(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA

)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / 2013

HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

771222086803001 771222086803 0164936239 shahfulrizal@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

:

SHAH ALAM LEARNING CENTRE

HBML2203

ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 PENGENALAN OBJEKTIF PENYELIDIKAN DEFINISI KONSEP SEKOLAH BESTARI 3.1 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 OBJEKTIF SEKOLAH BESTARI KEFAHAMAN TENTANG KONSEP SEKOLAH BESTARI OBJEKTIF DAN PERANAN SEKOLAH BESTARI PEDAGOGI DI SEKOLAH BESTARI KEMAHIRAN DI SEKOLAH BESTARI HASIL GUNA TENAGA YANG DIHARAPKAN MELALUI SB ACUAN MALAYSIA 4.6 5.0 6.0 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH BESTARI KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN HASIL PENYELIDIKAN

MUKA SURAT 2 3 4 5 6 6 7 8 9 10

11 12 14 15

1.0

PENGENALAN 2

Ini selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku di dalam negara.0 OBJEKTIF PENYELIDIKAN 3 . Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini. pelbagai kebolehan gaya pembelajaran serta dapat memastikan pelajar berpeluang untuk membina konsep kendiri. dasar-dasar pendidikan negara sentiasa sahaja dikaji dan diperkemaskan untuk memastikan perlaksanaannya berkesan bagi menghadapi alaf baru yang akan timbul dalam bidang ekonomi. Pengwujudan Sekolah Bestari ini juga merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia yang berlandaskan hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia untuk menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat dalam prasarana MSC bagi menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari. politik dan sosial. Sistem pendidikan yang terkini perlu diketengahkan berbanding dari sistem pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada yang mampu merangsang pemikiran dan kreativiti. emosi dan jasmani. .HBML2203 Sejak negara kita mencapai kemerdekaan. tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis. inivatif dan kreatif serta mampu bersaing dalam ekonomi globalisasi. kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ' flagship application ' dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia" (Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia). Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Falsafah pendidikan negara juga berhasrat untuk meningkatkan perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. Peningkatan mutu pendidikan. Ibubapa dan masyarakat juga perlu memainkan peranan yang aktif bagi merealisasikan halatuju perubahan dalam sistem pendidikan negara. Pengubahsuaian sistem pendidikan ini juga memerlukan perubahan dari segi amalan dan budaya di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. kerajaan telah berusaha mewujudkan Sekolah Bestari yang merupakan teras kepada penggunaan teknologi terkini dalam memperbaiki sistem pendidikan negara di mana ianya dapat menyediakan tenaga kerja yang mahir bagi menghadapi alaf baru. beberapa perubahan telah berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia." Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang. 2. iaitu negara memerlukan pertumbuhan yang produktif yang hanya dapat dicapai melalui kepakaran teknologi. rohani.

c) Mengetahui tahap kefahaman guru-guru dalam pelaksanaan Sekolah Bestari dan juga fungsi guru-guru sebagai pelaksana dalam menjayakan konsep Sekolah Bestari. 3. kajian ini juga akan dapat : a) Mengenal pasti tahap kesediaan guru-guru dalam mengadaptasikan peralatanperalatan ICT yang terdapat di sekolah sebagai bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran. apa sahaja program yang dijalankan tidak berjalan dengan sempurna. d) Mengkaji dan mengetahui sikap dan penerimaan guru-guru dan juga organisasi sekolah dalam melaksanakan Sekolah Bestari.0 DEFINISI KONSEP SEKOLAH BESTARI 4 . dapat disimpulkan tentang penerimaan guru-guru di sekolah sebagai orang yang penting iaitu menjadi pelaksana program ini. Hasil kajian ini juga. Tanpa sokongan daripada ibubapa terutamanya dari Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Jatuh bangunnya sesuatu program yang dilaksanakan adalah bergantung kepada guru-guru dan juga pihak pentadbiran di sekolah yang mana sesuatu program tidak akan berjaya dengan cemerlang tanpa komitmen yang tinggi bagi pihak sekolah. Oleh yang demikian. sokongan daripada pihak ibubapa juga menjadi faktor penting dalam menjayakan Sekolah Bestari ini. b) Menyenaraikan dan menjelaskan kekangan-kekangan yang bakal dihadapi dan juga cabaran yang berlaku apabila penggunaan ICT dijalankan sepenuhnya di sekolah.HBML2203 Objektif kajian ini adalah bagi mendapatkan maklumat tentang persepsi guruguru di sekolah terhadap pelaksanaan program Sekolah Bestari yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Disamping itu.

