You are on page 1of 5

KEPERCAYAAN DAN AGAMA DALAM TAMADUN MELAYU

1. Kepercayaan dan agama di Kepulauan Melayu dapat dikesan menerusi 3 peringkat iaitu: a. Zaman sebelum kedatangan agama Hindu-Buddha. 1. Penduduk di Nusantara berpegang kepada kepercayaan Animisme- Kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai jiwa atau roh dan mempunyai keperibadian sendiri. Dinamisme- kepercayaan bahawa jiwa bukan sahaja di mana-mana, tetapi juga mempunyai tenaga atau kekuatan yang memberikan kesan baik atau buruk. 2. Kepercayaan terhadap jiwa atau roh dapat dikesan melalui Mitos- cerita mengenai dewa-dewi dan makhluk luar biasa yang menjadi asas kepercayaan dan agama. Legenda- cerita mengenai kejadian alam, keramat, pusara dan pokok yang dianggap berpuaka. Memorates- cerita hantu, toyol, pontianak dan sebagainya. 3. Elemen penting animisme ialah pemujaan roh nenek moyang (hyang) yang di anggap mempunyai kesaktian dan jelmaan Tuhan. 4. Kepercayaan pemujaan roh nenek moyang dapat dikesan daripada lukisan binatang di gua-gua Irian Jaya dan tradisi membina tugu megalitik (batu-batu besar yang didirikan sebagai tanda penghormatan kepada nenek moyang) di Sumatera, Jawa, Sulawesi, Samba dan Bali, Indonesia serta Melaka dan Negeri Sembilan, Tanah Melayu. 5. Andrew Lang dan Wilhelm Schmid melakukan kajian dan mendapati bahawa wujud Dewa Agung yang mempunyai kuasa tertinggi = Sang Hyang Tunggal.

b. Zaman selepas kedatangan agama Hindu-Buddha. 1. Agama Hindu dan Buddha berasal dari India mempunyai pengaruh besar di Nusantara. 2. Bukti kedua-dua agama ini mengalami sinkretisme (penggabungan): Kepercayaan/Agama Buddha-Mahayana dan Hindu Trimurti Hindu dan Buddha Bukti - Pemujaan tantrik pada 6 granit di Candi Bukit Batu Pahat, Kedah - Kitab suci Buddha-Mahayana, Sang Hindu-Buddha Hyang Kamahayanikan disesuaikan dengan ajaran Siva. - Karya sastera : Smaradahana dan Sutasoma Siva-Buddha dihasilkan oleh Mpu Tantular. - Pemujaan Dewaraja (raja dianggap sebagai Buddha) 3. Unsur seni bina Candi Borobudur oleh raja-raja berketurunan Sailendra menjadi bukti sinkretisme antara agama Hindu-Buddha dan pemujaan nenek moyang. Kepercayaan/Agama Bukti Hindu - Candi Borobudur lambang konsep Gunung Kosmos - Dibina oleh Maharaja Indra (Indra ialah nama Buddha Pemujaan moyang dewa dalam agama Hindu) - Mengandungi 10 tingkat lambangkan 10 tingkat Boddhisattawa untuk menjadi Buddha. nenek - Candi ini berbentuk piramid bertingkat-tingkat berasal daripada tradisi megalitik. - Lambang tempat bersemayam roh nenek moyang. jelmaan Dewa Siva-

c. Zaman selepas kedatangan agama Islam. 1. Perkara asas yang diterapkan kepada penduduk tempatan ialah a. Rukun Iman

~ Percaya kepada Allah. ~ Percaya kepada malaikat. ~ Percaya kepada kitab. ~ Percaya kepada rasul. ~ Percaya kepada hari akhirat. ~ Percaya kepada qada dan qadar. b. Rukun Islam ~ Mengucap dua kalimah syahadah. ~ Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. ~ Berpuasa pada bulan Ramadhan. ~ Mengelurkan zakat. ~ Menunaikan haji di Makkah bagi yang berkemampuan. 2. Selepas kedatangan Islam, berlaku sinkretisme antara Hindu-BuddhaHyang dan Islam dalam perkara-perkara tertentu. Contoh: a. Dalam majlis perkahwinan disenyawakan amalan seperti tepung tawar, berinai, bersanding, dan lenggang perut. Kalau dalam Hindu ia berkaitan dengan agama, tetapi diubah konsep menjadi adat dan budaya kepada masyakarat Melayu. b. Majlis Kematian: Diadakan kenduri 3,7,40 dan 100 hari. Dengan tujuan untuk mengingati jenazah. Dalam kepercayaan Hindu harihari tersebut ada bahagian-bahagian mayat yang pecah. c. Majlis perayaan: Memasang pelita. Dalam tamadun Melayu, konsep ini menunjukkan suatu kemeriahan dan sebagai satu adat dan budaya. Bagi masyarakat India, mereka berharap dengan memasan pelita, malaikat akan berkunjung ke rumah dalam hindu dewa. d. Cara pendakwah: disebarkan dan kerelaan anutan agama Islam. Pendakwahan menggunakan aspek hiburan seperti dalam wayang kulit, mak yong, main puteri dan lain-lain hiburan tradisi yang masih mempunyai unsur kehinduaan. Dalam menentukan ia tidak

syirik, maka istilah dan bentuk upacara ditukarkan kepada unsurunsur Islam seperti bacaan ayat suci dan tujuan diadakan agar mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. 3. Kepercayaan Tamadun Melayu Kepercayaan Mana Keterangan 1. Kekuatan yang diperolehi daripada seseorang yang dikalahkan atau dibunuh. 2. Contoh seorang pahlawan yang berjaya membunuh musuhnya, pahlawan tersebut mendapat kekuatan atau kesaktian musuhnya Mentera dan jampi yang dibunuhnya. 1. Menggunakan kata-kata atau ayat-ayat tertentu yang difahami maksudnya oleh bomoh. 2. Apabila kedatangan Islam, kata-kata tersebut ditukar bentuk kepada ayat-ayat suci Al-Quran. Contoh, ayat-ayat yang digunakan sebelum kedatangan Islam adalah seperti yang berikut: Hai pinang sepiak muri tanaman Maharaja Dewana.... Perkataan Maharaja Dewana ini boleh ditukarkan kepada nama para nabi atau wali dalam Islam.. dan boleh ditambah dengan Sihir dan tilik kalimah syahadah. 1. Sihir terbahagi kepada 2 iaitu: - sihir putih- tanpa pertolongan syaitan. - sihir hitam- dengan pertolongan syaitan. 2. Ia dapat mempengaruhi melalui kemahuan semata-mata tanpa bantuan. 3. Tilik mempengaruhi dari bantuan dari mizaj, bintang-bintang, elemen-elemen alam atau angka-angka bilangan. 4. Ia dapat mempengaruhi perasaan yang berkhayal dan gambaran yang mahu diberikan dan kemudian membawanya kembali kepada

alam nyata. 5. Setelah kedatangan Islam, istilah sihir ditukar kepada jampi serapah/mentera. Bomoh/Pawang/Dukun 1. Dianggap oleh masyarakat Melayu berasal dari Luqman Al-Hakim, dan bertugas bagi menyembuhkan sihir. 2. Seseorang yang boleh mengubati penyakit dan dilihat banyak mendekatkan diri dengan Tuhan. 3. Oleh itu, ada yang mendakwa diri mereka sebagai keturunan daripada para aulia atau wali. 4. Sebelum Islam, biasanya ia mempunyai kuasa berhubung dengan para dewa seperti Siva.

You might also like