You are on page 1of 62

2012

PANDUAN DIDIK ANAK - Pintar Dan Beriman

FAUZI AHMAD
http://cpintrass.com 2/3/2012

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 Mukadimah . 3 Takrifan Anak Pintar .. 5 Takrifan Anak Beriman (Soleh & Solehah) . 5 Kesilapan Dalam Mendidik Dan Memelihara Anak-Anak. .. 7 Cara Mendidik Anak Soleh Dan Solehah . 10 5.1 Didik anak cara Luqmanul Hakim . 10 5.2 Surah Amalan Kisah Ibu Adi Putra . 13 5.3 Doa Yang Boleh Anda Amalkan .. 16 Cara-Cara Mendidik Anak Mengikut Umur .. 19 Panduan Dapat Anak Pintar . 22 7.1 Pemilihan Benih Pintar .. 22 7.2 Contoh Dan Pentingnya Anak Pintar .. 24 7.3 Latihan Anak Pintar .. 24 Rahsia Pemakanan Ulama Dahulu Dan Amalan Untuk Menjadi Sihat Dan Pintar . 29 8.1 Apakah Rahsia Mereka .. 29 8.2 Makanan kecerdasan otak .. 30 8.3 Khasiat Makanan di atas ialah . 30 Amalan Makanan Seimbang Untuk Kecergasan Otak 36 Petua Belajar Cemerlang .. 38 10.1 Teknik-Teknik Belajar .. 38 10.2 Petua Belajar Matematik Cemerlang 45 Teknik Hafalan Cemerlang 52 Teknik Mengajar Bayi Dan Anak . 52 PENUTUP . 59

6.0 7.0

8.0

9.0 10.0

11.0 12.0 13.0


Nota:

Ebook ini di tulis dan di olah oleh Fauzi Ahmad, berdasarkan maklumat perbagai pihak dan sumber, IA BUKAN UNTUK DI JUAL. Boleh di edar tapi Jangan Di Jual. Boleh di jadikan Bonus atau Hadiah Percuma. Tujuan saya ialah mencambah ilmu bukan mendapat keuntungan. Sila baca dan praktikan. Semoga Umat Islam akan bertambah maju dan di rahmati Allah. Terima Kasih. Facebook Saya : http://facebook.com/fauzi2009

Update : Friday, February 03, 2012

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

1.0 Mukadimah


Saya mulakan Panduan ini dengan 3 kisah menarik, untuk anda renungkan maksudnya. Kisah Pertama : Saiyidina Umar Al Khattab RA sedang berjalan di satu lorong di tepi kota Madinah. Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain, di antaranya ialah Abdullah bin Zubair. Apabila melihat Saiyidina Umar, kanak-kanak lain bertempiaran lari, kecuali Abdullah. Dia tetap berdiri di tempatnya. Apabila Saiyidina Umar tiba di tempat itu, beliau pun bertanya, "Mengapakah engkau tidak lari seperti kanak-kanak lain?" Abdullah bin Zubair yang masih budak itu menjawab secara spontan; "Aku tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mengapa aku mesti lari darimu?. Jalan ini pun sesungguhnya tidak sempit hingga aku terpaksa melapangkan ruangan untuk Amirul Mukminin berjalan". Kisah Kedua : Satu ketika yang lain, iaitu semasa pemerintahan Bani Abassiyah Khalifah Al Makmun, khalifah ketika itu, memasuki kutub khanah [perpustakaan] negara. Ia melihat ada seorang budak sedang membaca buku dan dicelah cuping telinganya terselit sebatang pena. Al Makmun bertanya ; "Siapakah engkau ini?" Budak itu menjawab; "Saya adalah tunas baru yang tumbuh dalam kerajaanmu yang sedang bersenang lenang dengan keadilan pemerintahanmu dan saya bersedia untuk berkhidmat kepadamu. Nama saya Al Hasan bin Raja'". Kisah Ketiga : *Sewaktu awal pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz RA, telah datang berbagai-bagai rombongan dari seluruh pelusuk negara untuk menyatakan taat setia kepadanya. Satu rombongan dari Hijaz tiba, dan seorang kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun tampil kehadapan untuk bercakap. Umar Abdul Aziz berkata ; "Berundurlah engkau dahulu, biarlah orang yang lebih tua daripadamu bercakap." Budak itu menjawab sopan dengan berani ; "Semoga Allah kekalkan pemerintahan Amirul Mukminin!. Sebenarnya manusia itu dinilai dengan dua yang paling kecil pada dirinya, iaitu hati dan lidahnya. Jika Allah mengurniakan padanya lidah yang petah, hati yang kuat ingatan, maka sudah tentulah dia yang berhak bercakap. Wahai Amirul Mukminin, sekiranya semua perkara diukur dengan umur, nescaya di kalangan umat ini ada orang yang lebih berhak daripada mu untuk memegang jawatan kahlifah." Umar Abdul Aziz sangat terharu dengan jawapan anak kecil itu.

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Dari kisah di atas kita dapat lihat bahawa kanak bawah umur dapat mempengaruhi pemimpin yang berkuasa ketika itu dengan kepetahan bercakap dan mengeluarkan buah fikiran pendapat serta hujah yang hebat. Hujah kanak kanak tersebut bukan idea biasa atau idea yang buruk, tetapi idea yang keluar dari kanak-kanak yang di asuh dan dididik dengan acuan Islam. Inilah yang akan saya bincang dalam ebook ini, Bagaimana Melahir Dan Membentuk Anak Pintar Dan Beriman. Contoh Yang Perlu Anda Ikut: Nabi Muhammad SAW, seorang pintar dan berpengaruh luarbiasa, telah berjaya mengubah bangsa Arab menjadi satu bangsa yang gagah, berakhlak dan bertamadun hanya dalam jangka masa 23 tahun. 23 tahun adalah tempoh yang sangat pendek, hinggakan seorang professor dari Universiti Vienna, iaitu Dr. Chevrel berkata ; "belum tentu Eropah dapat mencapai apa yang telah dibuat oleh Nabi Muhammad SAW walaupun terpaksa mengambil masa selama 2,000 tahun." Inilah kekuatan yang ada pada manusia pintar. Dunia tidak dapat diubah oleh tenaga ribuan manusia, tetapi mungkin dapat diubah oleh fikiran seorang daripadanya. Kebangkitan Islam di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat di dukung oleh Mukmin yang pintar dan beriman. Contoh Lain selain Nabi Muhammad s.a.w ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Zaid bin Tsabit- penulis Al-Quran, bahasa Arab Abu Hurairah - penghafal hadis, Abdul Rahman bin Auf - pakar ekonomi, Salman Al Farisi - "master mind" perang khandak, Umar Ibnul Khattab - ahli politik dan pentadbir negara, Ali bin Abi Talib - intelek agama.

Mereka semuanya adalah manusia-manusia pintar yang telah menguatkan Islam melalui bidang masing-masing. Fikiran mereka lebih daripada orang lain.dan kelebihan itu, disalurkan untuk membangunkan Islam, bukan untuk kepentingan diri. Mukmin yang pintar sangat diperlukan di zaman kebangkitan Islam ini. Ketajaman, ketinggian dan kekuatan akal penting untuk perjuangan Islam. Sebab itulah, para Rasul wajib memiliki salah satu sifat, iaitu fatanah ertinya bijaksana. Oleh itu kebijaksanaan adalah satu sifat yang wajib ada kepada sesiapa sahaja yang memimpin perjuangan Islam. Pejuang Islam perlu bijaksana dalam merancang, menyusun dan bertindak dalam menghadapi suasana jahiliah moden ini, sepertimana bijaksananya para Rasul menghadapi suasana dan karenah umatnya zaman dahulu.

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

PENTING : Islam tidak akan kuat selagi umatnya masih jahil, buta strategi dan lemah fikiran. Perjuangan memerlukan keyakinan. Keyakinan diperkuatkan oleh daya fikiran. Tegasnya manusia pintar adalah harta terpenting dalam barisan pejuang Islam.

2.0 Takrifan Anak Pintar


Kanak-kanak pintar ialah kanak-kanak yang mempunyai kebolehan melebihi rakan sebaya atau lebih tua darinya. Pakar bahasa Ainon Mohd telah member tafsiran anak pintar ialah anak-anak yang lebih kebolehan. Beliau berkata perkataan Genius tak boleh diguna pada kanak-kanak, kerana kanak-kanak tiada pakar dalam sesuatu bidang atau menyelesai sesuatu masalah. Jika pandai dalam matematik atau muzik, bukan boleh dipanggil genius tetapi prodigy. Jika pun ia boleh hafal quran, ia bukan genius tetapi berbakat dan bijak. Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak" Fadzilah Kamsah Pakar motivasi

Bagaimana menlahir dan membentuk anak yang pintar, saya akan bincang nanti.

3.0 Takrifan Anak Beriman (Soleh Solehah)


Anak beriman ialah beriman pada Allah, Tugas memelihara anak kita supaya beriman adalah wajib, seperti mana Firman Allah Dalam Quran Surah At Tahrim ayat 6, yang bermaksud, Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu

dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu Dalam menghuraikan maksud memelihara keluarga dari api neraka, Saidina Ali berkata; yakni kamu didiklah mereka serta ajarlah mereka. Berkata Imam Qatadah; yakni kamu menyuruh mereka supaya mentaati Allah dan mencegah mereka dari memaksiatiNya serta kamu melaksanakan tanggungjawab kamu terhadap mereka dengan agama Allah, kamu

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

memerintahkan mereka dengannya dan membantu mereka untuk melaksanakannya. Apabila kamu melihat mereka melakukan maksiat, tegahlah mereka. Menurut Imam Muqatil; Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap lelaki muslim untuk mengajar ahli-ahli keluarganya (isteri dan anakanaknya) apa yang difardhukan Allah ke atas mereka dan apa yang ditegah Allah dari mereka. (Rujuk: Tafsir Ibu Kathir) Kelahiran anak-anak yang soleh tidak mungkin terhasil jika tidak bersumber manhaj Islam - iaitu AL-Qur'an dan Sunnah. Manhaj Islam perlu digali dan dijadikan asas didalam kehidupan berkeluarga. Suburkan persekitaran keluarga dengan kesuburan iman dan hindarkan jauh-jauh segala unsurunsur yang melalaikan, sia-sia serta merosakkan iman dan amal. Bersyukurlah anak-anak yang ibu bapanya begitu perihatin dan tahu apakah yag baik untuk dibawa masuk kerumahnya. Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna. (al-Anfal: 24) Umumnya umat Islam mengetahui adanya tuhan dan menyembah seperti dalam solat, namun ada juga yang tidak mengerti apakah hakikat tuntutan solat sebagai mencegah fashya dan munkar? Bagi memungkinkan keberkesanan dalam didikan Iman dan Islam, pengenalan yang jitu terhadap ALlah adalah suatu yang asas. Sesaorang yang beriman dan bersolat tetapi tidak menolak taghut tidak mempunyai kesempurnaan Iman. Dan sesiapa mengingkari taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang dengan simpulan yang teguh, yang tidak akan putus selama-lamanya. Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui. (al-Baqarah: 256) Adapun thagut, maknanya ialah segala yang menyesatkan manusia sama ada Iblis, Syaitan dan sebagainya. Menurut Imam Said bin Jubair dan Imam ad-Dhahhak; yang dimaksudkan dengan simpulan yang teguh dalam ayat di atas ialah kalimah. Oleh itu anak-anak soleh harus dilahirkan dengan asas utama iaitu menanamkan keimanan yang soheh melalui pengenalan dan penanaman aqidah yang sebenar terhadap Allah Ajjawajalla dan RasulNya..