July 1997). Kanak-kanak di didik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. mempertingkatkan kualiti pengajaran ke arah akses kendiri iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar dan mengikut kadar pembelajaran individu. disemai dengan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa pada setiap masa. Ianya dirancang dengan rapi supaya ianya lebih bermakna. Sekolah Bestari memberi penekanan kepada perkembangan individu secara menyeluruh dengan memberi fokus bukan sahaja kepada dominan intelektual tetapi juga dominan afektif. Sekolah Bestari merupakan sebuah institusi pembelajaran yang telah direka bentuk semula secara sistematik dari segi proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan untuk membantu murid-murid menghadapi era ledakan teknologi maklumat. Ini menggalakkan pembelajaran holistik. Bilik darjah masih menjadi fokus pengajaran terus di mana interaksi harian di antara guru dan pelajar lain akan terus menjadi bahagian penting dalam Sekolah Bestari. Pelajar melibatkan diri sebagai murid yang aktif di Sekolah Bestari. Ia berasaskan kepada konsep teknologi berhubung dengan mesin pintar (smart machine) melalui pendekatan pengurusan bersepadu secara berpusat (centralized) dan pengagihan kuasa pusat (decentralized). teknologi terbaru digunakan untuk memperkembangkan peranan pengajaran melampaui bilik darjah biasa. global dan terbuka berdasarkan matlamat yang hendak di capai. kurikulum di Sekolah Bestari juga lebih fleksibel dan terbuka. holistik. Pembelajaran yang berpusatkan budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu dan teknologi serta menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai situasi. mempunyai tanggungjawab sosial. Selain daripada itu. minat dan keperluan pelajar yang berbeza-beza pada masa sekarang. sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap. Sekolah Bestari berkembang dengan pembentukan staf yang profesional. Dalam pengurusan pendidikan sekolah bestari ini. kedua-dua pendekatan ini digunakan secara serentak. membenarkan kanak-kanak terus maju mengikut tahap pencapaian masing-masing dan mengambil kira keupayaan. Kurikulum Sekolah Bestari ini direka untuk membentuk pelajar mencapai perkembangan yang seimbang dari semua segi mengikut Falsafah Pendidikan Negara. Sekolah memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif bagi menghadapi situasi baru. Justeru itu.HBML2203 Sebuah Sekolah Bestari adalah sebuah ‘institusi pembelajaran yang telah direka semula sistem amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan untuk menyediakan murid menghadapi Zaman Maklumat’ (The Malaysian Smart School. Pelajar bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab 5 .A Conceptual Blueprint. reflektif.

Penjaringan melalu internet juga membolehkan interaksi antara pelajar dan guru-guru yang lain serta orang ramai di seluruh dunia dapat dilakukan dengan sempurna. Sekolah Bestari juga dihubungkan melalui jaringan kawasan luas (WAN) ke sekolah lain dan juga organisasi daerah. Sekolah Bestari dapat disesuaikan mengikut kehendak guru. Menurut Assosiation of Educational Communications and Technology (AECT. objektif dan matlamat pelaksanaan Sekolah Bestari adalah untuk mendemokrasikan pendidikan. Teknologi pengajaran bukan sahaja melibatkan penggunaan alat-alat bantuan mengajar tetapi merangkumi semua proses yang kompleks dan bersepadu yang berkaitan dengan pengajaran. Pelajar juga akan membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul data. teknologi 6 . Oleh itu. mental. 3. Kedua. di mana diharapkan pelajar produk Sekolah Bestari mempunyai kemampuan memperkembangkan Malaysia sebagai pusat teknologi dan telekomunikasi antarabangsa bertaraf dunia. membangunkan murid yang seimbang dari segi fizikal. negara dan dunia. rohani dan emosi dan memberi peluang untuk meningkatkan kekuatan dan keupayaan individu itu sendiri. Sekolah Bestari dihubungkan melalui jaringan kawasan tempatan (LAN) untuk berkongsi maklumat melalui teleconferencing. Sekolah Bestari bertujuan menyediakan tenaga kerja untuk Malaysia sebagai negara industri pada abad ke-21. pelajar dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi. Pertama. Kementerian Pendidikan mewujudkan Sekolah Bestari supaya generasi yang akan dilahirkan dapat memenuhi hasrat dan aspirasi negara seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. memastikan perkembangan menyeluruh individu. Graduan-graduan Sekolah Bestari juga diharapkan dapat menyumbang dalam aktiviti memindahkan ilmu dalam pelbagai bidang di Malaysia. Ia dianggap sebagai aplikasi perdana projek MSC. Terdapat beberapa perbezaan utama di antara Sekolah Bestari dengan sekolah biasa.HBML2203 terhadap keputusan yang dibuat. Bagi mencapai hasrat ini. Pelajar akan dapat mencapai sumber tempatan. kebangsaan dan global. secara keseluruhannya. melibatkan penglibatan pihak berkepentingan.1 OBJEKTIF SEKOLAH BESTARI Objektif dan matlamat utama Sekolah Bestari adalah memfokuskan kepada keperluan membangunkan tenaga kerja mahir dalam era maklumat dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu. pangkalan data dan mel elektronik. 1979). Semuanya ini adalah bergantung kepada strategi yang disepadukan.

agihan teknologi maklumat(IT) yang mencukupi juga membolehkan Sekolah Bestari berfungsi dengan baik. Penerokaan atau pencarian maklumat dan pengetahuan baru tentang cara-cara paling baik mereka bentuk sistem pengajaran atau bahan-bahan pengajaran dapat diterokai melalui teknologi pengajaran. Kebanyakan guru tahu mengenai maklumat Sekolah Bestari yang diutarakan oleh pengkaji. Kejayaan dalam melaksanakan Sekolah Bestari ini sebenarnya bergantung kepada beberapa perkara seperti komitmen sekolah dalam membuat anjakan paradigma dalam budaya dan proses kerja kini. 1994). B. pengembangan.HBML2203 pengajaran adalahbersabit dengan proses dan sumber pembelajaran dari segi reka bentuk. mereka perlu menukar peranan di dalam bilik darjah elektronik.0 HASIL PENYELIDIKAN Seramai 30 orang guru telah dipilih dari sebuah sekolah di Sentul iaitu sekolah penulis sendiri. pengurusan dan penilaian (Seels and Richey. polisi atau dasar. pedagogi dan juga kemahiran-kemahiran yang akan diperlukan dalam melaksanakan Sekolah Bestari. Hasil penyelidikan ini juga akan menyentuh beberapa aspek penting terhadap pelaksanaan konsep Sekolah Bestari ini dimana kefahaman guru. penggunaan. 4. 1979).1 KEFAHAMAN TENTANG KONSEP SEKOLAH BESTARI Hasil daripada kaji selidik yang diperolehi. Amalan-amalan pentadbiran yang cekap dan berkesan di setiap sekolah. seramai 20 orang guru telah memberikan jawapan sangat setuju dengan perkara yang telah dibangkitkan dan selebihnya menjawab setuju dengan berskala 3. Teknologi pengajaran merupakan sebahagian daripada teknologi pendidikan yang mementingkan penggunaan proses saintifik dalam pengalaman pembelajaran (AECT. sokongan daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa pelajar. Sekolah Kebangsaan Sentul (2). Hasil guna tenaga juga dikaji iaitu tentang apa yang diharapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri mengenai Sekolah Bestari hasil acuan di Malaysia itu sendiri. norma dan panduan yang sesuai bagi menyokong sekolah. D dan E. Kebanyakan responden yang menjawab berskala 4 juga mempunyai pengalaman yang luas dalam penggunaan peralatan ICT yang terdiri daripada guru-guru muda. objektif dan peranan serta fungsi Sekolah Bestari. Borang soal selidik telah dilampirkan sebagai bukti sokongan penyelidikan ini terlaksana di mana ianya mengandungi 20 soalan yang terdiri daripada lima bahagian iaitu A. 7 . Responden juga bersetuju bahawa sebagai seorang guru bestari. 4. C.

