You are on page 1of 1

SEJARAH LUKISAN Lukisan awal manusia ditemui sejak zaman batu.Manusia purba melukis di dinding-dinding gua.

Kebanyakan lukisan yang dijumpai di dinding menunjukkan kehidupan pada zaman itu, misalnya kisah memburu dan pengembaraan. Di Perancis, lukisan purba terdapat di gua Lascaux. Di Malaysia, lukisan pada dinding gua terdapat di Gua Niah,Sarawak dan Gua Tambun,Perak. Perkembangan lukisan di Eropah selari dengan perkembangan karya catannya. Pelukis-pelukis pada zaman tersebut melukis dengan tujuan untuk membuat lakaran bagi menghasilkan cetakan dan catan. Zaman keemasan iaitu zaman Renaissance telah memberi rangsangan kuat kepada pelukis-pelukis di Itali melukis dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik. Di Eropah perkembangan revolusi telah mengembangkan seni lukisan reka bentuk.Perkembangan dalam bidang matematik memperlihatkan pelukis mula menggunakan nisbah keemasan sebagai rujukan untuk melukis. Pelukis Albrecht Durer dan Leonerdo Da Vinci mula memperkenalkan skala dalam lukisan figura. Pada kurun ke-20,pelukis mula mempelbagaikan teknik dan bahan sebagai sumber idea untuk melukis.Pada masa itu,wujud aliran-aliran baru yang mencetuskan idea-idea yang lebih menarik. Sebagai contoh Claude Monet pelukis Perancis telah memperkenalkan gaya Impresionis dengan calitan yang bersahaja.

You might also like