P. 1
Modul-Bmm3110 - SEM 5

Modul-Bmm3110 - SEM 5

|Views: 5|Likes:
Published by Zainal Yahaya

More info:

Published by: Zainal Yahaya on Jun 25, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/14/2014

pdf

text

original

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR

)
MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH (BMM3110)

( SINTAKSIS BAHASA MELAYU)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

.

KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata-Alu-aluan Rektor Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) Tajuk Pembelajaran i i v vi viii ix xi Tajuk 1 Sintaksis Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi  Struktur Binaan Ayat    Pembahagian Subjek dan Predikat Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Susunan dalam Ayat 6 1 Tajuk 2 Sintaksis Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk-Tajuk Kandungan Isi    Urutan Kata. Jenis Ayat Sintaksis dan Aspek Tatabahasa Tajuk 3 Frasa Nama Bahasa Melayu Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk-Tajuk Kandungan Isi  Konstituen Frasa Nama 14 . Perpindahan Ayat Ragam Ayat.

Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Walau bagaimanapun. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. 2. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.PANDUAN PELAJAR Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. sumber-sumber pembelajaran. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. anda boleh berbincang dengan pensyarah. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. 1. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. . Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. dan masa anda. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca.

Hal yang dibincangkan ialah binaan frasa sendi nama. Tajuk 9 berkaitan frasa sendi nama. Tajuk 3 membincangkan frasa nama bahasa Melayu. unsur keterangan dan ayat komplemen. Modul ini mengandungi 10 tajuk terpilih daripada 15 tajuk keseluruhan. dan penggunaan kata sendi nama. binaan ayat dalam bahasa Melayu. klausa. pembahagian subjek dan predikat. dan Tajuk 5 dan 6 – frasa kerja bahasa Melayu. kedudukan frasa sendi nama dalam ayat. frasa. ayat dasar dan ayat terbitan serta elemen yang berkaitan dalam binaan ayat. Sepuluh tajuk yang terlibat dalam modul ini ialah Tajuk 1 dan 2 .susunan konstituen frasa nama bahasa Melayu. tajuk 9 : frasa sendi nama bahasa Melayu dan tajuk 10: ayat bahasa Melayu. Tajuk ini membincangkan konstituen frasa nama dan binaan frasa nama. ayat dasar. (Sila rujuk . dan ayat tunggal. Tajuk 4 adalah khusus menyentuh peraturan D-M.sintaksis. tajuk 7 dan 8: frasa adjektif bahasa Melayu. Tajuk 10 ialah ayat bahasa Melayu.tajuk tersebut adalah seperti yang berikut: Tajuk 1 dan 2 mengenai konsep sintaksis.Agihan Tajuk). Tajuk 3 – frasa nama bahasa Melayu. kekecualian hukum D-M serta kata bilangan dan kata panggilan. . perkataan. Tajuk ini berkaitan dengan ayat. susunan frasa adjektif. Tajuk 4 . Tajuk 5 dan 6 membincangkan binaan frasa kerja dalam Bahasa Melayu.PENGENALAN Kursus BMM3110 (Sintaksis Bahasa Melayu) melibatkan aspek teori tatabahasa dalam binaan ayat Bahasa Melayu. Tajuk 7 dan 8 berkaitan frasa adjektif bahasa Melayu. Secara umumnya tajuk.

Jenis Ayat  Sintaksis dan Aspek Tatabahasa yang Lain Frasa Nama Bahasa Melayu  Konstituen Frasa Nama  Binaan Frasa Nama Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu  Peraturan D-M  Kekecualian Hukum D-M  Bilangan dan Panggilan Frasa Kerja Bahasa Melayu  Binaan Frasa Kerja  Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek  Binaan Frasa Kerja dengan Objek Frasa Kerja Bahasa Melayu  Frasa Kerja dengan Kata Bantu  Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen  Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja Kuliah (jam) Modul (jam) Jumlah (jam) 3 3 2 3 3 3 3 3 4 3 3 5 3 3 6 3 3 .AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Tajuk 1 Kandungan Sintaksis: Bidang Kajian  Struktur Binaan Ayat  Pembahagian Subjek dan Predikat  Ayat Dasar dan Ayat Terbitan  Susunan dalam Ayat Sintaksis: Bidang Kajian  Urutan Kata. Perpindahan Ayat  Ragam Ayat. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

iaitu klausa dan frasa. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Menganalisis binaan ayat. iaitu frasa nama (FN). Menjelaskan definisi ayat. ayat terbitan. ayat dasar. iaitu ayat. Selain itu. iaitu frasa subjek dan frasa predikat. anda seharusnya dapat: 1. frasa kerja (FK). klausa. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. struktur binaan ayat. perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. Sehubungan itu. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). frasa. Susunan dalam ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.TAJUK 1 Sintaksis SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut:     Struktur binaan ayat Pembahagian subjek dan predikat. binaan ayat dasar. klausa dan frasa. Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat. ialah satu ayat. Ayat dasar dan ayat terbitan . binaan subjek dan predikat 2. . binaan ayat terbitan dan struktur subjek dan predikat dalam ayat. Hasil dari binaan perkataan.

perbincangan difokuskan kepada struktur binaan ayat serta struktur binaan subjek dan predikat dalam ayat.KERANGKA TAJUK-TAJUK => => Ayat merupakan unit binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . 1. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti . Struktur binaan ayat : subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat dan binaannya. => Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran. 1. => Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum tatabahasa atau rumus transformasi. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. Pemburu itu (FN) (3). penyusunan semula dan peluasan. Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk.al. iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain.1 Definisi Ayat (Sintaksis) Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. 2006). Ali (FN) (2). Contoh binaan ayat: Subjek (1). Bajunya (FN) (4). Rumah itu (FN) Predikat peniaga (FN) melontar lembing (FK) cantik sekali (FA) di tepi sawah (FS) . 2008). Seterusnya. serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.

