P. 1
128334830 Proposal Kajian Tindakan 2

128334830 Proposal Kajian Tindakan 2

|Views: 26|Likes:
Published by Priya Mokana
propasal kajian tindakan
propasal kajian tindakan

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Priya Mokana on Jun 22, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/23/2014

pdf

text

original

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN

)

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN: PENGGUNAAN PETA MINDA BAGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN MURID SLOW LEARNER TERHADAP KONSEP SAINS

NAMA PENGKAJI: SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN PISMP G 7.2

1

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

1.0 Pendahuluan Sains merupakan salah satu bidang ilmu yang dapat membawa negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Penggunaan ilmu pengetahuan dengan berteraskan masyarakat berilmu, saintifik dan progresif serta mampu melahirkan pengurus alam yang dapat menjamin keharmonian hidup secara optimum dalam membentuk warganegara yang kritis, kreatif dan berketrampilan dengan mengamalkan budaya sains dan teknologi. Warganegara yang berkualiti adalah insan yang mempunyai semangat ingin tahu, berfikiran terbuka, gigih dan bersikap objektif dalam segala usaha dengan tidak meminggirkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

1.1 Pengenalan Setelah mencapai kemerdekaan, sistem pendidkan di Malaysia telah mengalami anjakan paradigma kearah pembentukan negara maju menjelang tahun 2020. Perubahan abad ke – 21 menyaksikan cabaran yang lebih besar di dalam senario dunia pendidikan dan persekolahan. Cabaran era globalisasi, liberasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi memberi impak yang lebih besar terhadap permantapan sistem pendidikan di negara kita. Kemajuan dan sumbangan sains membuatkan kehidupan bertambah maju dan berkualiti khususnya dari segi inovasi dan pembikinan peralatan dan teknologi baru. Untuk ini, pendidikan Sains di Malaysia mestilah benar- benar berkualiti untuk membolehkan Negara terus maju dalam arus perkembanagan sains dan teknologi di peeringkat global. Hanya sesuatu yang logik diterima sebagai fakta sains. Jika tidak, perkara ini dianggap salah, khayalan atau tidak saintifik ( Tajul Ariffin Noordin,2010). Pembelajaran adalah proses membina penyampaian yang bermakna oleh

guru terhadap pelajar. Oleh itu, di sepanjang proses ini, kesalahan pelajar tidak penting, tetapi pembelajaran berfungsi untuk mengorganisasikan dunia pengalaman seseorang pelajar. Menurut Fosnot (1996), pembelajaran bukanlah bermatlamat

perubahan tingkah laku atau kemahiran tetapi lebih menekankan kepada pembinaan konsep dan pemahaman yang mendalam.

2

Oleh itu wajarlah jika konsep Sains itu ditekankan dalam 3 .nilai murni yang diterima di persekitaran budaya Malaysia. kemodenan dan kemajuan. pendekatan pembelajaran yang betul dan tepat dilihat sebagai penyumbang ke arah merealisasikan kecemerlangan pendidikan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Sains yang mempunyai impian untuk melahirkan modal insan yang mempunyai keseimbangan diri terutama dari segi perkongsian idea dalam suasana yang tidak terancam bagi melahirkan insan berkebolehan. Kehilangan minat murid terhadap matapelajaran Sains juga sering dikaitkan dengan rendahnya penguasaan konsep asas murid. Mata pelajaran Sains mempunyai struktur dan isinya dapat disusun mengikut hieraki. Oleh itu. sikap saintifik dan nilai murni perlu diintegrasikan bagi meningkatkan mutu pendidikan Sains. Penglibatan pelajar secara aktif dapat membantu mereka dalam mengharungi arus kehidupan yang berkesan dan bermakna seiring dengan perkembangan dunia Sains dan Teknologi. penguasaan pengetahuan ilmu Sains adalah salah satu keperluan yang penting dan merupakan panduan utama bagi menentukan tahap perkembangan dan kemajuan sesebuah negara. Kecenderungan dalam pembinaan keperluan dan aset sesebuah negara telah pun menjadikan ilmu Sains menduduki tangga teratas dalam senarai kepentingan bagi melonjakkan nama negara dari segi kecekapan. berkemahiran tinggi. Untuk memupuk sikap positif murid terhadap matapelajaran Sains. Sains adalah satu bidang ilmu pengetahuan yang menyediakan rangka konsep bagi bagi murid memahami keadaan di sekeliling mereka. nusa dan bangsa. Kini. Pengajaran Sains adalah bertujuan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran Sains yang memupuk daya pemikiran saintifik dan nilai. Perkara ini membawa implikasi seseorang perlu mengusai asas sebelum menguasai pengetahuan yang berikutnya. kegagalan menguasai konsepkonsep asas secara berterusan menyebabkan murid ketinggalan dan sukar memahami pengajaran di tahap yang lebih tinggi.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) Tiga elemen di dalam bidang Sains iaitu pengetahuan. bantuan dan bimbingan guru sangat diperlukan. murid harus membina pemahaman yang bermakna terhadap alam sekeliling mereka. Di samping itu juga. Oleh yang demikian. kemahiran . bertanggungjawab dan berfikiran positif dalam membentuk suasana yang selesa kepada agama.