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Apa yang kita Cari ? Apa yang kita cari ialah Pintar dan Beriman. Kalau pintar tak beriman pun tak lengkap. Kita perlu seimbang antara dunia dan akhirat. Kita nak semua orang Islam pintar dan beriman, maknanya kita mahu lahir ilmuan dan pakar dalam semua bidang dan dalam masa sama, ia adalah anak yang taat pada perintah Allah, Taat pada Ibubapa, menyumbang ilmu pada masyarakat seterusnya mengembangkan agama Allah ini.

4.0 Kesilapan Dalam Mendidik Dan Memelihara Anak-Anak.


1. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 2. Menegur anak secara negatif Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain. 3. Memberi didikan yang tidak seimbang Tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda (misalnya sains, matematik) dari pendidikan rohani (keagamaan). 4. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra bin Habis AtTamimiy sedang berada di rumah baginda.

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Berkata Aqra : Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka. Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 5. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak. 6. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anakanak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. 7. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 8. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anakanak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. 9. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 10. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 11. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. 12. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 13. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anakanak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anakanak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

5.0 Cara Mendidik Anak Soleh Dan Solehah


5.1 Didik anak cara Luqmanul Hakim
Surah Luqman secara umum, terutama ayat 13-19 difahami sebagai surah yang harus dibaca saat prosesi aqiqah atau kesyukuran atas kelahiran seorang anak, dengan harapan bahwa bapa nantinya dapat mencontohi tokoh Luqman yang diabadikan wasiatnya dan si anak juga dapat mengikuti petua dan nasihat seperti halnya anak Luqman. Tentu pemahaman ini dapat diterima, mengingat secara ayat-ayat ini memang membincangkan secara khusus tentang pesan Luqman dalam teknik atau cara mendidik anak sesuai dengan pesan Al-Quran. Apalagi pesan Luqman dalam surah ini sebenarnya adalah pesan Allah yang dibahasakan melalui lisan Luqman Al-Hakim , Apa Luqman kata, Allah telah menceritakan dalam Quran Surah Luqman ayat 13-19, lihat: Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi nasihat kepadanya: Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar .. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburukburuk suara ialah suara keledai. Apa yang perlu anda faham ? Surah Luqman secara umum, terutama ayat 13-19 difahami sebagai surah yang harus dibaca saat prosesi aqiqah atau kesyukuran atas kelahiran seorang anak, dengan harapan bahawa bapa nantinya dapat mencontohi tokoh Luqman yang diabadikan wasiatnya dan si anak juga dapat mengikuti petua dan nasihat seperti anak Luqman tersebut. Tentu pemahaman ini dapat diterima, mengingat secara gambaran ayat-ayat ini memang membincang secara khusus tentang pesan Luqman, cara mendidik anak sesuai dengan pesan Al-Quran. Apa lagi pesan Luqman dalam surah ini sebenarnya adalah pesan Allah yang dibahasakan melalui lisan Luqman Al-Hakim sehingga sifatnya mutlak dan mengikat; pesan Luqman dalam bentuk perintah, bermaksud perintah Allah, demikian juga

10

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

nasihatnya dalam bentuk larangan pada masa yang sama adalah juga larangan Allah yang harus dihindari. Luqman yang dimaksud dalam ayat-ayat ini menurut Ibnu Katsir adalah Luqman bin Anqa bin Sadun. Ia adalah anak dari seorang bapak yang Tsaaran. Pengabadian kisah Luqman memang berbeda dengan pengabdian tokoh lain yang lebih komprehensif. Pengabadian Luqman hanya berkisar seputar nasehat dan petuanya yang sangat layak dijadikan acuan dalam mendidik anak secara Islam. Tentu masih banyak lagi cara Islam dalam mendidik anak berdasarkan ayatayat atau hadits Rasulullah saw yang lain. Namun paling tidak, pesan Luqman ini bukan sekadar pesan biasa umumnya seorang bapa kepada anaknya, namun merupakan pesan yang penuh dengan sentuhan kasih sayang dan penuh dengan muatan idealogi serta tersusun berdasarkan keutamaan. Bermula dari pesan agar: a. Mengesakan Allah b. Tidak menmpersekutukannya c. Bersikap tawadu dan santun yang tercermin dalam cara berjalan dan berbicara. Kedua jenis pesan dan nasehat tersebut ternyata tidak keluar dari dua prinsip utama dalam ajaran Islam iaitu ajaran tentang akidah dan akhlak. Ini konsep pendidikan Luqman yang paling penting dan perlu di contohi. Menurut Sayid Quthb, rangkaian ayat-ayat yang membincangkan tentang Luqman dan nasihatnya yang diawalkan dengan anugerah hikmah kepada Luqman di ayat 12 merupakan pembahasan kedua dari pembahasan surah Luqman yang masih sangat berkaitan dengan pembahasan episod pertama, iaitu persoalan akidah. Pesan Luqman sendiri pada asasnya adalah pesan akidah yang memiliki beberapa maksud; di antaranya berbakti dan berbuat kebaikan kepada kedua orang tua sebagai bukti rasa syukur atas kasih sayang dan pengorbanan mereka merupakan tuntutan atas akidah yang benar kepada Allah swt. Sentiasa merasakan kehadiran dan pengawasan Allah dalam

11

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

setiap langkah dan perbuatan merupakan gambaran sebenar dari keyakinan akan sifat Allah Yang Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Mengawasi. Kemudian dari segi menjalankan kerja amar makruf dan nahi munkar yang disertai dengan sikap sabar dalam menghadapi segala rintangan dan tentangan merupakan bukti akan kekuatan iman yang bersemayam di dalam hati sanubari, hingga pada pesan untuk sentiasa bersikap tawaduk dan tidak sombong, baik dalam tingkah laku mau pun dalam bercakap. Semuanya tidak lepas dari ikatan dan tuntutan akidah yang benar. Pembahasan tentang akidah dalam surah ini memang wajar kerana surah Luqman termasuk surah Makkiyyah yang memberi fokus pada penanaman dan memperkuatkan akidah secara utama.. Siapa Luqman alhakim. Terdapat banyak pendapat siapa Luqman, apakah ia seorang nabi atau ia hanya seorang lelaki soleh yang diberi ilmu dan hikmah, yang jelas jumhur ulama lebih cenderung memilih pendapat yang mengatakan bahwa ia hanya seorang hamba yang soleh dan ahli hikmah, bukan seorang nabi seperti yang diperkatakan oleh sebagian ulama. Gelaran Al-Hakim di akhir nama Luqman tentu gelaran yang tepat untuknya sesuai dengan ucapannya, perbuatan dan sikapnya yang memang menunjukkan sikap yang bijaksana. Allah sendiri telah menganugerahnya hikmah seperti yang ditegaskan dalam ayat sebelumnya: Lihat ayat 12 ; Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: Bersyukurlah kepada Allah. dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), Maka Sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Luqman: 12) Yang menarik disini bahawa Luqman bukanlah seorang yang terkenal atau memiliki pengaruh. Ia hanya seorang hamba Habasyah yang berkulit hitam dan tidak punya kedudukan sosial yang tinggi di dalam masyarakat. Namun hikmah yang diterimanya menjadikan ucapannya dalam bentuk pesan dan nasihat layak untuk diikuti oleh seluruh orang tua tanpa terkecuali. Hal ini terungkap dalam riwayat Ibnu Jarir bahwa seseorang yang berkulit hitam pernah mengadu kepada Said bin Musayyib. Maka Said menenangkannya

12

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

dengan mengatakan: Janganlah engkau bersedih (berkecil hati) karena warna kulitmu hitam. Sesungguhnya terdapat tiga orang pilihan yang kesemuanya berkulit hitam, yaitu Bilal, Mahja maula Umar bin Khattab dan Luqman Al-Hakim. Demikian nasihat dan pesan Luqman dalam mendidik anaknya yang didahului oleh pendidikan akidah tentang keEsaan Allah dan pengetahuanNya yang hebat yang akan melahirkan sikap hamba Allah, rendah diri, hati-hati dan muraqabatuLlah dalam bersikap dan bertindak. Kekuatan dan kemantapan akidah tersebut akan bertindak balas dalam berakhlak dan berperilaku kepada orang lain, terutama sekali terhadap kedua orang tua. Sungguh satu upaya yang serius dari seorang Luqman yang bijak untuk mendekatkan dan memperkenalkan seorang anak sejak dini dengan Penciptanya yang menampak pada kebaikan dan kesejahteraan lahir dan batin, serta menjadikannya memiliki tingkat pertahanan dan pertahanan diri yang kukuh bagi menhadapi bermacam godaan kehidupan yang dirasa kian melalaikan dan menjerumuskan. Ringkasnya ialah: 1. 2. 3. 4. Menjadi anak yang beriman pada Allah dengan sebaik-baik mungkin Menjadi anak yang hormat dan taat pada ibubapanya Berbuat baik pada masyarakat Memiliki anak bijak atau pintar suatu kelebihan

Allahu alam.

