You are on page 1of 13

KONSEP-KONSEP ASAS DALAM PENGAJARAN KANAKKANAK

KHAS
Pengajaran adalah satu aktiviti yang dilakukan oleh seorang guru bertujuan untuk memahirkan
atau bagi memahamkan mereka yang diajar. Sesuatu sesi pengajaran dikatakan berkesan
apabila pelajar yang mengikuti pengajaran tersebut telah menguasai isi kandungan pengajaran
yang disampaikan, atau apabila pelajar yang mengikuti pengajaran tersebut berjaya
memperolehi kemahiran yang diajar. Bagi mencapai tujuan tersebut ia itu untuk menghasilkan
satu sesi pengajaran yang berkesan seorang guru itu perlu meneliti dan memberi perhatian
terhadap strategi pengajaran, kaedah serta teknikteknik pengajaran.

Strategi dan Pendekatan Pengajaran

Setiap pendekatan pengajaran disandarkan kepada model teoritikal tentang pendidikan


khas. Justeru setiap model mempunyai pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran
yang berbeza bergantung kepada model teoritikal yang dirujuk. Pendekatan pengajaran
merujuk kepada bagaimana seseorang guru menyediakan perancangan mengajar, memulakan
dan mengakhiri pengajarannya. Ia amat bergantung kepada Apabila anda
dipertanggungjawabkan untuk mengajar kanak-kanak khas,bagaimanakah reaksi anda?
Adakah anda merasakan bahawa anda sudah bersedia dengan ilmu pengetahuan serta
kemahiran untuk melaksanakan tanggungjawab ini? Anda seharusnya berupaya merancang
pengajaran untuk kanak-kanak tersebut. Bagaimana pula cara pengajaran yang harus
dilakukan? Disamping itu anda juga ingin mengetahui teknik-teknik khusus dalam sesi
pengajaran kanak-kanak khas. Pernahkah anda berpengalaman mengikuti satu sesi pengajaran
yang sangat bermakna bagi anda? Pengajaran tersebut telah membuatkan anda faham tentang
sesuatu konsep baru. Pernahkan anda berpengalaman mengikuti satu sesi pengajaran yang
telah Berjaya menerapkan kemahiran baru pada diri anda? Pernahkah anda terfikir
bagaimanakah pengajar berkenaan merancang pengajarannya sehingga ia amat berkesan
pada diri anda? Sebaliknya pernahkah anda berpengalaman mengikuti sesi pengajaran yang
tidak berkesan pada diri anda? Ini berlaku kerana ia dilakukan tanpa pendekatan dan strategi
pengajaran yang baik. pandangan serta pegangan guru berkenaan terhadap konsep tentang
pelajar berkeperluan khas yang dikaitkan dengan cadangan intervensi pengajaran untuk
pelajarpelajar tersebut.

Kaedah Pengajaran

Kaedah pengajaran merujuk kepada perancangan pengajaran yang telah diterima pakai.
Kaedah ini dirumus dari teori dan prinsip yang digunakan untuk mengurus amalan dalam bilik
darjah. Perancangan merujuk kepada kawalan guru terhadap urutan pelaksanaan proses
pengajaran yang akan dilaksanakan. Kaedah pengajaran memberi perhatian khusus terhadap
langkah-langkah pada prosedur yang diperlukan dalam aktiviti pengajaran.

Strategi Pengajaran

Strategi pengajaran merupakan cabang kepada kaedah pengajaran. Ia merujuk kepada


perancangan operasi pengajaran yang khusus dan digunapakai oleh guru. Strategi
mencorakkan aktiviti pengajaran guru dalam bilik darjah. Strategi pengajaran merupakan
perancangan-perancangan kecil yang dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran. Contoh
strategi: Pelajar di bawa ke dalam bilik sensori dan perancangan pengajaran berkisar di sekitar
penggunaan kemudahan dalam bilik ini.

Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran merujuk kepada sistem atau mekanisma penyampaian ilmu dan
kemahiran dari seorang guru kepada muridnya (Wood2002). Ia merujuk kepada prosedur-
prosedur khusus pada skala yang kecil. Satu strategi boleh mengandungi beberapa teknik.
Contoh teknik: Teknik secara sentuhan atau penggunaan deria sentuh. Pelajar dibimbing,
dilatih dan diajar mengenali sesuatu huruf dengan teknik sentuhan pada huruf-huruf yang
dibina dari bahan fabrik yang kasar atau yang licin. Anda pernah melalui satu sesi pembelajaran
yang sangat berkesan. Sila kenalpasti apakah strategi pengajaran yang digunapakai dan
apakah teknikteknik pengajaran yang telah dilaksanakan.

MODEL-MODEL TEORIKAL DALAM PENDIDIKAN KHAS


Terdapat beberapa model teoritikal yang membincangkan tentang pendidikan khas. Teori
saintifik mengutamakan ramalan, serta penerangan bagi sesuatu perkara yang dijadikan
asas bagi sesuatu amalan. Kaedah pengajaran pendidikan khas dibina berasaskan
kepada model-model teoritikal yang dipilih. Setiap model mempunyai pandangan yang
tersendiri tentang pendidikan khas. Antara model-model tersebut ialah; model perubatan,
model perkembangan, model behavioris, model kognitif, model humanistik dan model
ekologikal.

