MTE3110 LINEAR ALGEBRA

TOPIK 1

SISTEM PERSAMAAN LINEAR

1.1

SINOPSIS

Topik ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan tentang sistem persamaan linear dengan beberapa kaedah penyelesaian seperti kaedah penggantian, penghapusan, penggantian kebelakang,kaedah penghapusan Gauss dan juga kaedah penghapusan Gauss-Jordan. Selain itu ia juga membincangkan penggunaan sistem persamaan linaer dan ketaksamaan linear di dalam kehidupah harian.

1.2  

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda dijangka akan dapat: Menyelesaikan sistem persamaan dan ketaksamaan linear Menggunakan konsep sistem persamaan dan ketaksamaan linear untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. 1.3 Kerangka Tajuk

Sistem Persaman Linear

Penyelesaian Persamaan Linear

Kaedah Penghapusan

Kaedah Pengantian

Kaedah Gauss Jordan

Sistem Homogen

Pemprograman linear dan ketaksamaan linear dan aplikasi

Rajah 1.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan

1

MTE3110 LINEAR ALGEBRA

1.4

Sistem Persamaan Linear

1.4.1

Pengenalan

Sistem persamaan linear adalah merupakan sebahagian daripada algebra linear, jika diperhatikan dan diteliti apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita berkait rapat dengan sistem persamaan linear terutamanya dalam bidang sains, industri dan juga pemasalahan ekonomi.Pemasalahan tersebut boleh diringkaskan dalam bentuk sistem persamaan linear yang mengandungi satu atau lebih pembolehubah dan sistem ini perlu di selesaikan dengan beberapa kaedah. Modul ini adalah untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah sistem persamaan linear dengan menggunakan beberapa kaedah dan juga aplikasinya dalam kehidupan seharian.

1.4.1

Persamaan Linear

Ungkapan algebra telah diperkenalkan sejak kita berada di sekolah menengah lagi, malah perkataan ‘persamaan linear’ adalah bukan asing bagi pelajar matematik. Sebelum kita pergi lebih lanjut lagi marilah melihat dahulu apakah yang dimaksudkan persamaan linear dan apakah jenis-jenis penyelesaianya. Persamaan linear adalah satu persamaan yang mempunyai pembolehubah berdarjah satu. Secara algebra, persamaan linear dalam dua pembolehubah boleh ditulis sebagai ax + by = c dengan a,b dan c adalah pemalar, secara geometrinya apabila dilakarkan ia akan membentuk satu garis lurus seperti yang di gambarkan di dalam Rajah 1a, manakala jika persamaan linear yang mempunyai tiga pembolehubah ia ditulis sebagai ax + by + cz = d dengan a,b,c dan d adalah pemalar. Apabila ia dilakarkan ia akan membentuk satu satah dalam ruang tiga dimensi seperti di gambarkan dalam rajah 1b.

2

MTE3110 LINEAR ALGEBRA

y y

ax + by = c x x z Rajah 1a Rajah 1b

Selain itu persamaan linear ini tidak terhad kepada dua atau tiga pembolehubah sahaja, ia boleh jadi empat , lima dan banyak pembolehubah. Secara umumnya persamaan linear boleh ditakrifkan seperti berikut:

Takrif 1 : Persamaan Linear Persamaan linear dengan n pemboleh ubah x1, x2, . . . ,xn adalah persamaan berbentuk a1x1 + a2x2 + . . . + anxn = b dengan a1, a2, . . . , an dan b adalah nombor nyata.

Contoh 1.1 Persamaan-persamaan berikut adalah linear (a) 3x – 4y = -1, merupakan persamaan linear dengan dua pemboleh ubah (b) r – s - t = 9, merupakan persamaan linear dengan tiga pemboleh ubah (c) x1 – 2x2 + 3x3 + x4 = 5, merupakan persamaan linear dengan empat pemboleh ubah.
2 3

Daripada contoh 1.1 di atas kita lihat bahawa darjah tertinggi bagi setiap pembolehubah adalah satu.

3

1 2 4 .MTE3110 LINEAR ALGEBRA Contoh 1.2 Persamaan-persamaan berikut adalah bukan persamaan linear (a) (b) (c) (d) x + 3y2 = 4 2y – sin x = 0 x1 + 2x2 – x3 = 3 x + 2xy – z = 1 Dalam contoh 1. maka ia bukan linear. (a) darjah tertinggi bagi y adalah 2 maka ia adalah bukan linear (b) sin x adalah merupakan fungsi trigonometri maka ia bukan linear (c) darjah bagi x1 adalah maka ia juga bukan linear (d) hasil darab pemboleh ubah x dan y menghasilkan jumlah darjahnya adalah dua.2 ini.

1 Anda telah mencuba aktiviti di atas? Adakah anda telah memberi jawapan yang betul? Sekarang lihat panduan ini: Semak pembolehubah bagi persamaan tersebut (i) Persamaan linear tidak mempunyai pemboleh ubah yang di darab atau punca kuasa seperti xy. ex dan sinx adalah bukan persamaan linear. fungsi eksponen dan fungsi trigonometri seperti log10x. dengan  adalah pemalar. (iii) Pemboleh ubah yang melibatkan fungsi logaritma. Maka sebutan berbentuk seperti x2.1 Tentukan sama ada persamaan berikut adalah linear atau tidak dan nyatakan sebabnya. 5 . xyz. (ii) Darjah tertinggi bagi pembolehubah adalah satu. y3 z4 adalah bukan persamaan linear. 𝑥 . mungkin anda telah memberi jawapan yang betul. (a) (b) (c) (d) (e) (f) x + 3y = 5 x1 + 3x22 = 8 – x3 x + 2y – z = 3 3x1 -4x3 = 3x2 +3x4 3x + 2y – z + xyz = 4 x + 2y -3z = sin.MTE3110 LINEAR ALGEBRA Latihan 1. tahniah!. Ya.

