You are on page 1of 17

PENULISAN JURNAL MINGGU PERTAMA 31 Jan-04 Feb 2011 1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku.

Apa yang telah anda buat? Apa yang menarik perhatian? ) Pada minggu saya telah memulakan sesi praktikum fasa 3. Praktikum ini merupakan pengalaman ketiga saya sepanjang menjadi guru pelatih. Seperti praktikum yang lalu, saya perlu menemui Guru Besar terlebih dahulu. Selepas sesi taklimat, saya diperkenalkan kepada guru-guru pendidikan khas serta guru aliran perdana. Seterusnya saya diperkenalkan dengan guru pembimbing pula. Ternyata guru pembimbing banyak memberikan saya nasihat dan tunjuk ajar. Saya bertuah kerana guru pembimbing merupakan seorang yang mesra dan sudi berkongsi ilmu. Saya menerima jadual pada hari pertama lagi. Kepantasan dan kerjasama yang diberikan oleh penyelaras PPKIP SK Alai benar-benar mewujudkan suasana yang mesra seawal pertemuan lagi. Selain itu juga, pensyarah penyelia kami iaitu En Amerrudin b.Othman juga telah datang pada minggu ini iaitu pada hari Selasa. Sejujurnya kedatangan beliau agak mengejutkan kerana pada praktikum fasa-fasa sebelum ini belum pernah ada pensyarah penyelia yang hadir seawal hari kedua lagi. Walaupun kedatangan beliau telah diberitahu namun saya tetap merasakan debaran diselia. Oleh kerana minggu ini hari persekolahan hanyalah tiga hari sahaja berikutan cuti Tahun Baru Cina yang bermula pada hari Khamis maka tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan dan disertai melainkan mengemaskini kandungan buku rancangan mengajar dan portfolio. Kami juga masuk ke setiap kelas yang bakal diajar dan melihat dengan lebih dekat dan berkenalan dengan murid-murid kelas tersebut. Kami juga mengadakan temubual bersama guru mata pelajaran kelas tersebut bagi mengumpul maklumat tentang tahap pencapaian murid-murid tersebut di dalam kelas.Apa yang dapat dilihat sepanjang minggu ini,semua guru pendidikan khas dan warga sekolah memberikan kerjasama dan bantuan yang diperlukan serta mewujudkan suasana yang mesra dan mengurangkan perasaan malu dan gugup di

dalam diri kami. Diharap kerjasama baik dan permulaan yang bagus ini dapat berterusan sehingga tamatnya praktikum. InsyaAllah.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? ) Perkara yang meberikan kesan kepada diri saya ialah kedatangan pensyarah penyelia seawal hari kedua lagi. Ini memberikan saya gambaran bahawa saya perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan setiap proses pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi jangkaan pensyarah penyelia saya. Selain itu juga, saya merasakan penyelaras kami iaitu Pn Nor Rizah begitu efisien dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyelaras dan dalam masa yang sama sebagai guru pembimbing kami.

3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?) Berdasarkan taklimat yang diberi oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing, saya mempelajari agar kita perlu merancang setiap proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan mengambilkira setiap kebolehan dan tahap murid. Mereka juga menyarankan kepada kami agar membuat draf terlebih dahulu sebelum menulisnya di dalam buku persediaan mengajar. Cara ini dapat membantu kami membuat perbincangan bersama guru pembimbing dan di dalam masa yang sama membuat pembetulan dan penambahbaikan. Selain daripada itu, saya juga menyedari sebagai seorang guru pelatih yang sedang menjalani praktikum, saya perlu menyediakan portfolio dan buku persediaan mengajar dengan lengkap dan melengkapkannya mengikut kehendak yacng telah ditetapkan. Perbincangan bersama pensyarah penyelia dan guru pembimbing ini juga menyuntik semangat saya untuk melakukan yang terbaik kerana mereka sangat memberi bantuan dalam perkongsian ilmu dan tips-tips untuk menjadi seorang guru yang baik.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan datang?) Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :

a) Mengadakan perbincangan bersama guru pembimbing dan pensyarah penyelia sekerap yang mungkin. b) Membuat draf rancangan mengajar terlebih dahulu agar dapat membuat pembetulan dan penambahbaikan. c) Sentiasa mengemaskini kandungan portfolio dan buku persediaan mengajar mengikut tetapan yang telah disediakan. d) Melakukan ujian diagnostik sebelum memulakan kelas bagi mengenalpasti tahap kebolehan dan kefahaman murid. Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran saya akan bertambah berkesan.