Model Perubatan
Sekiranya anda mempunyai pandangan seperti apa yang tercatat di atas, anda sebenarnya
mempunyai pandangan yang selari dengan model perubatan. Model perubatan mengandaikan
bahawa semua masalah pembelajaran dan semua masalah tingkahlaku tidak normal adalah di
sebabkan oleh masalah organik atau penyakit. Faktor alam sekitar yang boleh mengancam
sistem biologi manusia dikatakan turut menyumbang kepada masalah yang dihadapi.
Model perubatan berpendapat bahawa adalah penting untuk melakukan diagnosis secara
komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi pendidikan keatas seorang kanakkanak
khas. Diagnosis perlu untuk memahami keadaan biologikal serta keadaan fizikal yang turut
merangkumi keadaan neurologikal kanak-kanak terbabit. Mereka yang mengambil model ini
akan menggunakan kaedah latihan proses atau ”process trainning” sebagai aktiviti pengajaran
dan pembelajaran bagi kanak-kanak khas. Latihan proses memberikan tumpuan utama kepada
latihan khusus untuk memupuk rangsangan sensori dan untuk meningkatkan kecekapan
pengurusan pengamatan. Kajian terkini mendapati penyumbang kepada masalah pembelajaran
tidak terhad kepada faktor biologikal sahaja. Namun interaksi antara faktor biologikal dengan
factor persekitaran telah menyumbang kepada masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak
khas. Model perubatan seolah-olah mengandaikan bahawa kanak-kanak khas itu mempunyai
masalah pada jasad meraka, justeru mereka perlu diubati untuk mengatasi masalah atau
kecacatan yang dialami. Pandangan sedemikian boleh membantutkan perkembangan
pendidikan kanak-kanak khas terbabit. Ini kerana mereka dianggap mempunyai kekurangan
kerana bermasalah secara biologikal, neurologikal atau fizikal. Apabila anda melihat seorang
kanak-kanak khas adakah anda tertanya-tanya bagaimanakah kanak-kanak tersebut boleh
menjadi sedemikian? Anda mungkin tertanya-tanya apakah ada ubat yang boleh enyembuhkan
kanakkanak ini.Adakah anda berpendapat bahawa kanak-kanak tersebut menghidap penyakit
dan boleh disembuhkan secara perubatan? Sekiranya punca masalah kanak-kanak khas
bersifat biologikal, apakah pendekatanpendekatan pengajaran yang sesuai dan berkesan bagi
kanak-kanak tersebut?

Masalah-masalah tersebut bukan sahaja sukar untuk dihilangkan dari diri kanak-kanak
terbabit, ia juga menghadkan perkembangan mereka.
Model Perkembangan

Model perkembangan berpendirian bahawa pertumbuhan secara biologikal merupakan


faktor utama yang mengawal perkembangan kognitif dan perkembangan sosial kanakkanak
serta remaja. Hampir setiap kanak-kanak atau remaja akan melalui tahap perkembangan
tertentu sehingga matang. Faktor biologikal menyumbang kepada pertumbuhan kanak-kanak
disamping faktor persekitaran. Model ini mengandaikan bahawa kanak-kanak berkeperluan
khas turut melalui tahap-tahap perkembangan seperti kanak-kanak lain, namun pada kadar
yang perlahan berbanding kanak-kanak lain. Turut dipaparkan ialah kanak-kanak yang
mempunyai ketidakupayaan yang berbeza mendapat kesan yang berbeza dari perkembangan
yang tidak normal ini. Justeru tugas pendidik ialah untuk mengenalpasti tahap perkembangan
pelajar-pelajarnya dalam aspek intelektual, fizikal, sosial dan emosional. Guru seterusnya
membina kaedah pengajaran bagi menyesuaikan kaedah tersebut dengan tahap-tahap
perkembangan pelajar dalam aspek-aspek yang telah dikenalpasti. Penyokong model ini kurang
yakin terhadap intervensi pendidikan yang dikatakan mampu mengubah corak perkembangan
kanakkanak. Ini kerana bagi mereka pengalaman secara semulajadi dalam persekitaran yang
ceria dan kondusif adalah lebih penting dan berguna. Model ini berteraskan fahaman
developmentalis yang amat mementingkan intervensi dalam bentuk rawatan pendidikan dalam
persekitaran semula jadi yang selamat dari gangguan yang bersifat intrusif. Kritikan diberi
kepada pendidik yang cuba melatih pelajar mencapai tahap yang lebih tinggi dari tahap
perkembangan pelajar terbabit. Pendidik yang berpegang kepada model ini amat
mementingkan pendekatan pengajaran secara bertahap. Pelajar diajar dan dilatih dengan
kemahiran asas sebelum boleh diberi pengajaran yang lebih tinggi. Pelajar yang bermasalah
dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran di dalam bilik darjah, perlu diasingkan
dari pelajar-pelajar lain. Mereka dicadangkan agar diletakkan di dalam persekitaran lain yang
lebih natural agar Pernahkah anda menyaksikan seorang kanak-kanak pada awal usianya tidak
seperti kawan-kawannya yang jauh lebih kehadapan dalam perkembangan, namun setelah
masa berlalu, kanak-kanak terbabit berkembang menjadi seperti kanak-kanak lain? Adakah
anda percaya bahawa kanak-kanak khas sebenarnya berfungsi pada tahap perkembangan
yang jauh lebih muda dari umurnya yang sebenar? Bagaimana pandangan anda tentang kanak-
kanak yang sangat berbakat dalam sesuatu bidang sehingga dia seperti individu yang lebih
matang dari usianya yang sebenar? boleh membantu pelajar terbabit berkembang secara
optimal dan seterusnya mampu menyesuaikan diri dengan baik. Kanak-kanak khas diberi
latihan pemprosesan kognitif yang selari dengan teori-teori psikologikal. Pengkritik kepada
model ini menyatakan bahawa adalah tidak sesuai untuk menurunkan tahap pembelajaran
seseorang pelajar itu ke tahap yang begitu rendah dan tidak berkaitan langsung dengan
keperluan pembelajarannya masa kini. Model ini juga dikhuatiri menghadkan perkembangan
potensi seseorang individu apabila dia dikehendaki mencapai ke satu tahap yang telah
ditetapkan sebelum boleh berpindah ke tahap yang lebih tinggi lagi. Justeru bagi kanak-kanak
khas adalah penting dipastikan agar ekspektasi terhadap perkembangan mereka diletakkan
secara realistik dan tidak terlalu tinggi.

