You are on page 1of 12

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan

kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama


masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara
yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada
pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat
tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau
kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya.
Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) ‘ .... the road to a cohesive and proggressive
society is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of “ onak dan
duri”.

Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang
perlu kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat
pelbagai cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu di
mana cabaran kepentingan etnik dari aspek sosial. Aspek sosial ini dapat lihat melalui
empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan
yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial. Dari sudut
pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat
daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British sejurus
mennjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada
segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza.
Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau
berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya
mereka yang tinggal dalam wilayan yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan
fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh
Laut China Selatan. Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan
dari aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam
pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi
perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang
melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini
hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam
kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Contoh
yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia
dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari
aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan
berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri
sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih
maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus
pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing.
Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini
adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa
perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga
menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India
menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang
memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan
peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan
pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik
yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang
negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa
ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah
mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari
bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap
sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak
yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan
yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah
itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari
kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah
pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini
juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang
terdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk
masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib.
Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi
terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat
sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian
tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses
hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk
semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan
kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini,
masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak
mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka
ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah
tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk
kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita
hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.

Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi.
Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan
ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama,
penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum
Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia
dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih
maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala,
kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit.
Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya
jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara
Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini
untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan
ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan
ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan
ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam
sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan
menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum
India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan
ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya
juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang
keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah.
Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang
perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu
timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama
ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan
perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak. Selain itu, dalam Rancangan
Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa
kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan
etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam
perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya,
perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk
kekal miskik dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena
kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan
bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan
hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.

Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di
mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata
sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan,
agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia
tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya
mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya
sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk
mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu,
semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana
masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang
bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya
mementingkan hak etnik masing-masing.

Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan
perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat
majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan
yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal
dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Implikasi di sini mengakibatkan
anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih
sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau
“taboo” kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau
teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat
menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup
dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan
tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi
dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan
ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan
oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak
mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah
dalam kehidupan seharian mereka.

Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasi yang menunjukkan proses


globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat
merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Implikasi
daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui
pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik
menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun
demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari
segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para
remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning
yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti
terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang
melampaui batas. Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan
golongan remaja terdedah dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa
dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam
sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga
datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan
ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan
wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya
insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.

Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku
Pengajian Malaysia, terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha kerajaan ke
arah pemupukan hubungan etnik bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang telah
dikemukakan sebelum ini. Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai dasar dan
pelan tindakan untuk mencapai perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah
merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub
sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan
seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal
kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan
diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek
dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama,
mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya.

Kerajaan berusaha dengan lebih keras lagi dalam mencapai perpaduan


berikutan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat
dahsyat. Rentetan peristiwa tersebut telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969
yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu
pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan
antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara
selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan
Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan
Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan
membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai
1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan
mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan
menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972
menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-
aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, pada 29
Januari 1970 juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan Negara(MAPEN) yang
bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan
integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia serta
bertanggungjawab dalam pembentukan ideologi negara, iaitu Rukun Negara dan
perubahan perlembagaan. Majlis ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat
seperti wakil-wakil dari MAGERAN, wakil dari kerajaan negeri, wakil dari parti politik,
wakil dari Sabah dan Sarawak, wakil dari kumpulan agama, wakil dari badan
profesional, wakil dari perkhidmatan awam, wakil dari kesatuan sekerja dan persatuan
majikan, wakil dari akhbar, wakil guru-guru dan wakil dari kelompok minoriti bagi
membolehkan mereka membuat perbincangan secara berterus-terang. Kemuncak
usaha kerajaan ekoran peristiwa 13 Mei ialah terciptanya satu ideologi negara iaitu
Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk
membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul serta bertujuan menyemai dan
memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum. Rukun Negara
dengan prinsip-prinsip berdasarkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat
membentuk jati diri rakyat negara ini sebagai satu bangsa Malaysia dan dijadikan
sebagai pedoman dan hala tuju dalam merancang program pembangunan negara.
Secara khususnya, ia merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional,
pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara.

Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar-Dasar Pembangunan Negara


yang dirancang selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan,
aspirasi masyarakat serta persekitaran global. Dalam konsep hubungan etnik, dasar-
dasar pembangunan negara merujuk kepada usaha kerajaan bersama rakyat untuk
melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara
seimbang dan adil bagi semua kaum. Terdapat tiga pelan pembangunan negara yang
utama iaitu Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Era Dasar Pembangunan Nasional
(1991-2000) dan Era Dasar Pembangunan Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB)
merupakan salah satu usaha dasar ekonomi untuk mengubah masyarakat dan negara
daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan
dan bukan kebendaan). DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka
Rancangan Jangka Panjang(RRJP) yang bermatlamatkan untuk mengurangkan dan
seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan
memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan
menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Antara usaha yang dijalankan untuk membasmi
kemiskinan melalui DEB ialah mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan,
menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang kepada orang
yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yag lebih
lumayan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara
kawasan (bandar dan luar bandar), memodenkan kehidupan di luar bandar dan
memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional(DPN) telah dilancarkan pada tahun


1991 yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu dan adil. DPN merupakan pemangkin negara ke arah
menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan digerakkan di atas landasan yang kukuh
ke arah membentuk pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan sosial, nilai,
etika dan moral mengikut acuan tempatan. Strategi DPN masih lagi berlandaskan
strategi yang telah dibina oleh DEB iaitu serampang dua mata dan diperkasakan
pendekatannya dengan memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelan tindakan,
iaitu penegasan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama, iaitu
menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif; menumpukan
perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah meningkatkan dan seterusnya
mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; meningkatkan
penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan memebri
lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika
bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010)


atau dikenali sebagai Wawasan 2020. ia merupakan respons kepada perkembangan
ekonomi, sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa
serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan
ekonomi tetapi dari segi politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mampu menjadi sebuah negara yang bersatu
padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh,
penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Dalam kertas kerja
berjudul Malaysia Melangkah ke Hadpan(1991) yang dibentangkan pada sidang
pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991
menyatakan terdapat sembilan cabaran yang dikenalpasti untuk merealisasikan
Wawasan 2020. Sememangnya, negara Malaysia telah berusaha untuk mencapai
kesembilan matlamat itu. Walaupun banayak matlamat itu menumpukan kepada
pembangunan ekonomi, pembangunan keseluruhannya tidak boleh diketepikan. Hal ini
disebabkan pembangunan keseluruhan dari aspek politik, sosial dan ekonomi yang
mampu menyatukan rakyat. Pembangunan yang seimbang dari setiap sudut itu mampu
menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia untuk hidup secara harmoni dan sejahtera.

Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu
dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan
mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai
strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi,
pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah,
Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa,
Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan
Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel
Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan
Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan
Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang
telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan
memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.

Melalui pembacaan beberapa karya Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri
Perpaduan Negara-Perpaduan Antara Kaum, terbitan Penerbit Setiamas pada tahun
1995. Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai
pegangan agama, bahasa dan adat istiadat tersendiri. Perhubungan politik dan ekonomi
dengan dunia uar, proses penjajahan barat dan kemasukan orang asing erupakan faktor
utama yang bertanggungjawab mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Malaysia terdiri daripada masyarakat yang ‘multiracial’ dan ‘multiculture’ yang
mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya,
berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep
negara bangsa.Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu
bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang
dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan
sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang
bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.
Masyarakat berperanan dalam pemupukan hubungan etnik agar negara kita
malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan selesa. Salah satu contoh peranan
masarakat adalah dalam penerimaan budaya. Secara amnya, memang ada kesamaan
unsur kebudayaan antara ketiga- tiga golongan rakyat di negara ini. Ciri- ciri hindu telah
meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat melayu. Dari kepelbagaian budaya
ini akan menyatukan nilai pelbagai bangsa. Orang cina yang datang ke negara ini untuk
bekerja di lombong- lombong bijih timah diterima menjadi warganegara malaysia
akhirnya. Persesuaian yang kelihatan antara tiga golongan utama iaitu melayu, cina,
dan india berasaskan ciri budaya yang sama. Antaranya ialah mementingkan
kekeluargaan dengan menghormati ibu bapa dan adik beradik. Disamping itu
kepentingan agama didahulukan..

Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi
bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak
mengurangkan kepentingan pemupukan budl bahasa. Adat istiadat adalah peraturan
yang sentiasa dlpatuhl dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada
hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari
perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos,
Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,
Hari Keputeraan rasmi DYMM Yang di-Pertuan Agong Malaysia

Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai


masyarakat majmuk dan kukuh dengan warisan budaya dan budi bahasa yang tinggi.
Kesemua adat resam ini sama-sama saling difahami dan dihormati oleh semua lapisan
masyarakat agar perhubungan kaum dapat dijalinkan dengan erat. Bagi masyarakat
Melayu terdapat beberapa· adat-adat kunjung mengunjung dalam masyarakat. Bagi
pengunjung beragama Islam hendaklah memmberi salam 'Assalamu'alaikum'.
Pengunjung bukan Islam memadai mengucap selamat sahaja. Setiap pengunjung yang
hendak masuk ke dalam rumah orang Melayu perlu menanggalkan kasut. Bagi
masyarakat India pula terdapat kepelbagaian adat bergantung kepada keturunannya
sama ada Tamil, Punjabi atau India Utara. Antaranya secara umum ialah semasa
memberi hormat, kaum India terdapat berbagai-bagai cara dan kebiasaannya dengan
merapatkan tapak tangan dan mengangkatnya hingga ke dada sambiI mengucapkan
kata-kata yang bermaksud selamat. Semasa berkunjung, tetamu mestilah membuka
kasut kecuali jika tuan rumah membenarkannya. Kunjungan pula seeloknya dibuat pada
hari dan masa yang dikira sesuai. Kunjungan ke rumah orang yang baru berpindah tidak
sesuai dibuat pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Apabila hendak pulang tetamu
hendaklah terlebih dahulu meminta diri daripada tuan rumah dengan mengatakan 'saya
akan datang lagi' serta berjabat tangan. Masyarakat Cina pula mempunyai adat
tersendiri di dalam menerima tetamu. Semasa berkunjung ke rumah orang dna, tetamu
seelok-eloknya duduk di sebelah kiri tuan rumah. Ini menunjukkan tetamu itu
menghormati tuan rumah. Tetamu hanya dilihat sopan apabila minum setelah
dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap tidak sopan jika
mengunjung rumah keluarga Cina sewaktu mereka sedang makan kecuali kunjungan itu
khusus menghadiri jamuan. Adat-adat ini banyak membantu dalam menggeratkan
perpaduan di antara kaum. Orang Melayu, Cina dan India sama-sama saling memahami
adat dan kebudayaan masing-masing. Dengan ini tidak timbullah persoalan
ketidaksefahaman antara kaum.

Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi


perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting
bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik
dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu
perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita selain
menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh
yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat
bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera
yang berpanjangan.
Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Pendidikan
ke arah Perpaduan. Petaling Jaya. Penerbit Setiamas. 1995

Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Perpaduan


Antara Kaum. Petaling Jaya. Penerbit Setiamas. 1995

Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Perpaduan


Melalui Perayaan. Petaling Jaya. Penerbit Setiamas. 1995

Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Perpaduan


Melalui Politik. Petaling Jaya. Penerbit Setiamas. 1995

Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Wawasan


2020. Petaling Jaya. Penerbit Setiamas. 1995

Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin. Pengajian Malaysia. Selangor


Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn Bhd, 2007.

Saw Swee Hock and K. Kesavapany. Malaysia Recent Trends and


Challenges. Singapore. Institute of Southeast Asian Studies, 2006.

Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. Malaysia Kita. Malaysia.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 1991.

http://www.jpnin.gov.my/v4/?q=ms/taxonomy/term/32&page=5, tarikh
akses pada 14hb Mac 2009

http://www.scribd.com/doc/3255766/Langkah-langkah-mengekalkan
perpaduan-di-negara, tarik akses pada 14hb Mac 2009

You might also like