You are on page 1of 21

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

PENGENALAN

Anatomi adalah satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan seseorang iaitu tentang tulang-tulang,otot-otot dan organ-organ individu.Fisiologi pula adalah satu bidang yang mengkaji tentang fungsi setiap tulang-tulang,otot-otot dan organ-organ dalam tubuh badan. Oleh itu setiap gerakan dalam permainan atau sukan yang dilakukan melibatkan otot, tulang dan sendi. Permainan atau olahraga yang dipilih bagi Kerja Kursus Anatomi dan Fisiologi ini ialah badminton. Namun, kajian lebih terperinci adalah tentang sejarah, kemahiran asas dalam badminton difokuskan kepada gerakan servis tinggi. Di sini, saya dikehendaki mengkaji otot, tulang dan sendi yang terlibat bagi menghasilkan pergerakan dalam servis tinggi. Servis tinggi biasanya diamalkan dalam permainan perseorangan. Dengan melakukan servis tinggi pihak lawan terpaksa bergerak ke bahagian belakang gelanggang untuk membalas servis itu. Ini menyebabkan bahagian depan gelangangnya terdedah. Servis tinggi ke belakang juga boleh menyukarkan pihak lawan membuat smesy. Dalam teknik ini, pemain memegang raket cara pepat (forehand). Bulu tangkis dihantar setinggi yang boleh supaya ia jatuh tegak di garisan servis panjang dalam permainan beregu dan di garisan belakang dalam permainan perseorangan.

OBJEKTIF Mengenal asal-usul serta sejarah permainan badminton peringkat

antarabangsa dan juga negara. Memahami kemahiran-kemahiran dalam permainan badminton. Mengenalpasti mekanisma pergerakan dalam servis tinggi badminton dari segi penglibatan otot-otot, tulang dan juga sendi. Melabel dan melukis tulang, sendi dan otot yang terlibat dalam permainan badminon yang difokuskan kepada kemahiran asas iaitu servis tinggi.

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

SEJARAH PERMAINAN BADMINTON

1. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ANTARABANGSA Permainan badminton telah dicipta sekian lama dan sering dimainkan oleh orang Greek dan Mesik Kuno. Istilah badminton berasal daripada permainan kanakkanak yang dipanggil battledore dan shuttlecock yang mana ianya dimainkan oleh dua orang pemain yang akan memukul bulu tangkis dengan menggunakan raket yang kecil. Permainan ini dikatakan telah bermula sejak zaman Greek Kuno iaitu lebih kurang 2000 tahun yang lalu. Permainan ini pada awalnya menular dari India, kemudiannya ke Timur China dan Siam (Thailand) melalui Indo-Greek Kingdom. Di India, permainan badminton ini dipanggil Poona(sempena nama sebuah tempat iaitu, Pune ) semasa abad ke -18. Pegawai Tentera British yang bertugas di Pune, India pada ketika itu telah memperkenalkan permainan ini kepada rakan-rakan mereka pada tahun 1860-an. Para pegawai tentera British telah menambah jaring di bahagian tengah gelanggang. Permainan ini sebenarnya telah dimainkan di lorong jalan sekitar London pada tahun 1854 apabila majalah Punch telah menerbitkan lukisan yang menggambarkan permainan itu. Badminton dikenali sebagai satu sukan baru apabila dilancarkan oleh pemerintah Duke Beaufort pada tahun 1873 di Gloucestershire. Oleh itu, askar-askarnya menggelar permainan ini sebagai Badminton House, manakala penduduknya pula memanggil dengan nama The Badminton Gamedan seterusnya ditukar kepada badminton yang merupakan nama rasminya sehingga kini.

