You are on page 1of 92

Untuk menyimpan panduan-panduan di bawah sila klik fail dan save as kemudian pilih A atau mana-mana folder yang

sesuai untuk disimpan fail berkenaan

Teknik Asas Kimia - Penyediaan Larutan Kimia Penyediaan Bahan Uji Menanggalkan Kotoran Panduan Prosedur Kerja Aktiviti Makmal Kriteria Kecemerlangan Makmal Sains Tugas-Tugas Kakitangan Makmal Teknik Asas Biologi- Teknik-Teknik Asas Bakteria Menyediakan larutan mudah dan pewarna Menyediakan larutan biasa Makmal Biologi Penyelenggaraan Mikroskop Mengawet Haiwan dan Tumbuhan Menyediakan sisip Mikroskop Keselamatan Makmal Kimia Keselamatan Makmal Biologi Keselamatan Bahan Radioaktif Letupan dan Eksperimen Merbahaya Di Makmal Peraturan Makmal Untuk Pelajar Panduan Pertolongan Cemas Dalam Makmal Sains Peraturan Am Dalam Makmal Dan Bilik Persediaan Pengurusan Stok - Sesuai untuk semua Jabatan Sukatan peperiksaan Pembantu Makmal Alat Pengukur Elektrik Langkah Keselamatan Dalam Makmal Program 60 - 40

TEKNIK ASAS KIMIA


OLEH: Hashim bin Mohd Zin KANDUNGAN TEKNIK ASAS KIMIA 1. 2. 3. 4. 5. Formula unsur Formula sebatian Persamaan kimia Sifat-sifat kimia bahan pepejal dan larutan Mol dan Kemolaran 5.1. Mol

5.2. 5.3 5.4 5.5 6.

Kepekatan Kemolaran Penukaran unit kepekatan Hubungan antara kemolaran dengan bilangan mol dan isipadu larutan penyediaan larutan kimia.

Penyediaan larutan kimia 6.1 6.2 6.3. 6.4. Menyediakan larutan daripada bahan kimia pepejal Menyediakan larutan cair daripada larutan pekat. Penyediaan larutan piawai (Standard) Pentitratan asid -bes

TEKNIK ASAS KIMIA 1. SIMBOL UNSUR

Dalam alam ini terdapat 109 unsur yang telah diketahui. Unsur wujud sebagai logam, bukan logam dan separa logam. Setiap unsur diberi sombol khas ( satu atau dua huruf) simbol ini biasanya merujuk nama unsur dalam Bahasa Inggeris. Jika satu huruf, digunakan huruf besar dan jika dua huruf, yang pertama huruf besar dan yang kedua huruf kecil. Contoh: H-Hidrogen C- Karbon O - Oksigen K - Kalium Fe - ferum MG - Magnesium

He - Helium Na - Natrium Fe - Natrium (Sila rujuk jadual berkala unsur) 2. FORMULA SEBATIAN

Sebatian terdiri daripada unsur-unsur yang bergabung secara kimia. Terdapat dua jenis sebatian iaitu sebatian ion (garam) dan sebatian molekul. Formula kimia ialah satu set simbol kimia bagi atom unsur bersama nombor bulat bagi mewakili sesuatu bahan kimia. Formula sebatian ion menunjukkan nisbah teringkas unsur yang hadir dalam sebatian itu. Contoh: Formula NaCl MgO nama Natrium Klorida Magnesium Oksida Nisbah unsur Natrium ; klorin = 1:1 Magnesium : oksigen = 1:2

CaCl2 Fe2 O3

Kalsium klorida Ferum(III) Oksida

Kalsium: Klorin = 1:2 Ferum: oksigen = 2:3

(Unsur dalam sebatian ion wujud sebagai atom bercas positif/negatif. Jumlah cas bersih dalam formula sebatian ion adalah sifar). Formula sebatian molekul menunjukkan bilangan sebenar atom yang hadir dalam sesuatu molekul. Contoh: Formula H2O NH3 C6H12O6 SO3 H2SO4 BaCl2 nama Air Ammonia glukosa Sulfur Trioksida Unsur Hidrogen , Oksigen Nitrogen, hidrogen Karbon, hidrogen, oksigen Sulfur, oksigen

Asid Sulfurik Hidrogen, Sulfur, Oksigen Barium Klorida Barium, Klorin

3.

PERSAMAAN KIMIA

Tindak balas kimia melibatkan perubahan bahan tindak balas kepada hasil tindak balas. Tindak balas kimia diwakili oleh persamaan yang menggunakan simbol dan formula kimia. Bahan tindak balas ------> hasil tindak balas. A + B --> C + D Persamaan kimia mesti seimbang dari segi bilangan atom di sebelah kiri dan kanan. Contoh: Asid hidroklorik + Natrium Hidroksida ---> Natrium Klorida + Air HCL + NaOH ---> NaCl + H2O Asid Sulfurik + Barium Hidroksida ----> Barium Sulfat + Air H2SO4 + Ba (OH)2 --> BaSO4 + H2O Kalsium karbonat ---> Kalsium oksida + Karbon dioksida

CaCO3 ---> CaO + CO2 Amonia + Hidrogen klorida ---> Ammonium klorida NH3 + HCL --> NH4Cl (Daripada persamaan kimia boleh ditentukan kualiti bahan tindak balas atau hasil tindak balas. Kuantiti boleh sebagai jisim, isipadu (gas), mol dan lain-lain) 4. SIFAT-SIFAT KIMIA BAHAN PEPEJAL DAN LARUTAN

Bahan atau jirim boleh wujud dalam keadaan pepejal , cecair dan gas. Contoh: Air (Pepejal) <--> Air(Cecair) <---> Wap Air (Gas) bahan pepejal wujud pada suhu di bawah takat beku/ takat lebur. Semua logam (kecuali raksa/merkuri wujud sebagai pepejal pada keadaan bilik. Kebanyakan sebatian ion wujud dalam bentuk pepejal pada keadaan bilik. Bahan pepejal menunjukkan sifat kimia apabila berlaku tindak balas. Secara amnya pepejal loga, (aktif) bertindak balas dengan asid menghasilkan garam dan membebaskan gas hidrogen. Contoh Mg + 2HCL ---> MgCl2 + H2 Pepejal garam karbonat (sebatian ion) bertindak balas dengan asid membebaskan gas karbon dioksida. Contoh: CaCO3 + 2HNO3 ---> Ca(NO3)2 + CO2 +H2O Larutan ialah satu campuran yang terbentuk apabila suatu zat terlarut dilarutkak dalam suatu pelarut tertentu. Zat terlarut + pelarut ----> Larutan Air merupakan pelarut semesta (Universal) yang boleh melarutkan kebanyakan bahan. Zat terlarut(biasanya dalam keadaan pepejal) dicampurkan ke dalam pelarut hingga menjadi homogen (tidak wujud ampaian/berkeladak). Contoh: Natrium Klorida + Air ---> Larutan Natrium Klorida (garam biasa) (Pelarut) (Larutan garam)

Larutan berair (akues) biasanya tidak berwarna, kecuali larutan ion logam peralihan seperti ion kuprum(II) - biru, ion ferum (II) - hijau muda, ion ferum(III) - kuning dan ion nikel hijau. Larutan garam bertindak balas dengan bahan uji (reagen) menghasilkan mendakan yang larut atau tidak larut dalam keadaan berlebihan . contoh.

Larutan ion zink dicampaurkan dalam larutan natrium hidroksida membentuk mendakan putih yang larut dalam keadaan berlebihan menghasilkan larutan tidak berwarna. Larutan ion plumbum dicampurkan dalam larutan ammonia membentuk mendakan putih yang tidak larut dalam keadaan berlebihan. 5. 5.1. MOL DAN KEMOLARAN Mol

Satu mol sesuatu bahan ialah kuantiti bahan yang mengandungi 6.02 X 10 23 zarah bahan itu. Nombor pemalar (6.02 X 10 23) dipanggil Nombor Avogadro. Jenis Zarah dalam suatu bahan mungkin atom, molekul atau ion, bergantung kepada jenis bahan itu. Bilangan mol atom unsur = Jisim unsur (gram) Jisim atom reletif unsur Bilangan mol molekul = jisim(gram) jisim molekul relatif Bilangan mol sebatian ion = jisim (gram) jisim formula relatif Secara ringkasnya: Bilangan mol = jisim Jisim relatif 5.2 Kepekatan

Kepekatan sesuatu larutan ialah satu ukuran kuantiti zat terlarut yang terlarut dalam satu kuantiti pelarut . Kuantiti zat terlarut dinyatakan dalam gram atau mol. Oleh itu unit kepekatan larutan boleh dinyatakan dalam g dan dm3 (1 dm3 ialan 1000 cm3) Kepekatan larutan (g dm3) = jisim zat terlarut (g) Isipadu larutan (dm3) Contoh : 50 g kuprum (II) sulfat kontang dilarutkan dalan air untul menghasilkan 250 cm3 larutan . Hitung kepekatan larutan yang terhasil dalam g dm -3 Jisim kuprum (II) sulfat = 50 g Isipadu laruta = 250 = 0.25 dm3

1000 Kepekatan larutan kuprum(II) sulfat = Jisim kuprum (II) sulfat dalam g = 50 g Isipadu larutan dalam dm3 = 200 g -3 Latihan : Berapakah jisim kalium karbonat yang perlu dilarutkan dalam air untuk menyediakan 500 cm3 larutan yang mempunyai kepekatan 60 g dm-3 ? 5.3 Kemolaran Kemolaran ialah unit kepekatan yang menunjukkan mol zat terlarut yang terdapat dalam 1 dm3 larutan (atau mol dm-3). Kemolaran = Bilangan mol zat terlarut Isipadu larutan dalam dm3 Contoh : 28 g kalium hidroksida (KOH) dilarutkan dalam air untuk menyediakan 250 cm3 larutan . Berapakah kemolaran larutan yang terhasil ? [ Jisim atom relatif : H = 1; O = 16; K =39] Jisim formula KOH = 39 + 16 + 1 = 56 Bilangan mol KOH = Jisim KOH dalam g Jisim formula relatif KOH Isipadu larutan larutan = 250 1000 Kemolaran larutan KOH = Bilangan mol KOH Isipadu larutan dalam dm3 = 0.5 mol = 2.0 mol dm-3 0.25 dm3 = 28 = 0.5 mol 56 0.25 dm3

= 0.25 dm3

Latihan : Berapakah jisim zink nitrat , Zn(NO3)2, (jisim formula relatif = 127), yang perlu

dilarutkan dalam air untuk menyediakan 500 cm3 larutan yang mempunyai kemolaran 0.2 mol 0.2 mol dm-3 ?

5.4

Penukaran unit kepekatan

Kemolaran (mol dm-3)

= Kepekatan (g dm-3) Jisim formula relatif KCI

= 14.9 74.5

= 0.2 mol dm-3

Latihan : Berapakah kepekatan (dalam unit g dm-3) larutan barium hidroksida, Ba(OH)2, yang mempunyai kemolaran 0.2 mol dm-3 ? [ Jisim formula relatif Ba (OH)2 = 171] 5.5 Hubungan antara kemolaran dengan bilangan mol dan isipadu larutan Katakan , n = bilangan mol zat terlarut V= isipadu larutan (cm3) M= Kemolaran larutan (mol dm3) Oleh kerana kemolaran larutan = bilangan mol zat terlarut Isipadu larutan (dm3) Maka M = n V 1000

Oleh itu

n = MV 1000

6. PENYEDIAAN LARUTAN KIMIA

6.1

Menyediakan larutan daripada bahan kimia pepejal

Jisim pepejal = Kemolaran larutan x Jisim formula relatif x Isipadu larutan (g) Contoh : (a) Sediakan 1 dm3 larutan natrium karbonat (Na2CO3) dengan kemolaran 0.1 mol dm-3. Jisim formula relatif Na2CO3 = 106 Jisim Na2CO3 yang diperlukan = 0.1 x 106 x 1 = 10.6 g Timbang 10.6 g (tepat) pepejal Na2CO3 dan larutkan dalam air suling hingga menjadi 1 dm3 larutan. Gunakan kelalang volumetrik 1dm3. (B) Anda dibekalkan dengan pepejal hablur kuprum(II) sulfat terhidrat, CUSO45H2O (jisim formula reletif = 249.6) sediakan 500 cm3 larutan kuprum(II) sulfat dengan kemolaran 0.5 mol dm3. Jisim CuSO45H20 yang diperlukan = 0.5 X 249.5 X 500 = 62.38 g 1000 timbang 62.38 g CuSO45H20 dan larutkan dalam air suling hingga menjadi 500 cm3. Gunakan kelalang volumetrik 500 cm3. 6.2. Menyediakan larutan cair daripada larutan pekat Kebanyakan asid atau alkali dibekalkan dalam bentuk larutan pekat. Untuk menyediakan larutan caiar, data yang dicatat pada label bekas perlu diambil kira. Contoh; Asid sulfurik pekat H2SO4 Jisim molekul relatif = 98 Ketumpatan = 1.84 g/cm3 kepekatan = 96% Sediakan 1 dm3 larutan asid sulfurik dengan kemolaran 0.5 mol dm3 (mol dm-3) (g mol-1) (dm3)

isipadu asid pekat

kemolaran larutan

X JMR X 100

yang diperlukan (CM3) (Mol dm3 S.G (g cm3 ) X % kepekatan = 0.5


X 98 X 100 = 27.7 cm3

1.84 X 96 Sukat 27.7 cm3 asid sulfik pekat dan alirkan perlahan-lahan ke dinding dalam kelalang volumetrik 1 dm3 yang mengandungi kira-kira separuh air suling (Peringatan : Jangan tuangkan air suling kepada asid pekat) tambahkan air suling hingga isipadu larutan menjadi 1 dm3. 6.3. Penyediaan larutan piawai (standard) Jika sesuatu bahan boleh diperolehi dalam keadaan sangat tulen, larutannya boleh disediakan secara terus. Bahan tersebut ditimbang untuk mendaoat jisim yang tepat. Kemudian semua bahan tersebut dilarutkan dalam air suling kepada isipadu yang diperlukan dengan menggunakan kelalang volumetrik. Antara bahan yang mempunyai ketulenan tinggi ialah natrium karbonat, asid benzoik, boraks (dinatrium tertraborat), kalium hidrogen ftalat, argentum nitrat dan natrium klorida. Larutan piawai adalah larutan yang diketahui kepekatan (kemolaran) dengan tepat . Bahan yang digunakan sebagai larutan piawai mesti cukup tulen dan stabil apabila didedahkan ke udara. Jika larutan asid seperti asid sulfurik , asid nitrik damn asid hidroklorid, dan larutan Alkali seperti natrium hidroksida, kalium hidroksida dan ammonia jika disediakan secara terus, kepekatan larutan yang terhasil tidak begitu tepat. Ini kerana asid nitrik dan asid hidroklorik pekat bersifat lembab cair (menyerap wap air dari udara) oleh itu larutan yang disediakan perlu dititratkan dengan leruitan piawai supaya kepekatannya dapat ditentukan dengan tepat.

Contoh: penyediaan 250cm3 larutan natrium hidroksida. NaOH, 2.0 Mol dm3. Jisim NaOH yang diperlukan = kemolaran X isipadu x jisim formula relatif NaOH 1000 = 2.0 X 250 X 40 1000 Timbang 20.0 g (tepat) dalam sebuah bikar kecil yang kering dan ditutup. Sebuah kelalang volumetrik 250cm3 yang bersih diisikan dengan air suling kira-kira satu pertiga penuh 20.0 g natrium hidroksida tadi dituangkan melalui corong turas, bikar kecil tadi dibilas dengan sedikit air suling. Kemudian semua air bilasan dituangkan ke dalam kelalang volumetrik. = 20.0 g

Pembilasan diulangi beberapa kali . Corong turat ddibilas beberapa kali dengan air suling. Kemudian corong turas ditanggalkan. Kelalang volumetrik digoncangkan perlahan-lahan sehingga semua natrium hidroksida larut. Air suling ditambah dengan berhati-hati sehingga meniskus larutan berada pada senggatan 250cm3 . kelalang volumetrik ditutup dengan penutup sehingga ketat. Kelalang volumetrik digoncang dan ditelengkupkan beberapa kali supaya larutan bercampur sekata. 6.4. Pentitratan asid -bes Pentitratan asid-bes ialah kaedah analisis kuantitif untuk menentukan isipadu asid yang diperlukan bagi meneutralkan dengan tepat suatu alkali yang mempunyai isipadu tertentu dengan bantuan sesuatu penunjuk yang sesuai . Penunjuk(seperti fenolftalein atau metil jingga) berubah warna sebaik sahaja kuantiti asid yang ditambak secukup-cukupnya sahaja meneutralkan kuantiti asid yang digunakan. Pentitratan dihentikan sebaik sahaja warna penunjuk berubahititu apabila takat akhir tercapai. Contoh pentitratan untuk menentukan kepekatan Asid Sulfik cair. 25.0 cm3 larutan natrium hidroksida 0.4 mol dm3 dipipetkan ke dalam kelalang kon 250 cm3. Dua titik larutan fenolftelin ditambahkan ke dalam kelalang kon itu. Warna larutan menjadi merah jambu. Sebuah buret yang diapitkan pada kaki retort diisikan dengan asid sufurik cair. Bacaan awal buret dicatatkan. Dengan cermat, asid sulfurik cair daripada buret dialirkan sedikit demi sedikit ke dalam kelalang kon sambil mengoncangkannya. Apabila warna merah jambularutan dalam kon menjadi semakin pudar, asid sufurik cair dialirkanperlahan-lahan. Setiap kali asid sulfurik dialirkan, kelalang kon digoncangkan. Pentitrattan dihentikan sebaik sahaja larutan dalam kelalang menjadi tidak berwarna, iaitu apabila takat akhir tercapai. Bacaan akhir buret direkodkan. Pentitratan di atas diulangi dua kali untuk mendapat keputusan yang jitu. Keputusan ( Contoh ) Nombor pentitratan Bacaan akhir buret ( cm3 ) Bacaan awar buret ( cm3 ) Isipadu asid sulfurik cair yang digunakan ( cm3 ) 1 20.50 0.50 20.00 2 41.05 21.00 20.05 3 20.45 0.50 19.95

Purata isipadu asid sulfurik cair yang diperlukan = 20.00 + 20.05 + 19.95 3 = 20.00 cm 3 Perhitungan: Bilangan mol natrium hidroksida yang digunakan = mv

1000 = 0.4 x 25.0 1000 = 0.01 mol Persamaan tindak balas peneutralan : 2NaOH = H2SO4 -----> Na2SO4 + 2H2SO4

Daripada persamaan ,2 mol natriun hidroksida memerlukan 1 mol asid sulfurik untuk penuetralan. Oleh itu bilangan mol asid sulfurik yang diperlukan = 0.01 x 1 = 0.005 mol 2 Kepekatan asid sulfurik cair yang digunakan = Bilangan mol H2SO4 Isipadu H2SO4(dm3) = 0.005 x 1000 20.00 = 0.25 mol dam-3

Index

PENYEDIAAN BAHAN UJI


1. Asid Hidroklorik cair (2M) Larutkan 170cm3 Asid Hidroklorik pekat dalam 1 dm3 larutan. 2. Asid Sulfurik cair (1M) Larutkan 56cm3 Asid Sulfurik pekat dalam 1 dm3 larutan. 3. Asid Nitrik cair (1M) Larutkan 130cm3 Asid Nitrik pekat dalam 1 dm3 larutan.

4.

Natrium Hidroksida cair 2M. Larutkan 80 gm pepejal Natrium Hidroksida dalam 1 dm3 larutan.

5.

Kalium Hidroksida cair 2 M. Larutkan 112 gm pepejal Kalium Hidroksida dalam 1 dm3 larutan.

6.

Larutan Ammonia cair (2M) Larutkan 135 cm3 Ammonia pekat dalam 1 dm3 larutan.

7.

Larutan Kalsium Hidroksida (Air Kapur).

Biarkan pepejal Kalsium Hidroksida, Ca(OH)2, bersentuh dengan air dalam satu takungan besar tertutup untuk beberapa jam. Turaskan larutan tepu yang jernih dan gunakan larutan ini sebagai air kapur. 8. Asid Etanoik (0.1 M) Larutkan 6cm3 Asid Etanoik glasial dalam 1 dm3 larutan. 9. Larutan Natrium Karbonat (0.5M) Larutkan 53 gm pepejal Natrium Karbonat kontang dalam 1 dm3 larutan. 10. Larutan Argentum Nitrat (0.1M) Larutkan 17gm pepejal Argentum Nitrat dalam 1 dm3 larutan. 11. Larutan Barium Klorida (0.5 M) Larutkan 122 gm pepejal Barium Klorida dalam 1 dm3 larutan. 12. Larutan Kalium Dikromat (VI) (0.2M) Larutkan 58 gm pepejal Kalium Dikromat (VI) dalam 1 dm3 larutan. 13. Larutan Kalium Manganat(VII) (0.02 M) Larutkan 3 gm pepejal Kalium Mangganat (VII) dalam 1 dm3 larutan. 14. Larutan Ferum (II) Sulfat (0.5 M) Larutkan 139 g pepejal Ferum (II) Sulfat ke dalam 100 cm3 Asid Sulfurik cair dan kemudian campurkan
air suling sehingga 1 dm3 larutan

15.

