PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

TAJUK 1 PENGENALAN SENI ALAM MELAYU

1.1 Sinopsis Pengenalan Seni Alam Melayu menerangkan tentang seni tampak masyarakat di Alam Melayu khususnya di Malaysia. Seni tampak yang dimulai dengan lukisan-lukisan gua di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Seterusnya tentang artifak-artifak peninggalan zaman prasejarah. Seni kaum peribumi seperti kaum Jah Hut, Mah meri dan tenunan pua kumbu oleh kaum Iban juga dibincang untuk lebih mengenali seni Alam Melayu. Simbol-simbol yang

digunakan pada karya seni mereka dan maknanya dikaji untuk mentafsirkan mesej yang ingin disampaikan.

1.2 Hasil Pembelajaran: 1) Menganalisis bentuk dan makna hasil lukisan gua, artifak dan Seni Pribumi.

1.3 Kerangka Tajuk-tajuk

Pengenalan Seni Alam Melayu

Lukisan Gua

Artifak

Seni Pribumi

Kaum Jah-hut

Kaum Mah meri

Pua Kumbu

1

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 1.4 Pengenalan Seni di Alam Melayu telah lama wujud. Kewujudannya dibuktikan dengan penemuan-penemuan pelbagai artifak sejarah khususnya artifak seni di beberapa tapak arkeologi di seluruh negara. Artifak-artifak sejarah meliputi hasil seni seperti artifak peninggalan Zaman Logam.

Selain artifak-artifak, lukisan-lukisan di gua juga merupakan manisfestasi manusia terhadap kehidupan mereka dan membuktikan bahawa manusia di zaman dahulu telah mempunyai cara untuk mengekspresi perasaan mereka seperti lukisanlukisan gua yang terdapat di Bukit Tambun, Perak, Gua Balambangan, Sabah dan Gua Niah, Sarawak.

Lakaran pada dinding-dinding gua menunjukkan hubungkait yang sangat rapat antara kehidupan dan alam sekitar. Lakaran-lakaran yang dihasilkan kelihatan tidak bertindih di antara satu sama lain. Penceritaan tentang sesuatu peristiwa itu sangat signifikan dan istimewa seolah-olah dirancang.

Pada asalnya seni tampak di Alam Melayu lahir kerana keinginan manusia untuk menghasilkan peralatan bagi memudahkan urusan atau kehidupan seharian mereka. Penghasilan peralatan seperti peralatan memburu dan pertanian telah membuktikannya. Penghasilan patung-patung dikalangan kaum pribumi bukan untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. Kaum-kaum pribumi yang masih kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi.

Manusia zaman dahulu juga ingin mengekpresikan hubungan antara alam dan kehidupan mereka. Semangat alam diadun dengan kepercayaan dan disebatikan dalam kehidupan. Kepercayaan mereka terhadap alam telah melahirkan beberapa pantang larang dalam transformasi bentuk alam ke bentuk tampak. Motif-motif pada pua kumbu misalnya, tidak akan dihasilkan sewenang-wenang oleh

2

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI penenunnya. Pelbagai pantang larang masih dipegang untuk menghindarkan penenun daripada ditimpa pelbagai musibah. 1.5 Lukisan Gua Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia, lukisan gua telah dijumpai di Gua Tambun di Perak, Gua Niah di Sarawak dan Gua Balambangan di Sabah. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

Lukisan gua di Bukit Tambun Menurut M. Matthews, seorang penulis yang menulis di dalam terbitan isu „Malaya Dalam Sejarah – Majalah Persatuan Sejarah Malaya‟ pada bulan November 1959 berkata, “Lukisan di Gua Tambun menggunakan satu warna – tidak jelas. Dalam sesetengah kumpulan, warnanya unggu pekat dan dalam kumpulan lain, warnanya merah pudar. Banyak lukisan ini memaparkan individu-individu lelaki yang dilukis kasar. Ada di antara haiwan yang dilukis ini mudah untuk dikenalpasti tetapi ada juga yang kurang jelas dan imaginasi diperlukan untuk membayangkan apa sebenarnya yang cuba digambarkan oleh pelukis tersebut.”

3

lukisan dinding sepanjang 200 kaki telah dijumpai. Gambaran haiwan di dinding Gua Tambun Sesetengah kajian mengatakan bahawa hematit (bahan yang menghasilkan warna merah) telah digunakan untuk menghasilkan lukisan-lukisan gua di Gua Tambun. tetapi masa dan cuaca telah menghapuskan sebahagian besar lukisan ini. tapir.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Tetapi kebanyakan lukisan di sini agak jelas di lihat dan memaparkan haiwan seperti dugong. Perak. terdapat juga lukisan lain di gua tersebut yang dipercayai dilukis oleh masyarakat awal orang asli seperti yang terdapat di Lenggong. di Hulu Kelantan. Kebanyakkan pengkaji percaya bahawa ia telah dilukis oleh masyarakat Zaman Noelitik. di Pahang dan juga di Kedah. Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan 4 . dan rusa. Selain itu. geometrik. Pada bahagian lain di Gua Kain Hitam. unsur alam dan juga bentuk abstrak. lukisan yang membentuk galeri gambar ini terpampang sepanjang lebih dari seratus kaki. Rusa yang dilukis di sini amat menarik kerana kesemuanya kelihatan seperti rusa betina yang sedang bunting dan salah satu darinya juga mempunyai bayangan anak rusa di dalam perutnya! Pada suatu masa dahulu. sampan. yang terletak berdekatan dengan Gua Niah. Ia dihasilkan dengan menggunakan arang. Lukisan-lukisan tersebut boleh dikelompokkan ke dalam beberapa bentuk iaitu bentuk manusia. Sungai Siput. haiwan.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI susunan manusia yang menari. haiwan. 5 . Lukisan-lukisan ini dilukis menggunakan tanah atau batu merah yang berada tidak jauh dari gua tersebut. Turut dijumpai di Gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot lama. 1. Di Gua Tasob Madai pula terdapat lukisan gua yang mewakili lukisan gua Zaman Neolitik. Tempoh prasejarah negara Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal penempatan manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400. sampan dan abstrak. tembikar China dan manik kaca. unsur alam. Motif-motif ini menjadi bukti tentang aktiviti manusia di ketika dahulu.6 Artifak Artifak bermaksud barang-barang buatan manusia (terutama alat perkakas dan senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman. Gambaran aktiviti manusia di dinding Gua Kain Hitam Gambaran haiwan di dinding Gua Kain Hitam Manakala lukisan di dinding Gua Balambangan. Sabah menggambarkan cantuman bentuk laktis ( oval berjalur) dengan garisan memanjang. Lukisan ini menggunakan arang dengan gambaran motifmanusia. Bentuk- bentuk sebegitu mungkin satu bentuk abstrak yang menggambarkan satu fenomena di ketika itu.

termasuklah di Gua Niah di Sarawak. Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu dramatik sekali di sekitar 5. Kebanyakan artifak. termasuk kawasan perkuburan. Gua Cha di Kelantan dan Gua Kechil di Pahang. Johor. Penemuan-penemuan di bahagian pantai timur pula tertumpu di kawasankawasan yang mempunyai sumber emas. Satu-satunya peninggalan binaan yang masih boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era kerajaan purba di Kedah dan di Santubong. 6 .000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan kaedah bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah. Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-13.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Faktor cuaca banyak memberi kesan pada artifak-artifak prasejarah termasuk barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat daripada batu dan besi. melainkan penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar. manakala di pantai barat pula adalah berdekatan kawasan sumber bijih timah. atau di kawasan-kawasan Mesolitik. Bukti-bukti penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di kawasannya sendiri. Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di bahagian utara. telah ditemui di ruang yang terlindung di dalam gua-gua. Kehidupan di Zaman Logam juga dapat dilihat melalui pelbagai barangan yang diperbuat daripada besi seperti sebuah alat berbentuk batang yang panjang yang dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai tulang mawas dan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Loceng Gangsa dari Zaman Logam Layari Internet Dapatkan maklumat tentang 10 artifak yang telah didaftar dalam Daftar Warisan Kebangsaan 2009 yang dikenali sebagai Objek Warisan Ketara.my) 1. dan Hantu. Pelbagai jenis topeng yang terdapat dalam masyarakat Asli serta diberi nama tertentu seperti Roh. Kaum asli ini membuat topeng untuk tujuan penyembahan dan perubatan. 7 .7 Seni Pribumi Di kalangan masyarakat Asli tempatan seperti kaum Mah Meri di Pulau Carey dan Jah Hut di Pahang.gov. Topeng-topeng ini pada mulanya diukir oleh bomoh atau batin. Bes. Moyang. Poyang. topeng adalah tunggak budaya mereka. (www.muzium negara.