Amin (6). abang kandungku. 1. Abang kandungku (7). Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi. Pegawai kastam itu Predikat guru besar di sekolah baru itu. pegawai kastam itu.1. penyusunan semula atau peluasan. Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj.2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan. => Pak Cik membaca surat khabar. Rahim Syam .3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Sedang berehat di bilik sebelah (10). (14) Kucing comel (FN+FA) => Kucing comel itu kesayangan Mama. yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.1987). Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti . Contoh: Subjek (5). Guru besar di sekolah baru itu (9). sedang berehat di bilik sebelah. Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang. Subjek (8). . (12) Ah Meng berlari (FN+FK) (13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Ah Meng berlari dengan pantas.Sabran. Contoh : Ayat Dasar -------- Ayat terbitan (perluasan) (11) Faridah guru (FN+FN) => Faridah guru yang sabar. Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran. amat cekap. Amat cekap Predikat Amin.

Bincangkan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu BAHAN BACAAN Siti Hajar Abdul Aziz (2008). LATIHAN (i). . Raminah Hj. (ii).Bhd.Rahim Syam (1987). Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan.Sabran. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Nyatakan kepentingan membuat analisis sintaksis dalam kalangan guru bahasa. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.al (2006).(15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Bahasa Melayu II. Tatabahasa Dewan. Nik Safiah Karim et. AKTIVITI (i).

anda seharusnya dapat: 1. (Marzukhi Nyak Abdullah. jenis ayat serta aspek tatabahasa bahasa Melayu akan disentuh dalam bab ini. konsep ragam ayat.1997). HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Menjelaskan jenis-jenis ayat. Ragam ayat . ragam ayat serta aspek tatabahasa dalam binaan ayat. Jenis Ayat SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Konsep kata dan perpindahan ayat dalam Bahasa Melayu. Menyatakan konsep ayat berdasarkan jenis dan ragam ayat. . Selain itu. jenis ayat Sintaksis dan aspek tatabahasa bahasa Melayu Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. 2.TAJUK 2 Sintaksis:   Urutan Kata. Perpindahan Ayat Ragam Ayat. Perpindahan ayat merupakan satu proses pembentukan ayat berdasarkan binaan subjek dan predikat sama ada secara susunan biasa atau susunan songsang. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan.

perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah: a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin) . Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama ada kata nama.KERANGKA TAJUK Sintaksis Konsep kata dan perpindahan ayat Ragam Ayat. ragam ayat. Jenis Ayat Aspek Tatabahasa 2.al 2008).1975). terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut: (1). Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et. kata kerja. Aspek-aspek tatabahasa yang menjurus kepada bidang sintaksis merupakan aspek penting dalam melengkapi kajian bahasa. (2). Kek lapis itu enak sekali. Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat. Maniam itu baik sungguh. Ramli sangat pandai bermain skuasy. Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. (3). 2. Sebagai contoh.1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat. Sebagai contoh.0 KANDUNGAN ISI Untuk pengetahuan anda. jenis ayat serta aspek tatabahasa yang lain.adjektif atau kata sendi nama. (Lutfi Abas . kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep sintaksis yang merangkumi konsep kata dan perpindahan ayat.

Paulus = Paul Mariam =Mary vidit = melihat Dalam hubungan tersebut. dalam bahasa Melayu. (ayat aktif) (5) Bola itu ditendang oleh Amar. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana? Oleh itu . Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. (ayat aktif) . ayat Melihat Paul. Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut.2 Ragam Ayat Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. Oleh itu. 2. kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur dalam ayat. b) Min aina anta ? (bahasa Arab) Min = daripada / dari aina = mana anta = kamu (lelaki) Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. Dengan perkataan lain. akhiran –us dan –am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. Contoh: (4) Amar menendang bola itu. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut. Sebaliknya. (ayat pasif) (6) Saya menendang bola itu. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Seterusnya. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan.perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan. ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola yang tertentu.

2 Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat) 2. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu: a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut.1 Ayat aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. di pantai Damai. pipinya. Diana sedang mandi memutih menangis Objek di kolam itu. Ombak (14).2. Budin (11). Pekerja (10). Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.(7) Bola itu saya tendang. Kanak-kanak (13). Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. sepanjang malam. membaiki membeli membasahi Predikat Objek jalan itu. 2. buah durian. (ayat pasif) (8) Saya tendang bola itu. Air mata b) Ayat Aktif Tak Transitif Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif (12).2. . Contoh : a) Ayat Aktif Transitif Subjek Kata Kerja Transitif (9).

3. Dunia ini penuh dengan dugaan.i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama (15). Saya sudah memiliki kereta baru.Semak samun sudah dibeli dibersihkan oleh Amin oleh pekerja minggu lepas setiap bulan. . Kuih itu pagi tadi. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan. oleh anjing. Jenis Ayat Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis. Keterangan ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua sudah saya bersihkan belum awak makan Keterangan (17). lagi. Rusa itu (20). Budak itu Kena kena kena Kata Kerja Dasar tembak kejar Oleh+Frasa Nama oleh pemburu. i) Ayat penyata ii) Ayat tanya iii) Ayat perintah iv) Ayat seruan a) Ayat Penyata Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja Subjek (19). Dia pandai mengawal emosinya. Kereta itu (18). Contoh: (21). Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Kereta itu (16). (23). (22).

b) Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya.

c) Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya. d) Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.

AKTIVITI

1.

Nyatakan 4 jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh

yang sesuai.

