Professional Documents
Culture Documents
PENGENALAN
Kita bermula dengan perbincangan konsep asas pendidikan khas dengan melihat
pelbagai definisi dikemukakan. Kemudian,tumpuan ialah kepada perkembangan
pendidikan khas di Malaysia. Sejarah dan peristiwa-peristiwa penting dikaji dan
bagaimana ia mempengaruhi
perkembangan pendidikan khas. Peranan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian
Pendidikan Malaysia mengawal dan memantau pendidikan khas ditinjau. Sebagai
perbandingan, perkembangan pendidikan khas di Britain dan Amerika Syarikat
dibincang. Kanak-kanak yang
belajar di sekolah khas atau dalam program pendidikan khas dikenali sebagai
‘kanakkanak
berkeperluan khas’. Tiga klasifikasi umum dikemukakan yang terdiri daripada
kanak-kanak bermasalah fizikal, bermasalah mental dan bermasalah emosi
dibincangkan sebagai pengenalan kepada topik-topik seterusnya.
APAKAH PENDIDIKAN KHAS? TOPIK 1
APA? – Secara umum, kurikulum pendidikan khas tidak jauh berbeza daripada
kurikulum yang diikuti oleh pelajar biasa. Contohnya, pelajar bermasalah
penglihatan
atau bermasalah pendengaran menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
Bagaimana pun, bagi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tertentu
memerlukan kurikulum yang telah diubahsuai. Contohnya, sesetengah pelajar
kurang upaya perlu diajar memakai baju, makan, membersihkan diri sendiri,
membaca dan menulis dalam braille, menggunakan bahasa isyarat, bercampur gaul
dengan orang lain dan sebagainya. Oleh itu, kurikulum perlu diubahsuai untuk
mengambil kira pengajaran pengetahuan dan kemahiran tertentu.
Sejarah
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan
sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang
upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam
perkembangan pendidikan khas.
Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya
Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-
kanak
buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di
Pulau
Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar “lembam”
(lemah
dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya)
bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah
Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali
Kementerian
Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala
Lumpur.
Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada
kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.
(a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid
yang menerima pendidikan khas;
(c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi
pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan
(d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi
maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas
yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah
atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.
.
Jabatan Pendidikan Khas
Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang
diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang
dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini
dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua
Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995,
Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya
sama dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini membolehkan Jabatan ini
menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan
masyarakat. Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas.
Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran
masyarakat terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang
menyebabkan berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaik taraf Jabatan
Pendidikan Khas ialah untuk:
Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala
tempoh
pelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh
dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah
mengikut keperluan pelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk
pelajar bermasalah penglihatan dan 25
sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah pendengaran .Jumlah pelajar di
sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan ialah 337 berbanding dengan
2236 pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran. Terdapat kirakira
99 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah penglihatan
berbanding dengan 531 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah
pendengaran di seluruh negara.
Secara umum, pada tahun 2002 daripada jumlah pelajar yang mengikuti program
pendidikan khas yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 70%
terdiri daripada pelajar bermasalah pembelajaran, 25% bermasalah pendengaran
dan 5% bermasalah penglihatan.
.
Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas
Setakat ini kita perbincangan kita telah bertumpu kepada usaha-usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia menyediakan pendidikan khas. Selain Kementerian Pendidikan,
pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan-
badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental
Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata
tempat di negara kita. Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada
1986’ telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak
berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi
menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-
kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak
berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas
telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap
keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang
terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:
Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi
kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di
antara
umur 6-16 tahun.
Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia
panggil
Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Education Act,
Public
Law 94-476) atau lebih dikenali dengan singkatan IDEA. Undang-undang in
menunjukkan
betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi. Antara yang ditekankan ialah:
Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru
pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi
setiap murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi
membolehkan guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas dalam
satu-satu jangka masa tertentu semasa kanak-kanak khas ini bersekolah dengan
mengambil kira potensi dan kekurangan seseorang kanak-kanak khas. Dalam hal ini
konsep ‘kolaboratif’ dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang mana
pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan guru, terlibat sama dalam
merancang
pendidikan murid-murid khas. Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak seperti Michael
tidak diberi peluang pendidikan Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang
daripada lima kanak-kanak kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah.
