You are on page 1of 2

Amali 2: Daya Dan Gerakan

Daya Geseran

Jenis Daya

Daya yang dikenakan oleh satu permukaan apabila satu cuba bergerak melaluinya. Ia bertindak pada arah yang bertentangan dengan arah gerakan.

Daya Graviti Daya yang menarik objek-objek ke bawah ke arah bumi. Objek yang jatuh ke bumi tanpa sebarang daya luar dikenal sebagai jatuh bebas. Sebarang objek yang jatuh bebas akan mengalami satu pecutan yang sama iaitu pecutan graviti.

Daya Normal Daya sokongan pada objek apabila ia bersentuh dengan satu permukaan.

Daya Tegangan Daya yang dipindahkan melalui tali, benang, kabel atau wayar yang ditarik dengan tegang pada daya yang dikenakan pada kedua-dua hujungnya.

Daya Julangan Daya yang menolak objek ke atas dan menyebabkan ia kelihatan kehilangan berat dalam bendalir. Ia juga boleh menyebabkan kapal terbang bergerak melalui udara.

Hukum Gerakan Newton Pertama

Hukum-hukum Gerakan Newton

Suatu objek yang berada dalam keadaan pegun atau bergerak dengan laju seragam akan terus kekal dalam keadaan yang sama sekiranya daya paduan bertindak pada objek itu adalah sifar.

Hukum Gerakan Newton Kedua Kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu. Perubahan momentum adalah dalam arah yang sama dengan arah tindakan daya paduan itu.

Hukum Gerakan Newton Ketiga Setiap daya tindakan terdapat satu daya tindakbalas yang bermagnitud sama tetapi bertindak pada arah yang bertentangan.

You might also like