LATIHAN

1. 2. Bincangkan pola-pola ayat pasif dalam bahasa Melayu

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Marzukhi Nyak Abdullah. (1997)Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

TAJUK 3

Frasa Nama Bahasa Melayu

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:  

Konsep Frasa Nama; Binaan Frasa Nama bahasa Melayu; Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa nama yang

menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Tanpa unsur frasa, maka sesuatu ayat itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna.

Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan definisi frasa nama dan; 2. menjelaskan binaan frasa nama.

Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama.0 KANDUNGAN ISI + inti inti + penerang Anda perlu mengetahui bahawa. (2008) ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Emak Wan Seng (3).1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et. Emak (2). Bandar Putrajaya Predikat Frasa Nama peniaga.al.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Nama inti 3. bandar selamat. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. 1986) Contoh : Subjek Frasa Nama (1). Seterusnya. peniaga sayur. disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj. 3. Putrajaya (4). atau sebelum dan sesudah frasa nama.Omar. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya. perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa Melayu. . bandar selamat.

Pegawai (10). baik akhlaknya. Keluar Inti bapa masuk Predikat saling bantu-membantu.1983). Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Atlet (8). untuk pekerja sahaja.2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et. Struktur Frasa Nama (inti + penerang) Frasa Nama Inti (7). . 2006). Pelajar (9). menduduki ujian. Kucing Penerang paralimpik semester akhir Jabatan Haiwan yang soleh itu jinak itu Predikat meraih pingat emas.al. memberi ceramah. menggigit makanan. Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut: Binaan Nama Penerang keturunan Suku bangsa Penerang Inti + Penerang Nama jenis bunga nama kucing nama askar Frasa Penerang Inti Penerang British. Jawa. 3. Anak (11). Dalam struktur binaan ayat. Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. namun perbincangan dalam topik 3 ini frasa nama. Ibu (6). Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang binaan frasa nama bahasa Melayu. Frasa digunakan bagi membina ayat. parsi.Struktur Frasa Nama (inti + inti) Frasa Nama Inti (5). frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. (Abdullah menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan Hassan.

kedua ketiga . wanita.mawar. Penerang Penerang (Penentu belakang) Inti orang rumah Penerang kata kerja Penerang kata adjektif Penerang frasa sendi nama Penerang bilangan ordinal mesin bilik pengemis kereta baju banglo tempat tingkat itu ini kira menunggu muda antik di jemuran di desa. pantai Penerang penyambut nama pemutar penjaga Penerang kelamin Penerang tempat nama pelakon guru nama pinggiran Penerang (Penentu Binaan Frasa Nama Hadapan) Inti (Bilangan+penjodoh bilangan) tiga orang lima buah tujuh dulang Penerang (Inti) guru kereta nasi minyak. Penerang kegunaan nama serbuk minyak kari pelincir skru pintu lelaki.

Nahu Melayu Mutakhir. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Asmah Hj. . LATIHAN 1. Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat? BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.al (2006) Sintaksis. Tatabahasa Dewan.Omar (1986) Pustaka. Kuala Lumpur.Bhd. Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama. PTS Professional Publishing Sdn. Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan et.Inti + inti dengan maksud sama erti Inti + inti Inti + inti dengan maksud berlawanan tubuh bukit tuan atas hidup badan bukau puan bawah mati AKTIVITI 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. atau akhbar tempatan.al (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Nik Safiah Karim et.Bhd. 2.

M) 4.1 Dalam tatabahasa bahasa Melayu. unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.0 Konstituen Frasa Nama Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspek-aspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu :    Peraturan D-M (Hukum D-M) Kekecualian Hukum D-M Bilangan dan panggilan Peraturan D – M (Hukum D . Contoh : Frasa Nama Diterangkan (Inti) Askar Budak Pemain Penarik Penghantar Pensyarah Pakar Doktor Menerangkan (Penerang) Melayu lelaki boling beca surat wanita psikologi veterinar Contoh-contoh lain: .TAJUK 4 Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu  Peraturan D-M  Kekecualian Hukum D-M  Bilangan dan Panggilan 4.sos cili (bukan cili sos) .Restoran Ali ( bukan Ali Restoran) . Dalam peraturan ini. D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M).

Contoh: Penerang (M) Perdana Ibu Naib Ketua Timbalan Naib Pembantu Menteri Pejabat Presiden Hakim Perdana Menteri Presiden Penyelaras Diterangkan (D) . kekecualian hukum D . Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa.2 Kekecualian Hukum D . keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam konteks hukum D . Selain itu.kentang goreng ( bukan goreng kentang) .cakera padat (bukan padat cakera/compact disc) .sup kambing ( bukan kambing sup) .M.. Lama-kelamaan.pisang goreng (bukan goreng pisang) . seperti sesetengan penguna bahasa Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur berbahasa.Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim) .M juga wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan.M Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam masyarakat pengguna bahasa. terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan.nasi goreng (bukan goreng nasi) 4. Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri .

menteri pengangkutan. (21). Contoh penggunaan dalam ayat: (12). (20). (16). Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian. Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu. (13). (22). Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari. Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria. bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa. (18). imam besar. (Abdullah Hassan. 4. menteri kanan. 2006) Dalam konteks ini. Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan.3 Bilangan dan Panggilan Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan katan nama inti. Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman. Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian. Contoh : lima ekor kuda segolongan kecil peneroka kelima-lima pendekar silat sekumpulan penyelidik segelintir pengundi sejumlah wang sebilangan besar pekerja Contoh ayat: (19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir. dan seumpamanya. Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas.Ali. Mohd. (14). hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar.Namun. (17). (15). . Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman.

