You are on page 1of 2

PERATURAN SURAU PERATURAN AM 1.

Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang ditetapkan. 2. Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat melaksanakan amali pendidikan Islam, menyambut hari-hari kebesaran Islam & aktiviti2 pendidikan serta kemasyarakatan. 3. kebersihan dan keceriaan surau serta memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan. 4. Semua barang dan peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat.Ia tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran. 5. Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah tanpa mendapat keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa surau 6. Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat melepak,menyalin atau menukar pakaian dan seumpamanya. 7. Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan suis-suis lampu,kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan. 8. Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam surau ini perkara-perkara berikut:

Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya. Bahan-bahan dan gambar lucah,majalah-majalah hiburan dan penerbitan yang berunsur politik serta risalah-risalah ajaran sesat

Makanan dan minuman

PERATURAN KHAS TATASUSILA DI SURAU 1. Memakai pakaian yang suci,bersih,kemas dan bersopan ketika ke surau. 2. Dilarang memakai baju T.shirt yang fancy yang mengandungi gambar-gambar yang tidak sesuai. 3. Masuk ke surau dengan mengambil wudhuk terlebih dahulu. 4. Masuk dengan kaki kanan serta keluar dengan kaki kiri yang disertakan dengan doa. 5. Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih dahulu. 6. Merapatkan saf dan menghidupkan budaya salam dan berjabat tangan dengan jemaah yang lain. 7. Duduk dengan keadaan yang khusyuk,bersopan serta menghadap kiblat. 8. Memperbanyakkan zikrullah ketika berada disurau. 9. Tidak membuat bising ketika berada di dalam surau. 10. Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna. 11. Dilarang melintas dihadapan orang yang sedang solat. 12. Digalakkan berwirid,berdoa dan bersalaman sebelum meninggalkan surau.

You might also like