Ibu bapa seharusnya lebih peka terhadap keperluan semasa pendidikan anak-anak mereka agar kejayaan dapat dicapai. Ini penting kerana dapat membantu pelajar yang mempunyai tahap pemahaman dan kecerdasan yang berbeza. Guru itu juga perlu menjadi pemimpin yang inovatif dan kreatif dengan mendalami ilmu dan mahir menggunakan pelbagai strategi untuk menampung keperluan pelajar yang berbeza dari segi kepentingan pembelajaran. Dengan itu.2 OBJEKTIF DAN PERANAN SEKOLAH BESTARI Berdasarkan kaji selidik yang di buat pada bahagian C. 8 . 4. Responden sangat bersetuju bahawa penanda aras sesuatu kejayaan dalam pembestarian sekolah adalah pelajar itu sendiri. mereka juga boleh turut mempelajari cara menggunakan IT. Secara tidak langsung. Mereka perlu berperanan dan menjadi seorang pemimpin yang konstruktivis di mana guru itu menggalakkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan pencetus pemikiran pelajar. ibu bapa juga turut memainkan peranannya yang tersendiri.HBML2203 daripada menjadi pembekal maklumat bertukar kepada fasilitator untuk mendorong muridmurid mengembangkan pengetahuan dan daya pemikiran mereka dalam memilih sumbersumber maklumat yang baik. Ibu bapa juga boleh membina hubungan dengan pihak sekolah dengan mengikuti segala perkembangan yang berlaku di sekolah seperti anak mereka diajar tentang cara menggunakan komputer. Ibu bapa harus membantu pendidikan anak mereka dan mengambil tahu pelbagai aktiviti yang diceburi oleh anak mereka di sekolah. Kepekaan ini mampu menyediakan anak-anak mereka untuk bersaing dalam era globalisasi. kita dapat melahirkan pelajar yang berdikari dan juga berfikiran kritis dan kreatif. Ibu bapa juga boleh menyediakan kemudahan komputer di rumah supaya pelajar dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari disekolah dapat dipraktiskan di rumah. Kebolehan pelajar membuat pilihan dan menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan yang kurikulumnya menekankan kepada penggunaan ICT dan para pelajar dapat belajar bagaimana belajar dengan menggunakan segala kemudahan yang disediakan. Selain itu. hampir semua responden bersetuju bahawa objektif Sekolah Bestari dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas selain dapat meningkatkan daya kreativiti dan inovasi guru dan murid. guru-guru sebagai responden juga sangat bersetuju bahawa dalam mencapai matlamat Sekolah Bestari. Ibu bapa juga tidak perlu malu dan turut serta dalam menerokai ilmu baru.

mereka perlulah sentiasa bertenaga dan bersikap positif. Namun. guru itu sendiri perlu membestarikan diri mereka. Untuk menjadi seorang guru bestari yang baik. pengajaran masteri. Guru yang bermaklumat adalah guru yang sentiasa melayari internet bagi mendapatkan idea-idea pedagogi sesama seperti pengajaran kontekstual. Antara pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi seseorang guru dalam era kini. untuk menjadikan diri sebagai contoh yang berkesan dalam pendidikan sekolah bestari ialah seorang guru yang bermaklumat dan mengetahui perkembangan terkini. Guru bukan sahaja seorang yang perlu mengorbankan masa dan tenaga tetapi juga meluangkan sedikit masa kepada diri untuk memperkembangkan dan meningkatkan kemahiran serta ilmu dirinya. Guru perlulah mempelbagaikan corak dan cara pengajaran sesuai mengikut kehendak pelajar yang mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Guru adalah tonggak kepada sistem pendidikan dan juga merupakan agen perubahan dalam sistem pendidikan. pergerakan dan berfikir.3 PEDAGOGI DI SEKOLAH BESTARI Pada bahagian D bagi kajian yang dijalankan yang di fokuskan kepada pedagogi di Sekolah Bestari. Oleh yang demikian. selain dapat membuat persembahan dengan menggunakan powerpoint sebagai alat dalam membantu pembelajaran. sebelum negara dapat melahirkan generasi yang bestari. Pelajar itu juga boleh menggunakan kemudahan internet untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. kontruktisme.HBML2203 Pelajar juga harus dapat merasai bahawa komputer telah memudahkan pemahamannya dalam konsep-konsep yang susah difahami sebelum ini. pelajar itu juga perlu sentiasa mengaplikasikan ilmu ICT yang dipelajari supaya tidak lagi kekok mengaplikasikannya pada masa hadapan . tidak dinafikan bahawa akan ada pelajar yang akan ketinggalan kerana tidak mempunyai kemudahan di rumah. dan juga menjaga tahap kesihatan diri dalam 9 . 4. Bertenaga dalam konteks fizikal ialah sentiasa cergas dalam tindakan. Sumbangan yang amat besar dapat diberikan kepada kebestarian pembangunan masyarakat dan negara melalui kejayaan guru dalam mendidik dan melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi keilmuan. responden bersetuju bahawa Sekolah Bestari bergantung kepada guru bestari. pendidikan yang berterusan dapat dicapai. Selain itu. Pelajar juga boleh meningkatkan kemahiran dan kemampuan mereka dalam ICT daripada sumber-sumber luar seperti dirumah. pembelajaran akses kendiri dan pembelajaran masa depan dan juga guru yang sentiasa mendapatkan maklumat dalam bentuk fakta terkini.Dengan itu. kepimpinan. sahsiah dan kreativiti yang melangkaui zaman.

proaktif dan inovatif. didapati bahawa semua responden sangat bersetuju mengenai aplikasi yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan peralatan ICT dalam Sekolah Besatri dapat menggalakkan kemahiran berfikir dikalangan murid dan juga guru. mementingkan kecemerlangan bersama dan semangat setia kawan yang tinggi. Guru yang inovatif berkemampuan untuk menukarkan isi kandungan buku teks kepada bahan digital yang menarik dan interaktif. Guru bestari juga sentiasa mengutamakan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan kepada pelajar serta berasaskan kepada pembelajaran aktif dan meletakkan motivasi belajarnya pada tahap yang tinggi . Guru bestari juga perlu sentiasa meningkatkan semangat dan daya juang yang tinggi dan keyakinan yang tinggi dalam diri pelajar supaya pelajar sentiasa menyedari akan kebolehan dan kemampuan dalam menyelesaikan masalah dengan kreatif. Bertenaga dalam konteks pedagogi ialah penyampaian dan kaedah pengajaran. memadankan kata serta soalan aneka pilihan. Selain itu. Mereka juga tidak kenal dengan erti jemu dan sentisa berfikiran positif.4 KEMAHIRAN DI SEKOLAH BESTARI Hasil dapatan daripada kajian yang dijalankan pada bahagian E pula. Bahan-bahan animasi yang berwarna-warni boleh diperolehi daripada internet. Selain itu. 10 . dapat memaksimumkan penglibatan murid dan guru hanyalah sebagai fasilitator. Pelajar-pelajar mereka sentiasa cergas dan proaktif serta ceria dalam melaksanakan semua tugasan di samping menekankan penerapan nilai-nilai murni yang dapat membentuk sikap. Guru bestari sentiasa menggunakan modul-modul terkini dan mempunyai kepelbagaian yang dapat menarik minat serta meningkatkan tahap pencapaian semua pelajar mereka pada tahap yang ditetapkan. dalam pendekatan yang diadakan dalam Sekolah Bestari. Guru bestari sentiasa memandang pelajar sebagai seorang pelajar yang berpotensi tinggi yang boleh dikembangkan lagi tahap pencapaian mereka dengan sebaik mungkin. 4. Seorang guru bestari juga tidak perlu memandang rendah dan remeh terhadap potensi pelajar mereka dan jangan pula sesekali menidakkan kebolehan dan idea-idea mereka. kamera digital juga boleh digunakan untuk menghasilkan Big Book dalam bentuk persembahan powerpoint ketika mengajar dan membina soalan interaktif seperti mengisi tempat kosong.HBML2203 keadaan yang baik.