(27).Kata bilangan pisahan v. (25). banyak . Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan. (24). .Kata bilangan pecahan. Kata bilangan tentu ii. Contoh: Segala.(23).sedikit. (30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih . Secara lebih khusus. 1993).Kata bilangan tak tentu iii. Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai. sekelompok. sekalian. Contoh ayat: (31). semua . Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ. (28). Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung. beberapa. Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet Malaysia. Contoh: satu = 1 dua = 2 Contoh ayat: (26).Kata bilangan tingkatan Kata Bilangan Tentu Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad. dan vi. Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam. (33). Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman. Shakira mempunyai empat ekor anak kucing. i.Kata bilangan himpunan iv.Musa. Kata Bilangan Tak Tentu empat = IV sepuluh = X Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus . (29). (32). Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung. kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan makna (Hashim Hj. Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian.

. (38). kelima-lima. Kata Bilangan Pecahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada jumlah keseluruhannya. ketiga . Contoh: setengah. Contoh: berpuluh-puluh. (35).Kata Bilangan Himpunan Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul. kedua-dua. Kata Bilangan Pisahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses berbelas-belas. separuh. memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah. Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat. setiap. Contoh: masing-masing. tiap-tiap Contoh ayat: (37). sepertiga.dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan. Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing. Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir. beratus-ratus. Sabar itu adalah separuh daripada iman. (39). (42). (36). Kata Bilangan Tingkatan Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan. Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali. Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara. kedua. Kedua. Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan. kesemua. segelintir. (41). contoh: pertama. keseribu. Contoh ayat: (34). Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan sukan. sebahagian Contoh ayat: (40). beribu-ribu.

Gerai pertama menjadi perhatian pembeli. Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di Perak. Puan . (45). Haji. Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti. Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas. Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan. (44).Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung pengurusan haji di Malaysia. Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan. 4. Tunku. (47). Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut. 2008). Tun.contoh ayat: (43). konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan.4 Panggilan / Kata Panggilan Sementara itu. pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus. Contoh: Datuk Maharaja Lela Datuk Sagor Haji Abdul Rahman Limbong Tuan Adam Puan Mastura Chong Contoh ayat : (46). (48). Profesor Ungku Aziz Tunku Kamalia Syed Zain Barakbah Sharifah Mona Alsagoff Tan Sri Malik Kamal . Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Apakah maksud hukum D-M? 2. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. anda boleh bayar bil awal. Hashim Hj. b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market. c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan.al (2008). PTS Professional Publishing Sdn. Abdullah Hassan et. Kuala Lumpur. a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal. d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari. Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D – M. e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).ayat di bawah dengan ayat-ayat yang sesuai berdasarkan Hukum D. g) Sport rim kereta itu milik Romli.Musa ( 1993) Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. .AKTIVITI 1. Tatabahasa Dewan. LATIHAN 1.al (2006) Sintaksis.Bhd. Tulis semula ayat.M.Bhd.Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et. Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. f) Lain masa.

Malah. ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Sehubungan itu. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). frasa kerja (FK). manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. iaitu frasa nama (FN). HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek (1.TAJUK 5 Frasa Kerja Bahasa Melayu  Binaan Frasa Kerja  Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek  Binaan Frasa Kerja Dengan Objek SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja Menganalisis binaan frasa kerja. iaitu frasa subjek dan frasa predikat.1) Menganalisis binaan frasa kerja. Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja (1. binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu. terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat.6) .

al (2006). Dalam susunan ayat biasa. Menurut Abdullah Hassan et. (2008) ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. 5. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa.0 KANDUNGAN ISI Anda perlu mengetahui bahawa. . frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. frasa kerja berfungsi sebagai predikat.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja(Predikat) Frasa kerja (tanpa objek) Frasa Kerja (dengan objek) 5.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu Frasa Kerja menurut Siti Hajar Abdul Aziz. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat.

(92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur. Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang.2. ayat (91) . Faisal tidur lena di bilik tidur. 5. Biarpun begitu. (9). ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek) Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Dalam ayat (94). Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. .Ramlee Predikat Frasa Kerja menjemur kain. Contoh : (5). Budak nakal itu terjatuh lagi.2 Binaan Frasa Kerja Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. mencipta lagu itu. (95). Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang. terjatuh dan bergaduh. Pemuzik itu (4). P. Dia selalu bergaduh. (7). (10). Emak (2). meniup saksofon. Emak Ahmad (3). Berdasarkan contoh ayat di atas. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. Faisal tidur lena.1 Frasa Kerja Tanpa Objek Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat. dan (96). menjual sayur di pasar. kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. (6).Contoh : Ayat Subjek (1). 5. Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah. Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya. Contoh: (8).

Halijah menggenggam erat tangan suaminya. Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan. frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring.5. (19). Dalam konteks ini .Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba. Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif. (18). Dalam ayat (11). (16). Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek. (17). Ibu menganyam tikar setiap hari. frasa kerja. Contoh: Frasa Kerja Kata Kerja Transitif Menaikkan menganyam membaiki Penyambut bendera tikar radio Contoh ayat lengkap: (11). (12) dan (13). Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama. (15). Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut. kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan. Mahmud membaiki radio yang telah rosak. frasa adjektif dan frasa sendi nama. .3 Frasa Kerja Dengan Objek Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. (13). Hal yang demikian berlaku membina sesuatu ayat. (12). Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu. dalam proses Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19). Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan.

Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba. Catatan: kejadian’. ‘tangan’. ‘produk ’. Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama (21). . (23). (22). ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif.Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24) (20). Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang. (24). Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat. Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan.

atau akhbar tempatan.Bhd. Abdullah Hassan et. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.AKTIVITI 1. Kuala Lumpur. Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek LATIHAN 1. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. PTS Professional Publishing Sdn. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). .Bhd. Bahasa Melayu II. Buat analisis binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.al (2006) Sintaksis.