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

Kelab Badminton Bath yang pertama di dunia telah ditubuhkan pada tahun 1877. Namun begitu, autoriti Kelab Badminton Bath telah diambilalih oleh Persatuan Badminton England dengan membuat peraturan yang agak sama seperti sekarang. Persatuan ini juga telah merasmikan permainan badminton di sebuah rumah yang dikenali sebagai Dunbar yang terletak di 6 Waverley Grove, Por tsmouth, England pada 13 September tahun 1893. Kejohanan badminton pertama dunia berlangsung pada tahun 1899. Permainan badminton dengan pantasnya tersebar dari England ke Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand serta negara-negara Eropah lain. Meskipun lelaki adalah pemain pertama yang memainkannya, namun ia juga berjaya menarik minat kaum wanita. Sehubungan dengan itu, Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England diadakan dan perintis kejohanan badminton bagi wanita mula diatur tetapi masih diklasifikasikan sebagai tidak rasmi sehinggalah pada tahun 1904. Perkembangan populariti badminton di Kepulauan British terbukti dengan penubuhan 300 kelab badminton di England pada 1920 dan meningkat kepada 500 buah kelab pada tahun 1930 dan selepas Perang Dunia Kedua memiliki lebih daripada 9,000 buah kelab. Pada tahun 1934, Persatuan Badminon Antarabangsa telah ditubuhkan dengan keahlian beberapa buah negara seperti Kanada, Denmark, Perancis, Belanda, Ireland, NewZealand, Scotland dan Wales. Negara India mula

menyertainya pada 1936 dan keahlian semakin meningkat menjadikan persatuan badminton satu-satunya badan antarabangsa pada tahun 1981. IBF mula mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa pada bulan Mac 1939 yang diketuai oleh presidennya iaitu Sir George A.Thomas, Baronet dengan menawarkan trofi bagi kumpulan yang berjaya memenangi kejohanan tersebut. Idea pertandingan badminton wanita yang seiring dengan Piala Thomas telah bermula pada tahun 1950. Tetapi ia tidak dilaksanakan kerana masalah kewangan. Perkara tersebut terus dibincangkan dan akhirnya keputusan dicapai untuk mengadakan kejohanan badminton tiga tahun sekali. Mrs. H. S Uber di England telah mendermakan trofi bagi kejohanan tersebut yang dikenali sebagai Piala Uber (kejohanan wanita). Kejohanan Piala Uber yang pertama telah diadakan pada musim 1956/1957. Sejak itu, bilangan kejohanan badminton telah meningkat daripada dua
3

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

kepada tujuh kejohanan, dengan tambahan Kejohanan Dunia, Piala Sudirman (piala campuran), Kejohanan Remaja Dunia, Pertandingan Akhir Grand Prix Dunia dan juga Piala Dunia. Pada tahun 1992, badminton mula disenaraikan di dalam Sukan Olimpik di Barcelona, Sepanyol.

1.1 Sejarah Badminton di Malaysia Pada awal tahun 1900, permainan Poona dibawa ke Pulau Pinang oleh pegawai-pegawai Kompeni Hindia Timur. Permainan Poona dimainkan di Suffolk House, rumah kediaman Kapten Francis Light di Pulau Pinang. Pada tahun 1925, Persatuan Badminton Pulau Pinang ditubuhkan, dan seterusnya Persatuan Badminton Perak pula ditubuhkan. Minat mendalam yang ditunjukkan oleh pemain negeri-negeri Malaya menyebabkan Persatuan Badminton Malaya ditubuhkan pada tahun 1934, apabila J.I.Woods dari Perak sebagai Presiden yang pertama. Pada tahun 1937 Persatuan Badminton Malaya bergabung dengan Persekutuan Badminton Antarabangsa. Sejak itu, imej negara dalam permainan badminton telah dipertingkatkan dengan memenangi kejohanan berprestij seperti Piala Thomas dan Kejohanan Seluruh England. Pada tahun 1960, Persatuan Badminton Malaya (BAM) telah ditubuhkan, dengan Tan Sri Mohd.Khir Johari iaitu selaku Menteri Kabinet sebagai presidennya yang pertama. Pada era kepimpinannya, Malaysia pada tahun 1967 telah memenangi semula Piala Thomas. Beliau memimpin BAM selama 25 tahun, iaitu dari tahun 1960-85. Pada tahun 1985 hingga 1993, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar dilantik sebagai Presiden BAM yang kedua. Tugas utama BAM ialah memajukan permainan badminton negara, melalui pelbagai perancangan dan aktiviti seperti menganjurkan: Kejohanan Badminton Asia Kejohanan Terbuka Malaysia Kejohanan Peringkat Remaja Sirkit Grand Prix Kebangsaan dan Dunia Kejohanan Piala Thomas/Uber dan sebagainya

