You are on page 1of 43

HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYA

PENDAHULUAN Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.

Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Websters Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a language or group of languages.

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Websters Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages.

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

PENGHASILAN BUNYI-BUNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAYU

Huraian Huruf konsonan Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

a)

Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).

b) Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). c) Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).

d) Satu konsonan hentian glotis. ( ? ) e) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j ) f) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran

glotis bersuara ( h ). g) Satu konsonan getaran bersuara ( r ).

h) Satu konsonan sisian bersuara ( i ). i) Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n )

j)

Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).

k) Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.

Cara membunyikan huruf vokal Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alatalat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.

(a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:

Awal

Tengah Akhir Ikan Bila Tali Ibu Tiba Padi

(a) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya: Keadaan bibir hampar Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah

Akhir Enak Teleng Tauge Elok Leher Tempe

(b) Vokal depan separuh luas atau lapang []. Cara membunyikannya:

(a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah

Akhir Esa Belek Tauge Enak Belok Tempe

(c) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Awan Kadar Siapa Anak Beras Nama

(d) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir ubat

bulat Batu ular sudu Palu

(a) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai

menyentuh lelangit lembut (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Orang Tolong Pidato Otak Bohong Koko

(b) Vokal belakang separuh luas atau lapang []. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [ ]seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Orang

Borong Soto Oleh Bolot Teko

(f) Vokal tengah []. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar (b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir Emak Penat Sosialisme

Empat Tenat Behaviurisme

Cara Membunyikan Konsonan Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan Cara sebutan bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit lembut Glottis Letupan Pb Td Kg -

Letusan Cj Sengau M N (ny) (ng) Geseran S H Getaran R

Sisian L Separuh vokal W Y -

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan.

(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b] 1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke

rongga mulut. 2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan

udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3. 4. 5. Pita suara direnggangkan. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Cara membunyikan sama seperti membunyikan konsonan [p]. yang berbeza ialah:

1. 2. 3.

Pita suara dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan mengetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir Konsonan [p] Palu Lapik Atap Konsonan [b] Batek Rabun Adab

(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d] Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]

1. 2.

Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

menutup arus udara ke rongga hidung. 3. 4. 5. 6. Pita suara direnggangkan . Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t].

Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [t]. yang berbeza ialah:

1. 2. 3.

Pita suara dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara [d].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir Konsonan [t] Takut

Batas Padat Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad

(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g] 1. . 2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara dari Pita suara di renggangkan. 4. Arus udara keluar dari paruSekatan udara yang dibuat oleh Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara

paru-paru ke rongga hidung. 3.

paru melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. belakang lidah dilepaskan serta merta. 6.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [k]. yang berbeza ialah: 1. 2. 3. Pita suara dirapatkan . Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].

Contoh perkataan: Huruf Awal Tengah Akhir Konsonan [k] Kala Makan Tamak Konsonan [g] Garam Pagar Dialog

(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:

(a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung (b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya

(c) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara. (d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir Anak Saat Lemak Ikan Rakyat Budak

(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara []. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [] Bunyi konsonan [] 1. 2. Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

3. 4. 5. 6.

Pita suara direnggangkan. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [].

Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan []. yang berbeza ialah: 1. 2. 3. Pita suara dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi bersuara []

Contoh perkataan: Huruf Awal Tengah Akhir Konsonan [] Cara Laci Koc Konsonan [] Jala Kanji

Kolej

(f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:

(a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara di renggangkan. (d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara (e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].

Contoh perkataan: Awal Tengah Akhir Silap Lasak Pedas Satu Lesu Lemas

(f) Konsonan getaran gusi bersuara [r]: (a) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan. (d) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara (e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Rapat Tiram Sabar Rugi Seram Lebar

(f) Konsonan gusi bersuara [I]:

(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan (d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara (e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir Lagu Tilam Tebal Lipat Kelam Kekal

(f) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]: (a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.

(g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paruparu ke rongga hidung. (h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung. (i) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. (j) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Macam Teman Ketam Murah Lumba Badam (k) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya: (a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paruparu ke rongga hidung. (c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung

(d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir Naga Tanah Taman Nilam Panah Laman

(e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] cara membunyikannya:

(a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan (d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. (e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahanpelahan.

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [] seperti yang berikut: Awal Tengah Akhir Ngilu Bingka Lalang Ngeri Rangkap Tulang

(f) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [] . Cara membunyikannya: (a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara (b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung (c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan (d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung (e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara ( )seperti perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir Nyaris Banyak Nyala Senyap -

(f)

Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:

(a) Bibir di bundarkan. (b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. (c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung (d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w].