Larutan Ferum (III) Sulfat (0.5M)

Larutkan 130 g pepejal Ferum(III) dalam 50cm3 Asid Hidroklorik cair dan kemudian campurkan air suling sehingga 1 dm3 larutan. 16. Larutan kalium Kromat (VI) (0.5M) Larutkan 97 gm pelejal Kalium Kromat (VI) dalam 1 dm3 larutan. 17. Larutan Plumbun (II) Nitrat ( 0.5 M) Larutkan 165 gm pepejal plumbum (II) Nitrat dalam 1 dm3 larutan. 18. Larutan Kalium Iodida (0.5 M) Larutkan 83 g pepejal Kalium Iodida dalam 1 dm3 larutan. 19. Larutan Kalium Heksasionaferat(II) Larutkan 50 g pepejal Kalium Heksasionaferat (II) dalam 1 dm3 larutan. 20. Larutan Kalium Heksasionaferat (III) Larutkan 50 g pepejal Kalium Heksasionaferat (III) dalam 1 dm3 larutan. 21. Larutan Kalium Tiosianat Larutkan 150 g pepejal Kalium Tiosianat dalam 1 dm3 larutan. 22. Larutan Klorin berair

Salurkan gas klorin ke dalam air dalam almari wasap sehingga larutan berwarna kuning-hijau didapati. 23. Larutan Bromin Berair Masukkan 20 cm3 cecair bromin ke dalam 1 dm3 larutan. 24. Larutan Iodin Berair

Larutkan 112 g pepejal iodin ke dalam1 dm3 larutan yang mengandungi 20 gm kalium iodida. 25. Penunjuk Metil Jingga. Larutkan 1.0 g pepejal Metil Jingga dalam 1 dm3 larutan.. 26. Penunjuk Metil Jingga Skrin Larutkan 15 g pepejal metil jingga skrin dalam 500 cm3 95% Etanol. Cairkan dengan 500cm3 air suling.

27.
3

Penunjuk Fenoftalein

Larutkan 5 g pepejal Fenolftalein dala, 500 cm3 95% Etanol. Cairkan dengan 500 Cm. air suling. Turas jika perlu. 28. Larutan Kanji 2%

Larutkan 2 gm dalam 50 cm3 air untuk membentuk satu larutan likat. Taambah dengan 100Cm3 air didih. Didihkan sampai satu larutan jernih terbentuk. Biarkan ia sejuk. 29. Kuprum (II) Sulfat (0.5M)

Larutkan 249.69 g pepejal Kuprum (II)Sulfat dalam 1 dm3 larutan.

MENANGGALKAN KOTORAN
Bil Jenis Kotoran Pelarut

1. 2.

Untuk kebanyakan kotoran Jenis berminyak

Asid Nitrik (2M) Asid Kromik

(Campurkan 100 gm kalium kromat (VI) dalam 150 ml air dan tambah H2SO4 pekat hingga 1dm3) 3. 4. 5. Kalium Permangganat (VII) Campurkan 20gm Natrium Sulfit dalam 100ml H2SO4 2M Iodin Sulfur Larutan Cair Natrium Tiosulfat (0.1M) Larutkan dalam larutan Ammonium Sulfida (0.5M) 6. Karbon Campurkan 6g natrium Tiosulfat dengan 3 g Natrium Oleat dan 100ml air. 7. Karat Besi Gunakan Larutan Cair Asid Hidroklorik (2M) 8. Cermin Almari Wasap Gunakan campuran Ammonium Hidroksida pekat dengan sprit Metil dalam nisbah 1:1

MANUAL PROSEDUR KERJA AKTIVITI MAKMAL PROSES KERJA -URUSAN MAKMAL Jawatan Ketua Jabatan sains Pengetua Pembantu makmal Pembantu Makmal pembantu makmal Pengetua pembantu makmal pembantu makmal pengetua/ketua jabatan sains ketua jabatan sains/pembantu makmal pembantu makmal pengetua pembantu makmal pembantu makmal ketua jabatan sains pembantu makmal Pembantu makmal pembantu makmal Proses Kerja 1.Membuat anggaran perbelanjaan dalaman setelah mendapat peruntukan dari jabatan Pendidikan Negeri/Kementerian Pendidikan. 2.Melulus anggaran perbelanjaan dalaman 3. Berbincang dengan ketua jabatan sains 4. Menyenaraikan senarai keperluan berdasarkan kepada stok semasa dan senarai peralatan yang diterima dari guru-guru panitia dan guru-guru mata pelajaran. 5. mengisi Borang Pesanan Dalaman 6. meluluskan senarai keperluan untuk pembelian. 7. membuat senarai sebutharga 8. menghantar senarai sebutharga kepada pembekal berkaitan. 9.menerima senarai sebutharga dari pembekal-pembekal berkaitan. 10. berbincang mengenai syarat-syarat pembelian. 11. mengisi borang pesanan tempatan 12. kelulusan pembelian 13. menerima bekalan daripada pembekal 14. merekod penerimaan alatan sains kedalam buku inventori dan stok (312,313 atau 314 - dimana berkaitan) 15.menerima invois dan mengesahkan pembelian 16. merekod invois kedalam buku daftar bil 17. Penyerahan invois kepada pembantu tadbir kewangan untuk pembayaran. 18. Pengeluaran stok untuk kegunaan amali pelajar.

Ketua jabatan sains/guru 19. Mengarah pembantu Am Rendah (makmal) untuk membuat panitia/guru keceriaan kekemasan bilik-bilik makmal. matapelajaran Pembantu makmal Pembantu Am Rendah (Makmal) Pembantu makmal/pembantu Am 20. Membuat persediaan keperluan untuk amali berdasarkan kepada pesanan yang diterima daripada guru-guru sains. 21. Menempatkan keperluan peralatan untuk amali di bilik-bilik makmal berkenaan. Membantu guru-guru sains - jika diperlukan ketika kelas amali dijalankan.

Rendah (makmal) Guru-guru Sains, 23. Mengawal langkah-langkah keselamatan dipatuhi oleh semua Pembantu makmal, PAR pelajar. (Makmal) Pembantu makmal Pembantu Am Randah (Makmal) 24. Menyemak bilangan peralatan yang digunakan mencukupi dan sempurna. 25. Membasuh peralatan yang telah digunakan dan menempatkan ke tempat simpanan. 26. Mengemas dan membersih persekitaran bilik makmal: - lantai Pembantu Am Rendah (Makmal) -meja -sinki -papan hijau. Pembantu Am Rendah (makmal) pembantu makmal 27. Mengemas kembali bilik-bilik makmal selepas amali dijalankan. 28. Mengemaskini stok, pelupusan dan hapuskira.

Pembantu makmal/ PAR 29. Memperbaiki aspek keceriaan bilik-bilik makmal dari masa ke (makmal) semasa. Ketua jabatan sains pembantu makmal Pembantu makmal pembantu Am Rendah (makmal) petikan daripada: TEKNIK-TEKNIK ASAS BIOLOGI Teknik-Teknik Asas Bakteria Sebelum anda memulakan kerja amali berhubung dengan semaian bakteria, anda perlu ingat tentang perkara-perkara berikut:1. Pelupusan Sisa-sisa Semaian: 10. Mengadakan kursus dalaman bagi kakitangan makmal sekiranyaperlu dari masa kesemasa. 31. Menjalankan apa-apa tugas yang diarah oleh pengetua dari masa kesemasa

Walaupun bakteria patogenik ( Patogen ) Sekali-kali tidak boleh digunakan didalam kerja-kerja amali. Patogen ini boleh hidup dan menbiak jika keadaan sekeliling sesuai bagi pembiakan bakteria seperti ini .Bakteria sentiasa terdapat di udara dan bakteria patogenik boleh dibawa oleh penutut-penutut yang sakit jika terdapat tempat semaian yang sesuai bakteria boleh menbiak dengan pesatnya pada tahap yang sangat yang merbahaya. Kedua, Bakteria takpatogenik boleh mutet ( mutate ) untuk menjadi patogen. Masalah disin

adalah untuk mengetahui mana-mana bakteria yang boleh menjadi mutan patogenik. Sebab inilah maka semua bakteria mesti dianggap sebagai potensi patoogen. Semaian hendalah dihapuskan dengan cara: a) Semaian air daging yang direbus, kaldu, bubur, i. Jika semaian tak spora ia boleh dihapuskan dengan cara membuka penutup dan merendangkan tub (bekas) dalam larutan 10% lysol. Satu bekas khas mestilah disediakan didalam makmal untuk tujuan ini dan dilebel dengan terang. Piring petri hendaklah juga direndam dalam 10% larutan lysol. ii. Jika semaian spora, semaian ini hendaklah dipanaskan hingga 121 darjah celcius 15 minit di dalam oven ( 15 Ib - in 2 tekanan ). Jika organisma spora hendaklah digunakan satu bekas lain yang berlebel hendaklah digunakan, dan mesti ditutup. Bekas ini akan dipanaskan dalam oven. Kedua-dua semaian ini hendaklah dicampakkan ke dalam sinka dan di lupuskan dengan air yang banyak atau dengan cara yang lebih baik, iaitu dilupuskan di dalam jamban. b) Semaian agar-agar pepejal hendaklah dibungkus dalam kertas dan dibakar . Piring atau bekas hendaklah direndamkan 10% lysol. Penting : Jika ubi kentang berbentuk sedang hendaklah digunakan, mungkin murid-murid akan membuat ujikaji di rumah. Oleh itu ubat pembasmi kuman yang kuat ( disifectant ) hendaklah digunakan sebelum semaian dilupuskan. 1.1. Penggunaan pakaian luaran adalah digalakkan. 1.2. Jika semaian bakteria terjatuh di atas meja, kerusi atau lantai, anda hendaklah: Mencucinya dengan 3% lysol, dengan serta merta. Keadaan seperti ini hendaklah dianggap bahaya. 1.3. Begitu juga jika semaian bakteria terkena tangan anda hendaklah membasuh tangan dengan larutan lemah centrimide, lysol. 1.4. Kedua belah tangan hendaklah dibasuh sebelum dan selepas kerja-kerja amali. 1.5. Makanan TIDAK boleh dimakan didalam makmal. 1.6. Apabila permuka cecair pecah beberapa titik cecair akan terjadi. Kebanyakannya akan terjatuh ke lantai, tetapi yang paling kecil akan terapung-apung di udara. Jika cecair berwap, bakteria akan terapung-apung di udara. Jika kumin ini disedup ianya akan segera masuk ke dalam paru-paru membiak dan membinasakanya.

Selalunya cuai menyedut cecair dengan pipet menyebabkan pencemaran udara. Apabila semaian tumbuh di atas semaian bahan tara pepejal dalam botol bertutup, skru membuka penutup ini akan melepaskan kumin-kumin ke udara. Selalunya, satu lapisan bendalir ini akan pecah dan melepaskan titik bendalir terapung-apung di udara. 1.7. Jangan sekali-kali menjilat label dan menggunakan mulut untuk menyedut pipet. 1.8. Bangku dan meja hendaklah di basuh dengan bahan pembasmi kuman sebelum dan sesudah kerja amali. 1.9. Merokok tidak di benarkan di dalam makmal. 2. Bahan tara semaian: Jarang sekali identiti organisma mikro dapat dikenali melalui sifat-sifat sruktur sahaja. Mereka misti dipelihara dengan menggunakan bahantara tiruan dan satu organisma mesti di biakan berasingan. 2.1. Jenis-jenis bahantara: a) Cecair atau Pepejal Kegunaan bahantara cecair tidak menampakkan bahan semaian dengan nyata. Dengan itu penggunaan bahantara cecair tidak digalakkan kecuali untuk ujian biokimia tertentu. Bahantara pepejal biasa digunakan sebab ia menampakan kebiasaan sifat pertumbuhan bagi satu-satu bakteria. b) Air Air paip tidak sesuai untuk kerja ini.Selalu gunakan air suling atau air takionik. Air tak-ionik lebih sesuai dan menjimatkan masa. Ianya mempunyai kelebihan senang di angkup dan tidak memerlukan haba atau tenaga elekrik walau bagaimanpun mungkin terdapat larutan sebatian organik yang terjadi daripada resimdan akan memberi kesan terhadap protozoa.Air mestilah mengandungi 1.5 p.p.m. ( bahagian dalam sejuta bahagian ) garam. Dengan demikian air suling berlogam tidak sesuai digunakan. c) Agar-agar Agar-agar sebenarnya adalah sejenis polysacharide. Dalam larutan bercair ia mengeluarkan satu gel yang tidak cair di suhu yang tinggi. Hanya sebilangan kecil bakteria samudera yang akan menyebabkan ia rosak dan berair.Ia juga tidak menambah sifatsifat noritif satu-satu bahantara dan juga bebas dari bahan-bahan pertumbuhan. Takat lebur dan pemejalan adalah berbeza. Kebanyakan agar-agar lebur pada 95 darjah celsius dan memejal pada 45 celsuis. Ini bermakna Nutrium yang sensitif pada haba boleh di tambah pada suhu yang agak rendah.

Setelah steril ( dibersih dari kuman ) agar-agar boleh dibiarkan memejal dan disimpan untuk keggunaan masa hadapan, tetapi ianya mesti di lebur dengan sedikit haba dan digunakan terus. Jika agar-agar disediakan dalam masa yang pendek, adalh lebih baik ianya disimpan dalam bentuk cecair dalm air panas 45- 50 darjah celsius. Ini adalah untuk mengelak pembuagan masa dalm memanaskannya pada suhu yang tinggi. 2.2 Memilih bahantara Ini bergantung kepada jenis organisma dan sifat cara penyelidikan. Jika satu bahantara dipilih dengan PH diluar banjaran kulat ( fungsi ), bakteria akan hidup tetapi pertumbuhan kulat akan terhap.Bakteria biasanya di biakkan di tas agar-agar nutrium manakala kulat di biakkan di atas agar-agar ubikentang dekstrosa. Untuk keja-kerja amali agar-agar lain digunakan. 2.3. Bekas untuk bahantara Jika banyak bahantara hendak di buat, satu kelalang bertutup kapas bulu hendaklah digunakan. Ini juga mesti digunakan jika hedak digunakan.Gunakan botol tabung uji dengan penutup getah gabus atau logam jenis lekat kertas ( slip-on ) dan bertutup jenis skru juga boleh digunakkan. Penutup logam lekat di atas, mempunyai kelebihan yang ia boleh digunakkan berulang kali tetapi tidak berguna jika semaian hendak disimpan. Kapas bulu boleh digunakkan untuk semaian yang hendak disimpan, tetapi mesti dibuang selepas di gunakkan. Juga, jika suhu dan tekanan bertukar udara masih boleh masuk ke dalamnya. Udara akan ditapis apabila ia melalui kapas bulu, tetapi perlindungan ini tidak terdapat pada penutup logam jenis lekat ke atas. 3. Penstrilan ( basmi kuman ) Untuk membiakan sesuatu mikro organisma, mikro organisma yang lain hendaklah di pupuskan dengan cara penstrilan. Ada dua cara penstrilan: 3.1 Haba i. Haba kering Haba kering mungkin membunuh dengan cara pengoksidaan yang membinasakan beberapa juzuk sel tertentu. ii. Haba lembat Haba lembat lebih berkesan kerana kelembapan membunuh dengan

cara pengumpulan dan mengnyahaslikan ( denaturing ) protein dan enzin, satu proses yang memerlukan air. Masa yang diperlukan lebih kurang 15 minit, pada 121 darjah celsius. Masa yang lebih lama hendaklah diberi jika terdapat banyak bakteria. Jenis bahan di dalam mana mikro organisma dipanaskan akan memberikan kesan kepada kecepatan pembinasaan. Bahan kinia organik biasanya melindungi organisma. Lemak yang lembab menghalang kemasukan air dalam organisma. Penentangan haba oleh spora adalah maksima pada nilai ph nuetral. 3.2. Bahan kimia

Hanya beberapa bahan sahaja yang mempunyai kesan ke atas spora. Perkataan disinfectant dan antiseptik digunakan kepada bahan kimia yang berlainan, walaupun kedudukannya memberi maksud pembasmi kuman. Bahan disinfectant merupakan bahan kimia yang toksik (Bisa ataua racun) . Bahan antiseptik tidak toksik dan boleh dikenakan pada bahagian luar tisu hidup. Jenis Bahan Kimia. A. Antiseptik dari kumpulan phenol - seperti lysol (biasanya 3% dalam larutan air)

Ia bertindak dengan cara pengumpulan protein. B. Halogen - hipokrip biasa digunakan. Helogen tidak dapat bertindak adalam bahan organik yang berkesan ke atas spora. Selalunya helogen digunakan dengan bahan pembasuh. (Cecair). Kerana organik terutamanya kesan lemak . c. Etilalkohol - selalunya berkesan diantara 50 % - 70 % tetapi tidak berkesan dalam kekuatan selebihnya. Bahan ini digunakan terutamanya untuk menyejuk siku platinun, setelah dipanaskan dalam anyalaan api apabila tidaak digunakan. Alat penstrilan boleh disimpan dalam alkohol. D. Formeldehyde

Bahan ini sangat berguna kerana ia boleh dikenakan ke atas bahan yang akan rosak akibat dipanaskan. Selalunya digunakan dalam larutan 0.1 hingga 0.5 % . e. Sabun dan bahan basuh. - Tindakan adalah disebabkan oleh kepekatan pada permukaan antara air dan objek, membawa kepada menurunnya tekanan permukaan dan sebab itu sel-sel akan binasa. F. Certimide dan keloros - kedua-duanya boleh didapati dari kedai kimia tempatan, tapi tidak berkesan terhadap spora. 3.3. A. Teknik-Teknik Penstrilan Yang Selalu Digunakan Di Sekolah-Sekolah. Siku inokulasi (inoculating loop) dan titik-titik forcep .

panaskan dalam nyalaan bunsen sehingga panas merah. B. Mulut-mulut tub semaian, penutup kapas bulu, slide klip penutup skalpal dan jarum.

Stril dengan melakukannya dalam api bunsen tanpa bahan itu menjadi panas merah. C. Piring petri, tabung uji, kelalang, pipet dan semua peralatan.

Sebelum penstrilan dijalankan , kelalang dan tabung uji hendaklah ditutup dengan kapas bulu. Pipet hendaklah disalut oleh kertas coklat (Brown paper) sila ambil perhatian iaitu setengahsetengah kapas bulu mengeluarkan bahan coltaile semasa dipanaskan dan akan melekat terus kepada akaca apabila disejukkan. Oleh yang demikian gantikan dengan penutup logam, letak di atas (Slip on metal caps) jalankan penstrilan pada 160 cesius untuk selama sejam. Semua botol bertutup jenis skeru mestilah distril dalam kukus tekanan. D. Lemak , Minyak dan Gris - stril dalam oven berudara panas.

Oven jenis ini membenarkan haba panas masuk perlahan, bahan-bahan ini hendaklah distril dalam lapisan nipis tidak lebih dari 0.5 cm tebal dalama piring petri. Apabila amenggunakan oven udara panas, janganlah masukkan piring petri sehingga sesak kerana udara hendaaklah dibiarkan bergerak bebas. Setelah selesai , pintu oven tidak boleh dibuka dengan segera. Biarkan sekurang-kurangnya 2 jam kerana barang kaca akan retak jika ia dibenarkan sejuk terlalu cepat. E. Bahantara semaian, kapas bulu bahan berliang . penutup mengandungi lapisan getah stril dalam kukus tekanan. 4. Menuangkan ke dalam piring.

4.1. Agar-agar mestilah cair tapi tidaklah panas daripada yang boleh ditanggung oleh pipi anda sendiri. Jika ia dituang terlalu panas (steaming) kondensasi akan terjadi pada penutup. Kodensasi akan boleh terjadi suhu 45 celsius. Jika boleh, panaskan sedikit piring itu. Kerjakerja ini hendaklah dijalankan jauh dari udara lembab. 4.2. keluarkan penutup dari botol. JANGAN sekali-sekali letakkan penutup di atas bangku, ini akan menyebabkan pencemaran. Begitu juga botol tidaka boleh ditegakkan , ianya mesti disendengkan. 4.3 Panaskan leher botol dalam nyalaan bunsen. Dengan tangan lain angkat piring petri. Jangan buangkan penutup piring petri, cuma ketepikan sedikit sahaja supaya bahantara dapat dituangkan ke dalam. 5. Suntikan Bahantara semaian.

Selalunya siku platinam atau nikron digunakan dengan memanaskan di dalam api bunsen. 5.1 menyuntik kaldu, bubur, air daging yang direbus atau sendeng ubi kentang.

a.jika botol bertutup jenis skru digunakan, longgarkan penutup sehingga terletak di atas. B. kiri. C. D. Pegang botol tabung mengandungi semaian dan pegang betol yang lain dengan tangan Panaskan siku platinum dengan tangan kanan. Kemudian masukkan siku platinum dalam 50% larutan alkohol.

E. Ketepikan penutup botol yang hendak dijalankan suntikan dengan jari tengah tangan kanan. F. Nyalakan lehir botol. Menyalakan leher botol tak semestinya membunuh kuman bakteria, tetapi ia menahan bakteria dari masuk ke dalam botol, g. Masukkan siku platinum ke dalam botol dan carikkan permukaan semaian.

H. Keluarkan siku platinum dan keluarkan penutup botol yang lagi satu dengan jari empat tangan kanan. I. Masukkan siku platinum yang mengandungi semaian dan lerikkan ke atas sendeng atau masukkan ke dalam bubur larutan daging rebus, kaldu, keluarkan suhu platinum dan nyalakan sekali lagi. J. 6. Nyalakan leher kedua-dua botol ataua tabung dan panaskan penutup. Pengeraman. (Incubation)

Kebanyakan bakteria memerlukan suhu 37 celsius untuk pembesaran optima. pengeraman semaian piring petri, hendaklah dengan cara membalikkan piring petri supaya kodensasi air berlaku. PENYEDIAAN REAGEN YANG MUDAH DAN PENYEDIAAN PEWARNA BIASA BAGI BIOLOGI 11. LARUTAN IODIN

CARA MEMBUATNYA: larutkan 20 g pepejal kalium iodida dalam 1 liter air suling . Masukkan 12.7 g pepejal iodin dan kacau hingga larut. Jika terlalu, cair dengan air suling mengikut keperluan. KEGUNAANNYA: a. B. C. Menguji kehadiran kanji - jika ada kanji warnanya bertukar ke biru kehitaman. Mengenal tisu berkayu -- jika ada tisu berkayu warnanya kuning pekat. Mengenal tisu tidak berkayu - jika ada tisu tidak berkayu warnanya kuning pucat.