Model Behavioris

Pengajaran yang mengambil pendekatan seperti yang dipaparkan di atas merujuk kepada
pendekatan pengajaran berasaskan kepada model behavioris. Model ini berpendirian bahawa
bagi pengajaran kanak-kanak khas adalah penting untuk dianalisis tingkahlaku kanak-kanak
tersebut terlebih dahulu sebelum pengajaran dijalankan. Tingkahlaku yang dimaksudkan
merujuk kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan serta boleh diukur. Guru bertindak
mencaturkan peristiwa-peristiwa pada persekitaran pelajar. Ini termasuk usaha merubah
persekitaran sebelum tingkahlaku berlaku atau disebut sebagai ”antecedent”. Selain itu terdapat
usaha untuk merubah persekitaran selepas tingkahlaku atau disebut sebagai ”consequence”.
Usaha dilakukan untuk merekod dan memaparkan data yang diambil. Kanak-kanak yang
bermasalah dianggap mempunyai skema tingkahlaku yang tidak sesuai. Tingkahlaku tersebut
boleh jadi terlebih atau boleh jadi juga berkurangan dari yang sepatutnya. Seorang kanak-kanak
khas yang kerap menjerit tanpa seb arang sebab dikatakan mempunyai lebihan tingkahlaku dari
apa yang sepatutnya. Sebaliknya seorang kanak-kanak khas yang tidak mahu bercakap
dengan dikatakan mempunyai kekurangan tingkahlaku. Guru bertanggungjawab untuk merubah
persekitaran sebelum atau persekitaran selepas tingkahlaku bagi tujuan untuk mencapai
tingkahlaku sasaran. Model behaviorisma ini mempengaruhi beberapa kaedah pendekatan
pendidikan khas. Antaranya ialah strategi kawalan rangsangan sebelum tingkahlaku, strategi
pengurusan kontigensi selepas tingkahlaku, pengajaran tepat, pembelajaran masteri,
pengajaran terus dan pengajaran berentukan komputer. Semua kaedah tersebut mengaplikasi
prinsip kawalan tingkahlaku. Strategi kawalan rangsangan menumpukan kepada kepentingan
untuk memberi kiu atau prom bagi melahirkan tingkahlaku yang diharapkan. Tumpuan di sini
ialah untuk mencari kiu dan prom yang tepat bagi tujuan mengubah tingkahlaku Pernahkan
anda melihat seorang guru mendidik pelajarnya dengan menggunakan strategi ganjaran
sehingga pelajar tersebut berjaya melakukan sesuatu yang sebelum ini dia tidak mampu
melakukannya? Adakah anda sendiri pernah menahan seseorang dari mendapat sesuatu yang
dikehendakinya sebelum dia berhenti melakukan perkara yang anda mahu dia berhenti
lakukannya? seperti yang diharapkan. Strategi pengurusan kontigensi memberi tumpuan
terhadap sistem ganjaran yang digunakan bagi tujuan untuk mengubah tingkahlaku. Pengajaran
tepat menitikberatkan pengukuran serta pemaparan ukuran tingkahlaku bagi tujuan
pemantauan progres pembelajaran. Sesi pendekatan pembelajaran masteri adalah sangat
berstruktur. Strategi tersebut mencerakinkan pengajaran kepada banyak tahap yang kecil
yang perlu dikuasai oleh pelajar satu demi satu. Pengajaran terus memberi tumpuan terhadap
perancangan pengajaran yang tersusun yang mengintegrasikan prom, kiu serta ganjaran dalam
sesi pengajaran. Pengajaran berasaskan komputer menggunakan rangsangan serta kiu pada
skrin komputer untuk memberi maklum balas kepada pelajar tentang respon mereka, sama ada
salah atau betul bagi tujuan untuk mengawal tingkahlaku pelajar Model behavioris ini dikatakan
menjadikan pelajar seperti robot yang bertindak tanpa bantuan kognitif tetapi hanya secara
mekanistik. Namun pelajar-pelajar khas yang diajar bukanlah benda tetapi merupakan insan
yang perlu dipertanggungjawabkan atas segala tindak tanduknya. Kaedah behaviorisma tidak
langsung merujuk kepada unsur-unsur pemprosesan mental contohnya seperti ingatan yang
terlibat dalam menerangkan sesuautu pembelajaran. Justeru, model ini dikatakan tidak mampu
menerangkan keadaan kanak-kanak yang tidak bertutur dan keadaan kanak-kanak yang
mempunyai kekurangan kognitif seperti mudah lupa, gagal memaham konsep dan sebagainya.
Namun model behaviorisma sangat berkesan untuk perubahan tingkahlaku dan untuk latihan
khususnya kepada pelajar-pelajar khas.

Model Kognitif

Model yang memberi fokus kepada keadaan internal pemikiran seseorang dinamakan model
kognitif. Ini berlawanan dengan model behavioris yang berfokuskan kepada keadaan eksternal
seseorang. Manusia akan sentiasa cuba memahami persekitaran dan tidak hanya bertindak
pasif dalam persekitaran tersebut. Teori kognitif cuba menerangkan bagaimana otak
memproses maklumat dan menjadikannya bermakna. Setiap satu proses kognitif tersebut
dikenali dengan nama yang khusus sesuai dengan kefungsian masing-masing. Proses-proses
tersebut ialah perhatian, pengamatan, ingatan, mengkonsepsi, pemahaman, penaakulan,
penyelesaian masalah, dan membuat keputusan. Terdapat banyak teori kognitif yang berbeza
dalam menerangkan proses yang berlaku. Salah satu teori yang popular ialah teori
pemprosesan maklumat. Teori ini cuba menerangkan bagaimana input sensori diberi
pengamatan, ditransformasi, dikecilkan, dibesarkan, disimpan, dicari dan diguna semula.
Pemprosesan kognitif dikatakan sangat interaktif dan dikawal oleh kefungsian eksekutif yang
bertanggungjawab melakukan Pernahkah anda perhatikan terdapat pelajar yang sangat mudah
lupa? Mereka hanya ingat apa yang baru dipelajari sebaliknya mereka lupa apa yang telah lama
di pelajari. Dalam pada itu ada pula pelajar yang sangat baik ingatannya. Ia seperti kamera
mengambil gambar semua maklumat dapat diserap dengan tepat. Adakah anda yakin bahawa
latihan yang diperolehi dalam permainan berstrategi seperti catur dan seumpamanya akan
membuatkan seseorang itu lebih baik dalam pembelajarannya? perancangan, koordinasi,
pemantauan dan penilaian keatas sebarang perancangan tindakan. Menurut teori ini individu
yang bermasalah dalam pembelajaran adalah disebabkan oleh kekurangan dalam
pemprosesan-pemprosesan tersebut. Model kognitif mengambil pendekatan pengajaran secara
latihan kognitif dan meta kognitif. Latihan kognitif memberi perhatian terhadap kemahiran
berfikir. Kaedah-kaedah pengajaran dalam model ini mempunyai matlamat untuk merubah
kefungsian kognitif dan kemahiran berfikir kanak-kanak khas bagi memberi peluang kepada
mereka memproses maklumat dengan lebih berkesan. Model ini juga mempengaruhi kaedah
latihan kemahiran proses. Pendekatan yang diambil oleh model ini ialah memulihkan proses
kognitif pelajar dan bukan memulihkan pelajar secara biologikal. Kritik terhadap model ini
menyatakan bahawa hanya sedikit sahaja kajian yang menyokong ketepatan teori yang
dikemukakan. Tidak banyak boleh dibuktikan tentang keajaiban latihan kognitif yang mampu
memperbaiki keadaan kanak-kanak khas. Namun dalam pada itu terdapat usaha-usaha yang
cuba menggabungkan pendekatan kognitif dalam model mereka. Contohnya model
behaviorisma telah menggabungkan pendekatannya dengan pendekatan model kognitif dalam
kaedah modifikasi tingkahlaku kognitif. Walaupun kaedah ini berfokuskan kepada perubahan
tingkahlaku namun ia menggunakan latihan mental untuk menjayakan perubahan tersebut.