sesuai dengan lokasi penempatan mereka yang berhampiran dengan laut iaitu di sepanjang pantai Negeri Selangor dan Pulau Carey. Moyang Harimau Berantai 8 . mistik. Mereka juga dikenali sebagai orang laut. lagenda serta gambaran kehidupan mereka. Pengukiran kayu merupakan salah satu sumber pendapatan kaum Jah-hut. Kaum ini terkenal dengan hasil anyaman dari mengkuang dan pandan.7. 1. "Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala dalam istilah. keagamaan.7. bertam.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 1. buluh dan rotan.2 Kaum Mah meri Mah Meri merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli yang tinggal di Malaysia dan tergolong di dalam kumpulan besar yang digelar orang Senoi. Selain hasil anyaman. Mahmeri memberi maksud bersisik.1 Kaum Jah-hut Suku kaum Jah-hut adalah suku bangsa Senoi yang mendiami negeri Pahang. Segala ciptaan dari ukiran kayu adalah berasaskan kepada imaginasi dan mimpi yang menggambarkan kuasa baik atau jahat yang ada perkaitan dengan sistem kepercayaan dan kehidupan mereka. Setiap ukiran mempunyai pelbagai maksud dari segi kepercayaan. kaum Jah-hut juga sememangnya sinonim dengan pengukiran kayu terutama penghasilan arca dan merupakan lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka.

Kreativiti mengukir patungpatung berbentuk dewa-dewa. Untuk memastikan para nelayan selamat pulang. figura manusia. bomoh Mah Meri akan menghasilkan ukiran Moyang Sauh dan mengadakan satu upacara di tepi pantai dengan menyediakan pulut kuning dan makanan yang lain sambil meminta pertolongan Moyang Sauh agar nelayan mereka selamat di laut hinggalah mereka pulang ke darat. Moyang Sauh yang digambarkan dalam ukiran Mah Meri mempunyai bentuk seakan-akan seekor ikan atau naga laut menjadikannya sebuah ukiran yang kelihatan menyeramkan namun sangat indah pada masa yang sama. Ukiran yang dinamakan Moyang Sauh dipercayai berpengaruh ke atas keselamatan para nelayan ketika mereka turun ke laut.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Kaum Mah Meri terkenal dengan hasil ukiran topeng kayu serta ukiran yang digunakan di dalam amalan kerohanian tradisi mereka. alam flora dan fauna amat menakjubkan. 9 . Ukiran serta makanan tersebut kemudiannya ditinggalkan di tepi laut setelah upacara tersebut selesai. Ukiran kayu Mah Meri bukan dicipta untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. Kaum Mah Meri yang kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi. Ukiran kayu kaum Mah Meri melambangkan roh atau semangat yang wujud dan mempunyai pengaruh ke atas pelbagai aspek kehidupan mereka sama ada secara positif atau pun negatif.

penyembahan dan hiburan. Untuk mengubati pesakit. salah seorang ahli keluarga pesakit tersebut perlu menghasilkan ukiran kayu yang melambangkan roh atau semangat yang dipercayai berpengaruh ke atas penyakit tersebut. sentiasa menjadi sebutan. Ukiran ini kemudian diberikan kepada bomoh mereka yang akan menjalankan upacara bagi „mengalihkan‟ penyakit tersebut dari pesakit kepada ukiran kayu itu dan kemudian membuangnya ke laut atau ke dalam hutan. sakit perut dan penyakit yang berkaitan dengan pembuangan air kecil. gaya dan piuhan. Nama topeng dalam masyarakat Mah Meri berdasarkan cerita dan kepercayaan masyarakat untuk tujuan perubatan. Moyang Labi-Labi dan Moyang Katak Kala. Nama seperti Moyang Tetek Lanjut. 10 . lalu secara simboliknya „mengeluarkan‟ penyakit itu dari badan pesakit.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Moyang Jantung Moyang Sauh Moyang Naga Ukiran Mah Meri juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mereka untuk menyembuhkan penyakit seperti demam. Bentuk-bentuk topeng masyarakat Asli ini tidak menggunakan warna tetapi rupa topeng dibezakan melalui corak. Selalunya topeng ini dipakai oleh batin dan bomoh sebagai perantara alam metalizik dan realiti.

Ukiran topeng Kaum Mah meri Jenis kayu yang paling digemari untuk dibuat ukiran adalah kayu nyireh batu. Terutamanya topeng untuk tujuan penyembuhan penyakit. Kebanyakan bomoh di kalangan masyarakat Asli berperanan sebagai tabib dan hakim. Keindahan ukiran ini terserlah bukan sahaja pada alunan urat kayu nyireh yang indah atau warna kayu yang menarik tetapi juga pada rekabentuk ukiran itu sendiri yang ringkas tetapi sungguh anggun serta membawa makna di dalam budaya kaum Mah Meri. menakut serta melucukan. hasil anyaman juga memainkan peranan yang penting dalam budaya Mah Meri lebih-lebih lagi bagi kaum wanita Mah Meri.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Terdapat topeng yang dipiuhkan untuk menimbulkan imejan yang menggerun. Setiap ukiran tertakluk kepada tafsiran pengukir yang menghasilkannya. maka topeng menjadi mekanisme penjelmaan mereka dari manusia kepada makhluk magis. Selain daripada ukiran kayu. Oleh sebab ini. 11 . Ukiran berukuran satu kaki tinggi memakan masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan. setiap ukiran yang dihasilkan adalah seunik urat-urat kayu nyireh batu yang membentuk ukiran itu sendiri. kepakaran pengukir untuk membentuk kayu ini serta keunikan mutu kerja pengukir tersebut.

motif ini hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang Fauna Buaya mempunyai kuasa untuk menjaga 12 . Pua kumbu menjadi kemegahan di kalangan wanita kaum Iban dan jika dilihat dengan teliti. Bagaimanapun. Antara motif-motif yang digunakan: Motif Engkeramba Penerangan Merupakan gambaran figura roh.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Sebelum mereka dianggap layak untuk berkahwin. motif-motif itu kerap dikaitkan dengan kepercayaan dan pantang larang mereka. bekas simpanan. LAYARI INTERNET Layari internet dan dapatkan gambar beserta nama 5 patung kaum Jah-hut dan Mah meri 1. Kain tenunan ini berwarna kemerah-merahan atau coklat tua.3 Pua Kumbu Pua Kumbu merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak.7. seorang wanita kaum Mah Meri perlu menguasai kemahiran menganyam pelbagai jenis barangan seperti bakul memburu. Kepercayaan Dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang Biasanya. ia turut memaparkan corak kehidupan seharian masyarakat Iban. Pua kumbu ditenun oleh wanita kaum Iban yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun. tikar serta perhiasan upacara.

biji benih dan bunghabungaan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Motif Penerangan Kepercayaan tempat berhuma (tanaman padi). pucuk rebung. kala jengking dan lipan Flora rotan. buahbuahan. alat tenun Alam & Alatan 13 . Burung pembawa alamat baik kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan. kunang-kunang. selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak dan dikatakan mempunyai kuasa untuk mencipta bayi Harimau dan tikus kasturi sering dikarang dalam bentuk abstrak Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian. menurut kepercayaan kaum Iban. Ular membawa petanda buruk dimana kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu dantidak ditenun dengan sewenang-wenangnya Katak ditenun dengan gaya seperti manusia. bulan. Rusa mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu Serangga labah-labah. awan larat. Mempercayai bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka. pucuk paku.

