PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023

)
TUGASAN : PROBLEM BASED-LEARNING (PBL)

PENSYARAH : EN. KAMAROLZAMAN BIN JIDI

KHUZAINEY BINTI ISMAIL
GB070117

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0

Pengenalan 1.1 Perbandingan corak pembelajaran aktif

3 5 6 10 11 12 14 16 17 18

2.0

Langkah-langkah pengajaran dengan kaedah penyelesaian masalah 2.1 2.2 kebaikan kaedah penyelesaian masalah kelemahan-kelemahan kaedah penyelesaian masalah

3.0 4.0 5.0

Model kurikulum PBL Penilaian di dalam PBL Kesimpulan Rujukan Lampiran

2

GB070117

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

1.0

Pengenalan Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) yang menjadi kaedah popular di banyak

universiti di Eropah dikendalikan dengan memperkenalkan suatu masalah yang realistik. Masalah ini mestilah dipilih untuk menarik pelajar menyelesaikannya dalam pasukan masingkajian keatas pelajar perubatan di McMaster School di Canada. Semasa kajian dilakukan para pelajar secara individu dikehendaki menyelesaikan soalan yang diberi oleh pengajar . Dapatan kajian adalah para pelajar akan terikat dengan pembelajaran mereka di dalam konsep penyelesaian masalah. Melalui PBL pelajar memperolehi real-world challenges, higher-order thinking skills, problem-solving skills, interdisciplinary learning, independent learning, information-mining learning, teamwork dan kemahiran berkomunikasi Keinginan menyelesaikan masalah tersebut mendorong pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri dan pengajaran antara rakan sebaya (peer teaching) dalam kumpulan dan antara kumpulan. Melalui PBL, para pelajar dapat membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan menyelesaikan masalah. PBL menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan percambahan ilmu dan idea di kalangan pelajar, langsung menjurus kepada pembinaan komuniti pembelajaran dinamik. Proses pembelajaran PBL adalah seperti Rajah 1
Pemasalahan diberi: membentuk pemikiran kognitif, peranan kerja berkumpulan, brainstorming, persetujuan terhadap penyata masalah Analisa masalah dan isu pembelajaran : brainstorming dan analisa masalah, mengenalpasti isu pembelajaran dan objektif pembelajaran Penemuan dan membuat laporan : Membuat kerja secara berkumpulan dan di antara rakan sebaya Pembentangan penyelesaian : Pelajar akan membentangkan hasil perbincangan. Pembelajaran kontektual dan aplikasi ilmu dapat dijana. Pembelajaran kendiri Pembelajaran kendiri Pembelajaran kendiri Pembelajaran kendiri

masing. Ianya telah diperkenalkan oleh Barrows and Tamblyn (1980). Mereka telah membuat

Gambaran keseluruhan, integrasi dan penilaian

Rajah 1 : Proses pembelajaran PBL

3

GB070117

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

Gambar 1 : Pendekatan pembelajaran PBL Pengajaran secara PBL, pengajar berfungsi sebagai fasilitator untuk memastikan pelajar tidak lari jauh daripada matlamat masalah, memberi motivasi dan panduan untuk mencari penyelesaian, dan memberi penutup (closure) selepas penyelesaian di bentangkan oleh pelajar untuk memperbetulkan konsep sekiranya terdapat kesilapan, dan memberi ulasan terhadap penyelesaian yang akan dibentangkan. Proses, heuristics dan pengetahuan Facilitating, coaching and mediating Rajah 2 : Peranan pengajar di dalam pembelajaran PBL

pelajar

Boud (1985) telah mencadangkan Pembelajaran Berasaskan Masalah ini adalah merujuk kepada matlamat dan bidang sesuatu pengajaran. Beliau telah menggariskan lapan (8) ciri untuk pembelajaran PBL :-

i. ii. iii. iv. v. vi.

