You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN 2 TAMAN KERAMAT JALAN ENGGANG TIMUR 1 54200 SELANGOR D.E.

Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran : : : : : 28.08.2008 Khamis 1.00 tengahari Bilik Tayang 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. En Mohd Isa bin Abd Rashid ( GPK Kokurikulum ) En Hisham bin Hassan ( Penyelaras Unit Beruniform ) Pn Hjh. Siti Jumaijah bt Sarmo ( Setiausaha ) En Mohd Shukri bin Yahya - TKRS Pn Azrul Naemi bt Mokhtar - Tunas Puteri Pn Suzanawati bt Tambi - PBSM En Mohd Nazri bin Shamsudin - Pengakap Pn Nor Hayati bt Jaffar - Puteri Islam

Agenda 1. Ucapan Pengerusi 1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua unit beruniform kerana sudi hadir. 1.2 Memaklumkan mesyuarat bertujuan untuk membincangkan tentang program perkhemahan yang akan dijalankan pada sesi 2008. Ucapan En Isa bin Abdul Rashid ( GPK Kokurikulum ) 2.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. 2.2 Memaklumkan bahawa aktiviti perkhemahan penting kepada murid-murid di mana murid perlu menyertai sekurang-kurangnya sekali semasa mereka di sekolah rendah. 2.3 Meminta guru-guru menggalakkan murid-murid bagi menyertai aktiviti luar sekolah. Ucapan En Hisham bin Hassan ( Penyelaras Unit Beruniform ) 3.1 Memaklumkan akan mengadakan Perkhemahan Dalaman Unit Beruniform sesi 2008 pada 24, 25 dan 26 Oktober 2008. 3.2 Meminta persetujuan daripada ahli mesyuarat berkenaan tarikh tersebut dan semua ahli bersetuju sebulat suara. 3.3 Membentangkan kertas cadangan perkhemahan. 3.4 Meminta pandangan tentang sumbangan penyertaan murid yang ditetapkan iaitu RM 25.00 dan semua ahli mesyuarat bersetuju. 3.5 Meminta pandangan ahli mesyuarat tentang penambahbaikan tentang kertas cadangan perkhemahan tersebut. 3.6 Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan kertas cadangan tersebut.

2.

3.

4.

Hal-hal Lain 4.1 Pn Suzanawati menyarankan supaya keutamaan diberikan kepada murid-murid Tahun 4 kerana ini merupakan pengalaman pertama dalam diri mereka. 4.2 En Mohd Shukri meminta supaya sumbangan penyertaan tidaklah terlalu tinggi bagi menggalakkan murid menyertai perkhemahan.

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 02.15 petang.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

...
( Pn Hjh Siti Jumaijah bt Sarmo ) Setiausah Perkhemahan SK 2 Taman Keramat

( En Mohd Isa bin Abdul Rashid ) GPK Kokurikulum SK 2 Taman Keramat

You might also like