PENULISAN JURNAL MINGGU KEDUA 07 Feb-11 Feb 2011

1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang menarik perhatian? ) Minggu kedua menyajikan lebih cabaran dan tugasan yang menuntut masa dan waktu senggang. Tetapi saya tetap berfikiran positif dan terus berusaha. Minggu ini saya berkesempatan untuk menjalankan ujian diagnostik Bahasa Melayu dan Matematik kepada murid kelas Kurnia 2 dan Kurnia 3. Ujian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap mata pelajaran tersebut. Sebagai seorang guru praktikum saya tidak boleh terus mengajar tanpa melaksanakan ujian ini kerana pengenalpastian tahap kefahaman murid amatlah penting bagi meneruskan sesuatu pengajaran. Perkara yang menarik perhatian saya pada minggu ini ialah keterujaan murid-murid untuk mengambil ujian diagnostik. Walaupun saya sedia maklum mereka merupakan murid pendidikan khas namun semangat yang ditunjukkan oleh mereka benar-benar memberikan kesedaran kepada saya agar memberi sesuatu input yang berguna kepada mereka. Selain itu juga saya berpeluang untuk menyertai aktiviti terapi air dan bowling yang diadakan pada hari Rabu. Semua murid bersemangat dan teruja untuk melakukan aktiviti ini.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? ) Tiada sebarang perkara yang menghampakan pada minggu ini tetapi saya mengakui bahawa ujian diagnostik sangat berkesan untuk mengenalpasti tahap kefahaman murid. Mungkin ada sesetengah murid yang sudah menguasai pembelajaran terkini namun melalui ujian ini didapati mereka sudah melupakan topik-topik yang sebelumnya. Oleh yang demikian, melalui ujian ini murid dapat mengimbas kembali pengajaran-pengajaran lalu dan dalam masa yang sama mereka dapat mengulangkaji pelajaran. Keberkesanan ujian ini juga dapat diuji melalui kesungguhan murid menjawab kesemua soalan ataupun hanya menjawab secara sambil lewa. Terapi air dan bowling pula memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran sosial mereka di samping membantu meningkatkan penggunaan psikomotor kasar mereka.

3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?) Pada minggu ini saya mempelajari bahawa setiap sesi P&P yang dijalankan perlu dilaksanakan ujian diagnostik atau saringan terlebih dahulu. Kita tidak boleh terus memulakan pengajaran tanpa mengambil tahu tahap penguasaan murid dan perbezaan keupayaan mereka. Ini kerana tidak adil kiranya jika kita terus memulakan pengajaran maka murid yang lemah akan terus ketinggalan dan tidak dapat menguasai sesuatu topik tersebut. Bagi aktiviti terapi pula perlu dijalankan bagi memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti berenang, bermain bowling dan dalam masa yang sama meningkat kemahiran sosial dan psikomotor kasar mereka.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan datang?) Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara : a) Menjalankan aktiviti yang lebih kreatif dan menarik perhatian. b) Menjadi seorang guru yang komited dan bertanggungjawab. c) Merancang aktiviti yang boleh merangsang minat dan penglibatan murid seperti aktiviti terapi. d) Menjalankan ujian diagnostik atau saringan setiap kali sebelum memulakan sesi P&P di kelas yang baru. Saya berharap dengan tindakan yang diambil dapat memperbaiki lagi sesi pengajaran dan kualiti diri seorang bakal guru seperti saya.

PENULISAN JURNAL MINGGU KETIGA 12-16 Julai 2010 1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang menarik perhatian? )

Pada minggu ini, pengalaman baru yg diperolehi ialah menghadiri mesyuarat Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas 2010 zon Alor Gajah. Pengalaman, suasana serta pengetahuan baru yang ditimba ketika mesyuarat benar-benar berguna dan sangat positif. Pada minggu ini juga Pn Anisah dan En Ramle hadir untuk sesi penyeliaan bagi subjek Pendidikan Khas dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Perkara baru bagi saya ialah ketika penyeliaan PJK kerana ia merupakan pengalaman pertama dan agak mencabar bagi saya.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? ) Ketika sesi penyeliaan PJK saya agak gugup pada mulanya namun selepas beberapa minit saya saya mula tenang dan berusaha menjalankan sesi P&P dengan sebaiknya. Kawalan kelas baik kerana murid-murid memberikan kerjasama dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Namun begitu, aktiviti yang agak tinggi arasnya tidak dapat dilakukan dengan baik oleh murid. Masa yang agak lama juga menyebabkan murid keletihan dan hilang keseronokan untuk meneruskan aktiviti.