Berdasarkan pengalaman pengkaji.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar murid dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan.kanak dapat mengembangkan kemahiran seperti membuat pencerapan . 1. Melalui penerokaan. murid4 . Mereka begitu teruja apabila pengkaji menjalankan eksperimen berkaitan dengan topik yang dipelajari.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Pengalaman mengendalikan proses pengajaran semasa menjalankan latihan pratikum pada fasa 1 dan fasa 2 banyak membantu pengkaji mengenalpasti masalah murid dalam pembelajaranya. Contohnya. menulis dan mengira dalam pendidikan. kanak. Kebiasaanya. Walaubagaimanapun.mengelas dan membina soalan (Johnston.learner‟ adalah sukar untuk mengingati sesuatu fakta atau konsep Sains yang telah dipelajari. Contohnya terdapat beberapa orang murid akan bertanya “ Cikgu. bila kita nak belajar tentang „animal‟ ” walaupun pada minggu itu masa untuk Sains telah tamat. pengkaji telah mendapati bahawa murid. Disamping seronok menjalankan eksperimen. . permasalahan mereka dapat dikesan (Jamila 2005).1996). adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak.murid menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari mata pelajaran Sains. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu.murid daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mengikuti proses pembelajaran mata pelajaran Sains pada tahap yang sederhana Proses pengajaran dan pembelajaran banyak dijalankan dalam bilik darjah sahaja. murid. Penerokaan adalah aspek yang penting dalam proses saintifik (Zuraida .learner‟ kerana permasalahan mereka tidak begitu ketara. mereka tidak sabar untuk mengetahui isi pengajaran setiap kali tibanya waktu pengkaji untuk mengajar Sains. Masalah utama yang dihadapi oleh murid „slow.2003).kanak normal dengan kanak.kanak dikenalpasti pada peringkat awal setelah didapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca. kanak.kanak „slow.

Selain daripada itu. Penglibatan aktif murid dalam kelas menyebabkan murid dapat memahami konsep Sains yang diajar. Walaubagaimanapun. Penglibatan murid secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sains juga memudahkan guru untuk merangka aktiviti yang mencabar dan meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Bagi mereka. mereka mengalami kesukaran untuk mengingat konsep asas Sains semasa pembelajaran dalam kelas. Oleh yang demikian. murid diterangkan tentang ciri fizikal haiwan. sebagai pengukuhan untuk menguji tahap ingatan murid.nama haiwan tersebut kerana tidak dapat mengelaskan haiwan mengikut kumpulan. murid tidak dapat mengingati konsep yang telah diajar kerana keliru dengan konsep Sains yang baru dipelajari dengan pengetahuan sedia ada mereka. Murid keliru dengan nama. mereka tidak nama haiwan berdasarkan konsep pembiakan haiwan iaitu haiwan yang beranak dan haiwan yang bertelur.2003). Akan tetapi. Kebiasaanya. murid memberikan jawapan yang salah. Murid mempunyai minat untuk belajar mengaitkan aktiviti dengan objek atau kehidupan persekitaran mereka. murid gagal untuk memberikan jawapan yang tepat.kumpulan tertentu seperti 5 .murid menunjukkan semangat yang tinggi untuk belajar tentang haiwan dan tumbuhan.langkah yang terlibat semasa melakukan eksperimen. dunia ini dipenuhi dengan pelbagai peristiwa dan benda yang menarik serta penuh misteri yang perlu diterokai dan difikirkan (Sharifah Norhaidah.ciri fizikal haiwan yang bercangkerang. pengkaji akan bersoal jawab dengan murid terlebih dahulu mengenai konsep Sains yang telah dipelajari pada seisi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Apabila disoal di dalam kelas. murid. Mereka juga diterangakan tentang prosuder atau langkah. pengkaji meminta murid menyenaraikan haiwan yang mempunyai cangkerang. Hasil daripada soal jawab tersebut. Misalnya. Sebagai contoh. pada minggu lepas murid diajar tentang habitat haiwan manakala pada seisi pengajaran seterusnya. sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mempelajari mata pelajaran Sains adalah suatu perkara yang menyeronokkan sekiranya murid dapat memahami dan mengingati apa yang telah dipelajari.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) murid diperkenalkan dengan konsep dan istilah sains yang berkaitan. Misalnya. murid gagal mengingati konsep ciri. Murid keliru dengan namanama haiwan daripada kumpulan makanan haiwan ataupun habitat haiwan. apabila keesokan harinya atau sesi pengajaran dan pembelajaran yang baru.