Pelajar menghargai sesuatu pembelajaran melalui pengalaman. Pelajar akan lebih bertanggungjawab terhadap pembelajarannya. Pembelajaran ini boleh diapplikasikan bagi semua jenis bidang pengajaran. Pembelajaran yang melibatkan teori dan amali. Pembelajaran ini lebih memfokuskan kepada proses pembelajaran. Pengajar berperanan sebagai fasilitator 4

GB070117

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

vii.

Hasil

daripada

pembelajaran

adalah

‘student

self-assessment’

dan

‘peer

assessment’ viii. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar.
GB070117

Barrows (1986) telah memperkenalkan taksonomi kaedah pembelajaran PBL . Menurut beliau terdapat pelbagai gabungan variasi melalui kaedah PBL bagi mencapai objektif pembelajaran seperti:-

i.

‘Lecture Based Cases’ : Pelajar akan membentangkan maklumat dan membuat demostrasi berdasarkan soalan yang diberi oleh pengajar.

ii.

‘Cased – based lecturer’ : Pelajar perlu mencari maklumat pembelajarannya terlebih dahulu sebelum pengajar mengajar perkara tersebut.

iii.

Kaedah berdasarkan kes : Pelajar dikehendaki membuat kajian bagi menyelesaikan masalah yang berasaskan kes dan ianya perlu dibentangkan di dalam sesi perbincangan pada keesokkan harinya.

iv.

‘Modified case-based’ : Pelajar diberi beberapa maklumat dan mereka dikehendaki untuk membuat keputusan dan tindakan berasaskan kepada maklumat tersebut.

v.

Kaedah penyelesaian masalah : Pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah yang diberi oleh pengajar. Oleh yang demikian mereka perlu ada pemahaman yang tinggi terhadap masalah tersebut dan menentukan kriteria yang dianggap bagi menghasilkan penyelesaian.

vi.

‘Closed-loop problem based’ : Pelajar diminta untuk menyelesaikan masalah berdasarkan beberapa kaedah dan pengajar akan menilai melalui kaedah-kaedah yang digunakan.

5

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

1.1

Perbandingan corak pembelajaran aktif

Kaedah

Struktur pembelajaran Berasaskan masalah

Peranan Pelajar

Peranan pengajar Pemboleh pembelajaran

Jenis-jenis aktiviti

Problem BasedLearning

Penglibatan aktif di kalangan pelajar kerana berlaku soal jawab berasaskan pandangan dan pengalaman pembelajaran mereka Melibatkan kerja berkumpulan untuk menyelesaikan masalah dan pembentukan strategi bagi mencari penyelesaian masalah Pengetahuan untuk menyelesaikan masalah

Bekerja di dalam kumpulan dan pembelajaran individu

Project BasedLearning

Pengajaran berstruktur

Penyelia projek

Kaedah penyelesaian masalah dan pengurusan masalah

Problemsolving learning

Pengajar akan mengajar secara langkah demi langkah untuk menyelesaikan masalah Pembelajaran secara berkumpulan yang melibatkan perbincangan penyelesaian masalah

Pembimbing untuk mendapatkan penyelesaian yang betul

Menyelesaikan masalah berdasarkan pemasalahan yang diberi.

Pembelajaran berasaskan tindakan

Pelajar akan mencapai matlamat pembelajaran mereka dan membantu rakn sepasukan melalui tindakan dan ‘reflection’

Fasilitator

Pencapaian kepada matlamat individu

2.0 Langkah-langkah pengajaran dengan kaedah penyelesaian masalah Strategi penyelesaian masalah merupakan cara pengajaran yang berdasarkan kepada penyiasatan saintifik. Tujuan penyelesaian masalah menyediakan peluang kepada pelajar mengaplikasikan konsep, prinsip dan teori yang telah dipelajari, menggalakkan pemikiran kritis, analitis, logis dan rasional, memperkukuhkan prinsip dan teori yang telah dipelajari, meningkat dan memperkukuhkan ingatan pelajar, memenuhi kehendak prinsip ‘ belajar melalui membuat, mendatangkan kepuasan kepada pelajar yang berjaya mencapai hasil yang dikehendaki, membina sifat yakin di kalangan pelajar dan memupuk perkembangan sifat berdikari. Menurut Prof. Khalid Mohamed Nor (2002) terdapat 3 fasa dalam menyelesaikan masalah iaitu:6