1.2 LARUTAN ASITIK ORCEIN CARA MEMBUAT: Pepejal orcein boleh dilarutkan dalam asid asitik lalu menghasilkan larutan asitik orcein. Masukkan 45 cm3 asid asitik tulin ke dalam sebuah kelalang yang mempunyai kondenser refluks, campurkan 55 cm3 air suling ke dalamnya. Masukkan 3 gm pepejal orsein dan simpan dalam almari wasap. Jika menggunakan kondenser refluks, tak payah menyimpan kelalang dalam almari wasap. Selepas beberapa jam, masukkan manikmanik kaca dan didihkan kelalang perlahan -lahan selama 2 jam. ( jika ada kondenser reflux, didihkan selama 1 jam) Sejukkan dan kemudian turaskan. Bila perlu, campurkan 10 cm3 larutan simpanan itu dengan 12 cm3 air suling. KEGUNAANNYA. A. Untuk mengenal bahagian kromosom yang akan berwarna merah.

1.3 LARUTAN METHYLENE BLUE CARA MEMBUATNYA: campurkan 1 g methylene blue dan 0.6 g natrium klorida dalam 100 cm3 air suling. KEGUNAANNYA; a. Untuk mengenal nuklius dalam sel.

1.4. LARUTAN EOSIN CARA MEMBUATNYA: larutkan 0.5g eosin dalam 100 cm3 air suling. KEGUNAANNYA: sebagai pewarna dalam air untuk mengesan pergerakan air dalam xilem. 1.6 LARUTAN SAFRANIN CARA MEMBUATNYA: Larutkan 1 g safranin dalam 100 cm3 etanol 50 % . rendamkan tisu yang hendak diwarnakan itu ke dalamnya selama 1/2 jam. Keluarkan dan basuh dengan air suling dan sediakan larutan asitik - etanol dengan cara mencampurkan 1 cm3 asid astik dengan 99 cm3 etanol 70% . Selepas tisu dibasuh dengan air suling, rendam pula ke dalam larutan asitik - etanol untuk menanggalkan safranin. KEGUNAANNYA: a. Mewarnakan bahagian tumbuhan di mana nuklius, lignin dan kutikal menjadi merah. 1.7 LARUTAN LAC TOPHENOL - COTTON BLUE Cara membuatnya: Campurkan hablur fenol 20 g, asid laktik 20 gm , gliserol 40g, cotton blue (metil biru) 0.05 g dan air suling 20 cm3. Rendam tisu kulat dalam larutan itu selama 5 minit. Basuhkan dengan air untuk menamggalkan pewarna yang berlebihan. Periksa di bawah mikroskop.

KEGUNAANNYA: a. Untuk mewarnakan kulat. 1.8 LARUTAN LEISHMAN CARA MEMBUATNYA: Hancurkan 0.2g serbuk pewarna Leisman dalam 10 cm3 metanol 100% dalam sebuah lesung . Tambahkan metanol sedikit demi sedikit sehingga menjadi 100 cm3 dan betul-betul larut. Kemudian terus dan disimpan di dalam botol yang tertutup rapi.Kemudian sediakan larutan tampan Ph 6.8 dengan kaedah berikut; i. Larutkan 9.1g kalium dihidrogen fosfat menjadi 1 liter. Ii. Larutkan 9.5 g dinitarium hiderogen fosfat menjadi 1 liter. Iii. Campurkan 50.8 cm3 larutan (i) dan 49.2 cm 3 larutan (ii) Kemudian rendamkan lapisan darah tersebut dengan pewarna Leishman selama satu hingga satu setengah jam. Tambahkan sama banyak fosfat tampan pH 6.8. Tiupkan dengan mulut supaya pewarna bergaul dengan larutan tampan. Biarkan selama 10 minit. Basuh dengan aliran air yang perlahan . Rendam dalam larutan tampan selama 30 saat atau lebih. Keliarkan sisip dan biarkan kering dalam udara.

MENYEDIAKAN LARUTAN LARUTAN BIASA DALAM MAKMAL BIOLOGI 1 : LARUTAN BENEDIT CARA MENYEDIAKANYA: Larutkan 174g natrium sitrat, 100g natrium karbonat dan 17.3 g kuprum sulfat dalam air suling menjadikannya 1 liter. KEGUNAANNYA: Menguji kehadiran gula penurun- jika ada apabila campuran itu dipanaskan, ia akan menghasilkan mendakan merah beta. 2. LARUTAN BIKARBONAT

CARA MEMBUATNYA: Campurkan 0.2g timol biru, dan 0.1g kresol merah dalam 20 cm3 etanol. Kemudian tambah 0.84 g natrium hidrogen karbanat dan 900 cm 3 air suling, kemudian alirkan udara melaluinya selama beberapa jam. Bila hendak digunakan cairkan 10 x dengan air suling. 3. LARUTAN PENUNJUK UMUM.

CARA MEMBUATNYA Larutkan 0.26g bromotimol biru, 0.025g timol biru, 0.0625 g metil merah dan 0.5 fenoftalin dalam 500 cm3 etanol. Tambah air suling supaya menjadi 1 liter. 4. LARUTAN MILLON ( Lebalkan Racun) CARA MEMBUATNYA Penyediaan Larutan millon mestilah dijalankan dalam akmari wasap sahaja. Mula-mula ambil sebuah bikar bersaiz 500 cm3 dan isi dengan 100 cm3 merkuri.(AWAS). Dengan teliti campurkan 90 cm3 asid nitrik pekat. Suatu tindak balas berhenti. Cairkan larutan tersebut dengan air suling mengikut keperluan masing-masing. 5. LARUTAN RINGER: Untuk mengawetkan tisu-tisu haiwan Ujikaji-ujikaji tertentu,khasnya ujikaji fisiologi, memerlukan tisu-tisu haiwan direndamkan dalam larutan Ringer supaya tisu itu tidak cepat mati. Sebenarnya larutan Ringer ialah larutan yang isotonik dengan bendalir sel dalam tisu itu. Kandungan larutan Ringer bagi haiwanhaiwan yang berlainan adalah berbeza-beza. Untuk menyediakan larutan Ringer, anda hanya perlu larutkan bahan-bahan kimia yang berikut dalam air suling menjadi tepat 1 dm3. a) Untuk Tisu Mamalia: natrium klorida kalsium klorida 6H20 natrium bidrogen karbonat kalium klorida magnesium klorida 6H20 natrium dihidrogen fosfat b) Untuk Tisu Amfibia natrium klorida natrium klorida 6H20 kalium klorida natrium hidrogen karbonat c) Untuk Embrio Ayam 0.5g 0.12g 0.14g 0.20g 8.0g 0.2g 1.0g 0.2g 0.1g 0.05g

Natrium klorida Kalsium Klorida 6H2O Kalium Klorida d) Untuk Serangga Natrium Klorida Kalsium Klorida 6H2O Kalium Klorida Magnesium Klorida 6H2O

7.0g 0.24g 0.42g

7.6g 0.22g 0.75g 0.19g 0.37g 0.48g

Natrium dihidrogen Karbonat Natrium dihidrogen Fosfat e) Untuk Cacing Natrium Klorida Kalsium Klorida 6H2O Kalium Klorida Natrium Hidrogen Karbonat

0.0g 0.2g 0.12g 0.1g

PENYELENGGARAAN MIKROSKOP Langkah-Langkah Memelihara Mikroskop: 1. Untuk tujuan pindah memindah, mikroskop haruslah diangkat atau dibawa dengan memegang lengan mikroskop dengan satu tangan dan meletakan satu tangan lagi di bawah mikroskop. 2. Hanya tisu kanta sahaja digunakan bagi tujuan pembersihan kanta-kanta mikroskop. Bahan-bahan lain seperti tisu Kleenex dan kain, jika digunakan mungkin akan mencalarkan kanta dan juga meninggalkan serabut dan serbuk halus di atas kanta. 3. Tapak jari dilarang digunakan untuk mengelap sebarang kekotorang atau debu dari permukaan kanta. Perbuatan ini mungkin akan menyebabkan minyak atau gris ( yang terdapat di atas jari kita ) melekat di atas permukaan kanta tersebut dan seterusnya dan mengurangkan kualiti imej.

4. Setiap kali mikroskop digunakan, fokuskan spesimen dengan kanta objetif bermagnifikasi rendah ( 4x dan 10x ) dahulu sebelum menggunakan kanta objetif bermagnifikasi tinggi ( 40x dan 100x ). Jika kanta objektif 40x dan 100x digunakan, jangan menggunakan pemutar fokus kasar untuk tujuan pemfokusan. Perbuatan ini mungkin dengan tidak sengaja mengakibatkan kanta objektif ( 40x dan 100x ) menyentuk atau memecahkan sisip kaca slid. Selain dari kerosakkan pada spesismen, kerosakkan pada kanta objektif juga boleh berlaku. 5. Jangan menggunakan sebarang mminyak rendaman terlekat pada permukaan kanta objektif. Ini akan menhasilkan imej yang kabur. Jika minyak itu menjadi kering di atas kanta objektif, ia sangat susah untuk di hilangkan melaiankan dengan mengguanakan xylene. 6. Pastiakn pentas mikroskop sentiasa dalam keadaan bersih. Jika terdapat sebarang tumpahan di atas pentas,perlulah di bersihkan dengan segera. Tumpahan-tumpahan seperti canada Balsam, dan menyak rendaman perlulah dibersihkan dengan segera supaya tidak menjadi kering di atsa pentas. Xyelene boleh digunakan untuk tujuan pembersihan bahanbahan ini. 7. Jangan biarkan lubang kanta objektif atau tiub kanta mata dalam keadaan trebuka. Langkah ini adalah untuk tujuan mengelakkan dari debu dan lain-lain kekotoran masuk ke dalam mikroskop. Jika keadan tertutup sentiasa di jaga, bahagian kanta di sebelah dalam mikroskop tidak perlu pembersihan. Sekiranya lubang pemasangan objektif itu lebih dari bilangan objektif yang ada, lubang -2 yang terdedah itu perlu ditutup dengan penutup plastik yang selalaunya dibekalkan bersama-sama dengan mikroskop. 8. Selepas digunakan mikroskop haruslah di simpan di dalam peti atau almari yang di buat khas untuk mikroskop. Langkah ini ialah untuk memastikan kanta-kanta dan cermin-cermin tidak di selaputi debu dan kekotoran. Jika tidak ada tempat tertutup, sekurang-kurangnya mikroskop itu ditutup dengan penutup plastik dengan kemas. Penbersihan Kanta-Kanta Bahan yang di perlukan: a) Kertas tisu kanta b) Alat peniup ( seperti yang digunakan untuk kamera ) c) Berus lukisan yang lembut dan bersih. d) Pelarut: i) Xylene ii) 7:3 ( eter : alkohol ) atau iii) 1-3% LOC dalam air/ ( dan diikuti dengan pembersihan menggunakan alkohol muklat sebanyak 3 kali. iv) Kayu nipis yang lembut ( berbentuk lidi ) ( sila lihat gambarajah )

* Gunakan berus lukisan dan alat peniup untuk menanggalkan debu pada permukaan kanta . * Sediakan tisu kanta dengan membalutkan kertas tisu itu pada kayu nipis yang lembut tadi. * Bernafaslah ke dalam kanta supaya terdapat wap air diatas permukaan kanta. * Kemudian lapkan kantan dengan tisu kanta yang disediakan tadi. Mulakan gerakan mengelap dari pusat(tengah) kanta dan semakin keluar(seperti bulatan yang semakin membesar) * Tiupkan( dengan alat peniup) ke atas permukaan kanta beberapa kali untuk menanggalkan sebarang serabut tisu di aatas permukaan kanta. NOTA: Dalam banyak keadaan lengkah-langkah 1-5 adalah mengkucupi, tetapi langkah-langkah 6-8 harus dilakukan jika pembersihan tambahan diperlukan. * Sediakan satu lagi kertas tisu kanta(langkah 2) sentuh hujungnya dengan sedikit perlarut(Xylene,eter/alkoh atau LOC), kemudian lakukan pembersihan seperti yang diterangkan untuk langkah * Gunakan tisu yang baru(atau bahagian tiu yang baru)setiap kalai pengelapan dilakukan. Pelarut perlulah digunakan dengan berhati-hati, semasa pengelapan dilakukan, pastikan kayu tidak terlonjak keluar dari tisu dan menyentuh kanta. Jika LOC digunakan untuk pembersihan, selepas itu perlu dibilas dengan alkohol mutlak sebanyak 3 kali. * Tiupkan (dengan alat peniup) atas permukaan kanta beberapa kali. * Kanta harus dipasang balaik dan diperiksa. Jika kekotoran masih ada, lakukan pembersihan sekali lagi. Peringatan: 1. Untuk pembersihan biasa, gunakan hanya wap nafas, iaitu dengan bernafas ke dalam kanta, diikuti dengan pengelapan tisu kanta. Pelarut-pelarut hanya digunakan jikamkekotoran tidak dapat ditanggalkan dengan cara wap nafas tadi. 2. Dalam kebanyakan kanta objektif dan kantamata, kanta-kantanya dipasang atau dilekatkan dangan sejenis simen dan balsam. Jadi semasa pembersihan dengan pelarut-pelarut seperti alkohol.eter dan xylene, ianya perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya pelarut-pelarut ini tidak terkena simen atau balsam terlalu lama dan melonggarkan kedudukan kanta-kanta.(satu kanta objektif biasa jenis akromat mungkin mempunyai sehingga 15 kanta yang mana mempunyai kedudukan yang tertentu). Jika tisu yang mengandungi pelarut terkena sempadam kanta(kawasan simen), tisu itu munkin(atau bahagian tisu) tidak seharusnya digunakan lagi. Satu amalan yang baik untuk mengelakkan pebggunaan tisu lebih dari sekali.

3. Semasa pembersihan kantamata(yang biasanya mengandungi 2 set kanta), kanta-kanta mestilah dipastikan supaya tidak tersalah pasang. Amalan yang baik ialah unutk mengeluarkan dan memasang balik kanta-kanta itu satu demi satu. Masalah-masalah yang munkin dihadapi di dalam penggunaan Mikroskop: Masalah 1: Punca: Pemutar fokus kasar: sangat ketat Makanisma gear pergerakan pentas dan sebahagiannya tidak dipasang denga baik.

Penyelesaian : a) Betulkan pemasangan. Dalam kebanyakkan mikroskop ini dapat dibetul kandungan memutarkan kedua-dua pemutar ke arah yang bertentangan. b) Bersihkan gris yang lama dan sapu gris yang baru. Masalah 2: Pentas atau tiub menurun sendirir tanpa disentuh (dan menyebabkan fokus spesimen berubah) Punca : a) Makanisma pemutar fokus atau pentas tidak dipasang dengan baik. b) Pelinciran denga minyak yang nipis. Penyelesaian : Masalah 3 : diputarkan. Punca : Penyelesaian : Seperti dalam masalah 1 Pemutar fokus halus ( pemutar fokus mikrometer) tidak dapat Pemutar fokus halus telah sampai ke pusingan akhirnya. a) membawa kantan objektif 10x ke medan cahaya

b) pusingkan pemutar fokus halus supaya ia terletak di dalam pertengahan pusingan sepenuhnya. Sebagai contoh jika jumlah pusingan yang boleh dilakukan ialah 10 letakkannya pada pusingan yang kelima. c) Mengfokuskan spesimen dengan pemutar fokus kasar. d) Akhir sekali dengan membawa kanta objektif asalnya dan mengfokus dengan pemutar fokus. Masalah 4 : Fokus imej berubah terlalu lebih walaupun pemutar fokus halus dipusinag sedikit sahaja. ( khususnya penggunaan kanta objektif rendaman minyak) Punca : minyak) a) Objektif tidak diskru keatas dengan sepenuhnya. B) Sisip kaca telah terlekat pada kanta objektif ( dengan selapisana

Penyelesaian :

a) Pastikan kanta objektif dipasang ( skru) dengan cermat. B) Pasangkan slid spesimen keatas pentas dengan ketat. C) Jangan menggunakan minyak rendaman yang kental.

Masalah 5 : Punca :

Terdapat imej berbintik atau berkabus a) Kekotoran atau gris di atas kanta mata ( boleh dikesan jika bintik-bintik itu turun berpusing sewaktu kanta mata dipusingkan. B) Kekotoran atau gris di atas kanta objektif c) Pemcemaran keatas sisip kaca ( bintik-bintik bergerak jika slid

spesimen digerakkan) d) Kekotoran diatas iluminasi Penyelesaian : Bersihkan mana-mana yang perlu.

Masalah 6 : Bintik-bintik berada di dalam fokus yang jelas. Ia berubah dan hilang jika kondenser di turunkan atau di naikkan. Punca : a) Kekotoran di atas mentol atau skrin luaran ( diffusing ) di hadapanya, jika illuminasi kritik digunakan. B) Kekotoran di atas kaca penutup slid pada lampu siap terpasang, ataupun pada kertas turas kaca di atasnya ( jika illuminasi kholer digunakan ). Penyelesaian : Bersihkan mana yang perlu. Jika kekotoran tidak dapatdihapuskan dengan segera, ubah kondeser sedikit. Masah 7 : Terdapat imej yang kabur dan tidak dapat di fokuskan dengan jelas.

Punca : a) Rendaman yang salah, iaitu udara digunakan walaupun minyak harus dugunakan atau sebaliknya. b) Buih dalam minyak rendaman. c ) Pencemaran lutsinar ( transperent ) di atas kanta objektif hadapan. d) Sisip kaca terlalu tebal e) Lapisan media pelekat yang terlalu tebal. f ) Minyak rendaman yang tertinggal di atas sisip kaca.

g) Slid spesimen terbalik di atas pentas. Kesan-kesan lebih ternyata bagiobjekti-objektik kuasa besar (40x dan 100x ) Penyelesaian : Untuk masalah 7(a) - 7(c) : Gunakan rendaman yang betul dan bersihkan kantaobjektif jika perlu.

Untuk masalah 7(d) - 7 (e) Gunakan objektif dengan collar pembetulan atau gunakanobjektrif rendaman yang lebih sesuai . Untuk masalah 7(g) Balikkan slid dan pastikan label dilekatkan semula di atas permukaan yang betul. Masalah 8 : Illuminasi terdapat hanya pada sebahagian imej sahaja. Punca : laluan cahaya. b) Objektif tidak terletak pada tempat yang betul. c) Kundesor atua Kondesor tambahan tidak terdapat pada paksi optik. a) sebahagian daripada pemegang turas kaca biru terdapat pada

Penyelesaian :

Betulkan kedudukan yang perlu.

Masalah 9 : Illuminasi cahayanya tidak sekata di medan objek ( suatu ) kawasan lebih terang dari kawasan yang lain. Punca : a) Kedudukan atau sudut (sendeng) cermin tidak betul.

B) Kedudukan kondesor tidak berada di tengah-tengah paksi oktik ( dengan illuminasi genting ). C) Punca kuasa illuminasi (mentol dsb) tidak sama rata (dengan illuminasi genting). Penyelesaian: Untuk masalah 9(a) - 9 (b) : Betulkan kedudukan bahagian yang berkenaan. Untuk masalah 9 (c):

Naikkan atau turunkan sedikit konesor . Kaca tarik naikkan atau turunkan sedikit kondeser. Kaca tarik (kabus ) boleh digunakan di hadapan mentol. Masalah 10 : Semasa penggunaan kanta objektif rendaman terdapat pembentukan seperti awan menyeberangi medan dan seterusnya spesimen kehilangan fokus. Punca: a) Buih dalam minyak rendaman. B) Minyak sedang digunakan di antara spesimen dan kanta objektif yang digunakan itu bukan objektif rendaman. Penyelesaian: Bersihkan minyak dari spesimen (slid) dan objektif. Sediakan semula slid untuk dilihat di bawah mikroskop. Masalah 11 : Terdapat bintik-bintik cahaya yang kurang jelas di atas imej. Punca: Kesan daripada pembalikan-pembalikan cahaya (reflection) di kedalaman mikroskop (biasanya berbentuk bulan sabit atau bulatan). Penyelesaian : Cuba kantamata yang lain serta illuminasi kohier Gunakan kanta yang bersalut dengan anti-pembalikan cahaya (anti-reflection coating) atau ditukar kanta objektif-kantamata. Masalah 12: Terdapat bintik-bintik cahaya yang kurang jelas di atas imej. Punca: a) Pencemaran di atas permukaan kanta, b) Pencemaran di sebelah atas bawah slid, c) Terdapat udara dalam minyak rendaman di atas kondensor Penyelesaian: Jika kedudukan pencemaran tidak dapat dikesan,buka diafragma apertur kondensor lebih lebar untuk men gurangkan kesan/pencemaran tersebut. PENGAWETAN SPESIMEN-SPESIMEN HAIWAN KECIL DAN TUMBUHAN Pengawetan haiwan dalam cecair Semua haiwan mesti dipengsankan dahulu sebelum dibunuh agar ianya dapat diawet dalam keadaan yang sempurna. Formalin dan etil alkohol(etanol) adalah pengawet dan penetap yang paling umum digunakan.Formalin komersial biasanya diperolehi sebagai 40% larutan formaldehid. Semua pencairan fomalin adalah disediakan dari bahan komersial 40% ini. Formalin mengeraskan tisu dan menghasilkan kerapuhan jika dibandingkan dengan alkohol . Walaubagaimanapun ia adalah pengawet yang sesuai untuk pengawetan sementara terutama

sekali dengan haiwan vetebrata . Semua spesimen yang diawet dalam fomalin lambat laun akan menjadi keras dan rapuh jika tidak dipindahkan dalam pengawet dalam alkohol. Jika ini perlu dilakukan spesimen-spesimen boleh terlebih dahulu dibasuh bagi menghilangkan baunya. Formalin adalah tidak sesuai untuk haiwan yang mempunyai kerangka atau spikul-spikul kapur kerana larutan komersil ini biasanya adalah berasid dan akan melembutkan bahagian berkapur ( calcareous) . Hal ini dapat diatasi dengan menuetralkan fomalin tersebut. Formalin dapat mengawet warna spesimen-spesimen lebih lama lagi jika dibandingkan dengan alkohol sungguhpun memang diketahui tidak ada satu pun bahan pengawet yang dapat mengekalkan warna asal spesimen sampai bila-bila. Haiwan yang lembut elok ditetapkan dan diawetkan dalam alkohol. Organisma bergelatin lembut memerlukan penetanan beransur bergantung kepada ketumpatan dan saiznya. Ini biasanya dari dua hingga enam jam bagi setiap kepekatan alkohol dari 30% , 50% dan 60% yang mana selepas itu ianya disimpan dalam alkohol 70%. Di bawah ini ada diberikan panduan bagi cara-cara memengsan membunuh dan bahan-bahan pengawet yang digunakan keatas spesimen-spesimen haiwan .

