You are on page 1of 2

MTE 3109 Latihan (contoh soalan) Bahagian 1 1.

Bagaimana guru boleh menggunakan pendekatan bercerita bagi mengajar operasi tolak? Berikan contoh yang bersesuaian. 2. Nyatakan kelebihan mengajar konsep anggaran dan kiraan mental dalam kehidupan seharian. 3. Senaraikan langkah- langkah bagi kaedah peraturan dalam melakukan pembahagian pecahan. Tunjukkan bagaimana menyelesaikan 35 7/5 menggunakan kaedah tersebut. 4. (a) pelajar. Pecahan adalah salah satu topik yang agak sukar dikuasai oleh

Jelaskan beserta contoh dua kesulitan yang biasa dihadapi oleh pelajar untuk menguasai kemahiran berkaitan pecahan. (b) Dengan menggunakan contoh yang sesuai terangkan dengan ringkas dua cara bagi menunjukkan pecahan setara.

Bahagian 2 1. Anda mengajar Matematik Tahun 2. Murid anda menghadapi masalah dalam penolakkan nombor 3 digit yang melibatkan pengumpulan semula. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai, terangkan bagaimana anda mengajar soalan berikut kepada murid anda : 300 189 = 2. Pembahagian boleh dilihat sebagai satu proses pengumpulan atau satu proses pengongsian. Dengan menggunakan contoh- contoh yang sesuai, terangkan bagaimana anda mengajar konsep bahagi sebagai suatu proses pengumpulan dan suatu proses pengongsian kepada murid Tahun 3. 3. 3 x 3456 Terangkan bagaimana anda boleh membimbing murid- murid menyelesaikan masalah di atas melalui teknik: i) tambah berulang ii) mencerakinkan nombor (ribu, ratus, puluh, sa) Pada pendapat anda, di antara dua teknik di atas, yang manakah lebih berkesan. Berikan satu sebab untuk menyokong pilihan anda. 4. Terangkan suatu aktiviti yang anda boleh gunakan untuk membimbing murid menukar 60% kepada pecahan dalam bentuk termudah.

5. Huraikan bagaimana anda mengajar murid- murid anda untuk menukar 2/5 kepada peratus dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan dengan gambar rajah lengkap. 6. Terdapat lima jenis situasi penolakan iaitu pengambilan, penambahan, perbandingan, pembahagian, dan kenaikan. Banding dan bezakan kelima- lima situasi tersebut serta berikan contoh- contoh yang bersesuaian. 7. Dalam pecahan, anda dikehendaki menunjukkan perbandingan di antara dua pecahan. Dengan menggunakan suatu contoh yang sesuai, terangkan dengan terperinci prosedur perbandingan tersebut. 8.

3 x 4 = 12 4 x 3 = 12 Huraikan dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai perbezaan di antara dua ayat matematik di atas. Tulis masalah bercerita bagi setiap ayat matematik di atas dan terangkan langkah- langkah bagaimana anda mengajar salah satu masalah bercerita.

9. Senaraikan lima langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk mengajar murid membandingkan dua pecahan wajar dengan penyebutnya tidak melebihi 10.

You might also like