Kata bantu boleh hadir di hadapan predikat kata kerja. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja. anda seharusnya dapat:  Menghurai frasa kerja dengan kata bantu. aspek penggunaan ayat komplemen dan unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa Melayu.TAJUK 6 Frasa Kerja Bahasa Melayu  Frasa Kerja dengan Kata Bantu  Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen  Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:  frasa kerja dengan kata bantu. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam predikat.1) . kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang menggunakan kata bantu dalam predikat. Selain itu. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1. Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Dalam perbincangan ini. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata dalam sesuatu frasa bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang komprehensif.

frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau.1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota. (2). Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. dan kata bantu ragam) Frasa kerja (dengan ayat komplemen) 6. diberikan contoh ayat berkaitan. (5). Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa. frasa kerja berfungsi sebagai predikat. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa. Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah . 6. (3).pernah) (1). Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja (Predikat) Frasa kerja (didahului kata bantu aspek. ini atau masa hadapan. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Wan Malini akan memetik bunga di taman. Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas. Dalam susunan ayat biasa. Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. telah . Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan (4). Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek. belum) .

Contoh : telah. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008). Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek yang memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. akan. boleh menerima ayat komplemen. atau masa hadapan. supaya. (11). Apabila keadaan sedemikian berlaku. (8). Dia harus pulang ke kampung segera. Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur.2 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek perasaan. Contoh ayat: (6). mesti. kini. Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar. Contoh: hendak. belum Kata Bantu Ragam Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. sedang. (13).Kata Bantu Kata Bantu Aspek Memerihalkan masa lampau. (9). frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif. masih. Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru. Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. sudah. (7). semoga dan untuk. maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk Contoh : (i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen (12). frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa. Dalam binaan predikat. (10). Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan komando. demi. 6. Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh. dan dapat 6. boleh. harus. Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu untuk kesihatan minda. mahu. .

Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar. unsur keterangan dapat dibahagikan kepada lapan jenis: (i) Keterangan tempat atau arah (ii) Keterangan waktu (iii) Keterangan cara (iv) Keterangan tujuan atau harapan (v) Keterangan alat (vi) Keterangan penyertaan (vii) Keterangan hal (viii) Keterangan bagai Huraian: (i) Keterangan tempat atau arah Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa. (16). nama di.dari. Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja. Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi.ke. Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung. Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk.4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang Unsur keterangan dalam frasa kerja memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. Yang pasti. frasa adjektif. Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan. (17). Unsur –unsur biasanya hadir selepas kata kerja.daripada. (ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen (15).kepada . dan (17). Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama. 6. Dalam ayat (15). Berdasarkan contoh ayat di atas. unsur keterangan hadir selepas objek (penyambut). unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa. frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen. (13) dan (14) menunjukkan kata kerja tidur. Bagi kata kerja transitif. ayat (12) . Biarpun begitu. terjatuh dan bergaduh. (16). Penggunaan kata sendi unsur keterangan ini.(14). ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk. dan frasa nama.pada jelas terdapat dalam .

Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar. Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi. (20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan. Contoh : (25) Air sungai mengalir deras. Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup. Contoh : (28) (29) (30) Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan. untuk dan bagi. (21) Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar. (25) (a) Air sungai mengalir dengan derasnya.Contoh: (18) Dia belajar di universiti. (27) (a) Menteri berjalan dengan megahnya. (iv) Keterangan tujuan atau harapan   Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian. bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada. Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda –nya. (iii) Keterangan cara   Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif. (27) Menteri berjalan megah. sejak dan hingga bentuk frasa nama seperti semalam. dalam . tahun lepas. (23) Pameran kesenian itu bermula sejak semalam. (24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam. . (19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah. (26) (a) Azman berlari dengan pantasnya. (ii) Keterangan waktu Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu   Contoh : (22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam. (26) Azman berlari pantas.

(vi) Keterangan penyertaan   Unsur yang menerangkan maksud ikut serta. terhadap. Contoh: (34) Aminah datang ke masjid dengan suaminya. Contoh : (40) Amran berlagak seperti pegawai tinggi . (41) Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung .(v) Keterangan alat  Unsur yang menerangkan peralatan. (39) Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut. (36) Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya. ikut bersama-sama atau melibatkan diri.kesamaan atau hampir sama. mengenai. Contoh: (31) Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api (32) Encik Ahmad memotong kek dengan pisau. sebagai. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. (35) Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa surau. Contoh: (37) Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu. perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. (38) Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu. (33) Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki. (42) Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. (viii) Keterangan bagai   Unsur yang menerangkan keserupaan. . bagai. bak. Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti. (vii) Keterangan hal   keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan kata sendi nama yang digunakan ialah tentang. (43) Hidungnya mancung bak seludang.

Kuala Lumpur. mengalami ix. Nik Safiah Karim et.Bhd. Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap. . bina ayat yang menggunakan predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek. Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. memancing iv. mendirikan BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.al (2008) Tatabahasa Dewan.5 Kesimpulan Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsurunsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya. Abdullah Hassan et.Bhd. bertolak iii.6. melagukan v. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa kerja. memutuskan viii.Bhd. bersedia vii. i. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Berdasarkan perkataan di bawah. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. memikirkan ii. AKTIVITI 1. Hashim Hj. PTS Professional Publishing Sdn. LATIHAN 1. berjumpa x. berupaya vi.al (2006) Sintaksis.Musa (1993). Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu.

Dalam perbincangan ini. kata penguat dan kata bantu dalam frasa.TAJUK 7 Frasa Adjektif Bahasa Melayu . kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut sebagai penerang. penguat dan kata bantu. unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini.Penguat . Sementara. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa adjektif. (1. Selain itu. Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan.Kata Bantu dalam Frasa Adjektif SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif Penguat Kata bantu dalam frasa adjektif Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. (1. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.1) Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif . kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa.2) .