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir Waris Kawan Takraw Wajar Lawan -

(g) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:

(a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. (b) Bibir di hamparkan. (c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung.

(d) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j]. (e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir Yakin Tayang Yuran Payah KESIMPULAN Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara. 2. FONEM

Fonem merupakan satuan bahasa terkecil yang bersifat abstrak dan mampu menunjukkan kontras makna atau abstraksi dari satu atau sejumlah fon, entah vokal maupun konsonan. Karena bersifat abstrak, fonem bukanlah satuan bahasa yang tidak nyata, bukan maujud yang dapat diindera. Dalam kata rokok, misalnya, terdapat empat fon, tetapi empat fon itu sebenarnya merupakan realisasi tiga fonem, yakni /r/, /o/, dan /k/. Dalam kata itu pula terdapat bunyi ( ) yang sebenarnya merupakan realisasi fonem /o/. Hanya karena lingkungan berdistribusinya, fonem /o/ itu direalisasikan menjadi ( ). Memang banyak versi mengenai definisi atau konsep fonem. Namun, intinya adalah satu kesatuan bunyi terkecil yang dapat membedakan makna kata. Bagaimana kita tahu sebuah bunyi adalah fonem atau bukan fonem. Banyak cara dan prosedur telah dikemukakan oleh berbagai pakar. Namun, intinya adalah kalau kita ingin mengetahui sebuah bunyi adalah fonem atau bukan, kita harus mencari yang disebutpasangan minimal atau minimal pair, yaitu dua buah bentuk yang bunyinya mirip dan hanya sedikit berbeda. Umpamanya kita inginmengetahui bunyi [p] fonem atau bukan, maka kita cari, misalnya pasangan kata paku dan baku. Kedua kata ini mirip sekali. Masing-masing terdiri dari empat bunyi. Kata paku terdiri dari bunyi [p], [a], [k], dan [u]; sedangkan kata baku terdiri dari bunyi [b], [a], [k], dan [u]. jadi, pada pasangan paku dan baku terdapat tiga buah bunyi yang sama, yaitu bunyi kedua, ketiga dan keempat. Yang berbeda hanya bunyi pertama, yaitu bunyi [p] pada kata paku dan bunyi [b] pada kata baku.

Dengan demikian, kita sudah dapat membuktikan bahwa bunyi [p] dalam bahasa Indonesia adalah sebuah fonem. Mengapa? Karena kalau posisinya diganti oleh bunyi [b], maka maknanya akan berbeda. Sebagai sebuah fonem, bunyi [p] itu ditulis di antara dua garis miring menjadi /p/. Apakah bunyi [b] pada pada pasangan kata paku dan baku itu juga sebuah fonem? Dengan sendirinya, bunyi [b] itu juga adalah sebuah fonem, karena kalau posisinya diganti oleh bunyi [p] atau bunyi [I] menjadi laku, maknanya juga akan berbeda. Untuk membuktikan sebuah bunyi adalah fonem atau bukan dapat juga digunakan pasangan minimal yang salah satu angotanya rumpang. Artinya, jumlah bunyi pada anggota pasangan yang rumpang itu kekurangan satu bunyi dari anggota yang utuh. Misalnya, untuk membuktikan bunyi [h] adalah fonem atu bukan kita dapat mengambil pasangan [tuah] dan [tua]. Bentuk [tuah] memiliki empat buah bunyi, sedangkan bentuk [tua] hanya memiliki tiga buah bunyi. Maka, kalau bunyi [h] itu ditanggalkan, makna kata itu akan berbeda. Oleh karena itu, dapat disimpulkan bunyi [h] adalah sebuah fonem [h]. Susunan Fonem Jumlah Fonem Susunan Huruf Jumlah Huruf Kata yang terbentuk /adik/ 4 adik 4 adik /inat/ 4 ingat 5 ingat /nani/ 4 nyanyi 6 nyanyi /pantay/ 6 pantai 6 pantai

Bahasa Indonesia secara umum menggunakan system Grafem Latin. Grafem Latin memiliki 26 Alpabeta lepas. Jumlah Alpabeta latin yang dianut bahasa Indonesia dan fonem yang dimiliki bahasa Indonesia tidak sama. Bahasa Indonesai menganut system Grafem Latin dengan 26 Alpabeta, tetapi dari hasil penelitian ditumukan 32 buah fonem sebagai unit terkecil bunyi yang berfungsi membedakan arti.