pengkebumian. penenun akan membuat sebuah tatu di tangan yang bermakna penenun tersebut adalah pakar atau telah ditauliahkan. menyambut kepala (selepas ngayau/memenggal kepala) dan upacara bercucuk tanam. Pua kumbu pada zaman dahulu sering digunakan dalam upacara kelahiran. Kini sebahagian kecil sahaja masyarakat Iban yang memiliki kemahiran menenun pua. Mereka akan mempunyai tatu di beberapa tempat di anggota badannya termasuk di bahagian leher. 14 . Kemahiran menghasil kain tenunan merupakan satu kemestian bagi wanita suku kaum Iban. Maksud memakan diri itu pula adalah pembuat itu akan jatuh sakit dan ada sahaja perkara lain yang menghalangnya untuk menyiapkan tenunan tersebut. seni tangan itu bukan sahaja menggambarkan kerajinan dan ketekunan malah sikap bertanggungjawab di dalam rumahtangga. Apabila selesai setiap pua kumbu dihasilkan. jika seseorang itu berkeras untuk menghasilkan motif atau corak pua kumbu di luar kemampuannya. perkahwinan. ia dipercayai akan 'memakan diri' dan kain tersebut tidak dapat dihasilkan. Penenun yang mencapai tahap tertinggi boleh dikenali dengan tatu di badan mereka. perubatan. malah kebolehan itu juga pernah menjadi faktor tarikan utama kaum lelaki suatu ketika dulu. Bagi masyarakat Iban. dia tidak akan dipilih sebagai calon isteri dan lambat bertemu jodoh.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Mengikut kepercayaan. Walaubagaimanapun. Dahulu jika seseorang wanita Iban yang tidak mempunyai kepandaian menenun kain. Penenun yang mahir biasanya memperoleh motif serta corak menerusi mimpi yang kemudiannya diterjemahkan dalam tenunan pua kumbu. pua yang dihasilkan adalah antara yang terbaik di kalangan suku kaum Dayak.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pua Kumbu. motif: buah terabai/Lang Tuai 15 .

Penggunaan motif atau simbol boleh dikaitkan dengan kepercayaan dan budaya hidup masyarakat di alam Melayu. motif: tangga begi 1.8 Rumusan Seni di Alam Melayu sangat unik. 16 . Ia menggambarkan hubungan antara manusia dan alam secara rohaniah.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pua Kumbu.

1 Sinopsis Tajuk ini meliputi maklumat dan latihan berkaitan seni visual di Malaysia merujuk kepada seni visual sebelum merdeka dan selepas merdeka.Artifak . 4) Menganallisis perkembangan Seni Visual selepas merdeka.Catan Cina .Seni Arca . perkembangan Seni Visual seperti berikut: Maklumat yang dibincangkan adalahh mengikut tajuk-tajuk . 5) Menunjukkan sikap patriotik terhadap karya seni Malaysia 17 . 3) Menggunakan pengetahuan dan menerangkan kronologi perkembangan Seni Visual Malaysia selepas merdeka.2 Hasil Pembelajaran: 1) Menganalisis pengaruh Seni Barat dalam Seni Oriental dan Seni Malaysia 2) Membanding beza dan menghubungkaitkan pengaruh Seni Visual Barat dengan Seni Visual Di Malaysia.Catan air .Seni bina . Sejarah perkembangan seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara lain.Karya-karya terkenal 2. Kesenian visual yang menjadi tradisi Melayu adalah daripada pelbagai bidang seni.Seni Moden .Seniman .Seni Bina .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI TAJUK 2 PENGENALAN SENI VISUAL MALAYSIA 2.Seni Plastik . Ia meliputi tempoh setengah abad.

1 Perkembangan Seni Visual Sebelum Merdeka Apakah yang anda faham tentang seni visual sebelum merdeka ? 2.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.4 Kandungan Isi 2.1 Artifak Artifak adalah barang-barang sejarah hasilan manusia seperti peralatan.3 Kerangka Tajuk-tajuk Pengenalan Seni Visual Malaysia Perkembangan Seni Visual Malaysia Sebelum Merdeka Selepas Merdeka Artifak Seni Plastik Catan Cina Seni Arca Catan Air Senibina Senibina Seni Moden Seniman Karya-karya Terkenal 2. 18 . senjata atau ornamen.4.1.4.

Keris Taming Sari. Kelantan. Ragam hias pada permukaan pada permukaan serpihan tembikar berbentuk sederhana yang ditemui didapati dibuat secara spontan dan dibakar pada suhu sebarang suhu. Ini terbukti dengan penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha.1. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China. Keris Panjang dan Keris Madura. menggunakan serpihan-serpihan tembikar yang ditemui sebagai petanda untuk menggambarkan tamadun dan budaya zaman silam B) Keris Keris menjadi sejenis senjata warisan Melayu sejati yang telah digunakan di Tanah Melayu sejak lebih daripada 700 tahun yang lalu. Di Johor. Pahang. 2. dijumpai pecahan tembikar yang dihiasi Para pengkaji sejarah dengan motif geometri berbentuk „tulang ikan‟. 19 . Contoh keris yang wujud di Malaysia Keris Semenanjung. Ulu Tembeling.4. Bukit Tambun. Selain sebagai senjata untuk mempertahankan diri. Keris Pekaka. Perak dan Gua Niah. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Serawak. Perlis.2 Catan Cina Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Bukit Tengku Lembu. keris juga merupakan satu lambang yang menjadi kemegahan serta kebanggaan bangsa dan negara.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI A) Tembikar Seni tembikar telah wujud dalam budaya Melayu di Malaysia sejak beribu tahun dahulu.

Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow. Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan. Reverend Chuk Mor. Reverend Pak Yuen. Abdullah Ariff dan lain-lain lagi. barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Seni halus tidak pernah difikirkan . Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin. Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Seni lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930an dengan terciptanya karya-karya catan awal oleh Yong Mun Seng. 20 . Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Lukisanlukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya. Kesenian visual bukan menjadi tradisi Melayu. Seni visual ini wujud oleh perintis karya-karya cat air dan cat minyak para pegawai Kolonial British yang berkhidmat di Pulau Pinang pada akhir tahun 1770an yang mengikut estetik zaman Victoria. Terdapat kepercayaan bahawa pengembara.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup.pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Wang Yau. 2.4. Chai Horng.1. Ia meliputi tempoh setengah abad.3 Catan air Sejarah seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara jiran.

sekolah.4. estetik. arkeologi. monumen. Melaka (1641). Melaka (1728). Wilayah Persekutuan (1888). 21 . zaman Pre-Raphelites. ekonomik. Contoh senibina sebelum merdeka: (1) Bangunan Stadthuys di Banda Hilir. Futurisme dan Konstruktivisme. Dianggarkan terdapat lebih kurang 35. (2) Balai Besar di Alor Setar. tembok. Contohnya. 2. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme. istana. Surealisme. 1995). rumah berhala. Fielden (2000) berpendapat bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai senibina. dokumentari. Pulau Pinang (1817). (5) Gereja St.000 buah bangunan sebelum perang yang berada di 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara wajar dipulihara (Syed Zainol Abidin Idid. pusat pengajian. bangunan pentadbiran kerajaan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme. stesen keretapi. sejarah. (3) Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur. Terdapat bangunan-bangunan yang menarik disamping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik. Kedah (1893).1. (4) Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir. (6) Balai Seni di Alor Setar. Kedah (1735). Kubisme. dan lain-lain lagi.4 Seni bina Tidak dapat dinafikan masyarakat dahulu kala mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang seni bina. Turner dan Constable. sosial dan juga politik serta rohani yang simbolik. George Anglican di George Town. masjid.