membudayakan pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT serta membangunkan pendidikan bertaraf dunia. semua pihak harus mengorak langkah yang lebih proaktif. pemusatan kepada pelajar. sosial serta budaya masa kini. membentu masyarakat yang kreatif. projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Menjadi harapan kementerian. pengisian dan latihan. luar bandar dan pendalaman. melalui pembestarian sekolah ini akan membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT ke arah masyarakat k-ekonomi. dasar utama yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan pembestarian sekolah adalah untuk memastikan semua pelajar celik ICT. projek pengkomputeran dan makmal komputer sekolah. penggunaan bahan teknologi secara bijak. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan yang menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007. 11 .HBML2203 4.5 HASIL GUNA TENAGA YANG DIHARAPKAN MELALUI SB ACUAN MALAYSIA Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario yang mencabar dalam pendidikan alaf baru di Malaysia kerana ia memberikan sumbangan yang besar kepada pencapaian Pendidikan Bertaraf Dunia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi. mengimbang jurang digital antara bandar. Dalam Pelan Induk Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 yang telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri. Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata pelajaran atau pengupaya dalam pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti. kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan sekolah. SchoolNet (projek penyediaan jalur lebar untuk capaian ke internet di semua sekolah) dan TV Pendidikan yang melibatkan aspek-aspek infrastruktur ICT dan aplikasi pengurusan. Dalam menongkah arus globalisasi dan cabaran pendidikan hari ini. kritis dan inovatif. antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir. strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta pengurusan yang efektif. Pelaksanaan pembestarian sekolah mengambilkira semua inisiatif ICT sedia ada di sekolah seperti projek rintis Sekolah Bestari. Pembestarian sekolah ini perlu disokong dan dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengatasi cabaran-cabaran yang timbul ke arah menjana modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

Ibubapa juga perlu bersedia untuk membantu dalam membangunkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih-labih lagi dalam bidang ICT ini.6 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH BESTARI Berdasarkan kajian yang dijalan mendapati bahawa terdapat beberapa kajian terhadap penambahbaikan bagi memantapkan lagi Sekolah Bestari. Pengurusan yang cekap dan berkesan akan memberi impak yang besar pada pelaksanaan Sekolah Bestari. Bagi mencapai objektif Sekolah Bestari. teknologi dan peralatan yang akan memastikan kejayaan sesebuah Sekolah Bestari. maka ianya akan memberikan input yang sesuai dan menghasilkan output yang dikehendaki. pentadbiran yang profesional dan guru yang dapat menyampaikan matlamat sekolah serat sokongan yang kuat daripada ibubapa dan juga masyarakat. proses dalamannya perlulah diselaraskan. Guru-guru perlu diberi latihan yang intensif dalam penggunaan teknologi maklumat dan cara mengintegrasikannya ke dalam bilik darjah dengan cara yang boleh meningkatkan pemikiran dan kreativiti murid-murid. Di samping itu. meningkatkan kualiti melalui akses yang lebih baik dan mempercepatkan dalam membuat keputusan. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa betapa pentingnya peranan ibubapa dalam menjayakan Sekolah Bestari. guru. Kajian menunjukkan bahawa murid-murid lebih menjadi bai apabila ibubapa mereka juga terlibat dalam program yang dianjurkan. Pemantapan terutamanya pada peringkat pengurusan perlu diberi perhatian. guru juga perlu mengetahui bagaimana untuk melibatkan murid untuk mengmbil bahagian dalam pembelajaran mereka sendiri. Bagi memastikan keselarasan proses ini sebagai suatu sistem yang direka dengan baik. Bagi Sistem Sekolah Bestari. guru-guru juga perlu menambah kemahiran dengan lebih kerap supaya tidak ketinggalan dalam mengikuti perkambangan profesion mereka melalui ICT.HBML2203 4. Pembangunan guru-guru juga perlu diberi perhatian yang kritikal untuk penambaikan dalam Sekolah Bestari. Pengurusan yang cekap dapat membantu untuk mengagihkan sumber manusia yang mahir bagi aktiviti yang lebih berharga. Untuk menambah baik keperluan tersebut pengurusan Sekolah Bestari perlu kuat. sumber input utamanya ialah pelajar. Pada masa yang sama juga. menjimatkan kos. 12 .