Kebanyakkan negeri-negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang
tidak membenarkan kanak-kanak pekak, buta, kecelaruan emosi atau kerencat
mental menghadiri sekolah biasa. Oleh kerana IDEA, kini program
intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak-kanak kurang upaya
dan
pada tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta kanak-kanak dan belia
menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan
mereka.
Lebih ramai pelajar kurang upaya menghadiri sekolah di kawasan perumahan
masingmasing
yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kurang upaya yang belajar
dalam kelas atau bangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama
dengan
pelajar lain. IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk
kanak-kanak
berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga konsep
‘pendidikan untuk semua’ dan ‘pendemokrasian pendidikan’ diperkemaskan dan ibu
bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan
keperluan pendidikan anak-anak mereka. Di samping itu konsep ‘kolaborasi’ dalam
pendidikan yang membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk
kepentingan masa depan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan
asas panduan dalam pelaksanaan pendidikan khas di sesetengah negara lain.
Dalam sebuah kelas biasa, guru akan mengajar pelajar daripada pelbagai latar
belakang dan budaya. Pelajar mungkin terdiri daripada keluarga berpendapatan
tinggi dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Begitu juga dengan
kanak-kanak berkeperluan khas. Mereka juga berlainan. Lihat Rajah 1.6 yang
membentangkan tiga kes pelajar berkeperluan khas yang berlainan. Pelajar X boleh
ditakrifkan sebagai bermasalah fizikal, Pelajar Y ditakrifkan sebagai bermasalah
mental dan Pelajar Z boleh ditakrifkan sebagai bermasalah emosi dan tingkah laku.
Sesetengah orang tidak begitu setuju kanak-kanak berkeperluan khas dikategorikan
dan diberi nama tertentu kerana ia mungkin mewujudkan persepsi stereotaip
terhadap sesuatu kumpulan. Sebaliknya, mengkategorikan kanakkanak
berkeperluan khas membolehkan seseorang mengkaji dengan mendalam sesuatu
kategori. Ini akan menambahkan kefahaman tentang ciri-ciri individu dalam sesuatu
kategori dan langkah-langkah yang patut diambil untuk merealisasi potensi mereka.
Semua kanak-kanak berbeza antara satu sama lain. Contohnya, dalam sebuah kelas
biasa, kamu akan dapati kanak-kanak yang lebih tinggi daripada kanak-kanak lain,
ada diantara mereka yang lebih cekap menyelesaikan masalah matematik,
manakala ada yang lebih cepat menguasai kemahiran membaca. Lazimnya, setelah
melalui suatu program pendidikan, beberapa perbezaan ini dapat dikurangkan.
Bagaimana pun, terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak yang mana ciri-ciri mental,
fizikal atau emosi mereka berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan
program pendidikan khas atau pendidikan yang khusus. Mereka ini dipanggil
kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) dan terdiri daripada
kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted)
yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga
diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan
pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar
supaya mereka dapat merealisasi potensi mereka (Heward, 2003).
Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu
luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang
dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang
dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk
muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi
tumpuan atau mengala mi kerencatan mental sejak dilahir. Secara umumnya,
kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-
ciri mental (pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat dan mendengar),
keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan
emosi (bercampur gaul), dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri).
Walaupun istilah kurang upaya dan kecacatan digunakan sebagai sama, kedua-dua
istilah ini mempunyai maksud yang berlainan.