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

KEMAHIRAN ASAS BADMINTON

Permainan ini berasaskan kemahiran memukul dan menerima, atau BAGAIMANA BOLA TAMPAR DIMAINKAN membalas pukulan. Selain itu, pemain perlu menggunakan kepintaran dan kebolehan untuk melakukan serangan balas yang biasanya serangan ini dibuat dengan pukulan yang kencang. Gerakan bulu tangkis adalah laju, tajam serta mengelirukan. Untuk mengawalnya pemain memerlukan ketangkasan dan stamina yang tinggi. Oleh itu, koordinasi badan yang baik amat penting ketika membuat pukulan. Kemahiran ini membolehkan pemain membuat pukulan dengan tepat ke ruang kosong gelanggang lawan dan menyukarkan pemain lawan membalas pukulan tersebut. Pemain juga perlu mempunyai kemahiran untuk menerima dan membalas pukulan lawan sambil bergerak dengan cepat. Kemahiran ini memerlukan imbangan badan yang baik untuk mengelakkan daripada terjatuh. Imbangan badan dapat membantu pemain bergerak dan juga bersedia untuk menerima dan membalas setiap pukulan lawan. Biasanya permainan ini memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi agar pemain-pemain dapat melakukan kemahiran secara berterusan dan tidak berasa letih. a) Memegang Raket Adalah amat penting bagi seseorang pemain itu mengetahui cara memegang raket dengan betul, rasionalnya permainan seseorang pemain itu bergantung kepada cara pegangan raket badminton. Cara pegangan raket yang salah akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada pemain seperti kecederaan pada pergelangan tangan. Terdapat 3 cara pegangan asas iaitu: i. ii. iii. Pegangan depan (forehead grip) Pegangan kilas (backhand grip) Pegangan rata (flatgrip)

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

Rajah 1 dan 2: Menunjukkan cara memegang raket secara pegangan depan dan pegangan kilas.

Rajah 3 : Pegangan kilas

b) Membuat servis Servis adalah kemahiran yang utama dalam permainan badminton. Servis digunakan untuk mendapatkan mata. Sebelum mempelajari kemahiran ini pemain perlu tahu peraturan-peraturan servis. Peraturan-peraturan ini perlu dipatuhi sama ada dalam permainan perseorangan atau bergui iaitu : i. ii. iii. Pemain perlu berada di dalam petak yang betul ketika servis. Servis dilakukan apabila pemain lawan sudah bersedia. Pemain tidak boleh memijak mana-mana garisan di kawasan gelanggang sehingga servis dilakukan. iv. v. vi. Sebelah kaki tidak boleh diangkat ketika pemain lakukan servis. Perlu memukul bulu tangkis dengan raket. Tidak boleh menghentikan pergerakan raket ketika pukul bola servis.
6

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

vii. viii. ix. x.

Permukaan raket berada bawah tangan ketika servis. Bulu tangkis dipukul berada di bawah paras pinggang. Bulu tangkis perlu melepasi jaring ketika servis. Tidak dibenarkan membuat muslihat atau niat mengelirukan lawan.

Terdapat 2 jenis servis iaitu servis rendah dan servis tinggi. i. Servis rendah depan

Cara melakukan servis rendah depan ialah dengan menolak bulu tangkis melepasi jaring serendah dan serapat yang boleh.

