eksklusif bersama Ashraf Abdullah yang menjejaki beliau di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini.

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya. Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY "Di dalam sd saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam sd. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."

Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan. Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"what do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"

Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar. "Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan anwar dan anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa anwarleftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada anwar tentang isu inidia kata proceed. Saya pun proceed."

Anggaran Kerugian Libatkan Kastam Hanya RM2.2 Bilion - Khalid

PETALING JAYA : Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menjelaskan bahawa pihaknya hanya kerugian anggaran RM2.2 bilion daripada RM10 bilion duti import yang sepatutnya dikutip setiap tahun.

Ketua Pengarah KDRM Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf berkata ini bertentangan dengan laporan akhbar tertentu yang mengaitkan RM108 bilion dengan siasatan terhadap KDRM. Beliau berkata perkara sebenar ialah jumlah RM108 bilion itu adalah anggaran kerugian setiap tahun kepada kerajaan akibat penipuan, pengisytiharan cukai, penyelewengan serta salah laku pelbagai agensi penguat kuasa kerajaan.

Beliau berkata kehilangan RM2.2 bilion atau 23 peratus duti kastam itu bagaimanapun masih dianggap rendah dan pada tahap normal serta biasa dialami oleh negara maju lain, yang menetapkan 25 peratus untuk kerugian maksimum.

Mohamed Khalid berkata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dijangka mengumumkan minggu depan mengenai laporan media yang salah melaporkan bahawa wang berselerak di rumah pegawai kanan KDRM yang ditahan pada 28 Mac lepas, sebaliknya wang itu ditemui di beberapa lokasi berlainan.

Sumber : BERNAMA, 13 April 2011

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.

Bas Awam Perlu Guna Pakai Piawaian Bangsa-Bangsa Bersatu

KOTA KINABALU : Kementerian Pengangkutan akan memastikan semua bas pengangkutan awam di negara ini mengguna pakai piawaian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu-Suruhanjaya Ekonomi Eropah (UNECE) yang menekankan pentingnya struktur bas berkeadaan kukuh.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata langkah itu dapat meminimumkan impak kepada penumpang apabila berlaku kemalangan. Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata setiap kenderaan baru yang menggunakan model baru sebelum didaftar secara wajib perlu melalui pemeriksaan oleh jawatankuasa yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pakar kejuruteraan automotif.

Abdul Rahim berkata kadar kematian yang tinggi akibat nahas jalan raya di Malaysia iaitu purata 19 orang sehari atau 6,800 kematian setahun harus ditangani dan diminimumkan ke satu tahap yang memuaskan, sekurang-kurangnya ke tempa18,363 Pengundi Pos Pilihan Raya Sarawak Mula Mengundi Hari Ini

KUCHING : Sejumlah 18,363 pengundi pos pilihan raya negeri Sarawak pada Rabu mengundi di beberapa lokasi ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), termasuk di Kem Tentera Penrissen di sini. Mereka merupakan anggota tentera dan keluarga seramai 11,738 orang, polis dan keluarga (6,591) dan pengundi di luar negara (34).

Di Kem Tentera Penrissen, Kota Sentosa, anggota tentera berkumpul di Dewan Bukavu seawal pukul 7.30 pagi bagi menjalankan tugas mereka untuk mengundi. Panglima 3 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Mohd Ramli Jaafar berkata pengundian untuk tentera ditetapkan selama dua hari bermula hari ini kerana terdapat anggotanya yang terpaksa bertugas di dalam operasi.

Sementara itu, anggota polis di sini turut mengundi di Kelab Polis, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini yang dibuka sejak pukul 9.30 pagi. Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Law Hong Soon memberitahu pemberita sebanyak 35 lokasi undi pos ditetapkan di seluruh negara.

Sumber: Bernama, 13 April 2011t 10 terbaik di dunia berbanding tempat ke 47 dari 140 negara yang dinilai pada masa ini.

