You are on page 1of 17

Tajuk Karya Terbitan Tahun

: Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan AsSunnah : Dr. Said Bin Ali Bin Wahf Al-Qathani (Disusun Oleh Abu Muhammad Ibnu Shalih Bin Hasbullah : Pustaka Ibnu Umar :-

PEMBUKA BICARA

Segala puji bagi Allah s.w.t. Kita memuji, memohan pertolongan dan meminta ampun hanya kepada Allah s.w.t.. Kita berlindung kepada Allah s.w.t. daripada kejahatan diri dan keburukan perbuatan. Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t. maka tidak ada pula yang dapat menyesatkan. Dan barangsiapa disesatkan oleh Allah s.w.t. maka tidak ada pula yang dapat menunjukkan. Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t. dan tiada ada sekutu bagiNya. Dan saya bersaksi bahawa Muhammad s.a.w. itu adalah hamba dan RasulNya. Dengan nikmat iman dan Islam ditambah lagi dengan nikmat akal fikiran dan nikmat usia muda, dapat juga saya selesai merumuskan buku nipis yang sarat dengan ilmu tentang sunnah Nabi s.a.w. ini, bertajuk Panduan Praktis Shalat Sunnah Rawatib Berdasarkan Al-Quran Dan AsSunnah karya Dr. Said Bin Ali Bin Wahf Al-Qathani (Disusun Oleh Abu Muhammad Ibnu Shalih Bin Hasbullah, diterbitkan oleh Pustaka Ibnu Umar.

Diketahui ibadah yang terutama selepas syahadah adalah solat lima waktu sehari semalam. Dengan solat lima inilah seseorang itu muslim atau kafir. Dengan solat lima inilah seseorang itu akan dimasukkan ke dalam syurga atau tidak. Dengan solat lima inilah berdirinya agama Islam pada seseorang itu. Dan solat yang lima inilah yang paling utama untuk diperhalusi dan dibaiki, ditambah kesempurnaannya dengan disuntik amalan-amalan sunnah luar dan dalamnya, dan dihayati maknamakna dan hikmahnya bacaan dan geraknya. Semuanya adalah untuk menjadikan solat lima ini sempurna yang menjadi penghubung yang kuat antara kita dan Allah dan harapan selepas itu adalah syurgaNya.

Solat sunnah rawatib adalah sebagai tambahan untuk menyempurnakan solat yang lima ini. Inilah bukunya yang menjawab persoalan solat sunnah rawatib yang bersumberkan Al-Quran dan AsSunnah dan ditambah lagi dengan ganjaran-ganjaran beramal dengan solat sunnah rawatib. Perbahasan yang lebih utama adalah bagaimana solat sunnah rawatib Nabi s.a.w. Buku yang bersaiz poket ini mempunyai 64 muka ini menjawab semua persoalan itu, sangat baik dibaca dan diamalkan. Penyampaian adalah ringkas dan mudah.

Selama saya membaca buku-buku tentang solat, inilah bukunya yang menjawab dan memperincikan solat sunnah rawatib berpandukan As-Sunnah. Pendekatan penulis buku ialah membawa dalil As-Sunnah dan menutup perbahasan dengan kesimpulan dan syarah daripada ulamak. Dengan itu, pembaca akan mengetahui dan mengikut solat sunnah rawatib cara Nabi s.a.w. Inilah yang dinamakan sebagai ittiba.

Tujuan saya adalah kerana keredhaan Allah s.w.t dan kepentingan alam akhirat dengan usaha penyebaran ilmu. Dengan rumusan ini sedikit sebanyak dapat menguatkan akal dan amalan saya. Saya harapkan dengan rumusan ini yang serba kekurangan (dengan kehendak Allah s.w.t jua) membuka hati saya dan pembaca untuk memahami dan beramal dengan kebaikan buku ini.

Ahad-16 Jun 2013 Sungai Chinchin Gombak

Keutamaan Solat Tatawwu1

1. Menjadi Penyempurna Solat Fardhu Dengan Menampal Kekurangan-Kekurangan Solat Fardhu Tersebut. Hadis Tamim Ad-Dari r.a. menyebut;

Amal seorang hamba yang pertama kali diperhitungkan di hari kiamat adalah solatnya. Jika dia menyempurnakan solatnya maka ditulislah solatnya sebagai solat yang sempurna. Jika dia tidak menyempurnakan solatnya, maka Allah Azza Wajalla berfirman kepada para malaikatNya: Lihatlah apakah kalian menemukan solat tatawwu (sunnah) yang dilakukan hamabKu? (Jika ada) maka sempurnakanlah solat fardhunya dengan solat sunnahnya. Kemudian (diperhitungkan) zakat seperti itu. Kemudian amal-amal lain pun diperhitungkan dengan cara yang sama.2

1 2

Apakah Solat Tatawwu? rawatib? HR. Abu Dawud (864,866), Ibn Majah (1425), Dan Ahmad (IV/65, 103)(V/377). Disohihkan Oleh Syaikh AlAlbani.