Era baru dalam aliran naturalis dan figura manusia. Latihan 1. Aktiviti seni dipengaruhi oleh suasana penjajah iaitu menekankan genre lukisan dan catan lanskap dalam aliran Realisme.5 Perkembangan Seni Visual Selepas Merdeka Apakah perbezaan di antara aliran seni visual sebelum merdeka dan selepas merdeka? 2. Seniman mengenalpasti dari aspek perletakan imej di dalam ruang plastik merujuk kepada keperluan 22 .1 Seni Plastik Istilah plastik digunakan kepada semua imej-imej spatial. Merupakan zaman baru bagi pelukis Malaysia dan seni halus tidak dipentingkan.1 Bincang dan hasilkan jadual kronologi tentang perkembangan seni visual sebelum merdeka berkaitan : - Stail dan bentuk tema bahan gaya aliran tahun 2.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Rumusan : Perkembangan seni visual Malaysia sebelum merdeka adalah sebagai minat atau rekod sejarah.5.

imbangan dan kestabilan yang merangkumi objek tiga dimensi. Dalam tahun 1960-an pemilihan gaya abstrak adalah lebih formalistik dan berbentuk individualistik. logam. Dalam lewat tahun 50-an telah berlaku konflik dalam seni akibat perbalahan dominasi oleh pengamal aliran abstrak dan ekspresionistik. senibina. Gaya ‟avant garde‟ yang dipolori oleh penghargaan. bahan dan proses berkarya. struktur. menempa. Seniman dan peminat aliran realisme rasa tercabar dan telah bangkit. batu dan sebagainya. menyambung. membentuk. tanah liat. menguli. Bahan yang digunakan ialah kayu. dan menggelek. 2. keluli dan sebagainya. melentur. besi. tenunan senjata dan sebagainya. ruang.5. Membina pula ialah menghasilkan karya seni dalam bentuk tiga dimensi secara mengikat. Abstrak Ekspresionisme Amerika telah diberi Sekitar dekad 1980-an dan 1990-an memperlihatkan cubaan serius untuk Seniman pada menerapkan ciri ‟nasional‟ atau keaslian‟ seni plastik moden. Seni plastik di Malaysia melibatkan hasil karya catan. mencantum dan sebagainya. ukiran. mengurut.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI permukaan dan perasaan seniman. kayu. Membentuk ialah teknik menghasilkan karya dengan cara mengukir. Seni plastik juga adalah satu terma dalam seni visual yang memberi maksud unsur plastik dalam bahan-bahan yang boleh dibentuk dan dibina. sekitar tahun 80-an menghasilkan karya di luar ciri seni plastik konvensional dan tidak terikat pada media. Unsur plastik ini menjurus kepada aspek seni dari segi bentuk. tembikar. jalinan. menjalin. Bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini ialah batu.2 Seni Arca Arca dihayati sebagai satu cabang kesenian yang berkaitan dengan pengkajian bentuk-bentuk tiga dimensi yang melibatkan formalistik seni seperti ruang. arca. 23 .

karya-karya arca Syed Ahmad Jamal. Chan Teck Meng. Wan Ahmad Wan Mohamod. Ariffin Ismail. yang sama tema dengan catannya. Antara yang turut serta adalah Anthony Lau.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI warna. Yeoh Jin Leng dan Tang Tuck Kan membangkitkan halhal yang menghubungkan catan dengan arca. karya Syed Ahmad Jamal “The Link” (1963). Menurut T. Contohnya. Zulkifli Yusof. Kuala Lumpur. Kajian Seni Lukis dan Seni Reka. Aliran Ekspresionisme dan Abstrak Ekspresionisme meresap ke dalam seni arca. Tengku Sabri Tengku Ibrahim. Ham Rabeah Kamarun. budaya. Seni arca di Malaysia boleh dikatakan masih baru Seni arca moden mula berkembang di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an. Cheong Laitong dan Latiff Mohidin. Mad Anuar Ismail.Sabapathy (1976). Pada tahun 1976 satu pameran “Tinjauan Seni Arca Moden Malaysia” telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara. berbanding dengan catan. Ramlan Abdullah. struktur dan rupa. Latiff Mohidin. Syed Ahmad Jamal. para pengarca berinteraksi terhadap persekitaran seperti persoalan agama. Peningkatan minat dan kecenderungan seniman kepada seni arca dan media campuran jelas 24 .K. Teo Tien Eng. Dari segi tema. Antara karya awal Anthony Lau adalah arca “Djin Api” (1959). “Forest” (1968) dan “Ecstacy” (1986) Dekad 1970-an memperlihatkan perkembangan arca yang pesat. alam dan kehidupan secara umumnya. Raja Shahriman dan Bayu Utomo. Institut Teknologi Mara merupakan salah sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam melahirkan ramai pengarca ternama dan berpotensi seperti Zakaria Awang. Cheong Laitong. Arca-arca yang bersifat figuratif dan representasi dapat dilihat menerusi karyakarya Anthony Lau.

bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (1959). elektik dan sebagainya. Binaan tempat kediaman iaitu rumah atau taman perumahan.5. Bangunan-bangunan perniagaan. Bangunan-bangunan kerajaan. tugu peringatan dan sebagainya. Bank Bumiputra. 5. menara. bangunan berkembar Petronas dan Menara Telekom. Stadium Negara (1964). Yang dimaksudkan dengan senibina adalah melingkupi: 1. bersifat galeri. perpustakaan. senibina Malaysia mengandungi unsur-unsur budaya kebangsaan yang berteraskan kebudayaan masyarakat berbilang kaum. Antara bangunan-bangunan utama yang dapat digolongkan dalam senibina moden ialah bangunan istana raja-raja Melayu di tiap-tiap negeri. pemasangan (installation) atau pun arca persekitaran. Bangunan-bangunan awam seperti masjid. sama ada secara konvensional. 3. 4. suatu aspek yang turut mengalami perubahan ketara ialah gaya rupa seni bina. Bangunan Sultan Abdul Samad. muzium dan sebagainya.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI kelihatan awal dekad 1990-an. Pelbagai bentuk arca terhasil. 6. Taman-taman dan kawasan rekreasi. 25 . Menjelang era pasca. anglo-Indian. 2. Aspek-aspek umum seperti pintu gerbang. Dayabumi. bangunan parlimen (1963). Muzium Negara.3 Seni Bina Sebagai sebuah negara yang mempunyai kebudayaannya sendiri. hospital. 2. Para arkitek yang baharu sahaja menamatkan pengajian di luar Negara telah membawa fahaman baru dalam seni bina di bandarbandar utama Negara yang sebelum ini dikuasai oleh gaya rupa senibina kolonial. Masjid Negara.merdeka.

Cheong Lai Tong. Lau. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya Chen Wen His. Baharuddin Kassim.4 Seni Moden Pada tahun 1957. Balai Seni Lukis Negara di 109. Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group.K. Lee Joo For. sesi perbincangan dan pameran. Mereka memperkenalkan konsep-konsep baru. Ini membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka. Lim Tong Juan dan William K.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Bentuk dan corak senibina moden memperlihatkan perubahan-perubahan yang nyata tetapi disesuaikan dengan ciri-ciri senibina asli Malaysia.5. Perdana Menteri Malaya yang pertama. 26 . Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. 2. mengadakan kelas-kelas melukis. Chuah Thean Teng. Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff. Hisham Albakri (kumpulan arkitek JKR yang mereka bentuk Masjid Negara) dan W. Ivor Shipley (arkitek JKR yang merekabentuk bangunan Parlimen) mengadaptasi factor-faktor setempat ke dalam rekabentuk moden. Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa. Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Tay hooi Keat. Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia. Kuo Ju Ping. Beberapa orang arkitek seperti Howard Ashley. Dari semasa ke semasa binaan-binaan baru didirikan bagi memenuhi keperluan pembangunan Negara dan keperluan masyarakat. Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Tan Sri Zain Azraii. Anthony Lau. Syed Ahmad Jamal. Puan P. ahli politik dan diplomat. 27 . Cheong Laitong. Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK).PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Mohd Hoessein Enas. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Tan Sri Dato‟ Azman Hashim. Nik Zainal Abidin. Peter Harris. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato‟ Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit. Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen. Tan Sri Kamarul Ariffin. pameran dan sebagainya. antara yang telah membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. ceramah. Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri. pencinta seni. Tan Sri Ghazali Shafie. Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini. Patrick Ng.G. Lee Joo For. laporan. Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis. Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun. Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Lim dan ramai lagi. syarahan. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal. Professor Ungku Aziz. Antaranya ialah perbincangan.

Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan. Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Sculpture. Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Fine Art. Joseph Tan dan lain-lain lagi. Mereka terdiri dari kumpulan ‟New Scene‟ seperti Redza Piyadasa. Photography.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. 28 . Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting. Tan Teong Eng. Chinese Brush Painting. nilai-nilai mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan. Chong Kam Kow. Pottery and Ceramics. Textiles. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow. Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal. Fine Metal. Graphics. pop. Ceramics. op dan lain-lain aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran. Fashion dan Industrial Design. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and Sculpture). Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum. Photography dan Commercial Art. Sulaiman Haji Esa. Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde.

