You are on page 1of 10

Pengenalan

Permainan tradisional galah panjang ialah permaianan yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi juga di jadikan sebagai pertunjukan di pestapesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan ini ialah permainan berkumpulan.Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Ia terdiri daripada kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain yang tidak kurang dari empat orang dan paling maksima ialah sepuluh pemain sahaja. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah. Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Gelanggang Permainan

Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan untuk memainkan permainan ini. Permainan ini boleh dimainkan samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimen dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simen. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Cara Bermain Galah Panjang


Cara permainan galah panjang memerlukan kepintaran, kecekapan dan kepantasan setiap pemain. 1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter. 2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggang dan siapa yang menempuh gelanggang. 3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemanamana garisan depan atau belakang. 4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tangannya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke dalam gelanggang. 5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya. 6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.

7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.

Peraturan Permainan
Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar dari gelanggang. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.

LAMPIRAN
Contoh kedudukan pemain dalam permainan galah panjang.

Pelan Gelanggang Dan Kedudukan Pemain

INSTITUT PERGURUAN TEKNIK KUALA LUMPUR


Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PPISMP ) PENDIDIKAN JASMANI Permainan Tradisional : Galah Panjang

DISEDIAKAN OLEH: Amirol Hafizi Siti Maisarah bte Moksin Deevani a/p Chandra Sekaram Afiqah

Pensyarah: Pn. Norehan

You might also like