You are on page 1of 1

Kepentingan membuka semula Kota Makkah.

Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah.Masyarat jahiliah mengamal amalan menyembah berhala telah dihapuskdan dan diganti dengan Islam. Masyarakat Islam mula medalami ilmu pengetahuan Islam.Kota Makkah juga menjadi kota suci umat Islam.Kian hari ,Kota Makkah menjadi tumpuan umat Islam dunia melakukan ibadat. Selain itu,membuka semula Kota Makkah dapat mengukuhkan Negara Islam yang dibentuk di Madinah. Penyebaran ini diletak bawah pimpinan Nabi Muhammad. Makkah juga menjadi jalan pembuka ke arah penyebaran Islam ke seluruh tanah Arab. Dakwah Islamiah boleh disebar secara aman. Pada masa yang sama,pembukaan ini boleh mewujudkan sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat di Madinah.Makkah akan menjadi sebuah wilayah Islam. Baginda juga akan melantik wakil bagi menjalankan pemerintahan Islam.

Faktor membuka semula Kota Makkah. /Peristiwa pembukaan semula Kota Makkah.

1. Nabi membuka semula Kota Makkah selepas hampir lapan tahun tinggal di Madinah. 2. Pembukaan ini kesan daripada tindakanQuraisy melanggar perjanjian Hudaibiah. 3. Pembukaan ini ialah strategi jangka panjang nabi menyebarksn Islam kerana penguasaan Makkah akan memantapkan Islam. 4. Baginda dan tentera memasuki Makkah secara aman. 5. Tokoh Quraisy seperti ketuanya Abu Suffian dan Al Abbas amat khuatir lalu memeluk Islam sebelum kedatangan tentera Islam. 6. Empat pasukan tentera seramai 10 ribu orang masuk ke Makkah diketuai Khalid al Walid, Abu Ubaidah, Saad Ubadah, dan Zubair al Awwan, dari arah utara, selatan, barat dan barat daya Makkah. 7. Taktik ini memudahkan Makkah dikepung dan dibuka.

You might also like