Spesimen i. Coelenterata Contoh : Hydra,Obor-obor,dll ii. Annelida Contoh : Cancing tanah,lintah dll. iii. Mollusca( tidak berangka) Contoh: Lintah Bulan dan Sotong. iv. Mollusca Contoh: Siput dan Kerang V. Echinodermata Contoh: Gamat, tapak sulaiman Vi. Crustacea (laut) Contoh: Udang,ketam dll Vii.Serangga Contoh: Kumbang X. Veterbrata daratan reptilia, amphibia dan lain-lain.

Bahan Pemengsan Atau Membunuh Bubuhkan hablur mentol ke dalam air . Megnesium Klorid 7% Urethane 2% atau beberapa titik propyline klorid Magnesium klorid 7% Masukkan terus kedalam air tawar Masukkan dalam air tawar Ethyl Acetat Ether , klorofom

Bahan Pengawet Alkohol 70% Fomalin 5% atau alkohol 70% Fomalin 5% atau alkohol 70% Formalin 5% jika besar suntikan dengan 10% formalin dahulu. Formalin 5% jika besar suntik dengan formalin 10 % dahulu. Formalin 5% Jika besar suntik dengan fomalin 10 % dahulu. Keringkan dipinkan larva disimpan dalam alkohol 70 - 80%. Suntik dengan alkhol 70% atau fomalin 10% dan disimpan dalam fomalin 10%.

Xi. Ikan

Larutan urethane 10% atau ms-222 sandoz 1:1,000 hingga 1:20,000

Formalin 10% ( suntik jika spesimen besar )

Cara-cara menyediakan bahan pengawet cecair Anda boleh menyediakan bahan pengawet dengan mengikuti cara-cara dibawah:Untuk Formalin Kepekatan 1% 1 ml Formalin ( formaldehyde 40% ) Air suling -------100 ml --------Formalin 5 ml Air suling 95 ml -------100 ml ---------Formalin 10% Air suling 90 ml 100 ml --------Untuk alkohol 10 ml 5% 99 ml

Dari alkohol grade mutlak

70%

Alkohol Air suling

70 ml 30 ml -------100 ml

---------

Dari alkohol grade

95 % 70%

Alkohol Air suling

75 ml 25 ml ------100 ml ---------

Pengawetan rangka haiwan vertebrata ( burung, tikus, arnab,ayam dan lain-lain ) Satu cara pengawetan ialahpengawetan dalam bentuk penyediaan rangka haiwan ( taksidermi ). Ia adalah satu kaedah yang mana tulang-tulang haiwan tersebut diproses untuk diawet dan dibentuk dalam kedudukan yang aslinya. Ianya sangat sesuai untuk dijadikan bahan bahn rujukan dan bahan pameran di sekolah.Berikut adalah senarai langkah-langkah yang anda ikuti untuk menyediakan rangka haiwan anda. 1. Mula-mula matikan haiwan dengan menggunakan klorofom dalam bekas yang tertutup. 2. Kemudian buangkan kulit atau bulu pada haiwan tersebut. 3. Buangkan segala isi perut dan organ-organ dalam badan. 4. Lepaskan itu masukkan kedalam air mendidih selama satu jam. ( tertakluk pada saiz haiwan ) supaya senang di buang. 5. Keluarkan spesimen tadi dan mula buangkan semua otot ( isi ) yang melekat pada tulangtulang. 6. Kemudian rendamkan ke dalam amonium hidroksida ( pelarut lemah ) selama 24 jam. 7. Keluarkan selepas itu dan rendamkan ke dalam larutan 5% hidrogen prosikda selama 8 jam untuk memutikkan tulang. 8. Lepas itu basuhkan dengan air dan keringkan di bawah cahaya lampu. 9. Apabila tulang-tulang telah kering anda gamkan semila tulang-tulang yang tertanggal dan di samping itu membentuk kedudukan semulajadi haiwan tersebut.Rangka yang telah siap seeloknya dipaku atau dilekatkan pada pelantar untuk mudah di alihdan di simpan. 10. Anda boleh disapuskan tulang-tulang tersebut shelac untuk melindungi daripada kulat atau bakteria. KUTIPAN DAN PENGAWETAN SERANGGA

Serangga terdapat di mana-mana di sekeliling kita. Kebolehannya untuk hidup di berbagai-bagai jenis menjadikan ia berjaya sebagai satu kum[ulan. Separuh dan spesiesspesies lain tersebar luas di berbagai-bagai jenis lokasi. Ada jenis-jenis afid, sebagai contoh terbatas kehidupan pada satu spesies pokok sebagai perumah ( Host ) sementara ada yang menjadikan beratus-ratus jenis pokok berlaianan spesies sebagai perumah. Cara-cara kutipan Biasanya cara-cara kutipan adalah kurang selective (memilih) iaitu kemungkinan speseis -spesies berlainan tidak akan dikutip sekali. Sebagai contoh kutipan dengan cara-cara menyapu permukaan daun dengan jaring serangga (insect net) akan menghasilkan kutipan serangga-serangga di bahagian atas tumbuhan tersebut. Serangga-serangga di bahagian bawah tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat dikutip untuk mewakili sepenuhnya tangkapan. Begitu juga serangga yang terdapat di atas permukaan tanah dan di bawah tidak akan dikutip langsung dengan kaedah begini. Salah satu cara yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan jaring (sweep net) jaring ini digunakan pada permukaan-permukaan tumbuhan sepertirimbunan daun-daun, pokok-pokok renik, semak-semak, rumput-rumput dan lain-lain lagi. Membunuh dan Mengawet Serangga Bahan kimia bagi membunuh serangga yang sesuai ialah ethyl acetate. Ianya boleh diletakkan pada kapas atau bahan-bahan jerap (absorbent materials) di dalam sebuah botol (killing bottle). Walaupun ia terbakar tetapi ianya tidaklah sebahaya menggunakan sianid (syanide). Spesimen akan menjadi lebih lembut (relex) dan tidak tegang) walaupun ditinggalkan beberapa hari di dalam botol yang mengandungi ethyl acetate. Serangga-serangga yang berkulit keras biasanya dipin atau disemat. Serangga berbadan lembut seperti afid dan anai-anai boleh dibunuh dan disimpan dalam alkohol 70%. Alkohol isopropyl boleh digunakan jika ethyl alkohol tidak dapat diperolehi. Ada sesetengah orang lebih suka menggunakan larutan Hoods yang mana ianya boleh disediakan dengan cara berikut:Larutan Hoods

Ethyl alkohol air suling asid glacial acetik benzol

1485 ml 330 ml 83 ml 83 ml -------- larutan Hoods

Larva kupu-kupu atau rama-rama perlu disimpan dalam larutan KAAD

sehingga ianya kembang sepenuhnya ( 30 minit hingga beberapa jam) dan kemudian barulah disimpan dalam alkohol 95% Larutan KAAD Kerosene Alkohol ethyl 95% asid asetik glacial diaxane 1 bahagian 10 bahagian 2 bahagian 1 bahagian

Menyemat (Pinning) Serangga-Serangga Serangga yang berkulit keras ( yang besar) boleh disemat dengan pin dari atas menembusi badannya. Jenis Coleoptera ( kumbang) disemat menerusi kepak kanannya., lalat, lebah, rama-rama/kupu-kupu biasa ianya disemat menerusi thorax dan pangkal kepaknya. Semua spesimen mesti disemat pada paras tinggi yang sama iaitu 1 inci dari atas hujungpin. Ini dapat ditentukan dengan menggunakan blok-blok penyemat (pinning block) . Kupu-kupu dan rama-rama biasanya diletakkan di atas papan (spreading boads yang dibuat daripada kayu ataupun polystyrene) di mana kepak-kepak perlu diatur dan dikembangkan hingga ianya kering dan dalam kedudukannya yang diperlukan. Serangga-serangga kecil boleh ditenggekkan (mount) ke atas kertas tebal (cardbord points) dengan menggunakan gam. Serangga tersebut mestilah diletakkan dalam kedudukan di mana kepalanya berhadapan ke hadapan dan point hujung tiga segi cardboard tersebut berada di sebelah kiri pin. Mengering Serangga Serangga yang telah disemat perlu dikeringkan sebelum boleh disimpan di dalam kotak-kotak serangga. Susun serangga-serangga tersebut di atas keratan polystrene dan masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 45 C, keringkan sehingga beberapa hari. Serangga boleh juga dikeringkan di bawah matahari jika tidak terdapat ketuhar, tetapi mestilah diawasi dari dimakan oleh semut-semut perosak dan lainnya. Melabel Tiap-tiap spesimen mestilah dilabel dengan nama tempat dari mana ianya dikutip berserta dengan tarikh kutipan dan juga nama pengutip, label-label mestilah kecil dan diletakkan lebih kurang 5/8 inci pada pin serta dilekatkan selari dengan specimen. Nota-nota tambahan seperti jenis, tumbuhan di mana ianya dikutip juga adalah perlu dan ini boleh ditulis pada lebel yang lain dan dilekatkan lebih kurang 1/2 inci pada pin di bawah label yang terdahulu tadi. Menyimpan Serangga Specimen yang telah dikeringkan dan dilabel perlu disimpan dalam kotak-kotak serangga yang khusus. Kotak-kotak itu selalunya dilapis gabus dan ditutupdengan kertas putih. Ianya seeloknya mesti kedap udara dan dapat menghalang perosak-perosak seperti semut, lipas atau

gegat memasukinya. Ubat gegat (Naptelene) perlu dilekatkan dalam gulungan kain nipis di bahagian bawah di sebelah tepi kotak . Ini perlu diperiksa dan ditambah dari masa ke semasa. Sejenis larutan boleh disediakan sebagai rawatan kepada kotak-kotak serangga ini. Ianya disapukan di permukaan dalam kotak dan dijemur sehingga kering. Cara menyediakan adalah seperti berikut: Bahan 1. 2. 3. 4. Serbuk Napthelene Kloroform Beechwood Creosolte Minyak petrol kuantiti 3 lb (1360 g) 1 lb 1 ib 4 1/2 pts.

Cara menyediakan Campurkan kloroform dengan 1 1/2 lb serbuk nepthlene, kacau hingga sekata dan tambahkan lagi 1 1/2 lb serbuk nepthlene dan diikuti dengan beechwood Cresote. Kacau untuk melarutkan dan kemudian tambahkan petrol. Selepas disapukan pada kotak, keringkan kotak sehingga yang tinggal cuma selapis serbuk halus napthlene. Melembutkan (relex) Serangga (dewasa) spesimen yang kering mestilah dilembutkan sebelum ianya disemat atau ditenggek. Serangga-serangga yang kering boleh diletakkan dalam bekas yang tidak masuk angin (airtight) di atas sekeping kertas tebal ataupun kertas jerap yang diletakkan di atas pasir basah. Bubuh sedikit (beberapa titik) asid karbolik pada pasir ini bagi mengelakkan kulat dari tumbuh. Spesimen-specimen akan menjadi lembut selepas 24 jam hingga 48 jam. Walau bagaimanapun adalah lebih elok sekiranya spesimen-spesimen disemat samasa ianya baru ditangkap dari ditunggu hingga ke saat-saat akhir dimana ianya perlu dilembutkan. PENGAWETAN TUMBUHAN 1. Lumut Hati dan Lumut Jati

Pengawet secara basah dan kering akan dibincangkan dalam bahagian ini. Kedua-dua cara ini adalah sama penting dan perlu diberikan perhatian. Specimen-specimen boleh diawet dalam jangkan masa tertentu dalam larutan F.A.A. Bermacam jenis larutan yang ditambah dengan kuprum telah disyorkan untuk mengawet serta mengekalkan warna hijau dalam tumbuhan namun demikian tidak terdapat satu pun yang boleh mengekalkan warna hijau selama-lamanya. Peenyediaan Larutan F.A.A. (Formalin-aseto-alkohol solution) Bahan Kuantiti

Ethyl Alkohol 70% Formalin , Formaldehyde Asid Asitik glacial

90 ml 5 ml 5 ml

Bagi bahan tumbuhan yang lembut digunakan 50% , gunakan 3 ml asid asetik dan 7 ml formalin bagi bahan-bahan keras seperti berkayu (woody) Kaedah-kaedah berikut ini dapat mengawet dan mengekalkan warna hijau pada tumbuhan dengan berkesan bagi satu-satu jangkamasa tertentu. Ini adalah bergantung pada jenis tumbuhan pula. 1. F.A.A dengan kuprum sulfat Bahan Kuantiti

Kuprum sulfat Ethyl alkohol, 50% Formalin,40% formaldehyde Asid setik, glacial

0.1 g 90 ml 5 ml 5 ml

Cara : Rendamkan spesimen dalam larutan ini selama 3-4 hari. Selepas itu pindahkan ke larutan F.A.A (tanpa CuSo4) untuk disimpan. 2. Lactophenol kuprum

Bahan

Kuantiti

Fenol Asid laktik Gliserin Air suling Kuprik Keloroid Kuprik asetat

20 g 20 g 40 g 20 ml 0.2 g 0.2 g

Larutan ini dicadangkan untuk alga hijau tetapi sesuai juga untuk lumut hati dan lumut jati. Rendamkan spesimen dahulu dalam larutan selama 3 hingga 10 hari bergantung pada saiz tumbuhan. Kemudian pindahkan ke dalam larutan F.A.A. untuk disimpan. 2. Alga Pengawetan dalan cecair 1) Alga air tawar : larutan-larutan yang disebut di bawah adalah dicadangkan untuk semua jenis kecuali yang berbentuk unicellular lembut (delicate) penambahan sedikit kuprum sulfat munkin dapat membantu mengekalkan sedikit warna alga hijau. A) Formalin-chroma alum Kalium-kronalum Formalin 4% Air b) Formalin -asid asetik glacial Air Formalin (40% Fornaldehyde) Gliserin Asid asetik glacial c) Transean s solution Air Ethyl alkohol Formalin Gliserin ii) Alga Laut a) 3 % Formalin Formalin Air laut 3 ml 97 ml 60 ml 30 ml 10 ml 5 ml 20 ml 3 ml 72 ml 5 ml 10 g 5 ml 500 ml

Untuk alga yang besar gunakan 5 ml formalin

b)

Ethly alkohol Ethyl alkohol Air laut 70 ml 30 ml

Untuk menetapkan warna hijau dalam alga laut, larutan berikut adalah dicadangkan. 3. Kulat Pengaweatan dalam cecair, kulat-kulat segar (freshy) seperti cendawan, kulat bracket dan kulat cup serta bahagian-bahagian yang dijangkiti parasit-parasit kulat boleh diawet untuk jangkasmasa tertentu dengan menggunakan bahan-bahan pengawet di bawah ini. A) 5 % formalin (tambahkan 5 ml formaldehde kepada 5 ml air suling b) F.A.A. (Formalin-asid asetik alkohol)

Formaldehde (larutan 40%) Asid asitik galcial Alkohol 60 % (ethanol atau isopropil)

50 ml 50 ml 900 ml

Bagi mengawet kulat berwarna formulasi-firmulasi nerikut adalah disyorkan. A) Kulat yang terdapat pigmen larut air Asid asetik glacial Mercuric acetat Plumbum asetata neutral Ethy alkohol 90 % 10 ml 1.0 ml 10.0 ml 1000 ml

b)

Kulat yang terdapat pigmen tak larut Asid asetik glacial Mercuric asetat Air Suling 100 ml 5 ml 10 ml

Pengawetan kering : tumbuhan dengan parasit kulatnya boleh dikeringkan dalam penekanan tumbuhan(plant press) dan disimpan di atas kertas herbarium. Kulat segar, termasuk

cendawan, bola puf, kulat cup, dan lain-lain boleh dikeringkan dibawah matahari atau bawah pencahayaan terang. Spesimen yang kering ini akan disimpan di dalam beka-bekas yang mana dimasukkan sedikit hablur paradichlorobenzenl bagi menghalang seranggan memasuki dan merosakkannya. Pengawetan spesimen tumbuhan dengan cara kering. Kebanyakkan tunbuhan berkayu boleh di awetkan terutama daun dan bunnya untuk dijadikan spesimen herbarium. Keadaan ini dalah paling sesuai dan boleh disimpan dengan lama jika disimpan dikendalikan dengan sempurna. Pengawetan dalam bentuk kering ini adalah sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di makmal sekolah anda. Jadi bagaimana anda akan melakukan pengawetan ini ? Mula-mula adan perlu menyediakan bahan atau alat-alatnya seperti di bawah ini: 1. Alat penekan (plant press) Diperbuat daripada kayu berukuran setiap 1cm x 3 cm x 48 cm panjang. Kayu-kayu ini kemudian dipaku dengan teguh untuk membentuk pengapit. Anda perlu menyedikan dua belah alat ini. 2. Tali pengikat Tali ini adalah untuk mengikat alat pengapit. Boleh diperbuat daripada nylon ataupun jerami dan secukup panjang untuk diikat dikeliling alat pengapit. 3. Kadboard (corrigated boards) Sediakan beberapa keping berukuran 33 cm x 50 cm. Kadbod ini digunakan untuk mengapit spesimen yang telah disusun di antara helaian kertas sebelum dikapit dengan pengapit. 4. Lapisan kertas Kertas ini adalah untuk menyusun dan mengapit spesimen. Anda boleh gunakan kertas surat khabar untuk tujuan ini. 5. Kertas herbarium Kertas ini tebal, berukuran 16 1/2 x 10 1/2 dan berwarna putih. Penyediaan spesimen herbarium melibatkan proses mengutip, menekan (mengapit) melekat, melabel dan akhirnya mengecamkan spesimen. Disini saya tidak akam membincangkan kaedah pengecaman spesimen. Proses Pengapitan Anda perlu memilih spesimen yang sesuai seeloknya yang mempunyai daun yang tidak dimakan ulat, bunganya atau buahnya jika terdapat. Kemudian susunkan spesimen ini di antara lapisan kertas. Pastikankeratan spesimen ini tidak melebihi kertas kadbor (33 cm x 50 cm) yang akan digunakan untuk mengapitnya nanti. Sisinkan daun-daun supaya tidak bertindih dan jika terlalu banyak daun buangkanya jika perlu , cukup sekadar mempamerkan

bahagian batang, daun, dan bunga. Selepas itu anda perlu susun spesimen di dalam kertas ini di antara dua kadbod dan alat pengapit kayu. .Dengan menggunakan tali dengan kuat kepitan spesiemn ini seelok-eloknya tali dikelilingkan beberapa kali pada pengapit tadi. Mengering Spesimen Apabila spesimen selesai dikapit ianya sudah sedia untuk dikeringkan. Terdapat dua cara anda dapat mengeringkan spesimen tersebut. Pertama dengan cara cahaya matahari dan kedua adalah dengan menggunakan ketuhar yang mana suhu boleh dikawal. Dengan cara pertama spesimen dalam alat pengapit perlu didedahkan di bawah cahaya matahari. Pada keesikan harinya anda perlu membukannya pengapit ini dan pindahkan spesimen-spesimen ke lapisan kertas-kertas baru. Betulkan dan atur semula daun-daun atau bunga yang terlipat semasa proses pengapitan terdahulu. Proses ini perlu dilakukan sehingga spesimen betul kering. Cara mengering dengan cahaya matahari ini akan mengambil masa satu minggu. Kaedah pengeringan dengan menggunakan haba dari ketuhar adalah sangat sesuai dan cepat. Jika terdapat edaran udara yang elok maka ianya adalah satu cara paling sesuai menerusi pengeringan cepat bagi mengawet warna tumbuhan. Spesimen yang dikapit dimasukkan terus kedalam ketuhar pada suhu 45 C hingga 60 C. Proses pengeringan cara ini biasanya mengambil masa 3 hingga 7 hari. Dalam pad itu jangan lupa menukar lapisan kertas bila-bila perlu. Melekatkan Spesimen (Mounting) Selepas anda telah melakukan proses pengapitan dan pengeringan, spesimen tadi adalah sedia untuk dilekatkan ke atas kertas herbarium. Kertas herbarium yang standard adalah berukuran 16 1/2 x 10 1/2. Tujuan utama bagi spesimen ini dilekatkan adalah untuk memudahkan penyimpanan. Oleh itu adalah penting bagi anda memastikan spesimen dilekatkan dengan kuat pada kertas serta diatur dan dipamer dengan jelas. Sebolehnya-bolehnya kedudukan asal bahagian tumbuhan mestilah dikekalkan dan anda tidak perlu mengubah mana-mana bahagian untuk mendapatkan kedudukan yang anada rasa elok. Pamerkan bahagian atas dan bawah daun-daun terutama sekali bagi tumbuhan seperti pakupakis supaya dapat dilihat perbezaanya. Batang tumbuhan boleh dilekatkan ke atas kertas herberium dengan menggunakan benang jahitan. Anda perlu menebut kertas herberium ini dan jahitkan benang dengan mengguakan jarum. Disampingitu juga anda boleh gunakan kertas jalur bergam atau gam resin/emulsi. Pastikan selepas menjahit anda mematikan jahitan dengan membuat satu ikatan di belakang kertas herberium. Daun-daun pada kertas lebar boleh juga dijahit di batangnya atau digam terus pada kertas. Setiap tumbuhan mestilah dilekatkan pada kertas herberium yang berasingan. Melebel spesimen Sesudah melekatkan spesimen yang telah kering tadi perlu melebelkannya selepas ini. Biasalebel ini dilekatkan pada bahagian bawah kertas. Maklumat yang difikirkan perlu adalah seperti nama saintifik,nama amnya, nama family, tempat dimana ia dikutip, habitatnya, nama pengutip, tarikh ianya dikutipdan nombor herberiumnya bagi tujuan rekok atau rujukan ( sila lihat contoh ).