. am1x1 + am2x2 + . Bagaimana jika anda gantikan nilai x = 1 dan y = 3 dalam kedua-dua persamaan tersebut adakah ia memenuhi kedua-duanya.4. . + a1nxn = b1 a21x1 + a22x2 + . . .2 Penyelesaian Sistem Persamaan Linear Sedikit sebanyak kita telah memahami apa itu persamaan linear. Sebagai contoh. pertimbangkan sistem persamaan linear yang mempunyai dua pembolehubah x + 2y = 7 2x . . . . + amnxn = bm dengan aij adalah pekali bagi pembolehubah xj.3y = 0 mempunyai penyelesaian [3. .sn yang memenuhi setiap persamaan linear dalam sistem di atas. . . .2] dimana ianya memenuhi kedua-dua persamaan tersebut. Sebelum itu marilah kita lihat takrifannya. 6 .s2.3] bukan merupakan penyelesaian kepada sistem persamaan linear tersebut kerana ia hanya memenuhi persamaan linear yang pertama sahaja. + a2nxn = b2 . dengan kata lain [1. . . . Cuba anda gantikan nilai x = 3 dan y = 2 dalam kedua-dua persamaan tersebut. dan bi adalah pemalar...MTE3110 LINEAR ALGEBRA 1. . . Takrif 2: Sistem Persamaan Linear Sistem persamaan linear yang mempunyai m persamaan dan n pembolehubah adalah sistem berbentuk a11x1 + a12x2 + . Seterusnya kita akan mengkaji pula sistem persamaan linear dan juga jenis-jenis penyelesaian bagi sistem ini.. . . Penyelesaian persamaan linear adalah merupakan s1.. apakah ia memenuhi persamaan itu? ya. . .

Kemudian gantikan x = 0 kedalam persamaan ke dua kita dapati y = 1.MTE3110 LINEAR ALGEBRA Contoh 1.3 Selesaikan sistem persamaan linear berikut: 2x + y = 1 x – y = -1 Penyelesaian: Dengan menambahkan kedua-dua persamaan tersebut memberikan 3x = 0. oleh itu x = 0.1) x 7 . Secara geometri penyelesaian sistem persamaan ini boleh digambarkan seperti berikut: y x+y=3 x–y=1 1 2 (2. maka(0.1) merupakan penyelesaian kepada kedua-dua persamaan linear tersebut dan ini adalah hanya satu-satunya penyelesaian untuk sistem persamaan tersebut.

Ini memberikan sistem mempunyai penyelesaian yang tak terhingga. ini boleh diwakili parameter (2 + t.MTE3110 LINEAR ALGEBRA Contoh1.4 Selesaikan sistem persamaan linear berikut: x–y=2 2x – 2y = 4 Penyelesaian: Persamaan yang kedua dalam sistem di atas adalah dua kali ganda dari persamaan yang pertama. t) bagi sebarang nilai nyata t.Oleh itu penyelesaian sistem persamaan linear di atas adalah berdasarkan persamaan yang pertama iaitu x – y = 2. Penyelesaian sistem persamaan ini boleh digambarkan seperti berikut: y x–y=2 2x – 2y = 4 x 8 .

MTE3110 LINEAR ALGEBRA Contoh1. 1. Penyelesaian sistem persamaan ini boleh digambarkan seperti berikut: y x –y = 1 x–y=3 x Perhatikan ketiga-tiga contoh di atas. sistem dalam contoh 1. Oleh itu sistem ini tidak mempunyai penyelesaian. ini tidak boleh berlaku kerana satu nilai x tidak boleh mempunyai dua nilai y yang berbeza pada satu titik. didapati y = -1 dan apabila x = 0 digantikan dalam persamaan kedua didapati y = -3.5 mengambarkan hanya ada tiga kemungkinan bilangan penyelesaian dalam sistem persamaan linear dengan pekali nombor nyata.5 Selesaikan sistem persamaan linear berikut: x–y=1 x–y=3 Penyelesaian: Sebagai contoh mari kita gantikan x = 0 pada persamaan yang pertama.4 dan 1.Sistem persamaan linear dikatakan konsisten jika ia mempunyai sekurang-kurangnya satu penyelesaian. Sistem yang tidak mempunyai penyelesaian adalah 9 .3.

MTE3110 LINEAR ALGEBRA tak konsisten. Sistem Persamaan Linear dengan pekali nombor nyata mempunyai sama ada: (a) (b) (c) penyelesaian unik. Sebagai kesimpulan. tiada penyelesaian. penyelesaian tak terhingga. Penyelesaian Sistem Persamaan Linear ini boleh diringkaskan seperti dalam Rajah 2 di bawah. Sistem Persamaan Linear Konsisten Penyelesaian Unik Penyelesaian Tak Terhingga Rajah 2 Tak Konsisten Tiada Penyelesaian 10 .

03y = -0.MTE3110 LINEAR ALGEBRA Latihan 1.05y = 0.2 Tentukan sama ada sistem persamaan linear berikut adalah mempunyai penyelesaian unik.penyelesaian tak terhingga atau tiada penyelesaian. (a) x+y=0 2x + y = 3 x – 2y = 7 3x + y = 7 (c) 3x – 6y = 3 -x + 2y = 1 0.20 -0.10x – 0.12 (b) (d) Jawapan: (a) (b) (c) (d) penyelesaian unik tiada penyelesaian penyelesaian tak terhingga penyelesaian unik 11 .06x + 0.