kumpulan makanan haiwan. 6 . Intervensi yang ingin diaplikasikan harus sesuai dengan tahap kognitif murid dan membantu murid untuk menjana kemahiran berfikir mereka. murid gagal untuk mengelaskannya. Masalah ini menyebabkan murid gagal mengaitkan pembelajaran yang baru dengan pengetahuan sedia ada murid. manakala pada minggu ini murid mempelajari tentang habitat haiwan. Hal ini terjadi kerana murid tidak mempunyai sebarang nota atau rujukan yang boleh dilihat ataupun dibaca. Masalah ini merisaukan pengkaji kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang perlu dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid.learner‟ kelas Ixora. lembaran kerja murid tidak menyentuh tentang konsep Sains yang telah dipelajari dahulu. Apabila.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) habitat haiwan. ciri fizikal haiwan dan cara pembiakan haiwan. belajar tentang konsep baru. Memandangkan kaedah yang digunakan sebelum ini seperti kaedah lati tubi tidak membantu murid untuk mengatasi masalah yang timbul. Apabila disoal semula tentang kumpulan suhu badan haiwan. murid telah mempelajari tentang suhu badan haiwan yang berdarah panas dan berdarah sejuk pada sesi pembelajaran minggu lepas. Mereka sekadar menjawab soalan daripada lembaran kerja yang diberikan sebagai latihan pengukuhan selepas mengajar tentang sesuatu konsep. Justeru itu. pengkaji harus memikirkan kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid „slow. Contohnya.

3 Refleksi Nilai Pengajaran Berdasarkan pengalaman pengkaji menjalani latihan pratikum di tiga buah sekolah sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan (latih tubi.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) 1. Penggunaan kad poket ini juga berkaitan rapat dengan implikasi teori perkembangan kognitif Piaget yang banyak membantu guru dalam meningkatkan pembelajaran sains murid dari segi inkuiri penemuan iaitu dimana pembelajaran sains harus berdasarkan kegiatan “hands-on” yang menggunakan sumber yang konkrit. 2000). tanpa kebolehan mengingat.on” haruslah mengikut kesesuaian kognitif murid supaya murid dapat memahami dan mengadptasi konsep yang dipelajari ke dalam skemanya (Poh Swee Hiang. Justeru itu.1997 berkata. segala yang dipelajari menjadi sia. Selain daripada itu. Mengingat fakta dan konsep adalah salah satu daripada kompenan kemahiran asas belajar untuk menyelesaikan soalan – soalan tahap penialaian tinggi melibatkan peringkat analisis.sia sahaja. 7 . Oleh itu. mengingat boleh didefinisikan sebagai proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik di samping dibantu oleh bahan atau alat sokongan untuk peneguhan daya ingatan terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. calon tersebut dianggap gagal dalam pembelajaran. Lee Shok Mee . chalk n talk) Kemampuan mengingat adalah satu faktor penting dalam proses pembelajaran seseorang murid. Dari segi peperiksaan pula. umpamanya belajar dengan alat visual atau audio yang mampu merangsang deria dengar dan lihat secara serentak. kegagalan mengingat fakta atau prinsip sudah tentu akan menjejaskan prestasi murid. kebolehan mengingat menjadi asas ukuran untuk menentukan sejauhmana seseorang murid telah mencapai pembelajaran. dan penilaian ( berdasarkan aras pembelajaran Taksonomi Bloom). Menurut Sharifah Maimunah Syed Zin (2001). sintesis. aktiviti “hands – on “ dan “minds.