3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?) Sesuatu yang saya pelajari ialah apabila kita merancang sesuatu aktiviti PJK terutamanya untuk murid pendidikan khas ialah kita perlu memikirkan setiap aspek kebolehan dan keupayaan mereka. Aras aktiviti dan kemahiran yang ingin diajar kepada murid perlulah tidak terlalu tinggi hingga menyukarkan murid tersebut. Selain itu juga, melalui perbincangan dengan pensyarah pembimbing PJK, saya mendapat idea-idea yang baru untuk mengembangkan lagi aktiviti yang boleh dilakukan walaupun melalui kemahiran yang sama.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan datang?) Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara : a) Melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar.

b) Berbincang dengan guru serta pensyarah pembimbing dan meminta pendapat. c) Merancang aktiviti yang bertepatan dengan kebolehan dan keupayaan murid. d) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

PENULISAN JURNAL MINGGU KEEMPAT 19 -23 Julai 2010 1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang menarik perhatian? ) Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan sebanyak dua kali telah dijalankan oleh Pn Anisah. Kedua- duanya bagi subjek Matematik. Saya mendapat pelbagai tips dan pengetahuan baru. Setiap kekurangan dan kelebihan dapat dikupas untuk ditambah baik lagi pada masa akan datang. Perkara yang

menarik perhatian ialah pada minggu ini berlangsungnya Kejohanan padang dan balapan pendidikan khas zon Alor Gajah bagi tahun 2010. Pelbagai gelagat dan bakat yang berpotensi besar dapat dilihat menerusi kejohanan ini.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? ) Perasaan gemuruh dan takut menyelubungi diri. Saya berusaha untuk membuat yang terbaik dan sokongan rakan serta keluarga sangat membantu pada waktu ini. Berdasarkan perbincangan dan hasil penilaian pensyarah dan guru pembimbing saya mendapati saya perlu lebih mahir mengawal kelas dan perlu bersikap lebih aserif terhadap murid yang hiperaktif. Selain itu, aktiviti yang dilakukan juga perlu melibatkan semua murid. Latihan dan bimbingan perlu diberi perhatian yang lebih kepada murid yang lemah. Kemampuan dan tahap murid juga perlu lebih diberi perhatian dalan merancang aktiviti, strategi dan lembaran kerja. Latihan berbentuk ansur maju perlu diperbanyakkan untuk murid yang lemah. Saya berpuas hati dengan aktiviti dan bahan bantu mengajar yang dihasilkan kerana ia menarik minat murid dan secara tidak langsung memudahkan mereka untuk lebih memahami perkara yang diajar.

3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?) Sesuatu yang saya pelajari pada minggu ini ialah seorang guru haruslah kreatif dalam merancang aktiviti dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik agar dapat merangsang minat murid. Selain daripada itu saya perlu lebih bersikap asertif dan perlu memikirkan cara yang lebih berkesan untuk mengawal kelas. Oleh yang demikian, saya berazam pada masa akan datang saya akan menambahbaik setiap kelemahan yang dilakukan dan menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru pembimbing sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan datang?) Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara : a) Bersikap asertif. b) Melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar. c) Berbincang dengan guru pembimbing dan meminta pendapat. d) Melaksanakan tugas mengikut masa dan tidak suka bertangguh. e) Merancang P&P mengikut kemampuan dan tahap murid. f) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti. Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

PENULISAN JURNAL MINGGU KEENAM 02- 06 Ogos 2010 1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang menarik perhatian? ) Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Namun demikian, pada minggu ini seperti yang telah dirancangkan kami telah berjaya melaksanakan Program sambutan hari lahir dan pengurusan kewangan (kemahiran membeli-belah) di Mydin Wholesale, MITC. Alhamdulillah program berjalan seperti yang dirancang dan mendapat kerjasama yang diimpikan.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? ) Saya gembira kerana program ini berjalan seperti yang dimahukan dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Kerjasama daripada semua guru, ibu bapa murid serta

pembantu pengurusan murid melancarkan lagi program ini. Selain daripada itu juga, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Radix Fried Chicken dan Mydin Wholesale kerana sudi memberikan kerjasama yang diharapkan. Walaupun sedikit

menghampakan kerana tidak mendapat sumbangan ataupun potongan harga tetapi saya menganggap ia cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi walaupun telah berusaha untuk mendaptkannya.

3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?) Sesuatu yang saya pelajari pada minggu ini ialah seorang guru perlu memiliki kesabaran , kemahiran komunikasi dan keyakinan yang tinggi. Kemahiran komunikasi juga perlu lebih ditingkatkan bagi pengajaran di dalam kelas dan juga dalam urusanurusan lain seperti untuk mendapatkan tajaan dan kerjasama daripada badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam menganjurkan sesuatu program. Tidak mudah putus asa dan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik juga sangat penting untuk menjadi seorang guru. Oleh yang demikian, saya berazam pada masa akan datang saya akan menambahbaik setiap kelemahan yang dilakukan, meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri dan menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru pembimbing sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan datang?) Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara : a) Meningkatkan kemahiran komunikasi. b) Lebih berkeyakinan. c) Berusaha gigih dan tidak mudah putus asa. d) Menyuburkan lagi sifat sabar dalam diri.

Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

PENULISAN JURNAL MINGGU KELIMA Ogos 2010 1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang menarik perhatian? ) Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan sekali lagi untuk mata pelajaran elektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Matematik oleh guru pembimbing. Perkara yang menarik perhatian ialah pada minggu ini saya dan Hairunizah berpeluang untuk membuat kertas kerja Program Sambutan Hari Lahir dan Pengurusan Kewangan yang dijangka diadakan pada minggu hadapan. Kami mengadakan perbincangan dengan semua guru Pendidikan Khas dan mengatur program dengan sebaik mungkin. Saya mendapat pelbagai tips dan pengetahuan baru.

5. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda?

Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? ) Saya agak gembira kerana penyeliaan PJK kali ini berjalan lancar dan mendapat komen positif daripada pensyarah pembimbing. Terdapat penambahbaikan daripada penyeliaan yang pertama dan saya bersyukur kerana dapat menjalankan sesi P&P dengan baik. Tetapi saya agak kecewa dengan perancangan kemahiran yang telah dibuat kerana saya sepatutnya merendahkan lagi aras agar semua murid dapat menguasai kemahiran tersebut. Pengalaman baru ditimba semasa berurusan dengan pihak Radix Fried Chicken dan Mydin. Mereka memberikan kerjasama dengan baik dan memudahkan urusan kami.

6. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?) Sesuatu yang saya pelajari pada minggu ini ialah seorang guru haruslah kreatif dalam merancang aktiviti dan kemahiran tersebut perlulah bersesuaian dengan kemahiran dan kebolehan semua murid. Selain daripada itu saya perlu lebih bersikap asertif dan perlu memikirkan cara yang lebih berkesan untuk mengawal kelas. Kemahiran komunikasi juga perlu lebih ditingkatkan bagi pengajaran di dalam kelas dan juga dalam urusan- urusan lain seperti untuk mendapatkan tajaan dan kerjasama daripada badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam menganjurkan sesuatu program. Oleh yang demikian, saya berazam pada masa akan datang saya akan menambahbaik setiap kelemahan yang dilakukan, meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri dan menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru pembimbing sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

7. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan datang?) Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara : a) Melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar. b) Berbincang dengan guru pembimbing dan meminta pendapat. c) Merancang P&P mengikut kemampuan dan tahap murid. d) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti. e) Meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi di dalam kelas. f) Menjalankan pengurusan tingkah laku yang bersesuaian dengan murid. Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

PENULISAN JURNAL MINGGU KEENAM 09- 13 Ogos 2010 1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang menarik perhatian? ) Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan sekali lagi untuk mata pelajaran elektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Sains oleh pensyarah pembimbing. Perkara yang menarik perhatian ialah pada minggu ini saya diselia untuk pertama kali bagi mata pelajaran Sains. Saya agak gugup dan gementar kerana kurang pengetahuan dan tiada pengalaman secara langsung dalam mengajar Sains. Tambahan pula, saya hanya mengajar Sains sekali semingu. Maka ia menimbulkan perasaan yang kurang yakin dan sedikit tekanan.

2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? ) Saya agak gembira kerana penyeliaan PJK kali ini berjalan lancar dan mendapat komen positif daripada pensyarah pembimbing. Terdapat penambahbaikan daripada penyeliaan yang pertama dan saya bersyukur kerana dapat menjalankan sesi P&P dengan baik. Tetapi saya agak kecewa dengan prestasi dan pengajaran saya untuk mata pelajaran Sains. Berpandukan komen dan teguran daripada pensyarah menyatakan yang saya tidak menggunakan masa ketika set induksi dengan sepenuhnya dalam menarik perhatian murid. Selain itu juga, penggunaan laras bahasa juga perlu lebih rendah untuk memudahkan murid lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru. Aktiviti juga dikatakan kurang mencabar dan tidak membantu meningkatkan pengetahuan murid.

3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?) Sesuatu yang saya pelajari melalui komen pensyarah ialah sebagai seorang guru kita perlulah sentiasa kreatif dalam menjana idea dan aktiviti agar sesi pembelajaran tidak menjadi kaku dan tidak menyeronokkan. Sebagai seorang bakal guru pendidikan khas sifat kecindan dan humor amat penting kerana murid perlu seronok dan ceria ketika menimba ilmu. Oleh yang demikian, saya berazam pada masa akan datang saya akan menambahbaik setiap kelemahan yang dilakukan, meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri, kreativiti dan menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru pembimbing sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan datang?) Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara : g) Menerapkan unsur kecindan dan humor dalam pembelajaran. h) Berbincang dengan guru pembimbing dan meminta pendapat. i) Merancang P&P mengikut kemampuan dan tahap murid. j) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti. k) Meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi di dalam kelas. l) Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan tahap murid. m) Menjalankan pengurusan tingkah laku yang bersesuaian dengan murid. Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

PENULISAN JURNAL MINGGU KELAPAN 16 - 20 Ogos 2010 1 Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang menarik perhatian? ) Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan sekali lagi dan terakhir untuk major bagi subjek Bahasa Melayu. Perkara yang menarik perhatian ialah pada minggu ini saya diselia untuk pertama kali bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya agak gugup dan gementar kerana kurang pengetahuan dalam mengajar Sains. Tambahan pula, saya hanya mengajar Sains sekali semingu. Maka ia menimbulkan perasaan yang kurang yakin dan sedikit tekanan.

2 Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? )

Saya agak kecewa dengan prestasi dan pengajaran saya untuk mata Bahasa

pelajaran

Melayu. Berpandukan komen dan teguran daripada pensyarah menyatakan yang saya tidak menggunakan masa ketika set induksi dengan sepenuhnya dalam menarik perhatian murid. Selain itu juga, penggunaan laras bahasa juga perlu lebih rendah untuk memudahkan murid lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru. Aktiviti juga dikatakan kurang mencabar dan tidak membantu meningkatkan pengetahuan murid. Saya juga perlu merangang murid dengan aktiviti yang lebih seronok dan melibatkan semua murid.

3 Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?) Sesuatu yang saya pelajari melalui komen pensyarah ialah sebagai seorang guru kita perlulah sentiasa kreatif dalam menjana idea dan aktiviti agar sesi pembelajaran tidak menjadi kaku dan tidak menyeronokkan. Sebagai seorang bakal guru pendidikan khas sifat kecindan dan humor amat penting kerana murid perlu seronok dan ceria ketika menimba ilmu. Oleh yang demikian, saya berazam pada masa akan datang saya akan menambahbaik setiap kelemahan yang dilakukan, meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri, kreativiti dan menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru pembimbing sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

4 Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan datang?) Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara : n) Menerapkan unsur kecindan dan humor dalam pembelajaran. o) Berbincang dengan guru pembimbing dan meminta pendapat. p) Merancang P&P mengikut kemampuan dan tahap murid. q) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti. r) Meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi di dalam kelas. s) Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan tahap murid.

t) Merangsang minat dan sifat ingin tahu murid kepada pembelajaran. Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

You might also like