GB070117

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

i. -

Fasa pemahaman masalah
GB070117

Fahamkan masalah dengan memastikan semua takrif dan makna berkaitan diketahui

-

Tuliskan semula fakta dan maklumat yang berkaitan Senaraikan semua maklumat yang diberi dan buat senarai lain bagi maklumat yang tidak diketahui

-

Rumuskan pertalian maklumat tersebut dalam bentuk sebutan matematik ataupun grafik seperti rajah, graf, gambarajah, carta dan lain-lain

ii. -

Fasa penentuan cara penyelesaian Gunakan pengalaman penyelesaian yang lepas untuk memerhatikan kesamaan masalah dari segi pertalian maklumat yang ada Jika tidak ada kesamaan, cuba selesaikan dengan menggunakan prinsip asas, hujah logik atau kaedah cuba dan salah Sekiranya langkah tersebut tidak menghasilkan jawapan, lihat semula maklumat tadi dengan tujuan untuk merumus semula masalah supaya boleh diselesaikan dengan pendekatan yang berlainan.

iii. -

Fasa perumusan masalah Selepas mendapat jawapan, rumuskan jalan penyelesaian supaya ia dapat dijadikan pengalaman dan contoh menyelesaikan soalan yang serupa pada masa yang akan dating.

Model-model penyelesaian masalah adalah seperti berikut :7

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

i.

Model Dewey Menurut John Dewey, pembelajaran menyelesaikan masalah melibatkan lima peringkat penyelesaian. Mengenalpast i masalah Mencari maklumat rumusan Membentuk hipotesis Menguji hipotesi s Menilai dan membuat keputusan
GB070117

ii.

Model Polya Mengikut Polya, terdapat empat peringkat di dalam menyelesaikan masalah dalam matematik iaitu: Memahami soalan bermasalah : pelajar akan dibimbing untuk memahami itemitem yang terlibat di dalam masalah itu, perkaitan antara item-item yang dikenalpasti dan item-item yang hendak dicari atau dijawab.  Merancang strategi penyelesaian: terdapat beberapa cara iaitu dengan memilih operasi-operasi yang sesuai, menggunakan cara gambarajah, menggunakan cara analogi dan menggunakan cara analogi  Melaksanakan strategi penyelesaian: Sebaik sahaja strategi penyelesaian masalah telah dirancang, pelajar boleh melaksanakan strateginya untuk menyelesaikan masalah. Pelajar-pelajar hendaklah menghuraikan langkahlangkah penyelesaiannya secara sistematik untuk mendapatkan jawapan yang betul.  Menyemak semula masalah dan penyelesaiannya: Pelajar boleh menyemak jawapan dengan mencari cara lain untuk menyelesaikan masalah matematik yang sama atau menggunakan cara ‘songsang’ seperti jawapan yang didapati daripada operasi bahagi boleh disemak dalam operasi darab, pembedaan dengan pengamilan.

iii.

Model Lester. 8

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

Berdasarkan Model Polya, Lester pada tahun 1978 menyarankan enam peringkat penyelesaian masalah yang dikenali sebagai Model Lester. Keenam-enam peringkat itu adalah :• • • • • • Kesedaran masalah Kefahaman masalah Analisis objektif Perancangan strategi Pelaksanaan strategi Prosedur dan penilaian penyelesaian
GB070117

iv.