5.2 Surah Amalan Kisah Benar Ibu Adi Putra


Ini merupakan kisah benar yang berlaku di Malaysia. Ibu kepada kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani,6 (ketika berita ini ditulis) gemar membaca surah Maryam, Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian, terutama pada waktu lapang ketika mengandungkannya. Serihana Elias 30 (ibu Adi Putra), berkata, dia juga tidak dapat melupakan peristiwa bermimpi melihat sebutir berlian di langit, hasil gabungan lima bintang yang cukup terang dan bersinar-sinar ketika berusia belasan tahun dan percaya ia ada kaitan dengan kelahiran Adi Putra. Mengandungkannya tidak sama mengandungkan dua anak yang lain. Naluri untuk mengaji dan membaca tiga surah berkenaan lebih kuat. Kalau hari ini saya membaca surah Maryam berulang-ulang kali, keesokannya pula saya membaca

13

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

surah Yusuf dan Luqman, kata Serihana, ketika dilakukannya ketika mengandungkan anak bongsunya itu.

menceritakan

amalan

Serihana yang mendirikan rumah tangga dengan Abdul Ghani Abdul Wahid, ketika berusia 18 tahun, berkata amalan membaca al-Quran ketika mengandung sudah menjadi kebiasaan kepada dirinya. Ketika mengandungkan dua anak yang lain iaitu Amirul Ezuan, 10, dan Seri Amelia, 8, saya tidak menumpukan kepada tiga surah saja, sebaliknya akan membaca keseluruhan surah dalam al-Quran, katanya yang pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Slim River, Perak, selama lima tahun. Adi Putra yang belajar sendiri di rumah bersama ibu bapanya dianggap pakar dalam menyelesaikan soalan Algebra, Trigonometri dan Indeks dan kepintarannya itu menyebabkan beberapa guru gemar merujuk kepadanya mengenai formula tertentu menyelesaikan soalan matematik. Dia sering menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini sudah menerima 26 sijil penghargaan, termasuk diiktiraf sebagai pakar motivasi daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut, Matang dan Selama. Kepintarannya juga menyebabkan ada sekolah rendah dan menengah menjemputnya untuk memberikan motivasi, selain dua institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia (USM). Menurut Serihana, dia tidak dapat melupakan mimpi itu sampai bila-bila kerana bukan mimpi biasa sebagai mainan tidur. Mimpi itu penuh makna kerana saya melihat lima bintang membentuk sebutir permata yang bersinar-sinar di langit. Mulanya saya sangka kehidupan menjadi semakin hebat sebelum berkahwin, tetapi biasa saja. Bagaimanapun, selepas berkahwin dan menimang cahaya mata bernama Adi Putra, barulah saya sedar mungkin mimpi itu sebagai petunjuk kelahiran insan istimewa, katanya. Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengatakan kepintaran luar biasa Adi Putra dikesan ketika anak bongsunya itu dapat menghafal sifir Matematik sekali gus membetulkan kesilapan sifir yang diperdengarkan abang sulung. Adi Putra anak yang istimewa. Dia mempunyai aura yang sama sekali tidak dimiliki kanak-kanak lain seusianya. Kepintarannya agak luar biasa sehingga mampu menyelesaikan masalah Matematik, selain mencipta formulanya sendiri.

14

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Saya sama sekali tidak menduga Adi Putra mampu menghafal sifir. Mustahil bagi seorang kanak-kanak berusia empat tahun dapat menghafal sifir berkenaan. Lagipun dia tidak pernah mendapat pendidikan secara formal di sekolah ataupun mendalami subjek itu. Pada mulanya Adi Putra sekadar menangis meminta untuk dia turut sama menghafal sifir seperti abangnya. Bagaimanapun saya tersentak, selepas dia mampu menghafal sifir dua, sebelum menghafal keseluruhan sifir terakhir iaitu dua belas, katanya. Sambil berbangga dengan kepintaran anaknya, Serihana berkata, dia bukan saja seorang pintar, tetapi bercita-cita untuk menjadi Profesor Matematik Islam berjaya sekali gus menyebarkan ilmu dimiliki kepada masyarakat. Sikap suaminya yang penyayang dan mengambil berat terhadap anak sedikit sebanyak menaikkan motivasi Adi Putra dan anak lain. Dua petua yang diamalkan abang yang sewajarnya diikuti ibu bapa, pertamanya mereka perlu memilih nama yang baik dan keduanya nama anak perlulah dipanggil dengan nama penuh kerana mempunyai kaitan dengan pintu rezeki mereka, katanya. Difahamkan Adi Putra yang bertemankan sebuah komputer akan dapat menyelesaikan masalah Matematik atau menemui formula baru, selepas mendapat ilham antara jam 12 tengah malam sehingga empat pagi. Dia turut menanam azam tinggi untuk menabur bakti seperti idolanya iaitu Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh. Adi Putra pernah menunjukkan kepintaran luar biasanya dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru, Kuala Kurau, Perak apabila memberi jawapan betul dan pantas mengalahkan 19 guru dan 230 murid Tahun Satu hingga Enam sekolah berkenaan. Malah, kanak-kanak itu hanya mengambil masa kurang satu minit menjawab soalan asas matematik, manakala soalan peringkat sekolah menengah dan asas universiti pula kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya. DRAGONIZER: Lahirnya tokoh terbilang Matematik berbangsa Malaysia... semoga Adik Adi Putra akan mendapat ijazah Doktor Falsafah sebelum mencapai usia 17

15

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

tahun... teringat kisah gadis pintar matematik suatu ketika dahulu... Harian Metro Pengajaran :

Sumber

Adi ialah insan yang di kurnia Allah kepintaran luar biasa. Pengajaran dari kisah di atas ialah amalan ibu bapa Adi. Ibunya seorang yang suka baca Quran terutama surah surah Maryam, Yusuf dan Luqman ketika mengandung. Selain itu Ibunya seorang yang baik dan rajin solat. Bapanya seorang penyayang dan bertanggungjawap. Ia memanggil anak-anaknya dengan nama penuh, misalnya ADI PUTRA, bapanya tak panggil Di, atau Putra, atau Adi, dia akan panggil nama penuh Adi Putra. Ia ada hikmah di situ. Harapan kita, kalau tak jadi macam Adi Putra tak mengapa, tetapi biarlah anak kita jadi seorang yang cerdik dan mudah memahami apa yang kita ajar atau guru ajar. Seterusnya hormat pada kita sebagai ibu bapa, hormat guru dan masyarakat sekeliling.

5.3 Doa Yang Boleh Anda Amalkan


A.Doa Mendidik Anak Jadi Soleh / Solehah

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

16

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

Maksudnya: Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orangorang yang soleh. (Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

B. Doa Agar Anak-Anak Mengerjakan Sembahyang SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40

17

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. C. Doa Melembutkan Hati Anak-Anak Yang Nakal / Tak dengar kata SURAH TAHA AYAT 1-6

D. DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

18

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

E. Mengajar Anak Doa Untuk Ibu Bapa SURAH IBRAHIM (14) AYAT 41

Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

6.0 Cara-Cara Mendidik Anak Mengikut Umur


Kategori Umur Kanak-kanak a. 0 - 1.5 tahun, Bayi

19

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

b. c. d. e. f.

1.5 4 tahun, Kanak-kanak bertatih 4 11 tahun, Peringkat tengah kanak-kanak (budak sekolah rendah) 10 - 11 tahun, (lebih kurang) Prapubesens; 11 12 tahun, Praremaja (atau peringkat akhir kanak-kanak); 13 - 20 tahun, Remaja dan baligh

Kategori Umur Dewasa a. b. c. d. 18 16 40 60 -25 tahun, Dewasa muda (umur minimum yang tepat berbeza-beza) 39 tahun, Kedewasaan awal - 59 tahun, Separuh umur tahun ke atas, Orang tua

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanak-kanak Bermaksud menyesuaikan keadaan didikan dengan umur anak kita, di sini kita sebagai ibu bapa kena pandai memain peranan, melihat keperluan dan didikan mereka mengikut tahap dan peringkat umur. Ibu bapa juga kena lihat kemampuan dan penerimaan anak bagi setiap arahan atau tunjuk ajar yang di buat, antara pendekatan yang boleh di buat ialah: 1. Mewujudkan interaksi sosial secara dua hala dan harmoni dengan anak. 2. Mewujudkan keadaan dan suasana rumah serta persekitaran yang harmoni, aman dan damai. 3. Kehidupan keluarga perlu berpandukan peraturan agama dan nilainilai akhlak yang murni. 4. Mengekalkan kestabilan perkahwinan dengan saling menghormati, menyayangi dan bekerjasama tanpa dipaksa. 5. Beri perhatian terhadap perkembangan anak. 6. Jelaskan peraturan dan disiplin hidup dalam rumah dan keluarga. 7. Wujudkan suasana dan kepimpinan keluarga yang demokrasi, adil dan penyayang.

20

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

8. Elakkan memaksa anak bertindak di luar kemampuan. 9. Sediakan keperluan asas fizikal seperti makan, minum, pakaian, kediaman selesa, perlindungan dan pelbagai lagi. 10. Wujudkan keperluan sosial dan emosi anak seperti kasih sayang, rasa dimiliki, dihargai dan seumpamanya. 11. Didik anak agar makan dengan tangan kanan dan membaca doa makan serta bismillah 12. Bawa anak bersiar-siar atau melakukan aktiviti bersama-sama.

Mendidik Peringkat Bayi 1. Tunjuk dan sentiasa pamerkan kasih sayang dengan belaian anda. 2. Sentiasa bertenang dalam menangani karenah bayi. 3. Selalu menghayati detik-detik perkembangan dirinya. 4. Mengambil gambar sebagai kenangan apabila anda tertarik dengan gerak-geri atau senyumannya. 5. Memberi anak anda susu ibu. 6. Membawa bersiar-siar untuk mengeratkan hubungan. 7. Selalu membaca untuknya. Mendidik Peringkat Kanak-kanak 1. Tunjukkan kasih sayang kepadanya. 2. Selalu membaca bersamanya.

21

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

3. Belikan permainan yang tidak spesifik mengikut jantina. 4. Amalkan disiplin secara konsisten. 5. Didik anak-anak tentang peraturan yang betul dan salah dalam hidupnya.

Mendidik Peringkat Remaja 1. Teruskan bergambar bersama anak anda. 2. Bertenang dan elakkan kata-kata yang boleh menyakitkan hatinya. 3. Sertai kegiatan atau menyokong aktiviti yang anak anda lakukan. 4. Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak anda. 5. Teruskan mengajar anak-anak tentang perkara-perkara yang betul dan salah dalam kehidupan. 6. Mendengar dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh anak remaja kerana ini akan membantu menunjukkan kasih sayang anda terhadap mereka.