32 Fonem resmi bahasa Indonesia : 6 buah fonem vokal : /a/, /i/, /u/, /e/,/o/, /?/. 3 buah fonem diftong : /oy/, /ay/, dan /ou/. 23 buah fonem konsonan : /p/, /b/, /m/, /t/, /d/, /n/, /c/, /j/, /n/, /k/, /g/, /n/, /y/, /r/, /l/, /w/, /s/, /s/, /t/, /f/, /h/, /x/, dan /?/.

Selanjutnya, fonem-fonem ini akan membentuk satuan, yaitu saku kata. Suku kata dapat diidentifikasi dengan jalan mengidentifikasi vokalnya karena fonem vokal merupakan puncak sonoritas (kenyaringan). Bentuk Fonem Struktur Suku Kata 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. KVKKK Korps KKVKK Pleks , pada kata kompleks KKKVK Struk, pada kata struktur KKKV Stra, pada kata strategi KVKK Teks, pada kata tekstil KKVK Spon, pada kata spontan KKV Gra, pada kata granat KV Ku, Di, Ti, dll VK il, in pada kata ilmu-indah

10. V I, a, o, u, e

Fonem-fonem resmi bahasa Indonesia a. Fonem Vokal

Nama-nama fonem vokal yang ada dalam bahasa Indonesia yaitu sebagai berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. /i/ vokal depan, tinggi, tak bundar /e/ vokal depan, sedang, atas, tak bundar /a/ vokal depan, rendah, tak bundar // vokal tengah, sedang tak bundar /u/ vokal belakang, atas, bundar /o/ vokal belakang, sedang, bundar

Status fonem-fonem vokal itu dapat dibuktikan dengan pasangan minimal berikut ini: Fonem Posisi dalam kata Awal Tengah Akhir /i/ /e/ /a/ // /u/

/o/ ikan x akan enak x anak alam x ulam ra x ara uda x ada onak x anak makin x makan raket x rakit alih x alah kra x kira kasur x kasar kalo x kala dari x dara sate x satu para x pari labu x laba toko x tokoh

b.

Fonem Diftong

Fonem diftong yang ada dalam bahasa Indonesia adalah fonem diftong /ay/, diftong /aw/ dan diftong /oy/. Ketiganya dapat dibuktikan dengan pasangan minimal. /ay/ gulai x gula (gulay x gula) /aw/ pulau x pula (pulaw x pul ) /oi/ sekoi x seka (skoy x seka)

c.

Fonem Konsonan

Nama-nama fonem konsonan bahasa Indonesia adalah sebagai berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. /b/ konsonan bilabial, hambat, bersuara /p/ konsonan bilabial, hambat, tak bersuara /m/ konsonan bilabial, nasal /w/ konsonan bilabial, semi vokal /f/ konsonan labiodentals, geseran, tak bersuara /d/ konaonan apikoalveolar, hambat, bersuara /t/ konsonan apikoaveolar, hambat, tak bersuara /n/ konsonan apikoaveolar, nasal /t/ konsonan apikoaveolar, sampingan

10. /r/ konsonan apikoaveolar, getar 11. /z/ konsonan laminoalveolar, geseran, bersuara

12. /s/ konsonan laminoalveolar, geseran, tak bersuara 13. // konsonan laminopalatal, geseran, bersuara 14. // konsonan laminopalatal, nasal 15. /j/ konsonan laminopalatal, paduan, bersuara 16. /c/ konsonan laminopalatal, paduan, tak bersuara 17. /y/ konsonan laminopalatal, semivokal 18. /g/ konsonan dorsevelar, hambat, bersuara 19. /k/ konsonan dorsevelar, hambat, tak bersuara 20. // konsonan dorsevelar, nasal 21. /x/ konsonan dorsevelar, geseran, bersuara 22. /h/ konsonan laringal, geseran, bersuara 23. /?/ konsonan glottal, hambat

Realisasi Fonem bahasa Indonesia

Realisasi fonem sebenarnya sama dengan bagaimana fonem itu dilafalkan. Hanya masalahnya kalau orang Indonesia melafalkan fonem-fonem bahasa Indonesia sangat banyak sekali variasinya. Hal ini berkenaan bahwa bangsa Indonesia terdiri dari berbagai etnis dan berbagai bahasa daerah, sehinggga melafalkan fonem-fonem bahasa Indonesia pasti dipengaruhi oleh fistem fonologi bahasa darehanya.

a.