Model Humanistik

Model ini menitik beratkan soal perkembangan individu secara menyeluruh dan secara
sepenuhnya. Asas kepada model ini ialah kepercayaan tentang kecenderungan setiap insan
untuk mencapai jati diri masing-masing. Ini merujuk kepada kecenderungan seseorang untuk
membentuk dirinya menjadi sebagai seorang yang dicita-citakan walaupun dia terpaksa
melakukan perkara-perkara yang mencabar. Model ini menyokong dan menitikberatkan
matlamat pendidikan agar memberikan kepada pelajar lebih tanggung jawab untuk menjadi
lebih terarah dalam proses pembelajaran mereka, justeru menjadi lebih berdikari. Pendidik
bertanggungjawab untuk membina kecenderungan pelajar untuk mengembangkan potensi
mereka, justeru guru menguruskan persekitaran pelajar agar pelajar didedahkan kepada
persekitaran yang bermakna. Pelajar dengan sendirinya akan teruja untuk belajar, berkeinginan
untuk meneroka, berharap untuk menguasai, dan berkeinginan untuk mencipta. Pendekatan
humanistik menyuburi pertumbuhan bebas dan melindungi kanak-kanak khas daripada tekanan
yang berlebihan dari ibu bapa dan dari masyarakat. Objektif sosio emosi diberikan keutamaan
berbanding objektif akademik. Adalah diyakini bahawa dalam situasi pembelajaran yang sesuai,
iaitu Adakah anda belajar sebagai satu usaha untuk menambahkan pendapatan keluarga
atau hanya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan sendiri? Adakah anda merasakan bahawa
anda ini sebenarnya lebih berpotensi dari apa yang mampu anda capai setakat ini?
Bagaimanakah pendapat anda tentang seorang pelajar yang boleh belajar dengan baik dan
mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, namun dia tidak matang dalam
pergaulan sosialnya? dalam suasana emosi bersama suasana sosial yang sihat, pencapaian
akademik adalah lebih baik kerana pembelajaran adalah terarah secara kendiri lagi bermakna.
Faktor peribadi dan faktor sosial adalah amat penting dalam menentukan perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh. Dikatakan keperluan peribadi dan keperluan sosial
pelajar tersebut sering diabaikan dalam konteks pembelajaran di sekolah. Menurut teori ini
perkara-perkara yang berkaitan dengan esteem kendiri dan nilai diri perlu di beri perhatian
terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Pendidik seterusnya perlu memberi perhatian terhadap suasana dan
persekitaran yang boleh mewujudkan tekanan atau yang boleh mencetuskan tingkahlaku
yang bermasalah di kalangan pelajar. Kemahiran sosial adalah sangat penting bagi setiap
pelajar agar mereka mampu menyesuaikan diri sepenuhnya dalam persekitaran di
sekolah. Model ini berpendapat bahawa kegagalan pelajar di sekolah bukan disebabkan oleh
kelemahan mereka dalam kemahiran akademik, sebaliknya adalah disebabkan oleh sikap
mereka yang negatif terhadap persekolahan. Selalunya pelajar-pelajar terbabit mempamerkan
ciri-ciri hiperaktif atau kurang berminat dalam pembelajaran mereka.Mereka tidak bersemangat
untuk belajar justeru gagal untuk berusaha bersungguhsungguh apabila berhadapan dengan
kesukaran dalam pembelajaran. Bagi pendokong model humanistik ini, pendidikan bermula
dengan latihan khusus dalam aspek-aspek; kemahiran sosial, hubungan interpersonal,
penyesuaian diri, berdikari dan motivasi. Model humanistik ini mempengaruhi model pengajaran
dan pembelajaran koperatif ia itu sesi pembelajaran yang dilakukan secara berkumpulan, dan
perkembangan kemahiran dalam domain afektif. Walaupun banyak model lain turut memberi
tumpuan kepada keperluan sosial serta keperluan personal pelajar, namun kebanyakan usaha
tersebut dilakukan secara tidak langsung. Hanya model ini memberi tumpuan khusus kepada
perkembangan individu dalam aspek-aspek kemahiran personal Model ini berhadapan dengan
banyak kritik yang antara lain menyatakan bahawa pendekatan kaunseling serta perbincangan
kumpulan kecil yang bertujuan untuk meningkatkan esteem kendiri pelajar berkeperluan khas
dan mengubah tingkahlaku mereka adalah tidak berkesan. Selain itu, turut dikatakan bahawa
pendekatan model ini adalah secara tidak langsung dan pengurusan kontigensi adalah yang
terbaik untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi. Turut dikatakan pendekatan ini
hanya sesuai di klinik psikologikal dan tidak sesuai di lakukan di bilik darjah. Walaupun banyak
kritikan dilontarkan terhadap model ini namun ia mempunyai kekuatannya tersendiri kerana
memberi penekanan terhadap perkembangan individu dalam domain personal dan sosial.

Model Ekologikal

Model ekologikal adalah berasaskan kepada pandangan bahawa tingkahlaku ditentukan


oleh interaksi antara individu dengan aspek-aspek dipersekitarannya. Selain dari memberi
tumpuan khusus terhadap seseorang individu, model ini menekankan kesan hasil dari
interaksi antara individu terbabit dengan semua yang ada di persekitarannya sama ada di
rumah, di sekolah serta di dalam komuniti. Model ini melihat individu sebagai seorang
yang unik yang di kelilingi oleh persekitaran ekosistem yang juga unik. Masalah bagi
seseorang pelajar khas dalam kefungsian mereka adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan
serta ketidakkongruenan pelajar terbabit dalam sistem ekologinya. Disini timbul ketidaksamaan
antara keupayaan pelajar dengan ekspektasi yang wujud dari persekitarannya. Menurut
pendokong model ini, peranan pendidik adalah bagi membantu pelajar mengekalkan
keseimbangan yang harmonis antara pelajar terbabit dengan persekitarannya. Ibu bapa serta
keluarga perlu memberi komitmen dalam setiap intervensi pembelajaran yang dilaksanakan
untuk pelajar-pelajar khas terbabit. Selain itu penglibatan ahli-ahli profesional lain turut
dikatakan perlu dalam proses pembelajaran tersebut. Kemahiran yang menjurus kepada alam
pekerjaan turut dikatakan penting dalam konteks model ini. Kritik terhadap teori ini menyatakan
bahawa pendekatannya adalah tidak sesuai kerana ia kurang berkesan dan ia kurang menjurus
kepada sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Namun teori ini telah meluaskan
pandangan pendidik sehingga melangkau keluar dari bilik darjah dalam mencari penyelesaian
terhadapkeperluan pembelajaran unik di kalangan pelajar-pelajar berkeperluan khas.
ychology. 7th Ed. Boston: Allyn and Bacon.

INTEGRASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN


KHAS
Konsep integrasi merupakan isu yang kritikal dan menjadi tumpuan perbahasan tentang
pelaksanaan pendidikan khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Konsep integrasi
telah disalah tafsirkan oleh banyak pihak kerana tiada kefahaman atau masih samar
tentang konsep tersebut. Pihak kerajaan perlu menyediakan berbagai polisi secara terperinci
tentang konsep integrasi supaya semua pihak dapat memahaminya. Garis panduan untuk
menyelesaikan isu-isu berkaitan integrasi seperti penempatan pelajar berkeperluan khas,
penerimaan perkhidmatan pendidikan dan latihan untuk melatih professional perlu
disediakan.nDi Amerika Syarikat, masalah berkaitan dengan pelaksanaan polisi integrasi
menjadi tumpuan kepada para pendidik selama beberapa dekad. Dalam tahun 1970-an,
kerajaan Amerika Syarikat telah menyediakan dana untuk menyokong pelaksanaan program
integrasi dalam persekitaran yang tiada batasan. Langkah tersebut telah Berjaya
menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan integrasi. Bahagian ini mengandungi erbincangan
tentang kaedah pengajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas, definisi yang berkaitan
dengan konsep integrasi dan pelaksanaan integrasi.

KAEDAH PENGAJARAN

Sekiranya anda ditempatkan di dalam bilik darjah bersama-sama dengan rakan anda yang
kurang upaya, apakah reaksi anda terhadap rakan tersebut? Bagaimanakah anda dapat
membantu rakan anda tersebut dalam pembelajaran? Adakah anda tahu bagaimana untuk
membantu dan bekerjasama dengan rakan anda itu? Terdapat beberapa kaedah pengajaran
yang sering digunakan dalam pengajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Setiap kaedah
yang digunakan adalah menggambarkan satu atau lebih pendekatan teorikal seperti berikut:
Analisis tingkahlaku
Pengurusan kontigensi/Pengajaran luar jangkaan
Kawalan ransangan
Pembelajaran masteri dan pembelajaran secara langsung
Model dan latihan kemahiran sosial
Proses latihan
Latihan kognitif dan metakognitif
Tutor rakan sebaya
Pembelajaran koperatif
Penggunaan computer

Sebahagian daripada kaedah pengajaran tersebut lebih berpengaruh pada masa lampau
berbanding pada masa sekarang. Sebahagiannya pula telah dibuat penyesuaian untuk
meneruskan prosedur penggunaannya. Namum begitu kesemua kaedah berpotensi untuk
meningkatkan pencapaian pelajar berkeperluan khas.

Amalan Masa Kini

Beberapa persoalan harus dijawab apabila memilih kaedah pengajaran yang sesuai untuk
pelajar berkeperluan khas. Apakah masalah-masalah utama yang dihadapi dalam
menyediakan sumber yang sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas? Apakah ciriciri
bagi kaedah yang digunakan? Soalan-soalan tersebut merupakan rangka kerja untuk
menganalisis amalan semasa dan kaedah pengajaran yang digunakan. Guru-guru di sekolah-
sekolah biasa sering menggunakan kaedah yang terbukti member faedah kepada kedua-dua
kumpulan pelajar iaitu pelajar pendidikan khas dan pelajar normal dalam kelas-kelas biasa.
Guru pada umumnya mempunyai kecenderungan untuk menggunakan kaedah yang
membolehkan pelajar biasa dan pelajar berkeperluan khas bekerjasama dalam waktu
pengajaran yang sama atas sebab-sebab berikut:

Kanak-kanak berkeperluan khas tidak akan merasa berbeza dengan rakan sebaya
mereka yang normal.