Awal tahun 1980an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naif. sambungan akademik aliran realisme dan karya-karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang kaya di rantau ini. 29 . Fotografi. Rekabentuk Grafik. Teori-teori Seni. Ini termasuk USM menawarkan kursus Seni halus bagi Catan. Aspek-aspek Seni Asia Tradisional. telah mula membeli karya-karya untuk dijadikan koleksi simpanan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia. Aspek-aspek Keseniaan Asia Moden dan latihan Ilmiah. Badanbadan swasta seperti firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada . Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi institut. USM juga menawarkan kursus Master of Art dalam Sejarah Senilukis. Kursus Ijazah selama tiga tahun ditawarkan oleh Jabatan Kemanusiaan. Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis. Studio Seni lukis dan Sejarah Senilukis dan Kemanusiaan. Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Seni Arca. memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan Luar negara. maktab dan sekolah-sekolah serta para profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus.

Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato‟ Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit. Mohd Hoessein Enas. Peter Harris. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya seniman terkenal seperti Chen Wen His. Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini. Cheong Lai Tong. Tan Teong Eng. Nik Zainal Abidin. Lee Joo For. Kejayaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa. Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Syed Ahmad Jamal. Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. Chuah Thean Teng. Sulaiman Haji Esa. Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen. 30 . Tay Mo Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa. Chong Kam Kow. Anthony Lau. Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Joseph Tan dan lain-lain lagi.5 Seniman Balai Seni Lukis Negara di 109. Mereka terdiri dari kumpulan ‟New Scene‟ seperti Redza Piyadasa. Patrick Ng. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim. Cheong Laitong.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.5.

6. Pohon-Pohon Kelapa Media : Cat Air Tahun :1951 2. Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow. 2. Coconut Plantation – Dawn.5. Cat Air.1 Yong Mun Sen (1896 -1962) 1.2 Abdullah Ariff Abdullah Ariff. 1948 31 . Rumah Atap Di Tepi Pantai Media : Cat Air Tahun : 1960 2.6 Karya-karya terkenal 2.6.5. Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.5.

5.3 Dato‟ Mohd Hoessein Enas. Cat Air. Pastel Kapur. Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya. 1958 32 .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Abdullah Ariff. 1960 Dato‟ Mohd Hoessein Enas 2.6. Potret Diri.

Datuk Syed Ahmad Jamal Perhubungan ( Arca ) Media : Besi Waja Tahun :1963 33 .4 1.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Dato‟ Mohd Hoessein Enas . Nobat Media : Cat Minyak Tahun : 1962 4. Mengutip Daun Tembakau Media : Cat Minyak Tahun : 1963 5. 1959 3. Cat Minyak.5. Pengantin Perempuan Iban Media : Cat Minyak Tahun : 1963 2.6. Gadis Melayu.

Mandi Laut. 1957 2. Lembu Liar ( Arca ) Media : Batu & Habuk Simen Tahun : 1963 34 . 1959 2.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Datuk Syed Ahmad Jamal.6. Djin Api. Kayu.5 Anthony Lau (1933 - ) Anthony Lau.5. Cat Minyak Atas Papan.

Pondok Melayu. Hasil Rimba ( Arca ) Media : Besi Tahun : 1966 2. Pemandangan Pohon Media : Campuran Tahun : 1961 35 .1989) Jalan Pinang Media : Cat Minyak Tahun :1955 2. 1968 4.5. Besi. Rimba.6 1. Pulau Pinang Media : Dakwat Tahun : 1952 3. Tay Hooi Keat (1910 .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Anthony Lau.6.

Campuran.6.5. 1958 5. Kapal Haji Media : Cat Minyak Tahun : 1966 2. 1967 36 .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Tay Hooi Keat.7 Ibrahim Husin (1939 - ) 1. Pak Utih. Cat Minyak. Lembu Berlaga. Kekecuhan Media : Arkrilik Tahun :1969 Ibrahim Husin.

6. Kelambu. Di Dalam Ruang Rumah Media : Cat Minyak Tahun :1974 2.8 Zulkifli Dahalan 1.9 Dzulkifli Buyung (1948 - ) Dzulkifli Buyung. Satu Hari Di Bumi Larangan Media : Cat Imulsi Tahun : 1977 2.6.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Ibrahim Husin. Arkrilik. 1969 2. Are You Alone Out There ?.5. Kapur Pastel 37 .5.

Latiff Mohidin. Kapur Pastel. Latiff Mohidin A. 1962 38 . 1966 4. Pago – Pago. Kapal Kertas. Cat Minyak. Lidi Media : Kapur Pastel Tahun : 1962 2.6.10 A. Membakar Semut Media : Kapur Pastel Tahun : 1967 Dzulkifli Buyung.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.5.

1964 39 .5.Latiff Mohidin.11 Mazli Mat Som Mazli Mat Som. Imago Senja ( Cetakan ) Media : Kayu Tahun : 1969 A.6. Yati. Kayu 2.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2. Siri Langkawi. pastel.

5. Cat Minyak. Menanti Nelayan. 1965 2.5. Cat Minyak. Menyeberang Sungai Media : Cat Air Tahun :1958 2.13 Lai Foong Moi Lai Foong Moi. Waktu Pagi Di Kampung.6.12 Khaw Sia 1.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Mazli Mat Som.6. 1958 40 .

14 Patrick Ng Kah Onn (1932 ) Patrick Ng Kah Onn.15 Yeoh Jin Leng (1929 - ) 1. Tanah Dan Air.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2. 1961 Patrick Ng Kah Onn. Sawah Padi Media : Cat Minyak Tahun :1963 41 . Semangat Angin. Gauce.6. Menjemur Kain. 1958 2. Cat Minyak.5.6.5.

Paku Kipas. Pantai Timur 1 Media : Lilin Dan Pewarna Batik Tahun :1988 Khalil Ibrahim. Pantai Timur 2.16 Jolly Koh Jolly Ko. Cat Minyak.5.6.17 Khalil Ibrahim 1.5. Lilin Dan Pewarna Batik.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.6.1978 42 . 1968 2.

Kemunculan catan hard-edge. Lilin Dan Pewarna Batik. 43 . Persepsi masyarakat terhadap seni visual mula berubah daripada peringkat rendah ke peringkat antarabangsa. Musim Buah. 1968 Rumusan Seni visual selepas merdeka semakin matang dan menjadi bidang professional.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2. Di Tepi Pantai Media : Lilin Dan Pewarna Batik Tahun :1958 Chua Thean Teng. Seni visual juga menjadi salah satu simbol perpaduan kaum.5.18 Chua Thean Teng 1.6. arca dan karya mula menggunakan perisian komputer. Institut dan akedemi seni swasta memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang.

tahun .bentuk dan makna .tokoh .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Latihan 2.1 Bina jadual perbandingan perkembangan seni visual selepas merdeka daripada hasil analisa terhadap bahan bacaan dan internet mengenai : .bentuk aliran karya .stail 44 .tema .

Penerapan bahasa dalam penghayatan seni adalah dalam bahasa visual atau seni tampak.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI TAJUK 3 APRESIASI KARYA SENI ORIENTAL 3. Sidi Ghazalba. Menghayati seni adalah satu bidang yang perlu diberikan perhatian.1 Sinopsis Menurut Drs. 3. Penghayatan karya seni memerlukan bahasa seni iaitu bahasa lisan dan tulisan. 2) Mengaplikasikan teori apresiasi untuk melihat dan menghayati karya seni. 45 . dalam bukunya ‟Pandangan Islam Tentang Seni‟ menerangkan seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sekelompok manusia melalui pancaindera kelima ekoran fitrah semula jadi yang cinta kepada seni. Manusia memerlukan satu media perantaraan untuk meluahkan perasaaan dan emosi untuk dikongsi bersama manusia lain.2 Hasil Pembelajaran: 1) Menganalisis penulisan tokoh dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman. Menurut Zakaria Ali. apresiasi seni adalah latihan yang melibatkan deria pandang dan sentuh yang mampu membantu kita menikmati karya dengan lebih seronok lagi.

