You are on page 1of 2

CONTOH KARANGAN LAPORAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

Laporan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Pada 3 September 2012 , Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah di Dewan Seri Perling. Sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 55 pada tahun ini . Sambutan yang gilang-gemilang itu telah dimulakan pada pukul 8 pagi. Selain itu, sambutan ini juga telah dipimpin oleh Puan Engku Fazlina selaku pengerusi majlis. Tetamu kehormat, iaitu Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 telah menyempurnakan acara perasmian sambutan kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2012. Tidak ketinggalan juga, Puan Maselah binti Mohd. Tahir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 turut menyampaikan sepatah dua kata . Acara pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu kebesaran negeri Johor, lagu sekolah dan lagu 1 Malaysia. Seterusnya, sambutan dimeriahkan lagi dengan nyanyian hebat lagu Jalur Gemilang dan 1 Malaysia dari Lim Kok Wing Universiti gabungan pelajar-pelajar tahun 3 Cemerlang, 5 Cemerlang dan Pasukan Koir Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2. Terukir senyuman di bibir Para Guru Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 apabila melihat persembahan tersebut. Usai sahaja persembahan itu, para tetamu telah dijamu dengan sedikit santapan ringan yang telah ditaja oleh Noor Aini and Family Catering. Selepas itu, sambutan kemerdekaan diteruskan lagi dengan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik yang telah diadakan di kantin sekolah. Terbukti kehebatan Murid-murid Sekolah Kebangsan Seri Perling 2 kerana dapat menyanyikan lagu patriotik dengan baik sekali. Pemenang tempat pertama pertandingan ini telah diungguli oleh adik Siti Nur Diana dari kelas 5 Cerdas. Setelah itu, Encik Idris, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 bersama beberapa orang guru pergi ke kelas-kelas untuk menyaksikan marhaban yang telah dipersembahkan oleh kelas-kelas yang terlibat. Selain itu, Pertandingan Kelas Paling Patriotik turut diadakan sempena Sambutan Kemerdekaan Tahun 2012. Guru-guru yang berkenaan akan menilai kelas-kelas ini untuk mencari pemenang-pemenangnya.

Sambutan Kemerdekaan ini telah berakhir pada jam 1.20 tengah hari. Puan Maselah selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 menasihati murid-murid sekolah ini agar menyemai dan menanam rasa cinta dan sayang pada tanah air kita ,Malaysia.

Laporan disediakan oleh, ........................................... (ANIS AQILAH BINTI LATIF) Setiausaha, Persatuan Kajian Tempatan , Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2.

5 SEPTEMBER 2012.

You might also like