You are on page 1of 5

1E1 Mempelajari Konsep Samiyyat 1I3 1I3 MEMPELAJARI PERKARA SAMIYYAT Rujuk:A.

.Akidah Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah Mengikut Mazhab Salaf As-Soleh, UstRasul B. Dahri, Perniagaan Jahabesra, 2001.B.Manusia dan Islam, Prof. Dato Dr. Harun Din, 1989.C.Benteng Akidah Islam, Husein Muhammad Al-Jasr Al-Tarabulsi, DBP, 1977.D.Pengetahuan Agama Islam ATM, Edisi Pengukuhan, Kor Agama ATM.E.Akidah Islam Menurut (Menurut Al-Quran Al-Karim), Muhammad Abu Zahrah,Pustaka Nasional PTE LTD, Singapura, 1989. PENGENALAN 1.Perkara samiyyat ialah perkara yang berlaku di luar batas akal fikiranmanusia yang wajib diimani sepenuhnya oleh umat Islam. Kepercayaan berkaitan dengan perkara samiyyah merangkumi perkaraperkara seperti berikut: HARI QIAMAT 2.Perkataan qiamat adalah diambil dari bahasa Arab iaitu al-Qiamah yang bererti berdiri atau berbangkit. Dalam ilmu Tauhid qiamat diertikan dengan kebangkitan semuladi alam baru setelah hancurnya alam semesta ini. Kebangkitan tersebut adalah bertujuanuntuk dikira segala amalan manusia di dunia ini dengan perkiraan yang sangat adil dariAllah. Di hari itu manusia akan dipisahkan kepada dua golongan, yang buruk akanmenerima sebesar-besar azab manakala golongan yang baik pula akan menerima nikmatkebahagian yang kekal abadi. Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 19

1E1 Mempelajari Konsep Samiyyat 1I3 PERCAYA KEPADA HARI QIAMAT 3.Mempercayai akan berlakunya qiamat adalah merupakan salah satu dari rukuniman yang termasuk di dalam mempercayai hari akhirat sebagaimana yang telahdijelaskan oleh al-Quran yang bermaksud: Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat.(Al-Baqarah:62) 4.Dari maksud hadith pula dijelaskan bahawa erti iman itu ialah mempercayaiAllah, malaikatNya dan rasulNya serta percaya pula dengan adanya kebangkitan di HariAkhirat. Termasuk juga dalam pengertian

hari akhirat ialah mempercayai kehidupan dialam barzakh, penyoalan di alam kubur, pengadilan di Padang Mahsyar, pembalasansyurga dan neraka terhadap iman dan amalan yang telah dilakukan oleh manusia semasahidupnya di dunia, syafaat nabi, mizan serta sirat al-mustaqim. ALAM BERZAKH 5.Kematian adalah titik yang memisahkah seseorang manusia dengan alam duniadan permulaan hidup di akhirat. Alam yang memisahkan manusia di alam kubur.Kehidupan manusia di alam ini akan kekal sehingga hari kebangkitan, sebagaimanafirman Allah yang bermaksud: Dan dari hadapan mereka ada alam berzakh (ada dinding) sampaimereka dibangkitkan.(AlMukminum: 100) 6.Kehidupan mereka di alam ini secara ruh. Di alam ini mereka akan mengalami pengadilan peringkat pertama. Mereka juga akan menghadapi soalan Munkar dan Nakir dan mereka juga akan menerima keazaban dan kebahagian kubur. Bagi mereka yang baik Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 20

1E1 Mempelajari Konsep Samiyyat 1I3 amalannya semasa di dunia akan mendapat balasan yang baik dan bagi mereka yangkurang baik perbuatannya semasa di dunia akan menerima azab. SOALAN MUNKAR DAN NAKIR 7.Setiap manusia yang mati, dengan apa cara sekali pun kematiannya akanmenghadapi soalan Munkar dan Nakir. Mereka yang mati itu akan ditanya mengenaikepercayaannya terhadap Nabi Muhamad SAW. Mengikut keterangan dari hadismengatakan, setelah diletakkan di dalam kubur dan ditinggalkan oleh orang-orang yangmenghantarnya kira-kira masih terdengar bunyi terompah mereka, maka datanglah duamalaikat menyuruh ia duduk. Mereka berkata kepadanya Apa kata engkau mengenailelaki ini iaitu Muhamad s.a.w maka katanya Aku bersaksi sesungguhnya ia adalahhamba Allah dan rasulNya Maka kedua-dua malaikat itu berkata: Lihatlah kepadatempat kediaman engkau di dalam neraka, sekarang telah digantikan oleh Allah di dalamsyurga. SIKSAAN DAN KEBAHAGIAN KUBUR 8.Sebagaimana yang telah dijelaskan, bahawa selepas seseorang manusia itumemasuki alam kubur ia akan di soal oleh malaikat Munkar dan Nakir tentang amal danimannya. Bagi seorang beriman ia akan menjawab soalan itu dengan tepat dan jujur.Dengan itu ia akan mendapat kebahagian di dalam kubur. Keadaan mereka ini telahdijelaskan oleh hadis daripada Abi Hatim bahawa apabila simati itu seorang

yang beriman, maka semua amal ibadat dan kebajikannya akan datang kepadanya menemanidan menghiburkannya di alam kuburnya. Sembahyang berdiri dekat kepalanya, puasa dikanannya, zakat di kirinya, lain-lain kebajikan yang merupakan sedekah, silaturahim,amal makruf, nahi mungkar dan ihsannya berada dekat kakinya. Kuburnya disinariseakan-akan matahari terbit di dalamnya. Sesudah kedua malaikat bertanya kepadanyadan ia menjawab dengan benar, lalu dari kuburnya itu dibukakan sebuah pintu dan dari pintu itu ia dapat melihat syurga. Dikatakan kepadanya itulah syurga yang telah Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 21