.. Setelah itu tajuk rumus tersebut digantikan semula dalam persamaan satu lagi. 2x = 8 ...(1) .......7 Selesaikan sistem persamaan linear berikut: x + 2y = 7 3x – 4y = 31 ..MTE3110 LINEAR ALGEBRA 1..............2....2 Kaedah Pengantian Kaedah pengantian ini merupakan satu kaedah di mana satu pembolehubah yang dipilih dijadikan sebagai tajuk rumus........ Jika tidak darabkan dengan nombor yang sesuai supaya menjadi sama.... Sebagai mengingat kembali mari kita lihat contoh penyelesaian persamaan serentak berikut: Contoh1. Bagi contoh di atas hapuskan pembolehubah y.... maka penyelesaian persamaan tersebut ialah x=4 dan y = 2..(2) 12 ... maka untuk menghapuskan pembolehubah y lakukan operasi persamaan (1) + (2).. Contoh 1...(1) ...1 Kaedah Penghapusan Kaedah penghapusan adalah di mana satu pembolehubah perlu dihapuskan dari persamaan yang telah diberikan......6 Selesaikan persamaan berikut: x–y=2 x+y=6 Penyelesaian: Pilih pembolehubah yang hendah dihapuskan...4... Kaedah ini sesuai bagi sistem persamaan linear yang ringkas dan agak kurang sesuai untuk sistem yang mempunyai tiga pembolehubah keatas.2.. Maka pertama sekali pastikan pekalinya sama........4. Bagi contoh ini pekali y adalah sama walaupun berlawanan tanda ..... Persamaan (1) + (2) maka didapati x=4 dan gantikan x = 4 kedalam persamaan (2) x+y=6 4+y=6 y = 2...(2) 1.

.. Contoh 1.............. Gantikan dalam (1) x + 2(-1) = 7 x=9 1......2.......(1) .8 3x1 + 2x2 – x3 = 2 3x1 – x2 + x3 = 5 3x1 + 2x2 + x3 = 2 3x1 + 2x2 – x3 = 2 x2 2x3 = 4 = 3 (a) (b) Sistem persamaan (a) dan (b) sebenarnya jika diselesaikan akan mendapat jawapan yang sama............ iaitu: 3x1 + 2x2 – x3 = 2 x2 = 3 2x3 = 4 .(2) .....4..(3) 13 ............. Bagi menyelesaikan sistem (b) gunakan kaedah pengantian kebelakang ..3 Kaedah Pengantian kebelakang Walau bagaimanapun bagi sistem persamaan linear yang melibatkan tiga atau lebih pembolehubah kaedah penyelesaiannya agak rumit jika menggunakan dua kaedah yang telah dibincangkan di atas............ x = 7 – 2y Langkah 2: Gantikan tajuk rumus itu kedalan persamaan (2) 3(7 – 2y) -4y = 31 21 – 6y – 4y = 31  10y = 10 y = -1 Langkah 3: gantikan nilai y kedalam mana-mana persamaan.....MTE3110 LINEAR ALGEBRA Penyelesaian Langkah 1: pilih x sebahagai tajuk rumus bagi persamaan (1)...

Maka adalah lebih baik sistem (a) di turunkan kepada sistem (b) dan akhirnya diselesaikan dengan kaedah pengantian kebelakang. maka x3 = 2 dan x2 = 3. 1.3 Operasi Baris Permulaan Sebarang sistem persamaan linear boleh di transformkan kedalam bentuk persamaan matriks dan sebarang matriks yang diperolehi daripada matriks yang lain dengan menggunakan turutan operasi baris dikatakan setara dengan matriks yang asal. Namun ia adalah sukar. Takrif 3 Operasi Baris Permulaan (O. operasi boleh ditulis sebagai ()Bk. 14 . (b) unsur-unsur suatu baris bagi suatu matriks boleh didarabkan dengan suatu pemalar bukan sifar. operasi boleh ditulis sebagai ()Bj + Bk. gantikan nilai x2 dan x3 dalam persamaan (1) 3x1 + 2(3) – 2 = 2 x1 =  2 Penyelesaian bagi sistem (a) boleh dibuat secara penghapusan dan pengantian.4. (c) suatu baris bagi suatu matriks boleh diubah dengan menambahkan kepadanya suatu gandaan sebarang baris yang lain. operasi ditulis sebagai BjBk.B.MTE3110 LINEAR ALGEBRA Penyelesaian: 2x3 = 4.P) boleh dilakukan dengan tiga operasi berikut: (a) dua baris sesuatu matriks boleh ditukargantikan Kedudukanya.

kita kena tahu apakah tujuan untuk melakukan operasi baris permulaan kepada sistem linear yang asal. maka z = 2 Gantikan z = 2 kedalam persamaan kedua didapati 7y + 6(2) = 10. Contoh 1. Takrif 4 Sesuatu sistem Linear dikatakan pekalinya berbentuk matriks segitiga jika semua pemasukan di bawah pepenjuru dari bahagian atas di sebelah kiri ke bahagian bawah di sebelah kanan ialah sifar. 2z = 4. maka 7y = -2 dan y = − 7 Seterusnya gantikan kedalam perssamaan pertama.MTE3110 LINEAR ALGEBRA Sebelum pergi lebih lanjut mengenai Operasi Baris Permulaan. Lihat contoh-contoh berikut: 15 . didapati x + 2(− 7) + 2 = 3. − .9 Berikut adalah contoh sistem persamaan linear berbentuk segitiga: x + 2y + z = 3 7y + 6z = 10 2z = 4 1 2 atau dalam bentuk matriks imbuhan 0 7 0 0 1 3 6 10 2 4 Setelah sistem itu berada dalam bentuk segitiga maka akan mudah membuat pengantian kebelakang untuk memyelesaikan sistem tersebut. 2) sekarang marilah kita teruskan dengan operasi baris permulaan. seperti contoh di atas gunakan penggantian kebelakang. Sebenarnya tujuannya adalah untuk menyelesaikan sistem tersebut dan apabila kita lakukan operasi baris permulaan kita lakukan sehingga sistem membentuk pekali matriksnya berbentuk matriks segitiga. dan x = 2 11 7 11 7 2 7 2 maka penyelesaian sistem tersebut adalah ( .

) B2  0 −3 −3 −15 3 0 0 −2 −6 Maka sistem linear di atas adalah setara dengan x + 2y + z=8 -3y + -3z = -15 -2z = -6 Jadi. 1 2 B2 +(-2)B1  0 −3 1 1 1 2 B3+(-1)B1  0 −3 0 −1 1 8 −3 −15 −2 −3 1 8 −3 −15 −3 −11 Kemudian kita sifarkan pemasukan lajur kedua yang terletak dibawah pelopor baris kedua. z = 3.2z = -3 Penyelesaian: Tukarkan sistem di atas kepada bentuk matriks imbuhan seperti berikut. 1 2 1 8 2 1 −1 1 1 1 −2 − 3 . untuk menjadikan matriks imbuhan ini berbentuk segitiga kita akan sifarkan semua pemasukan pada lajur pertama kecuali pelopor lajur pertama tersebut.MTE3110 LINEAR ALGEBRA Contoh 1.z = 1 x + y . 16 . 1 2 1 8 1 B3 + (. y = 2 dan x =1.10 Selesaikan sistem persamaan linear berikut: x + 2y + z = 8 2x + y . dengan menggunakan kaedah pengantian kebelakang.

1 1 0 0 0 0 1 0 0 0 −6 5 . 0 5 Berikut pula adalah contoh matriks Bentuk Baris Eselon Terturun 1 0 0 1 0 0 0 0 .2.MTE3110 LINEAR ALGEBRA 1. 0 1 17 .E.B) 2 0 0 4 1 −1 2 . 4 1 0 0 1 2 0 1 0 0 1 3 . pemasukan baris bukan sifar adalah satu.3 Bentuk Eselon Baris Sebelum ini kita telah mempelajari suatu kaedah untuk menurunkan suatu sistem linear n x n ke bentuk segitiga. 0 1 9 0 0 0 1 0 0 0 −7 0 8 0 .B). Pemasukan pelopor pada setiap baris bukan sifar adalah pada sebelah kanan lajur yang mengandungi pemasukan pelopor pada baris sebelumnya. Jika lajur mengandungi pemasukan pelopor pada baris tertentu.E.E. 0 0 1 0 0 1 0 0 1 5 .    Semua baris sifar berada pada baris paling bawah matriks. 0 0 0 0 0 2 0 0 −1 0 0 0 0 1 0 0 0 0 1 0 0 1 −1 1 2 0 4 0 0 3 2 .4 Bentuk Eselon Baris Terturun (B. maka semua kemasukan pada lajur dibawahnya adalah sifar.2.Maka kita diperkenalkan pula dengan Bentuk Eselon Baris(B. Berikut adalah contoh matriks Bentuk Eselon Baris (B.B. Takrif 5 Suatu matriks dikatakan berada dalam Bentuk Eselon Baris jika.   Jika lajur mengandungi pemasukan pelopor pada sebarang baris . 1.T) Jika sesuatu matriks Bentuk Eselon Baris memenuhi dua ciri-ciri tambahan berikut kita katakan ia adalah Bentuk Eselon Baris Terturun. maka semua kemasukan pada lajur tersebut adalah sifar. 0 1 0 −1 0 8 1 6 0 0 0 0 .

1 −1 −2 −5 1 (5) B2  0 1 1 3 0 2 3 8 1 5 pada baris kedua untuk jadikan pemasukan pelopor baris 18 .11 Selesaikan sistem 2x2 + 3x3 = 8 2x1 + 3x2 + x3 = 5 x1 – x2 – 2x3 = -5 Penyelesaian: Matriks imbuhannya ialah 0 2 1 2 3 8 3 1 5 −1 −2 −5 Kita teruskan dengan menurunkan matriks ini kepada Bentuk Eselon Baris. Contoh 1. kita selesaikan sistem linear yang setara dengan matriks baris eselon baris itu menggunakan teknik yang dipanggil penggantian kebelakang.2. kita turunkan matriks imbuhan bagi sistem linear menjadi matriks bentuk eselon baris. Kemudian.5 Kaedah Penghapusan Gauss Algorithma yang digunakan untuk menurunkan sebarang matriks imbuhan menjadi matriks bentuk eselon baris adalah dipanggil kaedah penghapusan gauss.MTE3110 LINEAR ALGEBRA 1. seperti berikut: 0 2 3 8 2 3 1 5 1 −1 −2 −5 1 −1 −2 −5 2 3 1 5 0 2 3 8 B1  B3  Sekarang mari kita jadikan sifar pada pemasukan kedua dalam lajur pertama: 1 −1 −2 −5 B2+(– 2)B1  0 5 5 15 0 2 3 8 Seterusnya kita darabkan dengan kedua adalah 1. Dalam teknik penghapusan Gauss.

jadi x2 = 3 .2z = 1 19 . Kita tulis jawapan dalam bentuk vektor sebagai 0 1 2 1.6 Kaedah Penghapusan Gauss-Jordan Kaedah ini adalah lanjutan dari kaedah Penghapusan Gauss.MTE3110 LINEAR ALGEBRA Apa yang harus dilakukan seterusnya ialah perlu sifarkan pada pemasukan pada baris ketiga lajur kedua.2. dan seterusnya x1 = -5 + x2 + 2x3 = -5 + 1 + 4 = 0.12 Selesaikan sistem x + 3y . yang mana sesuatu sistem persamaan linear kita lakukan operasi baris sehingga kepada bentuk eselon baris terturun .z = 8 2x + y + z = 3 3x . B3+(– 2)B2  1 0 0 −1 −2 −5 1 1 3 0 1 2 Hasilnya matriks imbuhan yang asal telah berada dalam bentuk eselon baris.2x3 = -5 3x2 + x3 = 3 x3 = 2 dan penggantian kebelakang memberikan x3 = 2.2y . Sistem linear itu adalah setara dengan : x1 – x2 . Contoh 1.x3 = 3–2 = 1.

MTE3110 LINEAR ALGEBRA Penyelesaian: 1 3 −1 8 Matriks imbuhannya ialah 2 1 1 3 3 −2 −2 1 Kita teruskan dengan menurunkan matriks ini kepada bentuk eselon baris terturun seperti berikut: B2+(– 2)B1  1 3 −1 8 0 −5 3 −13 3 −2 −2 1 1 3 −1 8 0 −5 3 −13 0 −11 1 −23 1 5 Sekarang mari kita jadikan sifar pada pemasukan ketiga dalam lajur pertama: B3+ (– 3)B1  Seterusnya kita darabkan dengan kedua adalah 1. Apa yang harus dilakukan seterusnya ialah perlu jadikan pelopor pemasukan baris ketiga sebagai 1. namun bagi penyelesaian secara Gauss-Jordan kita kena teruskan Operasi Baris Permulaan ini sehingga kebentuk Bentuk eselon Baris Terturun.28 ) B3  5 1 0 0 3 −1 8 3 13 1 −5 0 5 1 −1 −1 8 0 2 1 −1 0 7 0 2 1 −1 Seterusnya sifarkan pemasukan lajur ketiga yang berada di atas pelopor baris ketiga. pada baris kedua untuk jadikan pemasukan pelopor baris (− 1 ) 5 1 3 −1 8 3 13 1 −5 5 B2  0 0 −11 1 −23 Apa yang harus dilakukan seterusnya ialah perlu sifarkan pada pemasukan pada baris ketiga lajur kedua. (. B3 + (11)B2  1 3 0 1 0 0 −1 8 3 13 −5 5 − 28 28 5 5 Hasilnya matriks imbuhan yang asal telah berada dalam bentuk eselon baris. B2 +( ) B3  3 5 B1 +(1) B3  1 3 0 1 0 0 1 3 0 1 0 0 20 .

B1+ (-3) B2  1 0 0 1 0 0 0 1 0 2 1 −1 Maka sistem persamaan linear yang asal adalah setara dengan. x y =1 =2 z = -1 dan penyelesaiannya ialah 1 2 . jadi x2 = 3 .MTE3110 LINEAR ALGEBRA Akhirnya kita sifarkan pula pemasukan lajur kedua yang berada di atas pelopor baris kedua.x3 = 3–2 = 1. Kita tulis jawapan dalam bentuk vektor sebagai 0 1 2 21 .2x3 = -5 3x2 + x3 = 3 x3 = 2 dan penggantian kebelakang memberikan x3 = 2. dan seterusnya x1 = -5 + x2 + 2x3 = -5 + 1 + 4 = 0. −1 Sistem linear itu adalah setara dengan : x1 – x2 .

1 9 1 1 b) d) x = 1. y =  1. a) c) e) f) x = 1. 1 0 0 0 0 1 0 0 1 1 2 1 2 5 0 0 0 0 0 1 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0 2 1 3 1 0 0 0 0 0 0 1 0 0 1 0 nyatakan sama ada ia juga berada dalam bentuk eselon baris terturun. y = 0. y = 1. x =  (𝑡 − 17). 22 .3 1.z = 2 (f) Jawapan: 2.2z = -8 x + 2y – 3z = -5 5x + y – z = -11 (e) x + 2y + z = 4 3x – y . y =  2. z = 2 x = 1. (a) (b) (c) 1 3 0 1 0 0 1 (d) (e) 1 0 0 1 0 0 (f) 0 0 0 1 2. Jika ia. z = 1 x = 7 (8 + 𝑡). z = 0 x = 3. y= 14 (𝑡 9 − 1). Selesaikan sistem persamaan linear berikut dengan menggunakan kaedah Gaus-Jordan. z = 3 z=t z=t y = 7 (10 − 4𝑡). Tentukan sama ada matriks yang diberi berikut adalah bentuk eselon baris. x– y+z = 3 2x – y + z = 4 x + 2y – z = -1 x– y+ z = 1 3x + y = 4 y – 2z = -1 2x + y – z = 1 x+ y– z=0 3x + y + 2z = 2 (a) (b) (c) (d) 3x + y x =7 – z=0 y .MTE3110 LINEAR ALGEBRA Latihan 1.

4. t  R 1 − 0 0 0 Teorem: Sistem persamaan linear homogen dengan bilangan anu lebih banyak daripada bilangan persamaan mempunyai tak terhingga banyaknya penyelesaian.3 Sistem Homogen Takrif 6 Sistem persamaan linear dikatakan homogen jika pemalar sebelah kanan dalam setiap persamaan bersamaan sifar.MTE3110 LINEAR ALGEBRA 1. Jika tidak sistem itu dikatakan tak homogen.12 Selesaikan sistem persamaan linear homogen berikut dengan menggunakan kaedah penghapusan Gauss-Jordan. dan oleh itu sentiasa ada penyelesaian tak remeh 23 . (cuba lakukan operasi baris sehingga menjadi matriks di bawah ini) 1 0 0 − 2 9 5 9 4 9 1 2 −3 − 0 1 Maka didapati: x1 = 2/9 t x2 = 5/9 t x3 = 4/9 t dan x4 = t . 2x1 – x2 – 2x3 + x4 = 0 x1 + 2x2 – 3x3 Penyelesaian: 2 1 0 −1 −2 1 0 2 −3 0 0 1 1 −1 0 =0 X2 + x3 – x4 = 0 Dengan melakukan operasi baris permulaan matriks di atas boleh diturunkan sehingga matriks berbentuk eselon baris terturun seperti ini. Contoh: 1.

Selesaikan sistem x  2y + 2z = 0 4x  7y + 3z = 0 2x  y + 2z = 0 Jawapan: 1. x=0 18 x2 = 17 𝑡. 2.MTE3110 LINEAR ALGEBRA Latihan 1. Dapatkan penyelesaian bagi sistem linear homogen berikut: x1 + 3x2  x3 + 2x4 = 0 x1  2x2 + x3 =0 x2 + 3x3  4x4 = 0 2. x1 = − 17 𝑡. y=0 2 x3 = 22 t 7 x4 = t ( penyelesaian remeh) z=0 24 .4 1.

4 • • • Pemprograman Linear dan Ketaksamaan Linear Melukis ketaksamaan linear dalam dua pembolehubah Menyelesaikan ketaksamaan Linear dengan menggunakan grraf Penggunaan Contoh: 1.MTE3110 LINEAR ALGEBRA 1.13 Grafkan set penyelesaian bagi sistem y ≤ 2x – 3 dan 2x – 3y > 5 Penyelesaian: Graf bagi ketaksamaan y ≤ 2x – 3 meliputi graf garis bagi persamaan y = 2x – 3 dan semua titik di bawahnya. Penyelesaian keseluruhan adalah titik yang memenuhi kedua-dua ketaksamaan tersebut. x y 0 -3 2 1 3y = 2x – 5 3y = 2x – 5 x y 4 1 -2 -3 25 . ( kawasan berlorek dalam rajah di bawah).4. y = 2x – 3 y = 2x – 3 . Manakala graf bagi ketaksamaan 2x – 3y > 5 mengandungi hanya titik-titik yang berada di bawahnya sahaja (tidak termasuk titik-titik yang berada di atas garisan).

berapa banakkah tiap-tiap satunya patut mereka bina setiap minggu untuk memaksimum keuntungan mereka. adalah seperti yang ditunjukkan dalam graf di bawah. Firdaus bekerja selama 3 jam dan Dania 4 jam. P = 80x + 64y x≥0 y≥0 4x + 3y ≤ 20 2x + 4y ≤ 20 Kekangan x ≥ 0 dan y ≥ 0 menunjukkan bahawa bilangan bekas jam tidak mungkin negatif. 26 . Untuk membina satu bekas jan dindidng pula.14 Firdaus dan Dania berkerja sambilan untuk mengeluarkan bekas jam. Firdaus menggunakan 4 jam sehari dan Dania pula 2 jam sehari untuk menyiapkan satu bekas jam besar berdiri. Rantau berlorek R. Keduadua mereka tidak boleh bekerja lebih daripada 20 jam seminggu.MTE3110 LINEAR ALGEBRA Contoh1. Penyelesaian: Maklumat si atas boleh diringkaskan seperti berikut: Masa untuk sebuah Masa Jam Besar Berdiri Firdaus Dania 4 jam 2 jam Untuk sebuah jam diding 3 jam 4 jam Katakan x adalah bekas jam besar berdiri dan y adalah bekas jam dinding Keuntungan . Jika mereka mendapat sebanyak RM80 untuk setiap jam besar berdiri dan RM64 untuk setiap jam diding.

0) (2.0) adalah merupakan titik ekstremun.4) 2x + 4y = 20 (5. iaitu mereka mendapat keuntungan pada tahap RM416 seminggu.0) P = 80(0) + 64(0) = 0 P = 80(0) + 64(5) = 329 P = 80(2) + 64(4) = 416 P = 80(5) + 64(0) = 400 Dari ujian di atas didapati keuntungan maksimum berlaku pada titik (2.5) Pada titik (2.MTE3110 LINEAR ALGEBRA 4x + 3y = 20 (0.4) dan (5. (2.(0.5).0).5) R (0.0) Dari graf tersebut kita dapati bucu-bucu (0. Pada titik (0. 27 .4) ini bermaka untuk mendapat keuntungan maksimu Firdaus dan Dania mesti menyiapkan 2 bekas jam besar berdiri dan 4 bekas jam dinding setiap minggu. untuk menentukan keuntungan maksimum kita uji titik-titik ini.4) Pada titik (5.0) Pada titik (0.