Sumber : BERNAMA, 13 April 2011 Rakyat Malaysia Dinasihat Tidak Berkunjung Ke Fukushima

KUALA LUMPUR : Rakyat Malaysia dinasihati tidak berkunjung ke daerah Fukushima di Jepun kecuali jika mempunyai urusan penting sahaja kerana status loji nuklear Fukushima Daiichi masih dalam keadaan serius.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pihak berkuasa Jepun tidak membenarkan pengunjung memasuki ke kawasan pemindahan pada jarak sekitar 20 kilometer dari loji itu.

Sehubungan itu, Maximus menasihati rakyat Malaysia supaya mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa tempatan di Fukushima, Jepun, Kedutaan Besar Malaysia di Jepun dan Kedutaan Besar Jepun di Malaysia.

Selain itu, kementerian melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mendapati tiada pencemaran radioaktif dikesan dalam sampel air laut, air hujan dan tanah dari beberapa lokasi seluruh negara dalam hasil keputusan sampel oleh Agensi Nuklear Malaysia pada 8 April lepas. Pemantauan itu dibuat oleh kementerian untuk mengawasi kebarangkalian pencemaran radioaktif pada 2 April lepas.

Jepun dilanda gempa bumi kuat dengan magnitud 9.0 pada skala Richter 11 Mac lepas yang turut mencetuskan tsunami dan kerosakan loji nuklear. Bencana alam itu menyebabkan lebih 10,000 kematian dan ramai orang dilapor hilang.

Ongkili berkata Jepun meningkatkan tahap kemalangan di loji nuklear Fukushima Daiichi daripada tahap lima kepada tahap tujuh yang merupakan tahap paling buruk mengikut skala antarabangsa semalam. Maximus berkata tahap tujuh bermakna pelepasan bahan radioaktif besar yang akan memberi kesan ke atas kesihatan dan alam sekitar maka tindakan pencegahan terancang dan berpanjangan perlu diambil.

Sehubungan itu, International Nuclear and Radiological Event Scale dan AELB akan terus melakukan ujian sampel terutama pada sampel air laut di seluruh negara iaitu di Kota Baharu, Kuala Terengganu, Kemaman, Kuantan, Pasir Gudang, Kuching, Bintulu, Labuan, Kota Kinabalu, Kudat dan Sandakan.

Selain itu, Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh Malaysia masih menunjukkan paras normal dan pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Portal di empat lapangan terbang antarabangsa Malaysia tidak menunjukkan sebarang kesan pencemaran sehingga kini.

Sumber : BERNAMA, 13 April 2011

Pilihan Raya Sarawak: 1,100 Permit Ceramah Dilulus Setakat Ini

KUCHING : Polis telah meluluskan 1,100 permit ceramah sehingga hari ini kepada parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 ini, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh.

Daripada jumlah itu, 250 pemit diluluskan dalam tempoh 24 jam lepas, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini Selasa.

Mohmad sekali lagi mengingatkan parti-parti yang bertanding agar mengamalkan etika yang betul dan tidak menyentuh sensitiviti perkauman bagi memastikan keamanan sepanjang berlangsungnya proses demokrasi ini. Pihak polis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang aktiviti yang dikesan melibatkan penghasutan dan provokasi.

Mohmad berkata kertas undi untuk anggota polis yang mengundi secara pos sudah diedarkan kepada pusat-pusat mengundi yang terlibat semalam.

Sumber: BERNAMA, 12 April 2011

Sultan Pahang Cadang Ibu Pejabat AFF Dibina Di KL

KUANTAN : Presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) yang baru, Sultan Ahmad Shah, bercadang untuk membina ibu pejabat AFF di Kuala Lumpur. Baginda, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), akan mengutarakan cadangan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan akan meminta sebidang tanah daripada kerajaan untuk tujuan itu.

Sultan Ahmad Shah bertitah, ketika menjadi Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluluskan pembinaan bangunan AFC.

Mengulas mengenai pemilihan baginda sebagai Presiden AFF yang baru, Sultan Ahmad Ahad bersyukur kerana ahli gabungan AFF sebulat suara membuat pemilihan itu.

Baginda menggantikan Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang menerajui AFF sejak 1995.