2. Dengan Solat Tatawwu Darjat Pelakunya Meningkat Dan Kesalahan Dihapuskan.

Hadis Tsauban r.a. menyebut;

Perbanyakkanlah melakukan sujud (iaitu bersolat) kerana tidaklah engkau bersujud kecuali Allah mengangkat darjatmu satu darjat dan menghapuskan kesalahanmu satu kesalahan. 3 3. Banyak Melakukan Solat Sunnah Merupakan Salah Satu Sebab Bagi Seseorang Masuk Ke Dalam Syurga Bersama Nabi S.A.W. Rabiah bin Kab Al-Aslami r.a. berkata, Aku bermalam di rumah Nabi s.a.w. Aku membawakan air untuk Nabi s.a.w. berwuduk dan menyediakan keperluan Nabi s.a.w. Maka Nabi s.a.w. bersabda kepadaku, Mintalah sesuatu. Aku menjawab, Aku ingin bersamamu di dalam syurga. Nabi s.a.w. menjawab, Ada apa yang lain? Aku membalas, Hanya itu sahaja. Lalu Nabi s.a.w. berkata, Bantulah aku untuk membaiki dirimu dengan cara memperbanyakkan solat.4

3 4

HR. Muslim (488) HR. Muslim (489)

4. Solat Sunnah Di Rumah Akan Menarik Berkah. Nabi s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. menggalakkan umatnya supaya solat sunnah di rumah kerana;

Sesungguhnya daripada solat itu, Allah akan menjadikan kebaikan di rumahnya. 5 Dalam hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda;

Jadikan sebahagian solat kalian di rumah-rumah kalian dan jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti kubur. 6

5 6

HR. Muslim (778) Muttafaqun Alaih, Bukhari (432, 1187), Muslim (777)

Terdapat dua jenis solat sunnah rawatib. Pertama ialah Rawatib Muakkadah (Rawatib Yang Sangat Ditekakankan) . Kedua ialah rawatib Ghairu Muakkadah (Rawatib Yang Tidak Ditekankan)

1) Rawatib Muakkadah (Yang Sangat Ditekankan): 12 Atau 10 Rakaat.


Pertama: Ummu Habibah r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa solat dua belas rakaat dalam sehari semalam, maka akan dibangunkan baginya sebuah rumah di dalam syurga. 7 Penjelasannya; ...iaitu 4 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor , 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak, dan 2 rakaat sebelum Subuh. 8 Kedua: Aisyah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang tekun melakukan 12 solat sunnah, maka Allah membangunkan sebuah rumah baginya di syurga, iaitu: 4 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak, dan 2 rakaat sebelum Subuh.9 Juga Aisyah r.a. menyebut; Beliau tidak pernah meninggalkan 4 rakaat sebelum Zohor dan 2 rakaat sebelum Subuh.10 Ketiga: Abdullah bin Umar r.a. berkata: Aku hafal daripada Rasulullah s.a.w. 10 rakaat iaitu: 2 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib di rumahnya, 2 rakaat selepas Isyak di rumahnya, dan 2 rakaat sebelum Subuh Juga disebut;
7 8

HR. Muslim (728) HR. At-Tirmizi (415) Disohihkan Oleh Syaikh Al-Albani 9 HR. At-Tirmizi (414) Disohikan Oleh Syaikh Al-Albani 10 HR. Al-Bukhari (182)

Dan 2 rakaat selepas Jumaat di rumahnya. 11 Kesimpulan: Syaikh Ibn Baz membuat kesimpulan: Keduanya boleh dilakukan samada 12 atau 10 rakaat. Sesiapa yang kuat dan bersemangat, lakukanlah 12 rakaat. Dan sesiapa yang dalam kesibukan maka lakukanlah 10 rakaat. Solat sunnah sebelum Subuh adalah yang paling ditekuni Nabi s.a.w. Kata Nabi s.a.w., Dua rakaat solat sunnah sebelum Subuh lebih baik daripada dunia serta isinya. 12 Nabi s.a.w. tidak meninggalkan solat sunnah ini samada ketika di kampung atau ketika dalam perjalanan.13

11 12

Muttafaqun Alaihi, Bukhari (118, 937, 1165, 1172), Muslim (729) HR. Muslim (725) 13 Muttafaqun Alaih, Bukhari (1171), Muslim (724)

2) Rawatib Ghairu Muakkadah (Yang Tidak Ditekankan)


