You are on page 1of 6

HIKAYAT RAJA MUDA (PAWANG ANA DAN RAJA HAJI YAHYA) Persiapan sedang dilakukan untuk mengahwinkan Sultan

Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Majlis itu diraikan secara besar-besaran dan penuh adat istiadat.

Perkahwinan itu diketahui oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba yang sudah sebulan kembali ke kayangan. Setelah berkenal-kenalan dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari Segerba memaklumkan bahawa dia sedang mengandung enam bulan. Sebagai tanda

muafakat,Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memberikan kandungannya itu kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun memakan sepah sirih lebihan Tuan Puteri Bidadari Segerba. Kandungan dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

Setelah cukup tempoh 12 bulan, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun sakit hendak bersalin. Sultan Muda pun menyeru isterinya Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan supaya turun menyaksikan kelahiran anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selamat melahirkan seorang

cahaya mata perempuan yang sihat. Bayi itu lahir dengan diiringi sebelah pedang pada setiap tangan kiri dan kanan. Bayi itu diberi nama Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan. Satu majlis kesyukuran sempena menyambut kelahiran itu diadakan. Sultan Muda membuat sebuah balai pancalogam 12 tingkat di tengah Tasik Mendam Berahi untuk dijadikan tempat mandi puteri yang baru lahir itu dan membuat sebuah khemah di tengah Padang Biram Kemala untuk dijadikan tempat bermain.

Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri semakin sihat tetapi bayinya tidak menangis, tidak mahu makan dan minum. Tuan Puteri Bidadari Segerba menjelaskan bahawa keadaan tersebut memang sifat semula jadi anak tersebut. Sultan Muda membawa puterinya mandi di Tasik Mendam Berahi. untuk adat turun tanah iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan kemudiannya ke atas emas serta perak.

A) TEMA: Pengalaman hidup Raja Muda atau Sultan Muda. Contoh: Baginda mengharungi pelbagai peristiwa seperti bernikah lain dan meraikan kelahiran puterinya.

B) PERSOALAN: 1. Kasih sayang dalam sesebuah keluarga. Dalam hal ini kekanda berenam begitu menyayangi saudara bongsu mereka dengan turut sama meraikan kelahiran Puteri Renik Jintan. 2. Berkorban demi kebahagiaan orang lain. Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memindahkan kandungannya yang berusia enam bulan ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. C) WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama : Raja Muda Berkahwin dua Suami kepada Tuan Puteri Dayang Segerba dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri Ayahanda kepada Puteri Renik Jintan Baginda seorang yang penyayang. Buktinya baginda menyambut kelahiran puterinya dengan segala macam persediaan seperti mengadakan tempat untuk bersiram di Tasik Mendam Berahi.

Watak Sampingan: 1) Tuan Puteri Bidadari Segerba Berasal dari kayangan. Cekal menerima takdir hidup bahawa suaminya berkahwin lain sewaktu beliau berada di kayangan.

2) Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri Baginda dinikahkan dengan Sultan Muda. Isteri kedua Sultan Muda Seorang yang mengamalkan sikap muafakat apabila sanggup menerima kandungan dari dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perutnya

D) GAYA BAHASA GAYA BAHASA CONTOH


Bersuka-sukaan, bermaaf-maafan, dipeluk-peluk, dicium-cium Bersemayam, bersantap Tidak sedap rasa hati Sang Rajuna seorang puteri yang sangat elok rupanya laksana bulan penuh

E) PENGAJARAN: 1. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan amanah agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang. 2. Kita mestilah memberikan semangat dan dorongan kepada orang yang sedang sakit atau dalam kesusahan. 3. Kita perlulah memohon maaf jika melakukan kesalahan agar tidak menimbulkan syak atau menyakiti hati orang lain. 4. Kita hendaklah menyambut kelahiran ahli keluarga yang baru dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. 5. Seorang suami perlu memaklumkan kepada isterinya sekiranya hendak berkahwin lagi supaya tidak berlaku salah faham.

HIKAYAT RAJA MUDA (PAWANG ANA DAN RAJA HAJI YAHYA) Persiapan sedang dilakukan untuk _____________________Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Majlis itu _____________ secara besar-besaran dan penuh adat istiadat.
Perkahwinan itu diketahui oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba yang sudah sebulan kembali ke kayangan. Setelah _______________ dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari Segerba memaklumkan bahawa dia sedang _____________ enam bulan. Sebagai tanda muafakat,Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memberikan kandungannya itu kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun memakan sepah sirih Kandungan dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba ___________ ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

Setelah cukup tempoh 12 bulan, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun sakit hendak ______________. Sultan Muda pun menyeru isterinya Tuan Puteri Bidadari supaya turun menyaksikan _____________ anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang _________. Bayi itu lahir dengan diiringi sebelah pedang pada setiap tangan kiri dan kanan. Bayi itu diberi nama Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan. Satu majlis kesyukuran sempena menyambut kelahiran itu diadakan. Sultan Muda membuat sebuah balai pancalogam 12 tingkat di tengah Tasik Mendam Berahi untuk dijadikan tempat mandi puteri yang baru lahir itu dan membuat sebuah khemah di tengah Padang Biram Kemala untuk dijadikan tempat bermain.

Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri semakin sihat tetapi bayinya tidak menangis, tidak mahu makan dan minum. Tuan Puteri Bidadari Segerba menjelaskan bahawa keadaan tersebut memang sifat semula jadi anak tersebut. Sultan Muda membawa puterinya mandi di Tasik Mendam Berahi. untuk adat turun tanah iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan kemudiannya ke atas emas serta perak.

A) TEMA: ___________________ hidup Raja Muda atau Sultan Muda. Contoh: Baginda mengharungi pelbagai peristiwa seperti bernikah lain dan meraikan kelahiran puterinya.

B) PERSOALAN: 1. _____________________________________

Dalam hal ini kekanda berenam begitu menyayangi saudara bongsu mereka dengan turut sama meraikan kelahiran Puteri Renik Jintan. 2. ______________________________________ Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memindahkan kandungannya yang berusia enam bulan ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. C) WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama : _______________________ Berkahwin dua Suami kepada Tuan Puteri Dayang Segerba dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri Ayahanda kepada Puteri Renik Jintan Baginda seorang yang penyayang. Buktinya baginda menyambut kelahiran puterinya dengan segala macam persediaan seperti mengadakan tempat untuk bersiram di Tasik Mendam Berahi.

Watak Sampingan: ______________________________________ Berasal dari kayangan. Cekal menerima takdir hidup bahawa suaminya berkahwin lain sewaktu beliau berada di kayangan.

____________________________________ Baginda dinikahkan dengan Sultan Muda. Isteri kedua Sultan Muda Seorang yang mengamalkan sikap muafakat apabila sanggup menerima kandungan dari dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perutnya

D) GAYA BAHASA GAYA BAHASA CONTOH Bersuka-sukaan, bermaaf-maafan, dipeluk-peluk, dicium-cium Bersemayam, bersantap Tidak sedap rasa hati Sang Rajuna seorang puteri yang sangat elok rupanya laksana bulan E) PENGAJARAN:

6. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan amanah agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang. 7. Kita mestilah memberikan semangat dan dorongan kepada orang yang sedang sakit atau dalam kesusahan. 8. Kita perlulah memohon maaf jika melakukan kesalahan agar tidak menimbulkan syak atau menyakiti hati orang lain. 9. Kita hendaklah menyambut kelahiran ahli keluarga yang baru dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. 10. Seorang suami perlu memaklumkan kepada isterinya sekiranya hendak berkahwin lagi supaya tidak berlaku salah faham.

You might also like