You are on page 1of 7

3.

0 Kajian Morfologi Seperti yang telah kita ketahui, bidang morfologi mendalami cara-cara pembentukan perkataan dan prosesnya. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam

Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua halaman 133, morfologi ialah bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Oleh itu, kami akan memberikan fokus utama kepada ketiga-tiga aspek ini untuk menganalisis lagu yang kami gunakan. 3.1 Definisi Struktur, Bentuk dan Golongan kata 3.1.1 Struktur Kata Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran manusia, iaitu bunyi perkataan yang kita gunakan setiap hari. Dalam bidang morfologi, kami mendapati terdapat peraturan atau hukum yang menentukan susunan bentuk bunyi tersebut. Selain itu, struktur kata melibatkan lambang tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Unit bahasa yang bermakna ialah bahasa yang difahami oleh penggunanya dan mempunyai fungsi yang tertentu. Struktur kata juga merupakan kata tunggal yang mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Kami telah membahagikan struktur kata kepada dua bahagian, iaitu pola suku kata terbuka dan pola suku kata tertutup. Terdapat 11 jenis struktur kata yang berbeza susunan huruf vokal dan konsonannya, empat jenis berasal daripada Bahasa Melayu sementara tujuh daripada bahasa asing. 3.1.2 Bentuk Kata Bentuk kata pula ialah bentuk unit tatabahasa, sama ada bersifat tunggal atau telah mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai jenis perkataan dalam Bahasa Melayu seperti kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Setiap bentuk ini merupakan hasil proses pembentukan perkataan. 1. Kata Tunggal Kata tunggal melibatkan perkataan yang tidak menerima sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Kata tunggal boleh juga disifatkan sebagai kata dasar. Terdapat dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal satu suku kata dan kata tunggal dua suku kata atau lebih. Kebanyakan kata tunggal yang terdapat dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan mengalami proses pembentukan kata terbitan, kata majmuk atau kata ganda.

Uniknya, akronim juga tergolong dalam bentuk kata tunggal. Akronim merupakan kata singkatan yang dihasilkan melalui gabungan huruf awal suku kata atau huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis sebagai satu perkataan. 2. Kata Terbitan Bagi kata terbitan, perkataan tersebut merupakan kata dasar yang telah menerima imbuhan dan mengalami proses pengimbuhan. Setiap imbuhan yang digabungkan dengan kata dasar merupakan morfem terikat yang tidak dapat berdiri sendiri, sementara perkataan kata dasar pula merupakan morfem bebas. Terdapat empat jenis proses pengimbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Perkataan yang berlainan dengan maksud yang berbeza akan dihasilkan dengan berdasarkan posisi imbuhan dalam perkataan tersebut. 3. Kata Majmuk Kata majmuk pula terhasil daripada proses pemajmukan yang merangkaikan kata dasar menjadi satu maksud. Kebanyakan kata majmuk dieja secara terpisah, namun terdapat kekecualian kerana perkataan tersebut sudah lazim digunakan. Berbanding dengan frasa, kata majmuk tidak dapat menerima sebarang sisipan unsur antara unitnya. 4. Kata Ganda kata ganda terhasil daripada proses penggandaan yang melibatkan pengulangan kata dasar. Terdapat tiga jenis proses penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Penggandaan penuh berlaku dengan menggandakan kata dasar keseluruhannya, tidak kiralah kata dasar tersebut mempunyai imbuhan atau tidak. Penggandaan separa pula ialah proses mengulang sebilangan sebahagian kata dasar, lazimnya bahagian hadapan. Seterusnya, penggandaan berentak ialah hasil pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi, iaitu menggandakan vokal, konsonan ataupun bebas.

3.1.3 Bentuk Kata dalam Transkripsi Lagu No. Bentuk 1 Kata Tunggal Perkataan Kata Tunggal Satu Suku Kata di Kata Tunggal Dua Suku Kata Sirih Sudah Padi Juga Orang Sayang tengah Tidak dengan Ada emas muda megah Budi ubi penat nanas Puas Sudi Saya Diri Sebab Hanya terdapat satu perkataan sahaja. Tidak menerima pengimbuhan Tidak menerima pemajmukan Tidak menerima penggandaan

Kata Tunggal Tiga Suku Kata Kalau bahasa pandai Kumpulan Sendiri sampai

Kata Terbitan

Awalan Menanam Dipandang Menabur Memakan Berpinang Akhiran Katakan mengenyang dipotong berbunga berjalan