(a) Kurang upaya [atau Bermasalah] (disability or disorder) berlaku apabila
sesuatu ekurangan menghad individu berkenaan melakukan tugas harian
atau kerja tertentu seperti berjalan kaki, melihat, mendengar atau pun
menyelesai masalah matematik yang mudah seperti 10 + 5. Individu kurang
upaya tidak cacat, kecuali kekurangan itu membawa kepada masalah
pembelajaran, masalah peribadi, masalah bercampur gaul masalah
melakukan pekerjaan dan masalah-masalah lain (Heward, 2003).
Contohnya, seorang kanak-kanak yang lumpuh pada kedua-dua kakinya
tetapi boleh pergi ke sekolah menggunakan kerusi roda dan belajar bersama
pelajar lain tidak cacat.
(a) Penyampaian
Contohnya ialah bahasa isyarat bagi kanak-kanak pekak dan huruf Braille bagi
pelajar buta.
(c) Peralatan
Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi
kanak-kanak pekak dan mesin Brailler bagi mereka yang buta.
(i) Kanak-kanak buta (blind) adalah mereka yang tidak dapat melihat apa-
apa, termasuk objek atau sumber cahaya. Mereka belajar melalui deria
sentuhan, pendengaran, hidu, dan rasa. Mereka mengunakan tulisan
braille. Mereka juga perlu menggunakan tongkat putih apabila bergerak
dari satu tempat ke satu tempat.
(ii) Kanak-kanak berpenglihatan terhad atau rabun (low vision) mempunyai
keupayaan melihat dan boleh membaca, melihat muka orang lain, objek
atau gambar setelah diberikan peralatan khas seperti cermin mata, kanta
pembesar dan lain-lain. Mereka perlu ditempatkan di bahagian hadapan
kelas dan dibantu dengan cahaya yang sesuai dan tulisan bersaiz besar.
Kurang upaya penglihatan atau bermasalah penglihatan tidak
mempengaruhi kapasiti intelek atau kebolehan untuk belajar. Bagaimana
pun kanak-kanak yang buta atau berpenglihatan terhad memerlukan
perkhidmatan pendidikan khas untuk berjaya dalam pendidikan.
Antaranya ialah bahan dengan saiz huruf besar, bukubuku yang dirakam
pada pita audio atau cakera padat dan buku-buku Braille
Kurang upaya mental atau kerencatan mental dikaitkan dengan individu yang tidak
dapat belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik
mereka yang normal dan yang dan tidak dapat memahami dengan jelas dan sukar
untuk menggunakan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada
situasi lain. Dengan perkataan lain kanak-kanak kerencatan mental kecelaruan
fungsian intelektual dan dua atau lebih daripada kemahiran adaptif berikut:
komunikasi, urus diri, kemahiran hidup, kemahiran sosial, arahan kendiri, kesihatan
dan keselamatan, akademik, beriaya dah dan kerja. Kerencatan mental lazim
berpunca sebelum umur 18 tahun
Pelajar pintar cerdas dan berbakat tidak hanya terdiri daripada mereka yang
mempunyai pencapaian akademik yang tinggi tetapi mereka yang mempunyai daya
imaginasi yang luas, kebolehan untuk mengemukakan idea-idea yang unik,
kepintaran memimpin, mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik. Kadang-
kala, pelajar ini disalah sangka oleh guru sebagai pelajar nakal kerana suka
mengganggu pelajar lain atau pun tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
Mereka mudah merasa bosan kerana apa yang diajar telah mereka fahami. Mereka
sebenarnya suka aktiviti-aktiviti yang lebih kompleks dan mencabar .
Definisi
Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan
khas
sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada
gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan
kemahiran
motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan
sejurus
selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal boleh
merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran
matematik,
memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang
intensif
bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran
dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah
rendah. Mengapa
amalan intervensi awal tidak berleluasa? Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan
kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda.