Supaya proses pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan tanpa pembaziran


sumber yang ada. Sekiranya guru perlu mengekalkan beberapa kaedah pengajaran, masa
dan usaha tambahan diperlukan. Pendekatan pengajaran yang baik dalam pelbagai
keadaan adalah dengan menggunakan satu kaedah dan diadaptasikan di mana perlu untuk
menyesuaikan kepelbagaian keperluan pelajar dalam bilik darjah. Nilai pendekatan umum
yang digunakan mestilah tidak dipinggirkan terutama apabila terdapat keperluan untuk
membantu pembelajaran pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas. Berikut ialah
contoh-contoh di mana pemilihan kaedah-kaedah pengajaran digunakan bagi pelajar
berkeperluan khas dan pelajar biasa mengikut situasi-situasi yang bersesuaian.

Banyak kaedah yang digunakan dalam kelas biasa tidak berkesan untuk pelajar khas.

Matlamat pembelajaran biasanya menentukan kaedah yang terbaik untuk pelajar


berkeperluan khas.

Kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas kadang-kadang sangat berkesan


untuk pelajar biasa sekiranya digunakan dengan cara yang betul.

Kebanyakan kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas menetapkan prinsip di


mana kejayaan merupakan pembolehubah yang sangat kritikal dalam pembelajaran.

Sebahagian kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas adalah sama dari segi
isi kandungan dan aplikasi.

Tidak ada satu kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas terbukti dapat
mengatasi kesemua masalah-masalah dalam pendidikan khas.

Kekangan masa dan kekurangan sumber mempengaruhi keputusan yang dibuat


oleh guru dalam melaksanakan sesuatu kaedah.

Sebahagian daripada kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas tidak pernah
dibuat penilaian.

Dalam kebanyakan kes, bukan kaedah yang perlu diubahsuai tetapi isi kandungan
mata pelajaran perlu diubahsuai untuk memenuhi kehendak pelajar berkeperluan
khas.

Tanggungjawab untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai dalam pendidikan


khas perlukan percubaan-percubaan (trial and error).
Kesemua kaedah memerlukan komitmen guru yang tinggi untuk meningkatkan
kemahiran dan keupayan pelajar berkeperluan khas.

Kebanyakan kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas memerlukan kurikulum


tambahan.

Pendidikan khas memerlukan staf sokongan.


Keberkesanan Kaedah Pengajaran

Keberkesanan kaedah pengajaran boleh diukur melalui proses analisis meta. Analisis
meta ialah analisis statistik dalam jumlah yang besar terhadap kajian-kajian individu yang
bertujuan untuk mengintegrasikan dapatan-dapatan kajian individu tersebut (Kulik & Kulik,
1984). Prosedur ini membolehkan pengiraan purata terhadap hasil pembelajran bagi
kaedah pengajaran yang digunakan. Analisis hasil pembelajaran menghasilkan kesan saiz
(iaitu perbandingan min antara dua kumpulan) yang dianggarkan memberi kesan kepada
kaedah pengajaran yang digunakan dibandingkan dengan kaedah pengajaran yang
dikawal. Pengajaran secara individu dan pengajaran yang diubahsuai adalah dua kaedah
pengajaran yang sering digunakan dalam pendidikan khas.

Penilaian Kaedah Pengajaran

Kesemua kaedah pengajaran yang digunakan dalam pendidikan khas perlu dinilai. Penilaian
mengambil kira bagaimana kaedah tersebut dilaksanakan, keberkesanan, pengekalan, umum
dan berlakunya pemindahan ilmu. Kriteria ini menyediakan garis panduan untuk menilai kaedah
pengajaran yang digunakan.

Keberkesanan. Menekankan amalan menggunakan kaedah pengajaran seperti mana yang


dikehendaki. Adakah kaedah yang digunakan mudah dilaksanakan? Bolehkah kaedah tersebut
dilaksanakan dalam bilik darjah biasa? Adakah alat bantu yang sedia ada boleh digunakan?
Adakah sumber yang ada dapat digunakan?

Pengekalan. Merujuk kepada hasil pembelajaran yang dapat dikekalkan bagi jangka masa
yang panjang.

Umum. Merujuk kepada sejauh manakah pembelajaran itu dapat digunakan di luar bilik
darjah.

Pemindahan. Merujuk kepada sejauh manakah pembelajaran disesuaikan dalam


bidang-bidang lain, domain dan tempat-tempat lain.

KONSEP-KONSEP ASAS DALAM INTEGRASI

Normalisasi
Konsep yang sangat unik kerana mempunyai kaitan dengan kerangka sosiologi.
Normalisasi merujuk kepada pendekatan yang berkait rapat dengan budaya. Ini adalah
kerana kita ingin mengekalkan tingkahlaku dan ciri-ciri individu yang berkaitan dengan nilai
budaya individu sebaik mungkin. Prinsip normalisasi adalah bertujuan memberi hak
kepada individu kurang upaya supaya kehidupan mereka tidak terbatas. Normalisasi juga
memberi hak keadilan, tolak ansur dan penerimaan masyarakat terhadap individu kurang
upaya. Prinsip normalisasi ini berasaskan prinsip etika kerana individu kurang upaya
mempunyai hak untuk dihormati seperti mana individu lain. Proses normalisasi adalah
berbeza antara satu negara dengan negara yang lain. Semua budaya mempunyai
normanormanya tersendiri dan orang kurang upaya akan menyesuaikan diri dengan norma
sosial masyarakat yang berlainan dengan cara yang berbeza. Polisi yang terhasil daripada
konsep normalisasi akan digunakan untuk mengalakkan orang kurang upaya untuk mengambil
bahagian sepenuhnya dalam kehidupan sosial dan ekonomi masyarakat. Seterusnya dapat
menyumbang kepada kebajikan masyarakat. Normalisasi juga adalah untuk mengelakkan
stigma ketidakupayaan pada individu kurang upaya. Tujuan normalisasi adalah untuk
meningkatkan peluang-peluang penyesuaian yang sihat dalam masyarakat oleh individu yang
kurang upaya.