1E1 Mempelajari Konsep Samiyyat 1I3 Di dalamnya (syurga) terdapat perkara-perkara dan benda-benda yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dantidak pernah terlintas oleh hati manusia(Hadis riwayat Muslim daripada Abi Hurairah) NERAKA 24.Neraka dalam bahasa Arab ialah a n-Nar. Dalam istilah ilmu Tauhid ialah tempatmenerima azab sensara dari Tuhan. Tempat menerima balasan azab dan siksaan dariTuhan yang akan diberikan kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang engkar kepada perintah Allah. Azab yang mereka terima adalah lebih pedih dan lebih dahsyatdaripada apa yang dirasai di dunia. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesungguhnya seringan-ringan azab penduduk neraka ialah AbuTalib, ia dibakar menerusi sepasang selipar yang menyebabkanmenggelegak otaknya(Hadis riwayat Muslim) DOSA DAN PAHALA 25.Dosa bermakna ganjaran keburukan yang akan diterima oleh orang-orang yangengkar perintah Allah. Keingkaran ini kadang-kadang dilakukan secara lahir atau terang-terangan dan kadang-kadang secara tersembunyi. Keingkaran secara lahir ialahmeninggalkan suruhan-suruhan yang wajib seperti meninggalkan sembahyang, puasa,zakat dan sebagainya. Keingkaran tersembunyi pula ialah keingkaran yang dilakukanoleh hati dengan melakukan sifat-sifat hasad dengki, sombong, riak dan sebagainya.26.Manakala pahala pula merupakan imbuhan atau ganjaran yang baik akibat darimelakukan sesuatu perbuatan yang baik dan ia merupakan ganjaran Allah terhadaporang-orang yang taat mengerjakan perintahNya.27.Bagi mereka yang berdosa mereka akan menerima azab dan siksaan yang pedihdari Allah di dalam neraka dan bagi mereka yang banyak melakukan amal baik dan pahala mereka akan beroleh nikmat di syurga.

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 26

1E1 Mempelajari Konsep Samiyyat 1I3 TITIAN (AS-SIRAT) 28.Kita wajib percaya bahawa ada titian yang bernama as-Sirat. Ianya merupakan jambatan yang merintangi permukaan neraka menuju ke syurga. Panjangnya titiantersebut ialah 15,000 tahun perjalanan sebagai mana yang disebutkan oleh hadith olehal-Fudhail bin Iyad, katanya: Disampaikan kepada kami bahawa titian itu panjangnya15000 tahun perjalanan padanya 5,000 pendakian dan 5,000 menurun dan 5,000 tempatyang mendatar. Ianya pula sangat halus dan amat tajam serta amat licin sekali. HISAB 29.Ialah perhitungan dari amal-amal perbuatan yang akan dibalas dengan kebaikanatas perbuatan yang baik dan akan dibalas kejahatan atas perbuatan jahat. Selain dari itu,ianya merupakan pemberitahuan Allah kepada hambaNya tentang amal mereka dan apayang harus diterima oleh mereka tentang hasil amal tersebut. MIZAN 30.Setelah selesai urusan perkiraan barulah dilakukan timbangan terhadap segalaamalan manusia. Tujuan ditimbang dengan amal mereka adalah untuk menampakkankepada manusia kadar tiap-tiap amalan secara terperinci dan adil. Untuk melaksanakantimbangan ini Tuhan telah mendirikan sebuah neraca penimbang yang dipanggil Mizan. BUKU AMALAN 31.Setiap hamba memiliki buku masing-masing yang tercatat di dalamnya amalan baik atau buruk samada yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak, dari sekecil-kecilhinggalah sebesar-besar amal tersebut. Seperti mana yang telah dinyatakan oleh AllahSWT dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8.Allah juga telah berfirman dalam surah al-Buruj ayat 7-11 yang bermaksud: Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1 27

1E1 Mempelajari Konsep Samiyyat 1I3 Adapun orang yang diberikan kitab dengan tangan kanannya, maka diaakan dihisab dengan perhitungan yang mudah. Dan dia akan kembalikepada ahlinya dalam keadaan gembira. Dan adapun orang yang diberikan kitabnya di bahagian belakangnya, maka dia akan diserudengan buruk. 32.Maka amalan-amalan tersebut dicatatkan di dalam kitab masing-masing olehMalaikat Raqib dan Atid dan kemudiannya dibawa mengadap Allah SWT. KESIMPULAN 33.Sebagai kesimpulannya, beriman kepada perkara-perkara syamiyyat inimemerlukan tahap keimanan yang kukuh kerana ia membicarakan tentang perkara yangdi luar batas pemikiran manusia untuk mengkajinya dan di luar kemampuan manusiauntuk membuktikannya secara zahiriyah.

You might also like