Selain Malaysia, AFF yang ditubuhkan pada 31 Jan 1984, dianggotai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.

Sumber : BERNAMA, 12 April 2011

Kematian Pegawai Kastam: 20 Orang Diambil Keterangan

KUALA LUMPUR : Seramai 20 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kematian penolong pengarah Kastam Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini 6 April lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis sudah mengambil keterangan daripada individu yang mempunyai keperluan dan kaitan dengan kes berkenaan.

Beliau berkata pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) masih meneruskan siasatan bagi melengkapkan beberapa maklumat sebelum kes itu dapat dirujuk kepada pihak atasan termasuk pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan. Jabatan kini masih siasat beberapa perkara, ini termasuk kandungan maklumat dalam telefon bimbit milik penolong pengarah itu selain rakaman CCTV di bangunan pejabat SPRM sebagai bukti siasatan.

Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam Diraja Malaysia.

Ketika ditanya mengenai keputusan ujian makmal bagi mengenal punca sebenar kematian Ahmad Sarbani, Amar berkata polis masih menunggu keputusan dari Jabatan Forensik.

Sumber: BERNAMA, 12 April 2011

Sumber: tv3.com. Dadah: Ameng Dihukum Penjara Lapan Tahun Dan 10 Sebatan ameng MELAKA : Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana kesalahan dadah. Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya. Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Feb lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan. Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram. Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Feb lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38b akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan. Hakim Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara bagi tiga pertuduhan tersebut berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 1 Feb lepas, bermakna Ameng menjalani hukuman penjara sebanyak lapan tahun dan 10 sebatan serta dua tahun pengawasan oleh polis. Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan dan menjumpai sebuah beg hitam di bawah sofa dan Ameng sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu. Apabila beg itu dibuka, terdapat satu beg kertas yang telah terkoyak dan di dalamnya terdapat bungkusan plastik berwarna biru lut sinar mengandungi ketulan daun mampat dipercayai ganja. Semasa serbuan itu, isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipecayai anak mereka, turut berada dalam bilik itu. Terdahulu dalam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan, peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Ameng, berkata penyanyi itu menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin, berkata sebagai seorang yang dikenali umum terutama golongan remaja, kesalahan seperti itu memberi impak tidak baik kepada golongan tersebut. Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak terjebak dengan dadah yang memusnahkan kehidupan. Sumber: BERNAMA, 12 April 2011 Rang Undang-undang Memperbadankan MIDA Akan Berkuat Kuasa Pada Julai, Kata Najib

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Rang Undang-undang pengkorporatan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat dijangka berkuat kuasa pada Julai.

Perdana Menteri hari ini berkata melalui langkah itu, MIDA akan diperkasakan sepenuhnya untuk mempercepatkan membuat keputusan dan menyelaraskan agensi promosi pelaburann yang lain bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran ditambah nilai yang tinggi Malaysia dan mengembangkan sektor perkhidmatan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata langkah itu akan meningkatkan sektor pengeluaran dan perkhidmatan yang penting bagi meneruskan lajakan transformasi ekonomi Malaysia.

Para pelabur menyambut baik pengkorporatan MIDA, sambil menyatakan ia jelas mencerminkan kesinambungan program berorientasikan tindakan bagi menarik pelaburan berkualiti tinggi dan mengantarabangsakan ekonomi Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri di bawah Program Transformasi Ekonomi.

Beralih kepada Talent Corporation Malaysia Bhd yang diwujudkan bagi menarik dan mengekalkan bakat asing terbaik, Najib berkata insentif cukai pendapatan peralihan yang baharu akan juga diperkenalkan, di mana ahli profesional Malaysia yang pulang akan layak menerima kadar tetap cukai pendapatan 15 peratus bagi tempoh lima tahun.

Beliau melahirkan harapan agar langkah itu akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang berkhidmat di luar negara, yang mempunyai kepelbagaian pengalaman dan kemahiran, untuk pulang dan memainkan peranan aktif di dalam transformasi ekonomi Malaysia.