Aliran Perdana

Aliran perdana adalah polisi pendidikan dalam penempatan pelajar dalam sekolah biasa.
Aliran perdana melibatkan penempatan pelajar kurang upaya daripada program pendidikan
yang terasing atau kelas-kelas khas ke dalam sekolah-sekolah biasa. Penempatan pelajar
dalam aliran perdana dapat mengelakkan pengasingan. Namun begitu konsep ini lebih merujuk
kepada penempatan pelajar secara fizikal di sekolahsekolah biasa. Mengikut Kaufman (1975),
aliran perdana merujuk kepada penempatan sementara integrasi sosial hak kanak-kanak
kurang upaya dengan rakan sebaya yang normal. Penempatan ini berdasarkan kepada
keperluan semasa individu mengikut perancangan pendidikan yang sama yang telah ditetapkan
oleh pihak kerajaan serta memerlukan tanggung jawab bersama di antara pentadbir dan pihak-
pihak yang berkaitan. Mengikut definisi ini, proses arus perdana melibatkan lebih daripada
penempatan fizikal dalam kelas biasa. Pembentukan hubungan sosial yang positif di antara
kanak-kanak kurang upaya dengan kanak-kanak biasa adalah hasil yang diharapkan daripada
proses aliran perdana. Program yang dilaksanakan untuk kanak-kanak biasa dan kanak-kanak
kurang upaya merupakan tunjang kepada kejayaan aliran perdana. Penempatan kanakkanak
kurang upaya dalam pendidikan aliran perdana melibatkan masa yang berbeza di antara kanak-
kanak tersebut. Ada yang ditempatkan sepanjang hari persekolahannya dan ada yang
ditempatkan sebahagian daripada masa persekolahan mereka di kelas-kelas dalam aliran
perdana. Ini berkait rapat dengan pandangan bahawa bukan semua kanakkanak kurang upaya
sesuai untuk aliran perdana terutamanya yang mengalami kecacatan serius. Mereka akan
mendapat faedah yang lebih baik sekiranya ditempatkan di program luar daripada aliran
perdana. Definisi ini juga merujuk kepada keperluan penilaian kanakkanak kurang upaya dan
keperluan perancangan koloboratif dalam menentukan matlamat aliran perdana dicapai.
Birch (1978), memberikan definisi yang menunjukkan perbezaan pendapat tentang proses
aliran perdana. Mengikut Birch, aliran perdana bermaksud kanak-kanak kurang upaya
mendaftarkan diri di sekolah biasa. Kanak-kanak kurang upaya tersebut akan diajar dalam
kelas biasa untuk sebahagian besar hari persekolahan dibawah kendalian guru kelas
biasa. Ini adalah untuk menjamin kanak-kanak ini mendapat pendidikan khas yang
berkualiti yang diperlukan pada ketika itu dan pada masa-masa akan datang. Kenyataan
ini menekankan kepentingan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada
kanak-kanak kurang upaya dan integrasi di dalam kelas biasa. Definisi oleh Birch juga
menekan supaya keperluan kanak-kanak kurang upaya mendapat penempatan dan
menerima perkhidmatan pendidikan. Johnson & Johnson (1980), memberikan definisi yang
menekankan tentang nilai kepada batasan yang kurang menghadkan kepada semua kanak-
kanak kurang upaya. Aliran perdana juga bermaksud memberi kemudahan yang bersesuaian
kepada kanak-kanak kurang upaya mendapat pendidikan dalam alternatif yang tiada batasan
berdasarkan program pendidikan secara individu. Selain itu pendidikan aliran perdana juga
melibatkan prosedur kawalan keselamatan dan penglibatan ibu bapa dengan matlamat untuk
menyediakan kemudahan interaksi yang membina dengan kanak-kanak biasa.Konsep alternatif
yang kurang menghadkan merujuk kepada kanak-kanak kurang upaya diberi pendidikan yang
lebih mencabar tanpa halangan atau sempadan fizikal dan pendidikan yang akan menyekat
kemajuan pelajar dalam program pendidikan. Kepentingan penglibatan ibu bapa dan
kemudahan pendidikan secara individu juga diberi penekanan dalam definisi ini.

Prinsip Persekitaran yang Kurang Menghadkan

Konsep aliran perdana mempunyai persamaan dengan konsep persekitaran yang tiada
batasan pada prinsipnya. Kedua-dua maksud digunakan dalam isu-isu yang sama tetapi
penekanan yang berbeza dalam aspek penempatan pelajar dan penyediaan perkhidmatan
sokongan.Definisi persekitaran yang kurang menghadkan yang diberikan oleh Konsul Amerika
untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas ialah kanak-kanak perlu diberi pendidikan dalam
persekitaran tanpa batasan di mana keperluan pendidikan perlu disediakan dengan
memuaskan. Konsep ini memberi pengiktirafan kepada kanak-kanak berkeperluan khas
bahawa mereka mempunyai keperluan pendidikan yang begitu meluas dan berubah-ubah
mengikut peredaran masa. Pendidikan yang berterusan yang memerlukan masa dan
bersesuaian dengan keperluan individu pelajar supaya dapat memaksimumkan pencapaian
mereka. Kanak-kanak berkeperluan khas juga perlu perlu dididik bersamasama dengan kanak-
kanak yang lain. Kelas-kelas khas, sekolah yang berasingan atau penarikan pelajar
berkeperluan khas hanya berlaku apabila kemahuan pelajar tidak dapat dipenuhi disebabkan
keperluan dan persekitaran yang disediakan tidak memuaskan. Kenyataan di atas memberi
penekanan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu ditempatkan diprogram-program
pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan yang asas, memberi ransangan yang
maksima serta cabaran-cabaran yang sesuai dengan keupayaan dan kemahiran mereka.
Persekitaran yang kurang menghadkan ini membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas
bekerjasama dengan rakan sebaya mereka yang normal dalam kelas biasa. Tahap kerjasama
antara kanak-kanak biasa dengan kanak-kanak berkeperluan khas ditentukan oleh keperluan
individu.