Theory of Constraints (TOC) Ianya digunakan untuk membantu para pelajar menyelesaikan masalah, masalah akademik dan peribadi. Ia membantu pelajar menggunakan kemahiran berfikir dan berkomunikasi dengan sistemaik, berlogik, tepat dan mudah dalam proses penyelesaian masalah. Terdapat 3 langkah utama dalam TOC iaitu :• Kesedaran dan mengenalpasti situasi bermasalah: penyataan masalah dan menentukan apa yang perlu diubah, menentukan objektif penyelesaian. • Mengenalpasti cara menyelesaikan masalah iaitu dengan menentukan apa perubahan yang berlaku • Perlaksanaan cara penyelesaian masalah dengan mengendalikan proses perubahan. Terdapat 3 teknik penyelesaian masalah yang digunapakai di dalam TOC iaitu:• Teknik umum : digunakan untuk menyelesaikan masalah konflik, atau memikir tentang sesuatu keadaan, situasi, idea dan sebagainya. Banyak menggunakan 9

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

kaedah dan teknik mengajar seperti main peranan, perbincangan, sumbangasan dan pemudahcaraan. • Teknik sebab dan akibat : Teknik ini digunakan untuk membimbing pelajar membuat keputusan selepas member pertimbangan tentang akibatnya dari kritis, kreatif dan reflektif. • Teknik mencita-citakan kejayaan: Digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan cabaran. Teknik ini memerlukan teknik merancang serta koloboratif dan sistematik, serta kemahiran berfikir secara sistematik dan logical sesuatu masalah yang timbul. Banyak menggunakan kemahiran berfikir secara
GB070117

v.

Model Inkuiri Suchman Memilih masalah

Menerangkan proses

Mengumpul data dan membuat hipotesis

Menganalisis proses

Membincangka n peraturanperaturan

Menguji hipotesis dan membuat teori

2.1

Kebaikan kaedah Penyelesaian Masalah

Pengukuhan ingatan dan kefahaman Pelajar berfikiran terbuka dan menerima pendapat orang lain

Mengembangkan sikap tanggungjawab pelajar

10

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

Kebaikan kaedah PBL
Kemahiran berkomunikasi Kemahiran bekerja di dalam kumpulan Kemahiran pengurusan projek Pelajar berdikari dan berinisiatif
GB070117

Huraian Kebaikan Kaedah Penyelesaian Masalah

i.

Pengukuhan ingatan dan kefahaman : Apabila seseorang pelajar membuat analisis, menyelesaikan masalah yang diberi oleh pensyarah dan mencari kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut maka daya ingatan seseorang pelajar itu dapat dikembangkan. Ini membantu untuk pengukuhan ingatan dan kefahaman pelajar mengenai ilmu pengetahuan yang diperolehinya. Kemahiran berkomunikasi :Pelajar digalakkan untuk bekerja secara berkumpulan dan berinteraksi di antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Pelajar juga diminta untuk membentangkan hasil kerja yang telah diperolehi. Kemahiran berkomunikasi ini secara tidak langsung dapat dibentuk di kalangan pelajar. Pelajar berfikiran terbuka dan menerima pendapat orang lain : Perdebatan dan sesi bercambahan fikiran di kalangan pelajar menyebabkan mereka lebih terbuka di dalam perbincangan dan menerima pendapat orang lain. Ini sedikit sebanyak membantu mereka semasa bekerja kelak kerana konsep bekerja secara berpasukan telah diterapkan semasa proses pembelajaran ini dijalankan. Pelajar berdikari dan berinisiatif : Setiap pelajar akan berusaha sendiri dan berinisiatif untuk berjaya di dalam pembelajaran mereka. Pelajar akan mencari maklumat samada di dalam perpustakaan, buku rujukan, majalah, jurnal, artikel dan sebagainya untuk menyiapkan tugasan yang diperlukan. Mengembangkan sikap dan tanggungjawab pelajar : Setiap pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Ini membantu mereka untuk lebih bersikap positif untuk mencapai kecemerlangan di dalam pembelajaran mereka. Kemahiran pengurusan : Pelajar berusaha untuk menguruskan masa dan disiplin diri untuk menyiapkan tugasan mereka.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

11

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

2.2

Kelemahan-kelemahan kaedah penyelesaian masalah

Penyelesaian mengambil masa Keburukan kaedah Isu berbentuk konventional sukar Penilaian pembelajaran
GB070117

Huraian kelemahan-kelemahan kaedah penyelesaian masalah i. Penyelesaian mengambil masa Setiap tugasan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan kerana perlu membuat rujukan terlebih dahulu untuk mendapatkan isi kandungan yang diperlukan. Pelbagai rujukan perlu dirujuk seperti jurnal, buku, artikel dan sebagainya untuk memantapkan hujahan kelak. ii. Penilaian Pembelajaran Penilaian pembelajaran tidak tetap dan pelbagai kaedah penilaian diperlukan. Ini memerlukan pelajar untuk terus berusaha dan sentiasa berdaya saing sesama mereka untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. iii. Isu berbentuk konventional sukar Sekiranya isu semasa yang cuba dihuraikan adalah lebih menyenangkan berbanding dengan isu konventional. Berkemungkinan para pelajar perlu merujuk kepada bahan bacaan yang lama yang sukar diperolehi.

3.0 Model kurikulum PBL

Kurikulum di dalam PBL direkabentuk untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran, meransang pemikiran kreatif dan kritis di kalangan pelajar, menggalakkan pemerhatian dan pengujian hipotesis, memperkembangkan keyakinan dan kepakaran melalui perbincangan, perbahasan, perdebatan dan melatih kemahiran terancang. Rekabentuk kurikulum PBL merangkumi objektif PBL, objektif pembelajaran, struktur kursus PBL, jadual waktu, panduan kepada pengajar, sumber pembelajaran dan kriteria penilaian. Kurikulum direkabentuk berdasarkan 12 kepada pengetahuan, isi

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

kandungan dan kaedah menyelesaikan masalah sesuatu subjek. Terdapat pelbagai kurikulum PBL yang direka mengikut kesesuaian organisasi. Terdapat pelbagai kaedah kurikulum di dalam Problem Based-Learning sepertimana yang ditunjukkan di dalam jadual
GB070117

di bawah :-

Kaedah Single Module Approach

Applikasi Kurikulum Direka dengan menggunakan model McMaster. Pelajar akan menyelesaikan masalah yang diberi oleh pengajar. Perjumpaan dan perbincangan dengan pengajar dilakukan 2 atau 3 kali untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hanya melibatkan beberapa orang pengajar dan kos pembelajaran yang minima. Kekurangan : Kebergantungan pembelajaran sepenuhnya terhadap pengajar, pelajar menjadi kurang yakin terhadap kurikulum Pelajar didedahkan kepada pengetahuan teori dan amali pada tahun pertama samada melalui kelas, bengkel dan seminar. Kurikulum ini dibina kerana pengajar mempercayai pelajar harus didedahkan kepada prinsip dan konsep sesuatu pembelajaran sebelum mereka melalui pembelajaran PBL dan memberi ruang dan peluang belajar kepada pengajar kurang berpengalaman di dalam proses pembelajaran PBL
Tahun1 Tahun 2 Tahun 3 PBL

Jadual PBL

ProblemBased learning on a shoestring

Mengajar PBL Mengajar

Mengajar Mengajar Mengajar

PBL PBL PBL

Mengajar Mengajar PBL

Mengajar Mengajar

The Funnel Approach

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

Lecture-based learning Problem based-learning Problem based-learning

13

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

The two-strand approach

Mixed approach modules

The integrated approach

PBL bukan sekadar prinsipal tetapi ia merupakan falsafah dalam kurikulum seperti dalam model McMaster. Ia menggalakkan pembelajaran secara berkumpulan yang dipantau oleh seorang pengajar. Pelajar digalakkan bekerja di dalam aktiviti berkumpulan.

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

Masalah1 Masalah5 Masalah9

Masalah2 Masalah6 Masalah1 0

Masalah3 Masalah7 Masalah11

Contoh garis panduan pengajaran berkonsepkan PBL di dalam kursus psikologi pendidikan:-

Minggu

Kandungan kursus

Minggu Pengenalan kursus , persediaan PBL pengenalan 1 2 3 4 5 6. Punca masalah – penyata masalah, analisa senario masalah Isu pembelajaran dan analisis masalah – Kenalpasti objektif dan isu pembelajaran Membuat laporan – penulisan laporan secara pembelajaran kendiri Persediaan pembentangan masalah secara berkumpulan Pembentangan untuk melihat hasil kajian/ penemuan Pengajar membuat penilaian serta sesi soal jawab 14

GB070117

Kurikulum ini direka untuk seiringkan antara pengajaran PBL dan kaedah pembelajaran campuran. Ianya diaplikasikan di universiti dan kolej.

