You are on page 1of 39

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan PJM 3112

ISL 1

Konsep Pengelolaan, Pengurusan dan Pentadbiran

Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 722 : Perihal mengelolakan, pengarahan dan pengawalan serta pengurusan penyelenggaraan.
Merangkumi :

Jangkaan keperluan kewangan. Padang atau gelanggang. Jam setiap permainan. Makanan dan minuman. Keperluan pengangkutan. Keperluan pegawau perubatan. Sumber kewangan. Sambutan penonton.

Stoner (1984): Satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Denyer (1977) : Proses mengarah dan mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan dan pengarahan terhadap tugas-tugas kakitangan.

* Keperluan mengurus
Kewujudan sebuah organisasi formal. Matlamat organisasi yang jelas. Organisasi diketuai oleh seseorang.

* Proses yang terlibat


Perancangan : Aktiviti menetapkan matlamat. Pengelolaan : Pembahagian tugasan secara saintifik. Memimpin : Kerjasama antara ketua dengan anggota bawah. Pengawalan : Menilai dan melaporkan kerja yang dijalankan.

FALSAFAH Pengurusan Pendidikan Jasmani : Satu aktiviti mentadbir dan mengelola untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi JERIS. Pengurusan sukan : Mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat yang membawa kebaikan kepada manusia sejagat serta memupuk toleransi dan perpaduan.

Kesimpulan : Bertujuan untuk menguruskan aktiviti fizikal ke arah pembentukan masyarakat yang sihat, cergas dan mengutamakan gaya hidup sihat.

PRINSIP
Pengurusan Pendidikan Jasmani Dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Melahirkan masyarakat yang menjadikan senaman sebagai rutin harian. Pengurusan Sukan Membolehkan seseorang memperoleh sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup. Menggalakkan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai yang dapat mewujudkan persaingan sihat dan mengeratkan perhubungan sosial.

Melahirkan masyarakat yang dapat mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai aktiviti fizikal.

Keperluan asas manusia merangkumi pelbagai faktor daripada keperluan fisiologi kepada kepuasan mutlak diri.

CONTOH AKTIVITI

Merancang

Memecat

Menilai

Menyemak

Mengetuai

Mengurus kakitangan

Memotivasikan

Membetulkan

Dimock (1979) : Satu proses tentang apa dan bagaimana tugas sesebuah pertubuhan dikendalikan.
Shukur (1988) : Memberi penumpuan kepada hal-hal yang berhubung dengan pembahagian kerja dan penyelarasan perhubungan untuk melahirkan kecekapan dalam organisasi. Siondang (1981): Keseluruhan proses kerjasama antara dua orang atau lebih yang didasarkan atas rasional tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan.

FUNGSI PENTADBIRAN (mengikut L . Gulick dan L . Urwick 1959) Fungsi Merancang Penerangan Menentukan perkara yang mesti dilakukan dan cara melaksanakannya.

Mengelola Mengisi tenaga


Mengarah

Membentuk satu struktur formal tentang pembahagian kuasa dalam menyempurnakan tugasan dan aktiviti yang dirancang. Fungsi tenaga pekerja.
Tugas membuat keputusan dan memberikan arahan serta tunjuk ajar kepada kaki tangan.

Menyelaras Mengawal tindakan setiap unit atau bahagian dalam organisasi. Melapor Menyampaikan maklumat kepada pihak atasan dan bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian Menerangkan urusan belanjawan dari segi peruntukan, perbelanjaan dan kawalan.

