You are on page 1of 24

2.

KONSEP AYAT TERBITAN

Penerbitan sesuatu ayat sebagai struktur permukaan itu berpunca daripada sesuatu ayat yang lain, kecuali ayat itu memang sama dengan ayat dasar. Ayat yang sedemikian wujud pada peringkat struktur dalaman atau struktur dasar, dan wujud dalam bentuk yang menyerupai pada peringkat struktur permukaan. Penerbitan sesuatu ayat dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu melibatkan perlaksaan rumus transformasi, yang befungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Proses penerbitan dilakukan melalui proses transformasi yang terjadinya pengguguran, penyusunan semula, atau perluasan kepada unsurunsur struktur dalaman.

2.1

Proses Pengguguran

Proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan sesuatu ayat merupakan proses pengguguran ayat. Dalam bahasa melayu, terdapat tiga jenis pengguguran utama iaitu pengguguran frasa nama sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, dan pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.

2.1.1 Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek. Pengguguran frasa nama sebagai subjek terdiri daripada dua jenis iaitu pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah, dan pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

(i)

Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.

Dalam ayat suruhan, iaitu sejenis ayat perintah, kata ganti nama diri orang kedua yang berfungsi sebagai subjek selalunya digugurkan. Lihat seperti contoh dibawah: 1. Kamu keluar Keluar! 2. Awak semua pergi dari sini Pergi dari sini! 3. Anda boleh masuk sekarang Boleh masuk sekarang. Proses pengguguran frasa nama boleh diterangkan secara rajah pohon dibawah. Subjek + Prediket
Kata ganti nama orang kedua.

+ Predikat A

FN

FK

KN

KK

kamu
transformasi pengguguran frasa nama sebagai subjek.

keluar

A S P

FN

FK

KN

KK

keluar Frasa nama yang digugurkan terdiri daripada kata ganti nama diri orang kedua, iaitu kamu, anda, engkau, tuan, dan awak.

(ii)

Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

Jika terdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa, yang diberi tanda i dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk dibawah, maka subjek frasa nama yang sama itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama yang diawal ayat majmuk tersebut. Sebagai contoh: Dia sangat pandai + Dia rajin belajar. Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar. Dia sangat pandai kerana rajin belajar. Dalam situasi ini, dia dalam ayat digugurkan oleh sebab dia dalam kedua-dua ayat merujuk orang yang sama. menjelaskan lagi proses pengguguran itu terjadi. Rajah pohon dibawah

A A S FN dia P FA sangat pandai kerana KH S FN dia A P FA rajin belajar

transformasi pengguguran frasa nama sebagai subjek yang serupa.

A A S FN dia P FA sangat pandai kerana KH S FN A P FA rajin belajar

2.1.2 Pengguguran Frasa Predikat Seluruh bahagian frasa predikat boleh digugurkan sepertimana yang berikut: (i) Pengguguran Seluruh Frasa Predikat.

Frasa adjektif terdiri daripada salah satu yang berikut: (a) (b) (c) (d) Frasa Kerja Frasa Nama Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama

Jika ada penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan, maka kesemua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan. Contohnya dapat kita lihat di bawah.

(a)

Frasa kerja yang serupa. Ayat 1 = Adik Ali belajar di England. Ayat 2 = Sepupunya belajar di England. Ayat majmuk gabungan = Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England. Pengguguran = Adik Ali dan sepupunya belajar di England.

(b)

Frasa nama yang serupa. Ayat 1 = Bendera Malaysia lambang negara. Ayat 2 = Lagu kebangsaan lambang negara.

Ayat majmuk gabungan = Bendera Malaysia lambang negara dan lagu kebangsaan lambang negara. Pengguguran = Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara.

(c)

Frasa adjektif yang serupa. Ayat 1 = Adik saya sangat rajin. Ayat 2 = Adik Ali sangat rajin. Ayat majmuk gabungan = Adik saya sangat rajin dan adik Ali sangat rajin. Pengguguran = Adik saya dan adik Ali sangat rajin.

(d)

Frasa sendi nama yang serupa. Ayat 1 = Dia masih di kampung. Ayat 2 = Isterinya masih di kampung. Ayat majmuk gabungan = Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung. `Pengguguran = Dia dan isterinya masih di kampung.

(ii)

Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat. bahagian frasa predikat boleh juga mengalami proses

Beberapa

pengguguran. Antaranya: (a) (b) (c) (d) oleh + FN dalam ayat pasif. Kata bantu yang serupa. FN sebagai objek yang serupa FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif.

(a)

Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif.

Dalam binaan ayat pasif, struktur oleh + FN yang mengikuti kata kerja boleh digugurkan. Contohnya: Ayat = Dia dipukul oleh bapanya. Pengguguran = Dia dipukul.

(b)

Pengguguran kata bantu yang serupa.

Kata-kata bantu yang sama hadir dalam predikat frasa kerja dan predikat frasa adjektif boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja, iaitu yang pertama, dalam ayat-ayat yang digabungkan. Ayat 1 = Dia boleh menyanyi. Ayat 2 = Dia boleh menari. Ayat majmuk = Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari. Pengguguran = Dia boleh menyanyi dan menari.

(c)

Pengguguran frasa nama sebagai objek yang serupa.

Apabila terdapat beberapa frasa nama sebagai objek yang serupa dalam ayat yang digabungkan, objek itu digugurkan sehingga tinggal satu sahaja, iaitu objek yang di belakang atau yang terakhir. Contoh yang dapat kita lihat ialah: Ayat 1 = Daud memukul penjahat itu. Ayat 2 = Daud menumbuk penjahat itu. Ayat majmuk = Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu. Pengguguran = Daud memukul dan menumbuk penjahat itu.

(d)

Pengguguran frasa nama sebagai frasa objek kata kerja yang membawa makna adjektif.

Frasa nama sebagai objek boleh digugurkan dalam kedudukan selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif. Antara kata-kata kerja yang dimaksudkan ialah: mempesonakan menakjubkan menggembirakan mendukacitakan menghairankan menghampakan memilukan mengghairahkan

Kesemua kata kerja diatas menggambarkan perasaan tertentu yang boleh didahului oleh kata penguat seperti amat, sungguh, sangat, dan sebagainya. Objek frasa nama ini boleh digugurkan sekiranya terdiri daripada kata ganti nama orang pertama. Contohnya: Ayat = Kejadian itu sungguh menakjubkan kami. Pengguguran = Kejadian itu sungguh menakjubkan.

2.1.3 Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif. Apabila dua ayat digabungkan bersama, dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. Contohnya: Ayat 1 = Orang tua itu bapa saya. Ayat 2 = Orang tua itu memakai serban. Ayat Majmuk = Orang tua yang memakai serban itu bapa saya. Pengguguran = Yang memakai serban itu bapa saya. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif diatas berlaku dalam kedudukan frasa nama sebagai subjek. Proses yang sama seperti itu berlaku juga terhadap frasa nama yang mendahului frasa relatif dalam kedudukannya sebagai objek. Contohnya: Ayat 1 = Adiknya memilih beg itu. Ayat 2 = Beg itu biru. Ayat Majmuk = Adiknya memilih beg yang biru itu. Pengguguran = Adiknya memilih yang biru itu.

2.1.4 Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Kata nama yang ada dalam binaan frasa nama, KNinti + Penerang, boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya sahaja, yang munbkin bukan daripada kelas kata nama. Contohnya, kegiatan bersenam berfungsi sebagai frasa nama yang mengandungi kata nama kegiatan sebagai inti dalam frasa nama tersebut, dan kata kerja bersenam sebagai penerang. Kata nama kegiatan dalam ayat tersebut boleh digugurkan. Sebagai contoh:

Ayat 1 = Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. Pengguguran = Bersenam boleh menyihatkan badan.

2.2

Proses Penyusunan Semula

Proses penyusunan semula merupakan satu lagi proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu. Proses penyusunan semula ini bermaksud bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya. Selepas itu, diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses penyusunan semula ini mengakibatkan berlakunya perubahan atau pengguguran kata-kata tertentu, dan penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Namun demikian, proses ini tidak membawa perubahan makna ayat. Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu: a. Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek. b. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek. c. Penyusunan semula melalui ayat songsang.

2.2.1 Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Subjek. Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek berlaku melalui proses transformasi pasif. Sebagai contoh: (a) (b) Ali menendang bola itu. Bola itu ditendang oleh Ali.

Ayat (a) ialah ayat aktif. Subjeknya Ali dan objeknya bola. Sebaliknya ayat (b) ialah ayat yang telah dipasifkan, yang terjadinya frasa nama bola itu berfungsi sebagai objek dalam ayat aktif dikedepankan untuk menjadi subjek yang baharu kepada ayat pasif, sementara subjek asalnya Ali dalam ayat (a) telah berpindah kepada kedudukan selepas kata kerja. Imbuhan kata kerja juga berubah menjadi meN- digantikan dengan di- dan kata sendi nama oleh mendahului frasa nama Ali.

2.2.2 Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Objek. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek boleh terjadi pada ayat-ayat yang mengandungi dua jenis objek, iaitu objek tepat dan objek sipi. Sebagai contoh: (a) Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku.

Dalam ayat diatas, frasa nama yang berkedudukan secara langsung selepas kata kerja dianggap sebagai objek tepat, manakala frasa nama yang mengikuti objek tepat tersebut ialah objek sipi. Ahmad objek tepat. Sebuah buku objek sipi.

Namun ayat ini boleh disusun semula melalui proses transformasi. Proses ini memindahkan kedudukan objek tepat dalam ayat asal ke bahagian akhir dengan didahului kata sendi nama kepada, dan meletakkan frasa nama objek sipi pada kedudukan selepas kata kerja untuk menjadikannya objek tepat yang baharu. Kata kerja berubah juga bentuknya, iaitu dari imbuhan i pada kata kerja, jika ada, digantikan dengan imbuhan kan jika kata dasar kata kerja tersebut adalah kata kerja. Dibawah merupakan contoh ayat diatas tadi yang sudah melalui proses penyusunan semula frasa nama sebagai objek: i. Ayat asal / ayat aktif: Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku.
Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.

ii.

Ayat Pasif Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad.

2.2.3 Penyusunan Semula Melalui Ayat Songsang. Proses penyusunan semula berlaku juga dalam ayat songsang. Ayat yang mengandungi keterangan tempat, keterangan masa, keterangan syarat, keterangan musabab, dan seumpamanya boleh disongsangkan apabila keterangan itu hendak ditekankan atau difokuskan. Sebagai contoh: a) Orang tua itu pergi ke sungai. b) Ke sungai orang tua itu pergi. Keterangan tempat ke sungai ingin difokuskan dalam ayat diatas. Jadi, berlakulah proses penyusunan semula. Keterangan dalam ayat tersebut di hadapankan seperti yang terdapat dalam ayat diatas. Begitu juga jika kata kerja ingin difokuskan, maka kata kerja dalam ayat diatas dikedepankan. Sebagai contoh: c) Pergi ke sungai orang tua itu.

2.3

Proses Peluasan

Satu lagi proses penerbitan ayat iaitu jenis yang menambahkan unsur-unsur dalam ayat yang baharu, dan proses ini biasanya disebut peluasan ayat. Terdapat beberapa jenis peluasan dalam bahasa Melayu, iaitu: i. Peluasan frasa nama sebagai subjek. ii. Peluasan frasa predikat. iii. Peluasan dengan kata hubung. iv. Peluasan melalui proses komplementasi.

2.3.1 Peluasan Frasa Nama Sebagai Subjek.

Frasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi, iaitu proses perncangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada

subjek ayat yang menerima pancangan. Frasa relatif terbentuk dengan menggunakan kata relati yang. Contohnya: Ayat 1 = Budak itu adik saya. Ayat 2 = Budak itu membaca buku. Budak yang membaca buku itu adik saya.

Contoh lain: Ayat 1 = Orang itu sudah pulih. Ayat 2 = Orang itu sakit. Orang yang sakit itu sudah pulih. Harus diingat bahawa proses relativisasi hanya boleh berlaku apabila kedua-dua subjek frasa nama itu serupa. Berikut merupakan contoh ayat yang tidak mempunyai subjek frasa nama yang serupa tetapi melalui proses relativisasi. Ayat 1 = Lelaki itu sudah pulih. Ayat 2 = Ibu itu sakit. *Lelaki yang ibu itu sakit sudah pulih.

2.3.2 Peluasan Frasa Predikat.

Dalam peluasan yang melibatkan subjek, frasa nama yang hendak direlativisasikan mestilah berfungsi sebagai subjek. Begitu juga keadaannya bagi peluasan yang melibatkan frasa predikat. Frasa nama yang akan mengalami relativisasi mestilah berfungsi sebagai subjek dalam ayat yang akan dipancangkan. Contohnya:

Ali mengusik budak itu. Budak itu cantik. (relativisasi) Ali mengusik budak yang cantik itu.

Contoh lain: Kami membeli rumah itu. Rumah itu besar. (relativisasi) Kami membeli rumah yang besar itu.

Sebagaimana yang diperjelaskan, frasa nama dalam ayat yang dipancangkan hendaklah berfungsi sebagai subjek kepada ayat pancangan tersebut untuk memungkinkan proses relativisasi terlaksana. Perhatikan contoh yang berikut: Mereka menaiki kereta itu. Ali membeli kereta itu. (relativisasi) *Mereka menaiki kereta yang Ali membeli itu.

Hanya sesudah ayat yang kedua atau ayat yang akan dipancangkan itu mengalami proses pasif, barulah pembentukan ayat relatif melalui transformasi relativisasi menjadi gramatis, seperti contoh dibawah: Mereka menaiki kereta itu. Ali membeli kereta itu. (pasif) Kereta itu dibeli oleh Ali. Mereka menaiki kereta yang dibeli oleh Ali.

(relativisasi)

2.3.3 Peluasan dengan Kata Hubung. Peluasan boleh juga berlaku melalui proses penggabungan ayat yang melibatkan dua konstituen yang sama dengan menggunakan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika, walaupun, dan sebagainya. Setiap kata hubung ini boleh digunakan bagi menggabungkan dua ayat atau lebih untuk menghasilkan ayat terbitan yang bersifat peluasan. Contohnya: Ayat 1 = Ali berbasikal ke sekolah. Ayat 2 = Osman berbasikal ke sekolah. Ali dan Osman berbasikal ke sekolah.

Contoh lain: Ayat 1 = Fatimah hendak pergi ke bandar. Ayat 2 = Lucy tidak mahu ke bandar. Fatimah mahu pergi ke bandar tetapi Lucy tidak mahu pergi.

2.3.4 Peluasan melalui Proses Komplementasi.

Peluasan boleh juga terjadi melalui proses komplementasi, iaitu proses yang mengubah sesuatu ayat menjadi satu frasa nama, dan memancangkannya pada suatu ayat yang lain sehingga menghasilkan peluasan kepada ayat tersebut. Perhatikan ayat dibawah.

Dia melaporkan sesuatu. Ali sakit tenat. Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat. Ayat Ali sakit tenat berubah fungsinya menjadi frasa nama dan dipancangkan kepada binaan Dia melaporkan sesuatu.... Perkataan bahawa dimaksudkan sebagai tanda berlakunya proses komplementasi.

3.0

PENGANALISIAN JENIS FRASA DALAM AYAT.

Pada suatu hari Fatihah pergi ke pasar minggu. Dia hendak membeli buahbuahan dan kuih-muih. Ketika dia berjalan, dia dilanggar oleh sebuah lori kecil. Kaki kirinya patah. Doktor dan jururawat merawat Fatihah. Kakinya yang patah itu disimen. Doktor memeriksa kesihatan Fatihah. Jururawat pula memberi ubat kepada Fatihah supaya lekas sembuh.

3.1

Analisis ayat pertama.

Pada suatu hari Fatihah pergi ke pasar minggu. Subjek Predikat

Pada suatu hari Fatihah

pergi ke pasar minggu

a) Pada suatu hari Fatihah = Frasa nama i. pada suatu hari = Keterangan ii. iii. iv. pada = Kata sendi nama suatu = Kata bilangan hari = Kata nama

a) pergi ke pasar minggu = Frasa Kerja i. ii. iii. pergi = Kata kerja ke = Kata sendi nama pasar minggu = Kata nama

b) Fatihah = Frasa nama

Frasa Nama

Frasa Kerja

Subjek bagi ayat ini ialah Fatihah. Fatihah merupakan kata nama dan menjadi inti dalam frasa nama. Manakala predikat bagi ayat ini ialah pergi ke pasar minggu pada suatu hari. Frasa sendi nama iaitu pada suatu hari telah mengalami proses pendepanan iaitu dalam susunan ayat songsang.

3.2

Analisis ayat kedua.

Dia hendak membeli buah-buahan dan kuih-muih. Subjek Predikat

Dia

hendak membeli buah-buahan dan kuihmuih.

a) Dia = Frasa nama

a) hendak membeli = Frasa kerja i. hendak = Kata bantu ragam ii. membeli = Kata kerja

b) buah-buahan dan kuih-muih = Frasa nama iii. iv. buah-buahan = Kata nama kuih-muih = Kata nama

Frasa Nama

Frasa Kerja

Subjek bagi ayat ini ialah dia yang merupakan kata nama dan menjadi inti di dalam frasa nama. Manakala predikatnya pula ialah hendak membeli buah -buahan dan kuih-muih yang merupakan frasa kerja. Perkatan membeli yang hadir selepas kata bantu ragam hendak merupakan kata kerja.

3.3

Analisis ayat ketiga.

Ketika dia berjalan, dia dilanggar oleh sebuah lori kecil. Subjek Predikat

Ketika dia berjalan, dia

dilanggar oleh sebuah lori kecil.

a) ketika dia berjalan, dia = Frasa nama i. ketika dia berjalan = Keterangan ii. ketika = Kata hubung pancangan iii. iv. dia = Kata nama berjalan = Kata kerja

a) dilanggar oleh sebuah lori kecil = Frasa kerja i. ii. iii. iv. dilanggar = Kata kerja oleh = Kata sendi nama sebuah = Kata bilangan lori kecil = Kata nama

b) dia = Kata nama

Frasa Nama

Frasa Kerja

Subjek bagi ayat ini ialah ketika dia berjalan, dia yang merupakan frasa nama bagi ayat ini. Inti dalam frasa nama ini ialah kata nama dia. Manakala predikat bagi ayat ini pula ialah dilanggar oleh sebuah lori kecil yang merupakan frasa kerja. Perkataan dilanggar merupakan kata kerja dan lori kecil merupakan kata nama yang berperanan sebagai objek bagi kata kerja tersebut. Objek ini berfungsi sebagai penerang kepada perkataan dilanggar.

3.4

Analisis ayat keempat.

Kaki kirinya patah. Subjek Predikat

Kaki kirinya

patah.

a) kaki kirinya = Frasa nama i. ii. kaki = Kata nama kirinya = Penerang adjektif

a) patah = Frasa adjektif i. patah = Kata adjektif

Frasa Nama

Frasa Adjektif

Subjek bagi ayat keempat ini ialah kaki kirinya yang merupakan frasa nama dalam ayat tersebut. kaki merupakan kata nama dan menjadi inti dalam frasa nama tersebut. Manakala predikatnya pula ialah patah yang merupakan frasa adjektif dalam ayat ini. Perkataan patah merupakan kata adjektif dalam frasa adjektif.

3.5

Analisis ayat kelima.

Doktor dan jururawat merawat Fatihah. Subjek Predikat

Doktor dan jururawat

merawat Fatihah.

a) doktor dan jururawat = Frasa nama i. ii. iii. doktor = Kata nama dan = Kata hubung jururawat = Kata nama

a) merawat Fatihah = Frasa kerja i. ii. merawat = Kata kerja Fatihah = Kata nama

Frasa Nama

Frasa Kerja

Subjek bagi ayat ini ialah doktor dan jururawat yang merupakan frasa nama dalam ayat ini. Terdapat dua inti bagi frasa nama ini iaitu doktor dan jururawat. Apabila dihubungkan dengan kata hubung dan maka terbentuklah frasa nama bagi subjek. Manakala predikat bagi ayat ini ialah merawat Fatihah yang merupakan frasa kerja bagi ayat ini. Perkataan merawat Fatihah ini merupakan frasa kerja transitif dengan objek dimana kata kerja disusuli dengan kata nama sebagai objek.

3.6

Analisis ayat keenam.

Kakinya yang patah itu disimen. Subjek Predikat

Kakinya yang patah itu

disimen

a) kakinya yang patah itu = Frasa nama i. ii. iii. iv. v. kaki = Kata nama nya = Unsur keterangan yang = Kata hubung relatif patah = Kata adjektif itu = Penentu belakang

a) disimen = Frasa kerja i. disimen = Kata kerja

Frasa Nama

Frasa Kerja

Subjek bagi ayat ini ialah kakinya yang patah itu yang merupakan frasa nama bagi ayat ini. Frasa nama kaki ialah kata nama dan mempunyai unsur keterangan iaitu kata pembenda nya. Dalam bahagian subjek ini ada juga frasa adjektif dimana boleh dilihat dalam ayat yang patah itu. Perkataan yang merupakan kata hubung relatif bagi bersambung dengan kata adjektif patah dan disusuli pula dengan penentu belakang itu. Melihat pula dalam bahagian predikat dimana perkataan disimen merupakan frasa kerja.

3.7

Analisis ayat ketujuh.

Doktor memeriksa kesihatan Fatihah. Subjek Predikat

Doktor

memeriksa kesihatan Fatihah.

a) doktor = Frasa nama i. doktor = Kata nama

a) memeriksa = Frasa kerja i. memeriksa = Kata kerja

b) kesihatan Fatihah = Frasa nama ii. kesihatan = Kata nama (inti) iii. Fatihah = Kata nama (penerang)

Frasa Nama

Frasa Kerja

Subjek bagi ayat ini ialah doktor yang merupakan frasa nama bagi ayat ini. Perkataan ini merupakan inti bagi frasa nama dalam bahagian subjek. Predikat bagi ayat ini ialah memeriksa kesihatan Fatihah yang merupakan frasa kerja dimana kata kerja memeriksa itu kata dasarnya daripada perkataan periksa dan disus uli pula dengan kata nama kesihatan Fatihah. kesihatan Fatihah dipecahkan kepada dua bahagian dimana Fatihah merupakan penerang kepada kata nama inti kesihatan dalam bahagian predikat.

3.8

Analisis ayat kelapan.

Jururawat pula memberi ubat kepada Fatihah supaya lekas sembuh. Subjek Predikat

Jururawat pula

memberi ubat kepada Fatihah supaya lekas sembuh.

a) jururawat pula = Frasa nama i. jururawat = Kata nama (inti) ii. pula = Penerang

a) memberi ubat = Frasa kerja i. ii. memberi = Kata kerja ubat = Kata nama (objek)

b) kepada Fatihah = Frasa sendi nama i. ii. kepada = Kata sendi Fatihah = Kata nama

c) supaya lekas sembuh = Frasa keterangan

Frasa Nama

Frasa Kerja

Subjek bagi ayat ini ialah jururawat pula yang merupakan frasa nama dalam bahagian subjek ayat ini. Inti bagi frasa ini ialah jururawat manakala pula merupakan penerang kepada inti tersebut. Predikatnya pula ialah memberi ubat kepada Fatihah supaya lekas sembuh yang merupakan frasa kerja dalam bahagian predikat ayat ini. Frasa utama bagi predikat ini ialah frasa kerja. Frasa kerja ini pula terbahagi kepada dua iaitu frasa kerja dan frasa sendi nama. Frasa kerjanya ialah memberi ubat dan frasa sendi nama ialah kepada Fatihah supaya lekas sembuh. Perkataan memberi merupakan kata kerja dan menjadi inti bagi frasa kerja dan ubat ialah kata nama yang berfungsi sebagai objek kerana frasa ini merupakan frasa kerja dengan objek. Bagi frasa kedua, kepada

ialah kata sendi nama manakala supaya lekas sembuh merupakan frasa keterangan sahaja dimana ia boleh hadir ataupun tidak, ia tidak menggangu makna yang ingin disampaikan.

You might also like