Tahun 1 Tahun 2

Problem-based learning modules Mixed approach modules Problem-based learning modules

Masalah4 Masalah8 Masalah13

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

Penilaian dijalankan untuk menentukan samada segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran iaitu pencapaian pelajar, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum yang telah dijalankan mencapai objektif atau tidak. Kegunaan penilaian adalah untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan. Proses perlaksanaan penilaian melibatkan proses pengukuran, proses penganalisaan, proses interpretasi dan melapor. Pelajar perlu dinilai selepas mereka memperolehi ilmu pengetahuan atau menguasai kemahiran yang berkaitan. Soalan harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan lepas pelajar serta sesuai dengan pengalaman mereka. Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, pengajar harus membimbing pelajar memahami dan mengenalpasti masalah itu. Pengajar harus berbincang dengan pelajar berbagai cara yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah. Di dalam proses pengajaran, pengajar hanya sebagai fasilitator. Oleh yang demikian segala proses pemikiran dan penyelesaian masalah dijalankan sendiri oleh pelajar. Contoh kriteria penilaian secara PBL melalui kursus Psikologi Pendidikan :

Komponen Isu pembelajaran dan masalah (10 markah)

Pembelajaran Merujuk kepada objektif dan pembangunan pembelajaran

Proses Penyata masalah Hipotesis Objektif pembelajaran

Penilaian Mengenalpasti masalah Idea dan hipotesis masalah Mencapai objektif pembelajaran yang komprehensif

Markah 5

5

Kerja berkumpulan

Membuat laporan,

Persembahan secara 15

Penilaian oleh rakan-rakan

5

GB070117

4.0 Penilaian di dalam PBL

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

(20 markah)

persembahan kumpulan dan pengajaran sesama rakan sebaya

berkumpulan

Persembahan merangkumi kualiti kepada penyelesaian masalah melalui idea atau kajian 15
GB070117

Pembelajaran untuk belajar (30 markah)

Penulisan esei melalui portfolio

Penulisan esei individu melalui pembelajaran kendiri dan belajar dari rakan sebaya (1500 – 2000 patah perkataan) Refleksi pembelajaran kepada pelajar

Integrasi antara kerja secara individu dan berkumpulan. Kualiti sistesis, pembelajaran kendiri dan kualiti dapatan maklumat dan kerja secara berkumpulan. Kefahaman pembelajaran dan refleksi hasil pembelajaran. Pandangan individu mengenai penyelesaian yang diperolehi merangkumi pengetahuan, teori dan kontektualisme Jumlah keseluruhan

10

20

60

5.0

Kesimpulan

Proses pembelajaran dan pengajaran secara PBL adalah lebih realistik di dalam dunia pendidikan di mana pelajar dapat bekerja secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah yang diberi, pelajar dapat memperkembangkan pemikiran mereka kearah pemikiran yang lebih kreatif dan kritis juga kompleksiti masalah mendorong proses pembelajaran. Tiada lagi suapan daripada pengajar dan ini mendorong semangat dan motivasi pelajar untuk terus berjaya di dalam bidang mereka.

16

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

Proses pembelajaran sebegini hanya sesuai diimplimentasikan kepada pelajar yang dewasa dan matang sahaja. Pelajar sekolah rendah juga boleh diterapkan pembelajaran sebegini kerana ini lebih membantu mereka untuk lebih berjaya di dalam pembelajaran mereka. Kaedah proses kendiri untuk berjaya dan tidak hanya bergantung kepada pensyarah semata-mata.
GB070117

pembelajaran ini banyak membantu pelajar untuk lebih berusaha di dalam pembelajaran,

Rujukan :

