You are on page 1of 18

Bimbingan Dan Kaunseling Konsep asas bimbingan, kaunseling dan psikoterapi Matlamat bimbingan dan kaunseling Prinsip dan

falsafah bimbingan dan kaunseling Kepentingan bimbingan dan kaunseling Pn Siti Aishah Mohamad/ JIP

Konsep asas bimbingan, kaunseling dan psikoterapi

Bimbingan
Bimbingan adalah satu proses membantu individu untuk membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Contohnya ialah seperti memilih gaya hidup yang diingini. Gladding (2003) menjelaskaan perbezaan ketara antara bimbingan dan kaunseling ialah bimbingan berfokus kepada membantu individu memilih apa yang paling mereka inginkan dan hargai.

sambungan
Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai. Lazimnya bimbingan melibatkan perkara-perkara yang menentukan perkembangan seseorang itu. Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal. Perjalar atau individu yang ingin mengikuti bimbingan perlu hadir secara sukarela. Proses bimbingan perlu dilaksanakan secara kolaboratif di antara fasilitator/guru pembimbing dan para pelajar.

sambungan
Kaunseling Burks dan Stefflre (1979) pula merujuk kaunseling sebagai satu perhubungan profesional antara seorang kaunselor terlatih dengan klien. Perhubungan ini biasanya bersifat bersemuka person-to-person, walaupun kadangkadangkala ia melibatkan lebih daripada dua orang. Perhubungan ini dibentuk untuk membantu klien memahami dan dapat menyatakan pandangan mereka tentang ruang hidupnya, dan mempelajari bagaimana mencapai matlamat pilihan kendiri melalui pilihan yang bermakna dan bermaklumat setelah menyelesaikan masalah yang bersifat emosional dan interpersonal.

sambungan
Kaunseling berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris Counseling. Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor profesional untuk membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Di samping itu, kaunseling adalah suatu proses interaksi dua hala yang membolehkan seseorang individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan memberi celik akal kepada klien dalam menentukan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup sehingga dapat memastikan tidakan yang wajar untuk masa depan.

sambungan
Psikoterapi
Secara tradisinya, psikoterapi (atau terapi) berfokus kepada masalah serius yang dikaitkan dengan intrapsikik, isu yang bersifat dalaman dan peribadi. Ia banyak menangani recovery of adequancy (Casey, 1996). Oleh itu, psikoterapi terutama sekali terapi yang bersifat analitikal menekankan bahawa i.peristiwa lepas lebih daripada peristiwa sekarang, b celik akal lebih daripada perubahan c,peranan ahli terapi sebagai pakar. Tambahan pula, psikoterapi dilihat sebagai melibatkan satu perhubungan yang lebih lama iaitu sebanyak (20-40 sesi) atau selama enam bulan hingga dua tahun. Psikoterapi juga berfokus kepada perubahan yang rekonstruktif jika dibandingkan dengan perhubungan yang lebih bersifat jangka masa pendek (8 hingga 12 sesi) dan jangka masa kurang daripada 6 bulan.

Perbezaan Bimbingan, Kaunseling, Psikoterapi


Kaunseling membantu individu untuk melalui proses perkembangan dengan berjaya dan menemui kebahagian. Kaunseling adalah satu proses yang bersifat fasilitatif dan promotional bertujuan menyuburkan kebolehan individu dan menggalakkan individu untuk bersifat tidak bergantung dan mermpunyai arah dalam kehidupan. Kaunseling adalah lebih bersifat orientasi pertumbuhan lebih dari orientasi masalah.

sambungan
Sementara itu, tujuan psikoterapi lebih bersifat khusus daripada objektif umum. Psikoterapi wujud kerana amelioration psikopatologi. Ianya berorientasikan masalah dan klien menghadapi kesukaran masalah dan klien menghadapi kesukaran yang lari dari perkembangan psikologikal yang biasa. Masalah yang dihadapi adalah bersifat debilitaing dan menghalang kejayaan kehidupan. Psikoterapi memerlukan lebih daripada sumber-sumber individu untuk menyelesaikan kecelaruan neurotik.

sambungan
Tyler (1961) menjelaskan psikoterapi sebagai memberi fokus kepada perubahan personaliti sementara kaunseling memberi fokus membantu individu untuk menggunakan kekuatan yang ada untuk berdaya tindak menjadikan kehidupan lebih baik.

sambungan
Bimbingan bersifat pemberian maklumat, kaunseling bersifat perkembangan manakala psikoterapi bersifat pemulihan Bimbingan dan kaunseling dibekalkan dalam pelbagai setting, psikoterapi ditawarkan dalam setting seperti hospital.

Matlamat Bimbingan Dan Kaunseling


Matlamat kaunseling
Mengubah tingkah laku kpd kehidupan yg lebih produktif/memuaskan.Con: Ali suka lumba haram motosikal di jln raya.Kaunseling boleh membantunya mengubah tingkah laku yg bahaya ini spt menggalakkan minat Ali spy berlumba di litar lumba motosikal. Memulakan dan meneruskan hubungan positif. Cth:Lina rasa diabaikan suaminya.Dia marah dan kecewa. Kaunseling boleh membantu Lina berkomunikasi dgn suaminya perasaannya tanpa mengeruhkan keadaan dan mencapai penyelesaian.

sambungan
Mengurus kendiri dgn efektif apb dlm kesulitan Cth: Koh kehilangan ibunya.Pelajarannya tergugat.Kaunseling boleh membantu Koh menerima kehilangannya dan mengurus pembelajarannya. Membuat keputusan Rasional.Cth:Devi tidak tahu bidang pengkhususan mana patut diambil di peringkat universiti. Kaunseling boleh membantu Devi dgn mengenali diri dan minatnya. Bantu Klien Berkembang secara positif dan mencapai potensi/minat. Cth Man minat melukis. Ibu bapaya suruh masuk aliran sains yg dia tak minat. Kaunseling boleh bantu capai resolusi man dan ibu bapanya.

Prinsip dan falsafah bimbingan dan kaunseling Prinsip Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri.Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual.Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.

sambungan
Kaunselor memahamikliennya. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai masalah psikologi. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar merupakan kaunseling.

Falsafah Bimbingan Dan kaunseling


Bahawasanya setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan dan luaran bagi melahirkan kanak-kanak yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi da rohani serta beriman dan beramal soleh Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia , 2009

Kepentingan Bimbingan Dan Kaunseling


Memberi Maklumat Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor Secara tidak langsung ini boleh menambah kemahiran klien dalam mengendalikan hidupnya Menggalakkan Celik Akal Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran)

sambungan
Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya Di samping itu, ia juga dapat membantu untuk mengembangkan bakat klien Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakat supaya klien dapat mengambil tindakan yang sewajarnya Memberi Sokongan Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah. Penyelesaian Konflik

sambungan
Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak) Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan Memperbaiki hubunan klien dengan masyarakat Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain Masalah ini biasanya berkaitan dengan konsep kendiri sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya.

You might also like