You are on page 1of 18

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat

1.

Pencemaran Air 1.0 Pengenalan 2.1 Definisi 2.2 Punca 2.3 Kesan

2 3

2. Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar Rumusan Bibliografi 4 5 6

PENCEMARAN AIR, TANIH 1.0 Pengenalan

Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia. Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat. Sebagai sebuah Negara membangun, Malaysia sedang mengalami proses

pembangunan yang pesat. Pada penghujung abad ke-20 ini, banyak laporan menunjukkan betapa keadaan alam sekitar di seluruh dunia semakin parah tercemar. Pencemaran itu berlaku di segenap pelosok sama ada di Negara membangun apa lagi di Negara maju. Krisis tersebut telah memberi kesan langsung yang negatif terhadap seluruh komponen mikro serta makro alam sekitar. Masalah pencemaran bukanlah suatu perkara yang baru di Malaysia. Berlakunya pencemaran telah menyebabkan pelbagai masalah lain terutamanya masalah kesihatan dan ancaman terhadap manusia dan alam sekitar. Pada asasnya, kemerosotan kualiti udara, air dan kebisingan adalah berkait rapat dengan pembangunan suatu jenis guna tanah. Contohnya pembangunan industri berat yang berisiko tinggi berkemungkinan menjadi punca kepada pencemaran udara, air dan kebisingan. Berbagai isu dan masalah alam sekitar sering dihadapi oleh penduduk di terutamanya yang berkaitan dengan pencemaran air, udara dan kebisingan. Tanpa melakukan pengawalan dan penyelesaian masalah pencemaran alam sekitar ia boleh mengakibatkan kemudaratan dari segi kesihatan dan menjejaskan kualiti kehidupan kita. Di sini, akan dibincangkan tentang salah satu isu alam sekitar yang berlaku di Negara kita iaitu pencemaran air, bunyi dan udara.

1.1

Definisi

Menurut Zaini Ujang (2000), alam sekitar ialah gabungan keadaan luaran atau eksternal yang mempengaruhi kehidupan setiap organisma. Keadaan luaran tersebut merangkumi unsur-unsur dan hubungan bukan hidupan atau abiotik. Alam sekitar juga mencakupi keadaan internal atau dalaman khususnya kimia dan biologi yang menjadi teras kepada kehidupan setiap tumbuhan atau haiwan serta manusia. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2003), pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan. Pengotoran alam atau perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Pencemaran mengikut definisi bermaksud: " merosakkan atau tidak bersih atau kotor. Definisi ini juga perlu dirujuk kepada kes-kes yang berlaku. Berlakunya pencemaran apabila sesuatu yang mulia, baik, murni, bersih, dan sistematik dicerobohi oleh unsurunsur yang bertentangan dengan sistem, moral, tatacara, tabii dan nilai alam. Sikap manusia yang tidak beretika (melanggar prinsip) akhirnya menyebabkan berlakunya perubahan dan kerosakan dalam fenomena alam seperti yang disebutkan dalam Al Quran yang mulia: "Telah nyatalah berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk itu supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)". (Surah Al-Rum : 41) Pencemaran dan kerosakan ke atas sesuatu sistem ini perlu dihentikan segera menurut amaran yang terkandung dalam Al Quran yang mulia : Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak

akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (AI A'raaf: 56) PENCEMARAN AIR 2.0 Pengenalan

Air merupakan sumber yang penting bagi kehidupan manusia. Air merupakan sumber semulajadi kedua terpenting selepas oksigen. Tanpa air dunia akan menjadi sebuah planet yang tidak bernyawa. 3/4 bahagian bumi diliputi oleh air dan lebih 2/3 daripada berat badan manusia adalah air. Pada amnya, seorang manusia menggunakan 1,000 liter air setahun sebagai minuman. Air memang mutlak diperlukan dalam kehidupan manusia dan mahluk hidup lainnya. Tanpa air kehidupan tidak dapat berlangsung. Demikian juga dalam kehidupan kita sehari-hari, air sangat diperlukan untuk berbagai kegiatan di dalam rumah tangga, juga untuk pertanian, pengangkutan serta rekreasi. Di dalam industri, air digunakan antara lain sebagai bahan pengolah, pendingin dan janakuasa tenaga. Air merupakan pelarut yang baik tetapi selalu dicemar dengan kandungan berbagai zat terlarut mahupun zat tidak terlarut serta mengandungi mikroorganisme. Apabila kandungan berbagai zat mahupun mikroorganisme yang terdapat di dalam air melebihi tahap yang diperbolehkan, maka kualiti air akan terganggu sehingga tidak lagi boleh digunakan untuk kegunaan pelbagai keperluan samada untuk air minum, mandi, mencuci atau keperluan lainya. Air yang terganggu kualiti ini dikatakan sebagai air yang tercemar. Sebenarnya, warna dan bau air dapat memberitahu kita apa yang sedang berlaku terhadapnya. Misalnya seperti air berwarna hijau mengambarkan terdapatnya tumbuhan kecil yang dinamakan rumpair yang tumbuh di dalamnya. Manakala air berlumpur menunjukkan terdapat kandungan kelodakan atau mendapan yang tinggi menyebabkan ikan sukar bernafas. Air yang mempunyai lapisan berkilau pula memberi gambaran bahawa berlaku tumpahan minyak di permukaan air tersebut. Selain itu, kita juga dapat melihat kadangkala air itu berbuih dan ini menunjukkan kemungkinan sabun dari rumah atau kilang yang mengalir ke dalamnya. Kita juga sering kali melihat air yang mengalir

mempunyai lapisan kuning jingga atau kemerahan dan ini berkemungkinan disebabkan oleh pembuangan bahan pencemar oleh kilang ke dalam sungai.

2.1

Definisi Pencemaran Air

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik (Jasiman Ahmad 1996). Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu pencemaran air adalah seperti kebocoran dan luahan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi. Pencemaran air menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 didefinisikan sebagai apaapa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekeliling yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya atau memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air. 2.2 Punca Pencemaran Air Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pelbagai faktor atau punca berlakunya pencemaran air. Pengusaha kilang umpamanya, berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu, kekurangan pengetahuan juga menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang telah ditetapkan sama ada berhubung dengan keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama. Kepesatan pembangunan industri, perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang

hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya. Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .

Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke sungai atau laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat dan kadang kala kilang juga membuang bahan beracun ke dalam sungai. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga akan dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Sikap individu itu sendiri menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran air di negara kita. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis sering kali dilakukan oleh sesetengah individu sehingga lupa tanggungjawab dan kepentingan menjaga alam sekitar.

Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian juga menyebabkan hakisan tanah berlaku dan ini seterusnya akan mengakibatkan mendakan berlaku. Mendakan ini akan mencetekkan sungai dan air sungai menjadi keruh. Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air. Ini adalah kerana penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai lalu mendakan berlaku. Mendakan ini bukan sahaja akan mencetekkan lagi paras air sungai tetapi akan mengakibatkan berlakunya banjir. Hakikatnya pelbagai punca berlakunya pencemaran adalah disebabkan oleh faktor masyarakat kita sendiri mahupun dari pihak-pihak tertentu yang tidak peka pada keadaan sekeliling dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira sebab dan akibat yang akan berlaku akibat tindakan mereka itu. 2.3 Kesan Pencemaran Air

Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut. Kesan pencemaran air ini juga memberi kesan yang banyak kepada organisma laut di perairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung. Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan

petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.

PENCEMARAN TANIH 4.0 Pengenalan Tanih merupakan faKtor yang penting dalam kehidupan, namun dengan meningkatnya pembangunan Bandar-bandar dan pusat industri, kualiti tanah telah mengalami perubahan. tanah yang dulunya subur, kini telah kering dan kotor. Perubahan ini berlaku adalah disebabkan kemasukkan bahan pencemar ke dalam kilang.

Pencemaran Udara 4.1 Definsi Pencemaran tanah

Pencemaran tanah boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung pada bahan sisa kilang yang dibuang sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut tertanam di tanah

dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran tanah. Pencemaran tanah merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang zarah yang mengandungi toksik atau radioaktif dalam atmosfera, khususnya yang terhasil menerusi kegiatan manusia. Biasanya pencemaran tanah dikaitkan dengan pembuangan bahan-bahan cemar lain daripada ekzos kilang, stesen penjana kuasa, kilang, loji serta pembakaran bahan api fosil secara domestik di kawasan bandar dan industri. Namun demikian, bahan cemar tanah juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pedalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak, perlombongan yang menghasilkan habuk ataupun amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja. Pencemaran udara juga boleh terjadi secara tabii menerusi penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina, letusan gunung berapi, tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya. Pencemaran tanah dikatakan berlaku apabila sesuatu bahan ataupun kumpulan bahanbahan dimasukkan ke tanah sehinggakan ia dapat mempengaruhi manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan atau bahan lain (Chambers, 1962). Banyak lagi definisi yang boleh diberikan tentang pencemaran tanah ini. Menurut Wark dan Warner (1901), pencemaran tanah sebagai kehadiran satu atau lebih bahan cemar atau gabungannya di dalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh berkecenderungan menyebabkan mudarat kepada kehidupan manusia, tumbuhan atau haiwan atau harta benda yang akan menganggu suasana kehidupan yang tenteram. Selain itu, pencemaran tanah. Contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri. Dalam keadaan tertentu, pencemaran boleh berasal dari sumber-sumber semula jadi seperti gunung berapi, pembakaran hutan ataupun ribut

debu. Tetapi pada keseluruhannya sumbangan dari sumber-sumber semula jadi ini adalah kecil jika dibandingkan dengan bahan-bahan pencemaran yang dikeluar atau digalakkan dari manusia sendiri.

4.2

Punca Pencemaran tanah

Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan bahan toksik dari kilang, penghasilan bahan pencemar oleh kilang, pembakaran di tempat pelupusan dan pembakaran terbuka di bandar. Selain itu pembakaran hutan yang berleluasa juga akan menyebabkan pencemaran tanah berlaku. Seperti yang kita dapat lihat kejadian buanagn sisa toksik yang berlaku tidak lama dulu. Bahan-bahan sisa bandaran seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan dan sebagainya juga menjadi punca kepada pencemaran. Masyarakat juga menyumbang kepada punca pencemaran berlaku akibat daripada aktiviti membakar sampah, ada juga segelintir masyarakat yang masih memasak menggunakan arang atau kayu, merokok dan sebagainya lagi.

10

4.3

Kesan Pencemaran tanah

Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu. Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi. Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanakkanak.

LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diambil oleh semua pihak dalam menangani isu alam sekitar yang semakin berleluasa di negara kita. Pertama, penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin

11

untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Selain itu, bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia. Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar. Kedua, melalui penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum. Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains, Alam Sekitar

12

dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Ketiga, peranan yang dimainkan oleh pihak Media Massa. Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaanya. Keempat, mengadakan kempen melindungi alam sekitar. Dengan menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar, ia adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempenkempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Pameran tentang alam sekitar juga boleh diadakan untuk memberitahu kepada masyarakat tentang isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

KESIMPULAN Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan

13

pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan sebagainya. Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih. Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.

BIBLIOGRAFI Bugliarello,G. et.al, 1976. The Impact of Noise Pollution. New York : Pergamon Press. Chambers L.A, 1962. Classification and Extent of air pollution problems. In Stern. A.C. (ed) Air Pollution, p.3-22. Daryanto. 1995. Masalah Pencemaran. TARSITO, Bandung.

14

Dr. Ir Moestikahadi Soedomo. 1999. Pencemaran Udara. ITB, Jakarta. Freeman, Hugh L. 1984. Mental Health and The Enviroment. Livingstone : Churchill. Hamidi Abdul Aziz. 2008. Pencemaran Bunyi : Teori, Sumber, Perundangan dan Kawalan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Jasiman Ahmad. 1996. Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemar Alam. Eddiplex Sdn.bhd, Kuala Lumpur. Jasman Ahmad dan Siti Razmah Idris. 1996. Pencemaran Udara dan Bunyi. Mikamas. Mansor Ibrahim dan Mohd Asri Abu Bakar. 1997. Pencemaran Bunyi Bising. Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Mulholland, K.A. 1981. Noise Assesment and Control. London : Construction Press. OECD (1975). Reducing Noise in OECD Countries, A Report of The Ad-Hoc Group On Noise Abatement Policies. Paris. Sham Sani. 1982. Pembandaran Iklim Bandar dan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Wark,K. dan Warner,C.F. 1981. Air Pollution : Its Origin and Control . Edisi Kedua. New York : John Wiley and Sons. Zaini Ujang. 2000. Pengenalan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003.

_________.2009. 2009).

Sources

Of

Water

Pollution

http://www.doe.gov.my/ms/content/punca-pencemaran-air-sungai. (dilayari 14 Januari

15

_________. 2008. Wikipedia Bahasa Melayu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran. (dilayari 7 Januari 2009).

16

AA301
TAMADUN ISLAM

KERAJAAN BANI UMAIYYAH


PENSYARAH : PN NORMARLINA BT LUTPI
SITI HAFIZA IBRAHIM 06DSB10F2002 NOR AMIRULIANA ZAIHAN06DSB10F2024 NURUL SULIA SHAMSUDDIN06DSB10F2010

AHLI KUMPULAN:LILIANIS KHAIRUDDIN 06DSB10F2033

17

AA301
TAMADUN ISLAM

PENCEMARAN TANAH & AIR


PENSYARAH : PN NORMARLINA BT LUTPI
SITI HAFIZA IBRAHIM 06DSB10F2002 NOR AMIRULIANA ZAIHAN06DSB10F2024 NURUL SULIA SHAMSUDDIN06DSB10F2010

AHLI KUMPULAN:LILIANIS KHAIRUDDIN 06DSB10F2033

18

You might also like