Mok Son Sang (2006). Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran: Mutimedia-ES Resources Sdn Bhd Onn-Seng Tan, Ph.D. (2003) Problem-based Learning Usinf Problems to Power Learning in the 21th century:Thomson Asia Pte Ltd Maggi Savin-Baden and Claire Howell Major (2004) Foundations of Problem-based Learning : Society for Research into Hagher Education & Open University Press Dr. Ee Ah Meng (2003) Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas (Semester 1): Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

17

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

Baharom Mohamad, Ahmad Esa, Husin Jusoh (2007) Psikologi Pendidikan dalam PTV: Penerbit UTHM

Lampiran : Contoh perlaksanaan PBL di universiti tempatan 18

GB070117

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

UF3712 FALSAFAH PERBANDINGAN SINOPSIS
GB070117

Kursus ini membincangkan pelbagai permasalahan kefalsafahan dari tradisi asia dan barat dengan menggunakan pendekatan sejarah dan analitikal. Pertamanya, kursus ini akan meninjau sejarah falsafah dengan memberi tumpuan kepada persoalan-persoalan dan tematema khusus yang berbangkit dalam falsafah Yunani Purba, Pertengahan (Islam dan Kristian), Asia Selatan dan Asia Timur. Kedua, kursus ini membincangkan dan menilaikan secara kritis beberapa permasalahan-permasalahan kefalsafahan mengenai metafizik, epistemologi, etika, politik dan erti kehidupan. OBJEKTIF • • • Untuk memperkenalkan pelajar kepada ahli-ahli falsafah, penulisan-penulisan kefalsafahan serta permasalahan-permasalahan utama dari kedua-dua tradisi kefalsafahan Barat dan Asia. Untuk mendorongkan pelajar supaya berfikir secara kritis dengan menilai secara analitik penghujahan-penghujahan kefalsafahan. Untuk menggalakkan pelajar supaya mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan kelas.

RUJUKAN Blocker, H. Gene (1999). World Philosophy: An East-West Comparative Introduction to Philosophy. New Jersey: Prentice-Hall. Koller, John M. & Patricia Joyce Koller (1998). Asian Philosophy. New Jersey: Prentice Hall. Lawhead, William. (2003). The Philosophical Journey: An Interactive Approach. 2nd ed. New York: McGraw-Hill Nagel, Thomas (1985). What Does It All Mean? A Very Short Introduction to Oxford: Oxford University Press. Philosophy.

Soccio, Douglas J. (1998). Archetypes of Wisdom. Belmont, California: Wadsworth Publishing Company. Wall, Thomas F. (2001). Thinking Critically About Philosophical Problems. Belmont, California: Wardsworth Group. MINGGU 1

19

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV

(MBE 1023)

FALSAFAH PRA-SKORATIK: APAKAH HAKIKAT KEJADIAN ALAM Kuliah memperkenalkan kursus secara umum dengan mengupas pengertian dan ruang likup falsafah. Kuliah bermula dengan perbincangan mengenai, dan penilaian terhadap, pandangan ahli-ahli falsafah pra-Sokratik tentang hakikat kejadian alam. Antara ahli-ahli falsafah yang akan dibincangkan ialah Thales, Anaximender, Anaximenes, Pythagoras, Heraclitus, Parmenides, Empedocles, Democritus, dan Protagoras. TOPIK PERBINCANGAN Yakinkah anda dengan pandangan Protagoras bahawa kebenaran itu bersifat relatif?

RUJUKAN Kolak, Daniel (1997). Lovers of Wisdom: A Historical Introduction to Philosophy. Belmont, California: Wadsworth Publishing Company. Lawhead, William (1996). The Voyage of Discovery: A History of Western Philosophy. Belmont, California: Wadsworth Publishing Company. Lawhead, William. (2003). The Philosophical Journey: An Interactive Approach. 2nd ed. New York: McGraw-Hill Russell, Bertrand (1993). Sejarah Falsafah Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Soccio, Douglas J. (1998). Archetypes of Wisdom. Belmont, California: Wadsworth Publishing Company. Bab Pertama, pp. 2- 22.

20

GB070117

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful