You are on page 1of 2

KONSTITUEN FRASA NAMA

Pengenalan
Unsur yang menjadi pengisi frasa nama di mana intinya terdiri daripada kata nama. Boleh wujud secara bersendirian mahupun sederetan penerang yang hadir sebelum mahupun sesudah frasa nama dan kedua-duanya. Pendapat menyatakan unsur bukan kata nama juga boleh menjadi pengisi kepada frasa nama jika unsur-unsur itu saling berganti dengan unsur-unsur nama.

CONTOH
Rokok membahayakan kesihatan Kata nama rokok sebagai pengisi frasa nama boleh digantikan dengan kata kerja merokok. Merokok membahayakan kesihatan

Contoh bukan unsur nama yang lain seperti kata kerja berolahraga dan bersawah, frasa kerja makan suap dan kata adjektif seperti putih.

CONTOH
Berolahraga menjadi kegemaran remaja Bersawah kurang menarik perhatian belia Makan suap merupakan perbuatan yang keji

Putih melambangkan kesucian

Pendapat lain pula menyatakan bahawa unsur-unsur yang menduduki tempat subjek frasa nama dalam ayat di atas bukan merupakan pengisi sejati tetapi merupakan penerang kepada unsur yang dihilangkan.

CONTOH
Aktiviti berolahraga menjadi kegemaran remaja. Perbuatan makan suap merupakan perbuatan yang keji. Warna putih melambangkan kesucian

Kesimpulan unsur inti yang menjadi pengisi inti frasa nama adalah daripada golongan kata nama. Frasa nama pada hakikatnya dibentuk oleh kata nama, namun peringkat kewujudannya inti frasa nama boleh dibentuk oleh kata kerja dan adjektif.

Disediakan oleh : Izam bin A. Bakar

You might also like