Pertama: Abdullah bin Umar r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Semoga Allah merahmati orang yang solat empat rakaat sebelum Asar. 14 Kedua: Dua rakaat sebelum Maghrib dan Isyak bersumberkan hadis daripada Abdullah bin Mughaffal r.a.15 Selepas Maghrib merupakan solat sunnah yang ditekankan. Disunnahkan membaca Surah AlKafirun pada rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua di dalam solat sunnah selepas Maghrib. Ini juga bersamaan dengan bacaan sunnah ketika solat sunnah sebelum Subuh. Ini bersumberkan daripada riwayat Abdullah bin Masud.16 Ketiga: Empat rakaat selepas Jumaat jika solat di masjid atau dua rakaat jika solat di rumah. Tiada solat sunnah sebelum Jumaat melainkan solat sunnah mutlak (daripada riwayat Salman Al-Farisi r.a.17 dan Abu Hurairah r.a.18) atau solat tahiyatul masjid. Ini adalah kesimpulan yang dibuat oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h.m. bersumberkan riwayat Abdullah bin Umar r.a.19 dan riwayat Abu Hurairah r.a.

14 15

HR. Abu Dawud (1271) Dihasankan Oleh Syaikh Al-Albani HR. Bukhari (1183, 7368) 16 HR. Tirmizi (1166) Hasan Sohih 17 HR. Bukhari (883 & 910) 18 HR. Muslim (857) 19 HR. Muslim (882)

3) Beberapa Isu
I. Mengqadha Solat Sunnah Rawatib

Bersumberkan daripada hadis riwayat Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. menqadha solat sunnah rawatib sebelum Zohor ketika melakukan solat sunnah rawatib selepas Zohor. 20 Nabi s.a.w. juga dalam hadis yang lain membenarkan seorang sahabat bernama Qais bin Amr r.a. menqadha solat sunnah rawatib sebelum Subuh. 21 Nabi s.a.w. juga dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. menqadha solat sunnah rawatib sebelum Subuh dan solat Subuh kerana Nabi s.a.w. tertidur dalam satu perjalanan. 22 Kesimpulan daripada Syaikh Ibn Baaz r.m.h.: Solat sunnah rawatib tidak boleh diqadha kecuali dilaksanakan bersama solat fardhu yang tertinggal. Juga hanya solat sunnah rawatib yang ditetapkan sunnah iaitu solat sunnah rawatib sebelum Subuh dan Zohor sahaja yang boleh diqadha. II. Disunnahkan Memberi Selang Waktu Diantara Solat Fardhu Dan Solat Sunnah Rawatib Bersumberkan daripada hadis riwayat Muawiyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. memerintahkan untuk tidak menyambung solat fardhu dengan solat sunnah. 23 Hikmahnya untuk membezakan diantara solat fardhu dan solat sunnah dan tidak pula tersalah anggapan. III. Disunnah Berpindah Tempat

Bersumberkan perbuatan Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibn Umar r.a iaitu memperbanyakkan tempat sujud. Dan apabila ditanya, Ibn Umar r.a. menjawab bahawa Nabi s.a.w. melakukan yang sedemikian rupa.24
20 21

HR. Tirmizi (426) Dihasankan Oleh Syaikh Al-Arnaut HR. Tirmizi (422), Abu Dawud (1267), Ibn Majah (1154) 22 HR. Muslim (681) 23 HR. Muslim (883)

IV.

Tidak Melakukan Solat Sunnah Rawatib Apabila Iqamah Telah Dikumandangkan

Bersumberkan hadis riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda, Apabila iqamah sudah dikumandangkan, maka tiada solat lain melainkan solat fardhu . 25 Hikmahnya kerana solat fardhu lebih utama daripada solat sunnah. Maka solat fardhu perlu diutamakan ketika dikumandangkan iqamah. Maka putuskan solat sunnah rawatib ketika iqamah dikumandangkan dengan salam. V. Tiada Solat Sunnah Rawatib Ketika Bermusafir Kecuali Solat Sunnah Rawatib Sebelum Subuh dan Solat Witir Bersumberkan daripada hadis riwayat Ibn Umar r.a. bahawa beliau mengikut Nabi s.a.w. bermusafir dan Nabi s.a.w. tidak melakukan solat sunnah rawatib selepas solat fardhu yang diqasarkan. Ibn Umar r.a. mengikut Abu Bakr r.a., mengikut Umar r.a. dan mengikut Uthman r.a. bermusafir dan mereka juga tidak pernah menambah solat lainnya selepas solat fardhu yang diqasarkan. 26 Timbul persoalan adakah salah jika menambah solat fardhu ketika musafir dengan solat sunnah rawatib yang lain? Jawapannya ialah, mengikut Nabi s.a.w. adalah lebih utama. Jika menambah, si pelaku merasakan bahawa yang dilakukan Nabi s.a.w. adalah tidak cukup sehingga perlu kepada penambahan. Kerana mengikut Nabi s.a.w. adalah lebih utama dan ganjarannya lebih cemerlang. Adapun solat sunnah sebelum Subuh27 dan solat Witr28, maka Nabi s.a.w. tidak pernah tinggalkan mengerjakannya selama-lamanya samada ketika di mukim atau bermusafir.

