You are on page 1of 3

JALUR GEMILANG

Warna kuning dengan bulan sabit dan bintang melambangkan Islam adalah agama rasmi Malaysia. Bintang bersudut empat belas melambangkan tiga belas negeri di Malaysia dan ibu negeri 14 jalur melambangkan negeri-negeri Malaysia dan ibu negeri, Kuala Lumpur. Warna biru melambangkan perpaduan. Warna putih melambangkan kesucian. Warna merah melambangkan keberanian.

RUKUN NEGARA Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 iaitu selepas setahun berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Teks Ikrar Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan

menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut : Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan

BUNGA KEBANGSAAN

Bunga Raya telah dipillih sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri ketika itu. Pemilihan Kebangsaan Bunga Raya sebagai Bunga

kelihatan begitu tepat kerana lima

kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan. Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup aman dan harmoni di Malaysia.

You might also like