PENYEDIAAN SISIP MIKROSKOP


Teknik Menyediakan Sisip Mikroskop Teknik menyediakan mikroskop iaitu suatu bidang yang luas. Tujuan bahan ini bukanlah untuk menghuraikan secara meluas dan mendalam tentang bidang ini,tetapi hanya memperkenalkan prisip-prisip asas serta beberapa teknik biasa yang boleh digunakan oleh guru-guru sains di sekolah. Penyediaan sisip kaca mikroskop biasanya melibatkan langkah-langkah yang berikut : i) ii) iii) iv) v) vi) Penetapan/pengikatan Membuat keratan Perwarnaan Pendehidratan Mencuci Lekapan

Kesemua enam langkah tersebut diperlukan untuk penyediaan sisisp kekal, tetapi bagi peyediaan sisip sementara langkah (i), (iv), dan (v) boleh di tinggalkan. Sisip-sisip kekal, jika disediakan dengan baik boleh disimpan selama beberapa tahun. Sebaliknya sisip sementara hanya boleh digunakan sekejap sahaja, kadang kala kurang daripada setenjah jam.Walaubaimanapun sisip sementara lebih kerang disediakan oleh guru-guru biologidi sekolah kerana lebih menjimatkan banyak masa dan kerja, berbanding dengan sisip kekal. (i) Penetapan/pengikatan Bahan-bahan biologi yang hendak digunakan untuk menyediakan sisip mesti direndam dalam sejenis cecair atau larutan untuk menyelakkan tindakan bakteria atau kulat. Cecair atau larutan itu dinamakan agen penetap/pengikat manakala proses ini dipanggil penetapan/pengikatan. Agen pengikat/penetap yang biasa sekali digunakan untuk tisu-tisu tumbuhan ialah Formalasetik-alkohol (FAA). FAA dsediakan dengan mencampurkan lebih kurang 5 cm3 asid asetik glasial 90 cm3 etanol 70% dan 5 cm3 formaldehid 40%. Tisu-tisu haiwan boleh direndam dalam fomalin neutral. Formalin neutral disediakan dengan mencampurkan sedikit larutan dinatrium tetraborat (boraks) kepada fofmaldehid 40% sehingga menjadi neutral kepada kertas litmus. Untuk maklumat lanjut tentang jenis-jenis agen penetap/pengikat sila rujuk kepada buku-buku lain.

(ii) Membuat keratan tisu Tisu-tisu biologi yang hendak diperiksa dengan mikroskop mesti wujud dalm bentuk keratan nipis yang boleh ditembusi cahaya. Keratan tisu tumbuh-tumbuhan lebih mudah disediakan kerana ia lebih keras daripada tisu haiwan.Untuk membuat keratan, tisu tumbuhan biasanya diapit dengan kepingan polistirene sebelum dipotong . Tisu haiwan yang hendak dikerat mestilah terlebih dahulu direndamkan dalam parafin untuk menjadikannya keras.Langkah-langkahnya adalah seperti berikut: 1. Panaskan sedikit pepejal parafin ( suhu lebur lebih kurang 52-56 celsius ) pada suhu 2 atau 3 darjah lebih tinggi daripada suhu leburnya,dengan kukus air.Masukkan tisu haiwan yang tersebut ke dalam cecair parafin dan biarkan selama satu jam pada suhu yang sama. 2. Ambil sebuah kotak mancis dan sapukan bahagian dalamnya dengan sedikit gliserol.Tuangkan parafin panas (suhu tidak melebihi 58 darjah celcius ) ke dalam kotak mancis tersebut. Letakkan tisu haiwan di bahagian tengah cecair parafin. 3. Pegang kotak mancis itu di atas sebaldi air sejuk dan tiupkan permukaan parafin lebur itu dengan angin,Apabila cecair parafin di permukaan membeku, rendamkan seluruh kotak mancis tersebut ke dalam baldi berisi air sejuk itu. Kesemua parafin dalam kotak mancis akan membeku. Sekarang tisu haiwan itu sedia untuk dipotong menjadi kepingan nipis. Kadangkala tisu-tisu biologi lebih mudah dipotong dengan menggunakan sejenis mikroton tangan. Harga mikrotom tangan ini adalah agak murah dan mampu dibeli oleh semua sekolah. Tisu yang hendak dipotong itu dimasukkan ke bahagian tentah mikrotom. Pusingkan skru di bahagian bawah mikrotom itu satu pusingan kemudian hiriskan tisu yang menonjol ke atas dengan mata pisau cukur. (iii) Pewarnaan

Pewarna untuk sisip mikroskop boleh dibahagikan kepada dua golongan utama; i) pewarna bersifat bes, misalnya metilena biru fuksin bes, hablur ungu, safranin dan sebagainya ii) Pewarna bersifat asid , misalnya fast green, hijau muda, anilina biru dan sebagainya. Pemilihan pewarna untuk tisu dibuat berdasarkan sifatnya, iaitu bersifat bes dan asid. Pewarna bersifat bes digunakan untuk mewarnakan bahagian-bahagian tisu bersifat asid, manakala pewarna bersifat asid pula digunakan untuk mewarnakan bahagian-bahagian tisu bersifat bes. Misalnya. Oleh kerana nukleus sel mempunyai asid nukleik, ia bersifat asid maka nukleus biasanya diwarnakan dengan pewarna-pewarna bes seperti metilena biru atau safranin. Selain daripada itu, terdapat juga pewarna-pewarna tertentu yang hanya boleh dilekatkan kepada tisu jika sesuatu mordan digunakan bersama. Sebagai contoh, Ferum (III) Ammonium Sulfat ialah sejenis mordan bagi pewarna hematoksilin dalam pewarna tisu haiwan. (iv) Banyak jenis cecair organik digunakan dalam proses penyediaan sisip mikroskop. Bahan-bahan organik ini, jika dicampurkan dengan air, akan menghasilkan seuatu koloid

yang menganggu penglihatan. Oleh itu, sebelum atau selepas proses pewarnaan (Mengikut keadaan) tisu itu biasanya direndam dalam etanol untuk membuangkan kandungan aairnya. Proses pembuangan air ini dinamakan pendehidratan. Akan tetapi , jika keratan tisu direndam terus ke dalam etanol tulen, terlalu banyak aair diserap keluar, maka sel-sel itu akan berubah bentuknya atau menjadi rosak. Untuk mengelakkan kesan ini, keratan tisu biasanya direndamkan dalam etanol mengikut giliran yang berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Rendamkan dalam etanol 30% selama 1 minit. Pindahkan ke etanol 50% selama 1 minit; Pindahkan ke etanol 70% selama 1 minit; Pindahkan ke etanol 90% selama 2 minit; Pindahkan ke etanol 95% selama 2 minit. Pindahkan ke etanol 100% selama 2 minit. Pindahkan ke etanol 100% yang baru selama 2 minit lagi.

Sekiranya sebelum pendehidratan keratan tisu itu telah direndam dalam sejenis pewarna yang menggunakan etanol 70% sebagai pelarutnya, maka dalam proses pendehidratan yang berikutnya keratan tisu itu TIDAK perlu direndamkan ke dalam etanol 30% , 50% dan 70% lagi ianya boleh terus dimasukkan ke dalam etanol 90%, dan selanjutnya ke dalam etanol 95%, 100%, seperti susunan tersebut di atas. (V) Mencuci.

Jika lekapan hendak dibuat dengan menggunakan balsam kanada maka selepas pendehidratan, etanol dalam keratan tisuitu mesti dikeluarkan. Ini adalah kerana etanol tidak boleh bercampur dengan balsam kanada. Proses pembuangan etanol dari keratan tisu ini dinamakan mencuci. Akan tetapi, jika gliserol dan bukan balsam kanada yang akan digunakan dalam lekapan, proses mencuci boleh ditinggalkan kerana etanol boleh bercampur dengan gliserol. Untuk mengeluarkan etanol, keratan tisu biasanya dirandamkan dalam cecair xilem (awas:beracun) selama beberapa ketika. Tetapi xilem mempunyai satu kelemahan sebagai agen pencuci: ia membentuk cecair keruh jika terkena air (biasanya akibat dari mencuci yang kurang sempurna). Minyak cengkih dan minyak kayu cedar juga boleh digunakan sebagai agen pencuci. Jika minyak cengkih dan minyak kayu cedar digunakan, keratan tisu itu mesti direndamkan dalam xilem pula sebelum lekapan dengan balsam kanada. Vi) Lekapan Selepas mencuci ,keratan tisu itu boleh diletakkan di atas kepingan kaca kemudian dititiskan dengan sedikit agen pelekap dan ditutup dengan sisip kaca nipis. Peranan agen

pelekap ialah menyesar keluar semua udara dari keratan tisu serta memberikanya suatu angka rujuk biasa (refractive index) yang hampir dengan kaca ,iaitu lebih kurang 1.53. agen pelekap yang biasa sekali digunakan dalam makmal sekolah ialah balsam kanada (yang dilarutkan dalam xilem), biasanya untuk sisip kekal. Akan tetapi, unutk sisip sementara , agen pelekap yang lebih sesuai ialah gliserol. Sisip kekal yang siap disediakan mesti dilabelkan dengan butir-butir berikut: i) Nama spesimen dan jenis keratan ( melintang, membujur, dan sebagainya.) ii) Pewarna yang digunakan ii) Tarikh disediakan iv) Nama orang yang menyediakannya. Teknik-teknik Mewarnakan Spesimen Biologi Teknik Pewarnaan Keratan Tisu Tumbuhan 1. Safranin dan Fast Green

Keratan tisu daun, batang dan akar tumbuh-tumbuhan hijau seperti pokok keembung, bunga matahari dan sebagainya boleh diwarnakan dengan cara ini. Bahagian nukleus,lignin dan kutikel akan menjadi merah, manakala lain-lain bahagian menjadi hijau atau biru. Larutkan 1 gram safranin dalam etanol 50% menjadi 100 cm3 . Rendamkan keratan tisu dalamnya selama 1/2 jam atau lebih. Keluarkanya dan basuh dengan air suling. Lepas itu rendamkan dalam campuran asetik-etanol untuk menanggalkan sebahagian daripada safranin itu. Jangan rendamkan spesimen terlalu lama kerana ia menyebabkan semua safranin mungkin tanggal/ Campuran asetik-etanol disediakan dari 1 nm3 asid asetik glasial dan 99 c,3 etanol 70%. Dehidratkan dalam etanol 90% dan 100%. Rendamkan dalam Fast green selama 1/2 minit atau lebih. Larutan Fast Green disediakan daripada 0.5 gram pepejal Fast green, 50cm3, etanol 100% dan 50 cm3 minyak cengkih. Untuk menanggalkan sebahagian fast green rendam dalam campuran minyak cngkih , etanol 100% dan xilen (nisbah 2:1:1) selama 5 minit. Pindah ke xilen selama beberapa minit. Letak di atas kepingan kaca dan lekapkan dengan balsam kanada atau gliserol. 2. muda. Sediakan larutan hematoksilin seperti berikut: Campurkan 4 g hematoksilin , 25 cm3 etanol 100% dan 400 cm3 larutan tepu ferum (III) ammonium sulfat. Biarkan terdedah Hematoksilin dan safranin Nukleus dan kloroplas menjadi ungu, lignin menjadi merah,sitoplasma menjadi ungu

kepada cahaya selama empat hari dalam sebuah kelalang yang mulutnya tersumbat dengankapas.Turas.Tambahkan 100 cm3 gliserol dan 100 cm 3 metanol. Biarkan di tempat cerah selama enam minggu. Rendamkankeratan tisu dalam larutan hematoksilin selama 3 minit. Basuhkan dengan air. Tanggalkan sebahagian pewarna dengan asetik-etanol sambil memerhatikannya di bawah mikroskop (kurang daripada 1 minit). Basuhkan dengan etanol 70%. Rendam dalam etanol 70%. Rendam dalam etanol 70% yang telah ditambahkan beberapa titik ammonium hidroksida. Rendam dalam larutan safranin selama 5 minit Rendam dalam etanol 50% untuk menanggalkan sebahagian daripada safranin. Bagi sisip sementara ,pindahkan keratan tisu ke air suling kemudian lekapkan dalam gliserol. Bagi sisip kekal, dehidratkan dengan etanol 70%,90%,95% dan akhirnya 100%. Rendam dalam minyak cengkih untuk membuangkan etanol. Lekapkan dengan balsam kanan.

Teknik Pewarnaan Keratan Tisu Haiwan

1.

Ferum Hematoksilin

Larutkan 3 g ferum (III) ammonium sulfat dalam 100 cm3 air suling. Rendamkan keratan tisu dalam larutan tersebut selama 1/2 jam lebih. Basuh dengan air suling. Sediakan larutan hematoksilin dengan 0.5 g hematoksilin, 10 cm3 etanol 100%, dan 90 cm3 air suling. Biarkan beberapa hari. Rendamkan keratan tisu dalam larutan hematoksilin salama 1/2 jam atau lebih. Pindahkan ke larutan ferum (III) ammonium sulfat untuk menanggalkan sebahgian hematoksilin. Basuhkan dengan air paip selama beberapa jam. Rendam dalam etanol 30%,50%,70%,90%,95%,100%. Pindah ke xilen untuk menanggalkan etanol. Lekapkan dalam balsam kanada.

2.

Pewarna Mallory Tiga Peringkat Mula-mula sediakan tiga jenis larutan yang berikut: a) b) c) 0.1 g asid fuksin dalam 99 cm3 air suling 0.1 g asid fosfomolobdik dalam 99 cm3 air suling 0.5 g anilina biru, 2 g oren G dan 2 g asid oksalik dalam 99 cm air suling.

Rendamkan keratan tisu dalam larutan (A) selama 3 minit. Basuhkan dengan air suling.Basuhkan dengan larutan (B) selama 1 minit supaya warna merah tadi kekal. Basuh lagi dengan air suling. Sekarang rendamkan dalam larutan (c) selama 5 minit supaya ia menjadi biru. Basuhkan dengan air suling. Dehidratkan dengan etanol 30%,50%,70%,90%,95%,100%. Basuhkan dengan xilen untuk menanggalkan etanol Lekap dengan DPX.

Teknik Mewarnakan Tisu yang Mengandungi Lemak (Sudan IV)

Rendamkan keratan tisu dalam formaldehid 40% selama 1 minit. Basuhkan dengan etanol 50%. Rendamkan dalam larutan Sudan IV selama 2 hingga 3 minit. Larutan Sudan IV disediakan dengan melarutkan 5 gram pepejal Sudan IV dalam 100 cm3 etanol 70%.

Basuhkan dengan etanol 50%. Lekapkan dalam gliserol. Bintilan-bintilan lemak akan diwarnakan menjadi merah.

Teknik Mewarnakan Tisu Kulat (Lactophenol-cotton blue) Tisu kulat seperti Mucor dan Rhizopus boleh diwarnakan dengan Lactophenol-cotton blue . Lactophenol-cotton blue disediakan daripada bahan-bahan berikut: hablur fenol asid laktik gliserol cotton blue (metil blue) air suling 0.05 g 20 cm 20 g 20 g 40 g

Rendamkan tisu kulat dalam Lactophel-cotton blue selama beberapa minit. Basuhkan dengan air untuk menanggalkan pewarna yang berlebihan . Periksa dengan mikroskop.

Teknik Mewarnakan Sel-Sel Darah (Pewarna Leishman)

Mula-mula sediakan lapisan nipis darah seperti berikut: Titiskan setitik darah di satu hujung sisip yang bersih. Dengan segera letakkan sekeping lagi sisip bersendeng 45o kepada sisip pertama, seperti dalam Rajah (46), dan TOLOK KE DEPAN. Suatu lapisan darah yang nipis akan terbentuk. Keringkan lapisan darah ini SEGERA dengan angin atau dengan mengeraK-GERAKKAN DALAM UDARA, jika dikeringkan dengan perlahan, sel-sel darah akan berubah bentuknya. Sediakan pewarna Leishman dengan langkah-langkah berikut: i) Pastikan semua radas yang digunakan adalah bersih dan kering betul.

Ii) Hancurkan 0.2 gram serbuk pewarna Leishman dalam beberapa cm3 metanol 100% dalam sebuah lesung. Tambahkan metanol sedikit demi sedikit sehingga menjadi 100cm3. Teruskan proses menghancurkannya selama 20 hingga 30 minit , supaya pewarna itu betulbetull larut dalam metanol. iii) turaskan . simpan dalam botol yang tertutup rapi pada 37% C.

Sediakan fosfat tampan pH 6.8 dengan keadah berikut: i) ii) iii) Larutkan 9.1 gram kaliam dihidrogen fosfat menjadi 1 dm3. larutkan 9.5 gram dinatrium hidrogen fosfat menjadi 1 dm3. campurkan 50.8 cm3 larutan (i) dengan 49.2 cm3 larutan (ii).

Rendamkan lapisan darah tersebut dengan pewarna Leishman selama satu hingga satu setengah minit. Tambahkan sama banyak fosfat tampan pH 6.8. Tiupkan dengan mulut supaya pewarna bergaul dengan larutan tampan. Biarkan 10 minit. Basuh dengan aliran air yang perlahan. Rendam dalam larutan tampan selama 30 saat atau lebih, mengikut keadaan. Keluarkan sisip dan biarkan kering dalam udara. Periksa dengan mikroskop. Nukleus sel darah putih akan diwarnakan menjadi biru. Teknik Mewarna Bakteria (Pewarna Gram) Mula-mula sediakan larutan-larutan yang berikut: i), Larutan hablur Ungu (atau metil ungu) 2.5 gram. 500 cm3

hablur ungu Air suling ii). Larutan Iodin

iodin Kalium iodida air suling iii)

5.0 gram 10.5 gram 500 cm3

Larutan Safranin (atau neutral red) 5.0 gram 500 cm3

Safranin air suling atau Neutral red asid asetik 1% air suling

0.5 gram 1.0 cm3 500 cm3

Sapukan bakteria di permukaan sisip supaya membentuk satu lapisan nipis. Panaskan dengan api selama 2-3 saat supaya bakteria terlekat pada permukaan sisip. Biarkan sejuk. Rendamkan bakteria dengan larutan hablur ungu atau metil ungu selama 1/2 - 1 minit. Jangan basuh dengan air selepas ini. Tambahkan larutan iodin dan biarkan 1/2 - 1 minit. Sekarang basuhkan nya dengan sedikit aseton . jangan basuh terlalu lama. Basuh pula dengan air. Rendam dalam safranin atau neutral red selama 2 minit atau kurang. Basuh sekali lagi untuk membuang safranin yang berrlebihan dengan air. Biarkan kering dalam udara. Periksa Bakteria Gram (+) akan menjadi biru-ungu, manakala bakteria Gram (-) akan menjadi merah. Teknik Mewarna Kromosom (Kaedah aseton orscein) Tisu yang sedang mengalami proses mitosis atau meiosis. Seperti hujung akar bawang atau buah zakar belalang (Valanga), boleh diwarnakan dengan kaedah ini. Mula-mula sediakan larutan aseto-arsein seperti berikut: tambahkan 2 gram orcein kepada campuran 45 cm3 asid asetik glasial dan 55 cm3 air suling. Masukkannya ke dalam sebuah kelalang 250 cm3 dan pasangkan pemeluap Liebeg dalam keadaan tegak. Didihkan selama 30 minit. Biarkan sejuk. Turaskan , hasil turasannya berwarna ungu tua. Simpan dalam peti sejuk. Jika hujung akar bawang digunakan ia mesti direndamkan dalam asetik-alkohol selama 24 jam terlebih dahulu, kemudian dipindahkan ke dalam asid hidroklorik 1 molar pada 60 C selama 5 minit.

Letakkan tisu itu di atas sisip kaca. Tambahkan beberapa titik aseto-arsein dan koyakkannya menjadi hancur dengan dua batang jarum. Tutupkan dengan penutup kaca nipis . Panaskan sisip kaca dengan api atau plat panas selama 5 minit, tetapi jangan biarkannya mendidih, tambahkan aseto-orsein lagi jika ia tersejat. Sekarang tutupkan sisip itu dengan beberapa lapisan kertas tisu dan tekankannya DARI ATAS dengan ibu jari ( Jangan biarkannya gelansar ke TEPI) supaya sel-sel akar terpisah antara satu sama lain. JANGAN TEKAN TERLALU KUAT. Ascto-orsein yang berlebihan akan diserap oleh kertas tisu. Hangatkan sisip di atas plat selama 10 saat lagi, supaya warna aseto-orsein menjadi lebih merah. Periksa dengan mikroskop. Semua kromosom akan menjadi warna merah.