cara tumbuhan melindungi diri keperluan asas tumbuhan. Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. dan menentukan 8 . memadankan jawapan.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) 2. kumpulan makanan haiwan. Iaitu bahagian A sebanyak 30 soalan berbentuk objektif dan pada bahagian B mengandungi 4 soalan subjektif dimana setiap soalan dipecahkan kepada 5 soalan. Contohnya adalah apakah keperluan asas manusia. soalan berkaitan tumbuhan pula disoal tentang bahagian. ujian diagnostik dilakukan untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan murid dalam memahami konsep Sains.ciri fizikal haiwan dan cara haiwan bergerak. Murid disoal tentang konsep asas benda hidup. Manakala. Tinjauan awal perlu dilakukan kerana pengkaji ingin kenal pasti kumpulan sasaran yang menghadapi masalah mengingati konsep Sains.1. 2. Instrumen soalan diagnostik digubal berpandukan huraian sukatan pelajaran sains bagi murid pendidikan khas masalah pembelajaran.1 Isu Kajian Bagi tujuan mengenalpasti masalah yang dinyatakan dalam refleksi pengajaran dan pembelajaran. pengkaji telah diberi peluang untuk mengajar mata pelajaran Sains.0 Fokus kajian 2. dua kaedah kumpul data yang digunakan iaitu analisis dokumen dengan menyemak buku kerja murid dan menjalankan ujian diagnostik. Pada bahagian B. Justeru itu. Set soalan mengandungi dua bahagian yang membawa markah sebanyak 50 markah. mengelaskan kumpulan haiwan dan melengkapkan jadual. murid dikehendaki mengisi tempat kosong.bahagian pokok. Soalan ujian yang dirangka berkisar tentang benda hidup yang melibatkan haiwan dan tumbuhan. habitat haiwan. cara pembiakan haiwan. tinjauan awal masalah perlu terlebih dahulu dilakukan. ciri.1 Tinjauan Awal Semasa menjalani latihan pratikum fasa III. suhu badan haiwan.

peratusan digunakan untuk menilai pretasi subjek kajian.nti saya send balik 9 .Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) 2.1. Bagi ujian diagnostic. *kak yong ni saya x hurai ag.2 Analisis Tinjauan Awal Analisis dokumen dianalisis untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan subjek kajian. Ujian diagnostik Buku kerja murid.

kebolehgunaan.learner‟ itu sendiri. Kaedah pelaksanaannya juga mudah dan bersistematik. Antara aspek yang boleh dikawal oleh pengkaji adalah masa untuk menjalankan interversi.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) 2. Hal ini kerana. peta minda dapat membantu subjek kajian dalam penambahan penbendaharaan kata Bahasa Melayu Selain itu. Hal ini kerana . subjek kajian dan pemilihan tajuk untuk 10 . Oleh itu. sains amat berkait rapat dengan proses kehidupan manusia yang dilalui sepanjang tempoh hayatnya. Terdapat beberapa kriteria yang perlu diketengahkan. kepentingan. Kebolehgunaan. Kawalan Aktiviti intervensi yang dijalankan mampu dikawal sendiri oleh pengkaji tanpa melibatkan orang lain. intervensi dapat dijalankan semasa pengkaji menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau di luar kelas. Kebolehtadbiran Fokus kajian yang ditetapkan boleh ditadbir kerana pengkaji sendiri mengajar mata pelajaran Sains semasa menjalani pratikum pada fasa ketiga. Justeru itu.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian Dalam memilih fokus kajian yang berkualiti. kolaborasi dan kerelevenan kepada pihak sekolah. boleh dikaitkan dengan mata pelajaran yang lain seperti Matematik dan Bahasa Inggeris. Intervensi yang ingin diaplikasikan merupakan kaedah pratikal yang tidak memerlukan pemikiran yang abstrak. kawalan. Kepentingan Fokus kajian ini akan memberikan kepentingan yang besar kepada murid „ slow. Antaranya adalah kebolehtadbiran.1. Perkara ini penting kerana akan membantu murid membuat perkaitan dengan isi pembelajaran yang baru. Sains adalah perkara yang dilalui oleh setiap orang dalam proses kehidupan.

pihak tertentu perlu dilakukan agar fokus kajian ini berkualiti.2. 2. Kolaborasi dengan pihak sekolah akan banyak membantu pengkaji mengumpulkan data. kaedah pandang sebut amat bersesuaian untuk diaplikasikan dalam menjalankan intervensi ini. 2. Perkara ini akan mengurangkan masalah displin murid tersebut.pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka. Pengkaji tidak perlu menganggu waktu guru lain untuk menjalankan intervensi seperti yang dirancang. Oleh yang demikian. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat. Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap murid. Kerelevanan kepada pihak sekolah Fokus kajian ini akan membantu sekolah dalam meningkatkan prestasi muridmuridnya. Intervensi yang dijalankan akan membantu meningkatkan motivasi kendiri murid secara tidak langsung. . Kolaborasi dengan rakan pengkaji juga perlu untuk meminta bantuan merakamkan video serta membantu dalam membuat pemerhatian kepada subjek kajian.2 Tinjauan Litetatur berkaitan dengan Isu Kajian Pengenalan. 11 . Kolaborasi dengan pensyarah pembimbing harus dilakukan agar segala maklumat dalam pengumpulan data dan ujian diagnostik merupakan data yang sah. kolaborasi dengan pihak. tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di bagi murid bermasalah pembelajaran.murid. Kolaborasi Dalam memastikan intervensi yang dijalankan oleh pengkaji mampu memberikan keputusan yang positif.menurut Goodman.1 (teori/model/pendekatan/strategi berkaitan) Manakala.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) menjalankan intervensi tersebut.

Ia juga membantu pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.1990) Bagi mencapai pembelajaran bermakna dengan berkesan. mengolah data dan pencapaian dalam ujian penyelesaian masalah yang sukar.pelajar mempunyai pengetahuan tentang proses membina pengetahuan . Salah satu caranya adalah membina peta minda. Pada umumnya.kemahiran penyelesaian masalah. Peta minda membantu pelajar memahami bahawa konsep memperolehi makna yang mereka lalui dengan konsep lain ( Siti Janah. 12 . Dengan kata lain.konsep lain dalam makna. Dua istilah yang sering digunakan dalam teori ini ialah pembelajaran hafalan berlaku apabila maklumat yang dipelajari tersimpan secara arbotari di dalam struktur kognitif individu. Seterusnya bagaimana pelajar itu memproses maklumat baru dan bagaimana maklumat itu disimpan. Novak telah menenkankan akan pentingnya pelajar.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) Teori Pembelajaran Ausebel. maklumat baru tidak mempunyai hubungan psikologikal dengan konsep. peta minda sangat berguna untuk mengetahui persoalan tentang perubahan. 1999).makna mereka (Novak .Novak cuba memberikan satu huraian atau gambaran tentang bagaimana pembelajaran mengambil tempat dalam diri seseorang pelajar itu.perubahan dalam pengetahuan sains pelajar dan kemahiran.

walaubagaimanapun peningkatan pencapaian yang lebih diperhatikan berlaku pada kumpulan eksperimen (yang menggunakan peta minda) berbanding kumpulan kawalan (diajar kaedah konvensional). sikap dan penggunaan peta konsep sebagai alat pengajaran di kalangan guru berbeza pengalaman dan menentukan hubungan di antara pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan peta konsep di kalangan guru. kajian dijalankan untuk menentukan tahap pengetahuan.2 ( Kajian Lepas yang berkaitan) Kajian tentang penggunaan peta minda Mengikut Novak (1990). sikap dan penggunaan peta konsep di kalangan guru – guru Sains di sekolah menengah Negeri Melaka berada di tahap yang tinggi.dua kumpulan adalah sama.konsep baru dihubungkan dengan konsep.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) 2. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif. Kajian oleh Aziziah (2000).dua kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Seramai 136 orang guru Sains dari 20 buah sekolah telah diambil secara rawak. peta minda merupakan teknik pedagogi untuk menolong pelajar. Hal ini bermakna pengajaran dengan menggunakan peta minda adalah lebih berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains berbanding dengan kaedah biasa.2. Hasil ujian pra menunjukkan pencapaian awal pelajar kedua. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen ujian pra dan ujian pasca dengan sampel kajian seramai 58 orang pelajar. Kajian yang dijalankan berbentuk kajian tinjauan yang dilaksanakan melalui instrumen soal selidik. Peta minda dapat membantu pelajar menyusun konsep dan perkaitan antara satu sama lain.guru Sains di Melaka. adalah bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan peta minda sebagai kaedah pengajaran dalam matapelajaran Sains Tingkatan 1. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan . Hasil ujian pasca menunjukkan peningkatan pencapaian bagi kedua. Kajian ini dijalankan untuk menilai penerimaan serta kesediaan pelajar menggunakan peta minda.konsep terdahulu yang telah dipelajari.pelajar memilih secara menyeluruh bagaimana konsep. Melati 2008. Penglibatan pelajar dalam proses pemetaan membolehkan mereka mendalami kefahaman mengenai apa yang dipelajari. 13 .

Kesimpulannya. Fokus utama kajian ini adalah untuk melihat di antara dua kaedah ini yang dapat memberikan peningkatan yang lebih baik ke atas pencapaian pelajar.0” (SPSS 14. Soalan ujian ini terdiri daripada 12 soalan objektif dan 2 soalan struktur. mod dan min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian Hasil kajian menunjukkan peta minda berkesan membantu pelajar dalam menguasai subtopik mitosis dan meiosis. 2010 yang bertujuan melihat sejauh mana kaedah pembelajaran mengunakan teknik peta minda bersaiz poket dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar serta mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah peta minda dalam proses 14 .Kuala Lumpur. Kajian yang dijalanakan oleh Fatihah 2007 bertujuan menyelidik keberkesanan penggunaan peta minda dalam menguasai subtopik Mitosis dan Meiosis bagi Subjek Biologi di kalangan pelajar Tingkatan Empat Sains.05. Bilangan sampel adalah seramai 60 orang pelajar Tingkatan Empat Sains dari sebuah sekolah menengah di. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kajian kuatitatif yang bersifat kajian ekperimen secara kuasi. Kaedah Inkuiri telah memberikan kesan yang lebih baik.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) Manakala kajian oleh Aimi Shazmani 2008 yang bertujuan untuk mengetahui perbandingan kesan dari penggunaan dua kaedah pengajaran iaitu Kaedah Peta Minda dan Kaedah Inkuiri terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains Biologi Tingkatan 4 dalam topik Fotosintesis. Kajian ini menggunakan soalan ujian untuk mendapatkan data. terhadap pencapaian pelajar tingkatan 4 dalam topik Fotosintesis dengan perbandingan min sebanyak 4. Semua data dikumpul. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soalan ujian pra dan ujian pasca Ujian-t juga digunakan untuk melihat samaada wujud ataupun tidak perbezaan signifikan antara pembolehubah-pembolehubah bagi kajian ini pada aras signifikan iaitu 0.8%.7%. dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan median.53 iaitu 31. Kajian rintis dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan ujian.4%.87 iaitu 23. Keputusan analisis menunjukkan bahawa perbezaan min antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan Kaedah Peta Minda ialah sebanyak 11. Bilangan sampel kajian adalah seramai 60 orang pelajar tingkatan 4 sains tulen yang dipilih secara rawak berkelompok.66 iaitu 4. Manakala. Kajian di atas disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Siti Sara.0). Data dianalisis dengan mengunakan perisian“Statistical Package For Social Science 14. perbezaan min antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan Kaedah Inkuiri ialah sebanyak 16.

Responden dalam kajian ini terdiri daripada 20 orang murid dari Tahun 4 Profesor. Beliau juga mencadangakn supaya teknik ini diaplikasikan bagi tajuk sains yang lain serta menumpukan kepada kemahiran yang betul bagi penggunaan peta minda dalam pengajaran serta pembelajaran seperti konsep peta minda yang sebenar 15 . Melibatkan seramai 60 orang pelajar dari sebuah kelas dalam Tingkatan Satu di sebuah sekolah yang terdiri daripada pelajar-pelajar pada tahap pencapaian yang pelbagai dalam mata pelajaran Sains. Keputusan ini telah disokong lagi dengan sokongan daripada data temubual yang dilakukan. yang memperoleh markah sederhana dan rendah bagi mata pelajaran Sains dalam ujian bulanan. hasil daripada penyelidikan tindakan yang dilakukan olen Nurzazaliza 2010. Data dikumpulkan melalui ujian iaitu ujian pra dan ujian pos serta temubual. Keputusan keseluruhan kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknik peta minda adalah berkesan dalam membantu murid untuk meningkatkan keupayaan mengingati fakta Sains bagi tajuk ”Living Things Undergo Life Processes”.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) pengajaran dan pembelajaran sains dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar-pelajar Tingkatan 1 dalam tajuk ‘ Pelbagai sumber dan Bentuk Tenaga ‘. Di samping itu juga.fakta sains dalam tajuk yang dipelajari sekaligus membantu dalam menjawab soalan ujian yang dilakukan. Empat responden telah dipilih dalam temubual ini dan berdasarkan temubual tersebut keempatempat responden mengakui penggunaan teknik peta minda berjaya membantu mereka untuk mengingati fakta. Kajian yang akan dijalankan ini adalah bersifat kuantitatif yang melibatkan ujian pra pada peringkat awal kajian (sebelum pengkaji memulakan aktiviti pembelajaran) dan diikuti oleh ujian pos (selepas aktiviti P&P yang dirancang telah dilaksanakan). melihat sejauh mana penggunaan peta minda dapat membantu dalam meningkatkan keupayaan murid untuk mengingati fakta Sains bagi tajuk ”Living Things Undergo Life Processes”. Hasil analisis data mendapati responden menunjukkan peningkatan dalam ujian pos jika dibandingkan dengan ujian pra dengan seorang responden yang berjaya memperoleh markah penuh dalam ujian pos.

Perkara ini perlu untuk kefahaman yang tepat dan jitu bagi tajuk kajian supaya tujuan penyelidikan dapat dicapai secara maksimum. Cetusan idea Tony Buzan : seorang pakar Minda agung sejagat” (Dilip Mukerjea. 1. Peta Konsep Gambarrajah – gambarajah yang mengandungi konsep. 1998) Konsep sains(maksud konsep sains) *kena bgtau peta minda dari persepktif kajian kita. 16 .Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) Istilah kajian Berikut dinyatakan beberapa istilah bagi perkataan atau rangkai kata bagi tajuk kajian penyelidikan ini.konsep dan perkataan penghubung ( Abu Hassan. bentuk peta minda yang digunakan adalah carta alir.isi penting sebuah buku. Dalam konteks kajian ini. 1996) 2. ………. Peta minda “ Peta minda adalah kunci utama untuk seseorang memantapkan daya ingatan yang rumit serta menguasai isi.

Murid boleh membina peta minda sendiri tanpa bantuan pengkaji sekurang.2 Objektif khusus Melalui kaedah peta minda ini.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) 3.empat orang murid lelaki yang terlibat dalam kajian ini.learner‟ menggunakan kaedah peta minda terhadap konsep Sains. Murid boleh mengisi maklumat pada rajah grafik dalam peta minda yang dirangka oleh pengkaji. 4.learner‟ terhadap konsep Sains. 2. kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan. 2. 3. Bagaimanakah penggunaan peta minda mampu meningkatkan daya ingatan murid „slow.1 Objektif Umum Meningkatkan daya ingatan murid „ slow.kurangnya tiga bahagian. Melalui objektif ini. Keempat.0 Kumpulan sasaran Kandungan bagi tajuk ini menjelaskan secara terperinci profil murid yang terlibat dalam kajian 4. 1.soalan berikut : 1.0 Objektif Kajian Bahagian ini menyatakan objektif umum dan objektif khusus kajian.3 Persoalan kajian Justeru itu. Sejauh manakah bahan sokongan (peta minda) dapat membantu murid „ slow-learner‟ dalam mengingat konsep Sains. 3. Profil demografi subjek kajian diperincikan dalam bentuk jadual seperti dalam Jadual 2.1 Kumpulan sasaran Seramai empat orang murid yang terdiri daripada kelas Ixora telah dikenalpasti untuk dijadikan subjek kajian tentang penggunaan peta minda bagi meningkatkan daya ingatan murid dalam mata pelajaran Sains. 17 . diharapkan pengkaji mampu untuk mencapai objektif yang ditetapkan.murid tersebut sekitar 11 tahun. 3. Lingkungan umur murid. Mereka semua mempunyai masalah slow-learner.

angan 18 . 1 Murid A :Lelaki *penyakit dia Berborak dengan rakan sebelah 2 Murid B Lelaki Melakukan kerja rumah bagi subjek lain 3 4 Murid C Murid D Lelaki Lelaki Melihat ke luar kelas Berangan. Akibat daripada tingkah laku tersebut. pengkaji berusaha untuk membantu murid menginganti konsep penting dalam sains menggunakan peta minda secara menyeluruh. Oleh yang demikian. mereka juga tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jadual 2 Bil.borak dengan rakan sebelah semasa pengkaji sedang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Nama murid Jantina Umur Kategori tingkalh laku pasif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. subjek kajian tidak dapat mengingat isi pelajaran yang telah disampaikan oleh pengkaji. Selain daripada itu.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) Masalah tingkah laku subjek kajian yang telah dikenalpasti di dalam kelas tersebut adalah suka berborak.

