You are on page 1of 2

Definisi Empati Menurut Dhamas( http://edukasi.kompasiana.com/2009/10/24/empati-sebuahresonansi-dari-perasaan-18233.html ),perkataan empati berasal daripada bahasa Yunani.Ia membawa makna ketertarikan fizik.

Kini ia mempunyai definisi iaitu sebagai kemampuan seseorang untuk mengenali,mempersepsi dan merasakan perasaan dan emosi orang lain. KBBI menyatakan bahawa empati adalah keadaan mental yang membolehkan seseorang mengidentifikasi atau berasa dirinya berada dalam keadaan perasaan atau fikiran yang sama dengan orang atau golongan yang lain. Manakala Eileen R dan Sylvina S(Kompas,18 Nop 2006) menjelaskan bahawa empati adalah kegiatan berfikir individu mengenai rasa yang dia hasilkan apabila berkomunikasi dengan orang lain.Carl Rogers menerangkan empati sebagai kebolehan untuk meyelami dunia dalaman orang lain yang sulit dan peribadi dan untuk menyampaikan kefahaman ini kepada orang lain. Resonansi Perasaan Berdasarkan pandangan Dhamas( http://edukasi.kompasiana.com/2009/10/24/empati-sebuah-resonansi-dariperasaan-18233.html ),empati sering dikaitkan dengan resonansi dari perasaan. Secara fizikal bererti ikut begetarnya sesuatu benda kerana persamaan frekuensinya.Oleh demikian dengan empati,seseorang akan menghasilkan frekuensi perasaan dalam dirinya sama dengan frekuensi perasaan yang dialami orang lain.Hal ini kerana fikiran,kepercayaan dan keinginan seseorang berkaitan dengan perasaan dan emosinya,dia yang berempati akan mampu mengetahui fikiran dan mood orang lain.Empati ini akan membolehkan kita terbiasa melihat sesuatu dari perspektif yang lain.Empati akan membuat kita biasa cepat memisahkan orang daripada masalahnya,dan juga mendorong kita untuk melihat bagaimana untuk menyelesaikan masalah orang daripada menyerang orang. Garis Panduan Menunjukkan Empati ( http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/guru-sebagaipembimbing.doc )

Respons anda hendaklah selari dengan perasaan atau emosi orang itu.Selain itu,anda perlulah memberi respons dengan meluahkan perkara yang anda fikirkan berkenaan dengan perasaannya dan cuba menyemak semula dengannya bagi memastikan sama ada fikiran anda adalah tepat. Anda juga boleh gunakan pandangan orang tersebut dan bercakap tentang perkara yang berasal dari sudut pandangannya.Di samping itu,anda juga perlu selalu semak semula dengannya sama anda adalah benarbenar memahami perasaannya dengan tepat dan janganlah sesekalipun membuat andaian sendiri.Akhirnya,janganlah memberi respons dengan berkatasaya faham bagaimana anda rasa.Kenyataan ini tidak mengambarkan sama ada anda telah benar benar memahami pandangan atau perasaannya.

You might also like