Realisasi Fonem Vokal

Secara umum realisasi fonem vokal bahasa Indonesia adalah sebagai berikut: 1. Fonem /i/

Fonem ini mempunyai dua macam realisasi, yaitu: Pertama, direalisasikan sebagai bunyi [i] apabila berada pada silabel terbuka atau silabel tak berkoda seperti pada kata [kini], [lidi] dan [sapi] Kedua, direalisasikan sebagai bunyi [I] apa biala berada pada silabel tertutup atau silabel berkoda seperti pada kata [batIk], [ambIl] dan [lirIk]. 2. Fonem /e/

Fonem /e/ mempunyai dua macam realisasi, yaitu: Pertama, direalisasikan seperti bunyi [e] apa bila berada pada silabel terbuka, seperti pada kata [sate], [pte] dan [brabe]. Kedua, direalisasikan seperti bunyi [] apa bila berada pada silabel tertutup, seperti pada kata [m t], [kart] dan [mbr]. 3. Fonem /a/

Secara umum fonem /a/ direalisasikan sebagai bunyi [a], baik pada posisi awal kata, tengah kata, maupun akhir kata seperti pada kata , dan . 4. Fonem //

Secara umum direalisasikan sebagai bunyi [] seperti pada kata [kra], [rat] dan [mart]. 5. Fonem /u/

Fonem /u/ ini mempunyai dua macam realisasi, yaitu: Pertama, dilafalkan sebagai bunyi [u] apa bila berada pada silabel terbuka Kedua, drealisasikan sebagai bunyi [U] apa bila berada pada silabel tertutup. 6. Fonem /o/

Fonem ini juga mempunyai dua macam realisasi, yaitu: Pertama, direalisasikan sebagai bunyi [o] apa bila berada pada silabel terbuka. Kedua, direalisasikan sebagai bunyi [ ]apa bila berada pada silabel tertutup.

b. 1.

Lafal Fonem Konsonan Fonem /b/

Fonem ini memiliki dua realisasi, yaitu: Pertama, direalisasikan sebagai bunyi /b/ apa bila berada pada awal silabel, baik silabel terbuka maupun silabel tertutup yang buka ditutup oleh fonem konsonan /b/. 2. Fonem /p/

Fonem ini secara umum direalisasikan sebagai bunyi [p] baik sebagai onset pada sebuah silabel maupun sebagai koda. 3. Fonem /n/

Fonem ini secara umum direalisasikan sebagai bunyi [n], seperti pada kata [nanas], 4. 5. 6. Fonem /w/ Fonem /f/ Fonem /d/

Fonem ini mempunya dua macam realisasi yaitu sebagai berikut:

Pertama, direalisasikan sebagai bunyi [d] apabila berposisi sebagai onset pada sebuah silabel. Kedua, direalisasikan sebagai bunyi [t] dan [d] bila berposisi sebgai koda pada sebuah silabel. 7. Fonem /t/

Fonem ini secara umum direalisasikan sebagai bunyi [t], namun perlu dicatat fonem /t/ pada posisi awal bila diberi prefiks me- atau prefiks pe- akan luluh dan bersenyawa dengan bunyi nasal yang homorgan dengan fonem /t/ itu. 8. Fonem /n/

Fonem ini direalisasikan sebagai bunyi [n], baik sebagai onset maupun sebagai sebagai koda dalam sebuah silabel. 9. Fonem /l/

Fonem ini direalisasikan sebagai bunyi [l] baik sebagai onset maupun sebagai koda pada sebuah silabel. 10. Fonem /r/ 11. Fonem /z/ 12. Fonem /s/ 13. Fonem // 14. Fonem // 15. Fonem /j/ 16. Fonem /c/ 17. Fonem /y/ 18. Fonem /g/ Fonem ini mempunyai dua macam realisasi yaitu sebagai berikut:

Pertama, direalisasikan sebagai bunyi [g] apa bila berposisi sbegai onset. Kedua, direalisasikan sebagai bunyi [g] atau [k] apabila berposisi sebagai koda 19. Fonem /k/ Fonem ini memiliki tiga macam realisasi yaitu sebagai berikut: Pertama, direalisasikan sebagai bunyi [k] apa bila berposisi sebagai onset pada sebuah silabel. Kedua, direalisasikan sebagai bunyi [?] apabila berposisi sebagai koda pada sebuah silabel. Ketiga, direalisasikan sebagai bunyi [g] bila berposisi sebagai koda. 20. Fonem // fonem ini direalisasikan sebagai bunyi bunyi [] baik berposisi sebagai onset maupun sebagai koda pada sebuah silabel. 21. Fonem /x/ 22. Fonem /h/ 23. Fonem /?/ Fonem ini direalisasikan sebagai bunyi [?] yang muncul pada: Pertama, silabel pertama dari sebuah kata yang berupa fonem vokal. Kedua, diantara dua buah silabel, dimana nuklus silabel pertama dan nuklus silabel kedua berupa fonem vokal yang sama.