Golongan pendidik
enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang menghadapi kesukaran
belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003). Mereka lebih cenderung
untuk mengaitkan kanakkanak yang menghadapi masalah pembelajaran dengan
perkembangan lewat (late developers) dan perlu diberi lebih banyak masa. Ini telah
menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapat perkhidmatan pendidikan
khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal
untuk menguasai kemahiran asas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut ‘dis-
lek-sia]
(sejenis masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat
membaca
pada tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu
diberi
lebih banyak masa. Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pembelajaran
menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis
dan menyelesai masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah
ketidakupayaan untuk memberi
tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor (contohnya, tidak boleh bergerak
dengan
pantas). Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka
dikehendaki
mempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Setelah
beberapa
tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula muncul
yang
menghalang interaksi dengan murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat penting
untuk
membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan
guru
tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya,
mereka
harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.
Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui
perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah
penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi
seperti perasaan kecewa.
Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau
seluruh
kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti mana
guru
telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan
guru
atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi
tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan.
Pemilihan ini
bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang
terbaik
mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.
Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar
dan
mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Atas
sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak
hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu
ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah
dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan
peranan
utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru yang
menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi
arahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka. Intervensi
berpusatkan guru sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap pemerolehan
pengetahuan dan kemahiran.
Sebelum program intervensi awal dapat dilaksanakan, penaksiran, sama ada secara
formal atau tidak formal perlu dilakukan (Dowker, dalam Gersten dan Jordan, 2005).
Penaksiran ialah proses pengumpulan maklumat berkenaan kanak-kanak yang
diajar
dengan bertujuan membuat keputusan tentang kekuatan, kelemahan dan keperluan
mereka. Daripada penaksiran yang teratur keputusan-keputusan penting tentang
strategi
pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih tepat. Penaksiran
bertujuan
untuk mengenal pasti intervensi awal yang sesuai bagi seseorang individu atau
kumpulan
kanak-kanak. Penaksiran, sama ada berbentuk formal atau tidak, haruslah
bergantung
kepada situasi dan instrumen yang digunakan. Sebagai contoh, Ujian Kecerdasan
Weschler digunakan untuk menilai tahap kecerdasan kanak-kanak yang syaki
mengalami
kerencatan mental. Penaksiran juga dilakukan untuk menilai keberkesanan sesuatu
intervensi awal. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk mengubahsuai
strategi
pengajaran ke arah memperbaiki lagi kaedah intervensi awal. Secara umum,
penaksiran
digunakan untuk penyaringan dan diagnosis.
Penyaringan
Sebelum bermula intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak hendak
ditentukan. Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak sangat
nyata dan pengujian tidak diperlukan. Contohnya, sindrom Down dan kurang upaya
fizikal boleh ditentukan dengan memerhati ciri-ciri fizikal kanak-kanak berkenaan.
Bagi sesetengah kanak-kanak pula adalah sukar untuk menentukan masalah yang
dihadapi. Oleh itu, penyaringan (screening) perlu dilakukan. Proses saringan
melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara, contohnya
kemahiran bahasa. Lazimnya, teknik saringan dapat dilakukan dengan cepat dan
mudah dengan melibatkan bilangan pelajar yang ramai. Setelah dikenal pasti, guru
akan membuat pengubahsuaian pengajaran sesuai dengan pelajar berkenaan.
Sekiranya pengubahsuaian tersebut tidak membantu, maka guru akan merujuk
pelajar itu untuk menjalani pengujian diagnostik yang lebih terperinci.
Pengujian Diagnostik
Apabila proses penyaringan menunjukkan bahawa terdapat sesuatu masalah atau
beberapa masalah di kalangan kanak-kanak yang diuji, kanak-kanak berkenaan
dirujuk untuk pengujian diagnostik. Ujian diagnostik khusus yang digunakan
tertakluk kepada jenis masalah yang
dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, pengujian diagnostik
dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak-
kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya (Heward,
2003).
(a) Perkembangan Motor
Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran.
Pengujian tentang perkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan,
kelenturan, ketahanan lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak.
Pergerakan otot besar (seperti berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek)
dan pergerakan otot halus (seperti mengambil sesuatu objek permainan, mengikat
tali kasut) menunjukkan tahap perkembangan motor seseorang kanak-kanak
.
(b) Perkembangan Kognitif
Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti
kemahiran mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa
lampau, merancang dan membuat keputusan tentang apa mereka akan buat pada
masa depan. Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari
dengan maklumat sedia ada, menyelesai masalah dan menghasil idea-idea baru
adalah petanda-petanda perkembangan kognitif.
Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang boleh
diperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan dengan
umur tertentu. Contohnya, pada umur 4 tahun, disenaraikan kebolehan dan
keupayaan yang patut dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat umur tersebut.
Oleh itu, perbandingan boleh dibuat dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang
diuji. Perlu ditekankan bahawa kelima-lima domain ini tidak berasingan tetapi
banyak bertindih. Contohnya, kanak-kanak yang bermain bola sepak menggunakan
kelima-lima domain: kemahiran motor (berlari dan menendang bola), kemahiran
kognitif (dapat meramal gerak-geri pemain), kemahiran berkomunikasi (menerima
dan memberi arahan), kemahiran sosial (mematuhi peraturan permainan) dan
kemahiran adaptif (memakai kasut bola tanpa bantuan).
KOMPETENSI SOSIAL
Contohnya:
PENDIDIKAN INKLUSIF
Satu isu yang masih dipertikaikan ialah sama ada pelajar kurang upaya sederhana
harus
di tempatkan dalam kelas yang sama dengan pelajar normal atau biasa. Contohnya,
pelajar yang mengalamai kerencatan mental sederhana atau pelajar penglihatan
terhad ditempatkan dalam kelas bersama dengan pelajar normal. Pendidikan
inklusif (inclusive education) ialah amalan mengintegrasi pelajar berkeperluan khas
dalam kelas yang sama dengan pelajar biasa atau normal. Lihat Rajah 2.8 yang
menunjukkan pelbagai kaedah penempatan pelajar kurang upaya. Pelajar kurang
upaya yang tidak teruk diintegrasikan dengan pelajar biasa, manakala pelajar yang
mengalami masalah yang teruk diasingkan. Dengan perkataan lain, pelajar
diasingkan menurut tahap keterukan masalah yang dihadapi. Contohnya, kanak-
kanak yang mengalami kerencatan mental yang teruk ditempatkan dalam institusi
atau hospital khas. Pelajar yang mempunyai masalah yang sama mungkin
ditempatkan dalam sekolah khas seperti sekolah untuk pelajar bermasalah
penglihatan atau bermasalah pendengaran.
Isu pendidikan inklusif adalah topik yang penuh kontroversi. Penyokong pendidikan
inklusif
berpendapat bahawa pengintegrasian pelajar kurang upaya dengan pelajar biasa
dalam satu kelas adalah lebih berfaedah untuk semua pelajar. Dalam kelas yang
sama, gurupendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dan ini
menghasilkan pendidikan yang lebih baik untuk semua pelajar. Mereka menegaskan
bahawa mengasingkan pelajar kurang upaya dan menempatkan mereka dalam
kelas khas atau sekolah khas adalah tidak berkesan (Skrtic,1995; Sailor, 1991).
Pelajar-pelajar kurang upaya yang diasingkan ditakrifkan sebagai ‘berlainan’ dan ini
telah menjejaskan harga diri dan semangat mereka (Laski, 1991). Bagaimana pun,
penyelidikan yang menyokong pendapat-pendapat ini tidak konklusif. Oleh itu isu ini
akan terus dipertikaikan.
RUMUSAN
1. Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) merupakan sekumpulan
kecil
kanak-kanak dimana ciri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka berbeza daripada
kanak-kanak biasa.
8. Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau
seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan.
11. Pengujian diagnostik dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama
ada
seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan
dirinya
.
12. Kompetensi sosial ditakrifkan sebagai kebolehan dan kemampuan seseorang
berinteraksi dengan orang lain seperti rakan sebaya, adik-beradik, guru dan
individu
lain.