You are on page 1of 52

MATLAMAT :

Menentukan PENGURUSAN PENDIDIKAN mengikut peruntukan dalam Akta dan peraturan / pekeliling yang berkuatkuasa

FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran ,masyarakat dan negara.

PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT


PERINGKAT SEKOLAH

PERINGKAT SELEPAS SEKOLAH

PERINGKAT AWAL

PERINGKAT AWAL
DI RUMAH DI TADIKA

* * * * *

Pertuturan Agama Budi Pekerti Kesihatan Fizikal

PERINGKAT SEKOLAH
* Di Sekolah Rendah * Di Sekolah Menengah

* * * *

Ilmu Pengetahuan & kemahiran Penghayatan Agama Perkembangan Bakat dan Petensi Pembentukan Jati Diri

SELEPAS SEKOLAH
* * * * Di Institusi Pengajian Di Tempat Kerja Dalam Komuniti Pembelajaran Kendiri

* * * *

Peningkatan Ilmu dan Kemahiran Penghayatan Agama Penyesuai Hidup Perkembangan Bakat & Potensi

KEDUDUKAN PROGRAM PENDIDIKAN RENDAH DALAM AKTA PENDIDIKAN (AKTA 550)

HURAIAN

Guru ertinya seseorang yang :


a ) mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan atau

b ) menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh,
dan termasuklah guru besar atau pengetua

Murid

ertinya seseorang , tanpa mengira umurnya , yang kepadanya pendidikan / latihan sedang diberikan disesuatu institusi pendidikan

ibu

bapa termasuklah penjaga dan

mana-mana orang yang mempunyai kawalan disisi undang-undang atau kawalan sebenar ke atas seseorang murid

Pendidikan

Prasekolah ertinya

program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.
Pendidikan

Rendah ertinya kursus

pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun

sekolah

rendah ertinya sekolah yang

menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid yang berumur enam tahun
sekolah

kerajaan ertinya institusi pendidikan kerajaan ertinya sekolah


atau institusi pendidikan yang ditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh Menteri di bawah Bahagian IV

sekolah

bantuan kerajaan atau institusi bantuan kerajaan ertinya


sekolah atau institusi pendidikan yang menerima sumbangan modal dan sumbangan banguan penuh

sekolah jenis kebangsaan ertinya sekolah rendah


kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan :-

a)

yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun
yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil senagai bahasa pengantar utama; dan yang menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib

b)

c)

Seksyen 15
( Sistem Pendidikan kebangsaan )
Sistem Pendidikan Kebangsaan

hendaklah terdiri daripada :

a) b) c) d) e)

Pendidikan prasekolah Pendidikan rendah Pendidikan menengah Pendidikan lepas menengah dan Pendidikan tinggi

Seksyen 16
( Kategori Instiutsi Pendidikan )
Maka hendaklah ada tiga institusi

pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan a ) Institusi pendidikan kerajaan b ) Institusi pendidikan bantuan kerajaan dan c ) Institusi pendidikan swasta

Seksyen 17
( Kedudukan Bahasa Kebangsaan )
(1) Bahasa Kebangsaan hendaklah

menjadi bahasa pengantar utama disemua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan
(2) Jika bahasa pengantar utama di

sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan , maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib.

Seksyen 18
( Kurikulum Kebangsaan )
(1) Menteri henaklah menetapkan

suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang tertakluk kepada subseksyen (3) hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

Seksyen 18
( Kurikulum Kebangsaan )
(2) Kurikulum Kebangsaan yang

ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menentukan pengetahuan, kemahirandan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masingmasing dan hendaklah termasuk mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam jadual dan apa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan

Seksyen 18
( Kurikulum Kebangsaan )
(3) Dalam hal sekolah swasta,

subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan yang dinyatakan dalan jadual diajar disekolah itu

Seksyen 18
( Kurikulum Kebangsaan )
(4) Menteri boleh dari semasa ke

semasa melalui perintah yang disiarkan dalam warta menambah, meminda atau mengubah jadual

Seksyen 19
( Peperiksaan )
Tiap-tiap sekolah hendaklah

menyediakan murid-muridnya bagi peperiksaan yang ditetapkan oleh atau di bawah akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah akta ini melainkan jika dikecualikan selainnya oleh atau di bawah akta ini

Seksyen 20
( Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika )

(1) Tiada tadika boleh ditubuh, dikendali

atau diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini
(2) Seseorang yang melanggar

subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan

Seksyen 21
( Kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika )
Menteri boleh , tertakluk kepada

peruntukan Akta ini , menubuhkan dan menyenggarakan tadika

Seksyen 22 ( Lama )
(Kurikulum Prasekolah)
Program dan kegiatan tiap-tiap tadika

hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan oleh Menteri

Seksyen 22 ( Baru )
(Kurikulum Prasekolah)
(1)

Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

Seksyen 22 ( Baru )
(Kurikulum Prasekolah)
( 2 ) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masingmasing

Seksyen 22 ( Baru )
(Kurikulum Prasekolah)
( 3 ) Mana-mana tadika yang bermaksud

untuk melaksanakan apa-apa kurikulum sebagai tambahan kepada kurikulum prasekolah kebangsaan hendaklah sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian , memaklumkan kepada Ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.