Najib turut mengumumkan bahawa satu kerangka dana pencen swasta yang baharu yang membolehkan diwujudkan skim persaraan swasta diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti akan turut diwujudkan menjelang akhir tahun ini, yang akan menggalakkan kepelbagaian yang lebih meluas di dalam pengurusan simpanan jangka panjang.

Usaha akan turut dilaksanakan untuk menarik pakar pengurus dana dan untuk menggalakkan kepelbagaian lebih meluas strategi pelaburan, pengukuhan hubungan antara simpanan negara dan pertumbuhan ekonomi, kata Najib.

Beliau turut menonjolkan bahawa pelaburan RM3.3 bilion oleh Mitsui and Co. bagi mendapatkan kepentingan 30 peratus di dalam Integrated Healthcare Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Khazanah Holdings yang diumumkan pada minggu lepas "adalah satu urus niaga yang besar bagi kita."

Kes Bunuh Pengawal Peribadi: Polis Johor Cari Mie Dan Telinga

JOHOR BAHARU : Polis Johor mencari dua lelaki bagi membantu siasatan kes samun pengurup wang dan bunuh pengawal peribadi di Jalan Kuning 2, Taman Pelangi di sini Jumaat lalu.

Kedua-dua lelaki itu ialah Azmi Abdullah @ Mie, 40, dan Mohd Fadilah Yoosuff @ Telinga, 32, dikehendaki tampil untuk membantu siasatan kes samun yang melibatkan kematian pengawal peribadi Isa Jamalludin, 63.

Ketua Polis Johor, DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata alamat terakhir kedua-dua mereka ialah di Perak. Beliau bagaimanapun tidak dapat mendedahkan jumlah wang yang disamun di dalam kejadian tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketika kejadian, kereta Hyundai Sonata yang dinaiki mangsa bersama majikannya serta seorang lagi penumpang telah dihalang oleh dua buah kereta dari hadapan dan belakang. Sekumpulan lelaki kemudiannya meluru ke arah kereta itu lalu memecahkan cermin serta melepaskan dua tembakan ke dada pengawal peribadi itu sebelum mengambil sebuah beg berisi wang dari but kereta berkenaan. Mereka kemudiannya meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta lain. Enam Lagi Perusuh Ditangkap Di Lenggeng

SEREMBAN : Seramai enam lagi pendatang tanpa izin yang melarikan diri setelah membakar sebuah blok bangunan kediaman mereka di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng dekat sini Selasa lepas ditahan oleh pihak berkuasa Khamis malam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Abdul Manan Mohd Hassan memberitahu Bernama, keenam-enam lelaki itu diberkas di sekitar Lenggeng.

Dengan tangkapan itu, setakat pukul 7 pagi ini jumlah keseluruhan yang berjaya ditahan ialah 92 orang sementara 17 lagi masih bebas.

Dalam kejadian itu, 109 pendatang asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh, Vietnam, Thailand dan Iran yang mendiami Blok A depot tersebut merusuh sebelum membakar bangunan blok itu untuk melarikan diri.

Sumber: Bernama, 8 April 2011Enam Lagi Perusuh Ditangkap Di Lenggeng

SEREMBAN : Seramai enam lagi pendatang tanpa izin yang melarikan diri setelah membakar sebuah blok bangunan kediaman mereka di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng dekat sini Selasa lepas ditahan oleh pihak berkuasa Khamis malam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Abdul Manan Mohd Hassan memberitahu Bernama, keenam-enam lelaki itu diberkas di sekitar Lenggeng.

Dengan tangkapan itu, setakat pukul 7 pagi ini jumlah keseluruhan yang berjaya ditahan ialah 92 orang sementara 17 lagi masih bebas.

Dalam kejadian itu, 109 pendatang asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh, Vietnam, Thailand dan Iran yang mendiami Blok A depot tersebut merusuh sebelum membakar bangunan blok itu untuk melarikan diri.