Bil Aktiviti 1 Febuari 2 3 4 1 Mac 2 3 4 1 2 April 3 4 Pengumpulan Data 1 2 3 4 Pemerhatian Temubual Ujian Pra Ujian Pos Perlaksanaan Tindakan 5 6 7 8 Perancangan Tindakan Tinjauan Refleksi 6 Jadual pengumpulan data dan pelaksanaan tindakan 7 Berikut adalah perancangan penuh proses kajian tindakan daripada mula penerimaan tugasan.0 Tindakan yang dicadangkan 5.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) 5.2 Cara pengumpulan Data / Penganalisisan Data 5. 5. Kawasan yang berlorek menunjukkan tempoh masa yang akan dijalankan pengumpulan data dan pelaksanaan tindakan.1 Kitaran Kajian 1 5.1.4.3 Pemerhatian 5. Data temubual.4 Perancanagan Pelaksanaan Tindakan 5.1.1.1.1 Jadual pelaksanaan Berikut adalah jadual pengumpulan data dan pelaksanaan tindakan yang akan dijalankan.1 Perancangan 5.4.4 Refleksi 5.2 Tindakan 5.1 Jadual Pelaksanaan 5. 19 .3 Cara Menganalisis Data Analisis data kajian dibuat dengan cara tertentu berdasarkan jenis instrumen kajian yang telah digunakan.

2.2 Kos kajian Kos Keseluruhan RM 12.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) Perkara / Aspek tindakan Tarikh Taklimat kajian tindakan Jan 2012 Feb – Mei 2012 Praktikum Penyerahan kertas kerja cadangan 1 April 2012 Intership Ogos 2012 Ogos – Sept 2012 Penulisan laporan kajian tindakan Penyerahan penulisan kajian tindakan Sept 2012 Seminar Kajian Tindakan Oktober 2012 5. 3.00 RM 164.00 RM 2.00 RM 150. Kertas A4 Bahan Kuantiti 1 Rim 1 Set 1 Kos (1 Unit) RM 12 X 1 RM 150 X 1 RM 2 X 1 Dakwat Cetakan Komputer Gam Jumlah Keseluruhan 20 .4.00 Bil 1.

27 (10) : 937-947 Ong Eng Tiek. Keberkesanan penggunaan peta minda dalam matapelajaran Sains di kalangan pelajar tingkatan satu. (2000a).J. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berkonsepkan Sekolah Bestari. Pulau Pinang : Pusat SEAMEO.M. Retrieved Ogos 30.sg.ukm bangi Mukerjea D. “ Superbrain”.P. Kajian terhadap pengetahuan. 2nd Education New York Fosnot. 29 (6). Using Concept Map to Reveal Understanding : A Two Tier Analysis. Pengajaran dan Pembelajaran Kimia KBSM. Ijazah Sarjana Pendidikan UPM. New York : Teachers College Press. Norihan Bt Abd. Projek Penyelidikan Program Sarjana Falkuti Pendidikan . Ghani (2005).sarjana pendidikan. 611-628. Second Edition. In C. J. School Sciene Riview. (1999). Consept Mapping : A Useful Tool For Science Education. Novak. 21 . Grisstith. T (1996). Educational Psychology. (1992).R. Selangor. 2003 from http:// www. Siti Janah Bt Abdullah. (1990). (2000). Keberkesanan Penggunaan Peta Konsep Bagi Mengatasi Miskonsespi Dalam Biologi Tingkatan Empat. (1996).” “ Braindancing”. Novak . Serdang.com.sarjana muda pendidikan sains UPSI. A. Journal Of Research In Science Teaching. Universiti Kebangsaan Malaysia.K & Perston. Monograf. Mei Chng dan Meng Seah.D and Hanesien (1978). K.2008. Ausubel. Kajian Sains dan Teknologi Untuk Sekolah Bestari. I. Kinchin. Constructivism : Theory . Melati binti Ahmad.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) RUJUKAN Azizah Abdullah. Grade-12 Student Misconception Relating Of Foundemental Chracteristics Of Atom and Molecules. sikap dan penggunaan peta konsep di kalangan guru sains di Melaka.dilip @pacific. 2000. Singapore : CDIS. A Cognitive View. C. D. Journal Of Research In Science Teaching. Abu Hassan Kassim (1998). PSP: Primary Science 6 Teaching Guide. Perpectives and Pratice. Bangi. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. Kajian Keberkesanan Pengajaran Menggunakan Peta Konsep Bagi Subtopik ikatan ion dalam mata pelajaran kimia tingkatan 4.T Fosnot (Ed). D. “Brainfinity. Constructivism : A Psychological Theory of Learning. (1994).

Keberkesanan penggunaan peta minda dalam proses pembelajaran tajuk ekosistem dinamik bagi pelajar tingkatan 4 sains.Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN) Yoton bin As un (2002). Perak 22 . Tanjung Malim. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains UPSI.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->