Menerang belanjawan

PUSINGAN FUNGSI PENTADBIRAN

Merancang

Menilai

Membuat keputusan

Mengawal

Komunikasi

DEFINISI
PENGURUSAN - Pengarahan, pengawalan, pengelolaan dan penyelenggaraan. Pengurusan juga didefinisikan sebagai gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawaian, pengurusan bajet, kepimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

- Proses menyempurnakan sesuatu tugasan dengan cekap dan berkesan melalui individu lain. (Robbins dan Decenzo, 2001) - Mendefinisikan pengurusan dalam dua dimensi iaitu menggambarkan pengurus dalam organisasi dan melihat apa yang pengurus lakukan (Dessler, 2001)

- Mencapai matlamat organisasi dengan cekap dan berkesan melalui proses perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan sumber-sumber organisasi. (Daft, 2000)

PENGELOLAAN - Usaha-usaha dalam pengurusan yang berperanan menetapkan jenis tugas dan mengenalpasti sumber. - Satu proses yang membabitkan dua atau lebih manusia menggembleng tenaga dan sumber untuk mencapai tujuan tertentu

PENTADBIRAN - Satu proses yang melibatkan perancangan, pengelolaan, bimbingan dan kawalan ke atas sumber-sumber yang wujud untuk menghabiskan kerja yang diharapkan atau untuk mengarahkan program kepada pencapaian matlamat-matlamat tertentu. (Leith, 1990)

- Koordinasi aktiviti oleh individu dalam kumpulan yang tersusun melibatkan pengurusan kakitangan, perancangan organisasi, penghasilan dan perhubungan awam. (Daughtrey & Woods, 1976) - Satu proses atau keadaan yang melibatkan dua atau lebih individu menggembleng tenagan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

SKOP PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Pengelolaan merupakan satu proses yang membabitkan dua atau lebih manusia menggembleng tenaga dan sumber untuk mencapai tujuan tertentu

Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan menguruskan mata pelajaran Pendidikan Jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang diharapkan.

Membahagikan Tugas Secara Spesifik

Pembahagian Tugas Berdasarkan Kumpulan /Unit Kecil

Memberikan Autoriti dan Tanggungjawab

Mengkoordinasi Sumber Organisasi

Menentukan Span of Management

Tindakan yang diambil akan lebih berkesan Menggunakan segala sumber yang anda dengan lebih efektif dan efisien Membantu dan memudahkan proses meletak tugasan dan tanggungjawab kepada individu yang berkenaan Membantu mewujudkan satu sistem pelaksanaan dan pengawalan yang berkesan

SKOP PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

SKOP PENGURUSAN PJ & SUKAN


1. Dasar Sukan 2. Langkah Pembangunan Sukan 3. Kelebihan Sukan 4. Pembinaan Kualiti Sahsiah

1. Dasar Sukan
Pergerakan sejajar dengan Dasar Sukan Negara. Jentera Penyelaras - menentukan hubungan yang lebih rapat di kalangan persatuan sukan tempatan. Perancangan semua kemudahan dan peralatan sukan hendaklah diselenggarakan dengan baik dan diperlengkapkan dengan sewajarnya. Golongan masyarakat bergiat cergas untuk untuk meningkatkan pengetahuan dan amalan yang sihat dalam pendidikan. Langkah masyarakat yang berdisiplin dan bersepadu melalui penyertaan yang lebih luas dan peluang yang lebih baik dalam bidang sukan. Program Sukan - sentiasa mendapat pengiktirafan, penghormatan supaya sentiasa bergerak secara bersepadu dan terpimpin. Pertingkat kualiti sukan supaya menjadi kebanggaan.

2. LANGKAH PENINGKATAN SUKAN


Selaras Penglibatan sesetengah golongan masyarakat disebabkan oleh beberapa faktor. Sistem latihan yang perlu diselaraskan. IPTA dan pendidikan tinggi digerakkan supaya mencapai peringkat kebangsaan. Langkah melaksana, menilai dan menyusun strategi dan program memaju dan membangunkan sukan. Komitmen - mewujudkan seminar, kursus, dan bengkel dalam dan luar negara untuk meningkatkan komitmen yang cergas di kalangan pegawai sukan dan kakitangan. Kerjasama beberapa program latihan sukan juga diadakan hasil daripada kerjasama yang wujud. Perkembangan yang sihat untuk mengembangkan program kegiatan sukan di kalangan belia tanah air.

