You are on page 1of 22

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Tajuk 3
Sinopsis

ISU-ISU DALAM SUKAN

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi perbincangan mengenai isu-isu dalam sukan yang merangkumi isu wanita dan sukan, sukan dan media massa, politik dan sukan, insentif dan atlit, perjudian dalam sukan serta cabaran sukan negara membangun masa kini. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelas isu-isu dalam sukan 2. Menghuraikan tentang wanita dan sukan 3. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan sebagai contoh 4. Bertanggungjawab terhadap sukan dan media massa

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Isu-Isu Dalam Sukan

Wanita dan sukan

Sukan dan media massa

Politik dan sukan

Insentif dan atlit

Perjudian dan sukan

Cabaran sukan negara membangun masa kini 54

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

KANDUNGAN

3.0

Isu-isu dalam sukan

3.1 Wanita dan sukan Penglibatan wanita dalam sukan amat berbeza antara satu kaum dengan kaum yang lain begitu juga antara wanita sebuah negara dengan negara lain. Tetapi dalam kontek sukan dunia, ternyata bahawa penglibatan kaum wanita kini amat ketara. Wanita kini telah dapat meloloskan diri mereka daripada ikatan atau kekangan budaya atau adat resam, sosial, politik dan agama. Kini atlet wanita telah menyumbang pelbagai kejayaan dalam sukan sama seperti atlet lelaki. Wanita hari ini memainkan peranan penting dalam kegiatan sukan. Mereka telah mengembeling tenaga di semua peringkat sukan. Mereka juga bergiat aktif dalam bidang kejurulatihan sukan, pembangunan atlet muda, pengurusan sukan dan sebagainya. Di samping itu kaum wanita juga menjalankan pelbagai kegiatan dan menyediakan kemudahan dan peralatan sukan malahan telah dapat menjadi pengurus dan pemimpin dalam pentadbiran sukan.

3.1.1 Mitos wanita dalam sukan Sukan Olimpik Moden pertama pada tahun 1896 telah melarang kaum wanita untuk menyertai sebarang acara sukan. Hal ini kerana dipercayai bahawa

penggunaan tenaga fizikal yang keterlaluan akan merosakkan sistem pembiakan kaum wanita. Mitos dan kepercayaan ini telah menyebabkan kaum wanita telah dilarang untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan. Justeru, mitos dan kepercayaan ini telah menyebabkan kaum wanita dilarang menyertai sukan tanpa kajian saintifik akan kesan latihan sukan ke atas sistem pembiakan wanita.

55

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

3.1.2 Kedudukan wanita dalam masyarakat Pandangan umum terhadap kedudukan wanita dalam masyarakat yang diwarisi sejak dahulu masih berada ditahap yang rendah iaitu melihat wanita sebagai anggota sokongan yang seharusnya menjalakan tugas-tugas membantu kepada golongan lelaki. Maka dari segi penyertaan wanita dalam sukan dan mungkin juga pandangan umum ini turut meletakkan kaum wanita agak ketinggalan daripada kaum lelaki dalam sukan terutamanya sukan yang memerlukan tindakan yang agresif, mengerah tenaga yang ada hubungan dengan kekuatan fizikal dan sebagainya. Hal ini mungkin ada hubungan dengan fungsi utama wanita yang dianggap sebagai agen untuk reproduktif dengan segala implikasinya. Sungguhpun pandangan ini telah lapuk, namun hal ini masih berpengaruh dalam konteks negara membangun terutamanya di sebelah timur. Bagaimanapun, dari satu sudut, budaya timur melihat ada jenis-jenis sukan yang tidak sesuai disertai oleh kaum wanita. Kita tidak boleh memandang ringan terhadap tanggapan ini kerana dari segi realitinya hal ini merupakan pandangan yang disokong oleh kenyataan yang wujud dalam jenis-jenis sukan tertentu.

3.1.3 Faktor yang menyebabkan wanita menjauhi sukan Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kurangnya penglibatan kaum wanita dalam sukan. Antaranya sikap negatif terhadap penyertaan wanita yang wujud daripada sex stereotyping. Sikap negatif ini wujud kerana kekurangan kesedaran atau kekurangan kepekaan dalam kalangan kaum wanita. Hal ini demikian kerana berpunca daripada ketidaksamarataan dan ketidaksaksamaan peluang. Oleh itu, untuk menggalakkan kaum wanita terlibat aktif dalam sukan maka faktor ketidaksaksamaan perlu diatasi. Faktor seterusnya ialah wanita kekurangan kepekaan kerana sikap sex stereotyping:, maka ramai kaum wanita tidak digalakkan aktif bersama-sama kaum lelaki, tidak digalakkan aktif di dalam aktiviti yang sama jenis dengan kaum lelaki dan kaum wanita juga tidak diberi harapan atau tanggapan 56

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

terhadap kompetensi mereka sama seperti kaum lelaki dalam sukan. Faktor seterusnya yang menyebabkan kaum wanita menjauhi aktiviti sukan kerana kekurangan self-esteem mereka untuk aktif bersukan, kekurangan sistem yang menyokong penyertaan wanita, kekurangan kebolehan kemahiran bersukan dan kekurangan peluang dan pendedahan terhadap sukan. Hakikatnya terdapat pelbagai halangan dan perbalahan terhadap wanita untuk bergiat cergas dalam sukan. Perbalahan atau halangan ke atas wanita bersukan menyentuh beberapa aspek kewanitaan atau feminine dan fitrah kejadian wanita seperti :I. II. Wanita tidak sepatutnya terlibat dalam sukan kerana ianya tidak feminine Secara psikologi, wanita tidak boleh diharapkan untuk meluangkan masa dan wang ringgit bagi tujuan perkembangan aktiviti sukan. III. Wanita tidak cukup kuat untuk menjadi cemerlang dalam sukan, oleh itu mereka tidak perlu dilibatkan dalam sukan. IV. Wanita tidak perlu digalakkan menceburi sukan kerana mereka mungkin menghadapi peluang yang tipis untuk mengandung secara normal. Oleh kerana larangan dan perbalahan ini maka wanita enggan terlibat secara aktif dalam sukan secara total kerana banyak lagi tanggapan yang negatif dibuat terhadap wanita jika mereka bergiat cergas dalam sukan contohnya jika wanita terlalu aktif bersukan maka mereka akan mirip seperti lelaki iaitu otot mereka menjadi sasa atau tegap (masculine). Tanggapan sebegini ini yang menyebabkan timbulnya pelbagai konflik terhadap wanita untuk menceburi dengan aktif dalam sukan. 3.1.4 Konflik fizikal Gendal (1967) dalam perdebatan mengenai wanita dan latihan fizikal, sukan dan penyertaan dalam sukan Olimpik menyatakan bahawa telah terbukti tiada keburukan atau kemudaratan dari segi fizikal yang akan dialami oleh atlet

wanita. Sebaliknya manfaat yang diperoleh wanita ialah lebih banyak kebaikan apabila terlibat dalam sukan.

57

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Robinson (1973) pula menyatakan bahawa tidak perlu membuat tanggapan bahawa jika wanita terlibat dalam acara fizikal, mereka akan nampak seperti lelaki dan tidak feminine. Aktiviti fizikal bukan satu ancaman kepada kewanitaan atau feminine tetapi harus menjadi sebahagian proses perkembangannya. 3.1.5 Konflik psikologi Disebabkan banyak tanggapan negatif ke atas wanita yang bersukan maka timbullah konflik psikologi ke atas wanita. Walau bagaimanapun Snyder dan Kivlin (1975) telah membuktikan bahawa ahli gimnastik mempunyai

kesejahteraan psikologi yang baik. Kane dan Callaghan (1965) dalam kajiannya menyatakan bahawa personaliti pemain ternama tenis wanita mempunyai tahap yang baik dalam kestabilan emosi, kekuatan ego dan mempunyai tahap kekecewaan yang rendah. Seterusnya tiada terbukti berlakunya kehilangan feminine traits. 3.1.6 Konflik Fisiologikal Pengetahuan berkaitan fisiologi wanita bersukan telah benyak dibuat kajian. Namun terdapat prejudis dan pemikiran yang tidak sainstifik terhadap wanita yang bersukan. Kerap kali dikatakan sukan untuk tomboys dan mereka yang terlibat dalam sukan secara aktif akan menanggung risiko terhadap kewanitaan mereka. Bersukan boleh memberi kesan buruk ke atas sistem reproduktif wanita dan mengubah penampilan wanita menjadikan susuk tubuh badan mereka lebih masculine. Kerap dikatakan wanita akan menghadapi kesukaran untuk mengandung secara normal jika terlalu aktif bersukan. Robinson (1973) dalam kajiannya telah menyangkal tohmahan ini. Wanita tidak sepatutnya ditakut-takutkan dengan tanggapan yang aktiviti fizikal akan menjadikan mereka masculine. Aktiviti fizikal bukan satu ancaman terhadap kewanitaan mereka tetapi merupakan sebahagian daripada pertumbuhan mereka.

58

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

3.2 Sukan dan media massa Media massa merupakan salah satu medium yang berperanan sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan dan menyemarakkan dunia sukan Kejohanan atau pertandingan sukan menuntut penganjur dan organisasi sukan terlibat membangunkan produk, acara dan menentukan harga untuk

menyaksikan sesuatu kejohanan. Usaha ini bertujuan untuk menarik minat dan menyampaikan kepada penonton sukan. Kejayaan sesuatu kejohanan sukan juga sangat bergantung kepada aktiviti publisiti, promosi, penajaan dan juga penyiarannya. Dalam hal ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting terhadap sukan. Media massa memberi pelbagai perkhidmatan yang penting kepada sukan. Antaranya ialah media massa merupakan sumber pendapatan kepada sukan iaitu melalui pembelian hak penyiaran program sukan. berperanan memberi kesempatan kepada Media massa juga dunia untuk

masyarakat

menyaksikan program sukan. Imej sukan terhadap masyarakat dunia dipersembahkan oleh media massa. Dengan kemajuan teknologi, kini komunikasi sukan dengan pelanggannya iaitu peminat dan penonton sukan lebih canggih diguna pakai. Peralatan elektronik moden ini telah membuatkan badan sukan memperoleh penampilan awam yang baik melalui peranan media massa yang menyiar, mempromosi aktiviti sukan diseluruh dunia. Kerana pendedahan yang kurang professional dan mirip kepada sensasi oleh media massa, khasnya televisyen, para atlet mudah dieksploitasi oleh kemasyhuran, glamour, sanjungan dan kekayaan. Peranan media massa, khasnya televisyen adalah penting untuk memberikan galakan kepada para atlet atau ahli sukan dan untuk menjana penajaan dan pengiklanan. Malangnya liputan yang terlalu mengutamakan aspek-aspek sensasi seperti kisah peribadi, gaya hidup dan pendapatan ahli sukan kerap menimbulkan kesan negatif.

59

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

3.2.1 Fungsi media massa Media massa mempunyai fungsinya tersendiri biar apa pun penafsiran yang diberikan terhadap media. Lazimnya setiap media ini mempunyai sasaran khalayaknya yang tersendiri dan oleh itu fungsi yang dimainkan oleh media massa agak berbeza malah kadang kala ada yang melihatnya dari perpektif yang negatif. Umumnya para sarjana komunikasi bersetuju bahawa media massa mempunyai empat peranan utama iaitu pemerhati, penafsir,

penghubung dan penghibur i. Fungsi pemerhati

Peranan media massa sebagai pemerhati boleh ditafsirkan sebagai media massa bertugas sebagai pemerhati yang mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku disekitar kita. Melalui pemerhatian tersebut media akan melaporkan kepada audien melalui berita atau maklumat yang signifikan dan berkesan kepada masyarakat. Fungsi amaran Media massa amat peka dan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling sepertri ancaman bahaya, perubahan cuaca dan sebagainya yang

kemudiannya memberi amaran kepada audien agar bersiap sedia secara fizikal dan spiritual. Contohnya mengenai ancaman H1N1, Malaysia belum diserang oleh wabak ini tetapi media telah memberikan amaran awal kepada audien, oleh itu audien dapat bersiap sedia bagi mengelakkan pandemik ini.Audien tidak perlu lagi ke sana-sini untuk mendapatkan maklumat mengenai pandemik ini kerana media telah menyebarkan maklumat tentang langkah-langkah persediaan. Fungsi instrumental Media massa sebagai fungsi instrumental ini membantu audien memperoleh maklumat seperti harga barangan sukan, fesyen pakaian sukan, produk sukan yang baru dan sebagainya. Peranan ini bukan hanya dikhususkan kepada media berbentuk berita sahaja, penerbitan ringkas dan kandungan media yang 60

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

bertujuan menghibur seperti majalah juga memainkan peranan penting dalam fungsi instrumental ini. ii. Fungsi Pentafsir Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu sahaja. Media massa juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesigniifikan sesuatu peristiwa sukan. Fungsi pentafsir media massa ini amat berkait rapat dengan fungsi pemerhati Gatekeepers. Media akan menentukan mana berita yang penting yang akan disiarkan menurut kepentingan dan keutamaannya. Berdasarkan bahan berita yang disiarkan, audien memperoleh pelbagai pandangan yang boleh dinilai sendiri oleh mereka. Interpretasi maklumat juga boloeh didapati di halaman editorial. Interpretasi, komen dan pendapat disediakan agar audien memperoleh perspektif mendalam mengenai sesuatu pemberitaan. iii. Fungsi Penghubung Media massa berkebolehan menggabungkan elemen yang berbeza di dalam masyarakat. Contohnya, pengiklanan berusaha menggabungkan keperluan pembeli dengan produk penjual. Fungsi menyampaikan mesej kepada audien merupakan peranan yang dijalankan oleh media. Maka dengan itu, media massa menjadi penghubung masyarakat dengan masyarakat dan sebagainya. Dalam perkembangan dunia teknologi maklumat ini, segala maklumat mengenai perkembangan sukan dapat diakses dihujung jari sahaja. Media

massa menjadi wahana dan platform untuk berhubungan antara satu sama lain. Kemudahan seperti laman web dapat menghubungkan para peminat sukan dengan atlet, jurulatih dan juga badan-badan sukan. Fungsi menghubungkan ini juga memperlihatkan peranan media massa menyediakan akses kepada audien dengan sukan.

61

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

iv. Penghibur Kebanyakan pihak melihat peranan media massa sebagai fungsi menghibur semata-mata. Contohnya program televisyen bertujuan untuk memberi hiburan kepada audien. Fungsi ini ditakrifkan sebagai media massa berfungsi sebag ai penghibur kepada audien melalui program-program hiburan sama ada bermaklumat mahupun sekadar hiburan sahaja. Kesimpulannya media massa sememangnya mempunyai peranan yang penting dalam industri sukan hari ini. Cuma sedikit kebimbangan dengan kewujudan media massa yang lebih mengutamakan isu-isu sensasi atau gossip daripada maklumat-maklumat yang bermanfaat kepada audien.

3.3 Politik dan sukan Politik ialah alat untuk menunjukkan kuasa seperti kuasa pengurusan pasukan atau persatuan sukan, kuasa hirearki dan pengurusan dan pentadbiran sukan. Politik sememangnya wujud seiring dan bergerak secara timbal-balik dengan sukan. Politik wujud dalam kebanyakan aktiviti proses dan perkembangan sukan. Politik berlaku dalam proses pemilihan atlit atau pemain, jurulatih dan juga pegawai sukan. Politik wujud dalam pertandingan atau kejohanan, politik juga wujud dalam kelab sukan. Malahan ada kalanya politik berperanan dalam memastikan kenaikan dan kejatuhan sesuatu pasukan atau pemimpinnya. Tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa melalui sukan juga karier politik seseorang tokoh boleh dijulang atau dijatuhkan. Kuatnya pengaruh sukan terhadap politik sehingga memberi impak ke atas nasib ahli politik. Oleh sebab itu, tidak hairanlah ada negara dan kerajaan yang bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam sukan. Melalui sukan, pengaruh politik dapat diserapkan dengan berkesan. Banyak teori yang mengaitkan sukan dengan politik. Kejayaan sukan sesebuah negara di peringkat antarabangsa juga kadang-kadang dikaitkan dengan kemantapan dan kestabilan politik negara tersebut.

62

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Umum telah mengetahui bahawa, sesebuah badan atau persatuan sukan yang aktif memang memerlukan bantuan dari segi kewangan. Dengan adanya bantuan kewangan daripada ahli politik, maka sumber kewangan badan atau persatuan sukan tersebut sedikit sebanyak dapat ditingkatkan. Selain itu, badan sukan tersebut juga boleh menggunakan nama atau pengaruh ahli politik untuk mendapatkan penaja-penaja yang dapat memberi sumbangan dari segi kewangan. Secara tidak langsung, dengan adanya sumber kewangan, maka badan sukan tersebut dapat menjalankan segala aktiviti dan program yang telah

dirancangkan seperti program latihan atlet, program pembangunan sukan, program kejurulatihan dan sebagainya. .

3.3.1 Kesan positif penglibatan ahli politik dalam sukan Politik dalam sukan juga memberi impak yang positif terhadap sukan. Antaranya politik dalam sukan dapat membina semangat setiakawan, contohnya peringkat serantau sukan SEA dan sukan Asia Selatan. Politik

dalam sukan juga membina kerjasama antarabangsa seperti sukan Olimpik, sukan Komanwel dan sukan Asia. Apabila terdapatnya sesuatu pertandingan atau kejohanan sukan, ahli-ahli politik dapat menjalinkan persahabatan dan juga kerjasama dengan negara lain. Perhubungan yang baik antara negara akan dapat membantu badan sukan dalam sesuatu negara itu mendapat pelbagai maklumat untuk mempertingkatkan prestasi sesebuah badan sukan dan sebagainya.

3.3.2 Kesan negatif penglibatan ahli politik dalam sukan Sukan sejak dahulu dan hingga kini tidak dapat lari daripada belenggu percaturan politik. Umpamanya persengketaan antara Athens dan Sparta

sebelum masihi dahulu masih terus berlaku hingga hari ini, contohnya Olimpik di Moscow pada 1980 dan Olimpik Los Angeles pada 1984 yang menyaksikan peristiwa memboikot penyertaaan ke sukan Olimpik oleh beberapa negara 63

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

tertentu. Hal ini berlaku kerana blok kapitalis dan blok komunis sangat menyedarikan musuh mereka di arena politik dunia juga adalah musuh di gelanggang sukan. Persoalan prestij menjadi perkara penting dan sukan dijadikan medan untuk menunjukkan kekuatan politik dan menyampaikan mesej politik masing-masing. Seterusnya sukan juga dipolitikkan apabila jutaan malah berbilion dollar ditaburkan untuk mendapat hak eksklusif oleh penaja koporat. Hal ni menyebabkan berlakunya perlanggaran etika dengan berleluasa oleh

Jawatankuasa Badan Sukan dunia demi mengejar keuntungan, antaranya melalui pelancongan, pembinaan dan pengangkutan. Seterusnya membuka

ruang kepada badan sukan dunia mendapatkan imbuhan daripada pihak yang berlumba menjadi pengajur temasya sukan. Umpamanya IOC sebagai sebuah organisasi yang memiliki kuasa yang sangat luas dalam menentukan negara mana yang menganjur dan peraturan lain kejohanan telah dibeli undi OIC, dimana jutaan dollart dibelanjakan pihak korporat untuk membeli hadiah kepada anggota badan induk itu. Isu ini hangat diperkatakan selepas skandal sekitar Olimpik di Sidney pada tahun 2000 dan sekitar pemilihan Salt Lake City sebagai penganjur Olimpik musim sejuk 2002. Seorang pegawai Jawatankuasa Olimpik Australia mendedahkan perbelanjaan membeli undi untuk mendapatkan hak menganjur Olimpik di Sidney dengan bantuan kerajaan Australia mencapai AS $ 1 juta untuk membeli pelbagai jenis hadiah kepada ahli-ahli OIC, tidak termasuk belanja lain untuk memenangi hak penganjuran. Rasa kesal terhadap politik wang yang sangat berleluasa ini pernah diluahkan oleh seorang atlet Kanada, Kaliya Young yang mengambil keputusan untuk tidak menyertai Olimpik selepas melihat apa yang berlaku pada kejohanan sukan tersebut. Persembahan kompetitif atlet bukan hanya untuk menjadi sebahagian satu komuniti global yang bertanding dengan semangat kesukanan, persahabatan dan kesepakatan dunia, tetapi hanya akan diperalatkan oleh syarikat korporat demi kepentingan komersial mereka. Semangat sukan telah dihakis apabila temasya sukan menjadi platform syarikat multinasional seperti Coke, Mc Donalds dan lain-lain syarikat mempromosikan produk tidak sihat 64

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

mereka kepada dunia dengan para atlit menjadi alat promosi mereka. Sekurang-kurangnya sejak Olimpik di Los Angeles pada 1984 yang menyaksikan peningkatan perbelanjaan dan berleluasanya tajaan korporat, skandal, korupsi, diskriminasi dan penindasan menjadi trend pesta sukan. Hal ini dapat disaksikan iklan Visa kad rasmi sukan Olimpik. Media massa memaparkan segala-galanya mengenai sukan kini yang dikuasai oleh jenamajenama korporat. Manakala belanja besar sehingga berbilion dollar dikeluarkan penganjur untuk menganjurkan temasya sukan seolah-olah memperlihatkan politik sentiasa menjadi elemen penting dalam sukan. Terdapat sesetengah ahli politik yang gemar memegang pelbagai jawatan dalam persatuan atau badan sukan. Hal ini kerana mereka tahu jawatanjawatan tersebut sudah tentu dapat mempopularkan mereka selain dapat membantu mereka ketika pemilihan atau pilihanraya. Penglibatan ahli politik dalam menerajui sesuatu persatuan atau badan sukan kemungkinan akan terjejas kerana para pemimpin ini juga sibuk dengan urusan pentadbiran kerajaan dan politik. Malahan terdapat juga sesetengah persatuan atau badan sukan terjejas kerana urusan politik dicampuradukkan dengan urusan persatuan atau badan sukan. Akhirnya kedua-dua jawatan iaitu jawatan kerajaan dan persatuan sukan terabai oleh kerana kesibukan dan kurangnya tumpuan. Kegiatan sukan yang terlalu kerap dilanda kemelut politik, sama ada politik persatuan atau campur tangan ahli politik. Sukan yang terlalu bergantung kepada naungan dan bantuan kewangan daripada kerajaan. Seterusnya

terdapat pemimpin dalam persatuan dan badan sukan yang kurang arif dalam menyelesaikan masalah politik dalaman telah membuka ruang kepada kerajaan dan ahli politik masuk campur dalam pentadbiran dan urusan persatuan atau badan sukan. Terdapat banyak persatuan sukan yang berasakan bahawa dengan menjadikan ahli politik sebagai pemimpin, persatuan sukan boleh mengumpul dana dengan senang dan boleh mendapat pengaruh dalam pelbagai bidang. Hal ini menyebabkan lebih ramai orang menyertai persatuan sukan kerana lebih 65

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

berminat untuk mendekati pemimpin politik berbanding yang betul-betul komited untuk bekerja bagi persatuan sukan.

3.4 Insentif dan atlet Bagi mengiktiraf sumbangan para atlet, jurulatih serta pegawai sukan, pelbagai insentif dan skim kebajikan telah diperkenalkan. Sebagai menghargai sumbangan mereka dalam pertandingan di pelbagai peringkat dalam mahupun luar negara, Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Skim Hadiah Kemenangan Atlet Remaja, Skim Galakkan Jurulatih Kebangsaan dan Skim Kecemerlangan Pengurusan Pasukan telah dijalankan oleh pihak kerajaan. Insentif-insentif ini boleh berbentuk biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun

sara hidup, perlindungan insuran, perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan. Selain tiu insentif untuk kemasukan atlit ke pusat pengajian tinggi, adalah berdasarkan syarat akademik yang minimum dalam disiplin yang dipohon. Di samping itu insentif pengurangan beberapa cukai dan eksais ke atas peralatan sukanhendaklah dijalankan supaya lebih ramai orang mampu memperoleh barangan sukan pada harga yang murah. Sejak 2005, kerajaan memberikan imbuhan tetap bulan kepada pemenang pingat olimpik sama ada pingat emasa, perak atau gangsa. Imbuhan ini untuk sepanjang hayat bermula dari tarikh atlit memenangi pingat dikejohanan tersebut. Selain ganjaran kewangan, pengorbanan atlit turut diikhtiraf dalam bentuk darjah kebesaran dan pemberian rumah atau tanah. Misalnya pasukan badminton negara yang menjuarai Piala Thomas pada 1992 telah dikurniakan sebidang tanah setiap seorang daripada mereka Karier ahli sukan yang semakin singkat akibat daripada persaingan sengit menyebabkan atlet berusaha memburu wang ganjaran atau insentif ini. Jika wang menjadi motif utama maka semangat kesukanan, jati diri akan luntur. Justeru atlit perlu ditanam dengan semangat cintakan negara sejak di awal pembabitan dalam bidang sukan dan semangat cintakan sukan itu sendiri dan matlamat utama bergelar atlit ialah untuk meraih kejayaan sekaligus 66

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

mengharumkan nama negara. Kerajaan sudah menghargai sumbangan dan pengorbanan atlet yang mengharumkan nama negara di persada dunia, kini tiba masanya para atlet yang bersaing menunjukkan kemampuan masing-masing dalam menamatkan kemarau kilauan pingat emas Olimpik untuk negara

3.5 Perjudian dan sukan Perjudian bermaksud permainan dengan menggunakan wang dan lain-lain sebagai taruhan. Perjudian juga didefinisikan sebagai memperjudikan,

mempertaruhkan, mempertarungkan dan menggadaikan yang melibatkan pertaruhan. Menurut kamu pelajar (1997), perjudian ialah perbuatan atau hal menjudikan dengan bertaruhkan wang. Menurut kamu Bahasa Melayu Utusan (1995), perjudian bermaksud

menggunakan wang atau sebagainya untuk dijadikan taruhan dalam permainan judi, mempertarungkan dan menggadaikan. Perjudian ialah perihal berjudi iaitu permainan dengan menggunakan wang atau barang-barang berharga sebagai taruhan

3.5.1 Mengapa wujudnya perjudian dalam sukan Wujudnya unsur antaranya :i. ii. iii. Faktor kewangan Hiburan Bookie (individu atau organisasi yang menjadi dalang dalam perjudian dalam sukan disebabkan beberapa faktor

menguruskan perjudian dalam sukan)

67

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

3.5.2 Jenis perjudian dalam sukan i. Menentukan dan mengatur perlawanan Sebelum pertandingan atau perlawanan bermula keputusan perlawanan sudah ditentukan Sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan atau perlawanan Bertaruh keputusan pertandingan Peminat sukan akan bertaruh untuk sesuatu pertandingan atau perlawanan contohnya bola sepak keputusan perlawanan ialah jumlah jaringan gol

3.5.3 Kesan perjudian dalam sukan Mencemarkan imej sukan Negara Isu perjudian dan juga rasuah dalam sukan yang tersebar melalui media massa akan menyebabkan imej sukan Negara tercemar di mata dunia Mutu sukan merosot Perjudian dan rasuah menyebabkan atlet tidak mempamerkan prestasi sebenar. Sekiranya sikap ini berterusan, prestasi atlet tersebut akan menurun dan akan menjejaskan mutu sukan negara. Kepercayaan peminat atau penonton sukan terjejas Peminat dan penonton akan berasa tertipu dengan setiap keputusan perlawanan atau pertandingan. Mereka tidak akan menyokong atlet atau pasukan yang terlibat dengan perjudian dan rasuah Menjejaskan hubungan dalam pasukan Atlet yang terlibat dengan perjuaian dan rasuah akan disisih oleh rakan-rakan

68

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

sepasukan yang lain. Rakan-karan sepasukan akan berasa kecewa dan menyebabkan prestasi pasukan akan merosot

3.5.4 Cara mengatasi perjudian dan rasuah dalam sukan Jika terbukti ahli sukan terbabit perjudian dan rasuah, tindakan tegas perlu dikenakan dengan segera termasuk mengheret mereka ke muka pengadilan. Mereka perlu diberi pengajaran setimpal dengan kerakusan mengambil hasil perjudian dan rasuah demi menjaga semangat kesukanan. Jadikan kesilapan mereka sebagai pengajaran kepada pihak lain yang mungkin sedang menimbang tawaran lumayan daripada bookie . Tindakan proaktif perlu dijalankan oleh semua pihak. Pendidikan mengenai kesan buruk amalan perjudian dan rasuah perlu dibenteras secara serius kepada semua ahli sukan dan pentadbiran sukan. Matlamat dan aspirasi sebenar yang harus dimiliki apabila menyertai sukan harus disemai dalam kalangan ahli sukan secara berterusan. Buka platform yang luas untuk para ahli sukan untuk melaporkan sebarang usaha pihak luar yang cuba memancing ahli sukan untuk terjebak dalam gejala perjudian dan rasuah sukan ini. Antara langkah yang boleh diambil ialah : Menghayatikan dan mengamalkan nilai moral dan etika dalam sukan Para ahli sukan perlu menghayati dan mengamalkan prinsip dan nilai moral dan etika. Amalan ini akan memberikan kesedaran kepada mereka tentang tanggungjawab kepada agama, negara dan bangsa Memberi penerangan kesan buruk perjudian dan rasuah dalam sukan Media massa berperanan menerangkan kesan buruk perjudian dan rasuah. Para peminat dan penonton sukan akan menyedari kesan negatif gejala perjudian dan rasuah terhadap mutu dan imej sukan negara. 69

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Penglibatan dalam ceramah agama dan kursus motivasi Mereka yang terlibat dalam sukan perlu mengikuti ceramah agama dan kursus motivasi. Usaha ini akan meningkatkan kesedaran, keinsafan dan semangat kerja berpasukan. Di samping itu, mereka juga perlu diberi insentif agar dapat meningkatkan semangat mereka.

Peranan kelab penyokong dan penonton Kelab-kelab penyokong berperanan menganjurkan kempen anti perjudian dan rasuah kepada para ahlinya dan peminat sukan. Kempen ini berperanan untuk menyeru peminat sukan agar membenci dan membenteras gejala perjudian dan rasuah.

Kebajikan atlet dijaga dengan baik Kebajikan ahli sukan perlu dijaga, soal gaji dan elaun mereka semestinya dilunaskan mengikiut jadual. Begitu juga dengan pemberian insentif perlu tepat dan mengikut jadual pembayaran.

Tindakan tegas pihak berkuasa dan badan sukan Pihak berkuasa dan badan sukan perlu bertindak tegas tanpa memilih bulu dalam isu perjudian dan rasuah sukan ini. Dengan itu atlet dan semua yang terlibat dalam sukan tidak berani terjebak dalam perjudian dan perjudian dan rasuah sukan .

70

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

3.6 Cabaran sukan negara membangun masa kini Pembangunan sukan negara semakin mendapat perhatian serius daripada pihak kerajaan. Hasilnya tertubuhlah Jawatankuasa Kabinet mengenai

pembangunan sukan yang bermatlamat untuk memartabatkan mutu sukan negara agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Antara matlamat utama jawatankuasa ini ialah fokus utama untuk melahirkan lebih ramai atlit muda yang berkualiti di peringkat sekolah melalui proses pengajaran dan pembelajaran Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani yang bersepadu. Menggalakkan pengambilan pelajar cemerlang sukan melalui perancangan penubuhan program matrikulasi dan pra-universiti bersama Sekolah Sukan Malaysia dengan mewujudkan syarat kemasukan khas kepada atlit negara dan menggalakkan pelaksanaan kajian sainstifk Sains Sukan demi membantu mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi sukan dalam kalangan pelajar. Antara fokus yang dikenalpasti ialah pembangunan sukan secara bersepadu di peringkat sekolah melalui program melahirkan lebih ramai guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan di sekolah. 3.6.1 Cabaran dalam akademik Antara cabaran yang telah dan sedang dihadapi i. Bilangan tenaga pengajar yang terhad ii. Faktor kekurangan tenaga pengajar ini dibayangi dengan pertambahan pesat bilangan program yang ditawarkan. iii. Kekurangan kemudahan prasarana akademik iv. Faktor prasarana akademik yang terhad ini serta factor kekurangan tenaga pengajar boleh mengakibatkan kepadatan jadual kuliah pelajar yang mungkin boleh mendatangkan kesan terhadap keselesaan belajar dalam kalangan pelajar

71

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

v. Jadual kuliah yang agak padat vi. Faktor fokus kursus yang pelbagai mewujudkan kepadatan jadual kuliah pelajar. Akibatnya pelajar hanya memiliki masa yang terhad untuk mengulangkaji pelajaran dan bergiat aktif dalam bidang sukan ii. vii. Kekurangan pelajar cemerlang sukan viii. Ramai pelajar cemerlang tidak berminat untuk aktif dalam sukan kerana pelbagai kekangan serti halangan keluarga, kerjaya dalam sukan, tumpuan kepada akademik dan sebagainya Antara cabaran lain dalam pembangun sukan ialah :i. ii. iii. Infrastruktur dan fisiliti Pemain kelas dunia (world class player) Pembangunan atlet pegawai dan pemimpin

iv. Kebajikan atlit dan profesionalisme atlit, jurulatih, sukan v. Pusat kecemerlangan atlit

vi. Kekurangan hubungan yang wujud antara persatuan sukan dengan kerajaan. Perbincangan mengenai sukan jika adapun adalah terbatas vii. Persatuan sukan menerima bantuan dan sokongan kewangan yang terhad daripada kerajaan untuk kegiatan mereka viii. Badan-badan sukan dan pihak kerajaan kurang peka terhadap keperluan masing-masing ix. Kurangnya kerjasama antara badan sukan dengan pihak kerajaan Di sesetengah negara, persatuan sukan dan pihak kerajaan kurang arif tentang hasrat dan pendirian masing-masing mengenai pengurusan sukan

72

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

3.7 Penutup Sukan tidak pernah sunyi daripada pelbagai isu seperi masalah penggunaan dadah, perjudian dan rasuah, keganasan dan sebagainya. Perkara ni bukanlah baru malah masalah ini telah. menghantui sukan sejak dahulu lagi. Sebagai insan yang trelibat dalam bidang sukan sama ada sebagai atlit, jurulatih, pegawai dan pemimpin sukan malah peminat sukan, seharusnya mematuhi nilai dan etika kesukanan secara total. Nilai dan etika telah menetapkan peraturan-peraturan tertentu. Jika para atlet, jurulatih, pegawai sukan dan penonton mematuhi nilai dan etika ini, sudah tentu isu ini tidak timbul. Penggunaan dadah memang tidak membawa sebarang faedah kepada para atlet, sebaliknya memberi kesan buruk ke atas fisiologi tubuh badan. Para atlet yang mencapai kejayaan dan kecemerlangan tanpa dadah terlarang harus menjadi kebanggaan dan dihormati oleh masyarakat dan negara. Perjudian dan rasuah juga memberi kesan buruk dan boleh menjejaskan mutu dan nama baik negara. Prestasi sebenar para atlet tidak dapat ditonjolkan malah sukan akan dipandang serong dan hina oleh masyarakat.

73

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

TUGASAN TERARAH

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan isu-isu dalam sukan.

LAMAN WEB

Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

74

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

75

You might also like