Seksyen 22 ( Baru )
(Kurikulum Prasekolah)
( 4 ) Seseorang yang melanggar

subseksyen ( 1 ) atau ( 3 ) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh , apabila disabitkan , didenda tidak melebihi Sepuluh Ribu Ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya

Seksyen 23
( Bahasa Pengantar di tadika )
Walau apa pun subseksyen 17(1), bahasa -

bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib

Seksyen 24
( Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah )

Menteri boleh membuat

peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini

Seksyen 25
( Bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak )
Peruntukan Bab ini tidaklah terpakai

bagi taman asuhan kanak-kanak yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan taman sedemikian.

Seksyen 26
( Ketakpakaian seksyen 19 )

Seksyen 19 tidaklah terpakai

bagi tadika
(Nota: Seksyen 19 menyatakan bahawa

Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan)

Seksyen 27
( Pendidikan Rendah )
Hendaklah menjadi kewajipan

Menteri mengadakan pendidikan rendah di sekolah rendah kerajaan dan di sekolah rendah bantuan kerajaan

Seksyen 28
( Pendidikan Rendah )
Tertakluk kepada peruntukan Akta

ini, Menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyenggarakan sekolah-sekolah ini

Seksyen 29
( Pendidikan Rendah )
Sekolah kebangsaan atau sekolah

jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah akta ini hendaklah mengadakan kursus pendidikan rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun

Seksyen 50
( Pengajaran Agama Islam )
(2) Pengajaran yang dikehendaki di

sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah selama tempoh sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengjaran biasa institusi pendidikan itu atau dalam apaapa waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri dalam hal mana-mana institusi pendidikan yang tertentu.

Seksyen 50
( Pengajaran Agama Islam )

(3) Pengelola atau orang lain yang

bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan yang dikehendaki menyediakan pengajaran di bawah seksyen ini hendaklah membuat apa-apa perkiraan yang perlu bagi maksud itu.

Seksyen 50
( Pengajaran Agama Islam )
(4) Pengelola atau orang lain yang

bertanggungjawab ke atas pengurusan dua institusi pendidikan atau lebih boleh, dengan kelulusan Pendaftar, membuat perkiraan supaya pengajaran di bawah seksyen ini diberikan secara bergabung di institusi-institusi pendidikan itu kepada murid yang menganut agama Islam

Seksyen 98
( Pendaftaran Murid )
Pengelola, guru besar atau orang lain

yang bertanggungjawab tentang pengurusan sesuatu institusi pendidikan hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan , mengikut cara yang ditetapkan, suatu daftar yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan mengenai semua murid di institusi pendidikan itu

Seksyen 130
( Peraturan-Peraturan )
Tanpa menjejaskan kuasanya untuk

membuat peraturan-peraturan di bawah mana-mana peruntukan lain dalam akta ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini

Seksyen 131
( Peraturan Boleh Menetapkan Penalti Kerana Melanggarnya )
Peraturan-peraturan yang dibuat di

bawah akta ini boleh memperuntukan bahawa peraturan-peraturan ini adalah suatu kesalahan dan bahawa kesalahan sedemikian boleh dihukum, apabila disabitkan, dengan hukuman denda atau pemenjaraan, atau kedua-duanya tetapi tidak boleh membuat peruntukan supaya denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan ini melebihi enam bulan

Seksyen 134
( Kesalahan Dan Penalti Berhubung dengan Nazir ) Seorang yang : a ) menghalang atau mengendalakan ketua nazir atau nazir sekolah dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 121 b) enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan dokumen atau barang atau enggan memberikan maklumat dengan subperenggan 121(b)(ii)

Seksyen 134
( Kesalahan Dan Penalti Berhubung dengan Nazir ) Seorang yang : c) memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam apa-apa perkara yang meterial atau yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar

Seksyen 134
( Kesalahan Dan Penalti Berhubung dengan Nazir )

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 135
( Penalti am )

(1)

Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya

Seksyen 135
( Penalti am )

(2) Seseorang yang melakukan kesalahan


di bawah Akta ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan

Seksyen 29A
( Pendidikan Rendah )
(1) Menteri boleh, melalui perintah

yang disiarkan dalam Warta, menetapkan pendidikan rendah menjadi pendidikan wajib

Seksyen 29A
( Pendidikan Rendah )
(2) Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan

warganegara Melaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib

Seksyen 29A
( Pendidikan Rendah )
(3) Menteri boleh, jika difikirkan wajar dan

demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan manamana murid atau mana-mana golongan murid daripada kehendak supaya mengikuti pendidikan wajid, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu

Terima Kasih

You might also like