1 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif Penguat Kata Bantu dalam Frasa Adjektif 7.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. . frasa adjektif berfungsi sebagai predikat. Frasa Frasa adjektif adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. Dalam susunan ayat biasa. 7. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. Dalam hal ini.

Namun. 7.Contoh : (1) .1. . Dalam binaan predikat. Bentuk sedemikian boleh berubah-ubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan. Wak Samad sudah terlalu tua Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. Guru pelatih itu cergas (4) . (6) . Tanamannya subur. Salim sangat rajin. Penglihatannya kabur. [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + penguat + kata adjektif] Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah: Kata Bantu sudah belum masih Penguat terlalu sangat terlalu amat Kata Adjektif tua prihatin masak awal baik Penguat benar - Dalam contoh-contoh di atas. Dia kelihatan ceria.1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat. penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang kata adjektif. kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. (3) . (5) . Contoh: (2) .

7. Contoh: (7) .  Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif seperti sekali. (8) . iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Taman Bunga di istana itu indah nian. .  Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas. benar. Contoh: amat dan sungguh. (11) .2 Penguat  Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif Terdapat tiga jenis penguat: (i) Penguat hadapan (ii) Penguat belakang (iii) Penguat bebas  Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif. berdasarkan jenis-jenisnya. (10) . nian (9) . Pakaian puteri itu cantik sekali. Rumahnya terlalu besar.1.2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua kata adjektif dalam ayat Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut: (i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna) contoh : letih lesu cantik molek lemak manis penat lelah (i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan) contoh: jatuh bangun hidup mati baik buruk susah senang pahit maung 7. Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling. Lukisan itu paling cantik. Kereta lembu itu lambat benar.

Kubah masjid itu amat besar. Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh. Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar . Contoh: (16). Contoh : sungguh amat. sungguh masih muda. . harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat. AKTIVITI 1. belum terlalu lewat. sungguh telah pandai Contoh: (19). Pekerja yang berkualiti harus cekap. 7. Bincangkan fungsi kata bantu dalam frasa adjektif. masih. Kedudukan khemah itu masih amat jauh. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. seperti dalam ayat-ayat berikut: (14).(12) . Perangai anaknya terlalu amat sopan. Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat. (20). Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur. Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai. Anak sulungnya itu sungguh masih muda.3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. (13) . (15). belum sangat cekap. Anaknya sudah besar. misalnya: masih amat jauh. terlalu amat. (18). (22). Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif. (17). Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat. Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah. (21). Pekerja baru itu belum sangat cekap. belum. (23).

Senaraikan frasa adjektif dalam petikan sajak di bawah. hingga akhirnya kau terpijak kakimu sendiri dan jatuh tersungkur menyembah bumi. menampar muka mendabik dada langkahmu pantas sungguh. sepak. Mungkin rasa ihsan sudah terhakis dari dalam dirimu hingga kau mudah keliru antara langkah. dan pijak lantaran amarah yang membakar hati lantas kau tegar menyusun langkah pantas.LATIHAN 1. injak. . di bumi Gaza ini. hatinya cemas langkahnya kian tidak cergas. Oleh: ESA ALHAJ Johor Bahru. Barangkali kau sudah lupa wahai rejim zionis. jatuh bangunnya. penat lelahnya dihiasi air matanya berderai tangisnya mohon belas kasihan sedu-sedannya tanda kesedihan wajahnya pucat. untuk memijak sesiapa jua dengan mata yang merah menyinga. letih lesunya. bahawa kau juga pernah jadi anak kecil hidupmu sangat sederhana kautidur berselimutkan langit gelap impianmu sangat suram. SAJAK : SEBUAH PERSOALAN Mengapa harus kau pijak kaki anak kecil itu? yang hanya semalam belajar bertatih dan jatuh kembali.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan et.Bhd. Hashim Hj. Bahasa Melayu II. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).al (2006) Sintaksis. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.Bhd. . PTS Professional Publishing Sdn.Musa (1993). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Nik Safiah Karim et. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.

2) Menghuraikan ayat komplemen. anda seharusnya dapat:   Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi. penguat dan kata bantu. kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat serta frasa adjektif dan ayat komplemen. boleh hadir selepas kata kerja sebagai keterangan dan. unsur predikat yang terdapat dalam frasa objektif dapat diikuti oleh ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk. Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada boleh hadir selepas subjek sebagai predikat.(1. boleh hadir selepas frasa nama sebagai penerang. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Selain itu. Dalam perbincangan ini.2) .TAJUK 8 Frasa Adjektif Bahasa Melayu  Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat  Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Adjektif Bahasa Melayu   Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang besar dalam mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan konteks kata-kata adjektif tertentu dalam binaan frasa dan ayat.(1. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.

0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. 8. . Frasa Frasa adjektif adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat.1 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen 8. frasa adjektif berfungsi sebagai predikat. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif dan elemen berkaitan dengan susunan frasa serta ayat komplemen. Dalam hal ini. Dalam susunan ayat biasa.

Kulitnya putih bersih. Air sungai itu (7).1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. . Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja.Contoh : 8. Dalam hal ini.2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. Dalam binaan predikat. Pemuzik (8). [predikat + subjek] Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan. (susunan biasa ) (3) (a) Merah tua warna bola itu. Pelajar itu (6). (susunan biasa) (2) (a) Putih bersih kulitnya (susunan songsang) [predikat + subjek] (3). deras sekali. lancar sekali. Amira (5). Kucing itu berenang berpidato mengalir beraksi berlari sangat pantas. Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. Stadium itu sudah usang. frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat. laju.1. Contoh: Subjek Predikat Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) (4). hebat sekali. [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsurunsur berikut : [kata bantu + kata adjektif] Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut: (1) (a) Sudah usang stadium itu. (susunan songsang) [predikat + subjek] 8. Contoh-contoh lain: (2). Contoh: (1) . Warna bola itu merah tua.1.

8. . Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama. Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu. Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya. Kesannya.2 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen.3 Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama.1. Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah sementara. (10). Frasa Nama Kata Nama kereta warna baju madu pangkat kain benang kelapa pinang kitab besar merah kelabu asli tinggi licin kasar muda masak tebal Kata Adjektif 8. Contoh: (9). (12). ayat tersebut akan menjadi ayat komplemen. (11). Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara boling.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Predikat Subjek Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.Bhd. LATIHAN 1. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur.al (2008) Tatabahasa Dewan. Nik Safiah Karim et. Bincangkan fungsi susunan frasa adjektif dalam sesuatu ayat.Bhd. Abdullah Hassan et. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.al (2006) Sintaksis. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.AKTIVITI 1. .Bhd. Bina 10 ayat berdasarkan pola binaan ayat di bawah ini. PTS Professional Publishing Sdn.

Ini membuktikan bahawa kepentingan elemen kata sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama sebagai asas pembentukan predikat yang mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa Nama + Frasa Sendi Nama).(1. Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum frasa nama atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama. unsur predikat frasa sendi nama juga akan dibincangkan dalam bab ini.1) Menganalisis binaan dan kedudukan frasa sendi nama dalam ayat. Dalam perbincangan ini. anda seharusnya dapat: Menjelaskan definisi dan binaan frasa sendi nama(1.TAJUK 9 Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu  Binaan Frasa Sendi Nama  Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat  Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Sendi Nama    Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang utama dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama dalam ayat. Selain itu.6) . HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. kita akan melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat .

kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa sendi nama dan elemen berkaitan dengan binaan frasa sendi nama dalam ayat. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek. dengan. untuk. (Nik Safiah Karim et. (Abdullah Hassan et.oleh. akan bagi. Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di.al.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. ke. daripada . 9. pada. dari.1 Binaan Frasa Sendi Nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang boleh Frasa sendi nama Frasa sendi nama bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa.al 2006). sampai. dan sebagainya. Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu terdiri daripada beberapa perkataan yang mewakili kata sendi atau kata adjektif sebagai unsur binaan frasanya. terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu. hingga. .KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Sendi Nama Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama 9.2008) Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama.kepada . tentang.

Contoh : 9. Dalam hal ini.2 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata nama arah). Contoh: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama di ke dari daripada kepada untuk dengan sejak tentang sampai bagi Frasa Nama gimnasium sekolah pusat tuisyen aluminium Tuan Jana Khatib ibu kemewahan semalam klorofil siang ayah 9. kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama. Selain itu.1. frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir tanpa kata nama arah. Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama (i) di (i) di (ii) ke (ii) ke (iii) dari (iii) dari dalam dalam belakang - takungan takungan kolam kolam pentas pentas 9.3 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan) .1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN).1.1.

frasa sendi nama hadir selepas subjek. 9. Kolam ikan di tepi taman. Yushiro dari bandar raya Tokyo. (4). Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud predikat frasa kerja.1 Predikat Frasa sendi Nama Dalam susunan ayat biasa.2 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. Hadiah ini untuk ibu Zarina. (5). Namun. Contoh: (i) Keterangan bagi frasa kerja Contoh: (7) Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. Kerusi itu daripada kayu jati. (6). Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Kata Nama Arah (i) di di (ii) ke ke (iii) dari dari atas luar bawah Frasa Nama pentas pentas garisan garisan rumah rumah Keterangan pada saat itu. Contoh: (1). (2). Bahaman daripada keluarga seni. frasa adjektif dan frasa nama. (keterangan bandingan) .2. dengan bergaya dengan kayu - 9.2.Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan keterangan. (3). Ahmad ke sekolah setiap hari. 9. Dalam sesetengah ayat lain. frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut kesesuaian ayat. unsur keterangan ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat.

Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua ialah: (27) Dia mundar. frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan secara pilihan unsur kedua. terdapat dua unsur kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung dan. (26) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi ke Austria.(keterangan penyertaan) (12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri. (keterangan tujuan) (iii) Keterangan bagi frasa nama Contoh: (18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi.Ayah berbincang tentang hal pertunangan.Hang Tuah menikam lanun dengan keris.(keterangan cara) (ii) Keterangan bagi frasa adjektif Contoh : (14) John segak seperti model.3 Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat. tetapi. (keterangan hal) (16) Dia rabun pada waktu malam. (28) Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya? .(keterangan tujuan) (21) Keris itu diperbuat daripada besi. (keterangan bandingan) (15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (keterangan masa) (9) Marini berehat di tepi pantai. atau.(8) Dahlan memasak pada waktu petang. (keterangan masa) (17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan.mandir di dalam dan luar bangunan. Contoh: (23) Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu.(keterangan hal) (11). Dalam ayat (23). (24) Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya? (25) Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam.(keterangan tempat) (10). (keterangan tempat) (19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal) (20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya.(keterangan tujuan) (13). (keterangan sumber) (22) Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya. (keterangan pembuat) 9.

