You are on page 1of 3

Barah dalam masyarakat

"Gejala Rasuah"
]

Gejala rasuah sekiranya tidak dibendung dapat menggugat cita-cita kerajaan


untuk mencapai Wawasan 2020.Akta Pencegahan Rasuah mendefinisikan rasuah
sebagai menerima apa-apa suapan sebagai dorongan,upah,atau galakan daripada
seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan atau tidak melakukan sesuatu
perbuatan.Sebagai contoh,suapan tersebut termasuklah wang
ringgit,komisen,hadiah,lesen, tanah dan sebagainya.Manakala Profesor Syed Al-
Attas pula mentakrifkan rasuah sebagai sesuatu yang mencakupi
penyuapan,pemerasan dan nepotisme,iaitu merujuk kepada perlantikan saudara-
mara yang tidak layak untuk sesuatu jawatan.Kronisme pula merujuk kepada
peluang yang diberikan kepada penyokongnya.Gejala ini akan menyebabkan
kerosakan kepentingan sesuatu institusi serta mereka yang layak.Justeru,amalan
rasuah adalah korupsi yang berupaya menjatuhkan kredibiliti sesebuah
negara.Persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat ialah,apakah faktor-
faktor yang menyebabkan gejala ini berlaku?

Selaras dengan konteks diatas,antara faktor-faktor berlakunya gejala rasuah


ialah faktor kepimpinan.Tahap kepimpinan yang ditunjukkan oleh seseorang
pemimpin dalam sesebuah organisasi merupakan daya pengukur.Pemimpin yang
gagal menunjukkan contoh terbaik dan terlibat dalam gejala ini mampu
menyebabkan anak buah hilang rasa tanggungjawab.Malah,keadaan ini
memungkinkan mereka turut melibatkan diri dalam gejala
tersebut.Contohnya,menjelang musim pemilihan,pesanan dan tindakan tegas sering
diingatkan oleh perdana menteri agar pemimpin-pemimpin tidak terlibat dalam
politik wang.Seandainya hal ini berlaku,bermakna mereka bukan lagi dipilih atas
dasar kelayakan,tetapi melihat pada habuan yang bakal diterima.Kondisi ini akan
menjejaskan kredibiliti sesebuah organisasi dalam kalangan pemimpin yang
mentadbir sesebuah negara

Jika diteliti dari perspektif lain pula,sistem pentadbiran yang wujud juga
menyebabkan berlakunya gejala rasuah.Dalam sesebuah jabatan,gejala rasuah
dapat diukur melalui hubungan pegawai dengan orang awam,seperti di Jabatan
Kastam,Jabatan Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Awam.Hal in disebabkan
jabatan-jabatan berkenaan mempunyai hubungan langsung dengan orang
awam.Jika kaki tangan di jabatan kerajaan mahupun swasta agak lembap dalam
pengurusan,tidak mustahil orang awam sanggup memberikan sedikit habuan untuk
mempercepatkan urusan mereka.Dalam faktor kepimpinan dan pentadbiran,barang
kali ada sebab-sebab lain yang mendorong gejala tidak sihat ini
berlaku.Contohnya,seperti kelemahan peribadi pentadbir,pendapatan bulanan yang
kecil,proses modenisasi,serta penyerapan falsafah hidup yang memisahkan agama
dengan urusan dunia.

Sekiranya ditinjau dari pelbagai perspektif,terdapat beberapa kesan ekoran


dari gejala tersebut.Sebagai contoh undang-undang tidak dapat berfungsi kerana
golongan yang memberi rasuah mampu melepasi kawalan undang-undang dengan
mudah.Lantaran itu ,keadilan dan kebenaran sudah menjadi satu komoditi yang
boleh di jual beli.Apabila setiap lapisan masyarakat sudah sebati dengan
rasuah,negara itu akan mundur dalam semua aspek sehingga rakyat akan mula
memberontak.Kejatuhan negara Georgia pada tahun 2002 telah membuktikan
hakikat ini.Disamping itu, gejala ini memberi impak terhadap individu itu
sendiri.Sebagai contoh masyarakat akan memandang serong terhadap individu
terbabit dan mula mempertikaikan punca kepada segala harta benda yang
dimilikinya.Biasanya seseorang yang dijatuhi hukuman penjara akan kehilangan
pekerjaan dan sumber pendapatan,seorang pegawai kerajaan akan dilucutkan
jawatannya,seorang ahli perniagaan pula akan kehilangan perniagaannya dan
kepercayaan pelanggannya manakala seorang tokoh politik akan hilang kuasa dan
pengaruhnya disebabkan sabitan mahkamah.

Jika ditelusuri secara mendalam,hampir seluruh pelosok dunia kini dihantui


dengan kegiatan rasuah malah kuasa besar dunia yakni Amerika Syarikat turut
terjebak dengan gejala ini.Oleh yang demikian,gejala rasuah ini mestilah
dibendung kegiatannya daripada awal.Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah
daripada rebung nya ",ini jelas menunjukkan bahawa pengekangan rasuah perlu
bermula dari institusi kekeluargaan.Sebagai contoh,ibu bapa perlulah menjadi
teladan yang baik dalam menyalurkan sikap-sikap positif supaya anak-anak mereka
menjadi insan yang soleh dan solehah.Di samping itu,guru-guru di sekolah juga
perlulah bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan formal tentang
keburukan kegiatan rasuah kepada para pelajar.Peranan ini serba sedikit dapat
membakar semangat para pelajar agar berfikir baik buruk sebelum membuat
sesuatu perkara yang melibatkan masa depan.Rasuah telah memberi impak negatif
yang boleh menyebabkan kehancuran moral sewarjagat dan negara akan mundur.

Jika diselami dari perspektif lain pula,media massa memainkan peranan


penting dalam usaha mengekang gejala rasuah.Antara contoh media massa ialah
surat khabar,majalah,radio,televisyen dan sebagainya.Seandainya diselidiki secara
mendalam,sebaran sebegini mempunyai pengaruh yang berkesan dalam
pembentukan sahsiah dan moral kelompok masyarakat.Oleh yang demikian,media
massa mampu menjadi acuan kepada pembentukan pemikiran rakyat agar sentiasa
peka terhadap isu-isu semasa.Walau bebaimanapun sebaran tersebut mampu
mengundang implikasi-implikasi yang negatif .Ini kerana peranannya tidak terbatas
kepada ruang lingkup yang tertentu sahaja,malah ianya meluas tanpa
sempadan.Sehubungan itu,kesedaran dan peranan yang dimainkan media massa
perlu dilaksanakan sebaik-baiknya supaya dapat menzahirkan masyarakat yang
sifar rasuah.

Sudah terang lagi bersuluh,bahawa gejala rasuah mempunyai pro dan


kontranya.Sehubungan itu,masyarakat parlu bekerjasama dengan semua pihak bagi
mengekang gejala ini terus menular dan menjadi barah yang sukar dirawat.Sebagai
warganegara Malaysia,kita seharusnya menangkis segala anasir-anasir yang
membawa kepada kemunduran Negara.Sekali lagi kita harus menegaskan bahawa
gajala rasuah merupakan korupsi yang membebankan negara dan masyarakat.Oleh
itu sebagai Negara yang demokrasi,kita perlu seiring dalam menangani kemelut
tersebut serta mengamalkan Rukun Negara secara praktikal agar bebas dalam
kemelut tumbuk rusuk ini bagi menjamin kehidupan yang aman dan harmoni.

You might also like