KESELAMATAN MAKMAL
1. 1.1 KESELAMATAN MAKMAL SAINS BAHAN KIMIA

Terdapat berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini. Antaranya, ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan kimia. Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah digunakan untuk menyedut keluar larutan. Jangan sedut dengan mulut. Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan berikut: 1.1.1 Pepejal Mudah Terbakar

Logam natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya dalam minyak (Kerosin atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair. Fosforus kuning mestilah disimpan terendam sepenuhnya dalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering. Penyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selalu untuk menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya dalam cecair. (Penggunaan fosforus kuning tidak digalakkan di sekolah). Bahan pengoksida yang kuat (misalnya klorat, perklorat, nitrat, mengganat, peroksida, asid nitrik) mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksida. Jadual 1 menunjukkan beberapa pepejal mudah terbakar disertai dengan kesan bahaya dan kaedah penyimpanan masing-masing.

1.1.2 Cecair Mudah Terbakar

Cecair mudah terbakar yang banyak seperti yang terdapat dalam botol Winchester hendaklah disimpan pada aras terbawah dalam almari . Almari ini harus mempunyai tubir untuk mencegah cecair mengalir keluar daripada botol yang pecah. Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas dan hendaklah terhindar daripada bara api dan sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan. Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Jauhkan cecair mudah terbakar daripada sebarang sumber nyalaan. Jadual 2 menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat kilat masingmasing. Jadual 2: Bahan Kimia (Cecair) Mudah Terbakar Bahan Propana Dietil eter Dimetil eter Karbon disulfida Aseton Sprit petroleum metanol Etanol takat kilat /C (Sambaran) - 104 - 45 - 41 - 30 - 18 - 17 10 10

1.1.3 Bahan Kimia Mengkakis Contoh bahan-bahan kimia bersifat mengkakis adalah asid-asid pekat seperti asid nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik, asid metanoik, ammonia pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat (VII) dan argentum nitrat. Elakkan anggota badan daripada tersentuh bahan-bahan tersebut. Pengendalian bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam kebuk wasap dengan memakai cermin mata keselamatan serta sarung tangan keselamatan. Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah segera dibilas dengan air yang berlebihan. Selalunya , jika amali melibatkan bahan kimia mengkakis dengan bahan organik, kuantiti yang kecil sahaja digunakan.

1.1.4 Bahan Kimia Beracun Eksperimen dengan gas beracun mesti dilakukan dalam kebuk wasap.Gunakan pipet untuk menyedut keluar cacair yang beracun. Seseorang yang menggunakan bahan kimia beracun mesti memakai cermin mata keselamatan dan sarung tangan keselamatan getah. Selepas eksperimen, tangan hendaklah dibasuh. Jika mata untuk kulit ternena bahan kimia beracun, cuci segera dengan air yang banyak. Sebagai langkah susulan rawatan Pegawai perubatan hendaklah didapati. (A) Langkah Keselamatan

Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang boleh memudaratkan. Oleh itu langkah keselamatan mesti diberi perhatian. (i) ANILINA mudah menyerap ke dalam kulit. (ii) BENZENA jika dihidu sedikit-sedikit selama tempoh masa yang agak lama, boleh menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalam kulit. Jika boleh ia mestilah digantikan dengan bahan yang kurang beraacun misalnya toluena atau xilena. (iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru-paru. Ia juga membahaya bila bersentuhan dengan kulit. (iv) KARBON DISULFIDA boleh menyerap ke dalam kulit dan wapnya sangat beracun. Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyalaan yang rendah. (v) WAP KARBON TETRAKLOARIDA (tetraklorometana) adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit. (vi) KLOROFORM (Triklometana) adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit. (vii) HIDROGEN SULFIDA sama beracun seperti hidrogen sianida, tetapi ia bukanlah racun yang menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam kebuk wasap sahaja. (viii) MERKURI mesti dipanaskan hanya di dalam kebuk wasap tetapi lebih baik lagi jika tidak dipanaaskan langsung. Wapnya ADALAH SANGAT merbahaya. (ix) SULFUR DIOKSIDA adalah beracun.

(B) Peraturan Penyimpanan Penyimpanan bahan kimia hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut: (i) Semua botol reagen bahan kimia mestilah dilebel dengan jelas dan lebel itu hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa. Bagi-bahan kimia yang beracun dan berbahaya simbol-simbol tertentu digunakan.

(ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan dalam makmal tetapi mestilah disimpan dalam stor bahan kimia yang mempunyai peredaran udara yang baik. Rak menyimpan bahan ini mestilah bertubir untuk mengelakkan botol daripada jatuh. (iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam tempat khas yang kalis api. (iv) Bahan kimia yang beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci di dalam stor. Penggunaannya mestilah direkodkan. (iv) Di dalam makmal tidak digalakkan ,menympan cecair yang lebih daripada 500cm3. Bahan kimia lama yang tidak boleh digunakan lagi merupakan sumber yang akan mendatangkan bahaya (misalnya letupan). Ia mestilah dirawat mengikut cara yang betul. 1.1.5 Amalan Keselamtan Bagi tumpahan bahan Kimia Sebarang tumpahan bahan kimia adalah berbahaya, kerana ia menyebabkan kebakaran, kemalangan dan mengeluarkan wasap toksik. (i) Bahan pepejal kering : Bahan ini disapu, dikumpul dan dimasuki dalam bekas sisa buangan yang sesuai. (ii) Larutan (Asid) : Tumpahan larutan asid hendaklah dengan air berlebihan.

Pepejal Natrium Hidrogen Karbonat atau laarutannya boleh digunakan untuk meneutralkan saki baki tumpahan asid dan kemudiannya dicuci dengan air. Peringatan : Apabila air disiram ke atas tumpahan asid sulfik pekat, dengan tujuan untuk membersihkannya, haba terhasil dan asid akan terpercik. Siram dengan air yang banyak untuk mencairkan asid dan ini akan mengurangkan hasilan haba serta percikan asid itu. i) larutan Alkali : Tumpahan larutan alkali hendaklah disiram dengan air berlebihan terus ke dalam longkang. Peringatan: Larutan alkali akan menyebabkanlantai menjadi licin. ?Tabur pasir ke atas tumpahan tersebut dan bersihkan. i) Bahan berminyak Tumpahan minyak hendaklah dilap dengan kain dan terus dibuang. Mop kawasan tumpahan dengan sabun dan air dan lap hingga kering. ii) Pelarut mudah Meruap : Tumpahan pelarut mudah meruap akan meruap dengan cepat. Tumpahan ini mungkin menyebabkan kebakaran, letupan, atau sesak nafas. Kaedah pembersihan adalah seperti berikut: (a) Jika tumpahan itu sedikit, lapkan dengan kain dan buangkan kain tersebut ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai.

Dan b) Tumpahan yang banyak dimop sehingga kering (Lakukan seperti kaedah di atas (i). iii) Merkuri: Tumpahahn merkuri merupakan punca biasa wap merkuri dalam udara makmal . Jika merkuri tertumpah pastikan tingkap, pintu dibuka supaya terdapat peredaran udara yang cukup. Jika tumpahan yang berlaku adalah sedikit, litup merkuri dengan serbuk sulfur. Penguntip merkuri boleh digunakan untuk mengutip merkuri yang banyak. * Peringatan: Pakai sarung tangan getah keselamat semasa membersihkan sabarang tumpahan. 1.1.6 Pelupusan Satu senarai bahan kimia yang beracun dan kaedah rawatan atau pelupusan yang sepadan baginya hendalahdiadakan dalam makmal. Pelupusan bahan-bahan kimia toksik hendakalh terlebih dahuludirujuk kepada jabatan kimia,Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar unatuk mendapatkan khimat nasihat. Index

KESELAMATAN MAKMAL BIOLOGI


1.2 BAHAN BIOLOGI 1.2.1 Keselamatan dalam pengendalian mikroorganisma: a) Semua perkerjaan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati, mengikut cara kerja yang disediakan. Bakteria, Fungi, Virus dan bahan pencemar yang tidak diketahui bahayanya hendaklah dianggap sebagai patogen. b) Sebelum memulakan kerja, pastikan terdapat bekalan bahan penyahjankit yang mencukupi dan sesuai dengan untuk organisma yang dikaji. c) Semua permukaan, Kerusi dan tempat berkerja hendaklah dibersihkan dengan pencuci sebelum meninggalkan makmal. d) Bahan pencemar yang berbahaya tidak boleh dibiarkan kecuali setelah ditutup atau dilebelkan dengan jelas. e) Peti sejuk serta alat-alat yang digunakan untuk menyimpan kultur mestilah dibersihkan dan dinyahjankitkan selalu. Sewaktu melakukan pembersihan alat-alat perlindung diri patut digunakan.Peti sejuk tidak dibenarkan menyimpan makanan.

f) Untuk mengurang belakunya pencemaran yang tidak disegajakan melalui tumpahan, semua bekas yang mengandungi bahan jankitan hendaklah diletakkan didalam dulang yang besar atau permukaan tempat kerja hendaklah ditutup dengan bahan penyerap boleh dibuang. g) Tangan hendaklah dicuci bersih sebelum meneinggalkan makmal. h) Semua tumpahan dan kemalangan hendaklah direkodkan. KESELAMATAN BAHAN RADIOAKTIF 1.3 BAHAN RADIOAKTIF 1.3.1 Kelayakan Guru Sains Guru yang hendak mengunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal sains sekolah hendaklah guru yang berpengetahuan dan berpegalaman dalam pengendalian bahan radioaktif. 1.3.2 Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengarah Pendidikan Negeri. Jubah makmal dan cermin mata keselamatan hendaklah dipakai semasa menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan radioaktif. Kerja yang menggunakan cecair radioaktif hendaklah dijalankan di atas dulang atau talam. Selepas menjalankan eksperimen, tangan hendaklah dibasuh dengan sabun dengan bersih sebelum meninggalkan makmal. Sumber radioaktif hendakalh sentiasa dikendalikan dengan pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan. Pengunaan sumber cecair atau sumber yang lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut ( misalnya dengan menggunakan pipet dan botol basuh ). Sumber radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan mata. Bahan radioaktif mestilah disimpan di dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan radioaktif mestilah dilakukanoleh guru tertentu yang bertanggunjawab ke atasnya sahaja. Jika sumber radioaktif digunakan, maka sarung tangan keselamatn hendaklah dipakai. Sisa-sisa radioaktif hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan baginya ( sila lihat cara-cara pelupusan ). 1.3.3 Penyimpanan Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber terbuka dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan sumber tidak di benarkan 4 millicurie. Sumber radioaktif seperti strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti radium tidak boleh digunakan kerana ia membebaskan zarah alfa. Semua bahan yang dibenarkan penggunaannya hendakalah disimpan di dalam stor atau almari bertanda dan berkunci dan jabatan bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang

bahan-bahan tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut hendaklah berasingan dan dos yang dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira dan disukat serta ditanda padanya. Seseorang tidak boleh didedahkan kepada sumber radioaktif dengan tidak melebihi daripada 50 milirad setahun. Jika kecurian atau kehilangan sumber radioaktif, pihak polis, Jabatan Kimia dan Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah diberitahu serta-merta. Semua sumber dan bekas radioaktif hendaklah dilabelkan dengan terang berserta dengan sumber berbahaya. Ia hendaklah disimpan didalam stor yang tersebut dan terkunci bila tidak digunakan. 1.3.4 Kemalangan Dalam Makmal Bahan-bahan lembabyang tumpah hendaklah dilap hingga kering . Dulang atau bekas mengisi bahan tumpahan ini hendakalh dibasuh dengan sabun atau bahan pencuci. Sebarang pencemaran di lantai, bangku atau lain-lain permukaan makmal hendakalh dibasuh dengan bersih dan diukur kekuatan keradioaktifannya. Pakaian yang tercemar hendaklah dihantar kepada orang yang pakar dalam bidang teknik pelupusan ( seperti Pegawai Keselamatan Radioaktif Hospital ) untuk tindakan selanjutnya. 1.3.5 Pelupusan Bahan radioaktif dibahagikan kepada dua jenis iaitu: (i) Sumber Tertutup (a) Takrif: ( b) Kaedah: Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan kepada pembekal atau pengeluarnya. Jika sumber tertutup iaitu disyaki merbahaya atau bocor, pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diberitahu dengan segera. LETUPAN DI MAKMAL DAN EKSPERIMEN MERBAHAYA 1.4 LETUPAN

Letupan kadang kala berpunca daripada kebakaran. Bahaya letupan yang biasa didapati di makmal disebabkan oleh: i) ii) Kebakaran gas Cecair dan pepejal mudah terbakar

iii) iv)

Tindak balas eksotermik Pemanasan sebatian-sebatian peroksida dan perklorat

v) Bahan-bahan yang biasanya tidak mudah terbakar tetapi jika dalam keadaan serbuk halus boleh meletup (natrium,zink, aluminium). 1.5 EKSPERIMEN YANG BERBAHAYA 1.5.1 Penyalaan Hidrogen

Sentiasa uji gas yang mengalir keluar itu sebelum menyalakannya. Ambil contohnya ke dalam tabung uji dan nyalakannya di tempat yang jauh daripada radas. Ujian ini mesti diulang hingga gas ini menyala dengan api biru. 1.5.2 Campuran Yang Mempunyai Klorat

Jangan panaskan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah teroksida seperti fosforus atau sulfur. 1.5.3 Pemanasan Ammonium Nitrat

Sebahagian kecil darpadanya mungkin meletup bila dipanaskan. Proses Pemanasan hendaklah diberhentikan sebelum sebatiannya terurai. 1.5.4 Natrium dan kalium

Gunakan sedikit bahan sahaja. Kalium yang tersimpan lama boleh meletup walaupun segaja langkah pengawasan baginya dijalankan. Kalium yang tersimpan lama akan bertukar menjadi kuning hendaklah dimusnahkan dengan cermat dengan menukarnya menjadi garam. 1.5.5 i) ii) iii) 1.5.6 Asid Dilarang menuang air ke dalam asid pekat Bila hendak mencairkan asid pekat tuang asid serta kacau larutan tersebut. Jangan sesekali mencampurkan asid pekat dengan klorat. Cecair Yang Mudah Terbakar ke dalam air

Jangan sesekali meletakkan cecair yang mudah terbakar di tengah panas atau berhampiran sebarang sumber haba, kerana ia boleh menyebabkan berlakunya letupan. 1.5.7 Voltan tinggi

Pelajar-pelajar tidak digalak menjalankan apa-apa amali yang melibatkan penggunaan alatan bervoltan tinggi. 1.5.8 Barang-Barang Kaca Bagi Kerja Tekanan Tinggi dan Rendah

Salur kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah mempunyai dinding yang tebal dan berada dalam keadaan yang baik. 1.5.9. Demonstrasi Dalam demonstrasi yang melibatkan penggunaan radas bervoltan tinggi,tekanan tinggi, bahan radioaktif, tindak balas cergas dan sebagainya,pastikan pelajar berada di jarak yang selamat. Jika keadaan memerlukan supaya mereka berada dekat, pengadang yang sesuai hendaklah digunakan. Pelajar-pelajar hendaklah diberitahu tentang bahayanya.

Peraturan ini hendaklah ditampal pada setiap makmal - Tampalkan pada kertas tebal dan balut dengan plastik cerah .

PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR


a) Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan. Tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru. B. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru. C. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanaya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru. D. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya. E. F. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.

G. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru atau pun kakitangan makmal. H. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam makmal.

I. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa kebenaran guru. J. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal. K. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.

L. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah. M. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. N. O. P. Q. R. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal. Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru. Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

A. Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk mempastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu betul. B. Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia adalah mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas. Jangan membazirkan bahan kimia. C. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari tangan.

D. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera setelah diambil bahannya. E. Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis. Jangan cuba merasa sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.

AMARAN Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.

PERATURAN AM DALAM MAKMAL DAN BILIK PERSEDIAAN

A. Guru mestilah memberitahu secara bertulis (dalam buku atau borang pesanan untuk kerja amali) kepada kakitangan makmal keperluan peralatan sains. Bahan kimia atau bahan biologi sekurang-kurangnya 2 hari sebelum peralatan atau bahan ini diperlukan. B. Tidak sesiapa pun boleh makan, minum atau merokok dalam makmal atau bilik persediaan. C. Tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam makmal atau bilik persediaan tanpa urusan rasmi. D. Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan. E. Kelas amali yang masih berjalan di makmal tidak boleh ditinggalkan sedemikian tanpa sebarang pengawasan. F) makanan dan minuman adalah dilarang simpam dalam peti sejuk di bilik persediaan untuk kegunaan persendirian. G) Kakitangan makmal haruslah berpakaian sesuai dan kemas semasa dalam makmal dan bilik persediaan. H. Peralatan saains, bahan kimia dan bahan biologi yang berada di dalam makmal dan bilik persediaan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran. I) langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi semasa berada dalam makmal atau bilik persediaan. J. Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI PEMBANTU MAKMAL GRED C7 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN 1. Tarikh sukatan peperiksaan berkuatkuasa - 01 September 1995 2. Matlamat Sukatan.

Bagi membolehkan pegawai-pegawai dalam kumpulan sokongan yang setaraf dengan kumpulan C mengetahui pengetahuan asas mengenai perintah-perintah Am dan arahanarahan yang berkaitan dengan pentadbiran yang secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan kerja-kerja pegawai berkenaan. 3. i. Tujuan peperiksaan Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi pembantu makmal yang dilantik terus.

Ii. Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat pertimbangan kenaikan pangkat bagi pembantu makmal yang dilantik secara kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) 4. i. ii. 5. Pegawai yang layak mengambil peperiksaan Pembantu makmal yang masih belum disahkan dalam perkhidmatan. Pembantu makmal yang dilantik secara kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) Sukatan peperiksaan

(Termasuk masa dan soalan) BAHAGIAN 1 - PERINTAH AM, ARAHAN PENTADBIRAN DAN PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM.. Soalan-soalan yang akan ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan kepada perkaraperkara berikut: A. i. iii. v. Viii. B. i. iii. V. vi. PERINTAH AM BAB A. Syarat-syarat lantikan dan perkhidmatan. Tempoh percubah dan perlanjutannya. Pengesahan dalam jawatan dan kemasukan dalam perjawatan berpencen. Penamatan kerja dan notis berhenti kerja. PERINTAH AM BAB B Elaun -elaun kerana bertugas Kemudahan-kemudahan perjalanan. Elaun-elaun kerana berkursus Elaun-elaun pelbagai.

C.

PERINTAH AM BAB C

ii. vi.

Cuti yang diberikan kerana perkhidmatan Cuti tidak berekod.

D.

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (kelakuan dan tatatertib) 1993

E. i. ii.

PERINTAH AM BAB F. Rawatan perubatan untuk pegawai-pegawai Bayaran dan peraturan wad.

F. 1. G.

PERINTAH AM BAB G Waktu kerja lebih masa. ARAHAN PERKHIDMATAN

Bab 1 Bab 3 Bab 4 bab 5 Bab 7 H.1. i. ii. iii.

Jabatan dan orang ramai. Surat menyurat. Fail memail Memelihera dan menyimpan rekod-rekod kerajaan. Kelengkapan pejabat.

Acara pengakaunan Mengawal terimaan dan bayaran dan menyimpan wang awam Am Terimaan. Bayaran.

iii. I. II.

ACARA MENGENAI BARANG-BARANG DAN KERJA-KERJA AM. PEMBELIAN, TENDER DAN KONTRAK.

I. i.

PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM PKPA bil. 1/91

Panduan meningkatkan kualiti layanan melalui urusan telefon. Ii. PKPA bil 2/91

Panduan pengurusan mesyuarat dan urusan jawatankuasa kerajaan. iii. PKPA Bil 3/91

Anugerah inovasi perkhidmatan Awam iv. PKPA Bil 4//91

Garis panduan mengenai strategi-strategi peningkatan kualiti dalam perkhidmatan awam. V. PKPA Bil 7/91

Panduan mengenai kumpulan meningkat mutu kerja (KMK). Vi. PKPA bil 8/91

Panduan mengenai manual prosedur kerja dan fail meja. Viii. Panduan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dalam

ix. Lain-lain pekeliling kemajuan pentadbiran awam yang dikeluarkan dari masa ke semasa. JUMLAH SOALAN masa: 40 (aneka pilihan) 1 jam

calon-calon adalah dibenarkan merujuk kepada aperintah Am, arahan perkhidmatan, arahan perbendaharaan, pekeliling-pekeliling kemajuan pentadbiran awam yang berkenaan semasa peperiksaan.

BAHAGIAN 11 - TEORI

Soalan-soalan akan ditanya berhubung dengan tatacara mengenai pengurusan di dalam makmal dan perkara-perkara berkaitan dengan bidang tugas pembantu makmal seperti berikut: 1. BIOLOGI

i. ii. iii.

Mengenai ekologi asas haiwan, tumbuhan dan pendidikan alam sekitar. Pengawetan spesimen-spesimen haiwan kecil dan tumbuhan. Penyediaan rangka spesimen haiwan kecil.

iv. Penyediaan reagen yang mudah dan penyediaan pewarna biasa bagi biologi seperti iodin, larutan benedict, penunjuk bikarbonat dan sebagainya. V. Vi. Penyediaan slaid. Penyelenggaraan mikroskop

vii. Pengatahuan asas mengenai pengurusan, penjagaan dan penggunaan alat-alat atau radas-radas yang biasa terdapat di makmal biologi. Viii. Teknik pengsterilan mikro organisma.

2.