7.0 Panduan Dapat Anak Pintar


7.1 Pemilihan Benih Pintar Kelahiran anak pintar perlu dirancang. Walaupun kemampuan dan ketinggian akal fikiran merupakan sesuatu yang memang telah ditentukan oleh Allah, tetapi berusaha untuk mendapatkannya, tidak salah.

22

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Langkah inilah yang telah diambil oleh para Rasul dan Nabi pada zaman dahulu. Usaha mereka bermula lebih awal lagi, iaitu sebelum perkahwinan dijalankan. Rasulullah SAW telah menunjukkan panduan asas untuk mendapatkan anak pintar. Baginda bersabda, maksudnya ; Pilihlah tempat yang baik untuk air mani kamu keturunan kamu sesungguhnya urat itu [keturunan] mempengaruhi. (Ibnu Majah dan Ad Dailami) Dalam riwayat Rasulullah SAW bersabda lagi ; maksudnya : Carilah tempat yang sesuai (isteri) untuk air mani kamu , sebab sesungguhnya wanita-wanita itu melahirkan orang-orang yang menyerupai saudara lelaki mereka dan saudara perempuan mereka. (Ibnu Ady dan Ibnu Asakir) Maksud hadis di atas menjelaskan bahawa keturunan sedikit sebanyak biasanya dipengaruhi oleh pihak ibu. Oleh sebab itu dalam perkahwinan, diberatkan pemilihan dibuat di pihak isteri dari segala sudut. Banyak sekali hadis-hadis yang membicarakan tentang sifatsifat wanita yang patut dijadikan pasangan untuk menjamin zuriat yang baik. Jarang bahkan kurang hadis membincangkan tentang sifat-sifat kaum lelaki yang dijadikan pilihan untuk melahirkan zuriat yang baik . Selain daripada pengaruh keturunan, wanita di antara golongan yang rapat hubungan dengan anak-anak. Oleh sebab itu betapa mereka amat ditekankan agar dipilih daripada keturunan yang baik (beragama). Selain daripada keturunan, Rasulullah SAW juga menggalakkan para sahabat berkahwin dengan pasangan yang jauh atau yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan. Perkahwinan campur sering terjadi di zaman Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri berkahwin dengan Safiyah, wanita keturunan Yahudi dan Mariah keturunan Qibti. Rasulullah SAW bersabda,

23

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

maksudnya ; Pilihlah yang jauh dan jangan pilih kerabat yang dekat. (Tarbiyyatul Aulad) Selain daripada itu, Islam juga telah mengariskan adab-adab sebelum dan semasa melakukan perhubungan jenis dalam usaha mendapatkan anak yang soleh dan pintar. Ibu bapa perlu membaca doa sebelum bersetubuh supaya anak yang bakal dilahirkan selamat daripada gangguan syaitan. Antara adab-adab yang lain, jangan bersetubuh sewaktu badan terlalu letih atau kenyang, mendahului persetubuhan dengan cumbu rayu (untuk menjamin kepuasan) dan lain-lain perkara yang boleh diketahui dengan membaca kitab-kitab karangan ulamaulama muktabar zaman dahulu. Hal ini membuktikan betapa seriusnya Islam merancang menyediakan panduan dan membimbing umatnya untuk mendapat zuriat yang baik. Hasil daripada jalan inilah, generasi salafussoleh dapat melahirkan ulama seperti Imam Shafie yang hafaz Al-Quran ketika berumur 9 tahun, hafaz ribuan hadis dan syair serta kitab-kitab besar seperti Al Muwatak. Ilmu yang dimiliki oleh ulama-ulama zaman itu lebih luas daripada apa yang dimiliki oleh ulama-ulama zaman ini. 7.2 Contoh Dan Pentingnya Anak Pintar Pengetahuan mereka merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Imam Ghazali misalnya, bukan sahaja pakar dalam bidang agama tetapi pakar juga dalam bidang falsafah, astronomi, ekonomi dan lain-lain. Jumlah umat Islam di dunia hari ini lebih 1,000 juta (hampir seperempat penduduk dunia). Dengan bilangan seramai itu, tentu ada anak-anak yang mempunyai akal bertaraf pintar. Mereka itu mesti dicari dan diberi kemudahan secukupnya untuk menjamin pertumbuhan akal yang sedia baik itu, agar terus berkembang sehingga dewasa. Didikan dan ilmu mesti diberikan secara kemas dan bersungguh-sungguh. Pusat-pusat penempatan dan persekolahan khusus mesti didirikan untuk memberi bantuan dari segi bahan pembelajaran jika mereka daripada anak-anak yang miskin.

24

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Masyarakat Islam mesti menghargai benih-benih pintar ini justeru merekalah harapan kepada kebangkitan ummah Islam pada masa akan datang. Selama ini kita kurang menghargai anak-anak pintar. Kita tidak peka kepada soal yang penting ini. Akibatnya, anak orang Islam sendiri telah disambar oleh musuh-musuh Islam dan dilatih untuk menjahanamkan Islam. 7.3 Latihan Anak Pintar Di zaman kegemilangan Islam, hal yang sebaliknya telah berlaku. Anak-anak orang kafir telah dapat dididik dan dilatih oleh umat Islam untuk memperjuangkan agama. Anak-anak orang Monggol misalnya, telah dapat di Islamkan dan mereka kemudiannya telah muncul sebagai pejuang Islam yang berani. Di dalam bala tentera Empayar Turki Uthmaniah pula ada pasukan tentera yang perkasa bernama Janizari. Mereka asalnya anak-anak orang Kristian yang telah kematian ibu bapa dalam peperangan dengan orang-orang Islam. Ini menunjukkan benih-benih pintar yang diberi oleh Allah secara semulajadi dapat digunakan dua hala - untuk membangunkan Islam atau meruntuhkannya. Rasulullah SAW telah cuba sedaya upaya mengaut seberapa ramai orang-orang pintar daripada kelompok musuh untuk berjuang bersama-sama tentera Islam. Baginda berjaya menarik Khalid Ibnul Walid - pintar di medan peperangan dan Amru Ibnu Ash - pintar di bidang politik dan diplomatik ke pihak Islam. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya : "Manusia itu laksana barang galian dari segi baik dan buruknya, yang baik antara mereka di zaman Jahiliah adalah yang baik juga pada zaman Islam, jika mereka mempunyai pengetahuan." (Ath-Thayalisi, Ibnu Mani' dan Al Askari dan Abu Hurairah)

25

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Di zaman kegemilangan Islam anak-anak pintar Kristian dihantar ke Sepanyol atau Baghdad untuk menimba ilmu. Islam pada waktu itu bukan sahaja menguasai tanah-tanah di dunia tetapi turut menguasai akal dan jiwa manusia yang hidup di atasnya. Ini menunjukkan pentingnya orang yang bijak dalam suatu kerajaan yang menjadi tulang belakang pentadbiran serta pengurusan suatu Negara. Pusat pendidikan Islam telah menjadi "jaring" menanam asas-asas tauhid dan kesempurnaan ajaran Islam di dalam apa juga kesempatan yang terbuka. Arkitek-arkitek kristian dan para cendikiawannya datang bernaung di negara-negara Islam untuk melanjutkan pelajaran atau mencari rezeki. Umat Islam telah menjadi tuan di dunia. Kini Fikiran dan jiwa pintar Islam ini telah dijajah. Mereka memandang tinggi apa yang ada pada orang-orang Barat dan bermati-matian mempertahankannya jika diserang. Di zaman kebangkitan Islam kini, "anak-anak didik" penjajah inilah menjadi penentang utamanya. Umat Islam zaman ini masih ketinggalan dalam usaha melahirkan anak-anak pintar. Hampir-hampir tidak ada perancangan yang baik dalam mendirikan perkahwinan. Faktor-faktor perjuangan dan pengaruh Islam tidak dipentingkan. Ramai yang berkahwin atas dasar cinta, dasar harta atau lain-lain alasan yang rendah nilainya. Tidak ada "Grand-master" yang dapat merancang perkahwinan strategi untuk meningkatkan lagi kekuatan jemaah Islam. Kalau dahulu, di zaman Rasulullah SAW, perkahwinan para sahabat dengan wanita-wanita dari suku kaum yang telah tewas dalam peperangan adalah biasa, tetapi kini perkahwinan yang mempunyai maksud politik seperti itu hampir-hampir tidak kedengaran lagi. Siapakah pemuda Islam yang sanggup dikahwinkan dengan anak ketua suku kaum di pedalaman Sabah atau Sarawak misalnya?. Dan apakah ada anak

26

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

gadis Islam yang sanggup dikahwinkan dengan ketua orang asli di kawasan-kawasan pedalaman?. Nanti kelak mereka dapat berperanan mengembang dan mempengaruhi masyarakat pendalaman ke arah cara hidup Islam. Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri Singapura telah mendahului pemimpin-pemimpin Islam dalam hal ini. Padanya untuk melahirkan generasi pintar pada masa hadapan, para intelek hendaklah dikahwinkan sesama mereka. Ini menurutnya, adalah penting demi "survival" rakyat Singapura di masa hadapan. Di Rusia dan Amerika pula, anak-anak yang berpotensi menjadi anak pintar diberi kemudahan secukupnya dari segi bahan / alatan dan pelajaran. Membiayai semua keperluan ini dianggap satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Kenapa kita selaku umat Islam masih kabur dalam perkara seperti ini. Sewaktu ini orang-orang Barat dan komunis menyimpan otak genius tokoh mereka yang telah mati seperti otak kepunyaan Stalin, Lenin, Einstein dan lain-lain lagi. Kononnya menurut mereka mampu dimanfaatkan semula. Ketika yang sama umat Islam masih membiarkan ratusan dan mungkin juga ribuan anak-anak genius yang sedang hidup di Indonesia, Malaysia, Pakistan, Negara-negara Arab, Turki, China dan lain-lain lagi, tidak dimanfaatkan otak mereka bagi merangka grand-design untuk kebangkitan Islam semula. Mengapa mereka terbiar atau dibiar?. Kerana kita umat Islam kurang menghargai anak-anak pintar kita yang berotak genius. Kita tidak sedar bahawa anak-anak pintar umpama benih tumbuhan yang baik. Ia memerlukan tanah yang subur dan penjagaan yang rapi untuk tumbuh sebagai sepohon pokok yang rendang dan dapat menghasilkan buah yang baik dan berharga. Anak pintar akan menjadi anak yang bodoh jika ia terbiar, tanpa didikan dan pembelajaran yang baik dan terancang.

27

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Inilah yang dikesalkan oleh Malik Ben Nabi, seorang sarjana Islam dengan katanya ; "Adalah amat mendukacitakan sekali bila kerajaan komunis telah berbelanja besar untuk mengindokrinasikan kanakkanak dan dunia amnya dengan falsafah Atheist dan Marxist. Sedangkan negara-negara muslim tidak berbuat demikian untuk tujuan Islam." Pintar Islam .. ? Pintar Islam ialah orang yang dapat kekuatan akal hasil mengingati mati untuk lebih gigih berjuang dalam hidup. Sabda Rasulullah SAW maksudnya ; "Orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati dan bersedia dengan bekalan untuk hari selepas mati." (Ibnu Majah dan Ibnu Abi Dunya) Rahsia Kekuatan Islam ? Itulah dua rahsia kekuatan Islam, iaitu mengingati mati dan berusaha membuat persediaan untuk hari selepas mati. Orang yang sentiasa mengingati mati ia akan dinamik dan berusaha melahirkan kemajuan dan tamadun untuk dipungutnya pahala di akhirat. Kerana ia yakin dan faham, dunia adalah tempat menanam sebanyak-banyak, sementara hasilnya akan dipungut di akhirat. Siapa yang menanam sedikit atau yang menanam yang tidak baik ia akan kerugian di akhirat. Itulah anak generasi dan tokoh pintar Islam mereka yang jiwanya penuh dengan keimanan dan akalnya bercahaya dengan suluhan wahyu dan anggotanya gagah dalam menegakkan "Kalimatullah". Kita sesungguhnya menunggu anak-anak pintar yang mempunyai sifat-sifat itu bagi menyambung perjuangan yang ditinggalkan oleh generasi salafussoleh dahulu. Lahirkan Anak Pintar Dan Beriman Sekarang !!

28

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Ketahuilah anak pintar tidak akan lahir begitu sahaja, tapi ia lahir dengan perancangan sejak permulaan perkahwinan, ketika mengandung, setelah lahir dan membesar hinggalah dewasa. Dalam masa itu mereka perlu melalui proses pendidikan terus menerus secara Islam tanpa dicelah dan diganggu oleh elemenelemen yang membantutkan perkembangan dan pertumbuhan pintar dan akhlak mulia. Kembangkan Ilmu Dan Allah Akan Beri Ganjaran Pada Kamu Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang memerlukan. Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, kerana jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan tumbuh dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.

29

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

8.0 Rahsia Pemakanan Ulama Dahulu Dan Amalan Untuk Menjadi Sihat Dan Pintar
8.1 Apakah Rahsia Mereka ? Mempunyai akal yang cerdas, kuat ingatan, kuat hafalan serta pintar? Sehingga mampu menghafal AlQuran , mengingati beribu-ribu hadis Nabi SAW? Dapat menguasai pelbagai ilmu sejak kecil? Dapat berijtihad, menyelesaikan masalah umat? Dapat mengekalkan kesihatan akal serta tidak lupa dan nyanyuk disepanjang kehidupan mereka. SEMUA pertanyaan di atas sudah ditemui rahsia makanan ulamak-ulamak terdahulu.

8.2 Makanan kecerdasan otak 1. A'sal (Madu lebah) 2. Karaps (Bijirin) 3. Za'faran (Stigma Bunga) 4. Su'dun (Akar Tumbuhan) 5. Qaranful (Bunga) 6. Lubban (Getah Pokok) 7. Zanjabil (Halia) 8. Khardal (Bijirin) 9. Na'na (Daun Pudina) 10. Habbatus Sauda' (Bijirin) 11. A'das (Bijirin) 12.Zabib (Kismins) 13. Laban (Susu kambing tulen) 8.3 Khasiat Makanan di atas ialah : Di sini, hanya terangkan dengan ringkas 13 bahan kecerdasan minda seperti mana yang disebut dalam Kitab-Kitab Perubatan Islam. 1. A'sal (Madu lebah)

30

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Dalam Kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda sepertimana yang diterangkan nanti. Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Nahl ayat 68-69 , Maksudnya: "...dari perut lebah itu keluar minuman ( madu ) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia." Dalam kitab al-has a'lahafzailmu oleh Abdul Rahman Al-Juziah (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa "Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan." 2. Karaps (Bijirin)

Dalam kitab Tibbun nabi , muka surat 47, Nabi SAW sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda SAW: Maksudnya: "Makanlah oleh kamu karaps , kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s)"

31

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Sabda Baginda SAW lagi tentang kebaikan karaps: Maksudnya: "Hendaklah kamu mengambil karaps , jika sekiranya sesuatu dapat menambah akal, maka ianya adalah karaps." 3. Za'faran (Stigma bunga)

Stigma Bunga Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan: Maksudnya: "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir." 4. Su'dun (Akar tumbuhan) Kebaikan Su'dun untuk kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 3 di atas. Za'faran dan Su'dun dikehendaki makan bersama madu pada setiap hari. 5. Qaranful (Bunga) Dalam kitab Tibbul Imamal Sodiq muka surat 381, Imam Ja'afar AlSodiq (r.a), lahir pada 80H, ( guru kepada Imam Abu Hanifah r.a), pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir iaitu:

32

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Maksudnya: " Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam Ja'afar Al-Sodiq). Bagaimana kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami? Lalu Imam Ja'afar Al-Sodiq berkata, Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) Qaranful , begitu juga kundur zikri ( lubban ) serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari." 6. Lubban (Getah pokok) Lubban disebut juga sebagai kundur zikri seperti dalam kenyataan Imam Ja'far r.h pada kenyataan bahan nombor 5 di atas. Lubban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab Tibbun nabi , muka surat 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas r.d, Anas r.a dan Sayidina Ali k.w: Maksudnya: "Diriwayatkan dari Sayidina Ali k.w bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Sayidina Ali k.w menyuruh ia menggunakan lubban , kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan." 7. Zanjabil (Ubi Tumbuhan/ halia) Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, iaitu surah Al-Ihsan ayat 18 : Maksudnya: "..mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman campurannya zanjabil ." Dalam kitan Tibbul . muka surat 388 dan kitab Tibbul Imama Ar-Ridho muka surat 121, menyebutkan riwayat ulamak yang terkenal iaitu Imam Al-Ridho r.h (141-203H) menyatakan bahawa: Maksudnya: " Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan maka hendaklah dia makan tiga potong zanjabil yang dicampur dengan madu dan juga khardal (Sejenis bijirin) bersama dengan makanan pada setiap hari."

33

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

8. Khardal (Bijirin)

Secara ringkas, kebaikan khardal dan kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor 7 di atas pada kenyataan Imam Al-Ridho r.h (141-203H), menyuruh kita memakaan khardal dan zanjabil bersama madu pada setiap hari. 9. Na'na (Daun pudina) Dr. Riyad Muhammad , salah seoarang ulamak perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya Dalil al mua'lijinn bil quran nul karim muka surat 298, menyuruh kita memasukkan daun na'na dan habbatus sauda' ke dalam madu untuk kecemerlangan minda, beliau menyatakan: Maksudnya: " Digoreng (dikeringkan) na'na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak habbatus sauda' diminum suam-suam serta di baca ayat Al-Ruqayyah sebanyak 7 kali , ayat Syifa' serta Surah Yassin."'

34

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

10. Habbatus sauda' (Bijirin)

Kegunaan habbatus sauda' bersama madu untuk kecerdasan minda seperti kenyataan bahan nombor 9 di atas. Dalil atau nas kebaikan habbatus sauda' terlalu banyak diantaranya sabda Rasullullah SAW dalam hadis sohih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda SAW menyatakan: Maksudnya: "Daripada hadis Abi Salamah r.d bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati" 11. A'das (Bijirin) -keluarga kacang parpu A'das adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61 . A'das dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab Tibbul . muka surat 389 menyebutkan: Maksudnya: "Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan yang manis-manis (seperti madu), makan a'das , makan roti dan membaca ayat Al-Kursi."

35

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

12. Zabib (Kismis)

Dalam kitab Tibbun nabawi oleh Ibnu Qayyim Al-Juzi , muka surat 241 menyebutkan bahawa: Maksudnya: " Imam Al-Zuhri berkata: sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis) ". 13. Laban (Susu kambing tulen) Allah SWT berfirman dalam Al-Quran tentang kebaikan Laban dalam dua surah iaitu surah Al-Nahl ayat 66 dan Surah Muhammad ayat 15 . Dalam Surah Al-Nahl ayat 66 : Maksudnya: " Sesungguhnya pada binatang-binatang ternakan itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan ikhtibar, kami beri minuman kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perut, yang lahir di antara hampas makanan dengan darah iaitu susu yang bersih , mudah diminum lagi sedap rasanya ." Empat nasihat Imam Shafie r.h untuk menambahkan kecerdasaan akal: a. b. c. d. Meningggalkan cakap-cakap kosong Menggunakan siwak (kayu sugi) Duduk bersama majlis orang-orang soleh Duduk bersama majlis ulamak

36

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

9.0 Amalan Makanan Seimbang Untuk Kecergasan Otak

AMALAN pemakanan seimbang penting bagi membantu tumbesaran kanak-kanak dengan sempurna sekali gus dapat menyesuaikan diri dengan dunia orang dewasa. Alam kanak-kanak juga adalah tempoh yang kritikal kerana ini adalah masa di mana mereka memupuk tabiat suka kepada sesuatu makanan. Justeru pada tempoh ini mereka harus didedahkan dengan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang. Malah pemakanan yang seimbang bukan sahaja mampu melahirkan badan sihat dan cergas, tetapi juga minda yang cerdas. Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Bulan pemakanan Sihat Malaysia, Dr. Tee E Siong memberitahu, zaman kanak-kanak merupakan saat penting untuk membiasakan mereka mengambil makanan berkhasiat . "Hal ini penting kerana boleh membentuk tabiat pemakanan yang baik,'' katanya ketika ditemui sempena pelancaran Bulan Pemakanan Sihat Malaysia di Sekolah Kebangsaan Bangsar, Kuala Lumpur barubaru ini.. Kata Dr. Tee, penekanan dan pemahaman tentang kandungan nutrien yang ada pada setiap makanan perlu diterapkan sebelum mereka

37

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

mencecah usia setahun sebagai tanda ingatan sebelum peningkatan selera makan berlaku. Perangkaan menunjukkan bahawa bilangan kanak-kanak yang mengalami masalah pemakanan adalah besar. Justeru usaha perlu diteruskan untuk menggalakkan tumbesaran optimum kanak-kanak Malaysia. "Perangkaan menunjukkan bahawa kanak-kanak dalam kumpulan umur 7-12 tahun adalah yang paling tinggi mengalami peningkatan berat badan," katanya. Jelasnya, perangkaan tersebut adalah berdasarkan Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-3 dan kajian berbeza yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dr. Tee berkata, dalam kajian tersebut menunjukkan bahawa pemakanan tidak seimbang masih berlaku terutama di kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Dalsam situasi tersebut, ibu bapa perlu menyedari keperluan pemakanan anak-anak mereka. "Dengan cara ini, mereka dapat memastikan potensi tumbesaran, perkembangan dan pembelajaran akan tercapai,'' ujarnya lagi. Sukan. Penting Selain menjaga amalan pemakanan yang sihat, ibu bapa juga harus mendidik anak-anak tentang amalan cara hidup yang lebih cergas dengan melakukan aktiviti riadah seperti bersukan dan melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Dalam Islam aktiviti sukan dan pergerakan tubuh badan amat penting dan di tekan. Anak yang cerdas pintar juga yang mempunyai tubuh yang sihat dan kuat.

38

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

10.0 Petua Belajar Cemerlang


Ibu bapa pun perlu tahu, walaupun dia tak sekolah lagi, ini memudahkan ia member garispanduan belajar kepada anak anak. Sila baca teknik di bawah, mungkin boleh membantu. 10.1 TEKNIK-TEKNIK BELAJAR Sumber : http://www.kaunselingskbt2.com/artikel/18-teknik-belajar-berkesan.html A. Teknik-Teknik belajar yang mesti praktikkan ialah : a. Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai . Belajar secara duduk tegak lebih baik daripada berbaring atau bersandar. b. Semasa membaca , pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan suasana yang serius . Semasa membaca kamu harus mencatat atau melukis sesuatu yang penting. c. Sebaik-baiknya baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk, bukannya secara berperingkat-peringkat. Umpamanya sajak, esei dan lainlain. d. Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau perenggan yang dibaca. Perkataan-perkataan ini harus diulangi sebutannya supaya dapat dirasakan maknanya dan dengan itu lebih difahami dan melekat dalam ingatan. Catatan atau nota ringkas amat penting terutama di waktu hampir peperiksaan. Ia membolehkan ulang kaji dibuat dalam masa yang singkat tetapi meliputi semua pelajaran yang dipelajari dalam masa 1 tahun. B. TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS
BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Pilih satu tajuk dan baca nota. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan . Baca dan garis fakta. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal . Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu . Susun fakta ( jika perlu ). Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu . Bandingkan apa yang kamu tulis.

39

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

10.Ulang hingga kamu puas hati. 11.Ulang membaca fakta , jika ada masa. 12.Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji. 13.Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis
kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran. Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas. Cara-caranya ialah : Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal. Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting sahaja. Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca. Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham. Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.

C. TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR


JADUAL belajar amat perlu . Ia merupakan satu aspek pengurusan masa. Ia adalah satu ikatan atau disiplin diri, untuk memanfaatkan masa yang terluang. Setelah ditolak masa di sekolah, masa tidur, masa bersukan, masa makan, masa tuisyen ( atau kelas tambahan ) dan lain-lain. Jadual belajar juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran yang perlu diberi perhatian. Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan mata pelajaran dan juga kelemahan setiap calon. Jadi jumlah masa belajar untuk setiap mata pelajaran berbeza-beza. Langkah pertama dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar. Contohnya Hari Ahad : : : : : : 9.00 pagi - 10.00 pagi 10.30 pagi - 12.00 tengah hari 2.00 petang - 3.30 petang 3.30 petang - 5.00 petang 8.30 malam - 10.00 malam 10.00 malam - 11.30 malam

Hari Isnin

: 2.30 petang - 4.00 petang : 4.00 petang - 5.30 petang

40

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

: 8.30 petang - 10.00 malam : 10.00 malam - 11.30 malam Langkah kedua, ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran, berdasarkan keentingan dan kelemahan diri. Contohnya :

1. 2. 3. 4.

Matematik - 4 kali seminggu Bahasa Inggeris - 2 kali Sejarah - 4 kali dan seterusnya

Langkah ketiga, ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar dan agihan mata pelajaran yang disebut di atas. PERINGATAN : Oleh kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar , berbeza mengikut hari , maka jadual belajar perlu dibuat berasingan. Iaitu setiap hari. Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11.30 malam hingga 6 .00 pagi. Masa belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja. Ia boleh dikurangkan kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya . Pematuhan kepada jadual, tidak semestinya 100%, kerana pelajar mungkin terpanggil untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh sekolah atau keluarga.

D. TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN


SEBAGAI calon peperiksaan rasmi sama ada STPM, SPM, PMR mahupun UPSr, kamu tidak seharusnya bersikap tidak kisah terhadap pelajaran. Persediaan awal perlu dibuat sebaik sahaja sekolah dibuka. Kamu sepatutnya sudah mula membuat nota. Nota ialah catatan-catatan yang kita ambil dan kita sediakan daripada pelbagai sumber untuk tujuan ulang kaji. Sumber-sumber itu boleh diperoleh daripada buku teks, buku rujukan, perbincangan berkumpulan, pengajaran guru ataupun ceramah. Dari situ, kita mengambil isi-isi penting untuk diingat atau difahami. Adakah kamu menyediakan nota sendiri sejak awal lagi? Bagaimana bentuk nota kamu? Banyak sebab mengapa kita mesti mempunyai nota - yang kita tulis sendiri, kita sediakan

41

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

sendiri, kita susun sendiri, dan kitalah pengarangnya. Membuat nota sendiri perlu dilakukan secara berterusan setiap hari, tidak semestinya menjelang peperiksaan saja. Cuba kamu ikut contoh Fazley, seorang penyanyi yang memperoleh 8A1 dalam SPM. Dengan keputusan yang cemerlang itu telah melayakkannya melanjutkan pelajaran ke Victoria University, Welllington, New Zealand dalam bidang Perdagangan dan Pentadbiran. Tentu kamu tertanya-tanya , bagaimana dia boleh skor A dalam setiap mata pelajaran yang telah diambilnya. Fazley mula membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat lagi. Jika kamu mahu mengikuti jejak langkahnya, ayuh ... jangan bertangguh ... mulakan dari sekarang. Mari ikut teknik Fazley. LANGKAH PERTAMA Fazley menggunakan 12 batang pen berlainan warna termasuk beberapa batang highlighter sebagai persediaan membuat nota kecil. Sebenarnya, kamu boleh menggunakan kurang atau lebih daripada jumlah pen itu. Terpulang kepada kemampuan dan keselesaan kamu. LANGKAH KEDUA Mula membaca buku teks dan buku rujukan. Sambil membaca, kata kunci atau kata penting diwarnakan. Pada masa yang sama, fahamkan betul-betul maklumat yang dibaca. Bacalah mengikut bab atau topik. Tidak perlu baca banyak perkara. Yang penting kamu faham, kemudian baru buat nota. LANGKAH KETIGA Sehelai kertas bersaiz A4 dilipat kepada empat bahagian atau kolum

LANGKAH KEEMPAT Mula menulis nota mengikut kolum . Setiap kolum boleh dibahagikan kepada dua bahagian (subtopik) untuk satu bab ataupun kamu boleh jadikan keempat-empat kolum itu untuk satu bab sahaja. Di sebelah belakang kertas itu pula satu bab yang lain. Gunakan pen yang berlainan warna. Nota dicatat seringkas-ringkasnya agar dapat meningkatkan tahap ingatan. LANGKAH KELIMA Setelah kata kunci ditulis, gunakan highlighter untuk tajuk dan perkara-perkara yang penting. Pastikan kamu gunakan warna yang selari untuk semua nota supaya fikiran kamu tidak keliru. Misalnya, jika warna kuning untuk isi-isi penting, maka gunakan warna yang sama untuk subjek lain pula. Contohnya, tarikh penting - warna merah, nama tokoh -

42

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

warna biru.

LANGKAH KEENAM Setelah nota disiap ditulis, kamu boleh menghafalnya. Jangan lupa untuk meninggalkan sedikit ruang untuk menambah isi penting apabila guru mula mengajar. LANGKAH KETUJUH Ambil sampul surat panjang. Tuliskan mata pelajaran. Kemudian, masukkan nota itu mengikut mata pelajaran. Bawalah nota itu ke mana-mana . Jika ada masa terluang , silalah baca . Untuk subjek yang melibatkan pengiraan seperti Matematik, Fazley menasihatkan pelajar agar menyediakan sebuah buku khas untuk membuat latihan pengiraan. Latihan perlu dibuat selalu agar pelajar biasa dengan corak soalan. Fazley berpendapat bahawa subjek Matematik memerlukan pelajar merangka jalan penyelesaian yang betul secara sistematik. Jalan penyelesaian yang betul akan menemukan jawapan yang tepat dan mendapat markah yang baik. Menurut Fazley, dia akan membawa nota tersebut ke mana-mana sahaja. Misalnya, ketika menunggu bas, dia tidak perlu membawa buku tebal, tetapi hanya membaca nota kecil itu. Fazley turut mengingatkan para pelajar agar membawa nota yang dibuat tanpa menunggu hari peperiksaan. Kaedah di atas adalah berdasarkan pengalaman Fazley sendiri. Sebenarnya, ada banyak lagi teknik belajar mengikut keselesaan kamu. Belajar awal dan membuat nota pada peringkat awal dapat menimbulkan semangat yakin pada kebolehan diri dan kamu akan merasakan bahawa diri kamu telah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan ketika pelajar lain baru hendak membuat persediaan. Dengan cara ini kamu mempunyai stamina untuk mengulang kaji semua mata pelajaran yang telah kamu buat mengikut kesesuaian kamu. PETA MINDA Kaedah membuat nota jenis peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan . Kaedah ini lebih menitikberatkan grafik dan kata kunci. Kaedah ini lebih efektif berbanding dengan kaedah biasa kerana kita dapat menyeimbangkan pengguanaan otak kiri dan otak kanan. Di samping itu, peta minda merupakan kaedah yag berkesan untuk mendapatkan semuala makluat daripada ingatan untuk ditukarkan kepada bentuk yang boleh dilihat. Peta minda boleh membantu kamu mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman. Melalui peta minda, kamuberhubung secara aktif dengan maklumat dalam ingatan kamu seoalaholah kamu berbicara dengan daya ingatan kamu sendiri. Segala maklumat yang kamu

43

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

susun dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan secara tepat dan mudah difahami.

PERSEDIAAN MEMBUAT PETA MINDA Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk tegak, dan pernafasan biarlah betul Tingkatkan konsentrasi. Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar Baca teks keseluruhan, terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan , soalan / latihan , gambar rajah dan carta Baca keseluruhan teks dengan laju Baca dengan sederhana laju dan tandakan fakta-fakta penting Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak dimasukkan ke dalam peta minda Bina peta minda

KAEDAH MEMBUaT PETA MINDA Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan berbeza supaya lebih menarik Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili tajuk utama tersebut. Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah mengingatinya Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah . Kembangkannya dengan cara melebar ke tepi Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut . Gunakan simbol Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kamu masukkan. Gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan kamu mengingatinya Kembangkan ranting utama ke ranting kecil mengikut fakta. Jika boleh , kamu gunakan warna yang berbeza antara ranting-ranting kecil ini

NOTA ISTILAH Nota istilah digunakan untuk menyalin istilah-istilah sukar , difinisi , atau formula di atas kad atau kertas . Nota istilah ini boleh digunakan sebagai bahan untuk mengulang kaji tanpa mengira masa dan tempat . KAEDAH MEMBUAT NOTA ISTILAH Baca topik dengan teliti Tandakan istilah , formula atau definisi-definisi yang penting Catatkan istilah , formula atau definisi di atas kertas . Gunakan kertas keras dan pen berwarna untuk menjadikan nota tersebut menarik dan tahan lama

44

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Nota yang dicatat hendaklah ringkas dan padat . Kamu boleh guna ringkasan perkataan atau simbol seperti yg , dgn , cth , & . Lihat contoh

Subjek : Sejarah Dunia (tingkatan 4) Tajuk : Dari Gua ke Perkampungan Awal (bab 1) 1 . Zaman Paleolitik Manusia hidup berpindah-randah - dlm kelompok yg kecil Mencari sumber makanan - tumbuhan liar Memburu binatang - dimkn Tidak tinggal tetap di sesuatu tempat Tinggal - di dlm gua - di bwh ranting-ranting yg ditutup dgn rumput-rampai Peralatan harian - diperbuat drp batu & tulang

NOTA GAMBAR RAJAH Nota gambar rajah dapat memberikan gambaran yang menyeluruh tentang sesuatu topik yang dipelajari . Kaedah ini dapat membantu mengimbas kembali topik yang sedang diulang kaji . Gambar rajah atau carta penting , bolehlah kamu salin daripada nota , buku teks atau buku rujukan . Gunakan pen berwarna untuk menjadikan nota gambar rajah ini lebih menarik . Kamu bebas untuk memilih bentuk gambar rajah

KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk tegak , dan pernafasan biarlah betul Tingkatkan konsentrasi . Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar seperti bunyi bising Baca teks keseluruhan , terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan , soalan/latihan , gambar rajah dan carta .

Ketika mencatat nota , hubungan pelajar dengan guru perlu dijaga . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru jika kamu tidak faham tentang sesuatu fakta . Faktor ini penting untuk mengelakkan kamu mencatat nota yang tidak perlu atau tidak penting . Bertanyalah kepada guru tentang fakta-fakta penting yang erlu diberi penekanan dalam proses pembelajaran . Guru yang prihatin biasanya akan cuba memberikan seberapa banyak bahan yang boleh selain buku teks . Belajarlah menulis nota dari sekarang kerana nota menjadi suatu rekod yang kekal dan amat penting untuk tujuan mengulang kaji dan pembelajaran semula . Cuba ingat nota-nota penting dalam minda kamu kerana kesemua nota yang baik dan sempurna merupakan pasport kejayaan kamu dalam peperiksaan.

45

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

10.2 Petua Belajar Matematik Cemerlang


Teknik Belajar Matematik 1. Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai 2. Kena Buat Banyak latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap. 3. Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin. 4. Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir. 5. Azam yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah. Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematik sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai matematik.

Jika nak kursus sila ke web http://www.rahsiapowermatematik.com/

46

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Nak beli buku bijak sifir sila klik : http://www.bijaksifir.com/

Cara Mudah Hafal Sifir


Pencapaian rendah di kalangan murid dalam Matematik di sekolah-sekolah rendah berpunca dari kegagalan pelajar untuk menguasai sifir darab. Kegagalan pelajar dalam menghafal sifir dan mencongak di depan rakan-rakan mereka boleh menyebabkan mereka menghadapi math phobia. Pelajar-pelajar ini didapati tidak memahami konsep operasi darab, tidak belajar melainkan di sekolah, tidak mahu belajar, tidak sedar tentang kepentingan pendidikan dan belum menguasai kemahiran membaca dan menulis,"

47

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

48

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Teknik 1 Menggunakan Jari Anda

49

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Teknik 2 Menggunakan Rujukan 10

50

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

51

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

52

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

11.0 Teknik Hafalan Cemerlang


Saya pernah membaca ebook kaedah Iqra, kaedah ini mengajar anda menghafal quran dengan mudah. Jika sesiapa nak belajar kaedah ini boleh layari laman web kaedah Iqra. Kaedah ini amat menarik dan mudah.

12.0 Teknik Mengajar Bayi Dan Anak


Pengalaman seorang Ibu saya dedahkan, untuk panduan anda, Rozana Ibu kepada Darwish

Kaedah Mengajar Bayi


Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya.

http://adikbijak.com/ref.pl?MR00118

Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan

53

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak untuk mula belajar samada membaca, mengira atau mengaji umur 4-5 tahun. Sebab itu kita lihat ramai ibu bapa menghantar kanak-kanak bersekolah tadika/pre school umur usia tersebut. Sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Mengikut kajian sains, pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa. Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini. Setelah saya mencuba dan nampak hasilnya pada anak saya, saya ingin kongsikan pada semua kaedahnya ini. Apapun saya boleh buat kesimpulan memang benar kata orang bahawa pendidikan bermula dari rumah. Kaedah saya bermula dari bayi baru lahir hingga 3 tahun. Saya tidak berjumpa lagi sekolah khas yang mengajar bayi baru lahir hingga 3 tahun ke atas di Malaysia ini. Kalau pusat jagaan kanakkanak memang ada merata untuk umur ini. Maka, si ibu atau bapalah yang perlu menjadi gurunya dan rumahlah menjadi sekolahnya. Anda boleh menggunakan kaedah ini samada untuk mengajar anak anda ABC dan seterusnya membaca atau Alifbata dan seterusnya mengaji semuanya terpulang pada pilihan anda. Bagi saya ABC boleh belajar di tadika dan di sekolah nanti. Hingga umur anak saya hampir 3 tahun ini, saya tidak pernah mengajarnya A-Z dan kiraan 1-10, bentuk dan warna dalam bahasa Inggeris secara khusus. Tetapi anak saya sudah boleh mengenal dan menghafalnya sendiri dengan bantuan mungkin dari CD kartunnya atau Barney n Friendsnya. Apapun saya yakin ini kerana otaknya telah dilatih untuk memberi respons yang cepat untuk belajar waktu saya mengajarnya mengaji setiap hari. Mungkin ada kaedah lain yang di luar pengetahuan saya tetapi ini sahaja kaedah yang saya tahu dan guna pakai sehingga anak saya boleh membaca al Quran sebelum umur 3 tahun. Saya ingin kongsikan kaedahnya kerana saya telah melihat akan hasilnya. Saya dapati ramai yang tidak terdedah tentang mendidik anak dari

54

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

bayi. Atau mungkin pernah mendengar tetapi tidak tahu kaedahnya. Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada masyarakat Islam bagi melahirkan lebih ramai generasi bijak pandai yang berpegangkan pada al Quran dan as Sunnah. Bagi saya setiap bayi telah dilahirkan dengan anugerah yang tersembunyi dan ibu bapalah yang membantu mengeluarkan anugerah ini MUNCUL untuk mereka gunakan seumur hidup. Pelaburan Anda untuk memulakan kaedah ini : Nota : Ini hanya contoh, anda juga boleh beli CD atau DVD lain. 1. Beli Buku Al Furqan set beserta CD (dalam RM30 untuk 4 buku beserta CD lagu dan gambar kartun yang menarik. Pasang CD jika anda nak melekakan dia untuk buat kerja rumah. Biasalah ibu letak anak depan TV bagi mereka leka untuk senang kita buat kerja. Anda juga boleh beli CD iqra untuk kanak kanak jenis lain yang menarik dan banyak di pasaran. 2. Beli Flash Card Al Furqan dan latih setiap pagi. 3. Gula-gula yg diperbuat dari madu atau bahan yg bagus, Mayfirst bilberry colostrum (kesukaan anak saya), coklat kacang badam atau lain-lain sebagai hadiah kalau habis belajar 1-2 muka surat dengan kita. Boleh mula di beri jika mereka faham akan do n reward system. Kalau kecil lagi tak perlu. PANDUAN MENGAJAR a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad. b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia. c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji. d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca

55

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

dengan betul. Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji. e) SABAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2. f) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal, bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal, tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal. g) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat. Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. Saya dapati jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman, Doraemon dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai, tidak mahu mengikuti CD dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan. Sebaliknya kanakkanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak lahir akan teruja melihat flash kad atau buku yang berhuruf sama seperti yang mereka lihat di TV. Ini menjadikan mereka 'cinta' al Quran dan seronok bila di suruh mengaji. Saya ingatkan semula ungkapan Pengkaji Bayi, Dr Robert Titzer menyatakan 'Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old'. Melihat pada anak saya, saya boleh katakan mereka memang mencintai apa yang diajar secara semulajadi.