KONSEP INTEGRASI
Integrasi bermaksud mendidik kanak-kanak berkeperluan khas bersama-sama dengan
kanak-kanak biasa. Ini berdasarkan kepada prinsip bahawa kanak-kanak berkeperluan
khas perlu berkongsi peluang-peluang pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak
yang lain (Williams, 1988). Menurut Jenkinson (1987) pula, integrasi ialah menyediakan
pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa. Laporan Warnock
(1978), telah membahagikan integrasi kepada tiga jenis:

Lokasi. Kanak-kanak berkeperluan khas diberi pendidikan di sekolah-sekolah di dalam


kawasan yang sama dengan sekolah-sekolah biasa tetapi berasingan unit atau sekolah. Bagi
kebanyakan kes, kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai hubungan sosial yang terbatas
dengan kanak-kanak biasa seperti berkongsi menggunakan padang permainan.

Sosial. Penempatan pelajar di sekolah-sekolah di mana hubungan sosial yang biasa


berlaku. Misalnya sewaktu bermain atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sekolah
walaupun pendidikan formal berlaku ditempat-tempat yang berasingan.

Kefungsian. Kanak-kanak berkeperluan khas menghadiri kelas-kelas biasa dan


mengambil bahagian bersama-sama dengan pelajar yang lain, berkongsi kemudahan yang
disediakan dan tidak dipisahkan daripada sebarang aktiviiti sekolah. Untuk menjayakan
integrasi, pendekatan positif yang memihak kepada kanak-kanak berkeperluan khas diperlukan.
Ibu bapa perlu bersetuju tentang penempatan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang
telah ditetapkan. Keputusan untuk mengintegrasikan pelajar perlukan kepastian dari segi
kemampuan untuk melaksanakannya. Selain itu amalan integrasi yang dilaksanakan mestilah
dapat menghasilkan pendidikan yang berkesan dan tidak melibatkan kos yang tinggi (Williams,
1988).

2.3.2 Bentuk-bentuk Polisi Integrasi


Penilaian ke atas keperluan individu dan keperluan pembelajaran. Merupakan langkah
pertama ke arah integrasi. Pelaksanaan pendidikan dalam arus perdana yang berdasarkan
kepada penilaian terhadap keperluan pendidikan secara individu akan menentukan bentuk
perancangan dan program bagi personal pendidikan khas dan kelas biasa. Penilaian terhadap
keperluan individu perlu dilakukan sebelum penempatan dan perancangan sesuatu program
dibuat. Penilaian dijalankan berdasarkan maklum balas daripada pelbagai sumber termasuk ibu
bapa, guru, ahli psikologi, guru pendidikan khas dan juga pentadbir.

Penempatan di kelas-kelas biasa. Kebanyakan program integrasi ádalah bertujuan untuk


menyokong penempatan pelajar kurang upaya ke dalam kelas-kelas biasa atau sekolah biasa
samada secara sepenuh masa atau separuh masa. Program integrasi juga bertujuan untuk
meningkatkan jumlah pelajar kurang upaya di dalam kelas-kelas biasa. Selain itu, galakan perlu
diberi supaya integrasi sepenuhnya diamalkan.

Penyediaan pelbagai perkhidmatan dan program pendidikan. Kebanyakan polisi integrasi


mengutarakan pemasalahan tentang penyediaan pengajaran yang bersesuaian dengan
keperluan pelajar berkeperluan khas yang berbagai. Pentadbir perlu menyediakan
perkhidmatan pendidikan khas di beberapa seting seperti di hospital, pusat-pusat pemulihan,
sekolah khas, kelas-kelas khas di sekolah biasa, bilik sumber dan kelas-kelas biasa. Ini
disebabkan perbezaan keperluan pelajar berkeperluan khas dimana perkhidmatan yang sesuai
diperlukan dalam masa yang berbeza, kumpulan pelajar yang berbeza dan sentiasa berubah.

Penyediaan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan bersesuaian. Integrasi memerlukan


perkhidmatan pendidikan yang berkualiti seperti mana yang disediakan untuk pelajar lain di
kelas-kelas biasa. Kemudahan yang disediakan mestilah sesuai dengan keupayaan kanak-
kanak tersebut. Kakitangan yang terlatih dalam pendidikan khas diperlukan dalam pelaksanaan
integrasi. Guru-guru biasa juga perlu prihatin terhadap keperluan pelajar berkeperluan khas.

Sokongan oleh personal dan profesional terhadap hak pelajar berkeperluan khas dan ibu
bapa. Integrasi memerlukan sokongan daripada personal, guru-guru, rakan sebaya dan
masyarakat. Ibu bapa memerlukan sokongan profesional terutama daripada mereka yang
mempunyai pengetahuan tentang kanak-kanak berkeperluan khas. Para profesional perlu
bersikap positif dan menerima. Guru perlu bertanggung jawab dan sentiasa mengambil berat
terhadap pelajar kurang upaya. Pelajar biasa Jenis Integrasi Lokasi Kefungsian Sosial
perlu membantu pelajar berkeperluan khas secara aktif menyesuaikan diri dengan kelas biasa.
Sokongan daripada ibu bapa pelajar biasa kepada anak-anak mereka diperlukan kerana anak
mereka akan sentiasa berhubung dengan kanak-kanak berkeperluan khas.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Program Integrasi

Faktor Kanak-kanak
Tahap penyesuaian tingkahlaku dan kemahiran bersosial
Tahap keupayan kognitif
Kemahiran akademik
Kesediaan untuk terlibat dalam program integrasi

Faktor Rakan Sebaya


Sikap rakan sebaya dalam kelas biasa
Kesedían pelajar biasa untuk menyesuaikan diri dengan kanak-kanak berkeperluan khas
Faktor Guru dan Pengajaran
Kualiti program kelas biasa
Kesediaan guru kelas biasa menyesuaikan pengajaran dalam kelas biasa untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak kurang upaya
Bilangan kanak-kanak kurang upaya yang terlibat dalam program integrasi
Kualiti latihan dalam perkhidmatan untuk guru-guru biasa

Faktor Pentadbir
Penetapan kriteria untuk kejayaan integrasi
Kualiti sumber yang disediakan untuk guru
Penyediaan perkhidmatan sokongan dan pakar yang mencukupi
Tahap sokongan yang diberikan kepada guru kelas

Sikap Ibu Bapa dan Masyarakat


Sikap ibu bapa kanak-kanak kurang upaya terhadap program integrasi
Sikap ibu bapa kanak-kanak biasa terhadap program integrasi

You might also like