Menerima imbuhan awalan: Mediber-

dan imbuhan akhiran -kan

Kata Majmuk

Si bunga

Tidak boleh menambah perkataan tengah di tengah-

Kata Ganda

Penggandaan Penuh Baik-baik Pandai-pandai Penggandaan Separa Ternanti-nanti (awalan)

Mengulang kata dasar sepenuhnya Mengulang belakang berimbuhan bahagian kata dasar

3.2.1 Golongan Kata Golongan kata merupakan proses mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Kami berpendapat bahawa setiap perkataan dalam Bahasa Melayu mempunyai kelas masing-masing dan fungsi yang berbeza-beza. Antara contoh kategori perkataan yang terdapat dalam Bahasa Melayu ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Cara mengkategorikan perkataan Melayu adalah dengan mengkaji keserupaan fungsi dan ciri-cirinya. 1. Kata Nama Kata nama ialah perkataan yang mampu menjadi unsur inti bagi frasa nama. Fungsi kata nama adalah untuk menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep. Terdapat tiga jenis kata nama, iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. 2. Kata Kerja Kata Kerja ialah perkataan yang mampu menjadi unsur inti bagi frasa kerja. Antara fungsi kata kerja adalah sebagai predikat dalam ayat yang menjelaskan kelakuan subjek ayat. Terdapat dua jenis kata karja, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. 3. Kata Adjektif Kata adjektif ialah perkataan yang mampu menjadi unsur inti bagi frasa adjektif. Fungsi kata adjektif adalah menjelaskan kata nama atau kata kerja dengan lebih terperinci dalam ayat. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu kata adjektif sifatan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran, kata adjektif bentuk, kata adjektif pancaindera, kata adjektif waktu, kata adjektif cara, kata adjektif perasaan dan kata adjektif jarak. 4. Kata Tugas Kata tugas tidak boleh menjadi inti kepada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif. Kata tugas berperanan dalam perhubungan dengan perkataan daripada golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Dalam bahasa Melayu, terdapat pelbagai jenis kata tugas, antaranya ialah penjodoh bilangan, kata penguat, kata hubung, kata seru, kata tanya dan lain-lain lagi. Kata tugas mendukung tugas sintaksis untuk menerangkan atau menghubungkan golongan kata yang lain.

3.2.2 Golongan Kata Dalam Transkripsi Lagu No. 1 Golongan Kata Nama Perkataan Kata Nama Am Padi Orang Bahasa Kata Nama Khas Sayang Si bunga Kata Ganti Nama Saya 2 Kata Kerja Sendiri Boleh menjadi inti kepada Sirih Budi Sebab Boleh menjadi inti kepada

frasa nama Digunakan untuk menamakan sesuatu

Kata Kerja Transitif Menanam Dipandang Ditanam Dimakan ada Menabur Dipotong

frasa kerja Digunakan untuk menjelaskan kelakuan subjek atau

Kata Kerja Tak Transitif Katakan Berpinang Berjalan Berbunga mengenyang

kata nama 3 Kata Adjektif Kata Adjektif Perasaan Puas Megah Boleh menjadi inti kepada

Kata Adjektif Sifatan Sudi Subur Muda penat

frasa adjektif Digunakan untuk menggambark an kata nama atau kerja kata

Kata Adjektif Cara Ternanti-nanti

Kata Tugas

Kata Bantu Sudah tengah Juga

Tidak sebagai

digunakan inti kata

Kata Penegas Makanlah Kata Nafi Tidak

nama,kata kerja atau kata adjektif Menghubungkan golongan kata lain

3.3 Proses Pembentukan Kata Terbitan 3.3.1 Pengimbuhan Awalan No. 1. Imbuhan MePerkataan Menanam Afiks menanam Kata Kerja

MeMenabur Afiks MeMemakan Afiks memakan menabur

tanam

Kata kerja tabur

Kata kerja

Me2. DiDipandang Afiks

makan dipandang Kata kerja

DiDipotong Afiks

pandang dipotong Kata Kerja

Di3. BerBerbunga Afiks

potong Berbunga kata kerja

BerBerjalan Afiks Berjalan

bunga

kata kerja

Ber-

jalan

3.3.2 Pengimbuhan Akhiran No. Imbuhan 1. -kan Perkataan Katakan Katakan Kata kerja afiks

Kata

-kan

You might also like