3. KELEBIHAN SUKAN
Secara individu, sukan dapat menyumbangkan pembentukan sahsiah, meningkatkan tahap kesihatan, kecergasan dan kesejahteraan fizikal. Penggunaan masa lapang secara berfaedah dan dapat mengurangkan tekanan hidup moden. Mewujudkan interaksi sosial yang bermakna dan berjaya memperluaskan lagi perkembangan kemahiran asas dalam bidang sukan. Kegiatan sukan secara menyeluruh akan mencegah jenayah di kalangan remaja dengan penggunaan masa secara berkesan. Memupuk dan menjalinkan ikatan persahabatan yang abadi dan berkekalan di kalangan anggota masyarakat yang berbilang kaum.

4. PEMBINAAN KUALITI SAHSIAH


Moral - peranan yang dimainkan oleh jaguh, pakar, kaum pelajar, dan pendidik dalam sukan secara aktif menggalakkan pembinaan kualiti fizikal sesuai memenuhi hasrat negara. Meningkatkan produktiviti dan pembangunan negara. Kekurangan sentiasa membuat perubahan dan penambahbaikan untuk mengatasi kekurangan pendekatan saintifik dalam latihan, kekurangan jurulatih dan pegawai yang bertauliah. Galakan calon calon yang yang mempunyai kehandalan dan bakat dalam bidang dan kegiatan ko kurikulum,termasuk sukan, sentiasa diberi pertimbangan untuk memasuki sesetengah pusat pengajian dengan syarat mempunyai kelayakan dalam akademik.

Nadi peranan sukan di dalam masyarakat diperlihatkan dengan guru sebagai pengganti pemimpin negara pada masa hadapan. Budaya hidup sentiasa diteruskan secara bersepadu melalui latihan yang sistematik di kalangan pelbagai pihak. Kesungguhan dan usaha membantu perkembangan sukan sebagai budaya masyarakat.

Sosial alat integrasi, mengasah bakat, menyekat masalah sosial


terutama di kalangan remaja. Kecemerlangan yang cemerlang di kalangan remaja.

SKOP PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Dimock (1979), menyatakan pentadbiran sebagai suatu proses tentang 'apa' dan 'bagaimana' tugas (fungsi) sesebuah pertubuhan dikendalikan.'apa' adalah isi penting kepada pengelolaan organisasi seperti pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu. 'bagaimana'adalah teknik-teknik pengurusan dan prinsip-prinsip yand digunakan ke arah pencapaian matlamat organisasi. Kamus Dewan Edisi ke empat menyatakan pentadbiranbermaksud, perbuatan mentadbirkan, pengelolaan, pengurusan dan pemerintahan. Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory, menyatakan bahawa pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.

Pentadbiran didefinisikansebagai proses yang melibatkan perancangan, pengelolaan, bimbingan dankawalan ke atas sumber-sumber yang wujud untuk menghabiskan kerja yang diharapkan atau mengarahkan program kepada pencapaian matlamat tertentu (Wee Eng Hoe) Unsur kepimpinan ditambah oleh Newman (1963) bagi melengkapkan idea proses pentadbiran Daughtrey & Woods (1976) menyatakan, pentadbiran merupakan koordinat aktiviti oleh individu dalam kumpulan yang tersusun. Pentadbiran melibatkan pengurusan kakitangan, perancangan,organisasi, penghasilan dan perhubungan awam.

DEFINISI PENTADBIRAN

Walker (1997),menyatakan pentadbiran sebagai satu proses untuk menyelaraskan aktivitiaktiviti organisasi melalui pembentukan matlamat danpolisi dan menentukan langkahlangkah yang perlu diambil untuk mencapainya

Pentadbiran membimbing tindakan individu dalam organisasi untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan.

Organisasi berperanan untuk membekalkan struktur dan sistem pentadbiran bagi mencapai matlamat sebuah kumpulan.

*organisasi sebagai pelan perbuatan manakala pentadbiran berfungsi sebagai tindakan yang berbentuk perbuatan.

TUJUAN PENTADBIRAN DAN PEMBENTUKAN ORGANISASI Perancangan organisasi Delegasi Bilangan Paras organisasi

Kedudukan dalam pentadbiran Objektif organisasi

CONTOH ORGANISASI

PENGARAH

P.PENGARAH

PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM

PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN

PENTADBIRAN ORGANISASI

* Unsur kepimpinan ditambah oleh Newman (1963) bagi melengkapkan idea proses pentadbiran.
AKTIVITI KEPIMPINAN PENGURUSAN

Agenda utama organisai (Tugas pengarah)

Menetapkan hala tuju (objektif , visi, misi, tentukan strategi alternatif organisasi):

Merancang dan menyediakan langkah-langkah dan jadual tugas serta membahagikan sumber kepada unitunit tertentu.

Sumber: Mohd Salleh Aman. Asas Pengurusan Sukan

LAISSEZ-FAIRE - Membiarkan organisasi berfungsi sendiri. - Membolehkan individu dalam organisasi melakukan apa sahaja di ingini. JENIS-JENIS PENTADBIRAN

AUTOKRATIK - Pemerintahan kuasa mutlak. - Menggunakan kuasa dan autoriti untuk mengawal semua individu dalam organisasi.

DIKTATOR - Ketua berpernan penting. - Kakitangan bergantung kepada ketua.

EKLEKTIK - Menggabungkan pendekatan laissez-faire dan autokratik. - Menggunakan jenis pentadbiran yang berlainan ikut situasi.

KONSEP-KONSEP ASAS PENTADBIRAN *KUASA - kebolehan mempengaruhi orang lain mengikut hala tuju yang diingini. Sumber kuasa a- Asas Sosial -Kuasa yang sah, kuasa kepakaran, kuasa rujukan, kuasa ganjaran dan kuasa paksaan.

b- Asas Informasi

Kuasa yang sah -Wujud disebabkan nilai budaya dan struktur sosial. (ketua mempunyai kuasa) -Kuasa wujud dalam dua bentuk. Kuasa ke atas dan kuasa ke bawah. - cth: kuasa ke bawah (ketua membuat peraturan) Kuasa ke atas (seorang pustakawan meminta guru memasukan butir peribadi sebelum memasuki perpustakaan) Kuasa kepakaran -Seseorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang. Kuasa rujukan -berasaskan sifat-sifat yang berkarisma seorang pemerintah.

Asas informasi -Individu yang mempunyai lebih banyak informasi mampu mempengaruhi pemikiran individu lain.

Kuasa ganjaran - seseorang individu mempunyai keupayaan untuk memotivasikan orang bawahan dengan ganjaran kenaikan pangkat.
Kuasa paksaan - kuasa ini mengakibatkan kakitangan bawahan mengikut arahan walaupun tidak bersetuju.

Rujukan
a) Buku rujukan
Fouzee H.A. (1989). Panduan Pengelolaan Sukan dan Permainan. Penerbit Siri Maju Sdn. Bhd. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (1990). Pentadbiran Pendidikan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Pengelolaan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Open Universiti Malaysia. Wee Eng Hoe,(1994) Organisasi dan Pentadbiran Sukan dan Pendidikan Jasmani. Fajar Bakti Sdn.Bhd, Shah Alam. Omardin Ashaari.(1998) Pengurusan Sukan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

b) Kamus (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

c) Laman web http://www.scribd.com/doc/14286633/Word16x16-DefinisiPentadbiran-dan-Pengurusan-Sekolah http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusandefinisi-sejarah-dan-konsep-siri-1 http://ifah.tripod.com/urus.htm http://www.scribd.com/doc/40678061/Pentadbiran-Sukan http://members.tripod.com/steadfast_uiam/Asas%20Peng urusan.htm http://www.scribd.com/doc/33154242/Apa-itu-pengurusan

You might also like