24 25

HR. Abu Dawud (1130) Disohihkan Oleh Syaikh Al-Albani HR. Muslim (710) 26 Muttafaqun Alaihi, Bukhari (1101, 1102) Muslim (724) 27 Muttafaqun Alaihi, Bukhari (1159) Muslim (724) 28 Muttafaqun Alaihi, Bukhari (999), Muslim (700)

Adapun solat sunnah tathawwu mutlak seperti solat sunnah dhuha, dan solat sunnah yang bersebab seperti solat sunnah tahiyatul masjid, maka ia disyariatkan samada ketika bermukim ataupun ketika bermusafir. Ini adalah kesimpulan daripada Imam Ibn Qayyim r.m.h.

4) Cadangan Beberapa Pelan Tindakan Saya membawakan beberapa cadangan pelan tindakan untuk saya dan pembaca usahakan supaya kita mengerjakan solat sunnah rawatib muakkadah secara istiqamah. i. Tetapkan niat dan azam untuk ganjaran. Kata Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, jika setiap hari dikerjakan 10 atau 12 solat sunnah rawatib secara lengkap, maka setiap harilah Allah s.w.t. akan memberi kepada pelakunya sebuah rumah di syurga.

Jika kita terlepas satu waktu solat sunnah rawatib contohnya, janganlah kita langsung tidak kerjakan yang lainnya. Kerana walaupun ganjaran sebuah rumah di syurga tidak perolehi pada hari itu, kita seharusnya membiasakan diri mengerjakan solat sunnah rawatib untuk menampung kesempurnaan solat fardhu yang kita kerjakan.

ii.

Bersiap dan tiba ke masjid atau musolla sebelum azan. Pastikan ketika azan dikumandangkan kita sudah berada di dalam masjid atau musolla.

iii.

Terus ke saf pertama masjid atau musolla. Ini akan menjadikan kita lebih fokus untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Antara lainnya ia akan mengelakkan kita daripada bercakap-cakap dengan kawan sehingga terlupa untuk solat sunnah rawatib.

iv.

Berusaha untuk solat berjemaah samada di masjid atau musolla.

v.

Makan dan minum mengikut jadual kerana ia akan menentukan masa membuang air besar yang terancang. Dengan itu, kita akan mendapat keselesaan perut yang akan mempengaruhi ibadah khususnya ibadah solat.

vi.

Pengurusan masa harian perlu dikemas-kinikan. Penuhkan dengan aktiviti yang berfaedah dan tinggalkan aktiviti yang lagho dan hiburan.

PENUTUP
Syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan izinNya dapat saya siapkan rumusan yang singkat ini. Saya sangat mengharap bahawa inilah amal soleh yang saya lakukan yang akan membantu saya ketika saya sudah meninggal dunia nanti. Juga harapan saya agar dengan rumusan ini menambah kemahiran menulis dan kekuatan akan saya, sekaligus memberi panduan dan penguat kepada saya untuk beramal hariannya. Kerana ittiba Nabi s.a.w. itu adalah penyuluh kehidupan, saya dengan izin Allah s.w.t. akan cuba sedaya upaya membuat rumusan amalan yang lainnya. Insyallah. Terima kasih.

BIODATA PENULIS
Saya dilahirkan di Seremban Negeri Sembilan pada 24 April 1988. Bapa saya bernama Baharudin bin Othman. Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau Pendang. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Mahmud Alor Setar sehingga tingkatan 5. Selepas itu, saya menyambung pelajaran ke Darul Quran Jakim di Kuala Kubu Bharu dalam Persijilan Tahfiz AlQuran. Sekarang di tahun 4 Kuliyyah UndangUndang Ahmad Ibrahim Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Berkahwin dengan Puan Rahmawati Mohd Yusoff dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Maryam Sofiyyah dan Maryam Aisyah. Penulis suka mengulangkaji hafazan AlQuran dan membaca buku. Penulis di hujung minggu mengajar hafazan Al-Quran Pra-Tahfiz di Masjid At Taqwa Taman Tun Dr. Ismail dan Masjid Al-Hidayah Taman Melawati. Penulis boleh dihubungi di 013-2223513 dan mohammadhidirbaharudin@gmail.com.

You might also like