sebaiknya dilakukan secara terancang berbanding dengan perubahan secara tidak dirancang. Jika ini tidak berlaku. Ini seterusnya akan memberi kesan kepada penerimaan guru dan pihak berkepentingan yang lain dalam melaksanakan perubahan tersebut. Dalam melaksanakan perubahan terancang ini. nilai. Pandangan para pentadbir Sekolah Bestari yang melaksanakan perubahan ini perlu diambil perhatian supaya perubahan yang diharapkan dapat berlaku seperti apa yang dirancang.HBML2203 5. kompleks dan berpusat. tingkah laku baru yang seiringan dengan matlamat pelaksanaan sekolah bestari. kajian ini memberi implikasi bahawa implementasi proses perubahan terancang di Sekolah Bestari dapat dijayakan dengan adanya penyelarasan aktiviti antara komponen-komponen dalam pelan perubahan dan wujudnya kesepakatan azam dan pemikiran pihak-pihak yang terlibat serta masa yang perlu diberikan secukupnya dan segala masalah yang dihadapi perlu diatasi supaya proses perubahan terancang berjalan lancar. Ini kerana membudayakan amalan bestari menjadi kunci utama dalam membentuk dan mengekalkan 13 . Prospek perubahan terancang di Sekolah Bestari sangat besar kerana ia dapatmenyediakan keseluruhan organisasi sekolah dan warganya untuk beradaptasi secara signifikan terhadap perubahanperubahan bagi menjayakan objektif dan matlamat pembestarian. Justeru.0 KESIMPULAN Perubahan dalam pendidikan. Ini kerana perubahan terancang adalah usaha secara sistematik untuk mereka membentuk semula organisasi sekolah supaya ia dapat menyesuaikan diri dan beradaptasi terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di persekitarannya. maka matlamat sebenar perubahan yang diinginkan untuk berlaku di Sekolah-Sekolah Bestari di seluruh Malaysia tidak akan berjaya. terutamanya dalam sistem pendidikan yang besar. semua pihak yang terlibat dengan proses perubahan perlu menyesuaikan diri dan berusaha menjadikan perubahan tersebut sebagai satu budaya serta amalan. siapa yang patut membuatnya. Walaupun setiap perubahan akan berhadapan dengan masalah tetapi budaya kerja baru yang bercirikan elemen bestari mesti diamalkan oleh semua pihak iaitu pentadbir dan guru dalam setiap tindakan dan kerja yang dilakukan. Keuntungan yang diperolehi dalam melaksanakan perubahan secara terancang ialah. Ini bermakna semua pihak yang berkepentingan di Sekolah Bestari ini mesti mempunyai sikap. ia memberi pengetahuan kepada pentadbir Sekolah Bestari tentang apa yang sepatutnya dibuat. Apa yang diharapkan berlaku di Sekolah Bestari ialah berlakunya perubahan yang berkesan dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta amalan pengurusan dan pentadbiran. bila membuatnya dan bagaimana membuatnya.

HBML2203 sesebuah sekolah itu menjadi sebuah Sekolah Bestari. Jika ini tidak berlaku maka tidak ada bezanya antara sebuah sekolah biasa dengan sebuah Sekolah Bestari di Malaysia. 14 .

