You are on page 1of 10

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SELANGOR

47000 SUNGAI BULOH


SELANGOR

KERTAS PENERANGAN
KURSUS/TRADE PEMBUAT PERABOT A-010-1
TAHAP/LEVEL TAHAP 1
DUTI/DUTY 01 – APPLY SAFETY PRACTICES
TUGAS/TASK 01.04 – applyfirst aid techniques
OBJEKTIF Apply first aid techniques by adhering to all
PENCAPAIAN necessary rules and regulations using
PENILAIAN/TERMI possible facilities so that casualties can be
NAL attended.
PERFORMANCE
OBJECTIVE
NAMA PELAJAR
NO KAD
PENGENALAN

BANTUAN KECEMASAN

A. LUKA

• Kecederaan pada tisu lembut biasanya dikenali sebagai luka.

• Luka ‘tertutup’berlaku apabila kerosakan pada tisu lembut adalah dibawah


permukaan kulit seperti lebam

• Luka ‘terbuka’ berlaku apabila permukaan kulit terkoyak.

• JENIS JENIS LUKA

• Lebam ( Contusion )
• Luka lecet (Abrasion, Road Rash)
• Luka terhiris ( Incision, Laceration )

• Luka Terkoyak
• Luka tertikam.

1. LEBAM

• Kerosakan pada tisu lembut dan salur darah menyebabkan


pendarahan di bawah permukaan kulit

• Tisu akan ternyahwarna dan bengkak

• kemerah-merahan kepada merah tua/ungu

• mungkin tanda tisu dalam mengalami kerosakan yang teruk

2. LUKA LECET

• Kulit yang bergeser dengan permukaan kasar

• Sakit disebabkan pengeseran kulit luar mendedahkan hujung saraf.

• Senang dijangkiti sekiranya tidak dijaga bersih.

3. LUKA TERHIRIS

• Luka yang mempunyai tepi yang licin atau bergeriji.

• Luka yang dalam boleh merosakkan saraf, salur darah besar dan tisu
lembut yang lain

• Boleh berdarah dengan banyak.

4. LUKA TERKOYAK

• Satu luka dimana sebahagian kulit atau tisu lembut telah separa atau
seluruhnya terkoyak.

5. LUKA TERTIKAM

• Luka yang terhasil apabila kulit tercucuk oleh objek yang runcing
seperti paku, serpihan kaca atau pisau.

• Luka tertembak - luka tembus


• Objek yang menembusi satu bahagian badan akan menghasilkan dua
luka - satu dititik masuk dan satu dititik keluar.

B. LAPIKAN DAN BALUTAN.


• Bantu mengawal pendarahan dan mengelakkan jangkitan.

• Bebat- pelapik yang diletakkan diatas luka untuk meresap darah dan
mengelakkan infeksi

• Pembalut segitiga- menutup luka atau untuk menetap kedudukan


bebat atau splin.

• Pembalut gelung- mengawal pedarahan (Pembalut tekanan)

C. MERAWAT KECEDERAAN TISU LEMBUT.


• Kebanyakan luka tertutup seperti lebam tidak memerlukan rawatan
perubatan yang isitimewa.

• Tekanan secara langsung- mengurangkan pendarahan

• Menaikkan bahagian yang cedera- mengawal kesakitan dan


bengkak

• Elakkan si mangsa daripada kesejukan atau kepanasan

• Yakinkan dan tenangkan si mangsa

D.TANDA-TANDA PENDARAHAN DALAMAN


• Sakit, bengkak,lebam atau kekerasan di bahagian badan ,
contohnya abdomen.

• Denyutan nadi cepat dan lemah

• Kulit terasa sejuk / basah / menjadi pucat / kebiruan.

• Muntah/Batuk Darah

• Rasa sangat dahaga

• Menjadi keliru,pitam,mengantuk atau tidak sedarkan diri.

E. MERAWAT LUKA TERBUKA YANG BESAR


• Kawal pendarahan dengan meletakkan satu penutup bersih diatas
luka dan kenakan tekanan

• Naikkan bahagian tercedera-Jika tiada patah tulang


• Balutkan pembalut dengan selesa diatas bebat

• Sekiranya pendarahan masih berlaku, kenakan tekanan keatas


arteri yang berdekatan (Titik tekan)

• Panggil EMS atau bawa si mangsa ke Hospital/Klinik

• Segera membasuhkan tangan anda selepas selesai memberi


rawatan. (Kalau ada sarung tangan adalah digalakkan
menggunakannya ketika melakukan prosedur diatas.)

F. KAWAL PENDARAHAN
LANGKAH 1

• Tutupkan luka dengan bebat dan tekanan secara langsung dengan


sederhana kuat

LANGKAH 2

• Naikkan lengan di atas paras jantung.


LANGKAH 3

• Tutupkan bebat dengan pembalut gulung

Sekiranya pendarahan tidak berhenti ………….

LANGKAH 4

• Letakkan bebat tambahan


LANGKAH 5

• Tekan arteri pada tulang.

• Sekiranya pendarahan berlaku pada kaki, tekan dengan tangan


anda di mana paha menbengkok pada bahagian punggung

KECEDERAAN - KEADAAN KHAS

• Sekiranya sebahagian daripada anggota badan terkoyak atau terpotong,


Carikan bahagian anggota itu dan balutkan dalam kain kasa steril atau
sebarang bahan yang bersih. -kedalam bag plastik-dingin-ais.
• Sesuatu objek seperti pisau /serpihan kaca tertusuk dalam luka- jangan
keluarkan , letak bebat sekeliling- pelapik gelang.

• Hidung berdarah - kepala tunduk kehadapan-picit hidung-bernafas melalui


mulut

RENJATAN (SHOCK)

• Sebarang pendarahan yang teruk boleh membawa kepada satu keadaan


yang mengancam nyawa yang dipanggil renjatan.
• Renjatan ialah satu keadaan di mana sistem peredaran gagal menghantar
darah ke semua bahagian badan

TANDA-TANDA RENJATAN

• Walaupun kita selalunya tidak dapat mengesan sebab berlakunya renjatan,


Kita dapat mengenali tanda-tanda renjatan

• Kelihatan gelisah dan cepat tersinggung(Sentiasa merupakan tanda utama


bahawa badan sedang mengalami perubahan

• Tahap sedarkan diri berubah

• Kulit menjadi pucat, sejuk, basah.

• Pernafasan menjadi cepat

• Denyutan nadi menjadi cepat

CARA MERAWAT RENJATAN

Langkah-langkah :

• Suruh mangsa baring-rehat dengan selesa-mengurangkan kesakitan

• Kawal pendarahan luaran

• Selimutkan mangsa-mengekalkan suhu badan yang normal

• Tenteramkan mangsa

• Tinggikan kaki kira-kira 12 inci jika tiada kecederaan pada kepala,


leher atau spina.

• Jangan beri makanan atau minuman, kalau terlalu haus- basahkan


bibir saja
• Buat panggil kecemasan secepat mungkin-mangsa renjaatan tidak
dapat diatasi secara berkesan dengan pertolongan cemas dan
memerlukan bantuan perubatan secepat mungkin.

TERBAKAR

• Adalah satu jenis kecederaan tisu lembut yang spesifik

• Yang paling biasa ialah haba

• Bahan kimia- kelecuran

• Arus elektrik-membakar badan secara dalaman dan luaran

• Radioaktif, matahari (Sunburn)

• Keterukan luka terbakar bergantung kepada suhu punca haba dan tempoh
si mangsa terdedah, juga lokasi terbakar pada badan,saiz luka
terbakar,umur dan status kesihatan si mangsa.

LUKA TERBAKAR YANG KRITIKAL

• Yang melibatkan masalah pernafasan

• Yang melibatkan lebih daripada satu bahagian badan.

• Pada kepala, leher, tangan,kaki atau organ pembiakan

• Kanak-kanak atau orang tua (Selain daripada terbakar yang sangat kecil)

• Yang berpunca daripada bahan kimia, letupan atau elektrik

JENIS-JENIS LUKA TERBAKAR

TERBAKAR DARJAH PERTAMA. (Superficial Burn)

• Hanya melibatkan lapisan kulit yang atas sahaja.

• Kulit-merah & Kering - Sakit- Bengkak.

• Contohnya ‘Sunburn’

• Pulih dalam masa 5 hingga 6 hari tanpa meninggalkan parut kekal.

TERBAKAR DARJAH KEDUA (Partial-thickness burn)

• Melibatkan dua lapisan kulit yang atas.

• Merah dan lepuh-lepuh yang terjadi.


• Sakit dan seringkali bengkak

• Biasanya pulih dalam 3-4 minggu

• Kesan parut mungkin terjadi.

TERBAKAR DARJAH KETIGA


(Full- Thickness Burn)

• Memusnahkan semua lapisan kulit dan sebarang atau semua struktur


dibawah-lemak, otot, tulang dan saraf

• Kelihatan perang atau hitam(hangus)

• Sangat sakit atau tiada rasa sekiranya luka terbakar memusnahkan


hujung saraf.

RAWATAN UNTUK LUKA TERBAKAR

1. Hentikan Kebakaran

• Padamkan api atau keluarkan si mangsa daripada sumber kebakaran.

2. Dinginkan luka terbakar

• Gunakan air yang banyak untuk mendinginkan kawasan luka terbakar

• Jangan gunakan ais atau air sejuk (Menyebabkan kehilangan haba)

• Bahagian muka atau kawasan yang tidak dapat direndamkan dalam


air-gunakan tuala basah,kain atau pakaian basah.

3. Tutupkan luka terbakar

• Gunakan bebat yang kering dan steril atau kain bersih - balutkan pada
kedudukan tetap dengan longgar - mengelakkan udara masuk,
mengurangkan kesakitan & mengurangkan jangkitan

JENIS LUKA TERBAKAR YANG KHAS

1. BAHAN KIMIA PADA KULIT & MATA

• Lalukan air biasa dengan berterusan sehingga bantuan tiba

• Tanggalkan sebarang pakaian yang terkena bahan kimia.

2.LUKA TERBAKAR ELEKTRIK

• Jangan hampiri mangsa sehingga anda pastikan punca kuasa


elektrik dipadamkan
• Langkah-langkah 3 ‘C’

PATUT

• Anda patut melegakan luka terbakar dibawah aliran air

• Anda patut tutup luka terbakar dengan penutup yang bersih dan
kering seperti bebat steril

• Anda patut pastikan si mangsa selesa dan elakkan si mangsa


daripada kesejukan atau kepanasan

TIDAK PATUT

• Meletakkan ais secara langsung pada sebarang luka terbakar


kecuali luka terbakar yang kecil

• Menyentuh luka terbakar kecuali dengan penutup yang bersih.

• Menanggalkan helaian kain yang terlekat pada kawasan


terbakar

• membersihkan luka terbakar yang serius

• Pecahkan lepuh-lepuh

• membubuh sebarang ubat sapu pada satu luka terbakar yang


serius

You might also like