You are on page 1of 2

Contoh Pidato Sekolah Rendah

Saya Arcelia Sheira ak Duat,dari SK Nanga Passa,Betong,ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Kepentingan Kegiatan Kokurikulum.Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis,para hakim yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yang sungguh setia dengan tugasnya serta para hadirin pendengar sekalian. Pertama sekali,saya ingin menyatakan definisi tajuk pidato saya pada pagi yang mulia ini iaitu Kepentingan Kegiatan Kokurikulum. Menurut kamus Bahasa Melayu Edisi Kedua, kepentingan bermaksud keperluan,kegiatan pula bermaksud aktiviti,manakala kokurikulum pula sama maksudnya dengangerakkerja di luar bilik darjah.Bermakna Kepentingan Kegiatan Kokurikulum sama maksudnya dengan keperluan aktiviti gerakkerja di luar bilik darjah. Para pendengar sekalian, Kegiatan Kokurikulum merangkum kegiatan persatuan atau kelab dan badan beruniform.Antaranya, termasuklah Persatuan Bahasa Melayu,Persatuan Seni Lukis,Persatuan Alam Sekitar,Persatuan Pengakap,Persatuan Tunas Puteri,Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah. Warga dewan sekalian, Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menghendaki Satu Murid Satu Sukan dengan ini setiap murid atau pelajar diwajibkan menyertai mana-mana persatuan dan badan beruniform.Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini banyak faedahnya. Pertama,warga dewan sekalian,melalui kegiatan dalam persatuan,murid-murid bukan sahaja dapat memanfaatkan masa lapang,malah akan dapat memperolehi pelbagai pengetahuan dan pengalaman,lebih-lebih lagi jika menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik dan bersejarah. Keduanya, para pendengar sekalian,peraturan yang mesti dipatuhi dalam persatuan atau kelab yang disertai pula membantu murid-murid mendisiplinkan diri.Dalam hal ini,murid-murid dilatih agar bijak membahagikan dan mengurus masa,bijak merancang aktiviti,bijak mengawal perasaan dan sebagainya.

Ketiganya, murid-murid dilatih berdikari ketika menjalankan sesuatu tugasan dan berdaya saing untuk membuktikan tahap keupayaan fizikal dan mental masingmasing. Yang terakhir,warga dewan yang dikasihi sekalian,sikap saling bekerjasama dan bergaul mesra dengan rakan-rakan pelbagai kaum dapat dipupuk melalui penyertaan murid dalam kegiatan kelab atau persatuan.Hal ini amat penting bagi memperkukuh perpaduan di kalangan generasi muda seperti yang dihasratkan oleh kerajaan. Sekian,terima kasih dan salam 1Malaysia. Saya mohon mengundur diri.

You might also like