You are on page 1of 12

PERATURAN-PERATURAN

JAWATANKUASA SURAU AN NUR


PUTRA NILAI

Fasal 1 NAMA

1.1 Surau ini dikenali dengan nama:

SURAU AN NUR (kariah Kasturi Heights, Desa Casuarina dan


Desa Melati dan taman-taman berdekatan)

Selepas ini disebut “Surau”

Fasal 2 TEMPAT URUSAN

2.1 Alamat dan tempat urusan Surau ialah:

Surau An Nur
Jalan Kasturi 6, Kasturi Heights
Putra Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus

Atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke
semasa oleh Jawatankuasa.

Fasal 3 TUJUAN / MATLAMAT

3.1 Mengadakan kelas-kelas, ceramah, program kerohanian dan


sebagainya yang berkaitan dengan agama Islam untuk ahli-ahli kariah.

3.2 Menjalankan aktiviti sosial dan kemasyarakatan demi untuk kebajikan


dan kesejahteraan ahli kariah.

3.3. Mengeratkan tali silatulrahim dan memupuk semangat kejiranan


sesama ahli kariah serta ahli kariah lain di bawah naungan Masjid
Putra Nilai.

1
Fasal 4 KEAHLIAN

4.1 Semua Muslimin dan Muslimat yang tinggal di Kasturi Heights, Desa
Casuarina, Desa Melati serta taman-taman berhampiran secara
otomatik adalah ahli Surau. Ahli selepas ini dirujuk sebagai warga
kariah.

4.2 Ketua keluarga/wakil dikehendaki mengisi borang pendaftaran yang


disediakan dan dihantar kepada Setiausaha atau mana-mana Ahli
Jawatankuasa untuk tujuan pendaftaran dan rekod.

4.3 Ahli-ahli disarankan agar dapat mengadakan atau mempunyai alamat


e-mail sendiri bagi tujuan menerima maklumat-maklumat daripada ahli
jawatankuasa surau.

Fasal 5 SUMBANGAN

5.1 Bayaran masuk dan sumbangan yang perlu dijelaskan adalah seperti
berikut:

Pendaftaran Keahlian – PERCUMA

Sumbangan Bulanan - RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)


untuk satu keluarga.

5.2 Sumbangan daripada warga kariah adalah amat digalakkan untuk


menampung kos penganjuran program/aktiviti yang telah dirancang
dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Surau.

5.3 Sumbangan bulanan harus dijelaskan kepada Bendahari dalam tempoh


14 hari dari awal bulan atau secara lump sum.

Fasal 6 MESYUARAT AGUNG

6.1 Pengelolaan dan pentadbiran Surau ini dikendalikan oleh


Jawatankuasa Surau yang dilantik melalui Mesyuarat Agung warga
kariah. Sekurang-kurangnya satu perempat (¼) daripada jumlah ahli
yang berhak mengundi atau dua kali ganda bilangan ahli
Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di
Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan
mencukupi korum untuk mesyuarat.

6.2 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang
telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah

2
ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa. Dan jika korum tidak cukup selepas
setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat
yang ditangguh itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan
mesyuarat dan boleh membuat keputusan yang melibatkan semua ahli
tetapi tidaklah berkuasa meminda Peraturan Surau.

6.3 Mesyuarat Agung Tahunan bagi Surau hendaklah diadakan dengan


secepat mungkin setelah berakhir tahun kewangan tetapi tidak lewat
daripada 31 Mac tiap-tiap tahun pada tarikh, masa dan tempat yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda utama Mesyuarat Agung ialah:

6.3.1 Menerima laporan Pengerusi Jawatankuasa berkenaan


perjalanan Surau di dalam tahun lalu.
6.3.2 Menerima laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang
telah diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira bagi tahun yang lalu.
6.3.3 Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira untuk 2
tahun yang akan datang.
6.3.4 Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di
dalam mesyuarat itu.

6.4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-


kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu
Agenda Mesyuarat termasuk salinan Peringatan Mesyuarat dan
Laporan serta Penyata Kira-Kira bagi tahun lalu yang telah diperiksa
oleh Pemeriksa Kira-Kira. Salinan surat-surat ini juga hendaklah
dipamerkan untuk dirujuk oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Surau.

6.5 Mesyuarat Agung Khas bagi Surau ini boleh diadakan:

6.5.1 bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau


6.5.2 atas permintaan beramai-ramai secara bertulis oleh tidak kurang
dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi
dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya.
Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Surau.

6.6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah


diadakan pada satu tarikh dalam tempoh satu bulan dari tarikh
penerimaan permintaan mesyuarat itu.

6.7 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah
diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 30
hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.

6.8 Jika selepas setengah jam Mesyuarat Agung Khas dipanggil pada
tarikh yang ditetapkan, korum tidak mencukupi maka Mesyuarat
tersebut dengan sendirinya terbatal. Dan Mesyuarat Agung Khas atas
permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan
dalam masa 3 bulan dari tarikh tersebut.

3
6.9 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan
deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat
Agung Khas dengan sebeberapa segera yang boleh setelah
selesainya mesyuarat itu.

Fasal 7 PEMILIHAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Surau An Nur


yang ahli-ahlinya seperti berikut hendaklah dipilih dua (2) tahun sekali
di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:

7.1.1 seorang Pengerusi


7.1.2 seorang Setiausaha
7.1.3 seorang Bendahari
7.1.4 9 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Biasa. Sekurang-kurangnya 1
(satu) orang ahli hendaklah dipilih untuk mewalili setiap taman
iaitu masing-masing Kasturi Heights, Desa Casuarina, Desa
Melati dan taman-taman berhampiran.
7.1.5 AJK Biasa yang dilantik oleh Pengerusi yang bilangannya
bergantung kepada kesesuaian dan keperluan.
7.1.6 Dua orang Pemeriksa Kira-Kira (Bukan AJK Surau)

Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari adalah ahli Jawatankuasa


Eksekutif (Exco).

7.2 Ahli-ahli Jawatankuasa Surau hendaklah terdiri daripada warga kariah.

7.3 Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan


serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi
oleh ahli-ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua
AJK boleh dilantik semula.

7.4 Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja


harian Surau dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai
perjalanan Surau mengikut dasar am yang telah ditetapkan dalam
Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidak boleh mengambil
tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dan
Jawatankuasa mestilah senantiasa mematuhi keputusan Mesyuarat
Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan
kegiatan dan program dalam tahun lalu kepada Mesyuarat Agung
Tahunan.

7.5 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali


dalam 2 bulan. Panggilan mesyuarat biasa hendaklah disampaikan
kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu oleh Setiausaha bagi pihak
Pengerusi secara bersurat atau dengan SMS. Pengerusi dengan
bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa

4
bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Khas
Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya satu pertiga
(1/3) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi
mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum Mesyuarat Biasa
atau Mesyuarat Khas.

7.6 Jika timbul perkara-perkara yang mustahak berkehendakkan kelulusan


Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan,
maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli
Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat
mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum
keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:

7.6.1 Masalah yang dibangkitkan dan cadangan penyelesaian


hendaklah dibutirkan dengan terang didalam surat pekeliling
yang diedarkan kepada setiap ahli Jawatankuasa.
7.6.2 Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli
Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan untuk
kelulusan.
7.6.3 Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak tertakluk
kepada Perenggan 7.6.2.

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah


dilaporkan oleh Setiausaha kepada Jawatankuasa dalam mesyuarat
berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan didalam minit mesyuarat.

7.7 Ahli Jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa


sebanyak 3 (tiga) kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah
akan gugur keahliannya sebagai AJK.

7.8 Jika seseorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletak


jawatan secara bertulis kepada Setiausaha dan diterima oleh
Jawatankuasa, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang
lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung
Tahunan yang akan datang diadakan.

7.9 Perlantikan imam-imam tetap Surau serta penentuan kadar dan


pembayaran sagu hati bulanan adalah di bawah bidangkuasa
Jawatankuasa. Imam-imam dianggap sebagai pegawai Surau yang
bukan AJK. Imam-imam hendaklah dijemput untuk turut hadir dalam
Mesyuarat Biasa atau Mesyuarat Khas Jawatankuasa. Imam I
hendaklah menyediakan jadual penggiliran tugas imam-imam.

7.10 Program Majlis Ilmu khususnya majlis ceramah dan penceramah


yang akan dijemput hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan
Jawatankuasa. Peraturan ini terpakai juga kepada usaha/cadangan

5
untuk membawa jemaah dari luar kariah yang hendak mengadakan
program di Surau An Nur.

7.11 Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil atau Biro jika


difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada seorang
ahli Jawatankuasa untuk menerajuinya. Di antara biro yang boleh
ditibuhkan oleh Jawatankuasa adalah Biro Sosial Dan Kebajikan, Biro
Pendidikan, Biro Penyelenggaraan Dan Logistik, Biro Ekonomi dan
Biro Hal Ehwal Wanita. Jawatankuasa Kecil atau Biro hendaklah
menjalankan tugas seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.

Fasal 8 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

8.1 Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah


menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat
Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan
semua mesyuarat berkenaan. Pengerusi tidak mempunyai undi
pemutus dan hendaklah menandatangani peringatan mesyuarat bila
telah diluluskan. Pengerusi diberi kuasa untuk melantik AJK Biasa
seperti pada Klausa 7.1.5. Pengerusi atau Setiausaha dan Bendahari
hendaklah menandatangani semua cek Surau. Pengerusi boleh
mewakilkan kepada mana-mana AJK untuk mempengerusikan
sesuatu mesyuarat jika ia tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang
tidak dapat dielakkan.

8.2 Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Surau mengikut


undang-undang dan hendaklah ia menjalankan keputusan Mesyuarat
Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan
urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas
kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah
menyimpan buku daftar ahli atau pangkalan data yang mengandungi
butir-butir seperti nama, tempat lahir, alamat rumah, nombor telefon,
tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat
majikan serta nama waris. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat
dan membuat peringatan/minit mesyuarat. Bendahari dan Pengerusi
atau Setiausaha hendaklah menandatangani semua cek Surau.
Setiausaha hendaklah dalam masa 14 hari dari tarikh Mesyuarat
Agung Tahunan diadakan mengirimkan notis panggilan mesyuarat dan
penyata tahunan Surau kepada semua ahli-ahli.

8.3 Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua pentadbiran


dan hal kewangan Surau. Ia hendaklah membuat dan menyimpan
kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab
mempastikan pembayaran yang telah diluluskan Jawatankuasa
dilunaskan dalam tempoh yang munasabah. Bendahari dan Pengerusi
atau Setiausaha hendaklah menandatangani semua cek Surau.

6
8.4 Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa
Eksekutif (Exco) dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

Fasal 9 KEWANGAN

9.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam Peraturan-


Peraturan ini, wang Surau ini hanya boleh digunakan untuk perkara
yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Surau, termasuk
belanja pentadbiran dan perbelanjaan pegawai-pegawai, kakitangan
yang bergaji.

9.2 Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih dari


RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada satu-satu
masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan
kedalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Bank yang
diluluskan oleh Jawatankuasa ialah Bank Islam Malaysia Berhad,
Cawangan Nilai. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Surau An
Nur, Kasturi Heights.

9.3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Surau
hendaklah ditandatangani bersama oleh Bendahari dan Pengerusi
atau Setiausaha (2 penanda tangan)

9.4 Tiap-tiap pengeluaran, penggunaan dan pembayaran dengan wang


atau cek mesti dituruti dengan baucer.

9.5 Perbelanjaan:

9.5.1 Perbelanjaan kurang daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia


Lima Ratus Sahaja) bagi satu-satu masa boleh diluluskan oleh
Pengerusi bersama-sama Bendahari/ atau Setiausaha.

9.5.2 Perbelanjaan sebanyak RM500.00 atau lebih bagi satu-satu


masa tidak boleh dibayar tanpa diluluskan terlebih dahulu oleh
Mesyuarat Jawatankuasa.

9.5 Penyata darihal wang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira
setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh
Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik di bawah Fasal 10 Peraturan ini dengan
seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata Kira-kira
yang telah diperiksa itu hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Biasa
Jawatankuasa sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan
yang berikutnya untuk kelulusan. Satu salinannya hendaklah dibekalkan
untuk rujukan/semakan ahli di tempat urusan Surau.

9.6 Tahun Kewangan Surau ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada
31hb Disember tiap-tiap tahun.

7
Fasal 10 PEMERIKSA KIRA-KIRA

10.1 Dua orang yang bukannya AJK Surau boleh dilantik di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira. Mereka akan
memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

10.2 Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Surau


bagi satu tahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk
Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila
masa oleh Pengerusi memeriksa kira-kira Surau bagi mana-mana
masa didalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan
kepada Jawatankuasa.

Fasal 11 PERNIAGAAN

11.1Surau boleh menjalankan aktiviti perniagaan yang halal dari segi hukum
syarak untuk menjana pendapatan bagi menampung kos
penyelenggaraan atau menganjurkan aktiviti-aktiviti yang bermanafaat
untuk umat Islam di kariah ini.

Fasal 12 HARTA WAKAF

12.1 Jika ahli atau sesiapa ingin mewakafkan harta mereka kepada Surau
semasa hidup atau selepas mati mesti membuat surat wasiat semasa
dalam keadaan sihat dan waras pemikiran mereka semasa hidup.

12.2 Surat wasiat mestilah diserahkan semasa hidup ke Jawatankuasa


Surau untuk disimpan.

Fasal 13 TABUNG AMANAH

13.1 Tabung Amanah seperti Tabung Badan Khairat Kematian, Tabung


Pelajaran atau Tabung Bencana dan lain-lain boleh diwujudkan
mengikut keadaan semasa.

13.2 Satu akaun bank yang berasingan wajib diadakan bagi mengelakkan
kekeliruan.

13.3 Ahli Jawatankuasa dari kalangan ahli boleh dilantik untuk menerajui
Tabung-Tabung tersebut.

13.4 Dari perihal kewangan dalam Tabung-Tabung tersebut perkara-


perkara dalam Fasal 9 boleh diguna pakai.

8
Fasal 14 DERMA DAN SUMBANGAN

14.1Semua jenis wang derma dan sumbangan daripada warga kariah boleh
dipungut bagi tujuan dalam Fasal 3, Fasal 5 dan Fasal 13.

14.2Derma-derma dan sumbangan tersebut daripada warga kariah mesti


disusuli dengan resit kecuali derma atau sumbangan yang dibuat melalui
tabung yang disediakan dalam surau. Resit-resit tersebut mesti
dinyatakan dengan jelas tujuannya.

14.3Bayaran derma atau sumbangan kepada Badan-Badan Amal, Badan-


Badan Kebajikan Islam, Pertubuhan Islam, Pembinaan surau dan masjid
atau fakir miskin atau orang perseorangan yang menghadapai musibah
boleh dibuat dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Surau.

14.4Untuk bayaran derma kepada Badan-Badan Amal, Badan-Badan


Kebajikan Islam, Pertubuhan Islam, surau dan masjid dan sebagainya
mesti disusuli dengan baucer pengeluaran dan resit penerimaan rasmi.

14.5Bagi ahli-ahli yang ingin menderma atau menyumbang dalam bentuk


barangan seperti sejadah, lampu atau apa-apa jua jenis keperluan Surau
boleh berbuat demikian dengan menghubungi mana-mana ahli
jawatankuasa surau.

Fasal 15 HARTA TIDAK KEKAL SURAU DAN PENGGUNAANNYA

15.1 Jawatankuasa hendaklah melantik seorang daripada AJK untuk


memantau harta-harta tidak kekal Surau.

15.2 AJK yang dilantik hendaklah menyimpan buku rekod atau pangkalan
data mengenai maklumat harta tidak kekal tersebut. Beliau juga akan
bertanggungjawab ke atas peminjaman serta pemulangan semua
harta-harta tersebut daripada ahli-ahli Surau. Dan laporan tahunan
mesti disediakan dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira sebelum
dibawa keMesyuarat Agung.

15.3 Setiap warga kariah yang berdaftar boleh meminjam harta tidak kekal
Surau bagi tujuan kenduri kendara dengan membayar sewa yang
kadarnya ditetapkan oleh Jawatankuasa.

15.4 Pinjaman harta tidak kekal surau boleh dibuat dengan menggunakan
borang yang telah disediakan serta disahkan oleh seorang Ahli
Jawatankuasa yang ditugaskan. Pinjaman adalah atas dasar ‘first
come first served’ dan dikemukakan kepada AJK yang telah dilantik
oleh Jawatankuasa sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh
barang-barang itu diperlukan/digunakan. Barang-barang itu perlu

9
dipulangkan kepada Surau dalam keadaan yang baik dalam tempoh
tiga (3) hari selepas ia digunakan.

15.5 Ahli atau orang perseorangan yang meminjam harta Surau bagi tujuan
kenduri kendara mesti bertanggungjawab menggantikan barang-
barang yang pecah, rosak atau kurang bilangannya.

15.6 Seorang Ahli Jawatankuasa yang ditugaskan mesti memastikan


bahawa barang-barang yang dipinjamkan dan dipulangkan mesti
dalam keadaan baik dan sempurna.

15.7 Harta tidak kekal yang dimaksudkan di atas ialah peralatan seperti
tungku, periuk belanga, kawah, pinggan mangkuk, dulang, tikar,
sejadah, khemah, kerusi dan meja.

Fasal 16 CUKAI PENDAPATAN

16.1 Segala cukai pendapatan daripada hasil aktiviti perniagaan yang


dijalankan mestilah dijelaskan selepas audited report di keluarkan.

Fasal 17 PEMBAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN DAN WANG SIMPANAN

17.1 Jawatankuasa Surau bertanggungjawab mempastikan zakat


perniagaan dan zakat wang simpanan dibayar/dikeluarkan kepada
pihak yang berwajib mengikut ketetapan syariat.

17.2 Pembayaran Zakat Wang Simpanan sebanyak 2.5% atas baki yang
terendah yang telah disimpan selama satu tahun (haul) dan melebihi
nisab..

Fasal 18 TAFSIRAN PERATURAN-PERATURAN

18.1 Diantara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh


memberi tafsiran kepada Peraturan-Peraturan ini dan Jawatankuasa,
jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak
terkandung didalam Peraturan-Peraturan.

18.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan


dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan
Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah
oleh keputusan Mesyuarat Agung.

10
Fasal 19 PENASIHAT / PENAUNG

19.1 Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang


layak menjadi Penasihat / Penaung bagi Surau ini dengan syarat
orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

19.2 Penasihat / Penaung hanya boleh memberi pandangan atau nasihat


mengenai satu-satu perkara atau isu tetapi tidak boleh mencampuri
segala urusan hal-ehwal perjalanan pentadbiran, perancangan,
aktiviti-aktiviti Surau yang diaturkan oleh Ahli Jawatankuasa dan ahli-
ahli.

19.3Penasihat / Penaung tidak mempunyai kata pemutus tetapi ada hak


mengundi jika sekira beliau adalah daripada kalangan penduduk atau
mempunyai rumah kediaman dalam kawasan kariah Surau An Nur
seperti dinyatakan dalam Fasal 1.

Fasal 20 LARANGAN

20.1 Semua permainan yang bergantung kepada semata-mata kepada


nasib tidak boleh dimainkan di dalam kawasan Surau.

20.2 Semua jenis permainan judi tidak boleh dimainkan di dalam kawasan
Surau.

20.3 Surau ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada
ahli-ahli atau tidak, atas nama Surau atau Pegawai-Pegawai atau
Jawatankuasa atau ahli.

20.4 “Faedah” atau “Keuntungan” daripada apa-apa hasil pendapatan,


tidaklah boleh diberikan oleh Surau kepada mana-mana ahlinya.

20.5 Surau atau ahli-ahlinya tidak dibenarkan untuk menganjurkan


sebarang perbincangan, perjumpaan atau pemilihan berunsur politik di
dalam kawasan Surau ini.

Fasal 21 PINDAAN PERATURAN-PERATURAN

21.1 Peraturan-Peraturan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali


dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan
atau pindaan kepada Peraturan-Peraturan ini hendaklah dibuat
kepada Ahli Jawatankuasa dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan
Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu. Ia hanya
boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan
itu diterima oleh Jawatankuasa.

11
Disemak dan diperakukan tertakluk kepada beberapa pindaan oleh Jawatankuasa
Surau dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 1/2009 yang telah diadakan pada 18
Januari 2009. Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 2/2009 pada 15 Februari 2009
mengesahkan pindaan-pindaan telah dibuat.

Diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan pada 29 Mac 2009.

12

You might also like