28 . Jawapan: gandar roda 1 = 35 dan gandar roda 2 = 15.00 Cari bilangan gandar roda 1 dan gandar roda 2 yang perlu dikeluarkan supaya kilang tersebut mendapat keuntungan maksimum.MTE3110 LINEAR ALGEBRA Latihan 1. B. Jadual di bawah menunjukkan masa memproses bagi setiap unit gandar roda. masing-masing diproseskan pada mesin A. dan juga bilangan gandar roda yang dikeluarkan bagi setiap mesin dalam setIap 8 jam berkerja . Sebuah syarikat mengilang gandar roda bentuk 1 dan gandar roda bentuk2. dan C.00 50.5 1. Tunjukkan secara graf set penyelesaian bagi setiap sistem ketaksamaanberikut: (a) y≤x–2 Y < -2x + 3 2x + 3y ≤ 5 3x + y ≤ 1 X≤0 (b) x+y<2 x+y≤1 x+y≥1 x–y≤1 x–y≥0 x≤2 (c) (d) 2. jadual juga menunjukkan keuntungan bagi setiap keluaran. Mesin A Ganda roda 1 Ganda roda 2 bilangan unit 1/10 1/10 5 Mesin B 1/12 1/6 7 Mesin C 3/20 1/20 6 Keuntungan (RM) 55.

ia boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti dalam bidang ekonomi. dimana mereka di beri tiga jenis makanan yang berbeza (A. seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1. masing-masing. bakteria jenia II memerlukan 2 unit A setiap hari dan bakteria jenis III memerlukan 4 unit A sehari.5 Aplikasi Sistem persamaan Linear dan Ketaksamaan Linear Kegunaan sistem persamaan linear adalah sangat banyak. Contoh 1. Bedasarkan maklumat di dalam jadual 1. Setiap hari 2300 unit makanan A. fizik .4.B dan C).II dan III. y dan z bilangan bakteria jenis 1. 800 unit makanan B. Maka kita boleh tulis dalam bentuk persamaan linear sebagai: 2x + 2y + 4z = 2300 Dengan cara yang sama kita boleh dapati persamaan untuk makanan B dan C seperti berikut: X + 2y = 800 dan X + 3y + z = 1500 29 .II dan III). dan 1500 unit makanan C diletakan ke dalam tabung uji berkenaan dan setiap bakteria menggunakan beberapa unit makanan sehari. kimia .15 Seorang ahli biologi meletakkan ke dalam tabung uji tiga jenis bakteria (dilabelkan dengan I. biologi dan pelbagai lagi. Berapa banyak bakteria bagi setiap jenis perlu diletakkan supaya hidup di dalam tabung uji dan menggunakan kesemua makanan tersebut? Bakteria Jenis 1 Makanan A Makanan B Makanan C 2 1 1 Bakteria Jenis 2 2 2 3 Jadual 1 Bakteria Jenis 3 4 0 1 Penyelesaian: Biarkan x. Bakteria jenis I memerlukan 2 unit A setiap hari.MTE3110 LINEAR ALGEBRA 1.

Perhatikan rajah berikut.MTE3110 LINEAR ALGEBRA dengan menggunakan kaedah Gaus-Jordan kita selesaikan seoerti berikut: Persamaan di atas boleh ditulis dalam bentuk matriks imbuhan 2 2 4 2300 1 2 0 800 1 3 1 1500 1 0 0 100 0 1 0 350 0 0 1 350 Jadi. Pada setiap nod jumlah arus yang masuk adalah bersamaan dengan jumlah arus yang keluar. 2.16 8 volt i1 2 ohms i2 5 ohms i3 9 volt 4 ohms 2 ohms Di dalam bidang rangkaian letrik kita boleh mengiraatau menentukan amaun arus di dalam setiap cabang dalam sebutan rintangan dan voltan. 30 . y = 350 dan z = 350. Voltan . Pada setiap gelung tertutup hasil tambah algebra voltan mestilah bersamaan dengan hasil tambah algebra voltan yang menyusut. Anak panah menunjukkan arah aliran arus. simbol mewakili sel atau bateri (diukur dalam sukatan volt) . hukum Kirchhoff digunakan: 1. dimana i adalah arus dalam ampere dan R adalah rintangan dalam Ohms. Ini bermakna ahli biologi tersebut perlu meletakkan 100 bakteria jenis I . arus akan keluar dari pangkalan bateri yang bertanda mencancang panjang. dan selesaikan dengan Operasi Baris Permulaan sehingga ke bentuk eselon baris terturun .Simbol mewakili perintang tang diukur mewakili nod dan i mewakili arsu diantara nod-nod. x = 100. Untuk menentukan arus. Sementara itu simbol dalam unit ohm. iaitu: Contoh 1. V = iR. 350 bakteria jenis II dan 350 bakteria jenis III kedalam tabung uji jika ia mahu semua makanan tersebut dihabiskan.

i1 = 1. nitrogen dan air sebagai w.MTE3110 LINEAR ALGEBRA Jadi kita lihat dari rajah di atas didapati: i1 – i2 + i3 = 0 . Penyelesaian Biar kita namakan bilangan molekul-molekul amonia.y dan z masing-masig. wNH3 + xO2  y N2 + zH2O Dengan membandingkan bilangan nitrogen. jadi persamaan tindakbalas ditulis sebagai. i2 = 2 dan i3 = 1. 4i1 + 2i2 =8 (gelung atas) (gelung bawah) (nod A) (nod B) 2i2 + 5i3 = 9 Persamaan linear di atas boleh diwakili oleh matriks imbuhan 1 −1 1 0 −1 1 −1 0 4 2 0 8 0 2 5 9 Seterusnya turunkan ke Bentuk Eselon Baris Terturun ia menjadi. Contoh 1. Dapatkan persamaan kimia yang seimbang bagi tindakbalas ini.hidrogen dan oksigen didalam tindakbalas dan hasil.x.17 Pembakaran amonia (NH3) dalam oksigen akan menghasilkan gas nitrogen (N2) dan air.oksigen. Nitrigen : Hidrogen: Oksigen: w = 2y 3w = 2z 2x = z 31 . 1 0 0 0 0 1 0 0 0 0 1 0 1 2 1 0 Maka kita dapati.i1 + i2 – i3 = 0 Dari hukum kedua. kita mendapati tiga persamaan linear.

MTE3110 LINEAR ALGEBRA Seterusnya jika ditulis semula. dengan menggantikan z = 6. y = 2 dan z = 6. kita dapati w = 3 z. 0 1 0 0 Maka. 0 32 . x = 2 z dan. y = 3 z.x dan y. ia menjadi sistem. kita akan dapati nilai integer yangpaling kecil bagi w. w 3w 2x Dalam bentuk matriks imbuhan. x = 3. Maka persamaan tindakbalas yang seimbang ialah 4NH3 + 3O2  2N2 + 6H2O 1 1 2 0 0 . iaitu w = 4.2y =0 –z=0 – 2z = 0 −2 0 0 0 −2 0 0 −1 0 Kemudian lakukan operasi baris permulaan sehingga menjadi bentuk eselon baris 1 0 terturun. 1 0 3 0 0 2 0 − 0 1 2 3 1 −2 1 − 3 .

ekonomi dan lain-lain. rajah menerangkan berkenaan Keabadian aliran iaitu setiap aliran masuk sama dengan aliran keluar. Maka dari sini kita boleh bina persamaan .Pertemuan antara cabang ini dikenali sebagai nod.18 (Analisis rangkaian) Dalam kebanyakan situasi harian. 20 𝑓1 𝑓2 30 Dari rajah di atas. kita lihat dua aliran masuk dan dua aliran keluar dari nod.MTE3110 LINEAR ALGEBRA Contoh: 1. Jelaskan kemungkinankemungkinan aliran air paip tersebut.19 5 10 A 𝑓 4 20 D 30 𝑓3 C 𝑓1 B 10 𝑓2 5 Rajah menujukkkan aliran air paip diukur dalam unit liter per minit. Contoh 1. ia mempunyai simpang iaitu pertemuan antara beberapa cabang jalan. komunikasi. iaitu aliran masuk f 1 + f2 dan aliran keluar adalah 20 + 30 jadi keseluruhannya f1 + f2 = 50. Rangkaian-rangkaian ini seperti rangkaian jalan raya. pelbagai rangkaian yang kita dapati seperti rangkaian prngankutan. 33 .

Sekarang cuba kita gantikan. Namun begitu realitinya ini adalah sistem aliran paip maka sudah tentu tiada nilai negatif. f1 + f4 = 15 f2 + f4 = 5 f3 – f4 = 20 biarkan f4 = w. maka f1 = 10.P 1 0 0 0 0 1 0 0 0 0 1 0 1 1 −1 0 15 5 20 0 Maka kita dapati. maka f1 = 15 – w f2 = 5 – w f3 = 20 + w f4 = w Bedasarkan sistem persamaan linear dia atas . w = 5. Maka kekangan w ≤ 5 adalah lebih kuat. Oleh itu kita dapati bahawa 34 . cuba pertimbangkan pada persamaan pertama sudah pasti w ≤ 15 (kerana f 1 tidak boleh menjadi negatif). kita dapati w boleh mempunyai sebarang nilai. f2 = 0. nod A : nod B : nod C : nod D : f1 f1 – f2 f2 + f3 + f4 = 15 = 10 = 25 f3 – f4 = 20 Dengan menggunakan kaedah Penghapusan Gauss-Jordan kita turunkan matriks imbuhan ke bentuk eselon baris terturun.B. dan dari persamaan kedua pula w ≤ 5 (juga kerana f 2 tidak boleh menjadi negatif). f3 = 25 dan f4 = 5 Sebenarnya dari sistem di atas kita boleh mencari nilai maksimum dan minimum.MTE3110 LINEAR ALGEBRA Penyelesaian: Pada setiap nod kita bina persamaan linear yang mungkin. 1 1 0 0 0 −1 1 0 0 1 0 0 1 0 1 −1 15 10 25 20 O.

I5 = 4.6 Rajah menunjukkan litar elektrik dengan arus I1.2. Dapatkan arus yang mengalir di I1.4.4. serta kadar rintangan 1 Ohm dan 2 Ohm dilengkapi dengan sel 12 volt dan 6 volt. I4.8 I2 = 2. I6 = 7. I5 dan I6. Kombinasi dari persamaan di atas kita dapati 10 ≤ f1 ≤ 15 0 ≤ f2 ≤ 5 20 ≤ f3 ≤ 25 dan 0 ≤ f 4 ≤5 Latihan 1. I3. 35 .6. I2. I2.8 I3 = − 0.MTE3110 LINEAR ALGEBRA 0 ≤ t ≤ 5. I3. Jawapan : I1 = 5. I5 dan I6. I4. I4 = 7.

2z = -8 x + 2y – 3z = -5 5x + y – z = -11 (e) x + 2y + z = 4 3x – y .4 Selesaikan sistem persamaan linear berikut dengan menggunakan kaedah Gaus-Jordan.2y .y + 2z + t = 3 3x .3t = 8 2x + 2y + z + 2t = 8 x .t = 4 2x + y + 2z .z .2. x– y+z = 3 2x – y + z = 4 x + 2y – z = -1 x– y+ z = 1 3x + y = 4 y – 2z = -1 2x + y – z = 1 x+ y– z=0 3x + y + 2z = 2 (a) (b) (c) (d) 3x + y x =7 – z=0 y .t = 4 (f) (g) (h) x + y + 2z + t = 1 x + 2y + z + t = 2 2x + y + z + t = 4 x + y + z + 2t = 3 (i) x+y x + t = 4 z+ t = 2 (j) x .y + z + t = -2 36 .t = 10 x + 2y + z .z = 2 2x – 2y + 3z + t = 2 x+ y+ z+t = 5 -x + 2y – 3z + 2t = 2 x + y + 2z .MTE3110 LINEAR ALGEBRA Aktiviti 1.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.