You are on page 1of 20

KBSR

Pengenalan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Merangkumi tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam keliling dan perkembangan individu. Pendidikan Seni Visual termasuk di dalam bidang perkembangan diri individu di dalam komponen kesenian dan kesihatan.

Matlamat
Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga dan masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif
Kurikulum PSV digubal bagi memastikan murid- murid mencapai 10 objektif yang telah dibentuk dalam KBSR Pendidikan Seni Visual. Rajah 1 menunjukkan objektif PSV KBSR.

Kandungan
Melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni yang mencakupi tiga aspek iaitu pemerhatian yang aktif dan terperinci, interaksi yang inovatif dan kreatif dengan alat dan bahan serta penghayatan karya seni dan alam sekitar. Oleh itu,PSV disusun dalam 4 bidang utama

Pendekatan PSV KBSR

Pemerhatian secara aktif.


Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci. Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual. Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia.

Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid kea rah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.


Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan dan bahan. Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah.

Apresiasi seni visual secara mudah


memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan


murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.

4 bidang utama dalam PSV

Menggambar
Menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur dan imbangan. Merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka.

Contoh aktiviti
Lukisan Catan Kolaj Montaj Cetakan Resis Gosokan Stensilan Percikan Gurisan Capan Mozek Poster

Membuat corak dan rekaan


Memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan corak tertentu.

Contoh aktiviti
1)corak tidak terancang i.Pualaman ii.Tiupan iii.Titisan iv.Ikatan dan celupan v.Renjisan dan percikan 2)Corak terancang i.Lukisan ii.Catan iii.Cetakan iv.Capan v.Lipatan dan guntingan vi.Resis vii.Kolaj viii.Kaligrafi

Membentuk dan membuat binaan


Menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.

Contoh aktiviti
Arca timbul Asemblaj Mobail Stabail Model Diorama Boneka Topeng Origami

Mengenal kraf tradisional


Memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.

Contoh aktiviti
Alat domestik Alat permainan Alat pertahanan diri Perhiasan diri (ornamen) Batik Tekat Ukiran Tenunan Anyaman Tembikar

Tamat

You might also like