You are on page 1of 8

Tajuk: Keupayaan Malaysia untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan hampir semua negara di dunia telah memberi impak

terhadap perkembangan sosioekonomi negara. Ulaskan.

Pendahuluan:

Hubungan diplomtik amat penting dalam kemajuan negara tersebut. Semua negara yang menjalin hubungan luar akan memberi impak terhadap perkembangan sosial dan ekonomi negara.

Impak aspek sosial: 1. aspek pendidikan terdapatnya peluang-peluang melanjutkan pelajaran oleh rakyat Malaysia ke negara-negara maju seperti UK, Australia, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. pertukaran pelajar dan tenaga pakar antara negara

meluaskan ilmu pengetahuan dan pendidikan antarabangsa. Hubungan bilateral ini secara tidak langsung melatih rakyat Malaysia untuk mempelajari teknologi Jepun dan Korea Selatan untuk mencapai impian Malaysia menjadi negara maju menerusi wawasan 2020.

2.Persefahaman antara sosiobudaya memperkenalkan warisan budaya melalui permainan, pakaian, makanan dan persembahan budaya lawatan sosial antara negara akan mengeratkan hubungan dan persefahaman antarabangsa

3. Aspek keselamatan dapat dicapai dengan strategi mengadakan hubungan berbaik-baik diantara dua negara tersebut. melindungi kepentingan nasional di arena antarabangsa, menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia. menjamin keselamatan rakyat dan negara

Impak aspek ekonomi: 1.Peningkatan pasaran buruh mendapatkan khidmat buruh asing dengan baik Mendepani isu imigrasi diperingkat antarabangsa adalah amat rumit. Masalah kedatangan warga asing tanpa permit yang sah ini dapat diselesaikan dengan wujudnya hubungan dua hala yang baik diantara kedua-dua pihak. Demi menjaga keamaanan negara, Malaysia telah mengambil pendekatan dengan berunding dengan kerajaan Indonesia bagi menanggani isu ini.

2.Kemajuan dalam bidang perindustrian mengadakan Dasar Pandang Ke-Timur . bertujuan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model kejayaan Malaysia. Negara-negara tersebut juga adalah merupakan negara pertanian pada peringkat awalnya. melalui hubungan baik ini, Jepun dan Malaysia mendapat manafaat bersama, contohnya Jepun mendapat bekalan sumber bahan mentah untuk sektor pembuatannya seperti getah, bijih timah dan petroleum

3. Kemajuan dalam perdagangan mengembangkan dunia perdagangan contohnya Kerjasama ekonomi melalui Perjanjian Perdagangan Bebas dengan negara-negara maju seperti Jepun dan dengan Negara-negara ASEAN akan memperluaskan dagang masing-masing

Kesimpulannya,hubungan antara negara ini akan membawa impak positif ke atas negara-negara yang terlibat.selain itu,hubungan diplomatik juga akan memperkembagkan sosiopolitik, serta aspek sains dan teknologi.

http://pkndisma.blogspot.com/2013/03/kawasa n-perdagangan-bebas-asean-afta.html http://makandak.blogspot.com/2012/03/kenapakahpentingnya-negara-mengadakan.html

You might also like