Sumber: Bernama, 8 April 2011Kaunter Aduan Bergerak BPA Di Kuala Klawang 12 April

SEREMBAN: Biro Pengaduan Awam (BPA) Melaka/Negeri Sembilan akan mengadakan program kaunter aduan bergerak bersepadu di Dewan Majlis Daerah Jelebu, Kuala Klawang, pada 12 April ini.

Penolong pengarahnya Ranimah Putra berkata program dari 2.30 petang hingga 5 petang itu adalah anjuran bersama dengan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu.

Program ini membolehkan orang ramai bersemuka dengan pegawai kami serta jabatan dan agensi setempat untuk membuat aduan atau menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sebarang tindakan pentadbiran kerajaan. Pulapol Kini Bebas Daripada Adenovirus

KUALA LUMPUR : Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini kini bebas daripada virus Adenovirus dan penularannya terkawal, kata Komandannya SAC Zulkifli Mohamed. Tiada kes baru jangkitan virus itu dilaporkan di pusat latihan berkenaan sejak 19 Mac lepas.

Zulkifli berkata pelatih-pelatih kini dilaporkan dalam keadaan selamat selepas 80 peratus daripada pelatih pusat berkenaan dijangkiti virus itu bulan lepas. Beliau berkata semua pelatih diberi cuti selama dua minggu sejak Isnin lepas bagi membolehkan operasi pembersihan dilaksanakan di pusat tersebut.

Beliau juga berkata pusat itu akan melakukan pembersihan profesional sebulan sekali untuk jangka panjang bagi membanteras penularan penyakit tersebut. Katanya semua pelatih turut diberikan kaunseling supaya mereka dapat menyambung latihan di sini tanpa sebarang kemusykilan.

Jangkitan virus itu meragut nyawa tiga pelatih polis yang terdiri daripada Azizan Aziz, 25, Mohd Redzuan Ishak, 26, dan Mohammad Siman, 23, sejak ia dikesan di Pulapol 4 Mac lepas.

Sumber : BERNAMA, 7 April 2011 Ranimah berkata antara aduan yang boleh diterima ialah mengenai kelewatan atau tiada tindakan, tindakan tidak adil, kekurangan kemudahan awam, kelemahan peraturan, salah guna kuasa atau penyelewengan, salah laku anggota awam, kegagalan mKastam Syor Kerajaan Tubuh Badan Penasihat Untuk Pantau Prestasi Jabatan

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan sebuah badan penasihat kastam yang berfungsi untuk memantau prestasi jabatan itu. Bahagian 7 : Pendidikan

Visi saya tentang 1Malaysia termasuk juga tentang negara yang rakyatnya telah mengayakan kehidupan mereka melalui usaha mendapatkan dan menggunakan pengetahuan secara positif. Proses pendidikan seumur hidup yang dilakukan di dalam dan luar bilik darjah akan membentuk rakyat Malaysia yang berupaya berfikir dan bertindak tanpa terlalu mementingkan diri sendiri, malah lebih mementingkan masyarakat setempat mereka.

PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihat hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud, khususnya dalam konteks semasa. Sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentera tidak bertahan dan tidak mampu bertahan. Maka apabila anda bercakap tentang pendidikan dan pengetahuan, ia mesti dilihat dalam konteks holistik. Ia juga mesti disepadukan dengan nilai. Anda mesti memiliki masyarakat yang menempatkan pendidikan dan pengetahuan di mercu segala yang lain. Bukan saja kerajaan, tetapi juga masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh, budaya membaca. Jika anda hanya berharap kepada buku teks formal, anda tidak akan menimba ilmu sebagaimana sepatutnya. Tetapi jika diri anda berbudaya membaca, tabiat membaca ini sama ada melalui buku atau pun internet, maka anda akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia. Dan saya ingin melihat minda rakyat Malaysia berterusan terbuka.

Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di dalm negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian, kita tidak mempunyai aliran kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untruk memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi kedua-duanya kekuatan dan masaalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan diasingkan. 95 peratus daripada bangsa China akan memasuki sekolah China dan 97 peratus daripada bangsa Melayu akan memasuki sekolah kebangsaan. Maka kita akan kehilangan peluang. Namun apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan terdapatnya peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada nilai bersama, agar walau pun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika dipenuhi dengan nilai sistem yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita akan bertemu pada satu titik persamaan. Apabila kita bertemu dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk menghargai satu sama lain dengan lebih baik lagi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohamed Khalil Yusuf berkata badan itu dicadang supaya dianggotai tokoh-tokoh masyarakat termasuk di bidang akademik, korporat, perniagaan dan politik, yang bertindak menasihat dan memberi teguran yang perlu untuk menambahbaik jabatan itu daripada semasa ke semasa.

Beliau berkata cadangan penubuhan badan penasihat itu adalah antara strategi jangka pendek yang diputuskan hasil Mesyuarat Pengarah Kastam SeMalaysia ke-65 di Tasik Kenyir, Hulu Terenggganu pada 4 hingga 6 April lepas, dalam usaha menambah baik dan meningkatkan kembali integriti jabatan.

Mohamed Khalil berkata kajian untuk meminda akta yang dianggap lapuk dan perlu penambahbaikan itu sudah lama dilakukan dan ia tiadak kaitan dengan dengan penahanan 63 kakitangan jabatan Kastam termasuk pegawai kanan bergelar Datuk dalam Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata dalam mesyuarat kali ini juga Jabatan Kastam memutuskan untuk membangunkan sistem yang dikenali sebagai e-Rotation atau e-Perkhidmatan di mana pegawai kastam yang bertugas akan ditukarkan ke tempat baru mengikut penentuan secara elektronik.

Selain itu, katanya Jabatan Kastam juga bersetuju untuk menjadikan unit tataterbit jabatan itu sebagai badan pemantau terhadap pemilikan harta para pegawai.

Sumber: BERNAMA, 7 April 2011engikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan dan kualiti perkhimatan yang tidak memuaskan.

Sumber: BERNAMA, 8 April 2011 Sumber : Bernama, 12 April 2011Katanya urus niaga itu, yang merupakan pengambilalihan asing terbesar kepentingan di dalam satu ekonomi Malaysia sehingga ini tahun ini, mencerminkan peningkatan keyakinan para pelabur di dalam salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara -- iaitu sektor penjagaan kesihatan.

Dan keputusan oleh satu "pelabur antarabangsa utama seperti Mitsui untuk membeli satu perbadanan pelbagai negara yang diterajui Malaysia, merupakan cerminan yang jelas kepercayaan

mereka terhadap tadbir urus kita yang baik" di mana hasil yang diperolehi melalui transaksi ini akan menjana projek penjagaan kesihatan lebih RM1 bilion di seluruh Malaysia.

Sumber : BERNAMA, 12 April 2011myAgensi Berita China, Xinhua Buka Ibu Pejabat Rantau Di KL

KUALA LUMPUR : Agensi berita China, Xinhua bersetuju untuk menubuhkan ibu pejabat rantaunya di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia merupakan satu langkah yang sangat positif untuk Malaysia. Wakil agensi berita itu menemui Perdana Menteri di luar Persidangan Melabur di Malaysia 2011 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua pengarah Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (Mida), Datuk Jalilah Baba memberitahu pemberita bahawa agensi berita itu akan juga menjadi rakan pelaburan sebuah kolej tempatan di Nilai, Negeri Sembilan untuk menubuhkan program latihan bagi wartawan khusus dalam bahasa Mandarin. Bagaimanapun, beliau tidak memberikan temph masa dan jumlah pelaburan kerana rundingan masih dijalankan.

Media rasmi China itu yang mempunyai koresponden di Malaysia kini merupakan sumber rasmi untuk laporan harian mengenai kehidupan rakyat China yang kini telah berubah ke arah pemodenan. Xinhua, yang ditubuhkan pada 1931 mempunyai lebih 100 biro di seluruh dunia dan menyalurkan berita dalam enam bahasa, China, Inggeris, Perancis, Rusia, Sepanyol dan Arab.

Sumber : BERNAMA, 12 April 2011

You might also like