You are on page 1of 2

AKTIVITI : 1 KAJIAN DOKUMEN (T1A1) Berdasarkan kepada adat resam perkahwinan yang telah dipilih, lakukan kajian dokumen

mencari maklumat melalui pembacaan buku, jurnal, makalah bercetak ataupun atas talian (pencarian internet). Maklumat yang dicari harus merangkumi aspek-aspek berikut;

Sejarah atau latarbelakang termasuk tujuan ianya diadakan; sama ada kerana agama; tradisi turun temurun; budaya dan lain-lain; Adat resam perkahwinan seperti persediaan sebelum upacara majlis yang merangkumi risikan, pertunangan dan lain-lain; Pelbagai pakaian pengantin; Juadah dan Kuih muih utama/khas; Amalan-amalan yang dilakukan; Pantang larang jika berkaitan; Dan lain-lain mengikut kreativiti anda.

Laporkan semua pencarian dokumen anda dalam bentuk penulisan kertas kerja. Upload laporan pada Assignment page di portal EPIC. Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 1 sebelum atau pada 5 Julai 2013 (5.00 PM). Namakan fail laporan anda sebagai T1A1.

AKTIVITI : 2 RAKAMAN SUASANA SAMBUTAN DAN RUMUSAN (T1A2) Aktiviti ini adalah kesinambungan kepada Aktiviti 1. Anda telahpun melalui proses mencari maklumat secara membaca. Tujuan aktiviti ini adalah untuk anda mengalami sendiri sambutan upacara perkahwinan tersebut.

Lawatan ke rumah seorang teman yang menyambut upacara perkahwinan yang anda pilih. Mengambil gambar/ videokan suasana sambutan sebenar yang merangkumi pakaian; jenis juadah yang dihidangkan; amalan-amalan yang dilakukan dan lain-lain aspek yang berkaitan. Berdasarkan kepada gambar foto/ video suasana sambutan majlis perkahwinan, anda perlu membuat rumusan sepanjang 300 hingga 350 patah perkataan.

Upload gambar foto/ rakaman dan rumusan anda pada Assignment page di portal EPIC. Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 2 sebelum atau pada 20 September 2013 (5.00 PM). Namakan fail laporan anda sebagai T1A2.

AKTIVITI : 3 JURNAL REFLEKTIV (T1A3)


Sebagai penamat kepada Tugasan 1; anda perlu membuat aktiviti terakhir ini iaitu menulis Jurnal Reflektif. Jurnal Reflektif (JR) merupakan catatan luahan perasaan; reaksi; fikiran; persepsi anda berdasarkan semasa membuat aktiviti 1 dan 2. Dalam JR anda juga, bandingkan perbezaan yang mungkin wujud antara adat resam perkahwinan berlainan yang diperoleh melalui aktiviti 1 (kajian dokumen) dengan situasi sebenar yang dirakamkan dalam aktiviti 2. Tuliskan semua catatan anda dalam bentuk karangan esei; dan buat satu rumusan keseluruhan. Berikan cadangan-cadangan atau tindakan susulan dimana perlu. Anda dinasihati membuat refleksi dari aspek seorang individu; seorang ibu/bapa; seorang anak; seorang ahli masyarakat majmuk Malaysia; dan seorang guru yang bertanggungjawab membentuk generasi akan datang. Hadkan penulisan Jurnal Reflektif kepada 3-5 muka surat sahaja.

Upload Jurnal Reflektif anda pada Assignment page di portal EPIC. Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 3 (Jurnal Reflektif) sebelum atau pada 4 Oktober 2013 (5.00 PM). Namakan fail laporan anda sebagai T1A3 (Jurnal Reflektif)

You might also like