Contoh : (31) Diana akan ke Kuala Lumpur.(29) Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam. Namun dalam beberapa keadaan. . (akan sebagai kata bantu aspek) (32) Diana sayang akan kucingnya. Bincangkan unsur-unsur yang terdapat dalam frasa sendi nama. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan melihat kedudukan dan fungsinya dalam ayat. Ini berlaku pada perkataan ’akan’. (30) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria. terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata bantu aspek. dalam perbincangan ini. AKTIVITI (Aktiviti kumpulan) 1. perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi. (akan sebagai kata sendi) Namun. Pada asasnya. frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam ayat.

al (2008) Tatabahasa Dewan.Bhd. Kuala Lumpur.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).Bhd.Bhd. PTS Professional Publishing Sdn. Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.LATIHAN (Aktiviti individu) 1. Bahasa Melayu II. Abdullah Hassan et. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Bina 10 frasa dengan pola binaan frasa sendi nama berdasarkan jadual di bawah. Nik Safiah Karim et. .

Frasa. Klausa. ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada ayat penyata. frasa . Perkataan  Ayat Dasar  Ayat Tunggal Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Ayat.6) . Ayat terdiri daripada binaan klausa.al. Dalam perbincangan ini. frasa. frasa. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi klausa. Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya.TAJUK 10 SINOPSIS Ayat Bahasa Melayu  Ayat. 2008).dan perkataan. Klausa. frasa dan perkataan mempunyai fungsi yang utama dalam pembentukan ayat. Frasa. serta mengandungi intonasi yang sempurna. ayat dasar dan ayat tunggal (1. perintah dan seruan dan sebagainya. Selain itu. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.1) Menganalisis binaan ayat dasar dan ayat tunggal. Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal Ayat Bahasa Melayu Ayat dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. (Nik Safiah Karim et. ayat tunggal dan tidak ketinggalan unsur yang berkaitan dengan susunan klausa. Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa. dan perkataan dalam ayat . kita akan melihat pola-pola ayat dasar.(1.

KERANGKA TAJUK-TAJUK Ayat Bahasa Melayu Ayat.1 Ayat Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. Menurut Abdullah Hassan et. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. Contoh : (1). serta mengandungi intonasi yang sempurna. Frasa. ayat terdiri daripada perkataaan-perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu menerangkan tentang rumah. klausa.al (2006). kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat. 10. frasa dan perkataan. seperti rumah. baju. Dalam kumpulan . Sekolah di tepi laut. Subjek menyebut sesuatu perkara. sekolah ialah komponen subjek ayat. Perbincangan juga akan berkisar pada aspek ayat dasar (ayat inti) dan juga ayat tunggal. Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal 10. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. (Nik Safiah Karim et. 2008). baju. Malah sebenarnya.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa.al. kereta dan seumpamanya. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Klausa. kereta dan seumpamanya. Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok perbincangan.

10. pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna. (Nik Safiah karim. [ klausa tak bebas] . 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu: (i) Klausa bebas (ii) Klausa tak bebas Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang sempurna. Frasa kerana cekap menguruskan perniagaan. (Nik Safiah Karim et. Sementara.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.menceritakan tentang subjek ayat. 10. Berdasarkan contoh : Majid kaya [klausa bebas] [klausa utama] Oleh itu.al 2006).al.al. yang menjadi konstituen dalam ayat. langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut. Contoh : klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas) klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas) Ayat sempurna: klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut. Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama. (2006). di tepi laut. ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut. et.2 Klausa Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat .perkataan kedua. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan et. (2) Rumah langsir biru.3 Frasa Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan.

10. daripada besi 10. orang. Frasa digunakan bagi membina ayat. pucat. gempal.5 Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayat-ayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa. dan sebagainya. 2008) Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah. Dalam struktur binaan ayat. baju. Jadi. ayah.ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung.4 Perkataan Perkataan ialah konstituen kepada frasa. Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat. Frasa baju sehelai baju baju kurung sehelai baju kurung Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam almari. sebagainya. Seremban. taman kata kerja : makan. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. kata kerja. kata tugas dan . melukis. Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti kata nama. kata adjektif. kata hubung. baju kurung. sehelai baju kurung. Contoh: kata nama: pelajar. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa. kata sendi nama. kereta adalah perkataan yang mendokong makna tertentu. ke kedai. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju. tampan kata sendi nama : di rumah. Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et. menendang Kata adjektif : kurus.al . tidur. frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. dari Johor.

(2) (3) (4) Bapa saudara Ali Peninju itu Darwis Wahab pensyarah. ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. Sementara. Contoh: Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Adik Marlina Muzium warisan Predikat pesilat amatur negara. sedang berehat di bilik sungguh pandai di Pusat Islam Kuala Lumpur. Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. sedang berehat. sungguh pandai di Pusat Islam. 10. Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat. ke kedai runcit. Namun. binaan-binaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa. ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. Predikat .6 Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya. sangat tangkas. Contoh: Subjek (1). Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut. membaca kitab jawi.Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu: Pola 1 : FN + FN Pola 2 : FN + FK Pola 3 : FN + FA Pola 4 : FN + FS Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Marlina Muzium Predikat pesilat amatur. Namun.

(8) (a) Pokok kayu itu ditebangnya. (b) Dimakannya kuih itu. Jelas. AKTIVITI 1. terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang. jelas didapati bahawa subjek dan predikat dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur bahasa. Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut.Dalam proses binaan ayat tunggal ini . . (b) Ke pasar raya Mariam hari ini. (b) Ditebangnya pokok kayu itu. 2. proses sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus tatabahasa. (7) (a) Kuih itu dimakannya. (b) Di dalam almari baju itu. Bina lima ayat aktif dan tukarkan ayat tersebut menjadi ayat pasif LATIHAN 1. Contoh: (5) (a) Mariam ke pasar raya hari ini. (6) (a) Baju itu di dalam almari. Nyatakan unsur-unsur klausa dalam ayat bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. Nyatakan perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal.

Bhd. Abdullah Hassan et.Bhd.BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Kuala Lumpur.al (2008) Tatabahasa Dewan. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).al (2006) Sintaksis. Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et.Bhd. . PTS Professional Publishing Sdn. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->