KIMIA

i. Ii. Iii. Iv. V.

Formula unsur, formula sebatian dan pembinaan persamaan kimia yang mudah. Sifat-sifat kimia bahan-bahan pepejal dan larutan. Kemolaran dan pentitratan bagi tujuan pencarian larutan kimia. Penyediaan larutan kimia yang mudah, larutan standard. Pengendalian dan mengawal bahan organik yang mudah meruap dan terbakar.

Vi. Pengurusan, penjagaan dan penggunaan alat dan bahan kimia yang biasanya terdapat di makmal kimia.

3.

FIZIK

i. Sukatan dan unit S.I daya , pusat, pusat graviti, momentum, mersin, geseran, ketumpatan, kerja dana tenaga. Ii. Pengendalian peralatan seperti termometer, mikrometer, jangka tumpat, alat-alat optik seperti kanta, sermin, prisma. Iii. Asas elaktrik, pemasangan dan penyediaan serta penggunaan ammeter, voltmeter dan komponen elektrik.

Iv. Pengurusan dan penyelenggaraan alat biasa yang terdapat di makmal fizia seperti akumulator dan pengecas bateri.

4.

PENGETAHUAN MENGENAI KESELAMATAN DALAM BILIK MAKMAL

i. Langkah-langkah keselamatan serta simbol bahan-bahan membahaya yang mudah meletup, beracun, mengkakis, mudah terbakar dan bahaya lain akibat kelalaian manusia. Ii. Tindakan pencegahan kemalangan dalam makmal.

Iii. Tindakan awal yang perlu diambil semasa kecemasan seperti keracunan, melecur akibat terkena api, bahan kimia dan sebagainya. Iv. Penyenggaraan dan penggunaan peralatan keselamatan seperti alat-alat pemadam api, kotak pertolongan cemas dan lain-lain yang biasa terdapat di dalam makmal sains. V. Vi. Vii. viii. Pengurusan bahan-bahan sisa organik dan bukan organik dan lain-lain bahan buangan. Etika kerja di makmal. Prinsip umum dalam penyediaan dan penggunaan di makmal Sikap serta perawakan Pembantu makmal yang cermerlang.

Soalan-soalan akan disediakan seperti berikut: Seksyen A: Soalan: Masa: 1 jam Seksyen B. Soalan: masa: 2 jam Calon-calon tidak dibenarkan merujuk kepada bahan-bahan bacaan semasa peperiksaan. BAHAGIAN 111 - AMALI calon-calon akan dikehendaki membuat ujian amali berhubung dengan tajuk-tajuk yang merangkumi Bahagian 11. Teori Sukatan peperiksaan perkhidmatan ini. Soalan : 3 jawab 2 6 jawab 4 (esai) 40 (Aneka pilihan)

masa: 2 jam

CARA MEMBERI MARKAH AKAN DITETAPKAN OLEH PANEL SUBJEK JABATAN. 6. Pengecualian Calon-calon yang lulus mana-mana bahagian adalah dikecualikan daripada mengambil semula bahagian tersebut. 7. Keputusan

Lulus/kandas 8. i. ii. 9. Pemeriksa akan dilantik oleh Bahagian 1 panel subjek jabatan perkhidmatan Awam. Bahagian 11 dan 111. Urusetia peperiksaan kementerrian pendidikan. Bahasa (soalan dan jawapan)

Bahasa malaysia 10. i. Permohonan dikemukakan kepada Bahagian 1

urusetia peperiksaan jabatan perkhidmatan awam. Ii. 11. i. Bahagian 11 dan 111 urusetia peperiksaan awam Pusat peperiksaan akan ditetapkana oleh Bahagian 1

urusetia peperiksaan kementerian pendidikan. ii. 12. Bahagian 11 dan 111 urusetia peperiksaan kementerian pendidikan. Keseringan peperiksaan

2 kali setahun. 13. i. Ii. Tarikh akhir mengemukakan Bahagian 1 - 1.5 bulan sebelum tarikh peperiksaan. Bahagian 11 dan 111 - 1 bulan sebelum tarikh peperiksaan.

------------------------------------------------------------------------------. Rujukan: JPA 241/48/14/Kt.1/(32) bertarikh 30 ogos 1995 dan KP(PP) 0082/9 jld.16(32) bertarikh 5 disember 1995 dan PPKN 022-01/01(132) bertarikh 19 Disember 1995 ada kaitan. - Dipetik daripada surat edaran yang diedarkan oleh Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal. (Terima kasih kepada En. Zainudin Bin Daud , Bekas Pengerusi Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Cawangan Kelantan).

Index

TEKNIK PENGUKURAN
* Semua pengukuran dalam sains merupakan ANGGARAN nilai yang sebenar. * Proses pengukuran haruslah bermula dengan membuat anggaran bagi saiz yang hendak diukur. * Semua pengukuran yang diperolehi dengan alat pengukuran merupakan nilai anggaran munasabah sahaja kerana pengukuran 100% jitu masih belum boleh dicapai. UNIT ASAS S.I DALAM PENGUKURAN Kuantiti Panjang Jisim Masa Suhu Arus elektrik Unit SISimbol Meter m kilogram saat s kg

Kelvin K ampereA

* Untuk mewakili nilai kuantiti yang sangat besar atau kecil dalam unit S.I , IMBUHAN digunakan.

NAMA IMBUHAN Mega Kilo

SIMBOL M k

FAKTOR PENDARAHAN/PEMBAHAGIAN darab dengan 1,000,000 astau 106 darab dengan 1,000 atau 103

Senti Mili Mikro PEMBARIS METER

c m

bahagi dengan 100 atau X 10-2 bahagi dengan 1,000 atau X 10-3 bahagi dengan 1,000,000 atau X 10- 6

* pembahagi skala terkecil ialah 0.1 cm atau 1 mm. * kejituan sehingga 1 mm atau 0.1 cm ----- bacaan pembaris serta nilai purata haruslah direkodkan tepat kepada 1 1 t.p dalam unit cm dalam unit mm tanpa titik perpuluhan. Contoh: lebar buku = 17.0 cm (/) lebar buku = 170 mm (/) lebar buku = lebar buku = 17 cm (X) 17.00 cm (X)

* Semasa membaca bacaan pada pembaris elakkan ralat paralaks ( ralat paralaks ialah ralat yang didapati pada bacaan akibat kekudukan pemerhati yang salah). * Cara elak ralat paralaks

letakkan pembaris pada bahagian tepinya supaya skalanya berada tegak di atas objek yang berukur. * Semasa membuat ukuran selaraskan hujung objek dengan sifar pembaris (tiada ralat sifar) atau dari satu tanda yang sesuai misalnya tanda 1.0 cm.. Tolak Skru mikrometer * Tolak skru meter biasanya digunakan untuk mengukur jarak yang pendek seperti diameter dawai, diameter bebola kecil, ketebalan kertas dan sebagainya. * Tolak skru mikrometer mempunyai dua skala, iaitu skala utama dan skala vernier.

* Setiap senggatan yang terkecil pada skala utama bersamaan dengan 0.5mm yang mewakili satu pusingan lengkap pada bahagian bidal. * Pada skala vernier, satu lilitan dibahagikan kepada 50 bahagian yang sama. Oleh kerana satu pusingan lengkap bersamaan dengan jarak 0.5mm, maka setiap senggatan pada skala vernier bersamaan dengan 0.5/50 mm iaitu 0.01 mm. Jadi pembahagian skala terkecil tolak skru ialah 0.01 mm. KAEDAH MENGUKUR

i. Ii.

Letak objek antara rahang. Putar bidal sehingga rahang hampir-hampir menyentuh objek.

Iii. Putarkan racet sehingga bunyi tik pertama. Tujuan memutarkan skru racet dan memutarkan bidal adalah untuk mengelakkan objek yang diukur disepit/ditekan terlalu kuat. iv. Ambil bacaan.

V. Ulang langkah 1 hingga 4 pada bahagian-bahagian lain objek untuk mendapatkan dua bacaan lagi. Seterusnya kira nilai purata bacaan. TERMOMETER * * Pembahagian skala terkecil hendaklah dikenalpasti. Pemilihan termometer berdasarkan suhu maksimum yang hendak dicapai.

Contoh: Termometer julat - 10 c hingga 11) c sesuai untuk takat didih air (takat didih air 100 c) untuk ukur suhu > 100 c tetapi < 300 c, termometer dengan julat 0 c hingga 360 c sesuai digunakan. KAEDAH GUNA TERMOMETER i. Sebelum suhu cecair diukur, cecair harus dikacau dengan rod pengacau supaya suhunya menjadi seragam. ii. Kemudian letakkan termometer ke dalam cecair tersebut supaya seluruh bebuli termometer berada di dalam cecair.

iii. Semasa suhu dibaca , mata haruslah separas dengan meniskus cecair untuk elak ralat paralaks. iv. Kaedah membaca skala dalam termometer ditunjukkan dalam rajah berikut.

LANGKAH BERJAGA-JAGA * jangan guna termometer sebagai pengacau * jangan kacau terlalu kuat sehingga tumpah. * Pastikan termometer tidak sentuh dasar bekas. * jangan kacau terlalu lama sehingga suhu diubah. * jangan letakkan termometer dalam cecair yang suhunya melebihi had atas termometer.

Contoh: Minyak mendidih > 110 c. Termometer -10 c -- 110c tidak sesuai. ALAT PENGUKUR ELEKTRIK ammeter dan miliammeter * Ammeter dan milimeter masing-masing digunakan untuk mengukur arus elaktrik dalam unit ampere (A) dan miliampere (mA) . * Cara penggunaan: i. Perhatikan kedudukan asal penunjuk pada skala. Jika jarum penunjuk tidak berada pada sifar kembali ke sifar , putarkan palaras sifar supaya penunjuk kembali ke sifar. ii. Jika pelarasan tidak dapat dilakukan, rekodkan ralt sifar. iii. Sambung secara selari. iv. Terminal (+ve) alat sambung ke terminal + ve litar dan sebaliknya.

V. Semasa bacaan diambil pastikan mata berada betul-betul tegak, di atas penunjuk yang pegun. Bagi alat yang mempunyai cermin paralaks, apabila mata berada betul-betul di atas penunjuk , imej bagi penunjuk yang dibentuk dalam cermin tidak dapat dilihat bagi penunjuk yang dibentuk dalam cermin tidak dapat dilihat kerana imej itu berada betul-betul di bawah penunjuk. * i. ii. iii. langkah berjaga-jaga; Jangan sambungkan ammeter atau milimeter terus kepada bekalan elaktrik. Pastikan sambungan adalah betul. Jangan guna alat untuk mengukur nilai arus yang melebihi had ukurannya.

VOLTMETER DAN MILIVOLTMETER * Voltmeter dan milivoltmeter masing-masing digunakan untuk mengukur beza keupayaan dalam unit volt (V) dan milivolt (mV). * Kaedah penggunaan:

i. Perhatikan kedudukan asal pada skala. Jika jarum penunjuk tidak berada pada tanda sifar, puturkan pelaras sifar supaya penunjuk kembali ke sifar. ii. Sambungan secara selari iaitu terminal positif alat disambungkan ke terminal positif bateri, begitu juga bagi sambungan nagatif.

iii. Semasa bacaan diambil, pastikan mata anda berada betul-betul tegak di atas penunjuk yang pegun. GALVANOMETER 1. Galvanometer digunakan untuk:

(a) menyukat arus yang terlalu kecil (dalam tertib beberapa mikroampere) (b) menunjukkan bahawa tiada arus yang mengalir melalui satu bahagian tertentu dalaam litar (untuk mendapatkan titik keseimbangan). 2. Sambungkan wayar dari litar kepada terminal positif (=) dan negatif (-) pada galvanometer. Pastikan sambungannya adalah betul. 3. litar. Penunjuk galvanometer akan terpesong apabila terdapat arus yang mengalir dalam

Jika jarum berarah ke kanan --- menunjukkan arus bergerak dari positif (+) ke negatif (-). Jika jarum berarah ke kiri ------ menunjukkan arus bergerak dari negatif (-) ke positif (+). 4. Jika tiada arus yang mengalir melalui satu bahagian tertentu dalam litar, penunjuk akan tunjuk ke angka sifar, Titik keseimbangan dicapai. 5. Galvanometer mudah rosak. Oleh itu galvanometer mesti dilindungi dengan susunan suis tekan dari perintang kawalan. PERINTANG i) Fungsi - mengurangkan dan menghadkan pengaliran arus dalam litar. Jika rintangan tinggi, arus rendah dan sebaliknya. ii) unit perintang - rintangan disukat dalam unit ohm.

Imbuhan: 1000 ohm = 1 k ohm 100000 ohm = 10k ohm 1000000 ohm = 1M ohm iii) jenis perintang: a. Perintang tetap - Nilai rintangannya tetap.

b. Perintang boleh laras - nilai perintang berubah-ubah mengikut keperluan rintangan yang diperlukan.

iv) Nilai rintangan perintang tetap dapat ditetapkan dengan sistem kod warna . setiap warna mewakili angka yang ditetapkan. Nombor 0 1 2 3 4. 5. 6. 7. 8. 9. hitam perang kerah oren (jingga) Kuning Hijau Biru Ungu Kelabu Putih warna

Cara membaca nilai rintangan a. Kod warna dibaca dari kiri ke kanan bahagian yang mempunyai tiga warna berdekatan/ b. Jalur pertama untuk angka (dijit) pertama

jalur kedua untuk angka (dijit) kedua jalur ketiga untuk pendarab atau uumlah sifar seterusnya. Jalur keempat untuk toleransi (had terima) iaitu perbezaan lebih dan kurang antara rintangan sebenar dengan rintangan yang dinyatakan. Toleransi 20% 10% 5% 2% 1% Tanpa warna perak Emas Merah Perang

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS SEKOLAH


Perkara-perkara am A). Petunjuk

Satu petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA berukuran lebih kurang 2 meter kali setengah meter dalam tulisan besar tersergam hendaklah diletak disesuatu tempat uang senang diperhati disetiap makmal;. B) Peti pertolongan cemas

peti pertolongan cemas hendaklah lengkap dan diletakkan di tempat yang sesuai dalam tiaptiap bilik makmal. C) Peraturan

pelajar-pelajar mesti memahami dan mematuhi peraturan makmal yang disenaraikan. Muridmurid perempuan yang menggunakan mini telekung perlu berjaga-jaga bila menjalankan ujikaji.Khususnya yang melibatkan penggunaan penunu bunsen atau asid . Bagi mereka yang bermbut panjang , adalah dinasihatkan menyangul rambut mereka bagi mengelakkan sebarang kemalangan. Seboleh-bolehnya guru yang berkenaan menggunakan waktu pertama dalam tiap tahun menerangkan peraturan maklmal kepada pelajar. Ketua jabatan sains hendaklah mengadakan satu penjumpaan guru-guru sains pada awal tahun untuk membincangkan dan menarik perhatian guru kepada lengkah-langkah keselamatan dan serta pertolongan cemas di bilik makmal sains. Guru juga memastikan bahawa pelajar-pelajar mengetahui peraturan semasa kebakaran di sekolah. D. Pergerakan pelajar

Pergerakan pelajar dalam makmal mestilah dikurangkan seberapa yang boleh untuk mengelakkan kemalangan. Bilik makmal yang penuh sesak boleh mendatangkan bahaya. Pelajar-pelajar hendaklah dinasihatkan supaya jangan bernakal semasa berada dalam makmal sains. E. Peredaran udara

Bilik makmal mesti menpunyai peredaran udara yang baik untuk mengelak daripada lemas atau menyedut asap yang beracun. F. Lantai

Ruang perjalanan dalam makmal mestilah bebas daripada sebarang penghalang daripada sebarang penghalang untuk mengelakkan kaki daripada tersangkut semasa berjalan dan untuk menyenangkan lalulintas apabila berlaku kecemasan.Lantai yang basah atau terkena minyak mesti dibersihkan dengan segera. G. Bekalan Elektrik

Semua kotak fius hendaklah diperiksa penggal persekolahan untuk menentukan bahawa ia tidak rosak. Segala kerosakkan hendaklah diperbaiki oleh juru elektrik yang berkelayakkan. Pemutar litar ( circuit breaker ), sekiranya ada hendaklah diperiksa sekali sepenggal . Semua wayar elektrik hendaklah ditebat dengan baik dan jangan dibiarkan sebarang wayar elektrik berjuntai. Tiap-tiap punca kuasa elektrik khususnya yang terdapat di meja-meja kerja hendaklah dalam keadaan yang baik. Semua punca kuasa elektrik yang pecah hendaklah diganti baru. Jangan sentuh alat-alat elektrik atau punca kuasa elektrik dengan tangan yang basah. H. Kaca

Pelajar-pelajar mestilah diajar bagaimana hendak menggunakan alatan kaca, membulat hujung kaca,dan khususnya ,kaedah yang betul untuk memasukkan saluran kaca kedalam gabus berlubang dan penyumbat getah. Gunakan kain untuk melindungi tangan dan air atau minyak untuk melincinkan saluran kaca. I. Kemalangan

Semua kemalngan yang berlaku hendaklah dicatatkan. Catatan hendaklah mengandungi butir-butir,antara lain, nama murid, tingkatan, kemalangan, masa, rawatan yang diberi dan catatan guru. 1.2 KEMALANGAN

Antara jenis peralatan memadam api yang boleh di gunakan adalah seperti berikut: i. Gebar api ( fire blanket ) yang terkandung dalam bungkusan yang sesuai gebar api ini hendaklah dipasang pada diding bilik makmal dan digunakan bila pakaian terkena api. ii. Setimba pasir yang bersih serta kering dengan penyeduknya. ii. Pemadam api jenis karbon dioksida dab jenis busa. Biasanya pemadam api jenis ABC digunakan kerana ia dapat memadamkan banyak jenis api. Peralatan pemadam api tersebut hendaklah disediakan didalam makmal berdekatan denagn pintu dan hendaklah diperiksa oleh pihak bomba sekurang-kurangnya sekali setahun.

Guru dan kakitangan makmal hendaklah biasa dengan penggunaan peralatan melawan api. Latihan kecemasan api hendaklah dijalankan khas untuk pelajar di bilik makmal pada awal pertengahan tahun. Jabatan bomba hendaklah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan tunjukcara. 1.3 LETUPAN a. Kebanyakan letupan dalam makmal adalah oleh gas hidrogen. Bila menjalan percubaan yang mungkin merbahaya ( misalnya pembakaran gas hidrogen ), adang keselamatan hendaklah digunakan. b. Letupan juga boleh berlaku akibat kebocoran gas daripada selinder gas. Gas mampat di dalam selinder tidak boleh di simpan di dalam bilik persediaan, makmal atau atau berhampiran dengan cecair mudah terbakar. Silinder ini hendaklah disimpan di tempat yang agak sejuk serta mempunyai peredaran udara yang baik dan hendaklah diapitkan dalam keadaan tegak. Troli boleh digunakan untuk mengangkut selinder ini. Selinder gas , kepala paip dan paip gas serta paip tiup penunu bunsen hendakalh diperiksa selalu, jika perlu tiap-tiap pagi supaya tidak ada yang bocor. Sebarang kebocoran tidak boleh sama sekali diuji dengan api ia hendaklah diuji dengan air sabun. Kunci paip gas induk hendaklah ditutup bila tidak digunakan. Ia mestilah berada dalam keadaan yang mudah sampai kepadanya apabila berlaku kebakaran. Lekapan kepala selinder gas oksigen jangan sekali-kali disapu gris untuk mengelakkan daripada kemungkinan berlaku letupan. c. Pepejal, cecair mudah terbakar juga boleh mengakibatkan letupan. 1.4 a. PERCUBAAN YANG MERBAHAYA Menyalakan hidrogen

sentiasa uji gas yang mengalir keluar itu sebelum menyalakannya. Ambil contohnya ke dalam tabung uji dan nyalakanya di tempat yang jauh daripada radas. Ujian ini mesti diulang hingga gas ini menyala dengan api yang sempurna. b. Campuran yang mempunyai klorat

jangan panaskan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah teroksida seperti fosfur atau sulfur. c. Pemanasan Ammonium Nitrat

sebahagian kecil daripadanya mungkin meletup bila dipanaskan. Proses pemanasan hendaklah diberhentikan sebelum sebatiannya terurai. d). Natrium dan kalium

Gunakan sedikit sahaja. Kalium yang tersimpan lama boleh melatup walaupun segala langkah pengawasana baginya dijalankan. Kalium yang tersimpan lama dan bertukar menjadi kuning hendaklah dimusnahkan dengan sermat dengan menukarnya menjadi garam. e). Asid

jangan sekali-kali mencampur asid pekat dengan klorat. Bila hendak mencairkan asid pekat, tuang asid ke dalam air serta mengacaukan larutan JANGAN SEKALI-KALI dituang air ke dalam asid pekat. f). Radas yang mengandungi cecair yang mudah terbakar

jangan seksli-kali meeletakkan kelalang berisi cecair yang mudah terbakar di tengah panas. Kerana pancaran matahari yang bertumpu padanya boleh menyebabkan berlakunya letupan. g) Voltan tinggi

Pelajar-pelajar tidak digalakkan menjalankan apa-apa percubaan yang melibatkan penggunaan peralatan sains voltan tinggi. h). Barang-barang kaca bagi kerja tekanan tinggi dan rendah

salur kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah mempunyai dinding yang tebal dan berada dalam keadaan yang baik. I). Tunjukcara

Dalam tunjukcara yang melibatkan penggunaan radas voltan tinggi tekanan tinggi, bahan radio aktif, tindakbalas kencang dan sebagainya , tentukan yang pelajar berada di tempat yang cukup jauh. Jika keadaan memerlukan supaya mereka berada dekat, maka adang yang mencukupi hendaklah diadakan dan pelajar-pelajar hendaklah diberitakan tentang bahayanya. j). Semaian Hidupan Seni

Adalah mungkin bagi hidupan janapenyakit untuk membiak bersama-sama dengan semaian hidupan seni di dalam agar-agar suci kuman ( dalam mangkuk patri atau pada bahagian salur yang curam) untuk mengelak daripada jangkitan, mangkuk pateri yang hendak diperiksa oleh pelajar hendaklah dibalut dengan pita selofan. Pelajar yang menjalankan percubaan ini di rumah hendaklah diberitahu tentang bahayanya dan arahkan mereka supaya membubuh bahan pembunuhan kuman yang kuat ke dalam semaian itu sebelum membuangnya. 1.5 BAHAN KIMIA

Terdapat banyak jenis bahan kimia yang merbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini. Antaranya ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun, mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.

Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan ujikaji dengan penggunaan bahan kimia. Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah digunakan untuk untuk menyedut keluar larutan. Jangan sedut dengan mulut. Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan kimia yang berlabel RACUN. a) Pepejal Yang Mudah Terbakar

Logam natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya didalam minyak (kerosen atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair. Fosfur (kuning) mestilah disimpan sepenuhnya didalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering. Pemyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selali untuk menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya didalam air. (Fosfus kuning tidak digalakkan penggunaanya di sekolah.) Bahan pengoksida yang kuat(misalnya klorat,perklorat, nitrat, permanganat peroksida, asid nitrik)mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksi dan jangan diletakkan di atas kertas di atas bagku makmal. Jadual di bawah menunjukkan beberapa pepejal yang mudah terbakar dengan kesan merbahaya, penyimpanan dan pembuangan masing-masing. Bahan Kimia Litium, Natriun, Kalium Bertindak balas dengan cergas dengan tetraklorometana Bertindak balas dengan etanol sebelum dibuang Kesan-Kesan Merbahaya bertindak balas dan meletup dengan air Penyimpanan dan Pembuangan Disimpan dalam parafin (kerosin) Catatan Api Litium,Natrium dan kalium mesti dipadam dengan pemadam jenis serbuk

Mudah terbakar dan terbakar denga cergas Serbuk Magnesium, Aluminium, Zink dan Ferum

Mesti dijauhkan daripada agen pengoksida seperti nitrat,klorat, perklorat dan peroksida

Mesti dijauhkan

daripada agen peroksida Sulfur Menghasilkan gas Sulfur yang beracun apabila dipanaskan Membentuk campuran letupan dengan serbuk logam atau agen pengoksida seperti klorat Mesti disimpan di dalam air

Membakar serta-merta apabila terdedah kepada udara Fosfurus Kuning

Mesti dipotong di dalam air

Bertindak balas dan meletup dengan air

Fosfurus triklorida ialah cecair yang sangat beracun

Mesti digunakan dalam kuantiti kecil

Fosfurus triklorida, Silikon tetraklorida, Aluminium klorida

Ujikaji mesti dilakukan di dalam almari wasap

b)

Cecair Mudah Terbakar

Cecair mudah terbakar yang bayak seperti yang terdapat dalam botol Winchester hendaklah disimpan pada aras terbawah di dalam almari. Almari ini harus mempunyai ambang bagi mencecah cecair mengalir keluar dari botol yang pecah. Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas yang terhindar dari bara api dan sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan. Cecair Winchester yang mudah terbakar tidak sepatutnya dibawa masuk ke dalam makmal. Sekiranya hendaklah membawa botol Winchester , jangan bawanya dengan tangan. Gunakan alat yang sesuai. Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Apabila api digunakan dalam makmal, jangan gunakan karbon disulfida atau aseton. Jadual di bawah menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat kilat masingmasing. Bahan kimia Propana Dietil eter Dimetil eter Karbon disulfida Aseton Sprit Petroleum Metanol Etanol c) Bahan Kimia Yang Mengkakis Takat Kilat /0C -104 - 45 - 41 - 30 - 18 - 17 10 12

Bahan kimia yang bersifat mengkakis termasuk asid-asia pekat seperti asid nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik. Asid metanoik, ammonia pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat(VII) dan argentum nitrat. Bahan tersebut tidak boleh dibenarkan menyentuh mana-mana permukaan badan kita. Kerja denga bahan-bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam almari wasap dengan memakai perlindungan mata serta srung tangan. Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah dibasuh di bawah air pili dengan segera. Selalunya jika melibatkan bahan kimia ini dengan bahan organik, kuantiti yang kecil sahaja digunakan. D) Bahan Kimia Beracun

Satu senarai bahan kimia yang berracun dan penawar dan rawatan yangsepadan baginya hendaklah diadakan di dalam makmal.

Ujikaji dengan gan beracun mesti dilakukan dalam almari wasap untuk mengurangkan gas beracun terdapat dalam udara makmal. Hanya pengisi pipet yang boleh digunakan untuk menyedut keluar cecair yang beracun. Seseorang yang menggunkan bahan kimia beracun mestimemakai perlindungan mata dan sarung tangan. Selepas ujikaji , tangan hendaklah dibasuh dengan segara. Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang boleh memudaratkan: i) ANILIN mudah menyerap ke dalam mulut ii)BENZIN jika disedut sedikit-sedikit dalam tempoh masa yang agak lama, boleh menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalamkulit. Jika boleh ia mestilah digantikan dengan bahan yang kurang beracun misalnya, toluena,xyele. iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru. Ia juga merbahaya bula bersentuhan dengan kulit. iv) KARBON DISULFID boleh menyerap ke dalam mulut dan wapnya sangat beracun. Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyala yang rendah. V) WAP KARBON TETRAKLORID adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit. Vi) KLOROFOM adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit. Vii) HIDROGEN SULFID sama beracun seprti hidrogen sainid, tetapi ia bukanlah racun yan menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam almari wasap sahaja. Viii) RAKSA mesti dipanaskan hanya didalam almari wasap tetapi lebih baik lagi jika tidal dipanaskan langsung. Wapnya adalah sangat merbahaya. ix) SULFIDA DIOKSODA adalah beracun. Penyimpanan bahan kima hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut: i) Semua botol bhan kimia mestilah dilabel dengan jelas dan label itu hendaklah diperiksa dari semasa kesemasa. ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan di dalam makmal tetapi mestilah disimpan didalam stor bahan kimia yang udaranya bebas bersilih ganti. Rak menyimpan bahan ini mestilah berbibir untuk mencegah bahan kimia daripada menggelonsor jatuh. iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang merbahaya hendaklah di simpan dalam stor yang khas. Ia mestilah mempunyai sebuah lubang untuk menempatkan mana-mana cecair yang tumpah di dalam stor. Stor ini mestilah kalis api.

iv) Racun mestilah di simpan dalam almari yang berkunci di dalam stor. Penggunaan racun hendaklah direkodkan. vii) Di dalam makmal tidak sepatutnya disimpan cecair yang lebih daripada 500 cm3. Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi adalah merupakan sebagai sumber yang akan mendatangkan bahaya (misalnya letupan). Ia mestilan dibuang mengikut cara yang betul. 1.6. BAHAN RADIOAKTIF

a) Guru yang menggunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal sains sekolah hendaklah merupakan guru terlatih. b) Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif mestilah mendapatkan kebenaran daripada Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri terlebih dahulu. Jubah makmal hendaklah dipakai semasa menjalankan percubaan yang nelibatkan bahan radioaktif . Kerja yang menggunakan cecair hendaklah dijalankan di atas talam atau dulang. Selepas menjalankan percubaan,tangan hendaklah dibasuh dengan sabun hingga bersih sebelum meninggalkan makmal. Sumber radioaktif sentiasa dikendalikan dengan menggunakan pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan. Penggunaan sumber cecair atau sumber lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut (misalnya dalam penggunaan salur pipet dan botol basuh) dan tidak boleh dijilat labelnya. Sumber radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan mata. Bahan radioaktif mestilah diisi dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan radioaktif mestilah dilakukan hanya oleh orang-orang tertentu yang bertanggunjawab baginya sahaja. Jika sumber tidak berskel di gunakan, maka sarung tanga getah hendaklah digunakan. Sisa-sia yang terdapat hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan baginya ( lihat pelupusan). C) Penyimpanan Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber terbuka dalam mana-mana bahagianya dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan sumber terbuka dan tertutup tidak dibenarkan melebihi 4 millicurie. Sumber terbuka mestilah TIDAK termasuk Strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti Radium yang membebaskan zarah alfa. Semua bahan yang diluluskan penggunaanya hendaklah disimpan di dalam stor atau alamari bertanda dan berkunci dan Jabatan Bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang adanya bahan-bahan tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut hendaklah terletak jauah daripada segala ruang yang diduduki secara kekal dan dosi yang dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira atau disukat serta ditanda padanya. Mana-mana dosi yang terdedah kepada tiap-tiap seorang itu mestilah tidak lebih daripada yang dibenarkan yakni dosi tahunannya tidak boleh lebih daripada 50 mr.

Jika man-mana sumbernya hilang atau kecurian, maka pihak Polis Jabatan kimia dan Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri hendaklah diberitahu dengan serta merta. Semua sumber dan bekasnya hendaklah dilabelkan dengan terang dan bila tidak digunakan hendaklah disimpan dalam stor yang sesuai dan dikunci. D) Kemalangan dalam Makmal

Bagi bahan lembab yang tumpah hendaklah digunakan kertas penyerap untuk memedapnya hingga kering. Dulang atau bekas mengisi bahan tumpah ini hendaklah dibasuh dengan sabun atau bahan-bahan pembasuh. Apa-apa pencemaran di lantai, bagku atau lain-lain permukaan makmal hendaklah dibasuh dengan bersih dan diuji sifat keradioaktifannya. Pakaian yang tercemar hendaklah sama ada dihantar kepada orang yang layak dalam bidang tekniknya( seperti Pegawai Keselamatan Radioaktif Hospital) untuk dibersihkan secara khas atau dirawat dan dijadikan sisa pepejal. E) Pelupusan i) Sumber tertutup

Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan kepada pembekal atau pembuatnya.Jika sumber tertutup itu disyaki merbahaya atau bocor, pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diberitahu dengan serta-merta. ii) Sumber terbuka

Sisanya hendaklah dilupuskan secepat yang mungkin melalui sink dan dicurahkan denga air yang banyak atau dengan membuangkannya ke dalam tong sampah seperti yang diperuntukkan. Pelupusab sisa pepejal mestilah tidak lebih daripada 10 mikrocurie seminggu. Bagi menumpukan perhatian tentang perlunya mengawal perlupusan sisa radioaktif , maka beakas bagi mengisinya mestilah diuji supaya pencemaran secara tidak sengaja tidak berlaku. 1.7 PELUPUSAN BAHAN SISA a) Gas Gunakan almari wasap untuk membuangnya. B) Cecair yang mengurai hendaklah dicairkan dengan air yang banyak dan dituang ke dalam sink. Cecair yang mudah terbakar hendaklah dibuangkan ke dalam botol kosong dan dibakar di luar makmal. JANGAN SEKALI-KALI dibuang ke dalam sink. C) Pepajel

Bagi pepejal yang tidak larut dan aktif, ia bolehlah dimasukkan ke dalam kotak bekas sisa.

Natrium dan kalium hendaklah dimusnahkan dengan menukarnya menjadi garam (misalnya dengan mencampurkannya perlahan-lahan dengan spirit). AMARAN : Perlindung mata hendaklah digunakan. Pepejal yang bertindakbalas dengan air, misalnya kalsium karbid, hendaklah dimusnahkan di tempat lapang dengan menuang air kepadanya secara sedikit demi sedikit. D) Kaca Sebuah kotak bekas sisa yang khas membuang kaca mestilah diadakan. E) Haiwan yang dibelah

ia hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas digunakan untuk mencegah lalat dan renga, f) Semaian hidupan seni

semua semaian mestilah dicampur dengan formalin sebelum membuangnya. 1.8 a. PAMERAN SAINS SEKOLAH Percubaan mengenai roket tidak dibenarkan.

B. Setengah-setengah projek, misalnya pemancaran gelombang radio, memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa. Oleh sebab itu guru hendaklah meminta kelulusan daripada pihak yang berkenaan terlebih dahulu. C. Jika radas X-ray, pancaran pra-merah dan voltan tinggi yang digunakan . Langkah keselamatana yang memuaskan hendaklah diadakan bagi para peserta dan pelawat. Guru penjaga mestilah mengawasi pameran ini setiap masa. D. Projek yang melibatkan pengeluaran gas beracun tidak boleh dijalankan.

E. Percubaan tidak boleh dibiarkan berjaalan bersendirian di dalam makmal . mesti ada dua orang yang mengawasi perjalanan percubaan. F. Sekurang-kurangnya mesti ada seorang guru yang menjaga pelajar -pelajar yang mengendalikan peojek bagi memastikan bahawa mereka mematuhi segala langkah keselamatan makmal. G. Bahan pengoksida hendaklah dicampaurkan atau digaul dengan bekas yang bersih. Pencemaran dari kekotoran (misalnya meja yang kotor) karbon dan surat khabar boleh mengakibatkan letupan. H. Jika masih ragu-ragu tentang keselamatan sesuatu projek itu, maka penolong pengarah matematik /sains negeri hendaklah dihubungi. I) Sekiranya sesebuah sekolah ingin menganjurkan sesuatu pameran sains, pihak sekolah perlulah menghantarkan senarai projek yang ingin dijalankan dalam pameran itu kepada penolong pengarah matematik sains negeri terlebih awal, Projek-projek yang yang

melibatkan bahan kimia yang merbahaya mestilah dijalankan dengan panduan dan arahan guru yang bertugas.

Projek 60: 40 Nisbah Bilangan Pelajar Sains & Teknikal Berbandingan Dengan Bilangan Pelajar Bukan Sains & Teknikal ORGANISASI
Pengerusi : Pengetua ( Puan Hajjah Zainun Bt. Syed Ahmad) Naib Pengerus Setiausaha : Penolong Kanan Pentadbiran : Guru Kanan Sains & Matematik ( Puan Zakiah Bt. Zaid ) Ahli Jawatankuasa : Tuan Haji Mohd Rusdi B. Mohd Taib Tuan Haji Fauzi B. Jusoh Puan Nek Nariah Bt. Jenal Puan Nik Aishah Nik Mustapha Puan Jawahil Bt. Awang Cik Hjh. Nazirah Bt. Adnan En. Ab.Razak Muhamad 1.0 PENGENALAN (Guru Cemerlang )

( Kanselor ) ( K.Panitia Matematik) ( K.Panitia Sains) ( Ketua Panitia Sains Tulen ) ( Penyelaras Sains Ting.3 ) ( Penyelaras Mat. Ting . 3)

Sistem pendidikan negara kita telah dan sedang melalui pelbagai kemajuan dan reformasi. Kebelakangan ini, kemajuan dan refomasi yang dolaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia semakin pesat ke arah pencapaian wawasan 2020. Oleh itu sekolah perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga mahir untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada sistem pendidikan negara. Kini bilangan pelajar yang mengambil elektif sains dan teknikal amat berkurangan . Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat hanya mempunyai 14% aliran sains bagi tahun 2001 berbanding dengan pelajar bukan elektif sains. Langkah-langkah penting perlu supaya bilangan pelajar aliran sians mencukupi untuk mengisi jawatan saintis demi mencapai hasrat negara maju pada tahun 2020. Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat juga tidak ketinggalan dalam mencari strategi untuk menghasilkan projek 60:40 iaitu nisbah bilangan pelajar sains & teknikal berbanding dengan pelajar bukan sains & Teknikal.

2.0.

OBJEKTIF
2.1 Mempertingkatkan bilangan pelajar mengambil mata pelajaran elektif sains & teknikal. 2.2. Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saian , matematik dan teknikal. 2.3. Meyakinkan kepada pelajar yang layak mengambil elektif sains tetapi tidak memilih untuk mengikutinya. 2.4. Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan IT. 2.5. 2.6. Memupuk minat pelajar meneruskan pengajianya di aliran sains. Mewujudkan pelajar yang tekun dan dedikasi dalam penggunaan alatan sains. 2.7. Mewujudkan pelajar berfikiran Kreatif dan Inovatif.

4.0.

STRATEGI
Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat telah dan akan melaksanakan

beberapa strategi dalam mencapai objektif projek. 4.1. Sebaran Maklumat Strategi ini khususnya dipertanggungjawabkan kepada kaunselor sekolah. Kaunselor telah dan akan : 4.1.1. Menyampaikan mesej kepada pelajar dan ibu bapa mengenai kepentingan sains dan teknologi. 4.1.2. Menyatakan peluang-peluang kerjaya bagi pelajar yang telah berjaya setelah menyertai pakej elektif sains. 4.1.3. Mendedahkan dengan kejayaan atau kegunaan sains masa kini sebagai rangsangan untuk memupuk sikap dan minit pelajar terhadap sains seperti Kejurutera Genetik dan Teknologi Angkasa Lepas. 4.1.4. Menekankan terhadap pentingnya elektif sains dalam mencapai wawasan 2020. 4.1.5. Kerjaya bagi kelulusan elektif sains dipamirkan di papan-papan kenyataan disetiap blok bangunan sekolah.

4.2.

Membina Keterampilan Guru

Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan guru-guru yang mengikuti kursus perkhidmatan di maktab atau di universiti tidak mncukupi untuk menjadi guru yang berkesan. Guru-guru ini masih memerlukan latihan dalam perkahidmatan dalam menghadapi suasana sebenar disekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat telah dan akan : 4.2.1. Berbincang dan berkongsi idea untuk menyelesaikan pengajaran dan pembelajaran melalui panitia. 4.2.2. Mengadakan kursus dalaman Pengisian Motiwasi Pedagogi Konsep & Prinsip Semua Penilaian Semua Penyelidikan Sains & Matematik Pengurusan Guru Kanan Pengetua Pengetua Sasaran SWU Semua Sains & Matematik Sains & Matematik Tindakan Kaunselor Guru Cemerlang Guru Cemerlang

Pendekatan yang digunakan Hands On , lawatan sambil belajar/ Bench Mark main peranan bermodul sumbangsaran tunjuk cara kuliah dan lain-lain .Lokasi yang digunakan sama ada di dewan sekolah , pusat sumber pendidikan negeri, pusat kegiatan guru, hotel dan resort. 4.2.3. Mengalakkan guru-guru membuat kajian tindakan dalam menyelesaikan masalah tidak minat pelajar dalam sains dan teknologi Institut Sainstif . 4.2.5. Mengambil kawasan sebagai projek untuk memelihara ekologinya. 4.2.6. Memberi pengalaman pendidikan kepada pelajar dengan cara sandaran di 4.2.4. Mengadakan lawatan ke

Intitusi Pendidikan Tinggi atau Intitusi Penyelidikan. 4.2.7. Menjemput ahli sains yang pronimen untuk memberi ceramah tentang kerjaya serta kejayaan mereka. 4.2.8. Mengadakan pameran Sains & Teknologi. 4.3. Aktiviti Ko Akademik. Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat telah mewujudkan persatuan Sains & matematik, kelab Reka Cipta, Kelab Komputer dan lain-lain. Setiap kelab/persatuan akan menjalankan aktiviti masing-masing, aktiviti-aktivitinya ialah Kuiz Sains nasional, Kuiz Sains Alam Semulajadi, Kuis sains Angkasa Sekolah menengah, Eseiton, Olimpiad matematik kebangsaan, Kuis Fizik ( Jun), Australian national Chemistry Quiz Ancq ( Jun), Projek Science Across Asia pasifik , Prias, Cereka Sains , Puisidra, Kem IT, Kem Sains (Mac), Pertandingan Inovasi Sains & reka cipta. 4.4. Pemantauan dan Penyeliaan Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat telah membuat pemantauan dan penyeliaan di Pejabat sekolah. Fokus utama adalah bimbingan profesional di mana guru-guru cemerlang akan memberi idea baru dan berkongsi idea dalam penyelesaian cabaran pengajaran dan pembelajaran melalui panitia. Penyeliaan juga ditumpukan kepada makmal Sains dengan mempastikan a) b) Makmal mempunyai peralatan yang mencukupi dan berkualiti. Menyediakan kot makmal dan cermin mata keselamatan dalam makmal sains. c) Mendapat bahan sumber yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Sains.

d) e) f)

Melanggan media bercetak tentang Sains dan Teknologi. Mewujudkan taman teknologi di sekolah Mewujudkan suasana makmal dengan mural yang berkaitan dengan mata pelajaran berkenaan termasuk kerjayanya.

4.5.

Perjumpaan Berkala Bersama Pengurusan Sekolah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat telah menetapkan bahawa perjumpaan diadakan pada tiap-tiap hari Ahad jam 11.30 - 1.00 tengah hari. Fokus utama perbincangan ialah: a) Post Mortem TOV, pencapaian & status semasa prestasi mata pelajaran Sains dan teknikal. d) e) Trend pemilihan mata pelajaran secara pakej. Laporan aktiviti peningkatan prestasi mata pelajaran Sains & Teknikal, peningkatan sekolah dari segi status kejayaan dan cabaran. d) e) 4.6 Mengenal pasti program sokongan lain. Indikator pengurusan Sains & Teknikal Cemerlang.

Pelaksanaan ujian pengesanan Sains & Matematik Semua pelajar akan menjalani ujian pengesanan Sains & Matematik yang dianjurkan

oleh JPN. Guru mata pelajaran telah membuat analisa ke atas soalan-soalan popular yang diperolehi oleh pelajar. Bimbingan seterusnya adalah berdasarkan soalan-soalan yang pelajar tidak tahu atau tidak mendapat sebarang markah. Analisa ini digunakan sehingga ujian berikut dijalankan dan bimbingan diberi berdasarkan analisa yang baru dibuat.

You might also like