(2006).moe. Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu. (2002). Kementerian Pelajaran Malaysia: Bahagian Pendidikan Guru. http://www. Tuan Jah Tuan Yusof. Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohd Ra’in Shaari. (1999).moe.my/btp/wpcontent/doc_pap/pemantapan88sb/Smart%20School %20Conceptual%20Blueprint. Rancangan Malaysia Ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 Edisi Pelancaran (2006). Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari. Kementerian Pelajaran Malaysia.0 RUJUKAN Dr Adenan Ayob. Open University Malaysia(OUM) Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bestari Bahasa Melayu.HBML2203 6.my/btp http://www.edu.edu.pdf 15 . Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia. Modul Latihan Guru Bestari: Kursus Dalam Perkhidmatan. Bahagian Pendidikan Guru. (2012).

............................HBML2203 7............... :.............. A1 A2 A3 Nama Sekolah Alamat Sekolah Lokasi Sekolah Bandar A4 Jenis Sekolah : :................ : Luar Bandar Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sekolah Jenis Kebangsaan (T) A5 Gred Sekolah : Gred B : Perempuan Gred A A6 Jantina Lelaki A7 Umur 20 – 30 tahun : 16 ...............0 LAMPIRAN No Responden: SOAL SELIDIK PERSEPSI GURU TENTANG SEKOLAH BESTARI Borang Soal Selidik Untuk Guru Tujuan soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi guruguru terhadap konsep Sekolah Bestari di sekolah......................... BAHAGIAN A Sila tandakan ( / ) pada petak yang berkenaan.........................................

.. 2.... SB memerlukan pentadbir dan guru yang profesional SB memerlukan sokongan ibubapa untuk memberi lebih keberkesanan kepada murid 3...... nayatakan berapa kali :..HBML2203 31 – 40 tahun 41 – 50 tahun Lebih 51 tahun A8 Bilangan tahun perkhidmatan 0 – 5 tahun 6 – 10 tahun 16 – 20 tahun 21 – 25 tahun Lebih 25 tahun A9 DGA 29 DGA 32 A 10 Gred jawatan DGA 34 DGA 38 Kelayakan Sarjana Muda Sarjana PhD Lain-lain DG 41 DG 44 GSTT GST Sijil Diploma A 11 Ya Pernah mengikuti kursus mengenai Sekolah Bestari Tidak Jika Ya.. SB memerlukan guru yang komited dalam 17 1 2 3 4 .................. Tandakan bulat pada jawapan mengikut skala berikut : 1 4 Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju : Konsep Sekolah Bestari (SB) 1 1 2 2 3 3 4 4 2 Tidak Setuju 3 Setuju BAHAGIAN B 1.........

HBML2203 menjayakannya 4. 5. SB memerlukan murid mengakses sendiri program untuk pembelajaran kendiri SB memerlukan Sistem Pendidikan Bestari untuk mencapai wawasannya 1 2 3 4 1 2 3 4 BAHAGIAN C : Objektif dan peranan Sekolah Bestari (SB) 1 2 3 4 5 SB bertujuan hasilkan tenaga kerja yang efisien dan berteknologi SB dapat mewujudkan dan meningkatkan kebolehan individu SB dapat meningkatkan komunikasi ICT dalam pendidikan SB meningkatkan daya kreativiti dan inovasi guru dan murid SB dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 BAHAGIAN D 1 2 3 4 5 : Pedagogi di Sekolah Bestari (SB) 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 SB menggalakkan murid secara aktif dalam aktiviti P & P SB dapat mengintegrasi elemen pembelajaran seperti gaya pembelajaran SB menekankan pembelajaran akses kendiri dan penerokaan belajar kendiri SB dapat menghasilkan pemikiran kreatif dan kritis yang tinggi di kalangan murid SB dapat melahirkan proses pembelajaran 18 .

psikomotor dan afektif SB memaksimumkan penglibatan murid dan guru sebagai fasilitator SB dapat mengaplikasikan kemahiran generik dengan lebih berkesan dalam P & P TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA 19 .HBML2203 aktif di kalangan murid BAHAGIAN E 1 2 3 4 5 : Kemahiran di Sekolah Bestari 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 SB menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif SB menggalakkan guru dan murid mengaplikasi teknologi maklumat dalam P & P SB menerapkan kemahiran menggunakan mental dalam bidang kognitif.

HBML2203 20 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful