P. 1
Sej folio 1

Sej folio 1

5.0

|Views: 1,041|Likes:
Published by YiMiN94
Muzium Padi for my Bangunan Bersejarah sejarah folio 2009. Best luck on your folio. I hope this helps
Muzium Padi for my Bangunan Bersejarah sejarah folio 2009. Best luck on your folio. I hope this helps

More info:

Published by: YiMiN94 on May 06, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX or read online from Scribd
See more
See less

11/03/2010

Saya telah menemu bual seorang kakitangan kerajaan yang melawat ke tempat tersebut bersama ahli keluarganya.

Namanya Roslan bin Azizah, seorang yang peramah dan murah hati.

Dia menerima permintaan saya untuk menemu bualnya dengan sukacita. Berikut adalah sebahagian dialog dengannya. LM= Saya RA= Roslan bin Azizah

LM: Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk temu bual ini. En. Roslan, adakah ini kali pertama kamu melawat ke muzium padi ini? RA: Tidak. Saya telah melawat ke sini beberapa kali bersama keluarga saya. Muzium ini telah kami melawat sebanyak 3 kali. LM: Wao! Tidak akan keluarga kamu berasa jemu? RA: Tidak! Tidak! Mereka suka muzium ini. Mereka dapat menimba banyak pengetahuan tentang padi and peralatan-peralatan tradisional. LM: Betul. Terdapat peralatan-peralatan tradisional di sini tidak dapat dicari di tempat lain. RA: Ya. Seperti tenggiling, sisir dan kuku kambing. Selain itu, kanak-kanak suka duduk di kerusi yang bergerak itu dan meneliti lukisan tersebut. Mereka berminat dalam lukisan. LM: Oh, begitu rupanya. En. Roslan, adakah kamu bersetuju dengan saya bahawa muzium ini memang sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan? RA: Ya. Saya sangat pasti bahawa pelancong akan suka akan muzium ini. Pelbagai kemudahan penginapan dan pengangkutan awam juga disediakan di sini. Tidak susah untuk mencari muzium ini kerana terdapat papan tanda di tepi jalan. LM: Ya. Saya setuju. En. Roslan, pernahkah kamu datang ketika majlis perasmian Muzium Padi ini? RA: Tidak. Saya tidak tahu apa-apa tentang muzium ini sebelum kawan saya memperkenalkannya kepada saya. Muzium ini tidak popular lagi kerana muzium ini masih baru. Tidak ada iklan atau sebarang promosi tentang muzium ini. LM: Betul juga kata En. Roslan. Apakah yang ingin sampaikan kepada orang lain yang tidak pernah melawat ke muzium ini?

RA: Muzium Padi ini mempunyai banyak keistimewaan dan sangat unik. Seseorang yang melawat ke muzium ini dapat menimba pengetahuan yang tidak dapat didapati dalam buku teks. Melawat ke muzium ini memang menarik dan patut diamalkan sekurang-kurangnya sekali.

Biodata
Roslan bin Azizah, 36 tahun. Beliau dilahirkan pada 31 Januari 1973. Beliau merupakan seorang kakitangan kerajaan di Sekolah Jenis Kebangsaan Chong Cheng. Beliau telah mengajar selama 12 tahun. Beliau seorang yang mesra. Beliau telah menerima temu bual saya dengan sukacita. Pertuturan beliau begitu jelas dan penuh dengan tenaga. Sepanjang temu bual dengan nya, saya dapat mengetahui bahawa beliau merupakan seorang yang cinta akan keluarga serta suka melancong ke tempat- tempat yang berbeza. Beliau mempunyai 3 orang anak lelaki yang sangat berminat dengan lukisan. Mereka begitu asyik melihat lukisan-lukisan di Muzium Padi tersebut. Isteri beliau pula seorang yang pendiam. Beliau mempunyai senyuman yang manis sekali. Beliau sangat menyokong perbuatan suaminya untuk membawa anak mereka mengunjung ke muzium tersebut.

Muzium Padi ialah sebuah muzium di Gunung Keriang, daerah Alor Star. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman and penuaian padi di negeri Kedah, yang juga dikenali sebagai "Jelapang Padi Malaysia" dan turut juga menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi. Kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layanglayang, serta permainan gasing juga dipertunjukkan kepada para pelawat.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Padi_(Kedah)

Muzium Padi di Gunung Keriang merupakan salah satu destinasi pelancongan yang utama di Negeri Kedah. Di anggarkan seramai 300,000 pelancong dari dalam dan luar negara datang melancong Muzium Padi setiap tahun.

Ia dibina dengan kos yang menelan sebanyak RM 11 Juta dengan kebanyakan hiasan dan lukisan di import dari Korea.

Kesemua lukisan merupakan lukisan yang bersaiz besar dan sangat indah. Lukisan pemandangan bukit, sawah padi dan juga lukisan mengikut cuaca dan masa.

Di tingkat bawah pula terdapat sejarah mengenai barangan yang bersangkut paut dengan padi. Di tingkat atas pula terdapat pemandangan yang sungguh cantik dan berpusing. Ini kerana terdapat tempat duduk yang berpusing sambil menikmati lukisan pemandangan sawah, bukit, hujan, pelangi, kenduri dan perkampungan.

Jika di lihat dari mata kasar, ia merupakan seperti gambar kerana ia begitu unik dan cantik hasil lukisan yang di hasilkan.

Bayaran yang dikenakan : Dewasa Kanak-kanak Kamera - RM 3 - RM 1 - RM 2

http://www.spcity.com.my/muziumpadi/

Maklumat Muzium padi: http://www.asiaexplorers.com/malaysia/kedah_rice_museum.htm Maklumat Muzium padi: http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=muziumpadi Maklumat Muzium padi: http://www.mymalaysiabooks.com/Kedah/kedah.htm Kedudukan muzium padi: http://wikimapia.org/64608/Muzium-padi

Pada hari 12 Disember 2008, saya telah melawat ke Muzium Padi dengan ahli keluarga saya. Kami bertolak pada pukul 8 pagi. Kami bersinggah di kawasan rehat Gurun untuk 15 minit. Kami tiba pada pukul lebih 9.45 pagi. Setelah membeli tiket, kami pun masuk ke dalam. Kami tidak membawa kamera ke dalam. Kami terus memanjat tangga ke atas tingkat pertama. Di situlah kami duduk di atas kerusi yang disediakan dan menikmati lukisan yang dipamerkan. Lukisan hasil karya pelukis sangat mengagumkan kami sekeluarga. Selapas itu, kami sekeluarga melalui sebuah binaan seperti gua yang bercahaya suram. Tingkat yang seterusnya benyak menyimpan alat-alat pertanian silam, seperti tenggiling, sisir, kuku kambing serta kapok. Terdapat peralatan-peralatan yang kami tidak pernah nampak. Kami juga dapat menampak alat menangkap ikan yang hampir pupus. ‘Orang-orang’ juga ditunjukkan kepada orang ramai.

Seterusnya, kami melawat ke kedai cenderamata lalu pulang ke rumah. Saya berasa sangat gembira kerana saya telah dapat menimba pengetahuan tentang padi. Ini merupakan suatu pengalaman yang sangat berguna.

Senarai Kandungan
Tajuk Muka surat

Tajuk kajian

Senarai kandungan

Penghargaan

Objektif kajian

Kaedah kajian

Hasil kajian i) Nama bangunan ii) Latar belakang bangunan iii) Keistimewaan bangunan iv) Pengubahsuaian bangunan Rumusan

Lampiran

Rujukan

Penghargaan
Bersyukurlah ke hadrat tuhan kerana dengan keizinan-Nya maka terhasillah sebuah kajian tentang Muzium Padi di Gunung Keriang, Alor Setar. Sesungguhnya sepanjang kajian ini

dijalankan, berbagai-bagai peristiwa dan cabaran telah saya lalui. Ramai orang telah membantu saya dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Dengan ini, izinkanlah saya diruang ini untuk menyampaikan penghargaan kepada mereka.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu En. S. Dhevasenapathy yang telah memberi penerangan, tunjuk ajar dan bimbingan beliau sehingga terhasilnya folio ini. En. S. Dhevasenapathy telah memberi pelbagai tunjuk ajar, maklumat dan nota-nota tentang tajuk kajian ini supaya saya dapat menjalankan kajian ini dengan lancar.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada bapa saya iaitu En. Lim Poh Ho dan ibu saya Pn. Ng Ah Lang yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi sokongan, dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugas ini.

Selain itu, saya sangat bersyukur atas bantuan orang sumber saya, iaitu En. Roslan bin Azizah yang sudi menerima temu ramah saya dan memberi kerjasama serta bantuan dengan memberikan maklumat tentang Muzium Padi. Perpustakaan sekolah kami juga mempunyai banyak buku-buku yang berfaedah dan berguna untuk kajian ini. Oleh itu, terima kasih yang tidak terhingga disebutkan kepada guru besar, En. Tan Teik Seong and juga guru Pn. Ng Ai Pheng.

Akhir sekali, kepada rakan-rakan saya, Chiew Yee Xin, Chang Han Dian dan juga Wong Wei Mei, ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala cadangan, tunjuk ajar dan bantuan yang telah mereka kongsikan bersama.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa menyiapkan kerja kursus ini. Segala jasa baik mereka tidak terbalas rasanya dan akan dijadikan panduan masa depan. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka semua.

Objektif kajian
Kajian Sejarah Tempatan ini merupakan kajian tentang ‘Bangunan Bersejarah di Malaysia’. Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif tersebut. Menguasai teknik membuat kajian Saya telah mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir serta mensintesis dan merumus maklumat dan fakta-fakta yang berkaitan dengan Muzium Padi ini. Saya dapat mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan membantu saya membuat kajian yang berilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Mengenali dan memahami sejarah perkembangan bangunan tersebut

Dengan itu, saya dapat memperihalkan tentang latar belakang yang merangkumi aspek asal-usul dan sejarah Muzium Padi. Saya dapat menceritakan tentang lokasi dan fungsi Muzium Padi tersebut. Saya dapat mengetahui lebih lanjut dengan bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia. Berbangga terhadap pengamalan budaya. Dengan membuat kajian ini, saya dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga dalam kalangan generasi muda. Saya berasa sangat bangga melihat pengalaman budaya di Negara ini. Saya juga sedar bahawa para petani bersusah-payah untuk menanam padi serta . Saya akan lebih menghargai makanan saya kelak.

Kaedah Kajian
Untuk menjalankan kajian ini, saya telah mengambil beberapa kaedah yang dapat membantu saya untuk menyiapkan kajian. Kaedah lisan Pertama sekali, saya telah menemu ramah beberapa orang pelancong yang melawat ke Muzium Padi untuk mendapatkan maklumat. Mereka, terutamanya En. Roslan telah memberi kerjasama yang memuaskan. Saya dapat beberapa maklumat yang berguna kepada kajian saya. Kaedah bertulis Di samping itu, pelbagai maklumat dan fakta yang berkaitan dengan Muzium Padi telah diperolehi melalui buku ilmiah di bilik sumber sekolah kita. Saya telah melayari internet untuk mencari maklumat yang dapat dimuatkan dalam kajian ini. Saya berputus untuk menggunakan maklumat dan gambar- gambar dari laman-laman web yang berbeza. Lawatan dan Pemerhatian

Saya dan beberapa orang ahli keluarga telah melawat ke tempat kajian tersebut pada 12 Disember 2008. Saya dapat meninjau setiap sudut bangunan yang terdapat dalam linkungan kawasan Muzium Padi. Saya juga telah membuat pemerhatian tentang peralatan-peralatan menuai padi dan jenis-jenis padi di situ.

Hasil Kajian
1.0 1.1 Nama Bangunan ~PENGENALAN~
Muzium Padi di lembah Gunung Keriang merupakan tempat pelancongan yang sangat unik di Kedah.

2.0 2.1

Latar Belakang ~PENGASAS ~
Muzium ini diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad

dan dirasmikan oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri Kedah pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425 hijrah.

2.2

~LOKASI~
Muzium Padi ialah sebuah muzium di Gunung Keriang, daerah Alor Star, postcode

06570, Kedah. Muzium ini dibina di tapak seluas 12 000 meter persegi dengan ketinggian 20.5 meter. Muzium Padi ini kini menjadi tarikan utama pelancongan di Kedah, yang turut dikenali sebagai Jelapang Padi Malaysia. Ini adalah muzium padi pertama di Malaysia, dan yang keempat dibuka di dunia setelah Jepun, Jerman dan Filipina. Muzium ini dijangka berupaya meningkatkan jumlah pelancong datang ke negeri ini. Kedudukan muzium yang terletak berhampiran dengan Gunung Keriang sangat sesuai kerana gunung ini satu ketika dahulu pernah menjadi tempat pengeluaran baja. Persekitaran muzium ini dikelilingi sawah bendang dan perkampungan Melayu yang ada daya tarikan tersendiri.

2.3

~TUJUAN PENUBUHAN BANGUNAN~
Muzium ini mengambarkan sejarah, cara hidup dan keunikan musim penanaman padi di

Kedah Darul Aman. Muzium ini juga menerangkan kegiatan penanaman dan penuaian padi di negeri Kedah serta menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi. Muzium Padi menghimpunkan pelbagai peralatan dari seluruh dunia. Pembinaan Muzium Padi ini sebagai

menghormati aktiviti penanaman padi yang menyumbang kepada sejarah dan sosio ekonomi penduduk di Kedah khasnya dan Malaysia amnya. Pembinaan Muzium Padi ini juga bertujuan menyimpan segala peralatan menuai padi dan berjenis-jenis spesies padi yang terdapat di dunia. Bagi generasi muda kini, ini peluang keemasan untuk mengenali alat-alat membajak tanah dan membersihkan sawah seperti penggunaan kerbau, tenggala, sisir, kuku kambing, tajak, pisau mengerat, ketam, tudung kepala daripada mengkuang, tong dan layar serta alat pengangkutan yang disebut ‘anok’’. Kerajaan Kedah juga berpendapat bahawa muzium ini dapat mengekalkan kedudukan negeri ini sebagai ‘Jelapang Padi’ Negara.

2.4

~KOS DAN TARIKH PEMBINAAN ~
Muzium Padi ini dibina dengan kos yang menelan sebanyak RM 11 Juta dengan

kebanyakan hiasan dan lukisan di import dari Korea. Muzium ini bernilai RM24 juta dibina secara berperingkat-peringkat pada tahun 1994. Muzium ini pernah diabaikan untuk beberapa bulan sebelum muzium ini disiapkan.

2.5

~ PERASMIAN ~
Muzium ini dirasmikan oleh Sultan Kedah, iaitu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah

pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425 hijrah.

3.0 3.1

Keistimewaan Bangunan ~KEISTIMEWAAN~
Rekaan Muzium Padi ini berbentuk gemai padi (padi sudah diketam yang diikat) dan

mempunyai sebuah bangunan utama dan enam bangunan sampingan di kelilingnya. Bangunan muzium tiga tingkat itu mempunyai ruang pameran di tingkat bawah bagi mempamerkan pelbagai peralatan menanam dan menuai padi tradisional. Tingkat pertama dihiasi lukisan mural yang menggambarkan sejarah penanaman padi dan masyarakat petani yang membuat kerja bersawah pada zaman dulu. Terdapat juga sejarah mengenai barangan yang bersangkut paut dengan padi. Tingkat atas pula mengandungi lukisan panorama yang mempamerkan keindahan perkampungan sekitar Gunung Keriang selain aktiviti menanam padi. Pengunjung pasti terpegun melihat lukisan di ruang panorama yang menggambarkan kegitan bersawah dan kampung tradisional Melayu di sekitar Gunung Keriang itu. Lukisan itu dapat membuatkan pengunjung berasakan dirinya seolah-olah sedang berada di atas puncak bukit dan melihat sebuah perkampungan petani di bawahnya. Lukisan hasil karya

60 orang pelukis dari Korea Utara ini menunjukkan sejarah penanaman padi di Malaysia yang pastinya akan meninggalkan kenangan yang tidak mudah dilupakan. Panorama tanaman padi dalam bentuk mural dan lanskap ini berketinggian 8 meter dan 103 meter panjang. Mural ini adalah salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Jika dilihat dari mata kasar, ia merupakan seperti gambar kerana ia begitu unik dan cantik hasil lukisan yang dihasilkan. Pengunjung boleh duduk di atas kerusi yang disediakan di atas lantai bergerak yang berpusing mengikut edaran jam bagi menikmati lukisan yang dipamerkan di sekeliling dinding berkenaan seperti pemandangan sawah, bukit, hujan, pelangi, kenduri dan perkampungan. Mural pertama memberi gambaran sejarah padi di zaman dahulu. Pameran di galeri ini memuatkan bahan-bahan sejarah padi. Mural di galeri dua menonjolkan bahan-bahan dari corak kain yang dijadikan lukisan. Mural galeri ketiga pula adalah lukisan pemandangan sekitar Tasik Pedu dan empangan yang membekalkan air untuk tanaman padi di Kedah. Berikutnya mural keempat, iaitu pemandangan sawah pada awal pagi di musim membajak dan mural kelima pula lukisan serbuk batu berwarna. Susunan serbuk batu dijadikan lukisan yang setiap satu dihasilkan dalam masa tiga bulan oleh dua pelukis. Peta Malaysia pula diperbuat daripada kain baldu. Mural galeri keenam menggambarkan keceriaan dan perpaduan hidup rakyat Malaysia terutama penduduk negeri ini. Jika diteliti akan dapat menatap wajah pemimpim-pemimpin kerajaan yang ada. Semua galeri ini dimuatkan dengan peralatan tanaman padi, penjagaan padi, peralatan menuai dan memproses padi dari dalam dan luar Negara padi dari dalam dan luar Negara selain hal-hal yang ada kaitan dari aspek budaya dan kepercayaan. Pengunjung akan melalui sebuah binaan seperti gua yang bercahaya suram serta mempunyai bunyi desiran air sewaktu menaiki tangga dari tingkat satu ke tingkat atas. Suasana sebegini pastinya akan menarik pengunjung ke situ.

Generasi muda kini tidak lagi mengenali peralatan pertanian silam seperti tengiling, sisir, kuku kambing serta kapok atau jelapang. Di muzium ini banyak peralatan lama dipamerkan kepada orang ramai. Misalnya, anok iaitu pedati yang dibuat daripada kayu dan ditarik oleh kerbau. Generasi muda sekarang pasti tidak pernah melihat alat seperti ini. Aras-aras lain dibina dengan bentuk unik dengan enam mural. Setiap mural mengandungi mini galeri yang dihiasi dengan lukisan yang berbeza tetapi berkaitan dengan sejarah dan geografi teknologi padi. Turut dipamerkan ialah alat menangkap ikan yang hampir pupus iaitu sepila, tuar, bubu serta tangkul. Pengunjung juga boleh mengenali ikan dalam sawah seperti puyu, sepat, haruan dan keli. Pelancong juga boleh bergambar dengan ‘orang-orang’ iaitu patung manusia yang digunakan untuk menakutkan musuh padi seperti burung. Ada juga boleh memakai pakaian pesawah untuk diabadikan sebagai kenangan. Kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layanglayang, serta permainan gasing juga dipertunjukkan kepada para pelawat. Muzium itu mampu menjadi tarikan pelancong dalam dan luar Negara kerana muzium ini adalah satu-satunya di Malaysia. Pembinaan muzium yang lengkap dengan kemudahan moden termasuk hotel bertaraf lima bintang dengan 110 bilik mampu menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada pelancong yang semakin bertambah ke gunung itu. Amatlah wajar sebuah muzium seumpana itu menjadi kunjungan para penduduk tempatan. Begitu juga dalam kalangan para pelancong dari dalam dan luar Negara, tentang betapa kerajaan Kedah mengenang jasa dan pengorbanan petani-petani yang terdahulu menabur keringat mereka untuk seluruh rakyat di Negara ini.

Kewujudan muzium seumpama itu memperlihatkan komitmen kerajaan begitu bersungguh-sungguh terhadap penanam padi melalui beberapa proses yang banyak menggunakan tenaga pesawah sendiri di peringkat awal. Pembinaan muzium seumpama itu merupakan usaha yang berkesan dalam mengekalkan warisan sejarah peradaban bangsa untuk diperlihatkan oleh generasi yang semacam kehilangan peralatan tradisi yang pernah dimiliki dan diusahakan oleh nenek moyang mereka. Setelah puas melawat ke semua galeri, kamu boleh mendapatkan kenangan atau buah tangan di kedai cenderamata. Kedai cenderamata ada menjual barangan seperti baju "T", alat tulis, dan kraftangan. Disarankan juga anda mencuba makanan tradisi seperti sagon, karas dan lain-lain kerana makanan-makanan ini semakin jarang didapati. Semua makan ini dihasilkan oleh anak-anak Kedah sendiri dengan harga yang berpatutan.

4.0 4.1

Pengubahsuaian Bangunan ~PENGUBAHSUAIAN~
Tidak pernah membuat pengubahsuaian.

4.2

~HIASAN DALAMAN~

Bangunan ini mempunyai senibina yang unik dengan gambaran seperti padi yang telah dituai. Motif padi turut digunakan di seluruh bangunan muzium ini, di tangga, pintu masuk muzium dan pagar mengelilingi kawasan ini.

5.0 5.1

Maklumat Muzium Padi ~Bayaran yang dikenakan~
Pelancong yang melawat ke Muzium Padi perlu membayar tiket yang berharga RM 3

untuk orang dewasa manakala kanak-kanak hanya perlu membayar tiket yang berharga RM 1. Setiap kamera yang dibawa hendaklah dikena bayaran RM 2.

5.2

~Waktu Operasi~
Waktu operasi Muzium Padi pada hari Sabtu hingga hari Khamis ialah dari 9:00 pagi

hingga 5:00 petang. Pada hari Jumaat, waktu operasi pula bermula pada 9:00 pagi hingga 12:30 tengahari serta 2:30 Petang hingga 5:00 petang.

5.3

~Maklumat lanjut~

Jika kamu berminat ingin melawat ke muzium tersebut. Alamat adalah seperti berikut: Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman Lebuhraya Daru Aman, Bakar Bata, 05100 Alor Star,Kedah Darul Aman.

5.4

~Nombor telefon~

Kamu boleh menelefon Muzium Negeri Kedah pada talian 04-733 1162 atau 04-735 1315 serta fax ke 04-730 5100.

Rumusan
Saya sangat bersyukur kerana telah selesai melaksanakan kerja kursus dalam tempoh masa yang ditetapkan, Dalam melaksanakan kerja kursus ini, banyak pengetahuan dan nilai yang saya perolehi dan dipelajari.

Saya dapat pengetahuan tentang bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia. Oleh itu, sebagai generasi yang masih hidup di zaman nan moden dan aman ini, saya mesti menghargai nikmat pemberian tuhan yang dikecapi dalam berusaha mengekalkan bangunan-bangunan tersebut. Untuk mengekalkan keamanan, kita harus sedar bahawa kerjasama, persefahaman dan tolak ansur sangat penting untuk menanam keamanan di negara kita.

Di samping itu, muzium kita mempunyai keunikan yang tertentu yang dapat menarik minat etnik lain dan pelancong asing untuk datang ke negara kita. Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum lain dengan kaum di negara kita. Secara tidak langsung, persefahaman antara Negara juga dapat dipupuk.

Dalam melaksanakan kerja kursus ini, saya dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan dan kerja sama antara rakan-rakan dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan sempurna dan kemas. Saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyelidikan dan meningkatkan kemahiran komunikasi antara satu sama lain.

Lampiran

Rajah 1: Pelan (Padangan dari udara)

Alat-alatan yang digunakan semasa menuai padi

Gambar 1: bajak

Gambar 2: Kuku kambing

Gambar 3: Kelewang

Gambar 4: Sabit

Gambar 5: Parang

Gambar 6: Pedati

Gambar 7 & 8: Pencakar

Gambar 9 & 10: Tenggala

Gambar 11: Tajak

Gambar- gambar yang lain

Gambar 12& 13: Suasana menuai padi

Gambar 14 & 15: Tumbuhan padi

Gambar 16: Mesin menuai padi

Rujukan
Buku Ilmiah Sabariah Abdullah, Norzehan Mat Yusoff, 2006. MUZIUM-MUZIUM LAIN. Kuala Lumpur: NUR ILMU PUBLICATIONS. Mohd. Azhar Zakaria, 2007. Info Malaysia. Melaka: Pustaka Ilham Ghazali Lateh, 2006. Fakta Sejarah 4. Selangor: PEKAN ILMU PUBLICATIONS SDN. BHD.

Orang Sumber En. Roslan bin Azizah, 36 tahun, E5, Perumahan Awam 2, Jalan Pantai Murni, 06900 Yan, Kedah.

Melawat Tempat Kajian Muzium Padi, Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman, Lebuhraya Daru Aman, Bakar Bata, 05100 Alor Star, Kedah Darul Aman.

Internet Maklumat Muzium Padi, http://www.asiaexplorers.com/malaysia/kedah_rice_museum.htm Maklumat Muzium Padi, http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=muziumpadi Maklumat Malaysia, http://www.mymalaysiabooks.com/Kedah/kedah.htm Kedudukan Muzium Padi, http://wikimapia.org/64608/Muzium-padi Pakej Percutian Malaysia, http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=muziumpadi

Bagaimanakah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah Dapat Memupuk Semangat Cintakan Warisan Bangsa dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Kini , bangunan-bangunan di negara kita semakin dilupakan oleh masyarakat. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah supaya dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebenarnya, kita seharusnya berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana negara kita mempunyai seni binaan yang unik seperti Muzium Padi dan juga seni binaan Eropah tertua yang masih tinggal di Asia, iaitu bangunan kota A Famosa yang dibina oleh Portugis di Melaka. Oleh itu, kita harusnya menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara yang berani dan sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Secara tidak langsung, perkara ini dapat menimbulkan perasaan bangga dengan sejarah negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah akan menyemaikan semangat setia negara dalam jiwa setiap insan kerana bangunan bersejarah di negara kita telah banyak meninggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikerang seperti bangunan Kota A Famosa yang pernah dijadikan sebagai kubu pertahanan Portugis semasa menguasai negeri Melaka. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita betapa susahnya mereka untuk membina bangunan Kota A Famosa. Pembangunan Muzium Padi ini pula dapat mengingatkan kami tentang status Kedah sebagai “Jelapang Padi Malaysia”.

Secara implisit, kita akan lebih cinta akan bangsa dan negara serta bersyukur sebagai warganegara Malaysia. Kita juga akan lebih bersatu padu supaya tidak lagi dijajah atau diancam oleh kuasa asing. Dalam proses pembangunan serta pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi. Semangat bersatu padu dan berharmoni akan terbentuk sekiranya rakyat saling bertolak ansur dan bertoleransi semasa melaksanakan sesuatu bersama-sama. Di samping itu, proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga akan mewujudkan sikap rajin dan gigih. Secara tidak langsung, sikap berdikari serta sikap tabah menghadapi cabaran akan disemai setelah mengharungi pelbagai cabaran selama proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyokong dan melibatkan diri dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah agar dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan ini, generasi yang akan datang dapat mengetahui kewujudan bangunan bersejarah serta berusaha untuk mengekalkannya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->