56

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Mengajar Bayi Menghafal


Mungkin bunyi tajuk saya ini terlalu ekstrem - "Bayi Boleh Menghafal Surah Al Quran Sebelum Bercakap". Mana mungkin seorang bayi boleh menghafal sebelum boleh bercakap, bukan? Inilah juga yang saya fikirkan sebelum ini. Otak bayi sibuk melakukan banyak sinapsis antara satu neuron dengan yang lain untuk melengkapkan keupayaannya bagi digunapakai kemudian. Lebih banyak stimulasi yang diterima semasa bayi maka lebih pesatlah perkembangannya. 80% perkembangan otak berlaku pada usia bayi hingga 4 tahun. Jadi kena manafaat usia bayi Seperti yang saya maklumkan pada posting sebelum ini, Darwish berumur 1 tahun 8 bulan telah menghafal hujung2 hampir keseluruhan surah juzuk Amma. Namun tiada bukti. Kali ini saya dapat merakam aksinya melakukan perkara tersebut. Dia boleh melakukannya mungkin kerana selalu melihat dan mendengar kakaknya membuat hafazan dan iqra setiap pukul 8.30 malam dengan saya. Dia selalu mengganggu ketika saya mengajar kakaknya, namun saya jarang mengasingkannya ke bilik lain supaya dia tidak mengganggu kami. Sehinggalah dia bosan mengganggu dan duduk mendengar. Gangguan yang dibuat selalu menyebabkan kakaknya hilang tumpuan dan paling teruk hingga buku hafazan/mugaddam terkoyak.

Kesabaran adalah paling penting dalam mendidik anak anak. Bersyukur kerana kini saya dapat melihat 'hadiah' kesabaran saya itu. Saya sempat merakam aksi darwisya (dah masuk umur 3 tahun dua minggu lepas)

57

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

membacakan surah al a'la dan darwish (umur 1 tahun 8 bulan) akan menyambung hujungnya. Aksi '..alahai baiknya anak mak ni...' berlaku setelah Darwish mahukan sebijik gula-gula dalam balang gula-gula saya. Saya katakan padanya 'iqra surah al a'la with kak wisya'. Dia pun memandang kak wisya untuk di iqra' kan. Darwisya membaca sampai yang agak hampir akhir ayat, berhenti untuk disambung pula oleh adiknya darwish bagi menghabiskan ayat dalam surah tersebut. Saya pun ambil kesempatan memvideokan. Malangnya ketika sedang menangkap aksi ini 'Memory Card Full'! Frust dibuatnya.. Waktu tak sibuk dan waktu aksi berlangsung, kamera pula buat hal. Maka, hanya sebahagian sajalah yang boleh saya videokan, sedangkan aksi ini dilakukan sehingga dia dapat makan gula-gula tersebut. Selepas melihat balik aksi rakaman, saya terfikir adakah sekiranya dia boleh bercakap pada umur ini dia sudah boleh menghafal sepenuhnya? Kalau betul bermakna dia telah menghafal lebih separuh dari juzuk Amma. Jika tidak dan memang hanya dia boleh menghafal hanya hujung2 ayat sahaja, bermakna jalan untuk menghafal setelah dia boleh bercakap nanti adalah sangat mudah..
Untuk pengetahuan, kini darwish sudah boleh membaca semua huruf fathah, kasrah dan dhammah (huruf hijaiyyah baris atas, baris bawah dan baris depan). Umurnya baru mencecah 1 tahun 8 bulan hari semalam. Selepas ini saya akan mengajar huruf bertanwin pula.. Jika saya berkesempatan, saya akan memvideokan dia membaca iqra. InsyaAllah. Apapun kena pindahkan sebahagian gambar dalam kamera tu dulu supaya ada available memory untuk digunakan.. Sekadar berkongsi, saya nak membiasakan 'read and reward system' kepada anak lelaki saya bukan mudah. Saya mulakan setelah dia boleh memahami dan menerima arahan. Permulaannya, jika dia mahu sesuatu jika tidak diberi dia akan menangis sekuat hati, berbaring dilantai dan berpusing-pusing badannya tanda memberontak. Oleh kerana saya tidak mahu 'condition' anak saya bahawa jika dia melakukan aksi tersebut, saya akan mengalah dan memberikan apa yang dimahukan, saya kuatkan hati dan buat tidak nampak apa yang dia buat dan membiarkannya hingga dia senyap sendiri dan datang kepada saya sendiri. Cara ini saya pelajari dari buku berbahasa Inggeris tentang psychology kanakkanak. Jika di biarkan dan dibuat tidak tahu, kanak-kanak akan mengalah dan berpendapat bahawa caranya mengugut adalah tidak berkesan. Kini anak saya tahu, jika dia mahu sesuatu dia tidak perlu membuat 'aksi amuk' nya.

58

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Cukup sekadar membacakan satu surah yang saya kehendaki dan dia boleh mendapatkan apa yang dia mahukan (jajan yang saya benarkan contohnya Mayfirst Colostrum, Coklat Badam, gula-gula dll). Sebagai peringatan, semasa kita nak membelikan jajan (makanan kudapan) kita mesti pastikan makanan tersebut adalah halal. Ada perlbagai makanan yang dimakan oleh anak-anak orang Melayu yang bila saya mahu belikan untuk anak saya sebagai mempelbagaikan jenis hadiah hafazan, setelah dibelek, tiada langsung tanda HALAL. Maka, jangan kita ingat kalau orang Melayu pegang, bermakna ianya HALAL. Maka, kita sendirilah yang kena periksa kehalalannya. Makanan yang terjamin HALAL adalah wajib untuk penghafaz quran. Jika seorang hafiz tidak boleh menghafal surah baru pada hari itu, dia akan berfikir tentang makanan yang di makan semalam atau sebelumnya jika ia menjadi faktor. Mereka rajin melakukan solat taubat dan solat sunat lain supaya tiada halangan dosa untuk menghafal surah baru.

Maka kita boleh simpulkan bahawa sumber makanan serta kehalalan makanan tersebut adalah sangat penting untuk penjagaan otak. Makanan yang tidak halal menggelapkan hati dan menumpulkan daya ingatan.
Melatih otak menjadi kuat adalah sama caranya dengan melatih otot-otot tubuh kita menjadi kuat. Jika badan kita mahu kuat dan lebih stamina, perlulah rajin ber'excercise'. Begitu jugalah dengan otak kita. Tiada had umur paling minima untuk memulakan latihan ini. Kanak-kanak akan ingat lagu yang ibu mereka dodoikan sebelum mereka tidur pada waktu bayinya dan boleh menyanyikannya semula pada umur mereka 2 tahun keatas. Anak saya, contohnya telah menghafaz surah-surah dengan mudah kerana selalu diperdengarkan surah tersebut semasa dia bayi. Pada umurnya 2 tahun 8 bulan, dia sudah menghafaz 8 surah pendek. Dan mengikut pada tahap dia menghafal sekarang ini, saya yakin dia boleh menghafal sekurang-kurangnya 17 surah tiba umurnya 3 tahun nanti, iaitu 4 bulan dari sekarang. Perlu di ingat bahawa membaca dan menghafal adalah 2 perkara yang berbeza. Ia boleh dijalankan serentak. Tidak perlu tunggu kanak-kanak tersebut pandai membaca quran/mengaji untuk mula menghafal. Sebagai bukti, ramai para huffaz (penghafal quran) dari kalangan orang buta. Bermakna kalau seseorang itu buta huruf/tidak mengenal huruf juga boleh menghafal quran.

59

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

13.0 PENUTUP Alhamdulillah, syukur kerana saya dapat kumpul ilmu yang amat manafaat ini untuk kita sama-sama guna dan amalkan. Sila ulang baca dan ambil nota dan cuba praktikan ilmu-ilmu yang saya dedahkan. Guna kreativiti anda mengajar anak anda, paling utama ialah kita sama-sama usaha melahir anak soleh dan pintar. Lebih ramai lagi bagus supaya dapat memakmurkan bumi ini dengan Agama Allah. Lakukan sekarang. Terima Kasih Fauzi Ahmad http://cpintrass.com
Sebarkan Ebook Ini, Untuk Manafaat Semua Pihak.

Link untuk anda beri pada kawan anda :

http://cpintrass.com/anak.html

60

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

IKLAN PENAJA EBOOK

PANDUAN DIDIK ANAK

Contoh vitamin minda - CPINTRAS Makanan Dan Nutrien Untuk Kecergasan Minda Sistem Perubatan Homeopati mengutamakan sistem pertahanan semulajadi badan. Ia mempercayai semua penyakit dapat dilawan oleh mekanisme pertahanan badan kecuali penyakit yang memerlukan pembedahan. Simptom dan tanda penyakit ini penting untuk membuang penyakit. Jika simptom ini disekat (seperti perubatan moden sekarang), tubuh tidak dapat menggunakan sistem pengubatannya sendiri. Selain itu, halangan yang berterusan akan menyebabkan sistem ini tidak berkesan dan pesakit tidak dapat mengatasi penyakit tanpa campur tangan luaran. Konsep yang digunakan dalam homeopati ialah Similia Similibus Curentur dan dos minimum. Inilah yang membezakan homeopati dan perubatan moden. Perubatan moden berasaskan penyakit.

61

February 3, 2012

PANDUAN DIDIK ANAK - PINTAR DAN BERIMAN

Makanan Minda Cpintrass Berasaskan Homeopati, Kajian lebih 10 tahun di buat oleh pengasas dan menghasilkan Makanan Minda yang bermutu dan berkesan membantu pengaliran darah dan oksigen dalam otak dan saraf. Cpintrass ini membantu saraf minda anak anda, dari segi :1. 2. 3. 4. 5. 6. Meningkat kualiti pengaliran oksigen dalam otak dan tubuh Membaiki keadaan jantung pada tahap terbaik Membaiki dan mengekalkan kualiti pengaliran darah Membaiki dan mengekalkan kualiti kesihatan Melawan alahan-alahan biasa Meningkatkan kualiti sistem mata anda (agar lebih jelas)

Pengeluaran Cpintrass adalah secara pengilangan GMP dan mendapat pengiktirafan Kementerian kesihatan dan mempunyai sijil Halal.Rujukan Halal : JAKIM (22.00)/492/2/1 dan diluluskan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (MAL NO 05092397TC)

HARGA MURAH , 1 BOTOL 60 TABLET

TEMPAHAN DAN MAKLUMAT LANJUT


KLIK --- > http://cpintrass.com

62

You might also like