Asia Selatan dan Asia Timur.3 Kerangka Tajuk-Tajuk Apresiasi Seni Oriental Falsafah dan Stail Perbandingan PandanganTokohtokoh Perbandingan Karya-karya Tuliskan esei pendek mengenai pengertian seni oriental dan ciricirinya. Istilah Seni Oriental secara tradisionalnya merujuk kepada aktiviti seni dari daerah Timur Tengah. Ia termasuklan Seni Islam.1 Pengenalan Seni Oriental Di dalam dunia ini terlalu banyak karya-karya seni telah dihasilkan secara individu atau berkumpulan. negara-negara dan peralatan yang berasal dari kawasan tersebut. Seni China dan Seni India. 46 . Sebagai contoh.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 3. 3. Karya seni yang dihasilkan biasanya mempunyai tujuan yang tersirat dan tersurat. karya seni yang dihasilkan pada zaman Pra Sejarah lebih menggambarkan situasi dan aktiviti mereka sendiri. Istilah Oriental telah digunakan oleh masyarakat Barat untuk menjelaskan tentang kebudayaan.4.4 KANDUNGAN ISI 3.

Sunnah dan Ijma' Ulama. nafsu. Tiada elemen-elemen figura. nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Kesenian boleh mendidik manusia supaya menjadi insan yang baik dan 47 . Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Dalam jiwa. kehendak. Islam membenarkan umatnya berimiginasi dan berkreativiti dalam pemikiran mereka. perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia. keinginan. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (a) Seni Islam Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. zaman dan situasi menepati citarasa. Seni Islam terdiri daripada elemen yang diulang-ulang berbentuk geometri. perasaan. Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk mempertingkatkan agama. perasaan dan akal fikiran manusia. muzik. sifat. seni bina dan seni pentas. Tiada pemisahan antara seni dan agama. Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah. Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada Tuhan. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. pada semua tempat. Kesenian Islam perlu mempunyai mesej yang jelas." Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran. Seseorang seniman perlu memahami ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan.

Tembikar Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam. Bidang Kesenian Cina Seni Tembikar Kebanyakkan tembikar neolitik yang terbaik di dunia datanganya dari negeri Cina. 48 . tahun 132 s. Zaman Muslim. Kepercayaan kepada Tuhan – kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batas pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas pemikiran agama orang Hindu. Berasaskan kepada keagamaan dan pemujaan. contoh Tiang Asoka. contoh Taj Mahal dan Jami masjid. Seni Bina dan Seni Ukir berkembang maju pada zaman Maurya. Zaman Muslim. Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan. Nilai-Nilai Dharma – dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan apa yang harus dilakukan. Ia berkembang maju pada zaman Maurya. contoh Stupa Sanchi. contoh Stupa Sanchi. (c) Seni India Kesenian India bermula dari Dinasti Maurya. Karma – prinsip asas bagi aliran pemikiran falsafah dan agama yang berasal dari India. contoh Tiang Asoka.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI insan yang hampir kepada Allah. tanggungjawab dan aturan memberi makna kepada kehidupan manusia iaitu memberi individu identiti dan makna kepada peranannya dlm hidup. Kesenian Cina yang terawal sekali ditemui pada akhir Zaman Batu ialah Seni Tembikar. imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. (b) Seni China Menurut ahli sejarah. Ianya mencapai kegemilangan pada zaman Gupta.m. Bentuk-bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal dan berbadan kecil. Para seniman mempunyai tanggungjawap sosial dalam konteks syariah islamiah. kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang. Dharma dikaitkan degan tugas. kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang. contoh Taj Mahal dan Jami masjid. Mencapai kegemilangan pada zaman Gupta.

Tohoh-tokoh falsafah yang ternama adalah seperti Socrates.1 Jelaskan tentang perzezaan seni Islam dengan seni India dari sudut keagamaan. Idea mereka telah mempengaruhi perkembangan falsafah seni di barat juga di Malaysia. 49 . Maka ‟Philosophia‟ secara jelasnya membawa maksud ‟mencintai akan kebijaksanaan‟. Leonardo da Vinci. rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan.4. 3. Atistotle.2 Falsafah dan Stail Pengenalan ‟Philos‟ dalam bahasa Yunani bermaksud bermaksud kecintaan terhadap sesuatu manakala ‟Sophia‟ kebijaksanaan atau pengetahuan. Falsafah seni adalah sesuatu yang global dan secara umumnya terbahagi kepada falsafah barat.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Latihan 1. Socrates. Malahan ia juga memberikan gambaran gabungan nilai keindahan. pendapat dan idea tentang keindahan seni kepada para seniman. Mohd Taib Osman dan lainlain. Falsafah seni pula adalah proses mencari jawapan kepada keindahan. rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seorang pengkarya seni dalam karya yang mereka hasilkan. Plato. Plato dan Aristotle merupakan ahlli falsafah Yunani yang terkenal. falsfah Islam dan falsafah timur. Falsafah seni bukan sahaja merupakan proses mencari jawapan kepada keindahan malahan juga memberikan gambaran tentang gabungan nilai keindahan. Tokoh-tokoh tersebut boleh diibaratkan sebagai kompas yang memberi panduan.

ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia. kesenian Islam berbeza dengan bentuk kesenian lain. Kesenian yang dihasilkan adalah berlandaskan kepercayaan kepada kitab Al Quran dan hadis Nabi. 50 . dapat dipandang.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (a) Falsafah Seni Islam Sejarah telah membuktikan bahawa. didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi. Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan). makhluk dan alam sekitar'. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan. halal dan berakhlak. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam. Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt.

Beliau menegaskan bahawa:„Setiap motif „arabesque‟ dengan apa sahaja medium adalah penegasan kebenaran estetika yang tiada Tuhan melainkan Allah. disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan. Khat Thuluth : digunakan untuk hiasan seperti dalam mushaf Usmani. Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Tulisan ini mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. mudah dirobah. Khat Diwani Jali : Lebih bervariasi berbanding khat diwani. Dia adalah Pencipta yang Esa dan Mutlak‟. inspirasi dari model khat lain. konsep seni Islam adalah berlandaskan konsep Tauhid dan pengabdian diri kepada Tuhan. nama kitab atau buku . Khat Diwani : Catatan atau antologi karangan. 51 . Antara Seni Khat yang terkenal ialah Nasakh : diperindah oleh Ibn Muqla Khat Riq'ah : tulisan arab yang dapat ditulis dengan cepat dan sesuai dengan gerakan tangan. memandangkan penulisannya menggunakan huruf-huruf al-quran. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi keindahannya.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Manakala menurut Al-Faruqi. bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Seni Khat Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal. Hanya digunakan untuk hiasan sahaja. Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. Seni khat mempunyai kaitan rapat dengan jiwa islam.

kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai bangunan masjid. Diwani. Antaranya khat utama ialah Kufi. Khat Diwani. Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku berkenaan keagamaan. Ia banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan. Khat Kufi berasal dari Kufah. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah. 52 . Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca. Nasakh. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. pemerintahan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Jenis-jenis Seni Khat Tamudun Islam kaya dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat. Digunakan secara meluas semasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Farisi. Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Thuluth. nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain. Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. surat penghargaan dan sebagainya. Khatnya mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan. Diwani Jali dan Raihani. Riq'ah. Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran). jelas serta tidak mengelirukan Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian.

cerek. piring. sejadah. huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal. barang-barang tenunan sutera dan sebagainya. pohon dan batu mahal dan ukiran seni halus ini juga terdapat pada perabot rumah. perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling. lampu dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain. Ia digubah dalam bentuk perahu. rumit penulisannya. ia lebih banyak bentuknya . reka bentuk yang direka oleh manusia. burung dan sebagainya. ikan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Khat Diwani Jali. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawang. jubin. tikar permaidani. bekas air. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas. lebih indah dan estatik. juka dibandingkan dengan khat diwani. Lukisan dan Arca ( Ukiran) Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. 53 . Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan. daun pintu. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas. Buktinya daat dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding. tembikar. buyung. Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth. seni bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd waluun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh. Seni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Seni Bina Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang mengagumkan. Pada zaman tersebut. gading dan lain-lain. kulit buku. makam. tungku dan topi besi perang.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Seni lukis pula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk arabesque dengan pilihan warna emas.1: Corak-Corak Arabes 7 54 . dewa atau patung. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan. Rajah 1. buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita.