Rajah 4 : Menunjukkan servis rendah

ii.

Servis rendah kilas

Objektif servis rendah kilas ini sama dengan servis rendah depan. Cara melakukannya adalah dengan berdiri berhampiran dengan garis depan petak servisnya. Badan dan kedudukan adalah hampir dengan mengiring jaring. Bahagian pemegang raket perlu mengarah ke atas jari pada belakang pemegang raket seperti rajah di bawah.

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

Rajah 5 : Servis rendah kilas iii. Servis tinggi

Pemain akan menghantar bulu tangkis ke hujung gelanggang lawan. Bulu tangkis akan melulu jauh dan tinggi melepasi lawan dan jatuh menjunam. Servis ini sesuai untuk acara perseorangan dan juga beregu.

Rajah 6 : Servis tinggi c) Membuat pukulan Bulu tangkis boleh dipukul dengan berbagai-bagai cara seperti : Lob Smesy

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

MEKANISME PERGERAKAN : SERVIS TINGGI Otot-otot yang terlibat dalam permainan badminton Dalam permainan badminton, terdapat pelbagai jenis otot yang digunakan BAGAIMANA BOLA TAMPAR DIMAINKAN terutamanya melibatkan bahagian bawah dan bahagian atas anggota badan. Meskipun begitu, otot yang paling penting dalam permainan ini ialah trisep, bisep,deltoid dan trapezius. Otot-otot lain seperti pektoralis major dan juga latissimus dorsi merupakan otot yang banyak membantu dalam pergerakan tangan bagi melakukan servis tinggi dalam permainan badminton.

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

Otot yang digunakan dalam kemahiran asas Servis Tinggi ialah : Trapezius Trisep Deltoid Latissimus dorsi Bisep Pektoralis major Flexor carpi radialis

Semasa memegang raket badminton, otot yang terlibat adalah flexor carpi radialis .Otot ini berfungsi bagi membolehkan tangan menggenggam raket tersebut.

10

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

FASA

LAKUAN

JENIS PERGERAKAN

OTOT

1. Persediaan

Memegang raket

a)Pergerakan ekstensi dan fleksi pada Tangan Humerus, radius, ulna, otot tangan dan jari. karpal, metakarpal dan falang (tulang jari).

Otot metakarpal dan falang bertindak OTOT TANGAN meregang untuk membolehkan

tangan menggenggam raket dalam posisi yang baik.

OTOT JARI

11

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

Dalam fasa persediaan ini juga iaitu sebelum melakukan servis, permain perlulah berada dalam keadaan bersedia dan raket dihayunkan ke belakang dan hal ini melibatkan otot-otot seperti trapezius, latisimus dorsi, dan pektoralis major memainkan peranan. Otot-otot tersebut akan mengendur atau ekstensi bagi

membolehkan lengan dihalakan ke arah belakang. Otot deltoid pula akan merenggang atau abduksi untuk mengangkat lengan ke arah luar dari sisi badan.

Trapezius

Latisimus Dorsi

Selain itu, otot bisep akan menguncup manakala otot trisep pula akan mengendur supaya lengan boleh dibengkokkan. Ketika aksi servis dimulakan bahagian pinggang akan dipusingkan sedikit untuk persediaan membuat pukulan. Otot-otot yang menggerakkan bahagian pinggang ini adalah seperti: Otot Gluteus Maksimus dan otot Gluteus Medius yang terdapat pada bahagian belakang iaitu tulang punggung.

12

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

FASA

LAKUAN

JENIS PERGERAKAN

OTOT

Perlaksanaan

Servis

a)Pergerakan fleksi semasa menghayunkan raket dengan kuat.

Tangan

trapezius,lasitimus

dorsi,pektolaralis major ,deltoid, triceps, bisep

*Otot trapezius, lasitimus dorsidan pektoralis major menguncup (fleksi) bagi membolehkan lengan dihalakan Buku tangkis dilepaskan kemudian raket dihayunkan dan dipukul dari arah bawah ke hadapan menuju ke arah atas dengan hanyunan yang kuat. Otot Bahu ke arah hadapan untuk tujuan memukul bulu tangkis. * Otot deltoid akan merapat atau aduksi supaya lengan dapat diturunkan ke sisi badan. *Otot bisep akan mengendur manakala otot trisep akan menguncup bertujuan meluruskan lengan semasa memukul bulu tangkis.

13

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

FASA

LAKUAN

JENIS PERGERAKAN

OTOT Tangan triceps, bisep

Selepas servis

Pukulan lajak

a)Pengenduran dan penguncupan otot

*Otot bisep akan mengendur manakala otot trisep menguncup supaya lengan boleh dibengkokkan.

Pemain perlu ikut lajak bagi memastikan bulu tangkis tepat ke sasaran. Raket terus dihayunkan ke atas mengikut arah pergerakan bulu tangkis.

14

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

FASA a) Permulaan Sendi Kondil

JENIS SENDI Sendi pelana

b) Perlaksanaan dan selepas

Sendi siku

Sendi engsel

Sendi lain: sendi bahu dan sendi lesung *Sendi bahu dan sendi lesung berperanan membolehkan tangan dibengkokkan ke arah tapak tangan, belakang tangan dan kedua-dua sisi. Sendi amatpenting dalam permainan badminton terutamanya untuk memukul bulu tangkis. c) Selepas servis -sendi lesung -sendi engsel

15

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

GAMBARAJAH SENDI DAN TULANG-TULANG YANG TERLIBAT

Sendi yang terlibat Sendi lesung Sendi engsel

Tulang yang terlibat Humerus Skapula Radius Ulna Tulang karpus

16

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

Tulang atas terdiri daripada tulang lengan atas, tulang lengan bawah dan tulang bahu. Tulang bahu terdiri daripada tulang selangka atau kalvikula dan tulang belikat (skapula).

Gambar rajah: Tulang bahu Tulang bawah pula terdiri daripada tulang kaki atau paha. Tulang paha atau femur memainkan peranan penting sebagai penyokong struktur postur. Tulang paha terdiri dari bagian kepala dan leher pada bahagian proksimal dan dua condylus pada bahagian distal. Kepala tulang paha akan membentuk sendi pada pinggul. Bahagian proksimal lainnya iaitu trochanter major dan trochanter minor menjadi tempat perlekatan otot. Pada bahagian proksimal posterior terdapat

tuberositas glutea yakni permukaan kasar tempat melekatnya otot gluteus maximus. Di dekatnya terdapat linea aspera, tempat melekatnya otot biceps femoris.
17

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

Satah Pergerakan Kemahiran asas dalam badminton yang melibatkan pukulan servis tinggi terbahagi kepada 2 fasa iaitu sebelum servis, semasa servis dan selepas servis. Kebanyakan aksi pergerakan adalah berlaku pada satah sagital.

Satah Sagital membahagikan badan kepada 2 bahagian iaitu sebelah kiri dan kanan. Pergerakan tangan dalam satah ini ialah fleksi (flexion) dan ekstensi (extension).

18

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

RUMUSAN Melalui tugasan yang dilakukan dapatlah disimpulkan bahawa, setiap pergerakan atau aktiviti dalam sukan mahupun permainan banyak disokong oleh tulang, otot dan sendi tertentu untuk menghasilkan gerakan yang diperlukan. Tulang, sendi dan otot saling berkait di antara satu sama lain dalam membantu kita menggerak bahagian-bahagian utama badan. Tanpa salah satu daripadanya akan menyebabkan pergerakan tidak dapat dilakukan. Tanpa sokongan fungsi sistem

tulang, sendi dan otot yang cekap dan sempurna pasti kita tidak mampu untuk menggerakkan badan kita. Tulang amat penting kerana fungsinya sebagai sokongan anggota badan, memberikan bentuk badan, menyediakan permukaan untuk melekatkan otot, sistem tuas sendi yang dapat memudahkan pergerakan serta membantu melindungi organ-organ penting dalam tubuh badan manusia. Pergerakan seluruh badan dihasilkan daripada gerakan badan yang selaras dengan

pengenduran dan pengecutan otot-otot secara berselang-seli. Dengan adanya sendi pula gerakan tulang menjadi lebih mudah dan dapat mengurangkan geseran antara tulang. Maka pergerakan dapat dilakukan dengan mudah.

19

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

REFLEKSI Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, banyak masalah yang dihadapi. Antaranya ialah penggunaan istilah dan penerangan terutamanya tentang tulang ,otot dan juga sendi. Memang banyak gambar yang boleh dijadikan rujukan melalui internet namun kebanyakkan sumber rujukan maklumat yang diperolehi dalam Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun memandangkan bahasa pengantar untuk subjek ini ialah dalam Bahasa Melayu, jadi saya terpaksa menterjemahkan semula apa yang ditulis dalam Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Ini agak sukar kerana saya bimbang maksudnya akan berlainan daripad maksud asal. Oleh itu, saya berusaha mencari semula maklumat- maklumat yang dikehendaki dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan saya menyiapkan tugasan ini. Selain itu, tugasan ini juga adalah sesuatu yang baru bagi saya. Dalam tugasan ini kami dikehendaki mengenalpasti tulang, otot dan sendi yang terlibat dalam pergerakan yang dipilih. Pada mulanya saya tidak faham bagaimana untuk menyelesaikan tugasan ini kerana amat sukar bagi saya untuk mengenalpasti bahagian- bahagian tersebut. Paling sukar adalah ketika membuat penerangan bahagian otot dalam kemahiran yang dipilih . Untuk membolehkan saya menjelaskan fungsi yang terlibat maka saya membuat rujukan daripada internet dan membuat bacaan melalui buku-buku yang ada kaitan. Barulah saya berjaya memahami beberapa istilah seperti fleksi dan aduksi. Walaubagaimanapun, setelah mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah, dan bimbingan rakan-rakan saya akhirnya berjaya menyiapkan tugasan ini seperti yang dikehendaki. Meskipun masa yang diberikan agak lama tetapi atas kesibukan kerjaya dan tanggungjawab sebagai pelajar dalam memenuhi tugasan yang lain menjadikan saya agak stress. Oleh itu, saya belajar menyiapkan setiap tugasan yang diberi secara sedikit demi sedikit agar tidak terlalu membebankan saya. Memang saya akui bahawa subjek anatomi dan fisiologi ini benar-benar menguji kefahaman dan daya ingatan kita . Masih banyak yang masih perlu saya pelajari untuk memahami dengan lebih baik. Tugasan ini sebenarnya banyak membantu saya dalam memahami tajuk anatomi dan fisiologi. Saya lebih memahami fungsi otot, tulang dan sendi dan peranannya dalam menghasilkan pergerakan. Saya juga menyedari bahawa setiap
20

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3106

otot, tulang dan sendi bekerjasama antara satu sama lain bagi menghasilkan sesuatu pergerakan terutamanya dalam permainan dan kemahiran bersukan. Sekiranya salah satu tidak berfungsi maka pergerakan yang dilakukan akan menjadi tidak sempurna. Melalui tugasan ini juga saya lebih menghargai tubuh badan saya. Setiap anggota tubuh badan adalah tidak ternilai harganya begitu juga dengan otot- otot, tulang- tulang dan sendi- sendi yang memainkan peranan penting bukan sahaja untuk menghasilkan pergerakan bahkan untuk melindungi organ dalaman, menyokong dan yang paling penting membolehkan kita melakukan aktiviti- aktiviti yang kita gemari tanpa sebarang masalah.

21

You might also like