3.

ALOFON

Alofon adalah pembedaan realisasi pelafazan fonem karena posisi yang berbeda dalam kata. Misalkan fonem /b/ dalam bahasa Indonesia dilafalzkan pada posisi awal ("besar") dan tengah ("kabel") berbeda dengan fonem ini pada posisi akhir ("jawab"). Kalau kita melihat kembali pembicaraan mengenai vokal maka kita melihat bahwa bunyi vokal depan tinggi ada dua, yaitu: vokal depan tinggi atas [i] dan vokal depan tinggi bawah [I]. begitu juga vokal belakang tinggi ada dua, yaitu: vokal belakang tinggi atas [u]dan vokal belakang tinggi bawah [U]. demikianjuga vokal belakang sedang ada dua, yaitu vokal belakang sedang atas [o] dan vokal belakang sedang bawah []. Persoalan kita sekarangapakah bunyi vokal [i] dan vokal [I] dua buah fonem atau sebuah fonem. Alau kita menggunakan cara dengan mencari pasangan minimal untuk kedua bunyi vokal itu dalam bahasa Indonesisa ternyata sampai saat ini tidak ada. Yang menjadi kenyataan adalah bahwa kedua vokal itu, [i] dan [I] memiliki distribusi yang berbeda. Vokal [i] menempati posisi pada silabels (suku kata) terbuka, silabel yang tidak memiliki koda, sedangkan vokal [I] menempati silabel yang mempunyai koda. Simak: Vokal [i] pada kata [ini]; [titi]; dan [isi]

Vokal [I] pada kata [bnIh]; [batik]; dan [tasIk]

Oleh karena itu bisa disimpulkan bahwa: a. Vokal [i] dan [I] bukanlah merupakan dua fonem, melainkan cuma anggota dari sebuah

fonem yang sama yaitu fonem /i/ b. Vokal [i] dan vokal [I] distri businya tidak sama: vokal [i] berdistribusi pada silabel terbuka

atau silabel tidak berkoda; sedangkan vokal [I] berdistribusi pada silabel tertutup atau silabel berkoda. c. Vokal [i] dan vokal [I] memiliki distribusi komplementer, berdistribusi yang saling

melengkapi.

Analog dengan kasus vokal [i] dan vokal [I], maka dapat dikatakan vokal [u] dan vokal [U] juga merupakan anggota dari satu fonem yang sama, yaitu fonem /u/, yang juga berdistribusi secara komplementer. Vokal [u] untuk silabel terbuka (tak berkoda), dan vokal [U] untuk silabel tertutup (berkoda). Seperti yang tertera dibawah ini, yaitu sebagai berikut: Vokal [u] pada kata [buku]; [ibu]; dan [itu] Vokal [U] pada kata [akUr]; [libUr]; dan [atUr]

Hal yang sama terjadi juga pada kasus vokal [o] dan vokal []. Dimana vokal [o] untuk silabel terbuka, seperti pada kata [took] dan [bodo], sedangkan vokal [ ]untuk silabel tertutup seperti [t k h] dan [b d h]. Vokal-vokal yang menjadi anggota dari sebuah fonem, seperti [u] dan [U] untuk fonem /u/ disebut dengan istilah alofon. Dengan demikian kalau dibalik, bisa dikatakan alofon adalah anggota dari sebuah fonem atau varian dari sebuah fonem. Dari pembicaraan tentang fonem dan alofon diatas, dapat dikatakan bahwa fonem merupakan konsep abstrak karena kehadirannya dalam ujaran dia diwakili oleh alofon yang sifatnya konkrit, dapat diamati (didengar) secara empiris. Jadi, misalnya fonem /i/ pada kata diwakili oleh alofon [i], karena lafal kata itu adalah [tani], sedangkan pada kata diwakili oleh alofon [I], karena lafalnya adalah [tarIk]. Contoh fonem /k/ pada kata diwakili oleh alofon [k] karena lafalnya adalah [baku], sedangkan pada kata diwakili oleh alofon [?] karena lafalnya [bapa?] Dengan perkataan lain, fonem /i/ direalisasikan oleh alofon [i] dan alofon [I], fonem /u/ direalisasikan oleh alofon [u] dan alofon [U], sedangakan fonem /o/ direalisasikan oleh alofon [o] dan alofon []. RUJUKAN

Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.

You might also like