2 Senaraikan jenis-jenis khat dan dan kegunaannya masing-masing (b) Falsafah Seni China Mencius.5: Seni Bina 1. seorang ahli falsafah China menyatakan bahawa semua benda di dunia ini termasuk ilmu terbahagi kepada dua kategori umum: Yin dan Yang.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Rajah1.2: Khat Thuluth Rajah 1. langit dan bumi serta lelaki dan perempuan. kelembapan dan kepanasan.3: Khat Diwani Rajah 1. Yin dan Yang adalah simbol mengenai keharmonian yang saling bertindak di antara unsur-unsur yang bertentangan dan berpasangan pada alam ini seperti kegelapan dan kecerahan. Kesinambungan dan perhubungan di antara kedua-dua 55 .

Tembikar Cina zaman akhir Neolithic pula berwarna hitam dan berkilat. Oleh itu. kesabaran menanggung penderitaan kepada kepantasan pembangunan dan perluasan kebudayaan di China. Jika wujud sifat hormat menghormati. Penekanan kepada alam pula telah menggalakkan pengikut Toisme menerokai sains dan teknologi. Pokok buluh pula adalah simbol kepada kekuatan. manusia perlu dididik tentang cara bagaimana mereka harus bertindak dalam masyarakat mengikut suatu upacara adat istiadat. Seni Tembikar Kebanyakan tembikar neolithic yang terbaik di dunia datangnya dari negeri Cina. akan memudahkan kefahaman rakyat. bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal berbadan kecil. Confucius pula mempunyai pendapat bahawa manusia bukan hidup berseorangan atau bersendirian serta terasing daripada masyarakat.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI unsur yang berpasanagn dan bertentangan ini telah mempengaruhi kehidupan masyarakat China. kesusilaan dan tanggungjawab dalam masyarakat maka akan wujudnya keamanan dalam keluarga. Falsafah Toisme juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. Tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan glaze yang terang pada 56 . masyarakat dan negara. kerajaan yang paling berkesan ialah kerajaan yang paling kurang memerintah. Undang-undang dan peraturan yang paling sedikit yang diperkenalkan oleh sesebuah kerajaan itu. kesopanan. Tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam. Menurut Falsafah Toisme pula.

Pada akhir Wangsa Chou. menggunakan glaze kelabu kekuningan yang diperbuat dari timah hitam. Kebayakan catan menggambarkan keindahan panorama alam dan semulajadi. Catan mempunayi falsafah Arca dan Ukiran Dikesan sejak zaman Wangsa Shang dengan terjumpanya dua arca berbentuk harimau dan burung hantu. Zaman Sung. bejana tersebut digunakan untuk 2 tujuan iaitu kegunaan harian dan istiadat keagamaan Catan Dikatakan catan Cina bermula dengan gambar binatang. ada terdapat bukti teknik tuangan bentuk huruf atas bejana-bejana telah dilakukan. Perkembangan seni catan terkenal di Zaman Wangsa Tang yang banyak berunsur ugama Budha.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI permukaan tembikarnya. Seni Tembaga Kesenian tembaga bermula pada zaman Wangsa Shang. Taoism dan Confucianism. Kebanyakan kesenian tembaga ketika itu adalah peralatan rumah dan sebahyang yang ditiru dari bentuk-bentuk tembikar. Di guagua Tung Huang. Bentuk-bentuk bejana berasaskan bentuk binatang. Kansu terdapat imej-imej Budha diukir pada dinding gua 57 . Tembikar zaman Wangsa Ha. diperbuat daripada marmar. pelukis Cina menggunakn ciri-ciri pemandangan san kemanusiaan a) Ciri-ciri catan Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan barat. Catan Cina lazimnya dibuat di atas kain sutera atau kertas telap dakwat. Terdapat banyak imej-imej Budha ditemui di candi-candi di Gua Yun Kang. Shensi.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI tersebut. Arca-arca diperbuat daripada tanah liat yang diwarnakan, batu dan tembaga.

Seni kaligrafi Seni tulis cina yang terawal ditemui pada zaman Wangsa Shang (2000 S.M) yang ditulis di atas permukaan buluh, tulang dan kulit kura-kura. Kehadiran Confucius dan Lao-Tzu pada zaman Wangsa Chao, membantu menggalakkan pertumbuhan falsafah, kesenian dan tulisan orang China. Dalam tahun 1928-221 SM, terdapat banyak tulisan pada permukaan bejana tembaga dan batu. Tulisannya mempunyai ukuran yang sama. Terdapat 3 tulisan dicipta dalam zaman wangsa Han, iaitu tulisan bentuk biasa (pattern script), tulisan bentuk kasar (Rough Script) dan tulisan sambung (Curcive Script) Senibina Senibina di China dikatakan dapat dilihat dengan pesat pada zaman Ming, apabila Peking dijadikan Pusat Pentadbiran menggantikan Nanking

a) Ciri-ciri Senibina

Berdinding kayu beratap genting curam. Bangunan kuil dan pagoda mempunyai pintu gerbang, beratap genting melengkungn ke atas.

Catan lanskap Catan lanskap mendapat tempat yang istimewa sekali dalam perkembangan seni catan China. Catan lanskap China (Shan Shui) membawa maksud gunung dan air. Sejarah catan China berkembang dengan pesat dalam zaman Dinasti Sung.

a) Ciri-ciri Catan lanskap Tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepasda ekspresi yang membawa pengnertian terrhadap keseluruhan catan. Seorang artis harus dapat berinteraksi secara harmoni dengan alam dan dapat menterjemahkan

58

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI falsafahnya melalui catan. Konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan lanskap China iaitu keseimbangan dengan yang melalui perlambangan kabus, air, awan, burung dan lembah.

Hukum Catan China (Berasaskan Prinsip Shi-Vitalize Spirit). Monokrom: penggunaan cat air dengan ton warna yang terhad bagi mendapatkan impak mendalam. Komposisi: mementingkan rangkaian ruang berasaskan garisan tegak dan mendatar. Ton dan suasana: “Chi Yun Sheng Tungn” ton yang memberi suasana yang ghairah dan dinamik. Struktur dan sapuan berus: Sapuan awal berus memberi pengertian - dibuat secara spontan dan simbol kepada alam semula jadi. Lakaran: penting sebagai pembentukan awal sesuatu gambaran. Kesesuaian lukisan dengan objek: Walaupun lukisan tidak sama dengan objek sebenar tetapi perlu ada persamaan dalaman.

Seni Bina

59

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Seni Arca

Seni Tembikar

60

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Seni Catan Rajah : Menunujukkan lukisan zaman klasik China yang banyak memberikan gambaran kawasan pergunungan iaitu pengaruh Yin dan Yang dalam kehidupan mereka. 61 .

Terdapat empat sumber ilmu pengetahuan iaitu persepsi (pratyaksha). Confucius dan Toisme Tuliskan satu essei pendek tentang konsep Yin dan Yang berdasarkan catan lanskap . akasha (eter). Yoga. manas (minda) dan atma(jiwa ). Dikenali sebagai astika darshana. 62 . (c) Falsafah Seni India Terdapat Enam aliran (sekolah) dalam Sistem Falsafah India iaitu Nyaya. Pengasas aliran ini ialah Kanada (kurun ke-3 SM) dan karyanya berjudul Vaisheshika Sutra. Kesemua aliran ini menerima sepenuhnya ajaran kitab Veda. Pendukung aliran Nyaya ialah Gautama dan karyanya Nyaya Sutra bertarikh kurun ke-2 SM. Nyaya bermaksud pertimbangan logik. api dan udara. kala (masa). Inferens (anumana). Semua benda dikatakan diperbuat daripada 4 jenis paramanu (atom) iaitu atom bumi. Sankhya. Analogi/perbandingan (upamana) dan Testimoni/pembuktian (shabda) Aliran Vaisheshika dikenali sebagai Vaisheshika Darshana. Mimamsa dan Vedanta. air.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI FALSAFAH CHINA Mencius (Ying Yang) Confucius Toisme Rajah : Falsafah China terbahagi kepada Mencius. Vaisheshika. Terdapat 5 unsur dlm pembentukan dunia iaitu dik (ruang).

pancaindera. Konsep Triguna (tigasifat) alam semesta iaitu Sattva. Objektif utama ialah menegakkan kewibawaan kitab Veda serta ritualnya. Rajas . Ahimsa – terdapat unsur-unsur positif seperti kasih sayang. Advaita (yang didukung oleh Sankara) menyatakan Atman (jiwa) dan Brahman (Tuhan) bukanlah dua entiti yang berbeza. intelek dan ego tanpa menghilangkan kesedaran diri iaitu pengalaman jiwa. Konsep Tuhan mutlak iaitu memperjelaskan realiti Tuhan. Teks asas ialah karya-karya Upanishad. Aliran Ramanuja disebut Vis is tadvaita. Kepentingan – sistem tafsiran Veda. Sankhya bererti bilangan iaitu falsafah yang menghuraikan mengenai realiti dalam bilangan yang terhad dan pengetahuan yang sempurna. belas kasihan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Aliran Sankhya merupakan Sistem falsafah terawal. murah hati. Dipelopori oleh Kapila (kurun ke-7SM) dan karyanya ialah Sankhya Sutra. Vedanta dikenali sebagai Uttara Mimansa.dan Tamas Pendukung Aliran Yoga ialah Patanjali (kurun ke-2 SM) dan karyanya ialah Yoga Sutra. Latihan minda dan fizikal iaitu latihan mengawal serta mematikan fungsi anggota badan. Dua realiti mutlak iaitu purusha (jiwa) dan prakriti (jirim). sebab dan akibat. Brahma Sutra dan Bhagavad Gita. Pendukungnya ialah Jaimini yang menyusun falsafah ini secara sistematik dan mencipta teks Purva-mimansa Sutra pada 400 SM. Dvaita (didukung oleh Ramanuja dan Madhva) menyatakan Atman dan Brahman adalah berlainan tetapi tidak terpisah. jasa dan pengorbanan diri. Penyatuan roh individu dengan roh duniawi menjadi tujuan hidup.Vedanta dan Madhva dikenali sebagai Dvaita. simpati. Mengelak daripada melakukan 63 . Dua aliran utama iaitu Advai ta (non-dualistic) dan dvaita (dualistic).Vedanta. Disiplin minda dan fizikal membantu mencapai moksha. Pelopor ialah Badarayana yang mencipta karya Brahma Sutra (400SM) atau juga dikenali sebagai Vedanta Sutra. Pendukung falsafah ini yang terkenal ialah Sankara. minda. Mimansa bererti siasatan.

penting menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat. contoh Stupa Sanchi. kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang. Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata. maka banyak patung-patung berbentuk manusia yang disimpan di kuil-kuil untuk tujuan keagamaan. Pengetahuan benar yg merangkumi kebaikan. Ada juga menggunakan bahan-bahan dari besi dan gangsa. Zaman kegemilangan seni arca India ialah pada zaman Guptas. Berkembang maju pada zaman Maurya. Seni Bina dan Seni Ukir Bidang Kesenian India. kerana ia lebih tahan dari tanah liat. Seni Arca Merupakan kesenian tertua di India dan berkait rapat dengan patung-patung keagamaan. contoh Tiang Asoka. Telah mendorong ramai tukang-tukang arca India menghasilkan pelbagai bentuk arca. Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan.ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan. contoh Taj Mahal dan Jami masjid. Zaman Muslim. Perpaduan – masyarakat dari pelbagai kaum dan agama. Patung Lord Siva antara arca seni dalam pergerakan istimewa. Mencapai kegemilangan pada zaman Gupta. Satya – kebenaran. imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. keadilan. Seni Lukis Dalam bidang Seni Lukis pula kesannya boleh dilihat di dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya. Contoh Gua 64 . tindakan yg benar. Seni arca bermula dengan patung. Dibuat daripada batu marmar.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI kekejaman atau mencederakan.

Zaman Muslim. Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata. Dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya. Contoh Gua Ellora. Stupa dan Brobodur Seni Arca 65 .pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi. Badami dan Bagh. Badami dan Bagh.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Ellora.merupakan zaman pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi. Zaman Muslim. Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan.

Al-Ghazali.4. Menurut Al Ghazali. Beliau menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. ahli falsafah terkenal Islam. keindahan yang terhasil mempunyai nilai tersendiri yang perlu dihayati.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Lukisan Miniatur Radhe Krishna Lukisan Miniatur Rajasthani Hasilkan satu essei pendek mengenai enam aliran dalam sistem falsafah India 3.3 Perbandingan PandanganTokoh-tokoh (a) Pandangan Tokoh Islam Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Al Ghazali tidak melihat sesuatu karya seni dari aspek fizikal kerana baginya manusia yang taksub pada kebendaan tidak akan berjaya memperoleh kebahagiaan yang hakiki. juga telah mengemukakan teori estetika yang menyentuh aspek keindahan yang terdapat dalam sesuatu karya seni. 66 .

memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera. cendekiawan Islam yang dilahirkan di Jaffa Palestin pada tahun 1921 telah membincangkan hal berkaitan karya seni Islam dan estetikanya. Al Faruqi menegaskan bahawa Tauhid merupakan prinsip utama dalam estetika Islam. senia suara dan sebagainya.  Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama. Confucius telah menyumbangkan peranan dalam kesenian dan kemanusiaan (terutama dalam bidang muzik dan puisi). Namun pendapat tersebut ditentang oleh Mozi yang menyatakan bahawa seni muzik dan seni 67 . (b) Pandangan Tokoh China Seni China dikatakan mempunyai kepelbagaian gaya. deklamasi puisi. filem dan sebagainya.  Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis. Al Faruqi. manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima.  Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa. prosa.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Drs. Justeru itu. seni bina. Estetika yang terhasil adalah berdasarkan daripada pengamatan dan pengalaman manusia itu sendiri. beliau turut menegaskan bahawa Tuhan tidak dapat digambarkan dalam bentuk estetika. teater. Pandangan ahli-ahli falsafah mengenai spentingeni China telah bercanggah sejak zaman China purba lagi. Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama :  Seni melaui pendengaran seperti muzik. seni pakaian dan sebagainya. tablo. seni hias.

Setiap bentuk seni dalam kesenian Hindu ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain iaitu gambaran persembahan antara simbol dan bentuk spiritual ang lebih sempurna. Konsep saster Hindu seperti „Rasa‟. (c) Pandangan Tokoh India Seni Hindu adalah berbentuk spiritual dan falsafah. Krya seni ini adalah gambaran keagamaan. Keagamaan dan falsafah akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni mereka. Kalidasa pula menghasilkan puisi yang mengaitkan karya seni beliau dengan „rasa‟ yang mengetengahkan konsep estetika sepenuhnya. Keagamaan dan falsafah akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni yang banyak. bentuk seni bina klasik Hindu. Gu Kaizhi telah menjelaskan teori dalam seni lukis yang membantu pengkarya seni dalam menghasilkan karya seni mereka. seni arca.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI halus adalah satu pembaziran dan membuang masa kerana ianya dikatakan untuk golongan berada dan bukan golongan miskin. sastera (kaavya). Teori „rasa‟ mula berkemba ng dengan teks Sanskrit iaitu Natyashastra iaitu karya seni yang dihasilkan untuk Bharata Muni iaituTuhan dalam persembahan drama ‘Fifth Veda’. muzik dan tarian mempunyai aturan tersendiri. Berdasarkan Kapila Vatsayan. seni catan. berhubungkait dengan gambaran simbolisme. Latihan 1. Teori „rasa‟ juga berkembang secara signifikan dengan estetika Kashmiri dalam puisi klasik. adalah gambaran emosi yang diluahkan oleh penulis yang berkaitan dengan sensitiviti penonton.3 Bincangkan kepentingan estetika dalam penghasilan karya seni 68 .

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI RUMUSAN Falsafah seni oriental seperti falsafah seni yang lain juga merupakan satu proses mencari jawapan kepada keindahan. Malahan ia juga memberikan gambaran tentang gabungan nilai keindahan. 69 . Pemahaman falsafah China dipecahkan pula kepada Mencius. Kesenian Islam dilarang meniru bulat-bulat keindahan ciptaan tuhan. Maka hasil seni Islam kebanyakannya berbentuk geometrik. Falsafah China mengutamakan kehalusan seni dan direalisasikan dengan sangat abstrak dan kreatif. rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan. spiritual dan percaya bahawa seni berkait rapat dengan masyarakat. Falsafah seni Islam lebih berkonsepkan keagamaan. Confucius dan Taoisme. yang bersifat ketuhanan. di mana hasil seni tidak harus menyerupai apa-apa objek sekalipun. Manakala falsafah India pula disebut Darsana.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful